Thursday, 29 September 2011

JADIKAN PERCIKAN OMBAK SEBAGAI PENCETUS KARYA -KARYA YANG LEBIH MANTAP


  • AKU TERIMA WALAUPUN HATIKU TERLUKA

    Hari ini aku sudah nekad tidak mahu lagi untuk
    menyiarkan karyaku ke group belia kerana mereka
    seperti kurang senang dengan kahadiran karya-karyaku
    ku katakan ini adalah karya yang terakhir aku siarkan.

    Secara kebetulan Pengasas group belia tersebut juga
    ingin menarik diri dan beberapa orang lagi ingin
    menarik diri. Ini gara-gara admin melantik AJK baru
    tanpa pengetahuan Pengasas terlebih dahulu.

    Semua ahli merasa satu kejutan kerana Pengasas Group Belia
    mahu menarik diri . Ahli group kian hari kian bertambah
    ramai....baru saja untuk didaftarkan pengasas sudah pun mahu
    menarik diri. Menggelabah sakan mereka. Bagaikan dipanah
    petir group tersebut. Mana tidaknya Pengasas adaah orang
    yang mempunyai kuasa dan orang yang tersohor dengan
    kepimpinannya dan merupakan seorang usahawan yang berjaya.

    Kerana pengasas telah menarik diri...aku rasa terpanggil
    untuk memberi cadangan kepada mereka memujuk pengasas
    demi kejayaan semua belia-belia yang mendaftarkan diri.

    Niat hatiku untuk menamatkan siaran karyaku ke group
    tersebut terpaksa kulupakan demi kejayaan group tersebut.

    Di facebook lama juga aku berkomunikasi dengan salah seorang
    ahli yang menggelarkan dirinya cuma sebagai ahli yang lalu
    lalang di group tersebut.

    Lama juga aku berkomunikasi di wall group tersebut...agar
    Pengasas dapat menjadi semula Pengasas Group Tersebut.
    Yang peliknya AJK Admin tiada pun menyampuk komunikasi
    kami. Ibarat kami berdua aje yang berkomunikasi.

    Daripada pagi hingga ke petang kami berkomunikasi bagaimana
    mahu menyelesaikan masalah dalaman Group tersebut tanpa
    diduga Pangasas menyatakan ingin kembali semula menjadi
    pengasas di wallnya. Mengumumkan akan di adakan Lantikan
    Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Group Belia.

    Barulah ceria kembali group tersebut. Barulah AJK yang sejak
    pagi tadi membisu bersuara...seolah-olah tiada apa yang berlaku.

    Aku seperti biasa menyiarkan karya-karyaku di wall tersebut
    bagi memberi kata-kata semangat agar semua belia mementingkan
    visi dan misi group tersebut ditubuhkan.

    Yang paling memeranjatkan sekali...AJK group belia memberitahu
    ini bukan group sastera. Ini adalah group belia saja tak
    ada kena mengena dengan sastera.

    Terperanjat aku apabila mendengar kata-katanya itu dan ramai
    yang menyokongnya?

    Lebih memeranjatkan aku ....nama aku dipadamkan oleh AJK tersebut.
    Sedih hatiku bukan kepalang. Dan aku redha untuk memujuk kesedihanku.

    Untuk tidak merasakan diriku bersalah kepada PangasasNya
    yang aku selama ini amat kukagumi dan hormati...ku beritahu
    bahawa namaku telah dipadamkan daripada Group Belia Tersebut.
    Pengasas terperanjat dan memohon maaf bagi pihak Group Belia
    dan akan menyuruh AJK memasukkan semula namaku ke Group Belia
    tersebut. Pengasas berkata lagi karya-karyaku
    amat diperlukan untuk ahli-ahli Group Belia. Dengan permohonan
    maaf pengasas itu hatiku terus sejuk dan sedia mencurahkan idea
    dan hasil karyaku yang bertemakan belia dan kenegaraan.

    Aku cuba tanya kepada ahli belia Group tersebut yang telah menjadi
    rakan facebook aku, Menurut ceritanya semua ahli Group tidak senang
    dengan aku kerana aku seorang berkerier jadi mereka tak suka. Dan
    aku menjawab....belia-belia yang mendaftarkan diri ke Group tersebut
    semuanya hendak membina kereir masing-masing dan kerana Pengasas
    mereka seorang yang berkerierlah makanya mereka mahu kekal
    menjadikannya Pengasas Group tersebut.

    Lama kutunggu namaku dimasukkan semula ke group tersebut. Tapi masih
    lagi tiada apa-apa. Justeru tahulah aku mereka memang tidak senang
    dengan karya-karyaku. Memang benarlah tidak sesuai. Aku pun redha
    akan hal ini. Dan aku mengambil keputusan untuk memadamkan nama Pengasas
    Group tersebut sebagai Rakan Facebookku kerana tidak mahu Pengasas
    tersebut merasa serba salah. Aku faham dia kena akur dengan kehendak
    ahli groupnya yang ramai itu tambahan pula group tersebut sudah pun
    didaftarkan pertubuhannya.

    Cuma hanya dapat kuucapkan sekalung tahniah untuk Pengasas dan kepada
    Semua ahli Group tersebut...semoga terus menempa kejayaan!

    Kusedar siapa aku...kehadiran karyaku tidak diperlukan dan kalau
    hadir pun akan menyakitkan hati kalian....Inikah balasan kejujuran...
    Tak apalah kalau ini kehendak kalian aku terima walaupun hatiku terluka.


    Karya Rha NS
    25 September 2011
    · · Monday at 1:23am near Kuala Lumpur

      • Ayahanda Chik teruskan berkarya walau ombak ganas membadai....kite saje yg tahu siapa diri kite.....
        Monday at 10:08am ·
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih ayahanda chik kerana sudi memahami apa yang nanda rasai kepedihannya hingga saat ini...hingga nanda menulis dengan titisan air mata sebagai tinta karya nanda.

        Benarlah kata-kata ayahanda biarpun ombak membadai ...kuteruskan juga berkarya hingga terhenti nafaz...Insya-Allah selagi Allah pinjamkan kudrat pemikiran ini untuk berkarya selagi itulah kan nanda terus berkarya.

        Terima kasih atas segala sokongan ayahanda chik pada nanda.
        Moga Allah sajalah yang dapat membalas segala kebaikan ayahanda chik. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        Monday at 11:05am ·
      • Ayahanda Chik jadikan percikan ombak2 yang berderai itu sebagi pencetus karya2 yang lebih mantap....
        Monday at 11:21am ·
      • Rabeah Mohd Ali Ye...ayahanda chik selagi mana percikan ombak melanda hatiku selagi itulah ilham datang bagaikan tanpa hentinya. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu ini.
        Monday at 11:25am ·

  • (PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
    26 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;