Sunday, 23 December 2012

TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'ANTARA ALAM GHAIB & NYATA FANTASI & REALITI MENGHASILKAN KEYAKINAN KEPADA YANG MAHA ESA' Part1

ANTARA ALAM GHAIB & NYATA & FANTASI & REALITI MENGHASILKAN
KEYAKINKAN KEPADA YANG MAHA ESA

ALAM GHAIB

Alam ghaib?

Ye alam ghaib yang siapapun  tidak diberi khashaf untuk masuk ke alam itu selagi nyawa tidak sampai di kerongkong,ketika nyawa sampai di kerongkong ketika itulah segala alam ghaib yang selama ini terhijab dibukakan kepada kita...yang selama ini tak nampak ...akan nampak dengan jelas dan kita tahulah kita sebentar lagi kita akan masuk ke alam ghaib.  Ketika kita di alam nyata kita tak nampak alam ghaib tapi bila kita masuk ke alam ghaib ...kita jadilah alam roh dan bila kita jadi alam roh segala alam nyata di dunia tak nampak kita kecuali yang diizinkan Allah SWT.

Sebab apa kita tak nampak alam ghaib?

Tuhan mahu menguji kita...samada kita...yakin atau tidak atas kewujudan-Nya di dunia ini.  Cuma dengan keyakinan sajalah  membuatkan hamba-NYa beribadat dengan ikhlas . 


. Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).

  • Ratu Rimba Niagara BERHAYALLAH MENCINTAI-NYA

    BERHAYALLAH UNTUK MENYINTAI-NYA DIA PASTI DATANG PADAMU DI REALITI KALBUMU DAN BILA MENJADI REALITI HIDUP DAN MATIMU HANYA DISANDARKAN PADA-NYA SAJA. SEGALA TAKDIR DITERIMA DALAM PASRAH TAWAKAL DAN REDHA.

    Ratu Rimba Niagara
    11 Safar 1434H
    24 Disember 2012

RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :
1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4)
2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.
Nama Malaikat
Tugasnya
Jibril
Menyampaikan wahyu
Raqib
Mencatat amalan keburukan
Atib
Mencatat amalan kebaikan
Izrail
Mengambil nyawa
Mikail
Menurunkan rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Mungkar
Menyoal orang mati
Nankir
Menyoal orang mati
Malik
Menjaga neraka
Ridzuan
Menjaga syurga
3) BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.
4) BERIMAN KEPADA KITAB
Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
  1. Taurat - Nabi Musa a.s
  2. Zabur - Nabi Daud a.s
  3. Injil - Nabi Isa a.s
  4. Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
  1. Nabi Syits - 50 suhuf
  2. Nabi Idris - 30 suhuf
  3. nabi Ibrahim - 10 suhuf
  4. Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.
5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
  1. Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
  2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
  3. Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
  4. pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
  5. Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
  6. Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
  7. Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :
  1. Keluar dajjal merosakkan agama.
  2. Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
  3. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
  4. Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
  5. Terbit matahari dari sebelah barat.
6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
  1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
  2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
  1. Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
  2. Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
  3. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  5. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.

    (PETIKAN DARIPADA USTAZ ALAM MAYA)

Jika kita sudah faham semua rukun Islam yang 6 secara terperinci difahamkan, diamal dan diyakinkan tanpa
sebesar zarah pun menafikan berarti kita sebenar-benar yakin Islam adalah agama pilihan yang tepat dan kita berasa bersyukur kita dipilih untuk menjadi orang Islam beragama Islam yakin sebenar-benar yakin dan untuk meyakinkan alam ghaib yang tak nampak :

1.  Yakin Kewujudan Allah swt tapi tak nampak akan dinampakkan di akhirat nanti yang mana semua ahli
Syurga boleh melihat Allah swt , itulah nikmat segala nikmat di Syurga yang dinantikan oleh semua
penghuni Syurga.

2.   .Al-Quran kalam Allah swt yang nampak dan boleh dibaca oleh semua hamba-Nya di dalam-Nya
semua terkandung ilmu Allah swt Yang Maha Agung Lagi Maha Tinggi tiada siapa dapat menandingi Kebijaksanaan-Nya ...jika dihuraikan setiap ayat-ayat-Nya tidak akan pernah habis-habis tinta menulis kerana hikmahNya terlalulah banyak sebanyak mana pahala yang diberikan kepada pembaca, penghafaz, pengajar, penyelidik, pendakwah dan pengamal ayat-ayat Al-Quran. Sesungguh-Nya Al-Quran memberi Rahmat kepada para hamba-Nya sebab itu bila di alam barzah Al-Quran menjadi penguambela dan menjadi penerang di kubur.Beruntunglah kita jika kita menjadi pencinta dan pengamal Al-Quran. Moga kita semua
mengagungkan Al-Quran kerana itu kalam dari Kekasih kita yang kita cintai.      


Yang hendak kita bincangkan sekarang mengenai topik, rukun iman yang ke 6 iaitu berimam kepada

6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
  1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
  2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.


Kepada Ina Zwan...
Saya petik apa katakata kamu dan di sini saya huraikan dengan harapan segala kekusan
apa yang kamu fikirkan dan apa yang saya fikirkan dan apa yang mereka fikirkan terjawab
dan dapatlah kita sesama kita salaing berbaik sangka dalam menuju ke jalan-jalan-Nya
dengan terang lagi bersuluh. InsyaAllah AAmiin. Percayalah yang baik semua datang dari-Nya
yang lemah itu dari diri saya sendiri...maka maafkanlah saya.
Ina Zwan
Ampun Tuanku,dari perkhabaran malaikat di Alam Langit kepada penerima perkhabaran "RAJA KE 13 DARI KERAJAAN ALAM" di bumi ini.. Telah dikhabarkan kepada anakanda bahawa semua pergerakkan jurusan dan barisan makhluk di angkasa sedang di susun kembali , Insyallah tepat masanya maka semua akan mengikut Tuanku.. dan daulat Tuanku "RAJA PALING AGONG DI BUMI" akan sempurna mengikut "MASA RAJA SEKALIAN ALAM".. Ampun Tuanku



MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA

TUHAN MAHA PENGATUR WAKTU YANG TEPAT TIDAK AKAN
DICEPATKAN ATAU DILAMBATKAN WALAUPUN SESAAT
BILA SAMPAI MASANYA JADI MAKA JADILAH ATAS KEHENDAK-NYA

JIKA KAMU DATANG PADANYA BERJALAN DIA AKAN BERLARI
JIKA KAMU DATANG PADANYA BERLARI DIA ADA DEKAT
DENGANMU TERLALU HAMPIR BEGITULAH BILA KAMU
SENTIASA YAKIN DENGAN CINTA-NYA KEPADA KAMU,
CINTA-NYA SENTIASA ADA UNTUK KAMU SELAGI MANA
KAMU YAKIN AKAN CINTA-NYA ...MENCINTAI-NYA TAK
AKAN RUGI DAN SALING MENCINTAI KERANA-NYA PASTI
JIWAMU AKAN TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA
KERANA BILA DIA BERJANJI DIA PASTI TEPATI
DIA TIDAK AKAN MEMUNGKIRI JANJI
JANJI-NYA PASTI...PASTI...PASTI....
YAKINLAH ITU DUHAI ROH DAN JASAD YANG MAHU
MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA...

Tulisanku Ilham Dari-Nya
23 Disember 2012


  • SAKSIKAN KEKUASAAN ALLAH AZZAWAJALLAH
    MENGATASI SEGALA-NYA
    Bermulanya petanda kiamat dah dekat jam 6 petang tadi..Saksikanlah.Kuasa Allah..
    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Disember 2012
    ·
     
    CAHAYA PURNAMA PINTU LANGIT KE TUJUH

    SUBHANALLAH
    Betapa aku terpegun
    Betapa aku kagum
    Sebegini indah
    Ciptaan yang Kau Ciptakan Tuhan...
    Betapa indahnya purnama

    Bercahayakan merah jingga
    Memancarkan cahaya
    Cahaya jingga
    Bercampur merah kuning putih
    Cahaya itu terus memancar
    Ke tujuh petala langit
    Ke tujuh petala bumi
    ALLAHU AKBAR
    Terlalulah indah
    Aku terpesona dalam ketaksubkan
    Aku memuja-Mu
    Akulah pencinta-MU
    Yang meminati apa saja
    Karya Maha Seni Segala Seni ...
    Pencipta Yang Maha Agung
    Yang Tiada siapa dapat menandingi-MU

    Kau perlihatkan padaku
    Pintu langit ke tujuh
    Kau buka
    Dengan dihiasi
    Bulan purnama
    Bercahaya jingga
    Berkilau-kilau
    Bergemerlapan
    ALLAHU AKBAR
    Terlalulah indah mempesona...
    Seindah Syurga
    Dan ku yakin
    Bidadari-bidadari
    Bidadara-bidadara
    Sedang menunggu
    Roh-roh suci
    Para Kekasih-Mu
    Yang syahid fisabilillah
    Allahu Akbar
    Maha bahagia yang tak terlafaz
    Sesungguh-Nya
    Kuasa-Mu
    Mengatasi Segala yang ada
    Di alam semesta ini.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    10 Safar 1434H
    23 Disember 2012
     

  • Ratu Rimba Niagara
      

    INDAH-NYA SYURGA DI KALA PINTU LANGIT KE TUJUH DI BUKA

    UNTUK PARA SYUHADA YANG GUGUR FISABILILLAH

    APAKAH YANG TERJADI KEPADA LANGIT?
    Aku suka bicara denganmu langit
    Aku selalu perhatikan denganmu awan
    Biarpun kau jauh di sana
    Biarpun kita sering berbicara bisu
    Tapi kita saling memahami

    Kau sendiri tahu
    Bila aku memandang kamu awan
    Aku suka tengok awan mu bergerak perlahan
    Berkelompok-kelompok dengan pelbagai warna warni
    Bagaikan pelangi... keindahan yang sukar hendak dijelaskan

    Hatiku jadi ceria di kala kau berawan pelangi
    Hatiku jadi gulana di kala kau berawan mendung
    Hatiku jadi sedih jika turunnya hujan
    Hatiku jadi cemas jika guruh bergemuruh
    Hatiku jadi takut jika petir sambung menyambung meletup
    Mengeluarkan cahaya merah yang menakutkan
    Itu belum lagi kiamat tiba pasti lebih dahsyat!

    Bahasa alam
    Indah....indah...indah...
    Buat kita jadi betapa kerdilNya kita di Sisi-Nya
    Buat kita mengaku DIA sajalah Paling Berkuasa
    Buat kita mengaku DIA Maha Bijaksana
    Semua di langit dan di bumi patuh dan takut
    Hanyalah pada-Nya

    Langit hari ini aku menyaksikan
    Pergerakan awan yang amat menakjubkan
    SUBHANALLAH ..
    Aku terpaku tanpa sesaat pun menutup mata
    Aku berzikir memuji-Nya tanpa henti
    Kerana Kebesaran-Nya
    Diperlihatkan denganku begitu jelas sejelas-Nya
    ALLAHU AKBAR
    Sesungguh-Nya
    Engkau Maha Berkuasa
    Apa saja yang Kau mahukan
    Boleh saja menurut kemahuan-Mu
    Langit dan awan juga
    Mengikut Kemahuan-Mu tanpa membantah
    Siapa awan siapa langit mahu membantah?
    DENGAN BERKATA KUN FAYAKUN
    Pintu langit terbuka
    Untuk menerima kedatangan
    Para syuhada yang gugur di medan fisabilillah
    Indah-Nya Syurga di kala pintu langit ke tujuh dibuka
    Menerima kedatangan roh suci para syuhada
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Indah-Nya Syurga...

    Karya Ratu Rimba Niagara
    10 Safar 1434H
    23 Disember 2012
     
  • Ratu Rimba Niagara

    YAKIN AKAN ADANYA ALAM SYURGA


    SUHBANALLAH
    Kanvas Ciptaan-Mu Allah Maha Indah
    Tiada siapa yang dapat menandingi-Mu
    Kaulah Maha Bijaksana
    Kaulah Maha Pencipta
    Kaulah Maha Mengatur Kejadian Alam
    Dengan Kebijaksanaan-Mu itu
    Kami dapat menumpang teduh
    Di bumi-Mu Yang Maha Indah ini
    Buat sementara waktu
    Sebelum kami dijemput pulang
    Ke negeri abadi
    Yang lebih indah lagi
    Bagi yang yakin
    Adanya alam Syurga
    Sebagai balasan cinta
    Kepada para hamba-Nya
    Yang hidup dan mati
    Dalam Redha Ilahi

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Disember 2012
    ·
    5
  • Ratu Rimba Niagara

    PINTU LANGIT KE TUJUH SEDANG TERBUKA MENANTI

    PARA SYUHADA

    TUHAN BUMI GAZA SEDANG DIUJI TUHAN
    SELAMATKANLAH BUMI GAZA DARIPADA
    KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    DUHAI PARA SYUHADA
    PINTU LANGIT KE TUJUH
    SEDANG TERBUKA MENANTI KEDATANGMU
    BERBAHAGIALAH KALIAN
    DOAKAN KAMI UNTUK MENYUSULMU KEMUDIAN
    AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN


    • KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      10 Safar 1434H
      23 Disember 2012

      ·
       
    • Ratu Rimba Niagara Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi Saya

      Saya suka kepada bulan kerana
      bulan suka senyum kepada saya.

      Saya suka bintang kerana
      bintang tak jemu bersinar.

      Saya suka matahari kerana
      tanpa matahari hidup saya
      gelap gelita.

      Saya suka pelangi kerana
      pelangi menceriakan hidup saya.

      Saya suka semua yang ada di cakarawala
      kerana semuanya telah memberi inspirasi
      kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

      Saya Bahagia
      Hidup saya indah…
      Seindah bulan di langit.
      Hidup saya terang
      Seterang bintang bergemerlapan.
      Hidup saya ceria…
      Seceria pelangi yang berwarna-warni.

      Hidup saya bahagia...
      Sebahagia matahari yang memancarkan
      sinar untuk penghuni bumi.

      Hidup saya setia...
      Sesetia pengedaran bumi berputar
      mengikut paksinya.

      Hidup saya aman...
      Seaman planet di galaksinya yang
      berputar mengelilingi matahari mengikut
      orbit masing-masing.

      Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
      sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
      di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.

      Justerus saya tidak mahu begitu!
      Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
      Dan sentiasa bersyukur kepada
      Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!

      Karya Ratu Rimba Niagara
      23 Disember 2012

      OH! KODOK

      Oh! Kodok!
      Oh! Pocot!
      kodok melatah

      kodok digeletek
      oleh dia...oleh dia...
      kodok terus melompak
      masuk ke kolam
      menyelam...nyelam...
      sambil menangis
      kepiluan
      sedu sedan
      menangis hiba
      kodok memanggil hujan
      kwang....kwaaaaang... kwaaaaaaaaang!!!
      kwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang!!!!!!
      ku......ku........aaaaaaaaaannnnngggg!!!!!
      sayup......sayup.....sayup.......
      makin lemah......makin lemah.....
      suara si kodok tenggelam tak berdaya......
      ditenggelamkan oleh dia....dia....dia......
      hujan kasihan melihat si kodok
      memanggilnya penuh hiba
      hujan menyeru petir
      petir menyahut seruan hujan
      lelangit sambar menyambar
      berdentum berdentam sana sini
      memberontak si petir
      hingga terhentak penghuni bumi
      ketakutan menyembunyikan diri
      sambil menekup telinga
      kerana bunyi
      dentuman petir kilat
      sambung menyambung tanpa henti
      langit hitam pekat
      seolah mahu menjelang malam
      wal hal baru masuk waktu Asar
      impak kilat sambung menyambung
      hingga menggeluarkan cahaya
      yang menakutkan
      panahan petir tepat kena
      lima penghuni bumi
      sedang berteduh di pohon rendang
      bergelimpangan mayat hangus terbakar
      bagaikan terkena renjatan letrik
      hujan turun selebat-lebatnya
      membebat luka di hati si kodok
      kerana panggilan si kodok
      telah dimakbulkan Tuhan
      dan selepas tamatnya hujan
      muncullah pelangi
      nan indah hingga ke malam hari
      terlalu indah...indah...indah
      kanvas langit di malam itu....
      syukur si kodok
      Tuhan masih sayang padanya
      Tuhan menjahit luka hati
      dengan benang kasih dan cinta-Nya
      terima kasih Tuhan Yang Maha Mendengar
      terima kasih hujan...
      terima kasih petir
      terima kasih pelangi
      terima kasih ....terima kasih...terima kasih...
      syukur Ya Allah
      KAU AMAT MEMAHAMI ISI HATI
      semua penghuni bumi tanpa terkecuali
      semuanya dengan kehendak dan izin-Mu

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      10 Oktober 2012

      TUHAN MAHA PENGATUR MASA ...BILA DIA BERKATA KUN FAYAKUN
      |MAKA JADILAH.  DIA TIDAK PERLU DI ARAH OLEH SESIAPA KERANA
      PAKAIAN KESOMBONGAN HANYA LAYAK DIPAKAI OLEH ALLAH SWT
      BUKAN MANUSIA KERANA MANUSIA AKAN MATI TAPI ALLAH SWT
      SIFATNYA TIADA AWAL TIADA AKHIR..."
      "MASA SEDANG DI SUSUN KEMBALI"
       

      SABDA ALAM



      Sabda Alam:


      Penghuni bumi pasti

      Gempar!
      Takut!
      Cemas!
      Kehilangan harta...
      Kecederaan...
      Kematian...

      Sabda Alam:

      Gunung berapi dasar lautan meletus
      Menjadi ganas! Menakutkan!
      Memuntahkan
      Batu-batu
      Debu-debu hitam
      Menggegarkan ledakan gunung berapi dasar lautan
      Letusan bertalu-talu
      Memuntahkan lahar
      Kepulan asap dan debu menyelebungi awan
      Memuntahkan keluar terus menerus dari dalam perut laut.

      Alam terus mengganas!
      Alam memprotes!

      Sabda Alam:

      Pergerakan plat lautan turun naik
      Berlakulah gempa bumi
      Sekumpulan ombak besar begulungan
      Menghempas ke pantai
      Berlakulah tsunami
      Tsunami yang maha dahsyat!

      Sabda Alam:

      Bumi bergegaran
      Gegaran sedahsyatnya!
      Bumi mengeluarkan segala isinya
      Angin ribut mengandungi batu
      Angin taufan menggerunkan!
      Ribuan manusia tertimbus!
      Melenyapkan mereka di muka bumi.

      Sabda Alam:

      Banjir besar datang melanda
      Air melimpah ruah
      Tak tahu kehadirannya dari mana
      Mana datangnya dan ke mana arahnya
      Menenggelamkan nyawa dan harta benda

      Allah membuka pintu langit
      Air tercurah
      Bumi memancarkan mata air
      Alam patuh akan perintah PenciptaNya
      Menenggelamkan penghuni bumi yang zalim!
      Sebagai balasan dari Tuhan
      Di atas perbuatan manusia
      Tidak tahu fungsi alam dihadirkan di muka bumi ini!

      Sabda Alam
      Berlaku Kiamat

      Bumi digulungkan
      Manusia berterbangan bagaikan belalang
      Bertempiaran lari tak tahu ke mana
      Terperangkap di ambang maut!

      Sabda Alam:

      Alam kubur itu pasti!
      Kiamat itu pasti tiba!

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      23 Disember 2012



      Ratu rimba Niagara shared RINDU DALAM SEPI's photo.
      Photo
      Unlike · · · Yesterday at 4:58pm ·

      • You, Mawar Bunga and 19 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara MAWAR KUNING DIRAJA MEKARLAH DIKAU
        DI TAMAN HATI PUISI SYURGAWI

        duhai sobatku mawar kuning...
        mekarlah kau di sini

        biar wangianmu
        dapat memenuhi sepenuh bumi

        mawarku kini
        tak bermaya
        ku coba sedaya upaya
        untuk berseri
        menyebarkan
        wangian sepertimu
        tapi setiap kali
        aku coba menyebarkan
        haruman bauanku...
        mawar-mawar yang lain
        menghalangnya
        baru saja hendak bertunas
        baru saja hendak berkudup
        sudah dicantas habis

        itu belum lagi
        aku hendak
        menyebarkan
        wangian mawarku
        yang indah
        lagi di tarik setiap kelopak
        mawarku agar musnah
        wangian mawarku
        sesudah itu diinjak-injak
        sepuas hati...

        ketahuilah sobatku mawar kuning
        yang baik hati
        yang hatimu sewangi kasturi Syurga
        berkembang biaklah kau
        bertunas-tunaslah kau
        karna kau adalah penyeri taman-taman
        hati nan tandus
        kehadiranmu untuk
        mewangikan taman hati tandus iman
        amat di nanti-nantikan
        oleh seluruh penghuni bumi

        duhai mawar kuning diRaja sobatku
        aku bersyukur kepada Tuhan...
        diKurniakan-Nya sobat sebaikmu
        yang tak lelah dan tak jemu
        untuk sudi bersahabat denganku
        di kala siapapun tak sudi
        berkawan denganku
        dan kau sudi menjadi sobat
        terbaik untukku...
        terima kasih sobatku
        mawar kuning diRaja

        mekarlah kau di sana
        mekar di taman hati
        untuk mereka yang sama
        mencari jalan-jalan pulang kepada-Nya

        aku mengangumimu bukan kerana
        kau hebat berpujangga indah
        tapi jika aku mengagumimu
        sebenarnya aku
        Meng-Agungkan Tuhanku
        kerana mengurniakan
        seorang pujangga sepertimu
        menulis mengajak para
        hamba-Nya untuk
        sama-sama menyiapkan
        bekalan untuk dibawa pulang
        ke negeri abadi
        yang mana masing-masing sibuk
        dengan urusan akhirat masing-masing
        tika itu sebesar zarah pahala dihitung-hitung
        dengan harapan bermakna dihitung
        dengan harapan selamat dari api neraka
        ALLAHU AKBAR
        gimana kalau pahala itu ditolak
        kerana menjadi rebutan
        mereka-mereka tika di dunia
        kita menyakitkan hatinya
        mengumpat kejinya
        mengatakan kitalah yang sempurna iman
        karya kita sajalah yang terhebat...
        nauzubillah moga dijauhkan
        daripada sifat dengki khianat hingga mati...

        duhai sobatku mawar diRaja
        ketiadaanku nanti
        mekar berserilah
        dikau di taman-taman puisi
        cintakan Pencipta Syurga
        mengajak mereka
        berpuisi nan indah-indah
        saling memuji Allah Azzawajallah
        bersahut-sahutan tanpa jemu
        hingga terhenti nafas
        memujiNya
        dengan puisi-puisi nan indah
        bak bidadri Syurga
        menzikirkanNya
        di Taman Firdausi
        bergema puisi
        cintakanNya
        tanpa nokhtah

        Karya Ratu Rimba Niagara
        8 Safar 1434H
        21 Disember 2012
         
        • LAYARKAN BAHTERA LANCANG KUNING

          kanda tuanku
          jangan lemah semangat
          jangan mati akal
          ayuh ...!
          kita teruskan tinta lancang kuning ini
          biarpun tsunami datang membadai
          memusnahkan segala cinta
          tapi cita-cita kita
          untuk meneruskan
          bahtera lancang kuning
          harus kita pertahankan
          jangan biarkan bahtera
          lancang kuning
          yang sama-sama kita bina
          musnah dipukul badai membadai
          cukup...cukup sudah
          bahtera lancang kuning
          tersadai karam terlalu lama
          cukup sudah ianya menanggung
          segala gubuk derita
          diinjak...injak
          dihina
          seolah lancang kuning
          tak pernah wujud
          sedangkan lancang kuninglah
          yang pertaruhkan nyawa
          demi kemerdekaaan nusantara ini
          setelah merdeka lancang kuning
          tidak dipedulikan
          dikebumikan tanpa nesan
          apakah ini adil untuk
          tetesan darah lancang kuning kanda?
          dengan
          tetesan air mata ini
          tetesan darah ini
          tinta-tinta lancang kuning ini
          kan dinda renjiskan
          ke seluruh pelosok bumi SeNusantara ini
          biar mereka tahu gema
          suara lancang kuning
          akan terus bergema
          tanpa henti
          hingga terhenti nafas
          inilah sumpah dinda pada
          lancang kuning
          agar suatu masa nanti
          bahtara lancang kuning
          akan belayar penuh
          megah...gagah!
          yang menerajui
          bahtera lancang kuning itu
          adalah kanda
          dan permaisuri kanda
          biarpun dinda dari jauh
          hanya memandang kebahagian kanda
          itulah hadiah dari dinda untuk
          pewaris yang telah lama kanda lupakan

          berjanjilah pada dinda
          kanda akan pertahankan
          pewaris tahta kerajaan
          lancang kuning ini
          hingga dapat diwariskan
          kepada kerabat lancang kuning
          SENUSANTARA

          ADINDA PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
          13 Oktober 2012
          October 13 at 7:54pm · Like

          DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH-NYA

          Sejarah tetap sejarah
          Darah yang mengalir adalah darah keturunan diRaja
          Tak akan hilang
          Itulah sejarah yang tak akan terpadam
          Yang diwarisi hingga ke anak cucu
          Telah tercatat sejak Azali Tuhan menaikkan darjat hamba-Nya
          Segala-Nya dengan izin-Nya
          Biarpun berdarah diRaja
          Kekuasaan yang diberi bukanlah untuk
          Pakaian kebanggaan sebagai diRaja
          Tapi adalah memikul tanggungjawab kepada
          Rakyat dan akan dipertanggungjawabkan
          Raja yang disayangi rakyat
          Adalah Raja yang berjiwa hamba
          Hamba kepada Tuhan
          Kerana DIA lah Raja Segala Raja
          Raja Yang Berkuasa Di Dunia
          Raja Yang Berkuasa Di Akhirat
          Yang Memiliki Segala Kerajaan Alam Semesta
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

          Semoga semua yang DiKurniakan-Nya
          Darjat Di-Raja di bumi ini
          Menjadi Raja kepada rakyat jelata
          Yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat
          Memerintah dengan adil dan saksama
          Agar dapat mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya
          Maka jadilah sebuah negara yang
          Aman damai sejahtera selamanya
          Di Bawah Lindungan Rahmat Kasih Dari-Nya
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          13 Oktober 2012
          October 13 at 8:09pm · Like

          (PETIKAN DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
          11 Safar 1434H
          24 Disember  2012

0 comments:

Post a Comment

 
;