Friday 17 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (456) SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA




BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb

Kepada semua rakan fb dan grup yang mengenali karya hamba...
Sepanjang hamba berkarya...atau berkomunikasi di alam maya
Ada bahasa yang dilarikkan di muka buku alam maya ada
Yang membuatkan rakan-rakan terluka dan terambil hati
Harap sudilah maafkan jangan di simpan di dalam hati
Kalau dalam peti hati senang nak maafkan kalau dalam hati susah sikit
Jadinya maafkan hamba kerana hamba takut sangat jika rakan-rakan
Tak sudi maafkan ...malulah hamba pada Tuhan, di akhirat nanti
Jadi muflis kerana telah membuatkan rakan-rakan hamba tak sudi hendak
Maafkan hamba...makanya kasihanilah hamba dan maafkan hamba di rimba ini.
Maklumlah berhariraya di rimba ini dengan penghuni rimba
Menu makanan kami buah-buahan hutan dan sumber lautan di ombak rindu.
Dan hamba dengan rasa rendah hati telah memaafkan kepada semua
Rakan-rakan hamba sekalian.

MOGA KITA SEMUA MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRAT
DAN PERSAHABATAN KITA DITERUSKAN HINGGA KE SYURGA AAMIIN

'HAMBA YANG MENYAYANGI RAKAN-RAKAN SEMUA DEMI-NYA'

Hamba dan seluruh kawan-kawan hamba di rimba ini
Mengucapkan ;

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATHIN
DARIPADA HAMBA
RABEAH MOHD ALI
RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
18 Ogos 2012
29 Ramadan 1433H

0 comments:

Post a Comment

 
;