Sang Matahari setiap hari
ego dengan kekuasaan yang dimiliki.
Menyinari bumi
tanpa sinarnya,
bumi ini akan bergelap!
tanpa sinarnya kehidupan
penghuni bumi tergendala,
ini membuatkan Sang Matahari ego!
Sinarnya amat dinantikan penghuni bumi…
Kerana terlalu sombong dengan keterikkan sinarnya itu,
kehadiran Sang Pelangi diperkecilkan,
” Sang Pelangi kau tak perlu muncul kerana
kehadiranmu tidak diperlukan penghuni bumi…
cahayaku sudah cukup menerangi penghuni bumi,”
kata Sang Matahari dengan egonya.
“Walaupun aku tidak diperlukan tapi kehadiranku dapat
memukau mata si penghuni bumi kerana warna-
warni pelangiku yang cantik,” kata Sang Pelangi
membela dirinya.
“He… setakat cantik , selepas itu hilang… tiada
gunanya Sang Pelangi… hahaha … kau tengok aku
sentiasa bersinar tanpa henti, penghuni bumi
sentiasa perlukan aku!” kata Sang Matahari
penuh ego.
“Aku hadir atas kehendak Tuhanku,
Aku hilang pun atas kehendak Tuhanku,
dan aku redha asal kejadianku Sang Matahari,”
kata Sang Pelangi penuh kesyukuran.
Bersyukur kepada Tuhan yang menciptanya.
Pada hari Jumaat bertarikh 27 Mei 2011
pada pukul 1.15 tengahari keadaan telah
menundukkan Sang Matahari yang ego selama ini,
apabila Penciptanya menunjukkan kuasaNya
kepada Sang Matahari yang selama ini ego
dengan kekuasaannya, apabila Sang Pelangi
mengelilingi Sang Matahari dan Dikirimkan
juga bulatan cahaya yang lebih bersinar daripada
Sang Matahari!
Sang Matahari hilang egonya… dia bertaubat
kepada Allah kerana selama ini dia sombong
kepada Sang Pelangi dan Penghuni Bumi.
Sehebat mana pun Sang Matahari tidak boleh
menandingi kehebatan Yang Mencipta
kewujudannya !
Karya: Rha NS
15 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment