Saturday, 29 December 2012

TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'BINGKISAN PUISI PANTUN CINTA SEPENUH JIWA'




BINGKISAN PUISI PANTUN CINTA TERBAIK UNTUK RAKAN-RAKAN
FB/GRUP TERSAYANG SEPENUH JIWA MOGA PERSABATAN KITA TERPATRI
HINGGA KE SYURGA AAMIIN.

PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.

Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.

Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.

Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,

Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.

Duhai sahabatku yang dikasihi,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.

Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.

Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.

Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.

Sahabatku kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.

Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu duhai sahabat fbku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.

Anisa kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.

Anakku Syazana yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.

Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.

Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.

Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.

Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.

Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.

Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.

Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.

Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.

Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.

Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.

Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.

Karya: Ratu Rimba Niagara
8 November 2012

PUISI HAMBA MENCINTAI ALLAH ANTARA DUA BENUA
YA RABB!

Ya Rabb!
Engkau kecintaan itu,
Engkau sumber yang manis itu…
Wahai Penolongku!
Wahai cahaya Nurku!
Wahai pelita diriku dalam kegelapan malam!
Wahai penghapus keraguaanku!
Wahai pelenyap kesulitanku!
Wahai yang membalikkan buruk sangkaku!
Engkau Ya Rabb…Engkau Al-Haq..
Engkau benteng itu…Engkau penolongku…
Dengan kesadaranku yang tipis,
dengan nafas-nafas diri dan hatiku,
Di malam yang senyap kuinginkan keredhaanMu.

Karya: Abu Suffian

TUHAN
Tuhan…
Hidup mencintaiMu itu matlamatku.
Aku takut kehilangan cintaMu
Dengan sifatMu yang Maha Penyayang
Balaslah cintaku… biarpun secebis Nur HidayahMu
kan kusyukuri sepenuh alam ini.
Tiada yang lebih bermakna seisi alam ini
kalau hidup tanpa cintaMu.

Karya: Ratu Rimba Niagara

TIDAK KUGENTAR SELAIN MU YA ALLAH
Daku tidak gentar dari orang selain
Allah pelindungku, sirku dan diriku
bagaikan cahaya sinarNya memberi
padaku jalan petunjuk baik dalam
himpunan mahupun bersendirian.
Maka kebenaran itu didalam kejadian
seluruh kemahuanku yang keras itulah
cintaku padaNya. Kunyatakan dalam
kedip mataku dari siapalah aku harus
takut selainNya? Dia Pelindungku.

Karya: Abu Suffian

YANG KUHARAPKAN PADAMU YA ALLAH

Ya Tuhan lindungilah aku dari mereka yang ingin
merentap imanku ini!
Agar aku tidak tersentap apabila tika nyawaku tercabut
dari badan…
Biarkan aku lena menghidu bauan SyurgaMu
dan melihat keindahan SyurgaMu
yang tidak terjangkau dengan tahap pemikiran manusia.
Justeru berilah aku peluang dan ruang
untuk melakukan kebaikan
yang Kau redhai.
KumerayuMu Ya Allah…
Pandanglah aku dengan belas ihsanMu yang
tak terbatas itu kerana
aku tahu selagi masih ada nafas kau pinjamkan
aku masih ada peluang.
Berilah aku peluang keemasan ini Ya Allah.
Berilah peluang ini juga kepada keluarga
dan sahabat-sahabatku yang kukasihi dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya : Ratu Rimba Niagara

SUBHANALLAH

Merinding saat aku membaca
Kalimah SyurgaNya …
Sungguh untaian bahasa yang
menyejukkan hati…
Ya Rabb… Ampunlah segala
dosa-dosa yang kiranya telah
kami perbuat dan segenap ummat
yang menyalahi segala aturanMu…
Ya…Allah dengan dalil-dalilnya
yang sesat.
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Bukan kali ini daku bersandar padaNya,
sejak dari seluruh alamku yang terfitnah,
kegemaranku dalam munajat kepadaNya,
kesukaanku bersunyi-sunyian denganNya.
Ku Temui Dia Dalam Tasbih.

Karya: Abu Suffian

SINARKAN HIDAYAHMU

Aku begitu cemburi orang yang mencintai Allah
kenapa aku tidak begitu?
Hati tenang mengingati Allah.
Justeru aku mahu begitu.

Ya Allah bilamana kusebut namaMu
Bergetar seluruh jiwaku.

Seratus ribu kali sehari jantung berdegup…
Kutangisi berapa kali sehari pula
Kusebut namaNya?
Ya Allah sinarkan hidayahMu pada kami
berzikir dalam senyap
agar jantungku berdegup
seiring roh memujiMu.

Karya: Ratu Rimba Niagara

SEPENUH HATIKU
Sepenuh hati …
Sepenuh kelopak mata,
Perasaanku seolah-olah semesta
ini yang begitu besar…
Yang begitu luas dalam milik
tangan kananku,
daku sadar, daku rasakan bahawa
semua makhluk berolok-olok padaku
dan saling mengatai.
Dialah penghubung dengan kodrat-Nya
Yang Maha Agung.
Subhanallah.

Karya: Abu Suffian

WAHAI YANG MAHA PENGHAPUS DUKA LARAKU

Ya Allah…
Berilah keteguhan padaku …
Untuk menghadapi apa jua dugaanMu.
Biarlah semua makhluk memperolokkanku! Menghinaku!
Asalkan di akhirat nanti aku gembira mendapat balasan cintaMu.
Amin Ya Rabbal A’lamin

Karya : Ratu Rimba Niagara

ITULAH KERINDUANKU

Amin Ya Allah
Amin Ya Rahman
Amin Ya Rahim
Amin Amin Amin Ya Rabbal A’Lamin
Tetesan air mataku di saat aku terisak dari
segala kejahatan dalam hidupku dari
setiap orang mempersulit.
Diakah yang melindungi bagi segala
kebaikan atas “JamalNya”.
Dialah yang menambatkan ,
dan bagi setiap hak kebenaran dalam wujud ini.
Dia mengarahkanku dan menolongku dan
dengan semua denyut nadi dalam urat-urat
kuperuntukkan untukNya.
Rindu-rindu. Itulah kerinduanku…

Karya: Abu Suffian

MOGA AKU TERPILIH MENJADI KEKASIHNYA

Allah itu indah.
Seindah 99 namaNya.
Semerdu KalamNya yang tak jemu dibaca
berulang-ulang kali.
Apabila menyebut namaNya
bergetar hati meruntun jiwa
apabila tidak menyebut namaNya
hatiku pilu seperti ditusuk sembilu pilu.

Apabila membaca KalamNya
wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku
dan aku terus merinduiNya menanti dan menunggu
untuk bertemu denganNya!
Moga berkekalanlah cinta ini selamaNya.
Moga aku terpilih menjadi kekasihNya.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya : Ratu Rimba Niagara

AJARI AKU

Jika berkenan dan ikhlas…
Ajari aku yang belum banyak
tahu ini arti hidup sebenar.

Karya: Abu Suffian

NUR KASIH HIDAYAH DARINYA

Ilmu itu cuma setitis yang diberikanNya padaku…
Siapalah aku untuk mengajar orang yang lebih
berpengetahuan.
KeranaNya kita kongsi bersama ilmu tentang erti
kehidupan sebenar melalui deria yang tak dapat
dilihat tapi dapat dihidu oleh pancaindera dengan
izin Nur Kasih Hidayah dariNya.
Di hari Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini …
Moga Allah memandang kita dengan belas kasihanNya
untuk menerima kita sebagai kekasihNya
di dunia dan di akhirat jua.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya: Ratu Rimba Niagara

BAROKALLAH

Penghulu dari segala hari
Dan ibadah hajinya bagi fakir miskin.
Barokallah.

Karya: Abu Suffian

INGIN REHDAMU YA ALLAH

Ya Allah berkatilah kami
dunia dan akhirat.
Berilah peluang dan ruang
pada kami melakukan segala kebaikan
yang Kau redhai sebelum kami
bertemu denganMu.
Kami tak mahu di akhirat nanti
segala tangis kami biarpun sepenuh alam
tidak Kau pandang sedikitpun!
Cuma peluang ini Kau beri
hanya di dunia ini selagi
nyawa sampai di kerongkong.
Justeru kasihanilah kami…
Dengarlah rayuan kami…
Kabulkan segala permintaan
dan hajat kami selagi Kau redhai.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya Ratu Rimba Niagara

ALLAH YANG MAHA AGUNG

Dia Meninggi Di atas Sifat dan Kalimah-Nya
Aku di persada-Mu
hanya seorang hamba cilik yang patuh
tahuku hanya berdoa dalam rukuk
dan sujud kepada-Nya.
Maha suci engkau
Ya Allah Yang Maha Agung
Memiliki Seluruh Kerajaan
Engkau Zat Maha Pencipta Yang Tunggal.

Karya: Abu Suffian

MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Duhai kekasih Allah yang dicintai…
Balaslah cinta kami ini
satukan hati-hati kami untuk saling
ingat- mengingati
tentang pejuanganmu sentiasa diingati
kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
harusnya kami balasi
kami menanti penuh pengharapan
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
yang kami cintai seutuhnya cintamu pada kami
pilihlah kami mendapat Syafaatmu di Mahsyar nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya: Ratu Rimba Niagara
30 April 2011

KARYA ABU SUFFIAN & RATU RIMBA NIAGARA
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
8 November 2012
·

0 comments:

Post a Comment

 
;