Thursday, 29 September 2011

KARYAKU KUSIARKAN DI ALAM MAYA


  • IMPIANKU MENJADI REALITI APABILA KARYAKU TERSIAR DI ALAM MAYA

    Cerita yang ingin kusampaikan ini mungkin boleh dikongsi bersama sebagai pedoman...sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang lemah itu dari diriku sendiri.

    Aku memang minat dalam dunia penulisan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tak tahu kenapa tapi aku memang minat yang sangat-sangat! Dan satu lagi aku suka sangat memberi idea dan cadangan..pada siapa saja waima PM sekalipun...bukanlah aku ni pandai sangat tapi inilah aku hinggakan aku tidak disenangi oleh yang tak menyenangi.

    Pernah aku bercita-cita ingin menubuhkan Persatuan Penulis dan ahlinya terdiri rakan-rakan penulis yang rapat denganku adalah dalam sepuluh orang.

    Aku sudahpun ambil borang daftar pertubuhan...Nama Persatuan Penulis yang bakal kuberi , "PERSATUAN PENULIS SERUMPUN" serumpun bermaksud kalau ditarik semua akar bersatu tercabut bererti ,"KEJAYAANMU KEJAYAAN SEMUA" itu maksud yang tersiratnya.

    Kami semua berkumpul di rumah PUAN ZAINAB membincangkan mengenai persatuan PENULIS SERUMPUN.

    Yang terperanjatnya aku... mereka bukan melantik aku sebagai Ketua Persatuan Penulis Serumpun tapi melantik PUAN ZAINAB sebagai peneraju Persatuan Penulis Serumpun. Begitu juga dengan jawatan lain. Aku diam saja tanpa berkata apa-apa. Kecewa memang kecewa tapi aku akur dengan kehendak group mereka kerana siapalah aku ini sekadar pemberi pencetus idea saja.

    Itu aku tak kecewa sangat...yang lebih mengecewakan aku bagaikan ditusuk sembilu pilu apabila mereka meraikan penerbitan buku sulung mereka hasil karya group Serumpun. Kucuba juga tengok berulang-ulang kali muka surat ada tak karyaku...langsung tak ada... Aduh...! Kecewanya aku saat itu Tuhan saja yang tahu.
    Tak salah aku Tajuk buku tersebut, 'KUMPULAN CERPEN SERUMPUN'
    lagi aku sedih kerana mereka ambil ideaku tapi aku diketepikan.

    Aku terus melupakan group tersebut tanpa tanpa rasa dendam tapi hatiku terlara yang amat sangat.

    Sejak dari itu aku lupakan terus dunia penulisan hampir puluhan tahun juga...seakan trauma barangkali.

    Tapi semenjak usia penghujung ini minatku datang balik tapi kali ini di luar kotak pemikiranku sendiri. Semuanya menjadi ilhamku untuk berkarya tanpa hentinya. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu.

    Aku bina blog kusendiri...di sana aku berkarya semahunya tanpa mengharapkan sesiapa lagi menyiarkan karyaku. Hinggakan Puteri Sulungku berkata, 'Tak rugi ke Tiada Hak Cipta Terpelihara!'

    Kalau bagi penerbit pun penerbit bukan nak siarkan dan dapat royalti bukan boleh hidup dengan hasil karyaku.

    Biarlah kusiarkan....siapa yang sudi baca-baca....siapa yang tak sudi...aku tak kisah....aku menulis kerana aku minat yang amat sangat...tak boleh dipadamkan lagi.

    Andaikata ada hamba Allah ingin menguruskan karyaku untuk dikomersilkan akan aku alu-alukan .Itu lebih memudahkan aku untuk merealisasikan impianku dalam dunia seni penulisan yang amat kuminati ini.

    Selagi hayat dikandung badan Insya-Allah aku terus terusan menulis walaupun karyaku cuma bersiar di alam maya itu sudah memberi kepuasan untukku berkarya.

    Karya Rha NS
    22 September 2011
    Like · · Unfollow Post · a few seconds ago near Kuala Lumpur
    Like · · Unfollow Post · a few seconds ago near Kuala Lumpur
    · · September 22 at 1:01pm near Kuala Lumpur

      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Datuk Jem, Terima Kasih Tuan Adie Adnan...Terima Kasih Aida Kecik...sokongan kalian takkan kulupa. Kepada Datuk Jem dan Tuan Adie tolong pujuk Datuk Jeffry Rosman menjadi pengasas YOSC semula ye...kasihan mereka terkapai-kapai dalam gelap minta dikasihani....
        September 22 at 2:58pm ·

    • (PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK  RABEAH MOHD ALI)
      22 September 201

0 comments:

Post a Comment

 
;