CITA-CITAKU CITA-CITAMU (293) PERDANA MENTERI KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Aamiin
Teks penuh ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Wahai saudaraku rakyat Malaysia yang dihormati,
Hampir seminggu negara kita menghadapi kemelut politik yang membimbangkan. Kemelut ini berlaku apabila mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Ini menyebabkan jawatan Perdana Menteri kosong dan perlu diisi.
Menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri baharu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Selaras dengan peruntukan ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik saya sebagai Perdana Menteri.
Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia.
Setelah melalui kemelut politik yang melanda negara kita sejak seminggu yang lalu, saya tahu saudara-saudari tentunya mahu negara kita kembali berada di landasan yang betul.
Saudara-saudari pastinya tidak mahu negara kita diheret ke dalam kemelut politik yang lebih besar.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati,
Saya tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa. Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan.
Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri.
Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Di peringkat awal, saya dan semua ahli Dewan Rakyat daripada parti BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) telah memberikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Tetapi malangnya, beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain.
Perkara ini telah dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana.
Oleh yang demikian, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengambil keputusan yang bijaksana dengan menjemput ketua-ketua parti mengemukakan seorang calon lain yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Ketika itulah nama saya sebagai calon Perdana Menteri telah dikemukakan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat daripada parti BERSATU dan ketua-ketua parti yang lain.
Menurut mereka, saya mempunyai sokongan majoriti. Saya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.
Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Tun Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?
Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan. Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan pilihan raya umum perlu diadakan.
Saya sedar saudara dan saudari sudah letih dan la’ih dengan kemelut politik yang berlaku.
Dalam keadaan ini, saya sebagai pemimpin mesti mencari jalan penyelesaian. Saya tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan.
Kerana itu saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir dan meminta beliau menyokong saya.
Dalam pertemuan yang disaksikan oleh empat orang tokoh parti, beliau telah menyatakan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada saya sekiranya saya mendapat sokongan majoriti.
Perkara ini dinyatakan oleh beliau sendiri dalam satu sidang akhbar pada 27 Februari 2020.
Dengan sokongan itu, saya telah menerima pencalonan saya sebagai Perdana Menteri.
Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat.
Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhianat.
Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut.
Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah.
Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota Jemaah Menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
Kerajaan pimpinan saya juga akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik.
Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan.
Saya juga faham bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.
Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, letrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman, serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga.
Saya juga tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan. Ini juga akan menjadi keutamaan saya.
Dalam menghadapi wabak coronavirus pada masa ini, sama-samalah kita jaga kesihatan.
Saya juga sedar saudara dan saudari juga mahukan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak.
Bidang pendidikan amat dekat dengan jiwa saya. Dengan pengalaman selama 6 tahun menjadi Menteri Pendidikan, saya berjanji akan berusaha untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara.
Saya akan pastikan anak-anak kita mendapat taraf pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju. Usaha ini telah pun saya mulakan dahulu. Insya-Allah ianya akan diperkukuhkan lagi pada masa hadapan.
Saya tahu bahawa saudara dan saudari mahukan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur. Sebuah negara yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua.
Kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.
Marilah bersama-sama saya untuk bina semula negara kita dan kembalikan kegemilangannya.
Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara.
Sama ada saudara adalah petani, saudara nelayan, saudara peniaga, saudara penjawat awam, saudara pekerja swasta, saya adalah Perdana Menteri saudara.
Saya merayu agar saudara dan saudari memberikan sokongan padu kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.
Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik dan kerajaan untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan.
Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk negara.
Berikan saya sedikit masa untuk menetapkan garis-garis utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu ini yang insya-Allah akan saya jelaskan kepada rakyat dalam masa terdekat.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara dan saudari yang telah menghadapi kemelut yang melanda negara dengan sabar dan tenang.
Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara kita.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Ayuh, bersatulah kita demi tanah air tercinta.
TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-8.
Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat
memerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
"Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
melantik saya sebagai Perdana Menteri.
melantik saya sebagai Perdana Menteri.
Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
melalui pilihanraya.
Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
melalui pilihanraya.
Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
saya adalah Perdana Menteri saudara.
saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
saya adalah Perdana Menteri saudara.
Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
dan negara.
dan negara.
Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri
di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu
membantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya
akan mendapat perhatian!"
Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19
justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan
rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,
segala tindakan akan menjadi sia- sia.
Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru
kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak
COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat penularan wabak
COVID-19 pelbagai pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat
dilancarkan di mana semua golongan rakyat dibantu tanpa tanpa
seorangpun dipinggirkan.
tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19
justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan
rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,
segala tindakan akan menjadi sia- sia.
Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru
kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak
COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat penularan wabak
COVID-19 pelbagai pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat
dilancarkan di mana semua golongan rakyat dibantu tanpa tanpa
seorangpun dipinggirkan.
Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri
sudah membuktikan kemampuan membantu dan
memperjuangkan nasib rakyat.
Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam
rasa syukur dan gembira.
Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri
pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan
rakyat daripada kepentingan sendiri.
Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu.
Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
pemerintahan kini dan akan datang.
Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
Jemaah Menterimu.
Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
masalah rakyat kami juga menyayangimu.
Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
sebaris para Nabi Kekasih Allah kerana pemimpin
yang adil dan amanah sepertimu selayaknya begitu.
Insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
sudah membuktikan kemampuan membantu dan
memperjuangkan nasib rakyat.
Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam
rasa syukur dan gembira.
Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri
pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan
rakyat daripada kepentingan sendiri.
Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu.
Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
pemerintahan kini dan akan datang.
Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
Jemaah Menterimu.
Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
masalah rakyat kami juga menyayangimu.
Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
sebaris para Nabi Kekasih Allah kerana pemimpin
yang adil dan amanah sepertimu selayaknya begitu.
Insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2020
Perutusan Khas YAB Perdana Menteri (25 Mac 2020)
TEKS PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI 25 MAC 2020, 1 PETANG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi. Apa khabar?
Hari ini adalah hari kelapan perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa. Saya mendapat laporan daripada pihak polis lebih 95 peratus rakyat telah mematuhi perintah ini. Jalan-jalan raya lengang, pusat-pusat membeli belah ditutup, pusat-pusat rekreasi awam juga lengang dan ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah.
Hanya ada beberapa insiden kecil pelanggaran perintah ini di sana-sini. Pihak polis dan tentera telah dikerah untuk mengambil tindakan tegas bagi mengawal keadaan. Ini termasuk menutup tempat-tempat awam yang masih dikunjungi oleh ramai orang dan menahan individu-individu yang ingkar.
Tindakan tegas terpaksa diambil oleh pihak berkuasa demi memastikan perintah larangan pergerakan ini dipatuhi dan tindakan ini mencapai hasil yang dihasratkan, iaitu membendung penularan wabak COVID-19. Saya hendak mengingatkan, jika perintah ini tidak dipatuhi, maka ianya tidak akan membawa apa-apa kesan positif dan segala tindakan kita akan menjadi sia- sia.
Apa pun, yang paling utama ialah kesedaran kita sendiri. Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara- saudari sekalian yang rata-ratanya mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan untuk duduk di rumah atau stay at home.
You follow my instruction. You know that this is good for you, your family and the people around you. Your awareness and sincerity in abiding by the rules imposed by the government during this Movement Control Order period is highly commendable.
Saya tahu, bukan mudah untuk saudara-saudari duduk diam-diam di rumah untuk satu tempoh masa yang agak lama. Pastinya banyak cabaran yang saudara-saudari hadapi pada waktu ini. Tiba-tiba gaya hidup kita berubah dengan sekelip mata.
Tetapi saya lihat ramai yang kreatif. Saya tengok di facebook, ada yang dah mula bersenam di rumah. Ada yang menggunakan skype untuk berhubung dengan rakan-rakan sekerja. Saya sendiripun menggunakan face time untuk berbual dengan cucu saya. Maklumlah, mereka tak dapat nak berkunjung ke rumah Tok Ayah seperti biasa.
Ibu-ibu pun, kerana ada banyak masa di rumah, mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga. Tak kurang juga para bapa yang menggunakan peluang duduk di rumah untuk bersolat jemaah dengan isteri dan anak-anak.
Ringkasnya, kita semua mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa pun cabaran dan dugaan yang kita hadapi, tidak sekali-kali melemahkan semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Ya, seperti ungkapan yang sering kita dengar, when going gets tough, only the tough gets going. Apabila keadaan menjadi sukar, hanya yang tabah akan dapat mengharunginya.
Saya hendak menyebut di awal-awal ini bahawa keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar. COVID-19 adalah sejenis wabak yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Tidak pernah kita jangkakan bahawa kehidupan kita akan berubah dengan sekelip mata hanya kerana sejenis wabak yang menular bukan sahaja di tempat kita, tetapi di seluruh dunia. Kadar jangkitannya begitu cepat. Hari ini seramai 422,829 orang telah dijangkiti wabak ini di seluruh dunia dengan 18,907 kematian.
Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID- 19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID-19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.
Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang termasuk seorang doktor. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa semoga roh mangsa dicucuri rahmat Ilahi.
Saya diberikan taklimat oleh pihak Majlis Keselamatan Negara bahawa peningkatan kes-kes positif COVID-19 dijangka meningkat lebih tinggi sekiranya kita tidak melakukan apa-apa. Jumlahnya mungkin meningkat berkali-kali ganda lagi seperti yang berlaku di beberapa buah negara lain. Dari satu segi perintah kawalan pergerakan yang kita ambil telah sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak ini.
Namun, kita tidak boleh berpuas hati dengan langkah- langkah yang kita ambil pada masa ini sehinggalah kita berjaya mencatatkan sifar kes baharu. Pada masa ini kes-kes baharu masih dicatatkan walaupun dalam tempoh beberapa hari yang lalu jumlahnya agak mendatar.
Kerajaan menjangkakan kes-kes baharu akan terus dicatatkan dalam masa yang terdekat. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan. Ini termasuk menyediakan 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara untuk menerima pesakit-pesakit COVID-19. Pada masa ini 34% daripada kapasiti katil hospital telah digunakan, dengan baki sebanyak 66% lagi yang masih boleh menampung pesakit. Jika berlaku pertambahan jumlah kes positif COVID-19 melebihi kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk dijadikan pusat pengasingan dan kuarantin sementara.
Usaha-usaha akan terus dibuat untuk mencegah penularan COVID 19 sehinggalah kita benar-benar dapat membendung wabak ini dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya.
Ini bermakna, pergerakan orang ramai mesti terus dikawal. Strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19. Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar. Ini termasuk melakukan mass testing khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.
Dengan kata lain, kita ingin mencegah jangkitan. Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian. Justeru, saudara-saudari mesti bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama. Just be mentally and physically prepared to stay at home for a reasonably longer period of time.
Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku. Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.
Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.
Please stay calm and don’t panic. Even though we have extended the Movement Control Order, you don’t have to unnecessarily stock up on food because the supply is sufficient. I assure you that food is enough for everybody.
I know you feel burdened but I don’t have a choice. I have to extend the Movement Control Order for your own safety.
Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya. Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.
Saya juga telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi. Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam.
Saya juga tahu bahawa dalam keadaan ini, ramai pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan. Semalam saya telah umumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi yang sukar ini. Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan.
InsyaAllah, pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh. Pegawai-pegawai saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua. Samada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind.
Selain itu, saya juga berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini. Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat.
Dalam mesyuarat kabinet hari ini, saya telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera. Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.
Organisasi-organisasi kebajikan atau charity organizations juga boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. I call upon all charity organizations in this country to rise to the occasion by helping the needy regardless of race and religion during this trying moment. The difficulties they are facing are unprecedented. And I believe all of you can do something meaningful to ease their burden.
Saya sedar, sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan saudara-saudari. Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini.
Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal. Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah.
Saya tahu para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula. Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.
Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.
Kita telah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.
Justeru, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian manadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya.
Kepada penganut agama bukan Islam, saudara-saudari bertafakkur dan berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing.
Al-Fatihah ……..
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ
يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Engkau ampunilah dosa-doa kami
Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah
Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa
Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk
Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah
Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa
Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini
Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada Mu
Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada Mu
Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi
Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah
Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah
Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah
Lindungilah kami
Selamatkanlah kami
Sejahterakanlah hidup kami
Lindungilah kami
Selamatkanlah kami
Sejahterakanlah hidup kami
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Amin.
Amin.
Teks penuh Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat sejahtera bersama keluarga di
rumah. Bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja dan jaga kesihatan.
Sentiasa amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan apabila balik ke rumah jangan lupa mandi dulu. Kemudian barulah buat apa-apa aktiviti bersama keluarga.
Di awal ucapan saya ini, saya nak menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan
saya kepada anda semua sebagai rakyat Malaysia. Anda adalah manusia yang hebat.
Doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap
kali melangkah masuk ke wad. Tetapi anda terus melangkah dengan gagah untuk
menyelamatkan nyawa orang lain.
Walaupun letih, anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat dengan cekal. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada doktor dan jururawat di hospital swasta.
Ketika hospital kerajaan sibuk merawat pesakit COVID 19, hospital swasta menerima
pesakit-pesakit bukan COVID 19 untuk dirawat. Terima kasih juga kepada anggota polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya.
Anda berpanas, berhujan, tetapi terus menjalankan tugas. Syabas saya ucapkan.
Juga kepada anggota Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba, RELA, pihak
berkuasa tempatan dan lain-lain agensi yang turut membantu. Saya ucapkan terima
kasih.
Terima kasih juga kepada insan-insan yang bermurah hati membungkus makanan
untuk dihantar kepada para petugas di barisan hadapan. Mereka buat secara percuma
tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda adalah insan yang hebat.
Begitu juga kepada anda yang bekerja menghantar makanan. Sama ada Grab Food, Food Panda atau lain-lain. Anda mengambil risiko. Orang lain duduk di rumah, anda keluar rumah untuk pastikan orang lain boleh makan. Anda melakukan satu pekerjaan yang mulia.
Pesan saya, jaga kesihatan, jaga keselamatan, jangan bawa motosikal laju-laju.
Anda juga insan yang hebat.
Pendek kata, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika
zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita.
Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita.
Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Saudari-saudari yang saya kasihi,
Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat
membantu para petugas kesihatan kita mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap
yang agak stabil.
Menurut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19.
Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif COVID-19 adalah terkawal
pada kadar 7%, iaitu di bawah ‘benchmark’ 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia atau WHO.
Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia.
Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43%
pesakit COVID-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai
220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes.
Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular.
Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku.
Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan
pencegahan serta kawalan yang berterusan.
Malahan, usaha-usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti menjadi punca penularan wabak ini.
Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan
pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.
Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.
Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.
Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat
semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.
Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.
Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala. Selagi virus ini
masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga
kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak.
Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar
Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk
bertarawih.
Jadi berterawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak
boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi.
Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di facebook. Ramai yang mahu penutupan
sekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak.
Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara-saudari saya pun bimbang juga.
Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya.
Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan
dahulu sesi persekolahan sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali
pulih.
Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya telah minta Kementerian
Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau ‘home based
learning’ sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang
seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.
Walaupun keadaan di negara kita insya-Allah akan kembali pulih dengan langkah-langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini.
Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita.
Saya nak beritahu, di sepanjang sempadan negara kita ini banyak terdapat lorong-lorong tikus. Pendatang asing tanpa izin biasanya bolos menerusi lorong-lorong ini.
Jika kita tidak tingkatkan kawalan, mereka mungkin bolos dan membawa virus masuk
ke negara kita. Na’uzubillah. Jadi, saya telah arahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Imigresen, RELA dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya perketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara.
Ringkasnya, kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak
akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal”
atau kebiasaan baharu.
Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi. Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab.
Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk
mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini
adalah “the new normal”, atau kebiasaan baharu.
Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan.
Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan
dengan lebih kerap. Gunakan sabun, ‘hand sanitizer’ dan sebagainya. Juga memakai
face mask.
Banyak lagi contoh-contoh lain yang tak perlu saya sebut kerana saya fikir saudara-saudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang.
Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,
Saya faham bahawa ekonomi negara kita terjejas kerana sekatan-sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.
Untuk itu, kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.
Sebuah jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahankan diwujudkan untuk meneliti senarai sektor-sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat.
Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuat kuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi.
Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan.
Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.
Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,
Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari. Setiap nyawa adalah berharga. Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai.
Kehilangan satu nyawa kerana virus ini bukan bererti kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak atau keluarga terdekat sahaja, tetapi juga satu kehilangan besar buat negara.
Kerana itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan
orang-orang di sekeliling kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan.
Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We
are doing well so far, so just uplift your spirit and continue to fight. If we persevere,
insyaAllah we will win.
Saya bertuah kerana anda semua adalah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. Tahap pematuhan PKP di negara kita adalah tinggi dan ini menunjukkan saudara-saudari semua faham akan kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
Teruskanlah sikap yang terpuji ini. Teruslah berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Insya-Allah kita akan berjaya mengharungi ujian ini bersama-sama. Kepada Allah
jualah kita berserah.
Kenyataan Media MKN: Perincian Perintah Kawalan Pergerakan
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020
18 MAC 2020
1. Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.
2. Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti di Lampiran A (Essential) dan di Lampiran B (Non-Essential) dibenarkan beroperasi.
3. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.
4. Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
5. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.
6. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8888 2010.
Sekian.
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020
JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020
18 April 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Ustaz Ebit Lew
dan semua yang mengenali Ustaz Ebit Lew)
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 April 2020
0 comments:
Post a Comment