Wednesday, 1 June 2011

KE MANA PERGI PARA PEJUANG SASTERA KITA? (AWANG KARIM KADIR)

Ke mana perginya para pejuang sastera kita yang selama ini
bertempat di halaman persada, konon membela dan memperjuang
kan penulis dan sastera kita. Sastera Sabah dianggap telah
mati maka gemparlah warga penulis dan masing-masing terpanggil
dengan tanggapan dan persepsi masing-masing.Ada yang 'positive'
dan ada yang 'negative' bermacam-macam kaedah dan idea dilontarkan
dalam diskusi yang terbuka membuat bedah siasatan mencari punca
dan cara merawat sastera Sabah yang kelihatan agak tenat.

Walaupun belum ke tahap mati oleh gejala pembunuhan seni dan
halus dalam senyap. Tapi dimanakah para wira sastera kita.
Ke mana perginya para pejuang sastera kita?
AWANG KARIM KADIR
(21 Mei 2011)

(RABEAH MOHD ALI)

PUISI PAHLAWAN SASTERAKU

Pahlawan Sasteraku
Awang Karim Kadir
Kaulah Pahlawan Sasteraku
merangkap guruku
merangkap idolaku
merangkap lambang inspirasiku.

Jangan kau harapkan mereka,
bangunlah dengan kudrat mata penamu sendiri
jadilah kau pahlawan
menghunus mata penamu
bertarung di gelanggang alam maya
bertarunglah semahumu
membela penulis dan sastera
menepis musuh
dengan berpandukan minda akalmu
membela penulis
membela sastera
berlandaskan keikhlasanmu mempertahannya.

Dengan ketajaman mata pena
dengan kebijaksaan mindamu
bisa kau menakluki
dunia sasteramu!
dunia sasteraku!
dan
dunia pecinta sastera.

Namamu mewangi
sewangi jiwa kepahlawananmu
membela kami pecinta sastera
sudah lama kami nantikan
akan berlaku revolusi sastera itu
adalah kau Pahlawan Sasteraku.

Kepahlawananmu membela kami
tidaklah kami terpencil sendiri
dalam dunia sastera yang diminati
hilang bersama pena unik tapi
masih berdakwat untuk
berkarya dan terus berkarya
hingga terhenti nafas
justeru tanpamu Pahlawan Sasteraku
siapalah kami
peminat sastera hingga ke mati!

Karya: Rha NS

AWANG KARIM KADIR: Aduh RMA terlalu besar kata gelaran itu untuk
seseorang yang sedang mencari erti kehidupan dan sebuah kematian.
Sebenarnya setiap pembawa kebenaran itu adalah pahlawan. Kita
semua pahlawan pada setiap kali kita bangkit menegakkan kebenaran
kata-kata sakti sastera kita.Kita juga kadang dijatuhkan atau
dibunuh oleh kata-kata sakti itu sendiri. Tatkala berlakunya
gerhana pemikiran dalam dunia citra yang kita dukung dan bina
bersama. Namun terima kasih kerana menyanjung kebenaran itu dan
kita semua pahlawan waktu itu.
(24 Mei 2011)

MARLINI MANJA:(24 Mei 2011)
AKK persoalan besar apabila bidang penulisan tak boleh menjamin
kehidupan kita di Sabah berbanding di Semenanjung, kalau pun
tidak seperti negara-negara luar di mana kebanyakkan penulis
boleh hidup selesa dengan hasil penulisan. Di Sabah ini
kebanyakan kita menulis sekadar,"Kepuasan"(Ini secara peribadi
saya) kita lihat sekadar beberapa nama BESAR sebelum zaman kita
bagaimana keadaan mereka? Kenapa mereka mencari bidang lain
untuk meneruskan kehidupan? Bekerja dengan kerajaan, jadi peniaga,
kontraktor dan lain-lain lagi dan bila sudah bagi mereka semua
sibuk dengan tugasan masing-masing dan masa untuk berkarya/
melibatkan diri di bidang seni/sastera/teater dan sebagainya
sangat terhad demi sebuah kehidupan. Sayudin Ali/Musa Masran/
banyak lagi nama-nama BESAR yang pernah menghiasi dada akbar
dan dunia sastera kita menyepi kerana tugas kehidupan dan
keluarga.


RABEAH MOHD ALI:(24 Mei 2011)
Marlini Manja sebenarnya orang sastera sendiri tidak mengambil
kesempatan dengan bakat dan minat yang dimiliki, kenapa tidak
dikemukakan kepada wakil orang seni untuk dibincangkan di
Dewan Rakyat? Ini faedahnya kerajaan melantik Senator Tan Sri
Datuk Jins Shamsuddin untuk diperdengarkan rintihan orang seni
di Parlimen. Kita tidak boleh salahkan kerajaan dan Senator
kerana kita sendiri tidak kemukakan masalah orang sastera kepada
Senator justeru kerajaan tidak tahu masalah kita sebenarnya
(Bukan nak memuji kerajaan tapi inilah hakikatnya) saya percaya
jika MM dan AKK berani kemukakan kepada Senator, Insya-Allah
dapat diselesaikan tanpa prejudis.

Seperkara lagi...tentang seni di Sabah sepi boleh dihidupkan
kembali apabila MM , AKK dan rakan seperjuangan seangkatan
denganmu bergabung dengan semua persatuan seni yang ada di Sabah...
mencurahkan ilmu, pengalaman dan sokongan yang tidak berbelah bahagi
kepada mereka... Insya-Allah Seni Sastera di Sabah boleh diangkat
di persada antarabangsa dan di Malaysia juga. Jadi benarlah ilmu
kesusasteraan mula bertapak di Sabah dan menjadi gedung ilmu
kesusteraan yang tidak dapat disangkal lagi!

MARLINI MANJA: (26 Mei 2011)
RMA, sebenarnya ilmu kesusteraan sejak lama sudah berkembang
di Sabah, lama sebelum merdeka, sebelum wujud Malaysia.Ketika
itu Kota Kinabalu masih dipanggil "Api-Api" ini dapat dilihat/
dibuktikan dari apa yang terdapat di naskah-naskah akbar tertua/
lama di negeri yang tersimpan di Jabatan Arkib NS. Tidak ada
pihak tertentu yang mengambil inisiatif untuk membukukan dalam
bentuk antologi dan sebagainya untuk kajian/bacaan generasi
masakini dan akan datang. Nak harap seorang senator untuk
membawa hal seperti yang diperkatakan entah kalau dia bersedia
membawanya kerana rasanya banyak lagi perkara lebih BESAR yang
perlu dihighlightkan di sana.

RABEAH MOHD ALI: (26 Mei 2011)
Marlini Manja, saya terkesima mendengar penjelasan saudara
mengenai perkembangan sastera di Sabah yang wujud sebelum
merdeka lagi. Kalau dapat direalisasikan sepertimana yang
saudara cadangkan itu tentunya generasi kini dan akan datang
dapat menghargai khazanah seni yang sangat berharga itu tapi
apalah daya tiada pihak yang sanggup untuk dimajukan kepada
kerajaan Sabah mahupun kerajaan di Semenanjung.
Tak apalah kalau begitu tunggu sajalah bilakah masanya impian
untuk melihat dunia sastera dimiliki orang sastera dan dikongsi
bersama dengan generasi kini dan akan datang menjadi kenyataan!
Mana tahu selepas ini ada pihak-pihak yang terbuka mata hatinya
untuk menerima usul ini.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)

0 comments:

Post a Comment

 
;