Tuesday, 14 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (423) - SALAM SYAWAL MENGUNDANG RAHMAT ILAHI







BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ASSALAMUALAIKUM
"Sejahtera ke atas kamu"

MAAFKAN SEGALA KESALAHANKU DAN SEKELUARGAKU
KEPADA DIRI KAMU....YANG BERLALU MAHUPUN BELUM
BERLALU....KU POHON KEMAAFAN KEPADAMU
DENGAN SEJUJUR IKHLAS DIHATI KAMU

LUPAKAN KISAH DUKA DAN LARAMU
JIKA ITU MEMBEBANKAN BAGI DIRIMU
APA PUN YANG MENIMPA KEATAS DIRIMU
SEMUANYA MENGAJAR KITA SUATU ERTI
KEHIDUPAN SEPANJANG HIDUP

WALAUPUN ADA YANG TIDAK SUKA AKAN DIRIKU
NAMUN KITA ADALAH SAMA SAJA DIDUNIA INI
HANYA MAMPU MENGHARAPKAN BELAS INSAN
KEPADA YANG MAHA MENGUASAI
SEBAGAI PENGUAT SEGALA URUSAN DIDUNIA INI

JANGANLAH BERSEDIH DIHATI INI
MENGENANGKAN NASIB YANG BELUM PASTI
APA YANG AKAN MENIMPA DIRI KITA INI
BERSABARLAH DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN INI
DAN SENTIASA BERSYUKURLAH
SEGALA NIKMAT DIBERI KEPADA INSAN DIDUNIA INI
AGAR DIBERKATI DAN DIREDHAI SERTA DIRAHMATI
BERPANJANGAN HAYAT HIDUP INI

SALAM KEPADA SEMUANYA YANG CERIA DAN GEMBIRA SELALU DIHATI INI
DENGAN KEHADIRAN BULAN YANG PENUH KERIANGAN INI
TIDAK LAMA LAGI AKAN DISAMBUT SELURUH UMMAT ISLAM DIDUNIA INI
HARI KEMENANGAN BAGI KITA SEMUA MERAIHI
"HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
"KU SUSUN SEPULUH JARI"
"MEMOHON MAAF DIATAS KESALAHANKU INI"
.......^_____^......,SENYUMAN MANIS DIAIDILFITRI
MEMBUATKAN HATI KITA SENANGI SEKALI....MERAIH HARI-HARI YANG INDAH INI
DISAMBUT DENGAN KERIANGAN DAN GEMBIRA SEKALI

TULUS IKHLAS DARIPADA SAYA DHK ZS MKI DAN SEKELUARGA MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


 ·  · 





SALAM SYAWAL MENGUNDANG RAHMAT ILAHI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA RAKAN-RAKANKU SEKELUARGA
DI PAGI RAYA WAJAH BERSERI
BERMAAFANLAH KITA DI PAGI RAYA

BERSYUKUR KITA DI PAGI RAYA
KERANA KEMENANGAN YANG BERPUASA
MOGA ALLAH TERIMA PUASA KITA
DUNIA AKHIRAT KITA BAHAGIA

DI PAGI RAYA SANAK SAUDARA DATANG
SALING KUNJUNG MENGUNJUNG
BERMAAFAN PENUH KASIH SAYANG
ITU TANDANYA MULIA KASIH SAYANG

TAKBIR RAYA BERKUMANDANGAN
SYAHDU RASA DI HATI
KERANA MENINGGALKAN RAMADAN
SYAWAL DISAMBUT SYUKUR PADA ILAHI

DI PAGI RAYA MENZIARAHI KUBURAN
PADA YANG TERSAYANG MASIH BERBEKAS DI HATI
DIIRINGI DOA PENUH KEKUSYUKKAN
MOGA ROHMU ALLAH REDHAI

HARUMAN CEMPAKA DAN SEROJA
MENGHARUM MEWANGI DI KUBURAN
TIKA BERDOA BERGUGURAN BUNGA SEROJA
MENGINDAHKAN LAGI SUASANA DI KUBURAN

AIR MATA BERGUGURAN
MEMBASAHI PIPI TIKA BERDOA
MOGA DOA SAMPAI PADA-MU TUHAN
ROH YANG TERSAYANG AMANLAH DI SANA

BIARPUN SUDAH LAMA MENINGGALKAN DUNIA
KASIH SAYANG TETAP ABADI
SEHARUM BUNGA CEMPAKA DAN SEROJA
MOGA KASIHKU KASIHMU DI SYURGA TERPATRI

KITA YANG HIDUP AKAN KE SANA JUGA
MASA HIDUP MENDOAKAN SI MATI
MASA KITA MATI YANG HIDUP MENDOAKAN KITA
ITULAH BALASAN KASIH SEIKHLAS HATI

SEMASA ADA PELUANG KITA BERHIDUP
KASIH MENGASIHI KERANA-NYA
RAMAI MUSUH SENGSARANYA HIDUP
SALING MEMAAFKAN MENGUNDANG RAHMAT-NYA

INDAHNYA HIDUP SALING HORMAT MENGHORMATI
TIADA RASA MEMBANGGA DIRI
TIADA RASA KESEMPURNAAN DIRI
SEMUANYA MAHU MATI ALLAH REDHAI

SALAM KEMAAFAN SAUDARA SEISLAM DISAYANGI
SALAM SILATURRAHIM SEHARUM KASTURI
SALAM UKHUWAH KASIH ABADI DI HATI
SALAM SYAWAL MENGUNDANG RAHMAT ILAHI

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
15 Ogos 2012
26 Ramadan 1433H
 ·  ·










(Rabu. 15-08-2012. Hari Yang KeDuaPuluhEnam Ramadhan 1433H)

Assalamualaikum Warohmatulloh Hi'wabarokatuh...

  • Ketupat rendang makanan melayu,
    Dihidangkan di pagi Syawal;
    Moga persahabatan tak pernah layu,
    Bermaaf-maafan di pagi Syawal.
    20 hours ago · Edited · 

  • Rabeah Mohd Ali Indah berseri di pagi raya,
    Sanak saudara kunjung mengunjung;
    Jika ada salah dan silap saya,
    Harap maafkan duhai sahabat yang disanjung.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Bermaaf-maafan amalan yang mulia,
    Lupakan segala kekhilafan yang ada;
    Allah suka amalan yang mulia,
    Wajah berseri bak bulan purnama.
    20 hours ago · Edited · 

  • Rabeah Mohd Ali Budi bahasa budaya melayu,
    Berkata indah seindah bahasa;
    Beradap sopan bahasa melayu,
    Menjadi kebanggaan pejuang bahasa.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Jangan malu berbahasa melayu,
    Kerana itu bahasa moyang kita;
    Marilah kita memartabatkan bahasa melayu,
    Agar tak kecewa anak cucu kita.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Hidup biarlah berbudi,
    Kerana kita akan tinggalkan dunia ini;
    Budi disemai bukan untuk dibanggai,
    Tanda kita pernah hidup di dunia ini.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Jadi apa nak dikisahkan hidup ini,
    Kerana hidup setetes cuma;
    Asalkan tenang roh dan jasad ini,
    Apabila bertemu Ilahi yang tercinta.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Marilah kita sama-sama muhasabah diri,
    Merebut peluang sementara nafas masih ada;
    Jangan dengki mendengki sesama sendiri
    Kerana itu akan memakan amalan kita.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Kaya macam mana pun mati.
    Miskin macam mana pun mati;
    Cantik macam mana pun mati,
    Semuanya akan pasti mati.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Yang kaya mati tinggalkan harta,
    Yang miskin mati tak ada apa-apa;
    Dah mati yang cantik dah tak ada apa,
    Yang dibawa ke kubur amalan juga.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Jadi apa nak dikisahkan dengan harta,
    Jadi apa nak dikesahkan dengan kemiskinan;
    Jadi apa nak dikesahkan dengan cantik yang ada,
    Semuanya bernilai jika ada keinsafan dalaman.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Dah mati nak menyesal tak berguna,
    Nak tebus kematian dengan harta dah terlambat;
    Makanya tempuhlah juga dengan gundah gulana,
    Apa nak buat semuanya sudah terlewat.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Menangis sepenuh bumi kerana penyesalan,
    Mahu Allah kembalikan ke bumi semula;
    Asalkan dapat beramal sebagai bekalan,
    Sudah terlambat tiada peluang kedua.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Takutnya jika itu terjadi kepada kita semua,
    Biarlah kita menangis merayu-rayu tika di dunia ini;
    Pasti Allah dengari rayuan kita,
    Kerana nyawa belum sampai di kerongkong ini.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Bahagianya jika kita semua dapat muhasabah diri,
    Saling ingat mengingati di hari kematian;
    Alam barzah tiada sahabat sejati,
    Yang ada amalan peneman kesepian.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Tika hidup kita mulia,
    Mulia pada pandangan Ilahi;
    Mulia pada pandangan manusia tiada erti,
    Kerana mati amalan juga yang dibawa pergi.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Kubur adalah tempat persinggahan kita,
    Berihat di Taman-Taman Syurga;
    Seksa menyesakan azab neraka,
    Makanya kita sendiri yang membuat pilihannya.
    20 hours ago · 

  • Rabeah Mohd Ali Pastinya semua mahu ke Taman-Taman Syurga,
    Pastinya kita mahu berubah dari sekarang ini;
    Merebut peluang sebanyak-banyaknya,
    Agar Taman-Taman Syurga kita miliki.

    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    14 Ogos 2012
    25 Ramadan 1433H
    20 hours ago · 

  • Annuar Khai Salam 'Aidil Fithri, Minal 'Aidil Wal Fa'izeen
    18 hours ago ·  · 1

    AGAR TAMAN-TAMAN SYURGA KITA MILIKI AAMIIN

    Ketupat rendang makanan melayu,
    Dihidangkan di pagi Syawal;
    Moga persahabatan tak pernah layu,
    Bermaaf-maafan di pagi Syawal.

    Indah berseri di pagi raya,
    Sanak saudara kunjung mengunjung;
    Jika ada salah dan silap saya,
    Harap maafkan duhai sahabat yang disanjung.

    Bermaaf-maafan amalan yang mulia,
    Lupakan segala kekhilafan yang ada;
    Allah suka amalan yang mulia,
    Wajah berseri bak bulan purnama.

    Budi bahasa budaya melayu,
    Berkata indah seindah bahasa;
    Beradap sopan bahasa melayu,
    Menjadi kebanggaan pejuang bahasa.

    Jangan malu berbahasa melayu,
    Kerana itu bahasa moyang kita;
    Marilah kita memartabatkan bahasa melayu,
    Agar tak kecewa anak cucu kita.

    Hidup biarlah berbudi,
    Kerana kita akan tinggalkan dunia ini;
    Budi disemai bukan untuk dibanggai,
    Tanda kita pernah hidup di dunia ini.

    Jadi apa nak dikisahkan hidup ini,
    Kerana hidup setetes cuma;
    Asalkan tenang roh dan jasad ini,
    Apabila bertemu Ilahi yang tercinta.

    Marilah kita sama-sama muhasabah diri,
    Merebut peluang sementara nafas masih ada;
    Jangan dengki mendengki sesama sendiri
    Kerana itu akan memakan amalan kita.

    Kaya macam mana pun mati.
    Miskin macam mana pun mati;
    Cantik macam mana pun mati,
    Semuanya akan pasti mati.

    Yang kaya mati tinggalkan harta,
    Yang miskin mati tak ada apa-apa;
    Dah mati yang cantik dah tak ada apa,
    Yang dibawa ke kubur amalan juga.

    Jadi apa nak dikisahkan dengan harta,
    Jadi apa nak dikesahkan dengan kemiskinan;
    Jadi apa nak dikesahkan dengan cantik yang ada,
    Semuanya bernilai jika ada keinsafan dalaman.

    Dah mati nak menyesal tak berguna,
    Nak tebus kematian dengan harta dah terlambat;
    Makanya tempuhlah juga dengan gundah gulana,
    Apa nak buat semuanya sudah terlewat.

    Menangis sepenuh bumi kerana penyesalan,
    Mahu Allah kembalikan ke bumi semula;
    Asalkan dapat beramal sebagai bekalan,
    Sudah terlambat tiada peluang kedua.

    Takutnya jika itu terjadi kepada kita semua,
    Biarlah kita menangis merayu-rayu tika di dunia ini;
    Pasti Allah dengari rayuan kita,
    Kerana nyawa belum sampai di kerongkong ini.

    Bahagianya jika kita semua dapat muhasabah diri,
    Saling ingat mengingati di hari kematian;
    Alam barzah tiada sahabat sejati,
    Yang ada amalan peneman kesepian.

    Tika hidup kita mulia,
    Mulia pada pandangan Ilahi;
    Mulia pada pandangan manusia tiada erti,
    Kerana mati amalan juga yang dibawa pergi.

    Kubur adalah tempat persinggahan kita,
    Berihat di Taman-Taman Syurga;
    Seksa menyesakan azab neraka,
    Makanya kita sendiri yang membuat pilihannya.

    Pastinya semua mahu ke Taman-Taman Syurga,
    Pastinya kita mahu berubah dari sekarang ini;
    Merebut peluang sebanyak-banyaknya,
    Agar Taman-Taman Syurga kita miliki.

    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    14 Ogos 2012
    25 Ramadan 1433H
     ·  ·

    Selamat Menyambut Aidilfitri..
    Maaf Zahir & Batin..

    Sempena Menyambut Syawal yang mulia ini, LD menyeru sahabat2 semua marilah bersatu untuk mengangkat negara ke puncak yang lebih tinggi dan menempatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat..

    Salam 1Malaysia.. Salam Perjuangan..

     ·  · 


  • ..2

  • Doody Baker Kemaafan sentiasa ada selagi nyawa d kandung badan.D mnatu sahabat?
    17 hours ago via mobile ·  · 1

  • Kerana dah sampai juleng mato den dah maafkan
    hehehe

selamat hari raya sume... terime le pantun raya hentam saja nih...

hari raya jgn main mercun,
bawak kereta hati hati,
pakai baju raya cun melecun,
jangan bantai ketupat sampai xleh berdiri.

selamat hari raya maaf zahir dan batin.. kalo ade bran jwap le pantun nih :p kikikiki
 ·  ·
  • like this.

    • Pakai baju raya cun melecun,
      makan ketupat bersama rendang;
      salah dan silap harap maafkan,
      buang yang keruh hilangkan yang meradang.

      hehehehe dah jawab ok

...BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHIM...

Firman ALLAH, Surah: Al A'raf. Ayat: 27.

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibubapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya KAMI telah mnejadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak berIman.

SHODAQALLAHUL'AZHIEIM...

"ALHAMDULILLAH'HIROBBILALAMIN"

"BerSyukur Kepada ALLOH, Kerana Masih Lagi Diberi Kesempatan Dan Kesihatan Kepada Kita Serta Masih MengIzinkan Kita Untuk Saling Bersua Kembali, Walaupun Hanyalah Sekadar Disini, Dan Semoga Hari Ini Menjadi Penyebab, Untuk ALLOH Bangkitkan Kita Dari Lena Yang Panjang, Serta Menyentuh Hati Kita Agar Kita Sedar, Sebenarnya Untuk Apa Kita Disini...???"

Zikir Hari Rabu:
ASTARGHFIRULLAHAL AZIIM

(Semoga ALLOH Membimbing Hati-Hati Kita, Dan Sentiasa Memberi KeKuatan Serta KeRahmatan dari NYA Untuk Kita Semua, DiBulan Ramadhan Yang Penuh KeBerkatan Dan KeMuliaan ini...)

InsyaALLOH! Biiz'NILLAH!
Aamiin Yaa Robbal'alamiin!

~akuBukanSiapa2~
 ·  ·

    • PANTUN MUHASABAH DIRI SENDIRI

      Tidurku lena yang panjang;
      Terkeduku bila terjaga dari lena;
      Aku menyesal memanjang,
      Alam barzah menantiku dari lena.

      Aku ketakutan pabila jaga dari lena,
      Air mata penyesalan sudah tiada erti;
      Lenaku di dunia membawaku ke sini,
      Alam barzah yang sedia menanti.

      Datang ke sini tanpa bekalan,
      Aku menyesal terlepas peluang;
      Peluang yang diberiNya kubiarkan,
      Matilah aku dalam bekalan yang kosong.

      Tuhan hidupkan aku ke dunia semula,
      Mahuku berbuat segala amalan;
      Berbuat baik pada Allah jua manusia,
      Agar dapat kutebus segala penyesalan.

      Tapi apakan daya nasibku malang,
      Aku yang menempah nasibku begini;
      Bukan Allah tidak memberiku peluang,
      Ketika hidup aku orang yang rugi.

      Menyesal aku sendiri,
      Merana aku sendiri;
      Kini aku menyendiri,
      Alam barzah meranaku sendiri.

      Oh! Tuhan di pagi yang mulia dan penuh berkat ini
      Kau masih memberi aku peluang untuk aku merebut segala
      peluang amalan sebagai bekalan ke alam barzah.
      Dengan Belas-EhsanMu Tanpa Batas Kau Limpahkan
      Sinar Nur Hidayah KasihMu padaku hingga ke nafas terakhirku agar aku dapat membawa bekalan yang Kau Redhai.
      Amin Ya Rabbal ALamin.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      26 Ramadan 1433H
      15 Ogos 2012
      about a minute ago · 


      Salam 'Aidil Fithri, Minal 'Aidil Wal Fa'izeen buat semua sahabat MELAYU ISLAM BERSATU..

       ·  ·


      (PETIKAN DARIPADA GRUP MELAYU ISLAM BERSATU)
      15 Ogos 2012
      26 Ramadan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;