Thursday, 16 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (452) - JAYALAH INDONESIAKU, JAYALAH MALAYSIAKU, JAYALAH BERUNAI DARUSALAM DALAM DAMAI PERSAHABATAN , IKATAN DARAH NUSANTARA


  • Merdeka...!!! assalamualaikum wr wb. Jelang hari kemerdekaan 17-08-20012. bertepatan dgn bulan ramadhan serta hari raya idhul fitri 1433H.dengan semangat yg masih terpatri sbg debu Revolusi 45. Merasa prihatin dgn kondisi kebangsaan yg panjang jalan sejarahnya. kita rasakan kegelisahan serta kegalaun. jauh dari apa yg di citakan para tongak pejuang Bangsa. Ketidak pastian Hukum,kebijakan pemerintah. system Kenegaraan. Antara Parlementer/presidentil. BERGERAK,BERSATU.UNTUK UUD45&PANCASILA. demi masa depan. — with Usmar Ismail and 4 others.
     ·  ·  · Wednesday at 10:57pm · 
    • You, Garjito Gondokusumo and 23 others like this.
    • 2 shares
      • Dwi Yulistyo 
        kalau bangsa ini bisa bersatu seperti semangat para pejuang pasti negri ini benar benar merdeka tapi kalau negri ini memunafikkan semangat para pejuang pasti setelah merdeka akan saling mencari keuntungan pribadi dari sebuah kemerdekaan yan
        g telah diperjuangkan...........intinya kalau kita bener2ingin merdeka kita jangan menjadi bangsa yang munafik baik munafik dalam segi kepemimpinan atau munafik dalam segi sosial yang ujung2nya mencari ketenaran dan kekayaan bagi sendiri ingat ajaran bungkarno bahwa kita diajarkan kepada sila2pancasila untuk merasakan kemerdekaan yang sesungguhnya tidak hanya sebagai azas yang dihapal dan di elu elukan tetapi yang terpenting diaplikasikan bukan diimitasikan sebagai falsafah bangsa ini........merdekaaaaaaaaa
        Yesterday at 1:29am ·


        • MENGABDI PADA SESAMA UNTUK MENCAPAI HABUL MINALLAH
          AL- FATEHA AMIEN YA ROB

          Garjito Gondokusumo

          SALAM.Sahabatku. Rabeah mohd.ali. ku haturkankan kata Di hari yg Bersejarah Bagimu dan bagi alam ini Dgn kelahiran seorang Yang sangat inovative dan revolusioner...Selamat Berulang tahun sukses dan sehat wal alfiat dgn Berkah dari Allah swt. Terus,terus,terus berjuang utk Khitoh Manusia sejati..Mengabdi pada sesama untuk Mencapai Habul minalallah...Alfateha...Amien ya rob...
          Like · · See Friendship · 22 hours ago ·

          DEMI KASIHKU PADA NEGARAMU
          GARIJITO GONDOKUSUMO

          Aamiin moga Allah Azzawajallah makbulkan doa ikhlasmu untukku

          Bersahabat denganmu
          Bagaikan mimpi di alam fantasi
          Mana mungkin kau di benua sana
          Menjadi rakan alam mayaku
          Malah menjadi rakan seperjuanganku
          Kau selalu mendorong semangat revolusioner
          Agar aku terus berjuang dan berjuang
          Biarpun tsunami datang membadai
          Kau meyakinkan aku
          Apa maknanya persahabatan
          Di kala aku sudah
          Sangsi dengan persahabatan suci
          Dan aku lupakan arti persahabatan sangsi
          Mungkin ada sebab tersendiri
          Kenapa ada kesangsian dalam persahabatan
          Tapi bagaimanapun sangsi persahabatan itu
          Aku mahu bersangka baik
          Pasti ada hikmahnya
          Bertemu dan berpisah kerana-Nya
          Jika kita faham falsafah itu
          Pasti akan tenang jiwa kita
          Tanpa mempersoalkan
          Biarpun tak berkekalan di alam maya
          Moga kasih persahabatan terpatri Di Syurga Aamminn

          Sahabatku Garijio Gondokusumo...
          Hati ini terlalu terharu
          Pabila mengenangkan perjuanganmu
          Mengabdikan diri untuk rakyat negaramu
          Kau lupakan kepentinganmu
          Kau korbankan kehidupanmu untuk rakyat
          Sedangkan hidupmu sengsara hanya DIA yang tahu
          Kebahagiaan untukmu bukan matlamat hidupmu
          Yang ada di hatimu
          Kesejahteraan rakyat
          Kesejahteraan anak cucu
          Murni perjuanganmu
          Andai kata ku mampu
          Kan kubantu perjuangan sucimu itu
          Insya-Allah Aamiin
          Cuma yang dapat ku bantu
          Melayangkan puisi-puisi karyaku bertemakan
          Para Pejuang yang telah
          Berjasa kepada negaramu
          Itulah cagaran cintaku
          Untuk negaramu
          Moga kau dan rakyat di benua sana
          Sudi menerima puisi-puisi yang kukarangkan
          Siapalah aku untuk mengarang puisi
          Yang hebat kerana aku
          Bukanlah anak pertiwi Indonesia
          Yang tahu sejarah nenek moyang mereka
          Tapi demi kasihku pada negaramu
          Itulah semampu daya yang kukarangkan
          Jika ada ketidak sempurnaan pada
          Puisi yang kukarangkan maafkan aku
          Duhai rakyat Indonesia yang kukasihi

          Moga persahabatan di antara dua benua ini
          Maka terjalinlah juga persahabatan di antara dua negara
          Yang saling bekerjasama dalam ikatan ukhuwah
          Rumpun Melayu Nusantara
          Abadi selama-Nya
          Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

          RATU RIMBA NIAGARA
          ISTANA RIMBA NIAGARA
          MALAYSIA/INDONESIA
          13 Ogos 2012
          24 Ramadan 1433H
          18 hours ago · Like · 1
          (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
          13 Ogos 2012
          24 Ramadan 1433H
           ·  · See Friendship · Tuesday at 2:38pm · 
          • Garjito Gondokusumo likes this.
            • Garjito Gondokusumo Salam. Rabeah mohd.Ali. Sahabatku. sangat mengagumi dalam bergurindam,berpantun,berekpresi. Dgn ke indahan pikir dan kemurnian nurani. yg luar biasa. Menyalakan Api semangat dan keharuan. Walau ada mengena jiwa dan rasaku..dengan detak,detik. kerinduan aku meneteskan air mata haru...ttg seorang Sahabat..dikala sulit dan senang dia berada. Dgn tulus ikhlas selalu mendampinggiku...ranaku bukan ranamu tp jiwaku adalah jiwamu satu dalam tujuan mencapai Keadilan sejahteraan jiwa serta ragawi. mawujud...
              Wednesday at 4:18pm via mobile ·

              • WANGIAN CINTAMU YANG TAK PERNAH PADAM

                Kamu membuatkan aku terpukau dengan keindahan cinta
                Wangian cintamu yang tak pernah padam
                Kesudianmu untuk membalas kasihku biarpun sekadar
                Membalas senyumanku di bulan purnama membuatkan aku
                Terkedu dalam sendu.

                Keceriaanmu bersama teman-temanmu
                membuatkan aku cemburu
                dan aku mahu untuk bersama mereka
                menikmati keceriaan hidupmu yang selama
                ini mendung dilitupi awan kelabu.

                Syukur padaNya
                Kau berjaya hidup di taman cinta tandus
                menyerikan taman cinta suci
                Biarpun kemarau panjang
                Kau tetap bertahan
                Menanti hujan turun
                Menyegarkan suasana taman cinta tandus.

                Wangian cintamu
                Duhai sahabatku
                dapat kuhidu dari sini
                Walaupun kita
                berlainan benua.

                Ketahuilah sahabatku
                Ku di sini menanti
                Setiap bulan purnama
                Untuk menerima balasan senyumanmu
                Pengubat rinduku
                Kasih terbalas sudah
                Aku amat mensyukurinya
                Terima kasih sahabatku
                Kerana sudi membalas talisiraturrahim ini
                Biarpun berlainan benua
                Berkongsi bulan purnama.

                Kupandang bulan purnama
                Pasti kuterima
                Balasan senyumanmu
                Setulus kasihmu padaku.

                Karya:Ratu Rimba Niagara
                15 Ogos 2012
                26 Ramadan 1433H
                Wednesday at 5:01pm ·  · 1
              • WANGIAN PENGABDIANMU SEWANGI WANGIAN SYURGA AAMIIN

                Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                Kepada semua para ksatria nun...di benua sana...
                Moga teamwork yang solid molid
                DiPermudahkan segala urusan
                Dan berjaya melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan
                Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

                Pengabdian yang indah
                Indah di dunia seindah Syurga Aamiin
                Wangian pengabdianmu sewangi wangian Syurga
                Yang dapat menembusi 7 petala langit dan 7 petala bumi Aamiin.

                Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
                Putri Rimba Niagara
                Istana Rimba Niagara
                26 Ramadhan 1433H
                15 Ogos 2012
                Wednesday at 5:05pm ·  · 1
              • APA KABARMU KESATRIAKU

                Apa kabarmu duhai ksatriaku di benua sana?
                Apa perkembangan perjuanganmu ye...
                Ada baik ke...
                Atau bergerhana?
                Kalau bergerhana
                Ku doakan moga Allah SWT
                Mendatangkan pelangi untuk mengindahkan
                Apa yang kau perjuangankan duhai ksatriaku
                Jiwa dan semangatmu untuk membela ibu pertiwimu
                Amat kukagumi dan kusanjungi
                Kaulah moyang
                Yang menjadi kebanggaan anak cucu Se-Nusantara
                Kerana baktimu pada ibu pertiwi
                Sentiasa mewangi sewangi haruman Syurga
                SUBHANALLAH ALHALDULILLAH ALLAHU AKHBAR

                PUTRI RIMBA NIAGARA
                26 Ramadan 1433H
                15 Ogos 2012
                Wednesday at 5:06pm ·  · 1
              • PAHLAWAN SYAHID

                Sabarlah ksatriaku...
                Selagi semangatku ada
                Akan kutiupkan api perjuanganmu
                Agar tak pernah padam Insya-Allah Aamin

                Jangan kau mudah mengalah
                Selagi jantungmu berdetak!
                Pantang anak jantan berundur
                Di medan perjuangan!

                Di bulan Ramadhan inilah
                Untuk melipat gandakan usahamu
                Kerana para pejuang fisabilillah
                Berjuang di medan perang
                Demi Agama Bangsa dan Tanahair

                Maka bersabarlah ksatria fisabilillahku
                Biarpun pahit getir yang kau alami
                Akan dibalas dengan kemenangan
                Di dunia sebagai pahlawan Syahid
                Di akhirat Kekasih-Nya
                Dengan balasan Syurga
                Rezeki yang diberi tanpa putus
                Di samping dikelilingi dengan bidadari Syurga
                SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

                Aku di sini mendoakan agar Allah SWT
                Sentiasa memberi kekuatandan ketabahan hati padamu
                Duhai ksatriaku yang setiasa kusanjungi baktimu pada ibu pertiwimu

                PUTRI RIMBA NIAGARA
                26 Ramadhan 1433H
                15 Ogos 2012
                Wednesday at 5:07pm ·  · 1
              • CINTA NAK CUCU PADA KSATRIA TERBALAS JUA

                Duhai kanda ksatriaku
                Nun berada di negeri rakyat jelata
                Mengabdikan diri untuk rakyat
                Di jiwamu yang ada
                Rakyat...rakyat...rakyat...
                Rakyat yang kanda pentingkan
                Pagi petang siang dan malam
                Urat sarafmu tenagamu pemikiranmu
                Adalah untuk rakyat
                Hidupmu didambakan pada
                Kepentingan rakyat
                Kepentinganmu kanda lupakan
                Bagimu apalah ada kebahagiaan sendiri
                Sedangkan rakyat derita menjalani kehidupan
                Tak akan kanda biarkan rakyat derita
                Akan kanda bela sehabis daya ...sehabis mampu
                Kanda mengabdikan diri untuk rakyat
                Bersama rakan ksatria yang lain
                Kanda perjuangkan hak rakyat
                Nyawa jadi taruhan
                Biarpun musuh durjana
                Ada di mana-mana
                Tapi anak busur saktimu
                Akan sentiasa siap bersedia untuk
                Di tujukan pada sasaran
                Sebagai menepis
                Kedurjanaan musuh durjana
                Maka setiap langkah ksatriamu
                Adalah langkah dinda juga
                Walaupun dinda tiada di sisi kanda
                Dinda selalu mendoakan
                Segala niat suci kanda berjaya
                Dan segala pengorbanan kanda
                Dibalas-Nya dengan syahid
                Dibalas-Nya dengan cinta bidadari
                Yang menunggumu di Syurgawi

                Tika bulan purnama indah mengambang
                Anak cucu melambai-lambaikan tangan
                Tanda rindu mereka padamu bersama bidadarimu
                Dan kanda tersenyum penuh syahdu penuh syukur
                Perjuanganmu diteruskan oleh generasi Rumpun Melayu Nusantara
                Dalam menjalani kehidupan yang bahagia
                Di bumi ibu pertiwi tanpa ada musuh durjana
                Ibu pertiwi senyum menyaksikan
                Cinta anak cucu pada ksatria terbalas jua
                Purnama di malam itu
                Begitu indah
                Diserikan dengan bintang-bintang bergemerlapan dan berpelangi
                Seakan berpesta di kanvas langit malam
                Berpadu cahaya bulan bintang dan pelangi
                Berpadu pula cahaya Nur Iman di kalbu penghuni bumi
                SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
                Indahnya di kala itu
                Hanya yang mengerti memahami penuh keimanan

                KARYA RATU RIMBA NIAGARA
                15 Ogos 2012
                26 Ramadan 1433H
                Wednesday at 5:10pm ·  · 1
              • GURINDAM SEORANG KSATRIA BERJIWA RAKYAT

                BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYORGA-MU

                Subhanallah
                sejuk perut ibumu
                mengandungkanmu
                melahirkanmu
                membesarkanmu
                mendidikmu
                dengan ilmu dunia
                jua ilmu akhirat
                kau menjadi
                anak yang soleh

                Alhamdulillah
                Syukur pada-Nya
                kerana dikurniakan
                seorang anak
                yang berjiwa ksatria
                sanggup berkorban
                demi rakyatnya
                suka duka bersama
                derita rakyat
                air mata rakyat
                pemasalahan rakyat Nusantara
                ingin dikongsi bersama
                lalu difikir
                diselesaikan dengan
                semampu mungkin
                sekodrat pemikiran
                diperah habis
                peluh setitik
                tidak dipersiakan
                karena terlalu
                amat berharga
                untuk rakyat tersayang
                untuk Nusantara tercinta
                maka bergemalah
                lagu KUSAYANG NUSANTARA
                'Kusayaang Rakyatku Demi-Nya'
                di setiap pelosok daerah
                di bawah pimpinanmu
                dan disahut penuh gemuruh
                lagu rakyat untukmu
                'Ksatriaku Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
                Dan siapa yang mendengar
                pasti mengharu-birukan kalbu
                lalu menangislah
                ksatria kesayangan rakyat itu
                bersama-sama dengan rakyatnya
                lalu mengundang Rahmat
                Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
                Suasana sepi seketika
                Bertafakur dalam kesyukuran pada-Nya

                Allahu Akhbar
                Dengan Kebesaran-Mu Tuhan
                Kau Kurniakan seorang ksatria
                Berjiwa Rakyat
                Kami Syukuri Dalam Sujud!

                Kami sayang ksatria kami
                Hadirnya kami hargainya
                Perginya kami iringi doa restu-Mu
                Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
                Dengan Syorga-Mu
                Dan kami ingin bersamanya di Syorga juga
                Amin Ya Rabbal A'Lamin

                Karya: Ratu Rimba Niagara
                15 Ogos 2012
                26 Ramadan 1433H
                Wednesday at 5:12pm ·  · 1
              • BIARKAN KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU

                Benang-benang emas itu nggak sakit
                Kerana benang emas mu itu adalah sakti
                Benang emas saktimu itu melafazkan padaku,
                "Biarkan Kujahit Lukamu Dengan Benang Cintaku,"
                Salam sastra dariku untukmu yang sentiasa tersanjung di hati...
                Selamat Berkarya....

                PUTRI RIMBA NIAGARA
                26 Julai 2012
                6 Ramadhan 1433H

                KAU DAN AKU DITEMUKAN BUKAN UNTUK BERPISAH

                Dari dulu hingga kini kuhargai pertemuan dua hati ..
                Biarpun pernah retak tapi dilupakan kerana
                Kau dan aku ditemukan bukan untuk berpisah
                Tapi untuk sama-sama kekal berpuisi nan
                indah-indah seindah bunga-bunga Syurga menyerikan
                Tasik Syurga Yang sememang-Nya indah...

                RATU RIMBA NIAGARA
                26 Ramadhan 1433H
                15 Ogos 2012
                Wednesday at 5:17pm ·  · 1
              • KAU ADALAH BAYANGAN DIRIKU

                Duhai bayang...
                Kau adalah bayangan diriku...
                Ke mana aku pergi kau tetap setia mengikutiku
                Kau tak pernah lari dariku
                Di kala aku disisihkan kau tetap setia bersamaku
                Jika aku dalam berputus asa kau tetap
                Ada bersamaku untuk memberi semangat Padaku....hinggakan ke hujung dunia pun
                Kau tetap mengekoriku...
                Setia...setia...setia...
                Kau kata bahagiaku adalah bahagiamu...
                Dan aku balas bahagiamu bahagiaku
                Kau kata lagi
                Hidup adalah berbakti
                Dalam pengabdian
                Pengabdian kepada Tuhan Pencipta kita
                Dan pengabdian kepada rakyat demi meraih kasih-Nya
                Itu bermakna kita mengabdikan diri semua-Nya kerana-Nya bukan untuk mendapat sanjungan atau apa saja habuan dunia yang kita mahu dibalas dengan Cinta-Nya itu adalah lebih berharga dari harta alam dan seisi-Nya...
                Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

                Moga pengabdianmu pengabdianku
                Diterima-Nya
                Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

                RATU RIMBA NIAGARA
                15 Ogos 2012
                26 Ramadan 1433H
                Wednesday at 5:20pm ·  · 1
              •  IZINKAN AKU TIUPKAN OBOR API PERJUANGANMU!

                Duhai ksatriaku di benua sana
                Moga jangan jemu menyokong dunia karyaku biarpun tsunami datang membadai...
                Perjuanganmu perjuanganku suci murni
                Jangan pernah ada sesekali wujud bencimu padaku
                Atas suatu hal yang remeh temeh
                Kerna adanya bencimu padaku
                Akan turut melukakan renjisan darah tintaku bila berpena
                Seolah busur saktimu itu tertusuk ke jantungku
                Aku rela mati kerana tidak tahan sakitnya
                Apabila ksatria sendiri setega itu
                Jika itu boleh membahagiakanmu
                Dengan menyepikan aku turut serta dalam perjuanganmu aku redho
                Dan biarlah penaku terus terusan merenjiskan
                Tinta-tinta dari darah dan air mata
                Buat ke semua kesatria
                Biarpun disepikan dalam dunia kesatriamu!
                Kerana bayanganmu adalah aku!

                RATU RIMBA NIAGARA
                15 Ogos 2012
                26 Ramadan 1433H
                Wednesday at 5:30pm ·  · 1
              • Garjito Gondokusumo Salam. damai hatiku,tentram jiwaku. membaca Gurindam jiwa penyejuk rasa haus akan kata" lembut nan bijak. Beribu gelombang Masalah hempaskan darah juang. tetap tegar walau di tingal kawan" seperjuang. yg tak kuat silau uang para Kaum Pragmatisme. Hingga menjadi seorang budak penyembah Jabatan dan kekayaan. lupa teman yg sama berjuang..injak dan cemooh kawan yg sama berjuang dgn uang dan jabatan...pangeran diponogoro, bung karno,serta jiwa revolusioner yg membuatku bertahan dalam penantian Dunia baru..
                Wednesday at 5:49pm via mobile ·

                  • Ksatria jiwanya tidak dapat dibeli dan dipengaruhi dengan apa juga ....jika dia yakin dengan dirinya tiada siapa yang dapat mengubah penderiannya. Moga jiwa-jiwa revolusioner masih menjadi pegangan ksatria tidak kira di mana dia berada. SETIAP LANGKAHMU ADALAH LANGKAHKU DI MANA ADA BAYANGANMU DI SITU ADA BAYANGANKU!




                • ‎"SHAPING and RESHAPING" INDONESIA. Bung Karno: Mengalang massa aksi revolusioner menuju masyarakat adil dan makmur. — with Erwin Ramali and 4 others.
                   ·  ·  · August 13 at 6:17pm · 
                    • Garjito Gondokusumo was tagged in RajaningBudaya Seni Mataram's photo.
                      Mogo Bothongo=Keduanya jadi bangkai
                       ·  · August 12 at 1:39pm · 
                      • You and 36 others like this.
                      • 1 share
                        • Amira Senja beleh tuh ggading nta di ambil,,,,,,.....
                          August 12 at 5:38pm ·

                          • Barji Barbeh..Tiji..Tibeh...
                            August 12 at 9:21pm ·  · 1
                          • Gendhrex Ngayogyokarto Hadiningrat Kisah keris aji saka itu pusaka mataram ya kanjeng Romo Raja Ning Budaya Seni Mataram
                            August 13 at 12:12pm · 

                            RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN KEJAYAANMU!

                            Duhai...pahlawanku...
                            Jangan mudah berputus asa dalam perjuanganmu
                            Aku di sini sentiasa menyokongmu
                            ...Continue Reading
                             ·  · See Friendship · August 7 at 6:58pm · 
                            • Garjito Gondokusumo and 2 others like this.
                              • Garjito Gondokusumo semoga allah swt. mengaminkan niat baik kita. Revolusi untuk masa depan. Nasionalisasi untuk harga diri. Merah-putih berkibar untuk NUSANTARA. bersatu dan persatuan untuk Rebuplik indonesia.
                                August 8 at 1:29am via mobile ·

                                • BERKIBARLAH! BERKIBARLAH MERAH PUTIH!

                                  Berkibarlah! Berkibarlah! Merah putih
                                  Merahmu membara-bara di hati
                                  Para pejuang Indonesia untuk mempertahankanmu!
                                  Agar terus megah berkibar semegah
                                  Raja, rakyat, dan pemerintah
                                  3 serangkai bersatu hati
                                  mempertahankanmu
                                  Hingga ke titisan darah terakhir!

                                  Berkibarlah! Berkibarlah!Merah putih
                                  Putihmu seputih nurani
                                  Hati semua rakyat Indonesia

                                  Saling:
                                  Memahami
                                  Memuliakan
                                  Menghormati
                                  Bersepakat
                                  Berpadu
                                  Berkorban harta dan nyawa
                                  Demi kepentingan rakyat Indonesia

                                  Aman rakyat amanlah Raja dan pemerintah
                                  Makanya SeIndonesia aman dalam pembangunan
                                  Manusia dan bangunan pencakar langit
                                  Maju terus maju
                                  Aman dan bahagia
                                  Sebuah negara yang aman damai
                                  Maju dalam pembangunan manusia berjiwa kemanusiaan
                                  Bakal diwariskan kepada anak cucu Indonesia
                                  Makanya berbanggalah semua rakyat Indonesia
                                  Menyayangi negara lebih daripada kepentingan sendiri!

                                  Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah!
                                  Merah Putih negara Indonesia
                                  Moga kibaranmu diiringi dengan
                                  Rahmat Kasih-Nya untuk selamanya!

                                  Karya Putri Rimba Niagara
                                  12 April 2012

                                  KU KIBARKAN KEMBALI SEMANGAT MERAH PUTIH

                                  Ku kibarkan kembali semangat merah putih
                                  ke seluruh pelosok penjuru nuswantoro
                                  bejuang melawan penindasan-penindasan
                                  dinegeri yang subur makmur ini

                                  pekikan pejuang bangsa terngiang kembali
                                  lebih baik mati berkalang tanah
                                  dari pada hidup tertindas penjahat negri

                                  salam persahabatan dalam dami
                                  damailah bumi
                                  damailah negri
                                  jayalah Nuswantoro

                                  By: Den Mat Mangkubumi
                                  16 April 2012

                                  KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & DEN MAT MANGKUBUMI
                                  16 April 2012
                                  (PUISI DISIARKAN BARI MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
                                  PADA 17 AGUSTUR 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
                                  8 Ogos 2012
                                  19 Ramadan 1433H
                                  August 8 at 12:25pm ·  · 1
                                • Garjito Gondokusumo satu asia..untuk nusantara. Rumpun melayu bersatu,bersatu,bersatu. untuk kejayaan darah persaudaraan. Menuju perdamain Yang abadi.
                                  August 9 at 4:28am via mobile · 

                                  satu asia..untuk nusantara. Rumpun melayu bersatu,bersatu,bersatu. untuk kejayaan darah persaudaraan. Menuju perdamain Yang abadi.
                                  August 9 at 4:28am via mobile ·

                                      • Kerana perdamaian yang abadilah dituntut oleh Allah SWT agar kita memakmurkan bumi ini barulah bumi bisa senyum dibalas senyuman oleh matahari dan bulan.Indah...indah...indah seindah senyuman seluruh penghuni bumi diiringi dengan senyuman pemerintah, rakyat dan Raja. Tiga serangkai yang tak dapat dipisahkan. Makanya ksatria berjuang hingga ke tetesan darah terakhir demi menuju Perdamaian Abadi.
                                        August 10 at 9:00am ·  · 1

                                  • MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!

                                    Terima kasih Rakyat Indonesia/Malaysia kerana sudi memberi dukungan/sokongan kepada Dunia Sastra/Sastera Putri Rimba Niagara...Moga Allah SWT sajalah yang dapat membalas segala kebaikan semua. Aamiin.
                                    SALAM RAMADAN
                                    SALAM SYAWAL
                                    SALAM KEMAAFAN
                                    SALAM UKHUWAH KASIH ANTARA DUA BENUA
                                    SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT INDONESIA/MALAYSIATERCINTA
                                    MOGA INDONESIA DAN MALAYSIA SENTIASA SENADA SEIRAMA DALAM MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA SEBAGAI HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!
                                    MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
                                    MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!
                                    DALAM RAHMAT KASIH NUR ILAHI
                                    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

                                    INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

                                    PUTRI RIMBA NIAGARA
                                    ISTANA RIMBA NIAGARA
                                    MALAYSIA/INDONESIA
                                    5 Ogos 2012
                                    15 Ramadan 1433H
                                    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
                                    PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
                                     ·  · See Friendship · August 7 at 6:51pm · 
                                    • Garjito Gondokusumo and 2 others like this.
                                      •  NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

                                        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram
                                        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
                                        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
                                        Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
                                        dua negara berjiran
                                        sehati sejiwa
                                        senada seirama
                                        berpadu kasihkan negara
                                        negaramu kukasih
                                        negaraku kau sayang
                                        bila kasih sudah terpatri
                                        tak akan ada
                                        benci membenci
                                        dengki mendengki
                                        dendam mendendam
                                        jatuh menjatuh
                                        yang ada
                                        saling mempertahan cinta bernegara
                                        kau pertahan negaraku
                                        aku pertahankan negaramu
                                        saling mempertahankan
                                        itulah lambang cinta sejati
                                        antara dua negara
                                        bila cinta sejati terpatri
                                        di kalbu setiap rakyat
                                        negaramu negaraku
                                        kebudayaan negaramu disanjung
                                        kebudayaan negaraku dijunjung

                                        Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

                                        Institusi diRaja Melayu
                                        Kepahlawanan Melayu
                                        Bangsa Melayu

                                        Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
                                        tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat yang penting
                                        bersemangat juang seperti kita...
                                        karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

                                        Karya Putri Rimba Niagara
                                        11 Mac 2012

                                        Masyarakat Adat Mataram Ungkapan hati anda saya sosialisasikan di beberapa forum di Jogja, semoga keluarga besar kami membacanya.
                                        20 minutes ago · Like

                                        Putri Rimba Niagara:

                                        Terima kasih kerana sudi menghargai suara hati saya yang sungguh-sungguh menyayangi negaramu negaraku kerana-Nya.

                                        (PETIKAN DARIPADA MASYARAKAT ADAT MATARAM)
                                        11 Mac 2012
                                        PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
                                        8 Ogos 2012
                                        19 Ramadan 1433H
                                        August 8 at 12:50pm ·  · 1
                                      • Garjito Gondokusumo jayalah indonesiaku, jayalah malaysiaku,jayalah berunai darusalam. dalam damai dan persahabatan. ikatan darah nusantara
                                        August 9 at 4:12am via mobile ·  · 1
                                      • Rabeah Mohd Ali NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

                                        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Brunei
                                        kerana-Nya aku jatuh cinta dengan rakyat jelata Brunei
                                        moga cinta kerana-Nya ini boleh menjadikan Malaysia dan Brunei
                                        dua negara berjiran
                                        sehati sejiwa
                                        senada seirama
                                        berpadu kasihkan negara
                                        negaramu kukasih
                                        negaraku kau sayang
                                        bila kasih sudah terpatri
                                        tak akan ada
                                        benci membenci
                                        dengki mendengki
                                        dendam mendendam
                                        jatuh menjatuh
                                        yang ada
                                        saling mempertahan cinta bernegara
                                        kau pertahan negaraku
                                        aku pertahankan negaramu
                                        saling mempertahankan
                                        itulah lambang cinta sejati
                                        antara dua negara
                                        bila cinta sejati terpatri
                                        di kalbu setiap rakyat
                                        negaramu negaraku
                                        kebudayaan negaramu disanjung
                                        kebudayaan negaraku dijunjung

                                        Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

                                        Institusi diRaja Melayu
                                        Kepahlawanan Melayu
                                        Bangsa Melayu

                                        Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
                                        tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat juang seperti kita kerana dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

                                        Karya Putri Rimba Niagara
                                        19 Julai 2012
                                        Like · · Unfollow Post · July 11 at 5:01pm
                                        DG Kumarsana Kum likes this.
                                        (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA & WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)

                                        SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

                                        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
                                        Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
                                        Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
                                        Berteduh di Negara Brunei dengan
                                        Rasa aman dan damai untuk meneruskan
                                        Perjuangan kehidupan yang sementara ini
                                        Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
                                        Yang ada nilaian di Sisi-Nya
                                        Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

                                        Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
                                        Putri Rimba Niagara
                                        Istana Rimba Niagara
                                        Malaysia /Indonesia
                                        8 Julai 2012
                                        Like · · Unfollow Post · July 8 at 12:44pm
                                        Naga Pamungkas and 2 others like this.

                                        (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA)
                                        19 Julai 2012
                                        PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
                                        9 Ogos 2012
                                        20 Ramadan 1433H
                                        August 9 at 6:21am ·




                                        (PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO)
                                        17 Agustus 2012
                                        28 Ramadan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;