SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA
SEKALUNG TAHNIAH BUATMUMERAH PUTIH SENTIASA BERKIBAR MEGAH
SEMEGAH RAKYAT INDONESIA
SEMEGAH IBU PERTIWIMU
SETIAP 17 AGUSTUS KAU SENTIASA
DIRAIKAN OLEH SELURUH RAKYAT INDONESIA
PENUH BANGGA
PENUH MEGAH
MENYANJUNGIMU MENYAYANGIMU
KERANA MEMILIKIMU BUKANLAH MUDAH!
DARAH PARA KSATRIA
SEBATI DIBUMI
TUK PERTAHANKAN IBU PERTIWI
NYAWA JADI TARUHAN
KERANA KEBERANIAN
PARA KSATRIA
RELA MATI DI MEDAN JUANG
MERAIH KEMERDEKAAN TUK INDONESIA
MAKANYA INDONESIA
AKAN TERUS MERDEKA
DALAM ARTI KATA YANG SEBENAR-BENARNYA
MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT DAN IBU PERTIWI
TAK AKAN ADA PENYELEWENGAN CINTA
PADA IBU PERTIWI
KERANA SEGALA PENGORBANAN KSATRIA
AKAN MENJADI SIA-SIA
MAKANYA INDONESIA HARUS BERSATU
BAGI MEMPERTAHANKAN BUMI BERTUAH
INDONESIA DARIPADA DIJAJAH SEMULA
KERANA KEMERDEKAAN INDONESIA
ADALAH HADIAH DARI TETESAN DARAH KSATRIA
UNTUK ANAK BANGSA DAN IBU PERTIWI INDONESIA!
BERKIBARLAH! BERKIBARLAH MERAH PUTIH
DENGAN PENUH RASA MEGAH DAN BANGGA
GARUDA DI ANGKASA RAYA BERTERBANGAN
SAMBIL MENGIBARKAN MERAH PUTIH
LAMBANG KEMEGAHAN INDONESIA
MERAH PUTIH AKAN SENTIASA BERKIBAR MEGAH
DIKIBARKAN OLEH SEMUA RAKYAT INDONESIA
YANG CINTAKAN INDONESIA
LAMBANG CINTANYA PADA INDONESIA
DAN TANDA MENGHARGAI JASA PARA KSATRIA
YANG RELA GUGUR DI MEDAN JUANG!
'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
'DAN NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INI HADIAHKU UNTUK GENERASI MASA HADAPAN'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
17 Agustus 2012
28 Ramadan 1433H
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE- 67 PADA
17 AGUSTUS 2012)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment