Thursday, 2 June 2011

SINOPSIS ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’

Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan
di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil
masing-masing membawa hadiah yang unik. 

Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit
di merata-rata tempat.  Pelamin  dihias dengan lampu-lampu  berwarna-
warni.  Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah
pengantin.  Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.

Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau.
Di antaranya:

1.    Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2.    Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3.    Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4.    Yang berlebihan membantu yang kurang.
5.    Saling faham memahami di antara satu sama lain.
6.    Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
7.    Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
8.    Saling memberi kerjasama dalam suasana harmonis.
9.    Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
10.  Menyatupadukan pelbagai kaum  dengan semangat perpaduan demi
kedamaian penghuni rimba dan lautan untuk selamanya.

Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni  rimba dan
lautan  iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka
semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api  yang
mengindahkan langit  rimba meraikan,' Perkahwinan  Raja Rimba’ yang
menjadi simbol  penyatuan  kaum semua penghuni rimba mengecapi
kehidupan  aman damai selamanya.

Karya:  Rha NS
            1 Januari 1995  


                                          

0 comments:

Post a Comment

 
;