Wednesday, 26 December 2012

TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'ALANGKAH MANISNYA JIKA REDHA'



  • YANG PASTI MENCINTAI ILAHI MENDAMAIKAN

    di kala asmara mu datang membara
    sudah terlambat
    kau datang
    membebat lukaku
    luka dilukai

    sumpah setiamu
    yang pernah kau lafazkan
    telah menjadi sesumpah
    yang mengejekku
    aku tak layak
    untuk kau cintai

    biarpun aku berteriak
    betap sakitnya
    jika disepikan
    dikecewakan
    lagi kau
    sengaja
    menyakitkan
    kelukaanku
    maka kerna
    tak mahu dilukakan
    berulang kali
    kurelakan
    hentikan
    segala rindu
    dan kasih palsu
    yang bisu
    yang beku
    yang lesu

    mencintaimu
    menyeksakan menyakitkan menderakan
    tapi yang pasti mencintai Ilahi
    jiwaku damai
    rohku tenang
    setenang cinta Adam pada Hawa
    ahh! Bahagia...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    261212
    Like · · · 2 minutes ago near Kajang ·
  • PUISI-PUISI TENTANG-NYA

    Jiwaku meronta
    mahu dilepaskan
    sengsara roh dan jasad
    dirantai dengan belati kebencian
    dendam kesumat
    tiada penghujung
    tanpa aku
    tahu salah apakah aku
    salah ke aku
    berkarya
    memuji tentang-Nya?
    dan aku akui
    aku tak sehebat
    pujangga
    yang berbahasa puitis
    aku menulis
    apa terlintas di pemikiran
    dan setiap baris kutulis
    ingin kujauhi
    dengan niat sengaja
    mahu menyakitkan
    melukakan hati sesiapa
    jika adalah niatku begitu
    aku rela
    diam memakukan pena
    biar kaku selamanya

    jiwaku meronta
    mahu dilepaskan
    dengan belati kebencian
    kerana selagi ada
    dendam dan kebencian
    selagi itu lah
    dunia tak akan aman
    di mana mana
    akan ada kebencian
    mengundang perbalahan
    kata mengata
    ah! malu
    usia selangkah
    ke alam barzah
    masih lagi suka
    saling menyakiti hati
    rasa diri cukup sempurna
    orang lain dipandang
    seperti bangkai
    yang tak punyai
    hati dan perasaan!
    sebelum aku jadi bangkai
    atau dibangkaikan
    lebih baik aku
    bingkaikan semua
    kata-kata puitismu
    yang menikam kalbu
    agar menjadi
    bahan seni
    yang dibaca
    mereka yang berminat
    membaca puisi
    bangkai membangkai
    puisi yang
    bilamana berpuisi
    tidak menggunakan otak
    gunakan perasaan
    dendam kesumat
    dengan tujuan
    membangkaikan
    puisi-puisi nan indah
    dan Tuhan sentiasa bersama puisi
    nan indah-indah
    berpuisi kerana-Nya
    Tuhan sentiasa suka
    puisi-puisi tentang-Nya
    kerana setiap yang baik itu
    semua-Nya datang dari-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    261212
    Like · · · 5 minutes ago near Kajang ·
  • ALANGKAH MANISNYA JIKA REDHA

    Alangkah manis jika redha sebati dalam roh dan jasad
    Alangkah manis jika matlamat hidup semata keranaNya
    Alangkah manis jika cinta keranaNya dan balas cinta keranaNya
    Makanya kemanisan iman dirasai roh dan jasad
    Hidup bersama mereka yang berfalsafah yang sama.

    Sinar Rembulan Aduiiiiii...puitissss nya...indah dan
    manis jika saling redha....

    Ratu Rimba Niagara:

    Ye sahabatku...redha membuatkan jiwa menjadi tenang
    setenang air di kali ....setenang tika berada di
    dalam Rumah Allah.

    Karya Ratu Rimba Niagara ,
    261212
    Like · · · 17 minutes ago near Kajang ·
  • Ratu Rimba Niagara shared Ahmad Tajuddin's photo.
    ~ EMMM...
    ‎~ EMMM...
    Unlike · · · 38 minutes ago ·

    • You and Ahmad Tajuddin like this.
    • Ratu Rimba Niagara CERMIN MEMANCARKAN SINAR NUR HIDAYAH KASIHNYA

      Dalam luka ada duri
      Dalam luka ada nanah yang berbau
      Dalam luka hatiku haru biru

      Bila ku berdiri di cermin
      Wajahku berkerut seribu
      Dia mengikut gerak wajahku yang berkerut itu
      Tapi cermin tetap tidak punyai hati
      Dia bisu dan terus membisu
      Justeru dia tidak pernah faham apa maksudku

      Kerana dia tidak punyai hati
      Aku terus menangis hiba
      Dia pun turut menangis
      Tapi tidak pernah simpati padaku

      Lama sudah kutahu dia tidak punya perasan
      Aku terus menabur budi padanya
      Agar satu masa nanti dia juga punyai perasaan dan hati

      Cermin yang bisu dan kaku itu
      Selalu ku berkata-kata dengannya
      Penuh kasih sayang setulusnya
      Air mataku berjuraian itu merecik ke cermin
      Kuambil sapu tangan derita
      Kulap debu-debu yang terlekat di cermin
      Sambil berselawat dan berzikir padaNya
      Merintih merayu
      Mohon Allah ampunkan segala dosaku
      Yang bertimbun bak pepasir di pantai
      Sesudah lama ku menangis
      Ku lihat wajahku di cermin
      Memantulkan sinar cahaya wajahku yang ku sendiri
      Tak dapat nak huraikan dikuatiri riak
      Yang akan membunuh segala amalanku
      Yang setitis ini

      Biarlah antara aku dan Tuhanku yang tahu
      waktu di kala itu
      kerana aku tak mahu sebesar zarah pun ada
      berperasangka pada manusia
      apa tah lagi pada Tuhanku

      Biarpun dugaan datang melanda
      Biarpun dikeji
      Dicaci manusia
      Biarlah aku dah redha

      Dan aku terus berbakti
      Dan Berbakti
      Pada yang sudi mendengar
      Pada yang sudi menyayangi
      Pada yang sudi menghargai
      Biarpun pada cermin bisu yang tidak
      Punya hati dan perasaan!

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      26 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;