Thursday, 16 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU (448) - IZINKAN AKU TIUPKAN OBOR API PERJUANGANMU!




Tengku Shawal Tengku Aziz shared Neng Aya's photo.
38 minutes ago · 
  • TAHU TAKPE......BUAT TAK TAHU ATAU TAK MAHU BERITAHU....????
    Kita semua, di manapun di dunia ini...
    hidup di zaman pembangunan bangsa-bangsa yg bergejolak nasionalisme

    menutup mata akan kenyataan ini adalah membuta terha...
     ·  ·  · 
    • You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 3 others like this.
      • DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH-NYA

        Sejarah tetap sejarah
        Darah yang mengalir adalah darah keturunan diRaja
        Tak akan hilang
        Itulah sejarah yang tak akan terpadam
        Yang diwarisi hingga ke anak cucu
        Telah tercatat sejak Azali Tuhan menaikkan darjat hamba-Nya
        Segala-Nya dengan izin-Nya
        Biarpun berdarah diRaja
        Kekuasaan yang diberi bukanlah untuk
        Pakaian kebanggaan sebagai diRaja
        Tapi adalah memikul tanggungjawab kepada
        Rakyat dan akan dipertanggungjawabkan
        Raja yang disayangi rakyat
        Adalah Raja yang berjiwa hamba
        Hamba kepada Tuhan
        Kerana DIA lah Raja Segala Raja
        Raja Yang Berkuasa Di Dunia
        Raja Yang Berkuasa Di Akhirat
        Yang Memiliki Segala Kerajaan Alam Semesta
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Semoga semua yang DiKurniakan-Nya
        Darjat Di-Raja di bumi ini
        Menjadi Raja kepada rakyat jelata
        Yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat
        Memerintah dengan adil dan saksama
        Agar dapat mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya
        Maka jadilah sebuah negara yang
        Aman damai sejahtera selamanya
        Di Bawah Lindungan Rahmat Kasih Dari-Nya
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        7 Ramadhan 1433H
        27 Julai 2012
        July 27 at 5:21am ·
        27 minutes ago ·  · 1
      • BUNG KARNO PEJUANG KEAMANAN RAKYAT INDONESIA

        Duhai Bung Karno...
        Kau pejuang rakyat sejati
        Kau rela derita demi rakyat Indonesia
        Hidupmu adalah perjuangan
        Tiada hari tanpa perjuangan
        Kau kata...
        Berikan aku 1 pemuda
        Niscaya akan kuguncangkan dunia!

        Kau kata lagi...
        Biarpun aku seorang presiden
        Rakyat tetap berkuasa menentukan
        Siapa pemimpin yang layak untuk mereka naungi

        Kau kata lagi...
        Jangan pernah malu berbuat kebaikan
        Kerna kemajuan tidak akan dicapai!

        Kau kata lagi...
        Bangsa yang besar
        Adalah bangsa yang menghormati jasa pahlawannya

        Kau kata lagi...
        Kau lebih mudah mengusir penjajah
        Tapi akan menjadi sulit jika bangsamu sendiri melawan

        Jika mahu kekal merdeka
        Mesti percaya dengan kekuataan bangsanya sendiri

        Kita belum hidup dalam bulan purnama
        Kerana banyaknya pancaroba
        Tapi tetaplah bersemangat elang rajawali

        Selama masih ada ratap tangis di gubuk-gubuk pekerjaan kita selesai !
        Berjuanglah terus dengan mengucurkan sebanyak-banyak keringat.

        Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu merobah nasibnya”

        Janganlah melihat ke masa depan dengan mata buta!
        Tapi pandanglah dengan mata hati demi pada masa akan datang.

        Kenapa kita masih tidak mempercayai bangsa sendiri?
        Tidak mempercayai satu sama lain!
        Pada hal kita adalah berasal
        Rakyat Gotong Royong

        Putra dan putri Indonesia
        Adalah dua sayap Garuda Indonesia
        Jika dua sayap sama kuat
        Maka terbanglah Garuda
        Sampai ke puncak yang setinggi-tingginya
        Jika patah satu daripada dua sayap Garuda itu
        Maka tidak akan dapatlah terbang Garuda itu sama sekali !

        Makanya ...
        Demi Indonesia
        Putra putri Indonesia
        Harus bersemangat waja menerbangkan
        Sayap Garuda
        Agar bisa terbang setinggi-tingginya
        Hingga mencapai bintang
        Untuk dihadiahkan kepada rakyat Indonesia
        Dan diwariskan bintang itu
        Kepada anak cucu Indonesia
        Dan bergemerlapanlah bintang itu
        Selagi ada bulan dan matahari!

        Makanya bangunlah bangsa Indonesia ku
        Sama-sama memperkokohkan kedua sayap Garuda
        Untuk mencapai bintang
        Demi sebuah senyuman kehidupan
        Seluruh rakyat Indonesia tercinta!

        Bangunlah satu dunia!
        Di mana semua bangsa hidup
        Dalam damai dan persaudaraan!

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 April 2012
        (UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG RAKYAT INDONESIA YANG TERCINTA)
        (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012)
        24 minutes ago ·  · 1
      • Tengku Shawal Tengku Aziz JANGAN LUPA SEJARAH....JANGAN LUPA DIJAJAH....JANGAN LUPA DIJARAH....JANGAN LUPA AKU MASIH BERDARAH....PENDUDUK ASAL....I CAN FORGIVE BUT I CANNOT FORGET....!!!!
        23 minutes ago ·  · 1
      • SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!

        SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA
        SEKALUNG TAHNIAH BUATMU
        MERAH PUTIH SENTIASA BERKIBAR MEGAH
        SEMEGAH RAKYAT INDONESIA
        SEMEGAH IBU PERTIWIMU

        SETIAP 17 AGUSTUS KAU SENTIASA
        DIRAIKAN OLEH SELURUH RAKYAT INDONESIA
        PENUH BANGGA
        PENUH MEGAH
        MENYANJUNGIMU MENYAYANGIMU
        KERANA MEMILIKIMU BUKANLAH MUDAH!
        DARAH PARA KSATRIA
        SEBATI DIBUMI
        TUK PERTAHANKAN IBU PERTIWI
        NYAWA JADI TARUHAN
        KERANA KEBERANIAN
        PARA KSATRIA
        RELA MATI DI MEDAN JUANG
        MERAIH KEMERDEKAAN TUK INDONESIA
        MAKANYA INDONESIA
        AKAN TERUS MERDEKA
        DALAM ARTI KATA YANG SEBENAR-BENARNYA
        MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT DAN IBU PERTIWI
        TAK AKAN ADA PENYELEWENGAN CINTA
        PADA IBU PERTIWI
        KERANA SEGALA PENGORBANAN KSATRIA
        AKAN MENJADI SIA-SIA
        MAKANYA INDONESIA HARUS BERSATU
        BAGI MEMPERTAHANKAN BUMI BERTUAH
        INDONESIA DARIPADA DIJAJAH SEMULA
        KERANA KEMERDEKAAN INDONESIA
        ADALAH HADIAH DARI TETESAN DARAH KSATRIA
        UNTUK ANAK BANGSA DAN IBU PERTIWI INDONESIA!

        BERKIBARLAH! BERKIBARLAH MERAH PUTIH
        DENGAN PENUH RASA MEGAH DAN BANGGA

        GARUDA DI ANGKASA RAYA BERTERBANGAN
        SAMBIL MENGIBARKAN MERAH PUTIH
        LAMBANG KEMEGAHAN INDONESIA

        MERAH PUTIH AKAN SENTIASA BERKIBAR MEGAH
        DIKIBARKAN OLEH SEMUA RAKYAT INDONESIA
        YANG CINTAKAN INDONESIA
        LAMBANG CINTANYA PADA INDONESIA
        DAN TANDA MENGHARGAI JASA PARA KSATRIA
        YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG!

        'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
        'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
        'DAN NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
        'INI HADIAHKU UNTUK GENERASI MASA HADAPAN'

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        17 Agustus 2012
        28 Ramadan 1433H
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA
        SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-67 PADA 17 AGUSTUS 2012)
        Like · ·
        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA GARIJITO GONDOKUSUMO, SRI PRABU BUMI KUSUMA & WALL DEN MAT MANGKUBUMI & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
        17 Ogos 2012
        17 Agustus 2012
        28 Ramadan 1433H
        23 minutes ago ·  · 1
      • Raden Muhamad Amin Raden Mas Sosro Soekarno (Bung Karno) Jayalah Cita-citanya
        22 minutes ago ·  · 2
      • AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM
        CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU

        Aku bukan ahli sejarah
        Tapi aku peminat sejarah
        Aku mahu menghargai sejarah
        Dengan caraku sendiri
        Aku ingin mengolah sejarah
        Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
        Cara baru untuk mempopularkan sejarah
        Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
        Agar mereka menghargai
        Sejarah moyang mereka
        Yang bersusah payah
        Memerdekakan negara tercinta
        Agar anak cucu dapat menumpang teduh
        Dengan aman sejahtera
        Tanpa ada permusuhan
        Yang akan membuatkan
        Negara moyangku dijajah semula
        Aku tak mahu sampainya jadi begitu
        Makanya
        Kurela
        Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
        Pena untukku menulis
        Dengan air mata dan darah
        Dan takkan kuhiraukan lagi
        Segala penghinaan mereka ke aku
        Kerana aku berpena bukan
        Untuk dipandang mereka
        Aku menulis
        Demi pandangan dari-Nya
        Demi anak cucu rumpun Melayu

        Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
        Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
        Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
        Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
        Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
        Sehingga terhenti nafas
        Terhentilah pena

        Karya Putri Rimba Niagara
        13 Ogos 2012
        PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
        31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
        13 Ogos 2012
        24 Ramadan 1433H
        21 minutes ago · 
      • Tengku Shawal Tengku Aziz JANGAN LUPA KITA KEHILANGAN SATU PULAU....KATA BUNG KARNO....
        20 minutes ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali ADAKAH PULAU TEMASEK?
        19 minutes ago ·  · 1
      • APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA

        Duhai Pendekar Temasek...
        Pendekar melayu yang disanjungi
        Sejarah tetap sejarah
        Sejarah tak boleh nak diubah
        Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya
        Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya
        Makanya siapkan strategi rapatkan barisan
        Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi
        Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan
        Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak
        Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah
        Seperti menarik benang dalam tepung
        Sebagaimana yang dilakukan oleh
        Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia

        Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi
        Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu
        Di Singapura kerajaan Singapura berjaya diperintah
        Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan
        Rumpun Melayu Nusantara...Waallahualam.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        17 Ogos 2012
        28 Ramadan 1433H
        17 minutes ago ·  · 1
      • Tengku Shawal Tengku Aziz InsyaAllah....Amin....
        14 minutes ago ·  · 2
      • MENGABDI PADA SESAMA UNTUK MENCAPAI HABUL MINALLAH
        AL- FATEHA AMIEN YA ROB

        Garjito Gondokusumo

        SALAM.Sahabatku. Rabeah mohd.ali. ku haturkankan kata Di hari yg Bersejarah Bagimu dan bagi alam ini Dgn kelahiran seorang Yang sangat inovative dan revolusioner...Selamat Berulang tahun sukses dan sehat wal alfiat dgn Berkah dari Allah swt. Terus,terus,terus berjuang utk Khitoh Manusia sejati..Mengabdi pada sesama untuk Mencapai Habul minalallah...Alfateha...Amien ya rob...
        Like · · See Friendship · 22 hours ago ·

        DEMI KASIHKU PADA NEGARAMU
        GARIJITO GONDOKUSUMO

        Aamiin moga Allah Azzawajallah makbulkan doa ikhlasmu untukku

        Bersahabat denganmu
        Bagaikan mimpi di alam fantasi
        Mana mungkin kau di benua sana
        Menjadi rakan alam mayaku
        Malah menjadi rakan seperjuanganku
        Kau selalu mendorong semangat revolusioner
        Agar aku terus berjuang dan berjuang
        Biarpun tsunami datang membadai
        Kau meyakinkan aku
        Apa maknanya persahabatan
        Di kala aku sudah
        Sangsi dengan persahabatan suci
        Dan aku lupakan arti persahabatan sangsi
        Mungkin ada sebab tersendiri
        Kenapa ada kesangsian dalam persahabatan
        Tapi bagaimanapun sangsi persahabatan itu
        Aku mahu bersangka baik
        Pasti ada hikmahnya
        Bertemu dan berpisah kerana-Nya
        Jika kita faham falsafah itu
        Pasti akan tenang jiwa kita
        Tanpa mempersoalkan
        Biarpun tak berkekalan di alam maya
        Moga kasih persahabatan terpatri Di Syurga Aamminn

        Sahabatku Garijio Gondokusumo...
        Hati ini terlalu terharu
        Pabila mengenangkan perjuanganmu
        Mengabdikan diri untuk rakyat negaramu
        Kau lupakan kepentinganmu
        Kau korbankan kehidupanmu untuk rakyat
        Sedangkan hidupmu sengsara hanya DIA yang tahu
        Kebahagiaan untukmu bukan matlamat hidupmu
        Yang ada di hatimu
        Kesejahteraan rakyat
        Kesejahteraan anak cucu
        Murni perjuanganmu
        Andai kata ku mampu
        Kan kubantu perjuangan sucimu itu
        Insya-Allah Aamiin
        Cuma yang dapat ku bantu
        Melayangkan puisi-puisi karyaku bertemakan
        Para Pejuang yang telah
        Berjasa kepada negaramu
        Itulah cagaran cintaku
        Untuk negaramu
        Moga kau dan rakyat di benua sana
        Sudi menerima puisi-puisi yang kukarangkan
        Siapalah aku untuk mengarang puisi
        Yang hebat kerana aku
        Bukanlah anak pertiwi Indonesia
        Yang tahu sejarah nenek moyang mereka
        Tapi demi kasihku pada negaramu
        Itulah semampu daya yang kukarangkan
        Jika ada ketidak sempurnaan pada
        Puisi yang kukarangkan maafkan aku
        Duhai rakyat Indonesia yang kukasihi

        Moga persahabatan di antara dua benua ini
        Maka terjalinlah juga persahabatan di antara dua negara
        Yang saling bekerjasama dalam ikatan ukhuwah
        Rumpun Melayu Nusantara
        Abadi selama-Nya
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

        RATU RIMBA NIAGARA
        ISTANA RIMBA NIAGARA
        MALAYSIA/INDONESIA
        13 Ogos 2012
        24 Ramadan 1433H
        18 hours ago · Like · 1
        (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
        13 Ogos 2012
        24 Ramadan 1433H
        Like · ·
        likes this.

        Garjito Gondokusumo Salam. Rabeah mohd.Ali. Sahabatku. sangat mengagumi dalam bergurindam,berpantun,berekpresi. Dgn ke indahan pikir dan kemurnian nurani. yg luar biasa. Menyalakan Api semangat dan keharuan. Walau ada mengena jiwa dan rasaku..dengan detak,deti k. kerinduan aku meneteskan air mata haru...ttg seorang Sahabat..dikala sulit dan senang dia berada. Dgn tulus ikhlas selalu mendampinggiku...ranaku bukan ranamu tp jiwaku adalah jiwamu satu dalam tujuan mencapai Keadilan sejahteraan jiwa serta ragawi. mawujud...
        about an hour ago via mobile ·
        12 minutes ago ·  · 1
      • WANGIAN CINTAMU YANG TAK PERNAH PADAM

        Kamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan cinta
        Wangian cintamu yang tak pernah padam
        Kesudianmu untuk membalas kasihku biarpun sekadar
        Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
        Terkedu dalam sendu.

        Keceriaanmu bersama teman-temanmu
        membuatkan aku cemburu
        dan aku mahu untuk bersama mereka
        menikmati keceriaan hidupmu yang selama
        ini mendung dilitupi awan kelabu.

        Syukur padaNya
        Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
        menyerikan taman cinta suci
        Biarpun kemarau panjang
        Kau tetap bertahan
        Menanti hujan turun
        Menyegarkan suasana taman cinta tandus.

        Wangian cintamu
        Duhai sahabatku
        dapat kuhidu dari sini
        Walaupun kita
        berlainan benua.

        Ketahuilah sahabatku
        Ku di sini menanti
        Setiap bulan purnama
        Untuk menerima balasan senyumanmu
        Pengubat rinduku
        Kasih terbalas sudah
        Aku amat mensyukurinya
        Terima kasih sahabatku
        Kerana sudi membalas talisiraturrahim ini
        Biarpun berlainan benua
        Berkongsi bulan purnama.

        Kupandang bulan purnama
        Pasti kuterima
        Balasan senyumanmu
        Setulus kasihmu padaku.

        Karya:Ratu Rimba Niagara
        15 Ogos 2012
        26 Ramadan 1433H
        20 minutes ago · Like

        WANGIAN PENGABDIANMU SEWANGI WANGIAN SYURGA AAMIIN

        Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
        Kepada semua para ksatria nun...di benua sana...
        Moga teamwork yang solid molid
        DiPermudahkan segala urusan
        Dan berjaya melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Pengabdian yang indah
        Indah di dunia seindah Syurga Aamiin
        Wangian pengabdianmu sewangi wangian Syurga
        Yang dapat menembusi 7 petala langit dan 7 petala bumi Aamiin.

        Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
        Putri Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara
        26 Ramadhan 1433H
        15 Ogos 2012
        16 minutes ago · Like

        APA KABARMU KESATRIAKU

        Apa kabarmu duhai ksatriaku di benua sana?
        Apa perkembangan perjuanganmu ye...
        Ada baik ke...
        Atau bergerhana?
        Kalau bergerhana
        Ku doakan moga Allah SWT
        Mendatangkan pelangi untuk mengindahkan
        Apa yang kau perjuangankan duhai ksatriaku
        Jiwa dan semangatmu untuk membela ibu pertiwimu
        Amat kukagumi dan kusanjungi
        Kaulah moyang
        Yang menjadi kebanggaan anak cucu Se-Nusantara
        Kerana baktimu pada ibu pertiwi
        Sentiasa mewangi sewangi haruman Syurga
        SUBHANALLAH ALHALDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        26 Ramadan 1433H
        15 Ogos 2012
        15 minutes ago · Like
        11 minutes ago ·  · 1
      •  PAHLAWAN SYAHID

        Sabarlah ksatriaku...
        Selagi semangatku ada
        Akan kutiupkan api perjuanganmu
        Agar tak pernah padam Insya-Allah Aamin

        Jangan kau mudah mengalah
        Selagi jantungmu berdetak!
        Pantang anak jantan berundur
        Di medan perjuangan!

        Di bulan Ramadhan inilah
        Untuk melipat gandakan usahamu
        Kerana para pejuang fisabilillah
        Berjuang di medan perang
        Demi Agama Bangsa dan Tanahair

        Maka bersabarlah ksatria fisabilillahku
        Biarpun pahit getir yang kau alami
        Akan dibalas dengan kemenangan
        Di dunia sebagai pahlawan Syahid
        Di akhirat Kekasih-Nya
        Dengan balasan Syurga
        Rezeki yang diberi tanpa putus
        Di samping dikelilingi dengan bidadari Syurga
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

        Aku di sini mendoakan agar Allah SWT
        Sentiasa memberi kekuatandan ketabahan hati padamu
        Duhai ksatriaku yang setiasa kusanjungi baktimu pada ibu pertiwimu

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        26 Ramadhan 1433H
        15 Ogos 2012
        14 minutes ago · Like

        CINTA NAK CUCU PADA KSATRIA TERBALAS JUA

        Duhai kanda ksatriaku
        Nun berada di negeri rakyat jelata
        Mengabdikan diri untuk rakyat
        Di jiwamu yang ada
        Rakyat...rakyat...rakyat...
        Rakyat yang kanda pentingkan
        Pagi petang siang dan malam
        Urat sarafmu tenagamu pemikiranmu
        Adalah untuk rakyat
        Hidupmu didambakan pada
        Kepentingan rakyat
        Kepentinganmu kanda lupakan
        Bagimu apalah ada kebahagiaan sendiri
        Sedangkan rakyat derita menjalani kehidupan
        Tak akan kanda biarkan rakyat derita
        Akan kanda bela sehabis daya ...sehabis mampu
        Kanda mengabdikan diri untuk rakyat
        Bersama rakan ksatria yang lain
        Kanda perjuangkan hak rakyat
        Nyawa jadi taruhan
        Biarpun musuh durjana
        Ada di mana-mana
        Tapi anak busur saktimu
        Akan sentiasa siap bersedia untuk
        Di tujukan pada sasaran
        Sebagai menepis
        Kedurjanaan musuh durjana
        Maka setiap langkah ksatriamu
        Adalah langkah dinda juga
        Walaupun dinda tiada di sisi kanda
        Dinda selalu mendoakan
        Segala niat suci kanda berjaya
        Dan segala pengorbanan kanda
        Dibalas-Nya dengan syahid
        Dibalas-Nya dengan cinta bidadari
        Yang menunggumu di Syurgawi

        Tika bulan purnama indah mengambang
        Anak cucu melambai-lambaikan tangan
        Tanda rindu mereka padamu bersama bidadarimu
        Dan kanda tersenyum penuh syahdu penuh syukur
        Perjuanganmu diteruskan oleh generasi Rumpun Melayu Nusantara
        Dalam menjalani kehidupan yang bahagia
        Di bumi ibu pertiwi tanpa ada musuh durjana
        Ibu pertiwi senyum menyaksikan
        Cinta anak cucu pada ksatria terbalas jua
        Purnama di malam itu
        Begitu indah
        Diserikan dengan bintang-bintang bergemerlapan dan berpelangi
        Seakan berpesta di kanvas langit malam
        Berpadu cahaya bulan bintang dan pelangi
        Berpadu pula cahaya Nur Iman di kalbu penghuni bumi
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        Indahnya di kala itu
        Hanya yang mengerti memahami penuh keimanan

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        15 Ogos 2012
        26 Ramadan 1433H
        10 minutes ago ·  · 1
      • GURINDAM SEORANG KSATRIA BERJIWA RAKYAT

        BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYORGA-MU

        Subhanallah
        sejuk perut ibumu
        mengandungkanmu
        melahirkanmu
        membesarkanmu
        mendidikmu
        dengan ilmu dunia
        jua ilmu akhirat
        kau menjadi
        anak yang soleh

        Alhamdulillah
        Syukur pada-Nya
        kerana dikurniakan
        seorang anak
        yang berjiwa ksatria
        sanggup berkorban
        demi rakyatnya
        suka duka bersama
        derita rakyat
        air mata rakyat
        pemasalahan rakyat Nusantara
        ingin dikongsi bersama
        lalu difikir
        diselesaikan dengan
        semampu mungkin
        sekodrat pemikiran
        diperah habis
        peluh setitik
        tidak dipersiakan
        karena terlalu
        amat berharga
        untuk rakyat tersayang
        untuk Nusantara tercinta
        maka bergemalah
        lagu KUSAYANG NUSANTARA
        'Kusayaang Rakyatku Demi-Nya'
        di setiap pelosok daerah
        di bawah pimpinanmu
        dan disahut penuh gemuruh
        lagu rakyat untukmu
        'Ksatriaku Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
        Dan siapa yang mendengar
        pasti mengharu-birukan kalbu
        lalu menangislah
        ksatria kesayangan rakyat itu
        bersama-sama dengan rakyatnya
        lalu mengundang Rahmat
        Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
        Suasana sepi seketika
        Bertafakur dalam kesyukuran pada-Nya

        Allahu Akhbar
        Dengan Kebesaran-Mu Tuhan
        Kau Kurniakan seorang ksatria
        Berjiwa Rakyat
        Kami Syukuri Dalam Sujud!

        Kami sayang ksatria kami
        Hadirnya kami hargainya
        Perginya kami iringi doa restu-Mu
        Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
        Dengan Syorga-Mu
        Dan kami ingin bersamanya di Syorga juga
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya: Ratu Rimba Niagara
        15 Ogos 2012
        26 Ramadan 1433H
        9 minutes ago · Like

        BIARKAN KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU

        Benang-benang emas itu nggak sakit
        Kerana benang emas mu itu adalah sakti
        Benang emas saktimu itu melafazkan padaku,
        "Biarkan Kujahit Lukamu Dengan Benang Cintaku,"
        Salam sastra dariku untukmu yang sentiasa tersanjung di hati...
        Selamat Berkarya....

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        26 Julai 2012
        6 Ramadhan 1433H

        KAU DAN AKU DITEMUKAN BUKAN UNTUK BERPISAH

        Dari dulu hingga kini kuhargai pertemuan dua hati ..
        Biarpun pernah retak tapi dilupakan kerana
        Kau dan aku ditemukan bukan untuk berpisah
        Tapi untuk sama-sama kekal berpuisi nan
        indah-indah seindah bunga-bunga Syurga menyerikan
        Tasik Syurga Yang sememang-Nya indah...

        RATU RIMBA NIAGARA
        26 Ramadhan 1433H
        15 Ogos 2012
        7 minutes ago · 
      • KAU ADALAH BAYANGAN DIRIKU

        Duhai bayang...
        Kau adalah bayangan diriku...
        Ke mana aku pergi kau tetap setia mengikutiku
        Kau tak pernah lari dariku
        Di kala aku disisihkan kau tetap setia bersamaku
        Jika aku dalam berputus asa kau tetap
        Ada bersamaku untuk memberi semangat Padaku....hinggakan ke hujung dunia pun
        Kau tetap mengekoriku...
        Setia...setia...setia...
        Kau kata bahagiaku adalah bahagiamu...
        Dan aku balas bahagiamu bahagiaku
        Kau kata lagi
        Hidup adalah berbakti
        Dalam pengabdian
        Pengabdian kepada Tuhan Pencipta kita
        Dan pengabdian kepada rakyat demi meraih kasih-Nya
        Itu bermakna kita mengabdikan diri semua-Nya kerana-Nya bukan untuk mendapat sanjungan atau apa saja habuan dunia yang kita mahu dibalas dengan Cinta-Nya itu adalah lebih berharga dari harta alam dan seisi-Nya...
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Moga pengabdianmu pengabdianku
        Diterima-Nya
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        RATU RIMBA NIAGARA
        15 Ogos 2012
        26 Ramadan 1433H
        6 minutes ago · 
      •  IZINKAN AKU TIUPKAN OBOR API PERJUANGANMU!

        Duhai ksatriaku di benua sana
        Moga jangan jemu menyokong dunia karyaku biarpun tsunami datang membadai...
        Perjuanganmu perjuanganku suci murni
        Jangan pernah ada sesekali wujud bencimu padaku
        Atas suatu hal yang remeh temeh
        Kerna adanya bencimu padaku
        Akan turut melukakan renjisan darah tintaku bila berpena
        Seolah busur saktimu itu tertusuk ke jantungku
        Aku rela mati kerana tidak tahan sakitnya
        Apabila ksatria sendiri setega itu
        Jika itu boleh membahagiakanmu
        Dengan menyepikan aku turut serta dalam perjuanganmu aku redho
        Dan biarlah penaku terus terusan merenjiskan
        Tinta-tinta dari darah dan air mata
        Buat ke semua kesatria
        Biarpun disepikan dalam dunia kesatriamu!
        Kerana bayanganmu adalah aku!

        RATU RIMBA NIAGARA
        15 Ogos 2012
        26 Ramadan 1433H
        2 sec
        (PETIKAN DRIPADA WALL GARIJIO GONDOKUSUMO & RATU RIMBA NIAGARA)
        15 Ogos 2012
        26 Ramadan 1433H
        5 minutes ago · 
(PETIKAN DARIPADA WALL TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & RATU RIMBA      NIAGARA)
17 Ogos 2012
28 Ramadan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;