
- Mahabbah El-ahMead and Haidi Yan like this.
Haidi Yan Setuju sekali ibu Rabeah Mohd Ali, terserah apa kata orang, yg penting menulis dan tulisan "kita" tidak menyakitkan juga tidak merugikan orang lain. Salam2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Terima kasih Haidi Yan,
Kerana pembaca setia karyaku;
Kuterharu dengan kesetiaan,
Sudah layari ke blog sastraku2 hours ago · · 1 person
Rabeah Mohd Ali Hasil karyaku cetusan ilhamku,
Kuberkarya sepenuh jiwa;
Bakal kutinggalkan untuk generasi duniaku,
Tanda kasih sayangku pada mereka.2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Pelbagai tema hasil karyaku,
Siapalah aku seperti karyawan ternama;
Kusendirian memperjuangkan seni sastraku,
Namun kusyukuri Kurniaan Tuhanku.2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Syukur Ya Allah ku menangis dalam sujudku,
Memberi Kurniaan padaku berkarya dunia yang kuminati;
Moga apa yang kutulis memberi manfaat padaku dan pembacaku,
Ada nilaian di Sisi Allah itu yang kuhajati.2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Aku insan yang tidak pernah sempurna,
Kau ampunkan aku jika karyaku menyakiti hati;
Kepada mereka yang membaca hasil pena,
Mengumpat mengeji menfitnah mahu kujauhi.2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Aku menulis kerana kasih sayang,
Sayang menyayangi sesama insan;
Melalui karya kusebarkan kasih sayang,
Tiada niat untuk menyebarkan kebencian.2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Duniaku sastraku sastramu sastra semua,
Kita mempunyai minat dan perjuangan yang sama,
Saling fahami senada seirama,
Saling tukar pandangan itu yang kusuka.2 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Apalah ada pada ilmu yang setitis ini,
Saling berkongsi ilmu bertambahnya pengetahuan;
Setiap hari ada saja ilmu yang didapati,
Hasil pengkongsian ilmu kesusasteraan.2 hours ago ·

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)28 sEPTEMBER 2011



0 comments:
Post a Comment