Wednesday, 15 August 2012
SAYANGKU SAYANGMU - (434) RAKAN FB PUTRI RIMBA NIAGARA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA YANG KAMI KASIHI!
PAHLAWAN ANTARA DUNIA FANTASI & REALITI
SELARI DALAM JIWA KEPAHLAWANAN DEMI-NYA
AHMAD TAJUDDIN PAHLAWAN RIMBA NIAGARA
Oh! Pahlawan Rimba Niagara
Ahmad Tajuddin
Yang hamba sanjungi sepenuh jiwa
Terima kasih kerana sudi menyokong dunia sastera hamba
Tanpa jemu biarpun tuan hamba sibuk dengan tugas seharian
Maafkan hamba kerana telah mendera tuan hamba membaca
Karya hamba yang banyak dan panjang berjela-jela
Jangan sampai juling mata sudah le ye...
Nanti marah pula permaisuri tuan hamba....
Apa pun hamba salut pada sokongan tuan hamba pada hamba!
Tabik Tuan!
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
31 Julai 2012
TUAN HAMBA PENGGANTI SI KUNTA SI KUNTE
Hamba yakin tuan hambalah di antara pahlawan hamba pengganti
si kunta si kunte yang mana mereka adalah nadi sastera hamba.
Moga tuan hamba sentiasa sudi menyokong dunia sastera
yang hamba dambakan .
Rakan FB beginilah yang hamba dambakan untuk menghidupkan
nadi-nadi dunia sastera hamba...terima kasih ye kerana tidak
membuatkan hamba terdera rindu menantikan setiap kehadiran
rakan fb hamba..
yang mana tak sudi hadir...maafkan hamba..
bukan hamba sengaja mahu begini tapi kita sudah
ditakdirkan sebagai rakan fb sementara saja...
Insya-Allah di hati ini nama kalian masih mengharum
di hati dan Insya-Allah kita bertemu di alam realiti dan di Syurga ...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
'KU SAYANG KALIAN DEMI-NYA'
SELAMANYA KASIH BIARPUN TERPISAH ALAM MAYA'
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Ogos 2012
16 Ramadan 1433H
SELAMAT HARI JADI PUTRI RIMBA NIAGARA!
Selamat Hari Jadi Putri Rimba Niagara! semoga sukses selalu
ucapan ikhlas daripada Ahmad Tajuddin Pahlawan Rimba Niagara
KEPAHLAWANAN PERAJURIT NEGARA
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Terima kasih atas ucapan Hari Jadi
Terima kasih juga kerana sudi menjadi rakan fbku
Terima kasih kerana tak jemu memberi sokongan
Dalam dunia sastera yang kuminati dan dunia yang kudambakan
Biarpun kerjayamu sebagai seorang perajurit negara
Tapi masih menghargai karya-karya sasteraku
Hinggakan aku rasa amat terharu sekali
Serasa bagaikan mimpi
Hadirnya seorang sahabat berjiwa patriotik
Sudi menyokong dunia sasteraku
Tuan Ahmad Tajuddin Yang Disanjungi
Sepenuh jiwa keimanan
Syukur Allahamdulillah
Kehadiranmu sebagai rakan fbku
Bagaikan permata dari Syurga
Informasi-informasi yang kuperolehi
Dari wallmu
Mencetuskan inspirasiku berkarya
Berkarya tentang Ketuhanan
Berkarya tentang Kepahlawanan Perajurit Negara
Berkarya tentang indahnya persahabatan
Yang paling membuatkan aku rasa teruja
Apabila kau dikelilingi dengan sahabat
Pujangga-pujangga ternama
Setidak-tidaknya dapat juga
Aku berkongsi ilmu kesusasteraan
Dunia puisi yang indah-indah dari mereka
Salut lah padamu
Andai kata kau pandai berpuisi
Pasti lagi ceria menceriakan
Tapi tetap menceriakan apabila
Kau dikelilingi pujangga-pujangga
Rasa terkagum ku padamu dan rakan-rakanmu
Kerana terlalu teruja dengan kata-kata indah rakan
Pujanggamu itu
Aku pun tumpang sekaki
Menyiarkan karyaku di wall mereka
Mereka sukalah pula tu
Hingga mereka terpanggil menjadi rakan fbku
Bukan aku tidak mahu terima
Kerana rakan fbku terlalu terhad
Insya-Allah jika kesibukan ku berkarya
Reda kuterima mereka
Kerana sekarang ini terlalu
Banyak karya yang ingin ku selesaikan
Moga mereka maafkan aku
Dan memahamiku
Apapun jutaan terima kasih
Untuk segalanya
Moga segala kebaikanmu padaku
Allah SWT yang dapat membalas-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
AHMAD TAJUDDIN RAKAN FBKU
HATINYA SESEJUK SALJU
MENYOKONGKU TAK PERNAH JEMU
TERIMA KASIH SAHABATKU
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
HARI KEMENANGAN YANG BERPUASA;
MAAF ZAHIR BAHTIN SENYUMAN BERSERI,
PERSAHABATAN DIINGATI SENTIASA.
'MENYANJUNGIMU MENYAYANGIMU DEMI-NYA'
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
SAHABATMU DARI RIMBA NIAGARA,
RABEAH MOHD ALI
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
14 hours ago ·
KELAHIRAN SEORANG YANG SANGAT INOVATIVE DAN REVOLUSIONER
MENGABDI PADA SESAMA UNTUK MENCAPAI HABUL MINALLAH
AL- FATEHA AMIEN YA ROB
Garjito Gondokusumo
SALAM.Sahabatku. Putri Rimba Niagara.
Kuhaturkankan kata Di hari yang bersejarah
Bagimu dan bagi alam ini Dgn kelahiran seorang Yang sangat inovative dan revolusioner...Selamat Berulang tahun sukses dan sehat wal alfiat dengan
Berkah dari Allah swt. Terus,terus,terus berjuang untuk Khitoh Manusia sejati..Mengabdi pada sesama untuk Mencapai Habul minalallah...
Alfateha...Amiin
DEMI KASIHKU PADA NEGARAMU
GARIJITO GONDOKUSUMO
Aamiin moga Allah Azzawajallah makbulkan doa ikhlasmu untukku
Bersahabat denganmu
Bagaikan mimpi di alam fantasi
Mana mungkin kau di benua sana
Menjadi rakan alam mayaku
Malah menjadi rakan seperjuanganku
Kau selalu mendorong semangat revolusioner
Agar aku terus berjuang dan berjuang
Biarpun tsunami datang membadai
Kau meyakinkan aku
Apa maknanya persahabatan
Di kala aku sudah
Sangsi dengan persahabatan suci
Dan aku lupakan arti persahabatan sangsi
Mungkin ada sebab tersendiri
Kenapa ada kesangsian dalam persahabatan
Tapi bagaimanapun sangsi persahabatan itu
Aku mahu bersangka baik
Pasti ada hikmahnya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Jika kita faham falsafah itu
Pasti akan tenang jiwa kita
Tanpa mempersoalkan
Biarpun tak berkekalan di alam maya
Moga kasih persahabatan terpatri Di Syurga Aamminn
Sahabatku Garijio Gondokusumo...
Hati ini terlalu terharu
Pabila mengenangkan perjuanganmu
Mengabdikan diri untuk rakyat negaramu
Kau lupakan kepentinganmu
Kau korbankan kehidupanmu untuk rakyat
Sedangkan hidupmu sengsara hanya DIA yang tahu
Kebahagiaan untukmu bukan matlamat hidupmu
Yang ada di hatimu
Kesejahteraan rakyat
Kesejahteraan anak cucu
Murni perjuanganmu
Andai kata ku mampu
Kan kubantu perjuangan sucimu itu
Insya-Allah Aamiin
Cuma yang dapat ku bantu
Melayangkan puisi-puisi karyaku bertemakan
Para Pejuang yang telah
Berjasa kepada negaramu
Itulah cagaran cintaku
Untuk negaramu
Moga kau dan rakyat di benua sana
Sudi menerima puisi-puisi yang kukarangkan
Siapalah aku untuk mengarang puisi
Yang hebat kerana aku
Bukanlah anak pertiwi Indonesia
Yang tahu sejarah nenek moyang mereka
Tapi demi kasihku pada negaramu
Itulah semampu daya yang kukarangkan
Jika ada ketidak sempurnaan pada
Puisi yang kukarangkan maafkan aku
Duhai rakyat Indonesia yang kukasihi
Moga persahabatan di antara dua benua ini
Maka terjalinlah juga persahabatan di antara dua negara
Yang saling bekerjasama dalam ikatan ukhuwah
Rumpun Melayu Nusantara
Abadi selama-Nya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
18 hours ago · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
MOGA KASIH SAYANG KITA DIREALITIKAN SEHINGGA KE SYURGA-NYA AAMIIN
MILAD BUNDA RABEAH
By. FIAPRADITA , 13 Agustus 2012
Ya Allah ….
Terima kasih telah kau berikan kebahagiaan
Bagi Sahabat tercinta
Hari ini dibulan Ramadhan yang mulia
Adalah hari jadinya
Betapa indah karya-karyanya
Betapa luhur budi pekertinya
Dalam alunan kata dan kalimat
Dia jalin silaturahim
Dia bangun persahabatan yang hakiki
Dia si’arkan segala kebaikan
Dia tenangkan hati yang gundah
Dia sebarkan kecerian embun pagi
Berikan dia perisai Ya Rab
Agar selalu tabah dalam deritanya
Berikan dia kekuatan Ya Rab
Agar tegar menghadapi guncangan
Karena kehadirannya selalu kami rindukan
Dalam setiap deburan ombak
Dalam cahaya purnama
“ Happy Milad Bunda Rabeah”
NANDA PRADITA FIA
PERMATA SYURGA
Ya Allah...
Di kala aku tak berdaya
Dalam berpena
Melakarkan kata-kata di kanvas muka buku
Dia tak jemu meniupkan api lilin
Perjuanganku ...
Seolah semangatnya masuk
Ke dalam semangatku
Biarpun dia jauh di benua sana
Biarpun dia sibuk dengan kehidupannya
Yang dipertanggujawabkan ke atasnya
Tapi masih sudi meluangkan masa
Untuk membaca karyaku dan
Tak jemu memberi semangat padaku
Hinggakan tanganku yang longlai ini
Hinggakan dunia sasteraku yang hampir nazak
Menjadi lebih bertenaga dengani izin-Mu jua
Makanya Ya Allah atas kebaikannya itu
Padaku itu Ya Allah
Kau pandanglah
Usaku usaha dia dan usaha semua rakan sastraku
Dalam berpena untuk
Meng-Agungkan-Mu
Meng-Esa-kan-Mu
Meng-Cintai-Mu
Merindui-Mu
Berbuat baik pada manusia
Berbuat baik pada-Mu
Seperti yang Kau tuntut dalam agama-Mu
Moga apa yang kami tulis ada Nilaian di Sisi-Mu Ya Allah
Itulah matlamatnya kami menulis Ya Allah
Mahukan pandangan-Mu
Mahukan Kasihan Belas dari-Mu
Di bulan Yang Maha Berkat Ini
Di mana kesemua Pintu-Pintu Syurga
Terbuka seluasnya untuk para hamba-Mu
Maka catatkanlah namaku, ahli keluargaku,
Semua sahabatku dan pembaca setia karya-karyaku
Menyokong dunia karyaku ke Syurga-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Terima kasih nanda Pradita Fia
Kerana sudi menjad rakan fb bunda
Nandalah Permata Syurga
Kurniaan dari Allah SWT
Untuk bunda hargai dan syukuri
Tanda persahabatan kita yang suci murni ini
Karyamu karyaku ...
Kubingkaikan indah
Agar dapat dikongsikan bersama
Dengan pembaca alam maya
Agar mereka tahu
Betapa indahnya
Persahabatan kita
Atas dasar sayang menyayangi
Kerana-Nya
Moga persahabatan kita dapat
Di teruskan hingga ke Syurgawi
Aamin Ya Rabal A'Lamin
YANG MENYAYANGIMU DEMI-NYA
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU PUTRI RIMBA NIAGARA
Istimewa kek hari jadi buat rakan baik yang ku hormati dan kasihi.
Selamat Hari Lahir....
Ucapan Tulus Ikhlas Daripada Sahabatmu : Datuk Jem
PERSAHABATAN SEWANGI KASTURI
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Kepada rakan Fbku Datuk Jem yang setia
Terima kasih kerana sudi memberi ucapan Hari Jadi
Kesudianmu menjadi sahabat Fbku sejak dari mula berkenalan
Di fb ...kau terima aku apa adanya aku
Biarpun di kala aku disepikan
Perlukan para sahabatku untuk menyokongku
Kau hadir di kala aku susah dan senang
Bila kau sepikan aku kerana kesibukanmu
Ada juga terdetik ingin menyepikan mu
Di ombak rindu kerana terdera rindu
Tapi mengenangkan kau sibuk selalu
Dengan kerjayamu yang perlukan komitmen tinggi
Ku sabar saja
Dan ku tahu rinduku ada selalu di hatimu
Sebab itulah berat rasa hati untuk menyepikanmu
Terdera rindu tak apalah ku tahankan juga...
Yang terharunya aku biar sibuk bagaimanapun
Kau tetap ada luangkan masa untuk membaca
Karya-karyaku yang ada di fb
Terima kasih kerana sudi menghargai karya-karyaku
Biarpun kau bukanlah orang sastera
Tapi minat juga menghayati dunia sasteraku
Yang kudambakan sejak di alam kanak-kanak lagi
Hinggakan mereka kata aku hidup
Di dunia fantasi dan angan-angan
Yang tak akan menjadi realiti
Tapi aku yakin jika
Allah SWT mengatakan KUN FAYAKUN
Yang fantasi boleh jadi realiti Aamiin
Dan aku yakin setiap apa yang
Kukaryakan itu yang baik-baik
Semua-Nya dari Allah Azzawajallah
Dan yang lemah itu
Dari kelemahanku sendiri
Rakan fbku Datuk Jem Yang DiSanjungi
Sepanjang kita ber fb
Banyak juga kisah suka dukamu
Kubingkaikan di khazanah warisan bangsa
Tanda ku sanjungi persahabatan kita
Walaupun cuma di alam maya
Mana tahu kisahmu
Yang kuhidangkan di alam maya
Untuk pembaca alam maya
Memberi manfaat pada semua pembaca
Mana tahu ada nilaian di Sisi-Nya Aamiin
Moga saham akhirat itu dikreditkan pahala-Nya
Juga dalam akauan akhiratmu akauan akhiratku Aamin
Rakan fbku Datuk Jem Dikasihi sepenuh
Roh dan jasad
Kau juga pencetus inspirasiku untuk berkarya
Karya-karya mengenai perniagaan mu dan
Kisah-kisah mu dengan rakan-rakan fbmu
Telah menarik hatiku... sungguh menghiburkan hati tapi
Masih lagi menjaga adap sopan persahabatan
Aku amat suka caramu melayani
Semua rakan-rakan fbmu
Saling hormat menghormati
Biarpun kau dan mereka
Berdarjat, berpangkat
Bergelar Raja, Tan Sri, Datuk Sri, Dato' , Datin
Tapi itu tidak menghalang yang berpangkat
Saling hormat menghormati di antara satu sama lain
Dengan orang kebanyakan di hargai dan dikasihi
Dengan orang atasan dihormati lagi disanjungi
Berkata beradap sopan melayu sejati
Tiada makan hati
Yang ada mahu
Bertalisiraturrahim
Dalam jalinan ukhuwah
Kasih mengasihi kerana-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Laman fbmu seperti
LAMAN FB TAMAN-TAMAN SYURGA
Sekalung tahniah untukmu sahabatku
Kerana memiliki laman fb seperti
TAMAN-TAMAN SYURGA
Moga berkat menjalinkan jalinan ukhuwah kerana-Nya
Biarpun di laman FB
Allah Azzawajallah membalas dengan persabatan dipatrikan
Sehingga Di Syurga-Nya kelak
Aamin Aamin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DATUK JEM SAHABATKU,
KAWAN SETIA SEHIDUP SEMATI;
BERSAHABATAN TANPA JEMU,
PERSAHABATAN SEWANGI KASTURI.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
HARI KEMENANGAN YANG BERPUASA;
MAAF ZAHIR BAHTIN DATUK SERI.
PERSAHABATAN DIINGATI SENTIASA.
'MENYANJUNGIMU MENYAYANGIMU DEMI-NYA'
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
SAHABATMU DARI RIMBA NIAGARA,
RABEAH MOHD ALI
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
9 hours ago · Edited · Like · 1
24 Ramadan 1433H
Like · · Unfollow Post
Ahmad Tajuddin likes this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
SELAMAT ULANG TAHUN SAHABATKU
Alhamdullilah..di usia emas ini doan perbuatan setiap insan kecil di mata insan lainnya besar dimata ilahi..semoga di hari yang bahagia ini di tambahkan lantunan nada-nada kasih Ilahi dan pahala diakhir kisah didunia ini.terwujudkan di syurgawi nantinya..Amin
selamat ulang tahun ya sahabat..
Like · · See Friendship · Yesterday at 12:10pm ·
LASKAR MUDA ADEL FADEL RIMBA NIAGARA
Aamiin moga Allah makbulkan doamu untukku
Sahabatku yang dikasihi dunia akhirat
Biarpun kau ada di benua sana
Aku ada di benua sini
Biarpun kau berdarjat dan berpangkat
Tapi tidak kau hiraukan itu semua
Masih sudi berkawan denganku
Biarpun aku berada di rimba ini
Biarpun rakan-rakanku semuanya penghuni rimba
Tapi itu tidak menghalangmu untuk terus berkawan denganku
Yang lebih terharu lagi
Apabila kau sudi
Menyokong setiap perjuanganku di rimba ini
Kau dengan rela hati menyandang jawatan
Sebagai Laskar Muda
Untuk Putri Rimba Niagara
Yang kini sudah ditabalkan menjadi
RATU RIMBA NIAGARA
SEMPENA SAMBUTAN HARI KELAHIRANNYA
Pada 13 Ogos 2012
Jika ada si kunta si kunte
Pasti meriah majlis pertabalan ini
Merekalah yang beria-ia sangat
Mahu hamba di lantik menjadi
RATU RIMBA NIAGARA
Agar penghuni rimba
Hidup dalam aman dan sejahtera
Agar manusia di luar sana tidak berani
Mengganggu ketenteraman dan kedamaian
Rimba Niagara
Terima kasih Laskar muda Adel Fadel
Moga sentiasa sudi menyokong dunia karya hamba
Tanpa jemu
Moga segala kebaikanmu
Allah sahaja yang dapat membalas-Nya
Aamin Ya Rabal A'Lamin
INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
PENGHUNI RIMBA SELALU MENGHARGAI KARYA TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA
Duhai sahabatku...
Di Istana Rimba sekarang semuanya sedang berduka
Segerhana cuaca yang gelap gulita menunggu hujan turun
Ribut petir tidak henti-henti menyabar kiri dan kanan.
Sudah jutaan kali penghuni rimba pesan jangan Tuan Puteri menyumbangkan karya pada mereka...mereka bukan hargai pun
malah satu kesalahan pula...membuat mereka sakit hati...
meluahkan dendam kesumat...
Kami si penghuni rimba ni...yang sentiasa menghargai
karya Tuan Puteri...sentiasa teruja dan ternanti karya tuan puteri
apa nak dihiraukan dengan mereka...biarpun kami cumalah haiwan
tapi kami faham apa itu kasih sayang semurni hati...
sebab itu di akhirat nanti kami tidak diseksa di neraka....
manusia ni tak habis-habis....dengki.....dengki...dengki...
dengki khianat...Tuan Putri berkarya tak henti-henti pun nak sakit hati...apatah dia orang ni ...ada otak letak kat lutut apa....tak nak baca dan like sudahlah ini kutuk dan hina Tuan Puteri habis-habis...
macam nak bunuh karya Tuan Puteri....duhai manusia di luar sana sebelum kalian mahu bunuh karya Tuan Puteri kami...langkah mayat kami dulu....Tuan Puteri kami rela pertaruhkan air mata dan darahnya untuk berkarya...kalian senang-senang saja nak hapuskan karya Tuan Puteri kami...tidak...tidakkk..kami pastikan tak akan terjadi!!!!!
Tuan Puteri bangunlah tuan Puteri...janganlah seksa kami begini...
Kami jumpa tuan puteri dihanyut di lautan asid bergelora dan selamatkan tuan puteri...tuan puteri gembira dan ceria pelangi cinta bersama kami...tapi semenjak bercampur dengan mereka-mereka yang berhati busuk itu...tuan puteri koma semula...kejamnya mereka...madu yang diberi racun yang dibalas...tunggulah...
tunggulah pembalasan dari Tuhan kerana doa orang yang teraniaya tanpa hijab....
Tuan...Puteri...bangun....bangun.... syair ombak rindu...yang tuan puteri karangkan kami bacakan ye....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
Like · · Yesterday at 11:03am ·
Datuk Jem, Ahmad Tajuddin and Adel Fadel like this.
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment