Saturday, 29 December 2012

TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BERSATULAH ATAS NAMA MELAYU DAN PERPADUAN ISLAM KERANA ALLAH'




Assalamualaikum..
MELAYU ISLAM BERSATU :
VISI DAN MISI

VISI: Membina Perpaduan Islam Dan Perpaduan Melayu.
Melayu Islam Bersatu Sebagai Kumpulan Yang Unggul,Cemerlang,Terbilang
Di Dunia Dan Sejahtera Di Akhirat

MISI: Islam Sebagai Pegangan Hidup Bersendikan Al-Quran Dan Sunnah.
Melayu Islam Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Untuk Perpaduan Islam Dan Perpaduan Melayu.

Sejarah budaya bangsa Melayu terbina dari nilai Islam. Syarak mengata, adat menurut. Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Budaya bangsa Melayu yang amat cantik nilaiannya. Semua diajar dari kitab bersendi agama Allah. Jangan dipisahkan bangsa Melayu dengan Islam, kerana bangsa berbudaya bersendi kitab Allah.

Pihak Admin senantiasa menilai dan menjaga kualiti setiap posting dan komen agar pembaca akan menilai tinggi bahan-bahan posting dan komen dalam group ini. Bahan posting dalam group ini hendaklah menarik, interaktif, kreatif dan bersifat inclusif dan inovatif.

Pihak Admin akan mengawasi setiap posting dan komen supaya ia dilontarkan dengan penuh berhemah, beradab dan ilmiah. Pihak Admin TIDAK MEMBENARKAN sebarang posting dan komen yang berbau politik, perdebatan tidak berkesudahan dan cacian keatas mana-mana pihak. Pihak Admin akan membuang posting, komen atau mana-mana ahli yang berbuat demikian.
Bersatulah atasMelayu dan Perpaduan Islam kerana Allah

ERJUANGAN FISABILILLAHMU MEWANGI SAMPAI KE SYURGA

SHAHRINA HARUM PERJUANGAN FISABILILLAHMU
MEWANGI SAMPAI KE SYURGA!
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

RUANGAN INI ISTIMEWA UNTUK SAHABAT AKHIRATKU
SHAHRINA AHMAD SHARKAWI TANDA KITA TELAH DITEMUKAN SEJAK AZALI LAGI MOGA PERSAHABATAN KITA YANG SUCI IKHLAS INI TERPATRI SAMPAI DI SYURGA
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN)
7 Safar 1434H
21 Disember 2012M

ANDAINYA KAMI BERDUA SUDAH TIADA DI DUNIA INI
KIRIMKAN SEPOTONG SURAH FATEHAH UNTUK KAMI
BERDUA TANDA KITA SALING RINDU MERINDU
TANDA IKATAN KITA TIDAK PUTUS DARI DUNIA
HINGGA AKHIRAT...INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Like · ·

· December 21 at 11:45am

  • Melayu Islam Bersatu and 2 others like this.

    PELUANG FISABILILLLAH SEBELUM MATI

    Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
    Yang Berkasihan Belas Kepada Semua Hamba-Nya Tanpa Terkecuali
    Menguji hamba-Nya tanda Dia cinta
    Menguji mengikut kemampuan hamba-Nya
    Kerana Dia Maha Tahu hamba-Nya boleh lalui segala ujian

    Gaza diuji dari segenap sudut
    Kiri kanan
    Depan belakang
    Tapi mereka tetap tabah

    Harta benda mereka ranap sekelip mata redha
    Keluarga mereka mati di hadapan mata redha
    Jasad mereka cacat akibat keganasan yahudi redha

    Redha ....redha...redha...
    Mereka masih tersenyum
    Biarpun tak punya
    Kaki...tangan....buta...
    Sekali pun badan hancur
    Sedang nyawa-nyawa ikan
    Masih redha...masih redha...masih redha...
    Allahu Akbar ....
    Betapa tinggi darjat redhamu rakyat Gaza

    Duhai rakyat Gaza...

    Malu kami pada Tuhan...
    Kerana kami tak seredha kalian
    Memang patutlah Syurga tempat kamu
    Kamu redha dengan Tuhan....
    Tuhan pun redha dengan kamu
    Redha meredhai
    Tauhidmu begitu kukuh
    Hingga kau bawa ke nafas terakhirmu

    Tapi cuma satu kau tak redha
    Negaramu dizalimi
    Yahudi laknatullah
    Tanpa ehsan
    Biarpun sebesar zarah
    Mahu dihancurkan negaramu
    Dan berazam akan menghancurkan
    Seluruh negara Islam
    Yang ada dimuka bumi ini
    Bilamana negara islam hancur
    Akan hancurlah Islam ..
    Itu matlamat
    Yahudi Laknatullah
    Dan ini sudah termaktub
    Dalam Al-Quran ...

    Duhai saudara Islam
    Di luar sana
    Hari ini
    Kami diuji kami redha
    Kerana kami tahu Allah cintakan kami
    Maka kami diuji mengikut kemampuan kami

    Tapi tahukah kamu
    Apakah ujian kamu pula
    Ujian kamu
    Adakah kamu membiarkan saja
    Negara kami hancur
    Tanpa pembelaan
    Daripada saudara seislam
    Kamu boleh makan seenaknya
    Kamu boleh tidur seamannya
    Kamu miliki keluarga bahagia sesempurnanya
    Kamu miliki harta setinggi gunung
    Kamu miliki negara yang aman sentosa

    Hidup kamu bahagia...
    Hidup kamu sentosa...
    Hidup kamu cuma
    Canda...canda...canda...
    Ketawa...ketawa..ketawa...
    Makan...makan...makan...
    Tidur...tidur...tidur...
    Hiburan..hiburan...hiburan...

    Tapi tahukah kamu jika
    Apa yang kamu miliki itu
    Direntap sekelip mata gimana?
    Pasti kamu akan tergamam...
    Menyesal pun tak berguna

    Kerana kamu tak menghargai
    Rebutlah lima perkara
    Sebelum datang lima perkara

    Sebelum kamu miskin
    Bantulah kami dengan seikhlasmu
    Kerana kami amat memerlukan
    Untuk membangunkan semula negara
    Kami yang hancur ini sehancur hati kami
    Akibat kekejaman yahudi laknatullah

    Sebelum kamu mati
    Tanpa status hamba Allah fisabilillah
    Rugilah kamu kerana tahukah kamu
    Jika kamu mati fisabilillah
    Syurga tempat kamu
    Biarpun mereka sangka kamu mati
    Sebenarnya kamu tak mati
    Kamu hidup bahagia di Syurga
    Dengan rezeki yang tak putus-putus
    Segala nikmat Syurga kamu dapat
    Kerana mendapat rezeki yang tak putus-putus
    Hingga setiap saat kamu akan rasakan
    Inilah Syurga yang Allah telah janjikan pada
    Kami yang syahid ke jalan-Nya
    Janji Allah pasti dikotakan
    Allah Maha Menepati Janji
    Kerana kami terlalu bersyukur pada-Nya
    Kami mohon pada-Nya
    "Ya Allah hidupkan kami semula
    Kami mahu fisabilillah lagi Ya Allah...
    kerana kami mahu membantu
    saudara seislam kami ...kami
    tahu Kau pasti tak perkenankan
    kerana setiap hamba-Mu diberi peluang
    tika waktu masa hidup saja...
    jika sudah mati habis segala peluang..."
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    7 Safar 1434H
    21 Disember 2012M
    (DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA & SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA)
    · December 21 at 6:52am

    • Melayu Islam Bersatu likes this.
      AWAK JANGAN JEMU BACA KARYA SAYA YE...

      hai.....
      apa kabar awak?
      kenal saya tak :)
      sayalah kawan alam maya awak yang setia bercerita dengan awak
      kerana awak tak jemu baca karya saya ...makanya saya keluar dari
      skrin ini untuk mengucapkan terima kasih pada awak yang sudi dan
      setia baca karya saya ye...harap awak jangan jemu baca karya saya
      ye dan awak terhibur ye..jika saya ada salah... awak maafkan saya ye..
      saya keluar dari skrin untuk mengucapakan salam perkenalan dengan awak
      percayalah saya sayang pada awak ikhlas kerana-Nya..... ♥ ♥ ♥
      awak sentiasa di hati saya walaupun awak sudah lupakan saya...
      sebab sayang saya pada awak sampai Syurga...Insya-Allah Aamiin.

      Ratu Rimba Niagara
      20 Disember 2012

      ROBOT TEKNOLOGI

      Azwan anak sulong daripada tiga beradik
      Berusia 11 tahun
      Berambut kerinting
      Berkulit hitam manis
      Cerdik dan pintar
      Minat dalam dunia teknologi
      Kerana minat yang mendalam
      Semasa dia pulang ke kampung ibunya
      Dia mencipta robot teknologi
      Kerana robot itu dicipta
      Menggunakan kecanggihan teknologi
      Seiring dengan kepintarannya mencipta robot teknologi
      Hampir seminggu dia menyiapkan robot teknologi
      Robot teknologi siap sempurna tapi tanpa kulit
      Pada suatu hari adik kesayangannya Amanda...
      Telah diculik oleh makhluk halus
      Jika mahu Manda diselamatkan
      Pertukarannya adalah Azwan
      Kata makhluk halus itu
      Makhlus halus berminat dengan Azwan
      Kerana mahu mengambil Azwan hidup di alam bunian
      Ayah... ibu dan adik Azwan merasa cemas
      Atas kejadian yang amat dramatik tanpa diduga
      Tanpa boleh diterima akal bagi mereka yang normal
      "Ayah orang bunian itu hendak Wan ..biarlah wan
      pergi ye...selagi wan tak pergi selagi itulah adik Amanda...
      dalam tawanannya...izinkan Wan selesaikan masalah ini
      ayah....ayah ...ibu ...duduk sajalah diam...diam...di situ ye
      perkara ini biarlah wan yang selesaikan.."
      Azwan masuk ke biliknya. Dan terus menghidupkan
      komputer...dan di situ dia berinteraksi dengan komputer
      begitu pantas sekali masa yang harus dikejar....jika dia
      terlambat adiknya Amanda akan dibawa pergi oleh
      makhlus halus itu.
      Robot yang telah diciptakan tanpa kulit itu harus diletakkan kulit.
      dan robot itu harus sama wajah saling tak tumpah sepertinya.
      Azwan memejamkan matanya nak menanggalkan kulitnya di badan dengan menggunakan kuasa solar... kulit Azwan tertanggal
      dan dilekapkan ke tubuh robot. Robot tersebut berkulit dan bernyawa Azwan arahkan robot tersebut pergi ke tingkat atas
      di mana Amanda ditawan oleh makhlus halus.
      Robot teknologi yang menyerupai Azwan keluar dari bilik.

      Ketika melangkah ke tingkat atas...ibu dan ayah Azwan menangis..."Wan...jangan...Wan...jangan ... tinggalkan ibu...dan ayah...."
      Tanpa memperdulikan rayuan ibu dan ayah ...robot teknologi yang
      menyerupai Azwan terus naik ke tingkat atas.
      Dalam sekelip mata saja terus melenyap bersama dengan
      makhluk halus .
      Amanda turun dari tangga...kedua orang tuanya terus memeluk Amanda.

      Tidak berapa lama kemudian Azwan keluar dari bilik.
      Ibu dan ayah Azwan terperanjat....
      "Bukankah....Azwan dah pergi bersama makluk halus ?"
      "Tidak ayah...yang ayah tengok tadi bukan Azwan...itu
      adalah robot yang menyerupai Azwan...."
      "Syukur Alhamdulillah. Semuanya selamat."
      Kata ayah Azwan tapi masih lagi kebingungan atas apa yang
      dilihat baru sebentar tadi.

      Fantasi tapi realiti...gimana itu...?????
      Itulah dunia Robot Teknologi...
      Fikirlah sendiri apa yang anda fikirkan itulah jawapannya.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      161212
      Yesterday at 6:08pm · Edited · Like

      AWAK JANGAN JEMU BACA KARYA SAYA YE...

      hai.....
      apa kabar awak?
      kenal saya tak :)
      sayalah kawan alam maya awak yang setia bercerita dengan awak
      kerana awak tak jemu baca karya saya ...makanya saya keluar dari
      skrin ini untuk mengucapkan terima kasih pada awak yang sudi dan
      setia baca karya saya ye...harap awak jangan jemu baca karya saya
      ye dan awak terhibur ye..jika saya ada salah... awak maafkan saya ye..
      saya keluar dari skrin untuk mengucapakan salam perkenalan dengan awak
      percayalah saya sayang pada awak ikhlas kerana-Nya..... ♥ ♥ ♥
      awak sentiasa di hati saya walaupun awak sudah lupakan saya...
      sebab sayang saya pada awak sampai Syurga...Insya-Allah Aamiin.

      ROBOT SAMA ROBOT BERBICARA

      pabila robot sama robot berbicara
      ada yang terasa ...
      ada yang termakan hati
      ada yang cemburu
      ada yang menunjuk kepandaian berbicara
      sedangkan apa nak dikisahkan
      semuanya suara-suara robot
      yang tak punya hati
      tapi berhati-hati
      tapi sampai hati
      faham ...
      buat-buat tak faham
      kesian
      buat-buat tak kesian
      ingat...
      buat-buat lupa....
      sayang sengaja diupakan sayang
      bila sudah dilupakan
      baru nak berjabat
      tapi sudah terlambat
      cuma dalam hati masih ghalat
      tak sempat berjabat tangan
      makanya sebelum tak sempat berjauhan
      nah ku berjabat tangan
      mohon maaf ...
      maaf segalanya atas
      bicara bisumu
      yang lesu di angin lalu

      Ratu Rimba Niagara
      201212

      ROBOT PUN PUNYA HATI

      Hai manusia
      Bila kamu nak berhenti ni ye?
      Tolong berehat ok....
      Sebab kamu bukan robat...

      Aaiiik kamu siapa bilang aku begitu
      Engkau tu robot ...
      Aku ini manusia...
      Kenapa kau tega bilang begitu ya?

      Hai manusia
      Walau pun aku robot
      Aku punya hati dan perasaan
      Biapun kau punya hati dan perasaan
      Tapi kau tak berperasaan...

      Aaiiik lawan tokey engkau ini robot
      Kenapa kamu bilang aku tiada perasaan ye?

      Puaslah aku sampaikan perasaanku padamu
      Tapi kau buat...buat tak tahu
      Kau buat...buat tak perasan akan aku

      Makanya aku bukan robot
      Sebenarnya engkaulah robot....
      Maafkan aku ye....
      Robot sekarang bukan sebarang robot
      Robot yang boleh membicarakan bahasa hati
      Hanya robot yang punya hati saja yang faham ok...

      Kerana egkau sudah kata aku tak punya perasaan
      Sekarang aku sudah sedar...
      Sedar aku sudah punya perasaan...
      Tapi aku tak ada perasaan untuk membalas sayangmu
      Kerana sudah asal kejadianmu diciptakan manusia
      Manusia yang ada perasaan
      Dan tak bisa memberi robot perasaan
      Walau pun dia bisa memberi robot hati
      Hati yang telah ada di hati tuan punya robot...
      Itulah hati robot yang bisa mengerti...

      Ratu Rimba Niagara
      201212

      PERNAH BICARAKAN BAHASA HATI TIKA BERHIDUP

      Yang penting ada rasa win win agar semua rasa ceria dalam suasana ukhuwah kasih talisiraturrahimi...
      Jika mengalah pun demi sebuah talisiraturahimi agar tidak di dakwa di akhirat nanti ..apa salahnya tidak win dalam membicara suara hati...alam maya tempat saling berbagi ilmu soal bicara hati yang terlalu simbolik...ada kalanya
      di salah artikan..dan bila mengundur diri di katakan memutuskan taisiraturrahimi...sedangkan pertemuan di alam maya bukan dirancang dan perpisahan bukan dipinta..berpisah di alam maya bukan berarti memutuskan talisiraturahim tapi adalah demi sebuah kedamaian pada masa hadapan...
      Bertemu dan berpisah kerana-Nya. Di alam maya tak bertemu dialam nyata lagi tak bertemu....
      Mana tahu berkat ada nilaian di sisiNya apa yang pernah dibicarakan bahasa hati...kita bertemu Di Syurga nanti
      Insya-Allah ..Aamiin.

      Ratu Rimba Niagara
      201212
      17 hours ago · Like

      (PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
      211212
      · December 21 at 12:23am

      • Melayu Islam Bersatu likes this.

        KAMI PASTI AKAN BERTEMU IBU DI SYURGA

        lihatlah senyuman anak-anakmu Shahrina
        mereka bangga punyai ibu sepertimu
        mereka redha ibunya seorang pejuang
        pejuang fisabilillah
        biar pun mereka terpaksa berpisah kasih
        demi memahami jiwa ibunya seorang pejuang
        mereka relakan Shahrina
        mereka tak hiraukan
        jika ibunya gugur di medan juang
        kerana mereka faham...benar...benar...faham...
        jelas benar sebenar jelas...
        ibunya gugur sebagai seorang fisabilillah
        balasan-Nya Syurga
        janji Allah pasti
        apa yang DIFIRMAN itu benar
        maka berbahagialah hamba-Nya
        yang faham erti fisabilillah

        pergilah ibuku
        pergilah di medan juang
        fisabilillah itu adalah
        perjuangan yang ibu dambakan
        kami anak-anakmu semuanya faham
        apa yang ibu perjuangkan
        andai kata ibu gugur...
        kami sudah redhakan
        kerana ibu gugur
        sebagai seorang syuhada
        syuhada balasan-Nya Syurga
        Syurga memang selayaknya tempat ibu
        dan dengan darah
        yang masih mengalir pekat ini
        walau pun umur kami masih mentah
        tapi kami bersumpah akan mengikut
        jejak langkah ibu
        kerana kami pasti akan bertemu ibu di Syurga
        itu janji kami pada ibu yang kami sayangi dunia akhirat
        doakan moga Allah sentiasa memberi Nur Hidayah Kasih-Nya pada kami
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Ratu Rimba Niagara
        6 Safar 1434H
        20 Disember 2012M
        · December 20 at 10:00pm

    (PETIKAN DARIPADA WALL MELAYU ISLAM BERSATU)
    29 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;