Monday, 13 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU (410) - KEK HARI JADI BUAT RAKAN BAIK YANG KUHORMATI DAN KASIHI















    • PERSAHABATAN SEWANGI KASTURI

      BismillahirRahmanirRahim
      Assalamualaikum wr wb

      Kepada rakan Fbku Datuk Jem yang setia
      Terima kasih kerana sudi memberi ucapan Hari Jadi
      Kesudianmu menjadi sahabat Fbku sejak dari mula berkenalan
      Di fb ...kau terima aku apa adanya aku
      Biarpun di kala aku disepikan
      Perlukan para sahabatku untuk menyokongku
      Kau hadir di kala aku susah dan senang
      Bila kau sepikan aku kerana kesibukanmu
      Ada juga terdetik ingin menyepikan mu
      Di ombak rindu kerana terdera rindu
      Tapi mengenangkan kau sibuk selalu
      Dengan kerjayamu yang perlukan komitmen tinggi
      Ku sabar saja
      Dan ku tahu rinduku ada selalu di hatimu
      Sebab itulah berat rasa hati untuk menyepikanmu
      Terdera rindu tak apalah ku tahankan juga...

      Yang terharunya aku biar sibuk bagaimanapun
      Kau tetap ada luangkan masa untuk membaca
      Karya-karyaku yang ada di blog atau di fb
      Terima kasih kerana sudi menghargai karya-karyaku
      Biarpun kau bukanlah orang sastera
      Tapi minat juga menghayati dunia sasteraku
      Yang kudambakan sejak di alam kanak-kanak lagi
      Hinggakan mereka kata aku hidup
      Di dunia fantasi dan angan-angan
      Yang tak akan menjadi realiti
      Tapi aku yakin jika
      Allah SWT mengatakan KUN FAYAKUN
      Yang fantasi boleh jadi realiti Aamiin

      Dan aku yakin setiap apa yang
      Kukaryakan itu yang baik-baik
      Semua-Nya dari Allah Azzawajallah
      Dan yang lemah itu
      Dari kelemahanku sendiri

      Rakan fbku Datuk Jem Yang DiSanjungi

      Sepanjang kita ber fb
      Banyak juga kisah suka dukamu
      Kubingkaikan di blogku
      Tanda ku sanjungi persahabatan kita
      Walaupun cuma di alam maya
      Mana tahu kisahmu
      Yang kuhidangkan di alam maya
      Untuk pembaca alam maya
      Memberi manfaat pada semua pembaca
      Mana tahu ada nilaian di Sisi-Nya Aamiin
      Moga saham akhirat itu dikreditkan pahala-Nya
      Juga dalam akauan akhiratmu akauan akhiratku Aamin

      Rakan fbku Datuk Jem Dikasihi sepenuh
      Roh dan jasad

      Kau juga pencetus inspirasiku untuk berkarya
      Karya-karya mengenai perniagaan mu dan
      Kisah-kisah mu dengan rakan-rakan fbmu
      Telah menarik hatiku... sungguh menghiburkan hati tapi
      Masih lagi menjaga adap sopan persahabatan
      Aku amat suka caramu melayani
      Semua rakan-rakan fbmu
      Saling hormat menghormati
      Biarpun kau dan mereka
      Berdarjat, berpangkat
      Bergelar Raja, Tan Sri, Datuk Sri, Dato' , Datin
      Tapi itu tidak menghalang yang berpangkat
      Saling hormat menghormati di antara satu sama lain
      Dengan orang kebanyakan di hargai dan dikasihi
      Dengan orang atasan dihormati lagi disanjungi
      Berkata beradap sopan melayu sejati
      Tiada makan hati
      Yang ada mahu
      Bertalisiraturrahim
      Dalam jalinan ukhuwah
      Kasih mengasihi kerana-Nya
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      Laman fbmu seperti
      LAMAN FB TAMAN-TAMAN SYURGA
      Sekalung tahniah untukmu sahabatku
      Kerana memiliki laman fb seperti
      TAMAN-TAMAN SYURGA
      Moga berkat menjalinkan jalinan ukhuwah kerana-Nya
      Biarpun di laman FB
      Allah Azzawajallah membalas dengan persabatan dipatrikan
      Sehingga Di Syurga-Nya kelak
      Aamin Aamin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      DATUK JEM SAHABATKU,
      KAWAN SETIA SEHIDUP SEMATI;
      BERSAHABATAN TANPA JEMU,
      PERSAHABATAN SEWANGI KASTURI.

      SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
      HARI KEMENANGAN YANG BERPUASA;
      MAAF ZAHIR BAHTIN DATUK SERI.
      PERSAHABATAN DIINGATI SENTIASA.

      'MENYANJUNGIMU MENYAYANGIMU DEMI-NYA'

      DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

      SAHABATMU DARI RIMBA NIAGARA,
      RABEAH MOHD ALI
      RATU RIMBA NIAGARA
      ISTANA RIMBA NIAGARA
      MALAYSIA/INDONESIA
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
      9 hours ago · Edited · Like · 1

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
       ·  · 





        • KARYA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH OLEH RATU RIMBA NIAGARA:


          PANTUN DATUK JEM BOS PENYAYANG PEKERJANYA CEMERLANG!

          Sesuatu kerja sekiranya ada perbincangan pasti ia mudah dan selesai,jangan ambil kira siapa diri kita.Yang penting kerja berjalan dengan lancar dan teratur.
           ·  ·  · Wednesday at 10:20pm · 
          • 17 people like this.
            • ICuk Threegfm wah boss dah turun padang ni terbaikkkk
              Wednesday at 10:21pm ·

                • Ini lah yg terbaik Tuan ICuk Threegfm klu kita nk kan satu kepuasan dlm bidang yg kita hasil baik dn bermutu tinggi,sy tak suka goyang kaki kat ofis,sy lebih suka goyang kaki dgn perjalanan yg membuah kan hasil.
                  Wednesday at 10:27pm ·  ·  2
                • ICuk Threegfm perghh terbaikk Datuk....sikap ni wajar di contohi Boss sempoii...:) pekerja pon tak malu nk meluahkan masalah mereka..jadi gap antara Datuk dan kakitangan tak la terlalu jauh...:)
                  Wednesday at 10:29pm ·  ·  1
                • Ivan Loke Ilmu dan pengalaman goyang kaki tapi masih membuahkan hasil itu, uncle smestinya kena ajar Ivan! hahaha...
                  Wednesday at 10:50pm ·  ·  1
                • Lovely Dmmr Marenaa sememangnyerrr wajar kn sbg boss turun padang.... Nah ni baru di sygi pekerja....m
                  Wednesday at 10:50pm ·  ·  1
                • Datuk Jem bos yang penyayang,
                  Prihatin kepada masalah pekerjanya;
                  Semua pekerjanya dihargai dan disayang,
                  Pekerja cemerlang berbakti seikhlasnya.
                  22 hours ago ·  ·  1
                • Dari zaman menjadi pekerja bawahan,
                  Hingga kini menjadi bos nombor satu;
                  Tak pernah wujud rasa kebaggaan,
                  Hanya ada rasa syukur pada Allah Yang Satu.
                  22 hours ago ·  ·  1
                • Nak jadi bos mesti tegas dalam kelembutan,
                  Berbicara tak boleh melulu-lulu;
                  Fikir sedalamnya setiap perkataan,
                  Barulah yang mendengar menusuk di kalbu.
                  22 hours ago ·  ·  1
                • Jadi bos bukannya mudah,
                  Setiap hari kerja menimbun banyaknya;
                  Nak cari rezeki bukannya mudah,
                  Rezeki berkat menjadi idamannya.
                  22 hours ago ·  ·  1
                • Tujuan bekerja untuk mencari sesuap rezeki,
                  Tapi datuk jem memberi bersuap-suap rezeki;
                  Kerana pekerjanya adalah sumber rezeki,
                  Saling bekerjasama demi setiap rezeki.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Masa bekerja jangan ada curi tulang,
                  Nanti rezeki tak menjadi berkat;
                  Datuk jem suka pekerja ringan tulang,
                  Syarikatnya maju mendapat rezeki yang berkat.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Pergi bekerja jangan cari masalah,
                  Sesama rakan saling beri kerjasama;
                  Saling hormat menghormati berkongsi masalah,
                  Segala masalah diatasi berkat berkerjasama.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Datuk jem bos yang tiada masalah,
                  Ada masalah beritahu saja padanya;
                  Akan diselesaikan segala masalah,
                  Begitulah hebatnya ikatan bos dengan pekerjanya.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Senyuman pekerja adalah kebahagiaan bos ,
                  Senyuman bos adalah kebahagian pekerjanya;
                  Senyuman adalah amalan bos,
                  Sebab itu rezeki datang mencurah banyaknya.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Bos selalu memikirkan akan kejayaan syarikatnya,
                  Mahukan syarikatnya cemerlang gemilang terbilang;
                  Menjadi idaman bos demi kepuasannya,
                  Moga syarikatmu sentiasa cemerlang gemilang terbilang.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Setiap pekerja, sahabat dan rakan bisnes,
                  Semuanya disanjungi oleh datuk jem;
                  Ikatan sentiasa mesra penuh ikhlas,
                  Itulah watak yang ada pada datuk jem.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Semoga datuk jem sentiasa menempa kejayaan dalam berbisnes,
                  Bisnesmu berjaya di peringkat glokal dan global itu diharapkan;
                  Itulah berkat usaha yang penuh ikhlas,
                  Kejayaan dan kebahagianmu dunia akhirat kudoakan.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • Greatcool nama syarikat Datuk Jem,
                  Sudah terkenal di serata dunia;
                  Idola Usahawan Gigih adalah Datuk Jem,
                  Greatcool sentiasa mencipta nama.
                  21 hours ago ·  ·  1
                • GREATCOOL!

                  Greatcool...
                  Kau dibangunkan oleh seorang usahawan gigih yang tak pernah kenal erti kalah! Putus Asa! Jemu!
                  Berusaha terus berusaha untuk sampai ke mercu biarpun tsunami datang membadai semangat juangnya
                  Tapi itu tidak dihiraukan olehnya

                  Bertahun lamanya dia mengumpul kudrat kekuatan semata-mata ingin memperjuangkanmu hingga jaya
                  Keranamu hidupnya sentiasa
                  sibuk ...sibuk...sibuk...
                  Mujurlah dia mempunyai sikap yang sempoi dan berjiwa sepoi-sepoi bahasa membuatkan rakan taulan berasa gembira dan itu menggembirakannya!
                  sama-sama gembira sama-sama gelak ketawa
                  hilanglah segala tekanan kerja buat seketika...

                  Berkat kegigihan dan ketabahannya
                  Greatcool berjaya sampai ke mercu kejayaan
                  Disambut dengan penuh kesyukuran

                  Moga Greatcool...
                  Cemerlang Gemilang Terbilang!
                  Di persana dunia glokal dan global!

                  Karya Putri Rimba Niagara
                  9 Febuari 2012
                  21 hours ago ·  ·  2
                • Zulkafli Mohd datuk ni mmg hebat la ramai perminat siap bersajak berpantun lagi....ilmu hitam ape kah yg di milikinye ye
                  12 hours ago ·  ·  1
                • Rabeah Mohd Ali Ini bukan ilmu hitamlah...ini tali pinggang hitam...lah teman...hihihi
                  12 hours ago ·  ·  1
                • Jamhuri Abd Rahman Hahahaha...Tergelak beso sy,Pandai lah Tuan Zulkafli Mohd buat dose kering....kan gitu Penasihat ku Rabeah Mohd Ali.......Sy ni kan kah peramah..
                  12 hours ago ·  ·  1
                • Rabeah Mohd Ali Sebab Datuk Jem terlebih peramahlah makanya rezekinya melimpah ruah...hingga semua bank-bank di malaysia ni penuh dengan duit datuk jem...hihihihi saya penasihat datuk jem...saya tahulah ...hihihihi
                  12 hours ago ·  ·  1
                • Rabeah Mohd Ali Takut duitnya di rompak...sebab itu saya dihantar belajar ilmu persilatan...hingga dapat tali pinggang hitam... ilmu hitam dijauhkan sebab akan merosakkan bisnes datuk jem nanti dikuatiri tak berkat!
                  12 hours ago ·  ·  2
              • (PETIKAN DARIPADA WALL JAMHURI ABD RAHMAN)
                10 Febuari 2012


          DATUK SRI JEM IBARAT PERMATA YANG BELUM TENTU ADA DALAM SEJUTA




            • Siapa dikalangan rakan fb saya yang boleh dapat kan Amir Mohd Omar lelaki yang meninggal kan ibu nya di Hotel bajet baru2 ini.Kerana saya akan menawarkan kerja serta merta kepada Amir dan tempat tinggal ibu nya.

              • You, Zulkafli MohdSha Izani and 41 others like this.

                • Sha Izani alhamdulilah,...syukur.... kalaulh ada ramai majikan macam dato'sri kita nie tentu dah ramai nasib rakyat kita yang terbela kan...tahniah datuk teruskan usaha murni dato'sri,semoga Allah melimpahkan lagi rezeki dan panjangkan umur dato amin.
                  18 hours ago ·


                    • Bertuah anak buah dapat majikan seperti Dato'Sri yang prihatin.. Jelas keikhlasan hati menangani isu nie.. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan Dato'Sri...
                      13 hours ago ·  ·  2

                    • 'Jian Full Cuba kol harian metro... Saya cuma risau dia dalam keadaan tertekan kerana cemuhan masyarakat pada dia..
                      12 hours ago ·  ·  2

                    • Rabeah Mohd Ali TUNGGULAH IBU DI PINTU SYURGA

                      Ibu...ibu sayang Dira Tak?
                      Sayang Dira tak ibu...?
                      Dira sayang ibu...sayang sangat-sangat ibu...
                      Nanti kita tinggal di Syurga bersama-sama ya ibu...

                      Itulah kata-kata yang terakhir yang kudengar dari anakku Adira.
                      Dia menciumku beberapa kali ....
                      Pertanyaan Dira tak kujawab ...tak tahu kenapa...lidahku kelu
                      untuk berkata-kata.

                      Sebelum pergi ke kedai Dira sempat makan berkeping-keping
                      roti kosong. Lapar barang kali...lagipun itu saja makanan yang
                      ada.

                      Ku berikan RM4.00 dan kertas yang kucatatkan
                      telor 5 biji dan 2 paket maggi sedap

                      Menu makanan tengah hari kami sekeluarga.

                      Kutunggu Dira tak juga pulang-pulang.
                      Hatiku mula bimbang bukan kepalang...
                      "Ke mana si Dira menghilang....dah ke petang...dah ke malam? Masih
                      tak pulang lagi..."

                      Malam itu aku dapat satu mesej ugutan,

                      "KALAU KAU HENDAK ANAK KAU HIDUP ....KAMI MAHUKAN RM 10,000.00 KALAU TIDAK ANAK KAU KAMI BAKAR HIDUP-HIDUP..."

                      Aku terperanjat! Menerima ugutan itu.
                      Mana pulak hendak kucari wang sebanyak itu. Aku bukan orang kaya raya, hidup pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
                      Menu makanan harian kami maggi dan telor...kadang keputusan duit
                      Tak makan...apalah sangat kerja suamiku sebagai buruh kasar di salah sebuah kilang . Duit simpanan dalam bank bukan nak kata ada RM10,000.00 sekupang duit pun tak ada. Mana bisa mungkin aku mampu nak bayar wang sebanyak itu.

                      Lainlah aku kenal hamba Allah yang bermurah hati seperti Jamhuri boleh juga dia datang membantu. Tapi aku tak kenal siapa-siapa yang bermurah hati. Lagipun sikapku tak suka meminta-minta....nanti dikatakan Ehsan Murahan...

                      Selang beberapa hari selepas itu aku mendapat tahu anakku sudah hangus dibakar oleh mereka yang berhatikan iblis dan syaitan. Haiwan pun tak sekejam itu! Masih ada sifat Ehsan...

                      "Ya Allah kau balaslah kekejaman mereka yang telah menganiaya anak aku...!"

                      Tak akan aku maafkan mereka yang zalim itu sampai akhirat.
                      Anak aku masih kecil lagi. Apalah salah anak aku.
                      Kalau duit itulah yang menjadi punca kau sezalim itu...
                      Memanglah kau bertuhankan duit hingga menjadi raja segala syaitan
                      Dan aku tak akan maafkan engkau...tak akan....! Sampai kapan pun!
                      Rasailah pembalasan engkau dari Tuhanku nanti....

                      Kepada Adira anakku....
                      Ibu sayang kamu nak...
                      Sayang sangat...sangat...
                      Sayang dunia akhira....
                      Tunggulah ibu di pintu Syurga!

                      Karya Putri Rimba Niagara
                      14 Mac 2012

                      12 hours ago ·  ·  2



                    • Dzulhazly Zainal Abidin cuba Dato' Seri berhubung dengan Metro TV utk dapatkan no telepon Amir...
                      8 hours ago ·  ·  2

                    • Rabeah Mohd Ali Idea yang bagus tu...cubalah mana tahu hajatmu yang suci murni diperkenankan Allah SWT. ' ALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBANYA'
                      dan SEIAP YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH'...jadi ayuh bertindak sekarang...buktikan apa yang lahir dari kalbumu nan suci duhai sahabatku yang kukagumi kemurniakan hatimu!

                      8 hours ago ·  ·  1

                    • Rabeah Mohd Ali Sahabat ku Dato' Sri Jamhuri...
                      Setahuku orang yang suka bersedekah
                      Dia tak akan jadi miskin
                      Berganda-ganda kayanya ada lagi...
                      Kaya dunia akhirat Amin

                      8 hours ago ·  ·  1

                    • Dzulhazly Zainal Abidin Salam Dato' Seri Jamhuri Abd Rahman, saya dah berhubung dgn Pn Junaidah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat W.P. Kuala Lumpur (dia pegawai yg bertanggungjawab utk kes ini) dan meminta no hp En Amir Mohd Omar, ini nombornya.. 017-399 2861... Harap Dato Seri dapat membantu seadanya... (JKM kata kalau xdpt kol dia, sms je)... Maklumat mengenai Dato Seri juga saya dah bagi kat JKM.. Terima kasih...
                      7 hours ago ·  ·  4

                    • Rabeah Mohd Ali Moga Allah melimpahkan RahmatNya yang tak putus-putus pada saudara Dzulhazly Zainal Abdin dan Dato' Sri Jamhuri Abd Rahman atas kemurniaan hati dua hamba Allah ini. Amin Ya Rabbal A'Lamin
                      7 hours ago ·  ·  2

                    • Dzulhazly Zainal Abidin Membantu seadanya....ini saja yg saya mampu...
                      7 hours ago ·  ·  2

                    • Suezanna DatinAb kekayaan dan kelebihan yang ada pada Dato serta rakan Dato' adalah memberikan kebaikan yang lebih baik, seandainya kemuliaan hati dato' dpt membantu pada yang kurang berkemampuan....semoga dmurahkan rezeki...amin...
                      7 hours ago ·  ·  3

                    • Maslinah Mashimoro Mokhtar Alhamdulillah...Syukur.Semoga Allah menberkati anda selalu...InsyAllah
                      6 hours ago ·  ·  2

                    • Suzie Yang Alhamdullilah..Ada Juga Hati Yang SeMulia Adik..Semoga Segala Niat Yang Baik Adik Di PerGandakan Lagi Allah Rezeki Yang Melimpah.....
                      6 hours ago ·  ·  3

                    • Jamhuri Abd Rahman Terima kasih Dzulhazly Zainal Abidin dan yg lain2 kerana perihatin dan membantu sy dapat kan Amir ini,"Alhamdulillah' Sy sudah dpt menghubungi nya dan mlm ini sy luang kan masa bersama nya utk bincang kan hal berkaitan sepertima yg sy kata kan.Insya'allah,Sy akan membantu dan mendidik saudara Amir ini dlm perniagaan.
                      5 hours ago ·  ·  4

                    • Dzulhazly Zainal Abidin bantu membantu sesama kita... :)
                      5 hours ago ·  ·  2

                    • Nia Ayisy Ya. . . Allah begitu murninya hatimu. . .ya allah kau berikan cahaya hidayah mu kepada amir agar tidak mempersia-siakan bantuan yang dihulurkan oleh kawanku ini,kau permudahkanlah segala urusan dan lindungilah ia dari segala kesulitan. . . . .INSAN INI IBARAT PERMATA YANG BELUM TENTU ADA DALAM SEJUTA MANUSIA, aminnn.
                      5 hours ago ·  ·  2

                    • Dzulhazly Zainal Abidin Amin...
                      5 hours ago ·  ·  2

                    • Nia Ayisy Buruknya amir. . . Kerana cara dia meninggalkan ibunya seorang diri. . . Baiknya dia kerana tidak meninggalkan ibunya seorang diri diluar. . .kerana tertekan dia meninggalkan ibunya di hotel, dimana tempat itu selamat dan orang dapat membantu ibunya. . . Segalanya hanya allah yang tahu. . Kepada yang masih ada ibu di dunia, ingatlah dan jadikan ini satu peringatan, jaga dan lindungilah selagi ada ibu di dunia, hilang ayah dan hilangnya ibu adalah sesuatu kehilangan yang amat berbeza,maka itu kita harus sentiasa beringat KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA, sebab betul hati ya allah.
                      5 hours ago ·  ·  3
                  • (PETIKAN DARIPADA WALL JAMHURI ABD RAHMAN)
                    14 Mac 2012
              ·
              (PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM & PUTRI RIMBA NIAGARA)
              13 Ogos 2012
              24 Ramadan 1433H
           

0 comments:

Post a Comment

 
;