Wednesday, 1 June 2011

PANTUN DALAM KHASHAFNYA TAKDIR

Abu Sufian bekerja penuh tekun,
Keuntungan perusahaan bergandaan;
Abu Suffian pekerja yang dibanggakan,
Gaji Abu Suffian sentiasa dinaikkan.

Setiap bulan wang nafkah dikirimkan,
Abu Suffian tidak pernah lupa daratan;
Nasib keluarga terbela dalam kesyukuran,
tiada lagi dirasai hidup kemiskinan.

Semasa miskin hidup dalam penghinaan,
Sanak saudara tidak pernah memberi bantuan;
Namun Almarhum ayahanda penuh kecekalan,
Membesarkan anak-anak dengan rezeki kecukupan.

Setelah senang sanak saudara bergembira,
Datang ke rumah keluarga bertanya kabar;
Keluarga menyambut dengan hati terbuka,
Agar ikatan saudara-mara semakin mekar.

Saudaranya yang susah dibantu Abu Suffian,
Tetapi semasa Abu Suffian susah tidak dipedulikan;
Namun begitu tiada rasa berdendaman,
Kerana itu adalah lumrah kehidupan.

Kota Raya Jakarta Abu Suffian membina empayar,
Mengusahakan perusahaannya sendiri;
Segala usaha sudah terbayar,
Perusahaannya maju ke peringkat tinggi.

Biarpun sudah bergelar jutawan,
Tetapi Abu Suffian tidak meninggi diri;
Seorang majikan memahami masalah karyawan,
Gaji para karyawan dinaikan bonus diberi.

Abu Suffian menjadi pengusaha terkenal,
Ramai ingin melabur dengan Abu Suffian;
Diterimanya apabila sudah saling kenal mengenal,
Keuntungan diterima dalam kesyukuran.

Perniagaan Abu Suffian melebarkan sayap,
Serata Indonesia ada cawangannya;
Abu suffian bersyukur dalam senyap,
Kerana tidak mahu rasa riak di hatinya.

Umur 32 tahun Abu Suffian melangsungkan perkahwinan,
Bernikah dengan adik sahabatnya;
Seorang yang manja lagi rupawan,
Bersyukur Abu Suffian dalam sujudnya.

Di awal perkahwinan amat bahagia,
Makan minum diurus dijaga;
Dikurniakan seorang puteri jelita,
Terasa bahagia tidak terkata.

Setelah dikurniakan puteri jelita,
Isteri mula berubah hatinya;
Makan dan minum sudah tidak diurusnya,
Buat hati Abu Suffian terasa dianiaya.

Abu Suffian suami yang setia,
Tidak pernah memukul isterinya;
Tidak tahu apa salahnya,
Isteri sudah hilang kasih sayangnya.

Puteri jelita penghibur hati,
Hanya dia yang mengerti;
Kasih sayang puteri pengubat hati,
Namun begitu diperlukan yang mengerti.

Sudah bertahun Abu Suffian kesepian,
Rindukan kemesraan dan belaian isteri;
Tapi itu cuma hanya banyangan,
Walaupun di depan mata wujudnya isteri.

Sampai bila Abu Suffian bersabar,
Kekayaan dimiliki tidak dapat membahagiakan;
Dipendam duka lara penuh sabar,
Moga ada sinar cinta yang diharapkan.

Wang yang banyak tidak dapat membeli cinta,
Biarpun ditaburkan di depan mata;
Cinta palsu yang akan ada,
Tapi itu tidak dapat memenuhi keperluan cinta.

Setiap hari Abu Suffian kesepian,
Mengharapkan cinta suci seorang wanita;
Namun belum lagi kesampaian,
Dipujuk hati menanti cinta suci seorang wanita.

Khashaf takdir Allah tiada siapa yang tahu,
Cinta Abu Suffian dibalas wanita soleha;
Termakbul doa Abu Suffian berkat tanpa jemu,
Bercinta berkasih semua keranaNYa.

Bersyukur Abu Suffian dalam sujudnya,
Atas kurniaan Allah yang berharga buatnya;
Wanita soleha pembakar semangat amalannya,
Saling cinta mencintai dalam restuNya.

Rumah tangga dibina seperti Mahligai Syurga,
Hari-hari terungkap ucapan sayang dan rindu;
Sama-sama minat bertemu TuhanNya,
Dalam khashafNya takdir mereka bersatu.

Dalam khashafNya takdir mereka bersatu,
Disyukuri dalam kemanisan iman;
Dalam ketaqwaan cinta mereka bersatu,
Sama-sama memadu kasih dan cinta di Syurga Idaman.

Karya: Rha NS
31 Mei 2011

2 comments:

Panggil Aku Romeo said...

Semoga Abu Suffian diberi kesabaran atas segalanya. Tapi apakah mungkin Abu Suffian meninggalkan istrinya jika sikap sang istri tidak berubah,,?? Karena rasa kasih dan sayangnya terhadap Sang Putri Jelita yang teramat disayang hingga masih tetap bertahan demi semata wayang.

Adakah cinta yang benar2 tulus buat Abu Suffian,,? Cinta yang penuh kasih dan sayang sampe ajal menjemput......???

Sasteraku Duniaku said...

Abu Suffian tak perlu meninggalkan isterinya biarpun isterinya tidak berubah sentiasa sabar membimbingnya tapi masih tidak berubah buatlah solat istikharah mohon Allah menyelesaikan masalah dunia dari situ akan ada jawapan yang lahir dari imanmu. Kasih Sang Putri takkan hilang...dek kerana masalah dunia. Kalau masalah dunia tak dapat diselesaikan mana bisa mungkin tenang melakukan amal soleh untuk bekalan akhirat. Yang baik itu daripada Allah .Siapalah aku untuk memberi jawapan yang pasti untuk mu. Moga dirimu dilimpahi Rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Post a Comment

 
;