SAYANGKU SAYANGMU - (420) WARKAH UNTUK SAHABAT PUTRI RIMBA NIAGARA, IRMA SRI KABULATIRIN
WARKAH UNTUK SAHABAT PUTRI RIMBA IRMA SRI KABULITIRIN
Kerana kita aneh irma Makanya kita diketemukan Di laman rimba niagara ini Nasib baik si kunte si kunte Faham belikan aku Laptop Yang kelakarnya dia kata apa Tuan putri kena canggih sikit Kena tahu apa yang berlaku di alam Manusia Tuan Putri Gimana caranya mahu tahu alam mereka Kami belikan Tuan Putri Alat yang canggih agar Tuan Putri Tahu dan mengenali manusia di luar sana Manalah hamba tahu menggunakan ini semua kunta kunte Tak apa kami ajarkan Tuan Putri sampai faham.... Peliknya gimana kamu dapat uang dan mempelajarinya? Itu Tuan Putri jangan tanya Tapi yang belikan dan ajarkan kami Peminat ukiran daunan kasih Tuan Putri.... Peminat ukiran daunan kasih hamba? Siapa dia? Bilang sama hamba... Tak perlulah Tuan Putri tahu... Tuan Putri meminati karya tak semestinya meminati Tuan Putri janganlah perasan ye... Hee kamu ini buat hamba malu je.... Gurau aje pun tak boleh ke tuan Putri sayang....mari sini hamba ajarkan Tuan Putri
Begitulah ceritanya irma gimana aku boleh mengenali dunia maya ini Mereka kata senang tuan putri nak siarkan karya tuan putri di alam maya Dan tuan putri boleh mencari rakan yang seratus peratus menyokong Dunia karya Tuan Putri....
Sebab itu irma kau tak boleh takut dengan si kunta si kunte aku... Tika aku membaca warkahmu...aku menangis Si kunta si kunte pun menangis Kalau rumahmu berdekatan dengan istana rimbaku Boleh kami menemanimu di kala kau derita Boleh si Kunta si Kunte Memicit kepalamu bila sakit Tapi masalahnya kau pasti tak mahu Maklumlah tangannya berbulu irma Kau pejam je kan mata Asalkan si kunta si kunte tak kecil hati Kerana mereka ini bila-bila masa suka berbakti Kepada kawan-kawan yang kusayang....
Yang bestnya kau pasti gembira apabila mereka Buat persembahan tarian rimba di hadapanmu Pasti kau akan tergelak habis... Tapi sebelum kau saksikan persembahan mereka Pastikan gigi palsumu digam betul-betul Kalau tak terpelanting nanti irma.... Hehehehe salam ceria dariku irmaku sayang Moga ceritaku ini dapat menceriakan hidupmu irmaku sayang....
Dengan ingatan tulus ikhlas, Sahabatmu Putri Rimba Niagara 1 Julai 2012
JANGAN TAKUT PADA SI KUNTA SI KUNTE
Duhai Irmaku sayang... Janganlah kau takut Dengan si Kunta si Kunte aku... Tanpanya aku tak seceria ini Tanpanya aku sudah lama Hangus dilecur oleh lautan asid mengganas! Yang mahu aku mati di muka bumi ini Yang mahu menghapuskan aku di muka bumi ini Walaupun kemahuan mereka begitu untuk memusnahkan aku Tapi Tuhan masih mahu aku teruskan hidup Untuk menyebarluaskaan kasih sayang sesama kerana-Nya Dihadirkan si Kunta si Kunte Untuk menyelamatkan aku Insya-Allah berkat hatinya yang mulia Sentiasa ingin aku ceria dan melupakan Segala duka lara perbuatan mereka padaku Aku kini bahagia bersama si Kuna si Kunte Yang selalu ambil tahu Akan diriku Dan mereka suka sangat aku berkarya Setiap hari hidupku teruja dengan dunia karya Gara-gara sokongan mereka yang tak pernah putus padaku Irma ... Si kunta si kunte pun sudah mengenalimu irma Mereka bilang setiap rakan yang setulusnya menyayangiku kerana-Nya Mereka pasti suka dan sayang sebagaimana aku sayang pada rakanku Makanya janganlah kau takut pada si kunta si kunte irma.... Kalo kau datang ke istana rimba ini Pasti kau akan lupa segala derita laramu Kerana di sini semua bahasa-bahasa kasih sayang dari Syurga Sehingga aku rasakan hidup di alam Syurga irma... Ahhh! Indah...indah...! Sesangat! Hatiku tak pernah dilukai ... Makanya jika mereka tahu ada di luar sana Yang cuba dan sengaja untuk menyakitkan hati ku Katanya tinggalkan saja mereka itu tuan puteri Mereka akan membawa virus membahaya dan akan membunuh Bahasa-bahasa nan indah ini... Aku pun pelik bagaimana mereka tahu hatiku disakiti Rupanya jika aku berpuisi menggunakan bahasa yang tak indah Pasti hatiku dikala itu sedang disakiti dan dilukai dengan sengaja oleh Mereka yang khianat denganku Yang aku peliknya aku tak pun kenal mereka Apa tah lagi berjumpa di alam realiti Kenapa sekadar berjumpa secara tak langsung di laman maya Boleh sakiti hati aku Memang aku pelik dan aku tak boleh terima sama sekali Tapi kerana aku percayakan hari akhirat Makanya apa jua umpat nista dan cemburu mereka padaku Aku sudah maafkan Kerana apa irma.... Berkat aku memaafkan mereka Tuhan membalas Rahmat kasih-Nya padaku irma... Makanya sampai kapanpun aku minta maaf Sampai kapan pun aku memaafkan mereka Semuanya kerana cintakan-Nya Sehingga akhir hayatku....
Sahabatmu, Rabeah Mohd Ali Malaysia 1 Julai 2012 5 hours ago · Like · 1
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & IRMA SRI KABULATIRIN 1 Julai 2012 (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA) 14 Ogos 2012 25 Ramadan 1433H
0 comments:
Post a Comment