Tuesday, 13 July 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (22) PROFESOR AWANG SARIYAN KEMBARA BAHASA

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (22) PROFESOR AWANG SARIYAN KEMBARA BAHASA

Ratu Rimba Niagara telah mengirim 2 kemas kini.
Mungkin imej Awang Sariyan Kembara Bahasa
SYAIR PENGEMBARA BAHASA
Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa putus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Malaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah tiada terasa,
Mengungkap kata sepenuh jiwa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyat pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti di luar jangkau,
Indah berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan rakyat Malaysia.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan Seni perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2011
(Syair dikarang istimewa untuk Profesor Awang Sariyan Kembara Bahasa)
PROFESOR WU ZONG YU
Profesor Wu Zong Yu
biarpun aku tak mengenalimu
baru pertama kali mengenalimu
hatiku rasa terharu! syahdu!
Tak pernah terfikir
wujud insan sepertimu
bukan warganegaraku...
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
dengan rasa bangga tanpa rasa jemu dan berputus asa
Kau memperjuangkan Bahasa Melayu
sejak dari usia remaja lagi hingga ke usia emas
terkedu aku! Terharu!
dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu
kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
memperjuangkan Bahasa Melayu aku pun tak tahu
siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu
yang aku tahu
kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
kau berkorban masa, tenaga dan segalanya
untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
kau terus memperjuangkan dengan semangat kentalmu
memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
sehinggakan ramai rakyat Negaramu yang meminati
dan jatuh cinta pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
mereka belajar penuh minat setiap apa yang kau ajar
sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
kau bangga bila mereka pandai berbahasa indah
menyusun kata-kata indah bila berkata-kata
itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai
pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi
jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan
Negara kami... amat kami hargai dan sanjungi!
kami terharu dalam penuh syukur
Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu
ingin kami contohi
kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
sekalung tahniah daripada kami
atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu
tetap utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
jika kau boleh! Kami pun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan
mewangi di hati kami sekalipun kau telah tiada nanti!
Terima kasih atas segala pengorbananmu
kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Oktober 2011
(TERIMA KASIH KEPADA PROFESOR PENGEMBARA BAHASA
TULISANMU TERCETUSNYA ILHAM PUISI INI).
Awang Sariyan Kembara Bahasa berkongsi kenangan.
Sajak "Saat Pamitan II"
Awang Sariyan Kembara Bahasa
12 Julai 2020 ·
SAAT PAMITAN II
Andainya aku harus pergi
kepergianku usah kautangisi
anggaplah itu hanya sebahagian misi
yang masih perlu kuisi
Kembaraku di gurun tak bertepi
masih perlu kuteruskan lagi
lelah, singgah, pamitan dan pergi
berlaku berulang kali
Kalian mungkin tidak mengerti
apakah sebenarnya yang kucari
daku beristikharah untuk memperoleh gerak hati
ada misi untuk kugalas di mata destinasi
Izinkanlah daku pamitan lagi
apabila tiba waktunya nanti
2.7.2020
SAAT SYURGA MENANTI
Andainya kau harus pergi
kepergianmu kutangisi
kau masih diperlukan lagi di sini
kembaramu di gurun tak bertepi
mesti ditamatkan, biarlah di sini
ramai yang menanti
ilmumu masih diperlui
taburan baktimu sentiasa mewangi
dikenangi hingga kini
kau pejuang pertiwi
sasteramu sentiasa dinanti
dihargai sampai mati
justeru jangan pernah terhenti
teruskan perjuangan sasteramu diminati
di serata pelosok dunia dikenangi budi
khalifahNya berbudi tinggi
kembaramu di gurun tak bertepi
tamatlah kembaramu di bumiNya ini
moga Syurga menanti
Aamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2021
Berjual beli pantun.
Hinggap di dahan si burung merbah,
Berkicau-kicauan memanggil teman;
Perkataan tak cermat menjadi fitnah,
Dijajakan bagai barang murahan.
@ Awang Sariyan Kembara Bahasa
3 Komen
Aldi Al-Saadi
Mentari bercahaya panasnya jenuh,
Berpeluh segala tidaklah selesa;
Fitnah berbahaya daripada membunuh,
Amalan tercela di neraka terseksa.
Jamilah Ab Jalil
Burung hutan bersiul-siulan,
Burung merbah jatuh ke tanah;
Jaga lisan jagalah tulisan,
Moga kisah tak jadi fitnah.
Ratu Rimba Niagara
Siakap senohong gelama ikan duri,
Cakap bohong lama-lama jadi pencuri,
Suka menfitnah memakan diri,
Di alam barzah merana sendiri.
(PETIKAN FB AWANG SARIYAN KEMBARA BAHASA)
13 Julai 2021)
Suka
Komen


PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 Julai 2021



YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

0 comments:

Post a Comment

 
;