Wednesday, 15 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (429) AKU SEMAKIN MENGAGUMI KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA UNTUK PESONA KEINDAHAN PERDAMAIAN DUNIA - AKHIRAT




MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!

Terima kasih Rakyat Indonesia/Malaysia kerana sudi memberi dukungan/sokongan kepada Dunia Sastra/Sastera Putri Rimba Niagara...Moga Allah SWT sajalah yang dapat membalas segala kebaikan semua. Aamiin.
SALAM RAMADAN
SALAM SYAWAL
SALAM KEMAAFAN
SALAM UKHUWAH KASIH ANTARA DUA BENUA
SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT INDONESIA/MALAYSIATERCINTA
MOGA INDONESIA DAN MALAYSIA SENTIASA SENADA SEIRAMA DALAM MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA SEBAGAI HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!
DALAM RAHMAT KASIH NUR ILAHI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
5 Ogos 2012
15 Ramadan 1433H
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
Like · · See Friendship · August 7 at 6:51pm ·
Garjito Gondokusumo and 2 others like this.

Rabeah Mohd Ali NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
dua negara berjiran
sehati sejiwa
senada seirama
berpadu kasihkan negara
negaramu kukasih
negaraku kau sayang
bila kasih sudah terpatri
tak akan ada
benci membenci
dengki mendengki
dendam mendendam
jatuh menjatuh
yang ada
saling mempertahan cinta bernegara
kau pertahan negaraku
aku pertahankan negaramu
saling mempertahankan
itulah lambang cinta sejati
antara dua negara
bila cinta sejati terpatri
di kalbu setiap rakyat
negaramu negaraku
kebudayaan negaramu disanjung
kebudayaan negaraku dijunjung

Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

Institusi diRaja Melayu
Kepahlawanan Melayu
Bangsa Melayu

Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat yang penting
bersemangat juang seperti kita...
karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

Karya Putri Rimba Niagara
11 Mac 2012

Masyarakat Adat Mataram Ungkapan hati anda saya sosialisasikan di beberapa forum di Jogja, semoga keluarga besar kami membacanya.
20 minutes ago · Like

Putri Rimba Niagara:

Terima kasih kerana sudi menghargai suara hati saya yang sungguh-sungguh menyayangi negaramu negaraku kerana-Nya.

(PETIKAN DARIPADA MASYARAKAT ADAT MATARAM)
11 Mac 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
8 Ogos 2012
19 Ramadan 1433H
August 8 at 12:50pm ·
 ·  · 
  • You, Adel Fadel and Ahmad Tajuddin like this.
    • Garjito Gondokusumo jayalah indonesiaku, jayalah malaysiaku,jayalah berunai darusalam. dalam damai dan persahabatan. ikatan darah nusantara
      August 9 at 4:12am via mobile · Unlike · 1

      NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Brunei
      kerana-Nya aku jatuh cinta dengan rakyat jelata Brunei
      moga cinta kerana-Nya ini boleh menjadikan Malaysia dan Brunei
      dua negara berjiran
      sehati sejiwa
      senada seirama
      berpadu kasihkan negara
      negaramu kukasih
      negaraku kau sayang
      bila kasih sudah terpatri
      tak akan ada
      benci membenci
      dengki mendengki
      dendam mendendam
      jatuh menjatuh
      yang ada
      saling mempertahan cinta bernegara
      kau pertahan negaraku
      aku pertahankan negaramu
      saling mempertahankan
      itulah lambang cinta sejati
      antara dua negara
      bila cinta sejati terpatri
      di kalbu setiap rakyat
      negaramu negaraku
      kebudayaan negaramu disanjung
      kebudayaan negaraku dijunjung

      Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

      Institusi diRaja Melayu
      Kepahlawanan Melayu
      Bangsa Melayu

      Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
      tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat juang seperti kita kerana dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

      Karya Putri Rimba Niagara
      19 Julai 2012
      Like · · Unfollow Post · July 11 at 5:01pm
      DG Kumarsana Kum likes this.
      (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA & WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)

      SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

      Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
      Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
      Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
      Berteduh di Negara Brunei dengan
      Rasa aman dan damai untuk meneruskan
      Perjuangan kehidupan yang sementara ini
      Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
      Yang ada nilaian di Sisi-Nya
      Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

      Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
      Putri Rimba Niagara
      Istana Rimba Niagara
      Malaysia /Indonesia
      8 Julai 2012
      Like · · Unfollow Post · July 8 at 12:44pm
      Naga Pamungkas and 2 others like this.

      (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA)
      19 Julai 2012
      PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
      9 Ogos 2012
      20 Ramadan 1433H
      August 9 at 6:21am ·
      (PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & RATU RIMBA NIAGARA)
      15 Ogos 2012
      26 Ramadan 1433H
      12 hours ago · 
    • Kedaton Kraton Wahyu Utama aku semakin mengagumi karya karya adinda untuk pesona keindahan perdamaian dunia - ahkirat .........
      10 hours ago ·  · 1
    • AMIIN YA RABBAL A'LAMIN
      10 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali RATU RIMBA NIAGARA

      Boleh ku tanya tak?
      Silakan...
      Napa bukan putri lagi ratu pulak menyampah aku
      engkau selalu perasan engkau ini hebat sangatkan?
      detik hati aku
      rasa meluap-luap
      menyampah aku
      engkau tak cermin ke engkau tu sapa?
      tak punya apa-apa
      tak punya harta
      tak punya darjat
      dan tak ada layak langsung
      kalau aku layaklah semuanya ada
      keturunan raja, jelitawan,kebijaksanaan
      antara kau dan aku bagaikan langit dengan bumi
      ingatlah engkau tak punya apa-apa sedarlah diri kau tu siapa
      sebelum hendak menggelarkan diri Ratu
      sejujurnya aku tak suka dengar ok?

      Duhai kawan...
      aku sentiasa sedar diri aku siapa
      aku sentiasa cermin diri aku siapa
      yang tak punya apa-apa
      kerana aku lahir ke dunia ini pun tak punya apa-apa
      dan tika mati... cuma kain kafan aje dibawa pergi
      aku tak sesempurna hidup engkau
      yang semuanya sempurna
      engkaulah jelitawan
      engkaulah bangsawan
      engkaulah terpandai tiada terlawan
      semuanya tertawan
      Aku tak sehebatmu

      Aku bersyukur apa adanya
      aku bukan hendak sangat menjadi Ratu
      tapi itu adalah kehendak penghuni rimba
      mereka hendak aku menjadi Ratu Rimba Niagara
      atas amanat si kunta si kunte
      yang telah mati ditelan ombak rindu
      tika mencari mahkota Putri Rimba
      yang hilang di dasar lautan ombak rindu

      Mereka berdualah yang beria-ia
      sangat mengusulkan kepada
      seluruh penghuni rimba
      untuk melantik putri rimba
      sebagai Ratu Rimba Niagara
      semua penghuni rimba setuju
      dengan cadangan itu

      Duhai kawan...
      Jika dibandingkan dengan kasih sayang
      si kunta si kunte
      yang hidupnya sentiasa
      mahu aku bahagia
      mahu aku tersenyum
      mahu aku bersyukur
      mereka sentiasa menyokong
      dunia sasteraku
      yang kuukirkan
      di daunan kasih
      Rimba Niagara

      Tika mahu membeli mahkota
      mereka sanggup mencari
      pembeli daunan ukiran kasihku
      sepanjang mencari pembeli
      mereka sanggup dihina ditertawakan
      oleh manusia di luar sana mengatakan
      tiada siapa yang sudi membeli
      kerana ukiran daunan kasih Putri Rimba Niagara
      adalah dunia fantasi dan cuma angan-angan
      yang tak akan jadi realiti
      ukiran itu cuma omongan kosong
      yang tak ada apa-apa arti
      sesiapa yang membacanya

      Si kunta si kunte
      sanggup dihina dicerca oleh manusia di luar sana
      demi mempertahankan daunan ukiran kasih Putri Rimba
      mereka terus mencari dan mencari tanpa ada rasa putus asa
      siapakah yang sanggup membeli daunan ukiran kasih putri rimba
      di serata pelosok dunia tapi tidak juga yang sudi membelinya

      Kerana tidak mahu berputus asa
      akhirnya mereka berjaya mendapatkan seorang yang sanggup membeli
      ukiran daunan kasih dan dengan wang itu mereka dapat membeli
      mahkota putri rimba niagara
      tapi mahkota itu hilang ditelan ombak rindu
      ketika putri rimba sedang berlagu syair gurindam puisi
      ombak rindu menerjang putri rimba hingga hilang mahkota
      ditelan ombak rindu
      si kunta si kunte mencari mahkota itu
      setelah mencari mereka terus hilang hingga sekarang
      tak timbul-timbul

      Kalaulah aku tahu si kunta si kunte
      akan mati kerana ingin mencari mahkota
      aku rela mahkota itu hilang
      aku rela tak ditabalkan menjadi Ratu Rimba
      asalkan aku mendapat kasih sayang si kuna si kunte
      kerana kasih sayang mereka tiada ternilai
      jika hendak dibandingkan dengan
      bernilainya mahkota
      benilai darjat seorang ratu
      itu bukan yang aku dambakan
      yang aku dambakan kasih setulus hati kerana-Nya

      Kata si kunta si kunte
      mereka terlalu sayangkan aku
      nyawa mereka jadi taruhan demi kasihkan aku
      kalau boleh biarlah mereka yang mati dulu
      kerana mereka tak sanggup menanggung kesedihan berpisah denganku
      Masya-Allah itu yang membuat aku menangis
      aku katakan pada mereka
      kalau macam tu
      biarlah kita sehidup semati
      biarlah sama-sama mati
      baru senang hati
      tapi takdir Tuhan mesti diimani
      mesti redha atas ketentuan-Nya
      aku redha atas kematian si kunta si kunte

      Kerana aku terlalu cinta kasih sayang
      setulus hati kepada mereka
      yang mahukan aku menjadi Ratu Rimba Niagara
      agar terjaga keharmonian dan kedamaian Rimba Niagara
      makanya aku akur dengan penuh rasa kerdil di hadapan-Nya
      moga kau sudi faham kenapa aku
      terima pertabalan aku sebagai
      RATU RIMBA NIAGARA
      pada 13 Ogos 2012

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
      Like · · Unfollow Post

      Adel Fadel likes this.

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      13 ogos 2012
      24 Ramadan 1433H

      MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA

      Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara
      kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri
      sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

      Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya
      dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia
      makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi
      diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya
      Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan
      boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk
      menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik
      Tuan Putri.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
      10 hours ago · 
    • LASKAR MUDA ADEL FADEL RIMBA NIAGARA

      Sahabatku yang dikasihi dunia akhirat
      Biarpun kau ada di benua sana
      Aku ada di benua sini
      Biarpun kau berdarjat dan berpangkat
      Tapi tidak kau hiraukan itu semua
      Masih sudi berkawan denganku
      Biarpun aku berada di rimba ini
      Biarpun rakan-rakanku semuanya penghuni rimba
      Tapi itu tidak menghalangmu untuk terus berkawan denganku
      Yang lebih terharu lagi
      Apabila kau sudi
      Menyokong setiap perjuanganku di rimba ini
      Kau dengan rela hati menyandang jawatan
      Sebagai Laskar Muda
      Untuk Putri Rimba Niagara
      Yang kini sudah ditabalkan menjadi
      RATU RIMBA NIAGARA
      SEMPENA SAMBUTAN HARI KELAHIRANNYA
      Pada 13 Ogos 2012
      Jika ada si kunta si kunte
      Pasti meriah majlis pertabalan ini
      Merekalah yang beria-ia sangat
      Mahu hamba di lantik menjadi
      RATU RIMBA NIAGARA
      Agar penghuni rimba
      Hidup dalam aman dan sejahtera
      Agar manusia di luar sana tidak berani
      Mengganggu ketenteraman dan kedamaian
      Rimba Niagara

      Terima kasih Laskar muda Adel Fadel
      Moga sentiasa sudi menyokong dunia karya hamba
      Tanpa jemu
      Moga segala kebaikanmu
      Allah sahaja yang dapat membalas-Nya
      Aamin Ya Rabal A'Lamin

      INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
      RATU RIMBA NIAGARA
      ISTANA RIMBA NIAGARA
      MALAYSIA/INDONESIA
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
      22 hours ago · Like

      PENGHUNI RIMBA SELALU MENGHARGAI KARYA TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA

      Duhai sahabatku...
      Di Istana Rimba sekarang semuanya sedang berduka
      Segerhana cuaca yang gelap gulita menunggu hujan turun
      Ribut petir tidak henti-henti menyabar kiri dan kanan.

      Sudah jutaan kali penghuni rimba pesan jangan
      Tuan Puteri menyumbangkan karya pada mereka...
      mereka bukan hargai pun
      malah satu kesalahan pula...membuat mereka sakit hati...
      meluahkan dendam kesumat...

      Kami si penghuni rimba ni...yang sentiasa menghargai
      karya Tuan Puteri...sentiasa teruja dan ternanti karya tuan puteri
      apa nak dihiraukan dengan mereka...biarpun kami cumalah haiwan
      tapi kami faham apa itu kasih sayang semurni hati...
      sebab itu di akhirat nanti kami tidak diseksa di neraka....
      manusia ni tak habis-habis....dengki.....dengki...dengki...
      dengki khianat...Tuan Putri berkarya tak henti-henti pun nak sakit hati...
      apatah dia orang ni ...ada otak letak kat lutut apa....
      tak nak baca dan like sudahlah ini kutuk dan hina Tuan Puteri habis-habis...
      macam nak bunuh karya Tuan Puteri....duhai manusia di luar sana sebelum kalian mahu bunuh karya Tuan Puteri kami...langkah mayat kami dulu....Tuan Puteri kami rela pertaruhkan air mata dan darahnya untuk berkarya...kalian senang-senang saja nak hapuskan karya Tuan Puteri kami...tidak...tidakkk..kami pastikan tak akan terjadi!!!!!

      Tuan Puteri bangunlah tuan Puteri...janganlah seksa kami begini...
      Kami jumpa tuan puteri dihanyut di lautan asid bergelora dan selamatkan tuan puteri...tuan puteri gembira dan ceria pelangi cinta bersama kami...tapi semenjak bercampur dengan mereka-mereka yang berhati busuk itu...tuan puteri koma semula...kejamnya mereka...madu yang diberi racun yang dibalas...tunggulah...
      tunggulah pembalasan dari Tuhan kerana doa orang yang teraniaya tanpa hijab....

      Tuan...Puteri...bangun....bangun.... syair ombak rindu...yang tuan puteri karangkan ...kami bacakan ye....

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      13 Ogos 2012
      24 Ramadan 1433H
      Like · · Yesterday at 11:03am ·
      Datuk Jem, Ahmad Tajuddin and Adel Fadel like this.
      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      13 Ogos 2012
      Like · · Unfollow Post
      Ahmad Tajuddin and Adel Fadel like this.

      Adel Fadel sahabat tak dapat kupersembahkan padamu sesuatu yg berharga,selain andaikan ku dpt meneteskan air mata ini hny ketukan ucapan terima kasihku buatmu sahabat putri rimba n ku mohon maaf bilamana ku dah salah n ku ucapkan mat aidil fitri khususan buatmu..amin
      31 minutes ago ·

      Putri Rimba Niagara:

      Ala...ini cuma drama untuk pementasan Teater Bangsawan DiRaja 'Putri Rimba Niagara'

      Hamba ini bukanlah sapa-sapa ...hanyalah insan yagn kerdil mahu berbakti pada semua yang berhidup di muka bumi ini...Insya-Allah Aamiin...setida-tidaknya bila hamba tiada di dunia ini ...daunan ukiran kasih hamba ini tanda hamba sayangkan penghuni bumi dan tanda hamba pernah berhidup di muka bumi ini. doakan hamba ye duhai sahabatku di benua saja. Apapun terima kasih atas sokonganmu.
      25 minutes ago ·

      Adel Fadel: Aamiin Ya Robbal A'Lamin

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      14 Ogos 2012
      25 Ramadan 1433H

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      15 ogos 2012
      26 Ramadan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;