- Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
- SELAGI HIDUP SELAGI ITU ADA PELUANG UNTUK MENJADI PEJUANG-NYA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI. ALLAHU AKBAR . TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-NYA JUA .AAMIIN.
- SEPI BUKAN BERARTI HILANG...DIAM BUKAN BERARTI LUPA...JAUH BUKAN BERARTI PUTUS...KARENA ADA SATU IKATAN YANG TAK MUNGKIN PUTUS , PERSAHABATAN...AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
- DOA BUAT SAHABATKU Rabeah Binti Mohd AliBismillahi Rahmanirrahim...Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu .Muliakanlah sahabatku Rabeah Binti Mohd Ali yang membaca doa ini.Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah.Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan.Lepaskan dia dari hutang piutang.Mudahkanlah segala urusannya Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.Jadikanlah SAHABATKU Rabeah Binti Mohd Ali ini penghuni SyurgaMu ya Allah آمين يا الله آمين يا رحمن آمين يا رحيم أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.SUKSESMU KEBAHAGIANKU SUKSESKU KEBAHAGIANMU,'Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,RATU RIMBA NIAGARASRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @PUJANGGA SERIBU ZAMAN @PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL27 JAMADIL'AKHIR 1436H17 APRIL 2015"Senjata bagi seorang mukmin ialah doa. Amatlah pelik bagi seseorang yang mempunyai senjata tetapi tidak pernah digunakan untuk melawan musuh. Justeru, banyakkanlah berdoa dan menyuarakan hasrat kepada Allah SWT khususnya di waktu dinihari."Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PUTIK, 8 Julai 2010.Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
1 Komen
Komen
BERTINTA SEPENUH JIWATinta-tinta yang indah berjiwaDitulis dengan penuh kasih dan sayangUntuk dibaca mereka yang tersayangAgar datang rasa sayang setulus hati keranaNyaTiada niat untuk menyakiti hati yang tersayangBertinta bermadah puisi kerna yang tersayangSayang...sayang....sayang...Ungkapan keajaiban untuk menundukkan hatiHilang segala keegoan membangga diriKerana DIA Maha Penyayang Dari Segala Yang PenyayangPakaian Kesombongan adalah hanya untuk DIASebagai manusia apalah ada pada harta dan pangkatTapi tiada wujud ehsan sesama manusiaApa tah lagi mengagungkan kasih sayang padaNyaKasih sayang sesama insanAllah ku cintaInsan kusayangKeranaNya aku bertintaKerana insan kusayangCinta dan sayangBertinta sepenuh jiwaDemi CintaNya dan sayang semuaYang ada di alam semesta ini...Karya Rha NS28 Mac 2012Aku berpantun dengan teman FB ku,Bukan untuk membangga diri,Idea tercerna antara mereka dan aku,Gembiranya hati tidak terperi.Bersahabat atas dasar keikhlasan,Bukan untuk mendapat balasan,Menjalinkan talisilaturrahim tiada alasan,Moga keberkatan sebagai balasan.Komen
Pantun Teman FBAku berpantun dengan teman FB ku,
Bukan untuk membangga diri,
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.
Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan,
Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.
Sampaikan mesej biar betul,
Jangan suka menabur fitnah,
Hina menghina patut diperbetul,
Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.
Bahagia hidup saling hormat menghormati,
Bahasa yang sopan pengubat hati,
Sebelum berkata perlu diteliti,
Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.
Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,
Anda pilih yang mana satu,
Kata yang salah tetap berdosa,
Mendapat Syurga itu yang dimahu.
Kata-kata indah buat hati jadi tenang,
Seperti berada di Taman Syurga,
Dalam perbalahan tiada yang menang,
Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.
Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.Karya Rha NS25 Februari 2012Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)WAHAI JIWA YANG TENANGSurah Al Fajr“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAErtinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)DUNIA YANG HINAErtinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."(Riwayat al-Tirmizi)Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiinRatu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'LamiinPETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARATOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL25 Jun 2021
Friday, 25 June 2021
BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (499) PERJUANGAN PRABOWO, BUNG KARNO & PENDEKAR RAJA
BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (499) PERJUANGAN PRABOWO, BUNG KARNO & PENDEKAR RAJA
PUISI UNTUKMU BUNG KARNO
Andai Bung Karno masih hidup dia suka tak puisi yang kukarangkan ini istimewa untuknya... duhai bangsa Indonesia yang ada di benua sana...
hayati puisi untukmu Bung Karno.
BUNG KARNO PEJUANG KEAMANAN RAKYAT INDONESIA
Duhai Bung Karno...
kau pejuang rakyat sejati
kau rela derita demi rakyat Indonesia
hidupmu adalah perjuangan
tiada hari tanpa perjuangan
Kau bilang...
berikan aku 1 pemuda
niscaya akan kuguncangkan dunia!
Kau bilang lagi...
biarpun aku seorang presiden
rakyat tetep berkuasa menentukan
siapa pemimpin yang layak untuk mereka naungi
Kau bilang lagi...
jangan pernah malu berbuat kebaikan
karena kemajuan tidak akan dicapai!
Kau bilang lagi...
bangsa yang besar
adalah bangsa yang menghormati jasa pahlawannya
Kau bilang lagi...
kau lebih mudah mengusir penjajah
tapi akan menjadi sulit jika bangsamu sendiri melawan
jika mahu kekal merdeka
mesti percaya dengan kekuataan bangsanya sendiri
kita belum hidup dalam bulan purnama
karena banyaknya pancaroba
tapi teteplah bersemangat elang rajawali
selama masih ada ratap tangis di gubuk-gubuk pekerjaan kita selesai !
berjuanglah terus dengan mengucurkan sebanyak-banyak keringat.
Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu merobah nasibnya”
Janganlah melihat ke masa depan dengan mata buta!
tapi pandanglah dengan mata hati demi pada masa akan datang.
Kenapa kita masih tidak mempercayai bangsa sendiri?
tidak mempercayai satu sama lain!
pada hal kita adalah berasal
rakyat gotong royong
Putra dan putri Indonesia
adalah dua sayap Garuda Indonesia
jika dua sayap sama kuat
maka terbanglah Garuda
sampai ke puncak yang setinggi-tingginya
jika patah satu daripada dua sayap Garuda itu
maka tidak akan dapat terbang Garuda itu sama sekali !
makanya ...
demi Indonesia
putra putri Indonesia
harus bersemangat waja menerbangkan
sayap Garuda
agar bisa terbang setinggi-tingginya
hingga menggapai bintang
dihadiahkan kepada rakyat Indonesia
diwariskan bintang itu
kepada anak cucu Indonesia
bergemerlapanlah bintang itu
selagi ada bulan dan matahari!
Makanya bangunlah bangsa Indonesia ku
sama-sama memperkokohkan kedua sayap Garuda
menggapai bintang
demi sebuah senyuman kehidupan
seluruh rakyat Indonesia tercinta!
Bangunlah satu dunia!
di mana semua bangsa hidup
dalam damai dan persaudaraan!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 April 2012
(UKIRAN DAUNAN KASIH RATU RIMBA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG RAKYAT INDONESIA YANG TERCINTA)
PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA PUJANGGGA NUSANTARA
RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
2 JAMADILAKHIR 1435H
2 APRIL 2014
WWW
GURINDAM & PANTUN RAJA DENGAN HULUBALANG RAJA (Bhg 1)
RAKYAT SENTIASA MENJUNJUNG KASIH DITAATI SEGALA TITAH
Daulat Tuanku...
Raja adil raja disanjung
Raja mengasihi rakyat raja disayang
Rakyat sentiasa menjunjung kasih
Ditaati segala titah
Raja dan rakyat tak akan terpisah
Saling bekerjasama demi memakmurkan
Hidup dalam negara yang aman lagi permai
Elok rupa elok bahasa
Bahasa istana penuh santun
Raja dan rakyat saling berbahasa
Membudayakan sentiasa bahasa nan santun
Raja dan rakyat berpisah tiada
Saling kasih mengasihi demi meraih Rahmat Ilahi
Aman damailah negeri diperintah
Raja yang mementingkan rakyat
Daripada kepentingan sendiri
Moga Allah merahmati hidup dan mangkat tuanku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Sembahan gurindam dari patik,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesi/Brunei/Singapura/Thailand
24 Jun 2013
HULUBALANG MELAYU AKAN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA
Takkan hilang melayu di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah Melayu sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.
Pendekar melayu menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.
Melayu sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa melayu berakar umbi;
Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
Itulah bukti melayu sudah satu hati.
Melayu pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar melayu akan satukan ummah,
Kerana mahu mati dalam fisabilillah.
Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
Anak jantan melayu pantang dicabar;
Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
Nyawa jadi taruhan jika dicabar.
Melayu hina melayu kepantang melayu,
Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.
Melayu kuat kerana bersatu,
Kutuk mengutuk hina menghina;
Bukan jiwa pendekar melayu,
Yang ada membela yang teraniaya.
Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
Raja sekarang selalu muafakat;
Muafakat Raja bersama rakyat,
Raja dan rakyat hidup penuh berkat.
Hulubalang sultan sedia berbakti,
Pada raja berjiwa hamba-Nya;
Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
Laksamana lambang kepahlawanan sejati.
Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
Raja dan rakyat saling menyanjungi;
Kata sepakat semua rumpun melayu,
Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.
Melayu oh! melayu
Perwira oh! perwira
Pahlawan oh! pahlawan
Pendekar oh! pendekar
Laksamana oh! laksamana
Hulubalang oh! hulubalang
Berjuanglah kalian
Hingga ke titisan darah terakhir
Fisabilillah lah kamu jangan jemu
Syahidmu di medan juang
Allah sayang padamu
Syurga Firdausi tempatmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
Syahid ke jalan-Nya
Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
Aku bangga denganmu
Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Jun 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
SUDI BERPUISI BERSAMAKU
rinduku tak akan hilang selagi kau ikhlas
menjadi rakan sastraku
sudi berpuisi bersamaku
jika kau melangkah pergi
tanpa senyum tawamu lagi
tahulah aku kau sudah jemu padaku
dan maafkan aku jika
aku tahu puisiku tak
setandingmu yang
pandai berpuisi
izinkan aku
belajar darimu
gimana
menulis puisi
agar diterima
oleh semua
yang pandai berpuisi indah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
25 Jun 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment