Wednesday, 26 December 2012

TEATER BANGSAWAN DIRAJA.' KAYANGAN TURUN KE BUMI'


KAYANGAN TURUN KE BUMI

benang dililit terikat rapi
terlerai sudah tak terputus lagi
dibuat sulaman sutera bertambah seri
kembalikan saudara kerabat disisi

acara mandian penutup ilmu
dimandikan oleh saudara sendiri
terungkap sudah cerita disini
kayangan turun kebumi

By: Pangeran Adipati Agong
Like · · · Tuesday at 5:19pm via mobile

  • 5 people like this.
  • Muria Sandy jikalau hutan harus d babat
    membabat kain satin yg dilipat
    jikalau hati tuan tlah terikat
    terikatlah batin nan khitmat...
  • Pangeran Adipati Agong maaf sy ke mempaga semalam.. Ada kerabat disana.. insya'allah atas khudrat allah akan kita jumpa jua dilain hari
  • Ratu Rimba Niagara Setiap pertemuan adalah rancangan Allah,
    Pasti ada hikmah-Nya untuk kita kongsi bersama;
    Di majlis ini tercurah segala ilmu mohon diberkati Allah,
    Insya-Allah Allah memberkati jika saling kerjasama.
  • Ratu Rimba Niagara Saling berbaik sangka itulah yang sepatutnya ada,
    Di hati sentiasa merendah diri walaupun siapa darjatnya;
    Barulah pertukaran ilmu berjalan sejujurnya yang ada,
    Semuanya pasti ceria bagaikan ikatan saudara kandungnya.
  • Ratu Rimba Niagara Jika ada bicara yang membuat kita saling terasa,
    Itu bemakna masing-masing perlu muhasabah diri;
    Jalan terbaik saling memohon maaf agar tidak terasa,
    Saling bemaafan itulah yang dituntut Ilahi.
  • Ratu Rimba Niagara Tuhan berilah aku kesabaran,
    Dalam menebarkan tinta-tinta ilham dari-Mu;
    Biarpun hatiku terluka kuatkan semangat perjuangan,
    Moga apa yang aku usahakan mendapat restu-Mu.
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Rashid Nordin..Jika rezeki mu dan hakmu ada..anaknda tidak mampu kami tinggalkan .. sentiasa dlm ingatan ..
  • Ratu Rimba Niagara Anakanda Rashid Nordin jangan ditinggalkan biarlah bunda yang pergi ayahanda...bunda ratu sudah tidak diperlukan di sini ayahanda...lagi pun anakanda masih muda lagi bunda sudah tua ...dah tak mampu lagi untuk memerah otak duhai ayahanda maharaja pancung pancar temasik.
  • MaharajaPancung Pancar Temasik hihihi...jaga dimensi dalam fb barulah tk pening diri dan yg lain membacanya
  • Ratu Rimba Niagara bunda pun jaga dimensi fb bunda sebab itu rakan fb bunda tak ramai ...sebab nanti mereka tak larat nak like kerana sibuk hingga tiada masa nak baca 1 pun karya bunda...kerana tak nak susahkan mereka lagi makanya bunda ambil yang cuma ada masa nak baca karya bunda tanda sokongan ke bunda ...yang sibuk tak apa lah biarlah sibuk dengan urusan mereka dan bunda tak mahu mereka pening membacanya... biarlah mereka yang tak pening membaca karya bunda yang setia saja jadi fb bunda...rakan bunda di grup kalau sepikan karya bunda tak apa...lagipun bila-bila masa pun mereka boleh keluarkan bunda dari grup mereka...bunda tak kisah kerana bunda datang ke grup ini pun atas bidang terjun ...tau-tau nama bunda ada di grup ini...bunda pula jika mana-mana grup ada nama bunda...apa lagi hantarlah karya selagi daya...jika tak dapat sambutan grup ...bunda pergilah ke grup lain...kalau grup lain pun tak ada sambutan...nampaknya di fb bunda lah bunda berkarya...tapi kalau dengan rakan fb pun tak ada sambutan alamat...mereka yang tak perlukan karya bunda lagi...terpaksalah bunda cari yang minat saja dengan karya bunda...apa guna jadi rakan fb macam pepatung saja kan3 ayahanda maharaja pancung pancar temasik? sebab itu juga bunda tak terima mereka yang nak jadi rakan fb bunda takut susahkan mereka dan mereka pula memberi sokongan pada awalnya ..lama-lama mereka tak larat nak layan karya bunda ...apa lagi mereka terus sepikan bunda...makanya bunda pun sepikan mereka...setiap rakan fb bunda terlalu istimewa kerana mereka semua adalah nadi sastera bunda....mereka adalah hulubalang-hububalang bunda . Setiap hulubalang mesti selalu menyokong bunda...tapi yang ghalatnya leftenan adam rakan fb bunda senyap je tak nak langsung memunculkan diri...tak apalah nanti bunda pun nak senyap juga dengannya ...jangan pulak dia kata bunda sepikan dia ...yang sudah...sudah macam itulah jadi rakan fb tak tak mahu langsung memberi kerjasama dengan bunda...makanya mana-mana rakan fb bunda yang wujud tapi tak berfungsi maafkan hamba jika hamba ucapkan selamat tinggal ....

  • (PETIKAN DARIPADA WALL MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU  ISLAM NUSANTARA)
    14 Safar 1434H
    27 Disember 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;