Ratu Rimba Niagara shared Sabariah Awi's photo.
- 66 people like this.
- Ratu Rimba Niagara INDAH-NYA KASIH SAYANG KERANA-NYA
Penting sangat ke kasih sayang bagimu duhai Ratu Rimba?
Iya...penting...
Kenapa? sedangkan aku tengok tiada siapa pun yang sudi
sayang padamu ... kau yang terhegeh-hegeh sayang...
kau seperti menagih kasih menagih sayang tapi tiada yang sudi...
Salah kah aku menagih kasih menagih sayang ?
Maksudmu?
Aku rasa bahagia menyebar luaskan kasih sayangku pada semua
walaupun aku tak kenal mereka...
Kau tak kisah ke kasih yang kau semaikan itu dibalas dengan
racun berbisa-bisa yang boleh mematikan urat saraf otakmu
boleh membuatmu jadi gila...masuk tanjung rambutan hospital
bahagia...baru aku tahu kenapa mereka bilang hospital bahagia...
untuk merawat otak-otak mereka yang kelam kelabu agar jadi bahagia sebahagia yang diimpikan...khakahakha..
Tega kamu bilang begitu ke aku
Tega kamu ketawakan aku...
Inikah yang dikatakan kawan
Engkau ini ibarat kawan makan kawan
Kawan jadi lawan...
Kau janji mahu setia ke aku... kau kata kawan
Di kalbu penuh racun membisa-bisa
Engkaulah yang selama ini bermanis mulut
Ingin menjadi kawan setiaku
Tapi mengumpat kejiku...kawan ke namanya itu?
Aku benci sama kamu...
Jangan benci sama aku
Kau ni terlalu emosi
Cepat menghukum
Kau menghukum aku
Kerana engkau nampak
Kata-kata luaran aku saja
Kata-kata kalbu aku kau tak
Pernah mahu nilaikan
Biarpun sedikit...
Hai kawan...
Dari kata-kata luaran itulah
Membayangkan hatimu...
Hatimu yang beku membeku
Yang menafikan ketidakhadiran aku
Dalam kesibukanmu
Kau lupakan aku terus
Sedangkan setiap waktu
Aku menunggumu
Di perdu rindu
Dengan harapan kau balas
Kasihku padamu ....
Lagi...lagi kasih...lagi...lagi rindu...
Itu saja yang kau tahu...
Aku bosan dengan ungkapan mu itu...
Untuk pengetahuan engkau
Kerana dua perkataan itulah
Yang membuatkan aku lagi
Benci sama kamu
Dan mahu melupakan kamu...
Kau pasti dengan kata-katamu itu?
Iya pasti?
Kenapa?
Kerana kasih dan rindu itulah
Yang membuatkan aku....
Membuatkan apa bilang sama aku?
Membuatkan aku bertambah rindu
Bertambah kasih akan kamu....
Apa betul aku dengar ni?
Aku serius?
Serius?
Kalau serius apa buktinya?
Buktinya engkau telah pancing hati aku
Hingga sesibuk mana pun aku
Aku tidak boleh lupakan kamu
Karya-karyamu pastiku baca
Engkau jangan membohongi aku...
Kalau kau baca
Pasti kau like dan komen
Ini tidak wujud macam tak wujud
Benci bilang benci
Suka bilang suka
Habis cerita
Hai...tak kan tak like tak komen karya
Tanda aku benci sama kamu?
Matanglah sikit...
Kalau menulis semua tema kau tahu
Tapi soal hati kau tak tahu tulis...
Kalau tak tahu biar saja aku ajarkan
Mau nggak bisa kutolong...
Agar kau bisa paham bahasa hati...
Wah....wah...wah...
Baiklah bisa kau ajarkan aku...
Agar aku bisa ngerti bahasa hati
Oklah aku bagi kau bisa ngerti dan paham
Yang aku suka sama kamu
Yang aku kasih sama kamu
Yang aku rindu sama kamu
Puas hati...?
Tak....
Kenapa?
Satu tertinggal....
Apa yang tertinggal?
Cinta sama kamu...
Ada lagi kamu tertinggal
Apa dia yang tertinggal sudah sempurna semuanya
Cinta kerana Allah...
Iye...itu yang sempurna-Nya....
Alangkah indahnya cinta kerana-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
29 Disember 2012 - Ratu Rimba Niagara Duhai sahabat ...
alam roh rahsia Allah Taala
kita cuma tahu melalui ilmu yang diketahui
itu pun dalam pemahaman yang amat terbatas
jika kita ingin mengkaji ilmu roh di luar bidang terbatasan pemikiran kita
namun cuma dengan izin-Nya diberikan ilham untuk berbicaralah bagi pihak
roh-roh yang mahu mencari jalan-jalan pulang kepada Allah Azzawajallah
kerana dengan kehendak-Nya kita diciptakan dihidupkan dan dimatikan dan dihidupkan semula
jadinya sebelum di matikan
agar matinya kita nanti tidak menyesal sepanjang
alam barzah
di pandang mahsyar
di timbangan al-mizan
di titian sirad
penyesalan yang tak tertebus apabila dimasukankan ke neraka nauzubillah
maka sebelum rumah kata pergi
kubur kata mari
kupujuk hatiku
kurayu hatiku
agar sentiasa
ingat....ingat...ingat...
ingat akan mati...
mati....mati...mati....
mati tak kira siapa di mana bila
bila....bila pun mati...
jika ajal sudah tiba
tiada dicepatkan
tiada dilambatkan
walaupun sesaat
begitulah yang telah tercatat
sejak azali ketika roh kita
ditiupkan di kandungan ibu
andainya aku tahu
ini adalah hari terakhir aku berbicara
pasti aku ingin bicara yang
terbaik mungkin
yang pabila mereka yang mendengarnya
terasa damai roh dan jasadnya
andainya bicara aku
bisa membuatkan
yang mendengarnya
mahu pulang kepada roh-roh yang bahagia
yang diterima di Sisi Allah Taala
alangkah bahagianya aku
alangkah bahagianya semua yang ingin bahagia
saling membahagiakan roh-roh yang kejadian asalnya suci
sesuci embunan di Taman-Taman Syurgawi
Ya Allah jika inilah hari terakhirku
izinkan aku berbahasa-bahasa roh yang mahu pulang
kepada-Mu dalam lafaz kalimah Syurga
dan roh-roh yang mendengarnya pun menyahut kalimah Syurga-Mu itu
itulah lambang kebahagiaan semua roh-roh yang mahu pulang ke Pangkuan-Nya
Inysa-Allah Aamiin Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin.
Duhai sobat akhiratku....
Andai kamu tahu ini adalah hari terakhirmu...
Apakah yang ingin kamu katakan pada jasadmu? pada rohmu ? pada roh-roh yang mahu bahagia? - BERKATA SEMURNI SYURGA BAHAGIA
Amat malang kita hidup dengan orang yang tak suka dengan kita...mulut manis seperti gula...tapi hati penuh racun berbisa...nauzubillah minta Allah jauhkan dari orang sebegitu...yang kita mahu rakan yang sepemikiran dengan kita berkata seiring dengan hati melalui mata hati nurani sebab mata hati nurani tidak pernah menipu. Hidup sudahlah setitis cuma...buang masa hendak layan mereka hadir sekadar untuk membuat kita sakit hati dan makan hati lalu mati katak tak sempat nak mengucap kerana hari-hari makan hati...yang kita mahu hari-hari berkata semurni Syurga... Allahu Akbar...bahagia...
Karya Ratu Rimba Niagara
7 Safar 1434H
21 Disember 2012- Prabu Sri Narayana Kusuma and Mawar Bunga like this.
KEJADIAN ASAL KAMI ROH SUCI MAKA KAMI MAHU PULANG PADAMU
DALAM KEADAAN ROH SUCI JUGA DIBAWA BERSAMA SUMPAH SETIA
KAMI KEPADA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Ya Allah aku sentiasa bersangka baik pada-Mu kerana Engkau mengikut prasangka hamba-Mu maka-Nya masukkanlah aku dan para hamba-Mu yang ikhlas beramal soleh semata kerana-Mu ke dalam Syurga-Mu , jauhkan kami dari siksaaan api neraka yang pedih! kami mahu pulang ke pangkuan-Mu dalam keadaan suci roh dan jasad agar Kau terima kami sebagai roh suci ketika asal kejadian kami di alam roh semasa di dalam kandungan ibu kami 4 bulan usia kandungan mengaku Engkaulah Tuhanku yang layak disembah tiada Tuhan lain selain Engkau. Izinkan sumpah setia kami ini kami buktikan pada-Mu selagi hayat di kandung badan dan tolong Ya Allah jauhkan kami daripada yang akan boleh menyesatkan kami ke jalan-Mu AAmiin AAmiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Makbulkan doa kami ini Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui Isi Hati,
13 Safar 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASANAL BOLKIAH)
13 Safar 1434H
YA ALLAH AKU REDHA AKU HAMBA-MU
YA ALLAH KUTUNGGU KUN FAYAKUN
PADA SEGALA CITA-CITAKU
Ya Allah sebelum aku bertemu-Mu
Izinkanlah aku melakukan amal soleh yang ada Nilaian di Sisi-Mu
Belas kasihanlah padaku Ya Allah..
Kerana padamu saja yang kusandarkan harapan
Hidup dan matiku adalah atas kehendak-Mu
Andainya hari ini hari terakhirku hidup di bumi-Mu ini aku redha
Jikalah Kau panjangkan umurkan
Berilah aku peluang untuk berbuat kebaikan yang Kau redhai...
Capaikanlah segala cita-citaku...
Cita-citaku adalah
Lambang cintaku pada-MU
Lambang cintaku pada semua hamba-Mu
Maka makbulkanlah Ya Allah Yang Maha Berkuasa
Atas Setiap Sesuatu Yang Engkau Kehendaki...
KUN FAYAKUN
Aamiin Aamiin Amiin Ya Rabal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil merayu pada-Mu Ya Allah
Yang Menguasai Seluruh Alam Semesta...
Maka Makbulkanlah doaku ini
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Hamba-Mu,
Rabeah Mohd Ali
Nama yang sudah tercatat sejak azali lagi
Aku redha itu namaku
Aku redha aku hambaMu
Aku redha aku dilahirkan ke dunia
Atas izin-Mu
Makanya redhakanlah aku menjadi
Khalifah-Mu di bumi-Mu ini
Dengan melakukan amal soleh
Yang ada nilaian di sini-Mu
Inilah perjanjianku dengan-Mu
Ketika aku di dalam kandungan ibuku Fatimah
Bapaku Mohd Ali...
Berilah kebajikan Rahmat Kasih-Mu kepada kedua orang tuaku
Sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku
Sehingga aku kenal diriku
Aku kenal-Mu Ya Allah
Aku redha Fatimah ibuku
Aku redha Mohd Ali bapaku
Aku redha semua ahli keluargaku
Aku redha semua sahabat alam mayaku
Aku redha takdir-Mu ke atas aku
Makanya Ya Allah atas redhaku ini
Kau balaslah pula
Dengan memberi keizinan aku
Beramal soleh semata ikhlas kerana-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Hamba-Mu Yang Mengharap Belas Kasihan-Mu,
Rabeah Mohd Ali
17 Disember 2012
DIBUKAKAN ALAM GHAIB KETIKA NAZAK
Allah SWT Menguasi Semesta Alam
Kerana DIA Yang Mencipta Semesta Alam ini
Rahsia kerajaan langit dan bumi semuaNya
Dalam Pengetahuan-Nya
Waima sehelai daun yang gugur semuaNya
Dalam pengetahuanNYa
KekuasaanNya KebijaksanaanNya
Tiada siapa yang dapat tandingi
Alam ghaib tidak akan diketahui oleh manusia
Kecuali ketika nazak ...ketika itulah dinampakkan alam ghaib
Dan ketika itu kita tahu ...
Untung nasib kita di alam akhirat...
Ketika itu pintu taubat sudah tertutup
Dan sudah tutup juga buku amalan kita
Wallahua'lam
Ratu Rimba Niagara
171212
PERJANJIAN KITA ALLAH MENJADI SAKSI BUKAN DI ATAS KERTAS HITAM PUTIH
Alhamdulilah...senang bersahabat denganmu sobat...moga kita kekal menjadi sobat dunia akhrirat Insya-Allah Aamiin. Mulai sekarang apa masalahmu adalah masalahku dan apa masalahku adalah masalahmu....boleh ke sobat kita saling berkongsi masalah....bukanlah untuk kepentingan peribadi tapi untuk saham akhirat kita nanti...gimana pendapat sobat....jika kau sudi...perjanjian terlibat dengan saham akhirat ini Allah saja yang menjadi saksiNya...bukan atas kertas hitam putih....gimana pendapatmu sobat...dengan cadanganku ini...percayalah kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku dan kebahagiaanku adalah kebahagiaan mu...itu yang aku perjuangankan pada semua yang sudah aku anggap sebagai sobat akhiratku...
RATU RIMBA NIAGARA
161212
(PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
29 Disember 2012
0 comments:
Post a Comment