- PANTUN HIDAYAH DI PAGI SYAWAL
Ketupat rendang makanan melayu,
Dihidangkan di pagi Syawal;
Moga persahabatan tak pernah layu,
Bermaaf-maafan di pagi Syawal.11 hours ago · Edited ·
Rabeah Mohd Ali Indah berseri di pagi raya,
Sanak saudara kunjung mengunjung;
Jika ada salah dan silap saya,
Harap maafkan duhai sahabat yang disanjung.
Rabeah Mohd Ali Bermaaf-maafan amalan yang mulia,
Lupakan segala kekhilafan yang ada;
Allah suka amalan yang mulia,
Wajah berseri bak bulan purnama.12 hours ago · Edited ·
Rabeah Mohd Ali Budi bahasa budaya melayu,
Berkata indah seindah bahasa;
Beradap sopan bahasa melayu,
Menjadi kebanggaan pejuang bahasa.
Rabeah Mohd Ali Jangan malu berbahasa melayu,
Kerana itu bahasa moyang kita;
Marilah kita memartabatkan bahasa melayu,
Agar tak kecewa anak cucu kita.
Rabeah Mohd Ali Hidup biarlah berbudi,
Kerana kita akan tinggalkan dunia ini;
Budi disemai bukan untuk dibanggai,
Tanda kita pernah hidup di dunia ini.
Rabeah Mohd Ali Jadi apa nak dikisahkan hidup ini,
Kerana hidup setetes cuma;
Asalkan tenang roh dan jasad ini,
Apabila bertemu Ilahi yang tercinta.
Rabeah Mohd Ali Marilah kita sama-sama muhasabah diri,
Merebut peluang sementara nafas masih ada;
Jangan dengki mendengki sesama sendiri
Kerana itu akan memakan amalan kita.
Rabeah Mohd Ali Kaya macam mana pun mati.
Miskin macam mana pun mati;
Cantik macam mana pun mati,
Semuanya akan pasti mati.
Rabeah Mohd Ali Yang kaya mati tinggalkan harta,
Yang miskin mati tak ada apa-apa;
Dah mati yang cantik dah tak ada apa,
Yang dibawa ke kubur amalan juga.
Rabeah Mohd Ali Jadi apa nak dikisahkan dengan harta,
Jadi apa nak dikesahkan dengan kemiskinan;
Jadi apa nak dikesahkan dengan cantik yang ada,
Semuanya bernilai jika ada keinsafan dalaman.
Rabeah Mohd Ali Dah mati nak menyesal tak berguna,
Nak tebus kematian dengan harta dah terlambat;
Makanya tempuhlah juga dengan gundah gulana,
Apa nak buat semuanya sudah terlewat.
Rabeah Mohd Ali Menangis sepenuh bumi kerana penyesalan,
Mahu Allah kembalikan ke bumi semula;
Asalkan dapat beramal sebagai bekalan,
Sudah terlambat tiada peluang kedua.
Rabeah Mohd Ali Takutnya jika itu terjadi kepada kita semua,
Biarlah kita menangis merayu-rayu tika di dunia ini;
Pasti Allah dengari rayuan kita,
Kerana nyawa belum sampai di kerongkong ini.
Rabeah Mohd Ali Bahagianya jika kita semua dapat muhasabah diri,
Saling ingat mengingati di hari kematian;
Alam barzah tiada sahabat sejati,
Yang ada amalan peneman kesepian.
Rabeah Mohd Ali Tika hidup kita mulia,
Mulia pada pandangan Ilahi;
Mulia pada pandangan manusia tiada erti,
Kerana mati amalan juga yang dibawa pergi.
Rabeah Mohd Ali Kubur adalah tempat persinggahan kita,
Berihat di Taman-Taman Syurga;
Seksa menyesakan azab neraka,
Makanya kita sendiri yang membuat pilihannya.
Rabeah Mohd Ali Pastinya semua mahu ke Taman-Taman Syurga,
Pastinya kita mahu berubah dari sekarang ini;
Merebut peluang sebanyak-banyaknya,
Agar Taman-Taman Syurga kita miliki.
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
14 Ogos 2012
25 Ramadan 1433H
Tuesday, 14 August 2012
SAYANGKU SAYANGMU ( 422) - KITA HAMBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment