Duhai penyair muda…
Tak kuduga
kau berubah
setelah bersahabat
dengan penyair ternama.
Kujalinkan perkenalan denganmu
kerana mahu bertukar idea
saling menyokong di antara kita
di medan seni.
Kuanggap kita setaraf walaupun
usia kita jauh berbeza.
Kubiarkan kau edit hasil tulisanku
dan kau kata karyaku tidak puitis!
Kukatakan padamu aku mahu
semua pembaca faham hasil
tulisanku, kuterima segala kritikanmu
dengan hati terbuka kerana di kala
itu kita setaraf.
Tapi setelah kau bersahabat dengan
penyair ternama aku teman seperjuanganmu
menjadi tunggul yang tak berharga lagi di matamu.
Kau bersama penyair ternama mempersendakan
hasil tulisanku seolah-olah menghukum supaya
aku jangan berkarya lagi kerana sajakku seperti
menulis teks SMS!
Aku sedar siapa aku
duhai penyair muda!
Duhai penyair ternama!
Karyaku tidak setanding kalian
yang boleh berkarya
dengan bahasa puitis
ada metafora,
personafikasi dan rhima!
Yang mengagumkan pembaca!
Duhai penyair muda dan penyair ternama,
ku tak setanding kalian dan aku teramat malu
jika hasil tulisanku kalian baca mesti ada
cacat celanya! Biarlah aku menjadi penulis bisu
berkarya di alam maya… dibaca oleh pembaca
di serata pelosok dunia pelbagai bahasa
yang tidak kukenali kerana aku menulis bukan
kerana nama tapi tanda kasih sayangku
pada mereka. Merekalah yang layak
menilai karyaku!
Aku menulis kerana
Karyaku! Duniaku !
Sasteraku! Duniaku!
Pembaca Alam Maya Duniaku!
Tanpa pembaca yang kukasihi siapalah aku?
Karya: Rha NS
15 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment