Thursday, 16 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - ( 440 ) YA RAMADAN HADIR MU KUTUNGGU PERGIMU KU RINDU KERANA KAU PENAWAR IMAN




HUJAN

selimutkan dukakku suci salju cintamu
biar gigil menghapus rindu

basahkan wajahku dengan ciumanmu
meluntur debuan pesona persalinan siang
airmataku airmatamu berpadu
dingin bicaramu damaikan sendu

runcing jemarimu melukis indah pelangi

Rain Irine
 ·  ·




    • like this.
      • Rabeah Mohd Ali YA RAMADAN HADIRMU KUTUNGGU PERGIMU KURINDU
        MOGA KAU SENTIASA SUDI MENJADI PENGUBAT DI KALA
        AKU KETANDUSAN CINTA ILAHI
        YA RAMADAN AKU CINTA DAN SAYANGKANMU KERANA-NYA
        MOGA ALLAH SWT MENERIMA AMALAN SEMUA YANG BERAMAL
        IKAHLAS KERANA-NYA. AAMIN YA RABBAL A'LAMIN.
        48 minutes ago · 
  • LAMBAIAN TAKBIR

    Kelak jelang hari kemenangan Aidil Fitri
    tersenyum bahagia insan yang sentiasa mentaati
    kecundanglah segala gejolak nafsu
    terhembur segenap resah sendu
    terpisah dari terawih dan tadarus yang menghibur
    alpa pada keasyikan dunia yang mengabur
    berenang dalam lautan cinta rahmat-Nya
    mengamitlah rindu Ramadhan yang mula menyisih
    berganti bulan dari pengabdian Kekasih .

    Akan bertemu lagikah kita untuk sekian kali
    bila terpisah di gema takbir Aidil Fitri
    andai selepas ini aku tiada lagi
    jasadku lebur dimamah bumi
    saat hancur luluh segala indera
    kuharap rahmat-Mu menghapus dosa
    Engkau limpahkan lautan ampun –Mu
    bila tiada daya lagi meraih semua
    matiku biarlah dalam pelukan Khusnul Khotimah
    biar bercucuran segala rahmat dan hikmah
    tidaklah sia-sia aku memegang nyawa
    menjadi khalifah di pelusuk dunia.

    Ya Rabbi
    hanya engkau yang maha tahu
    bila aku sentiasa lemas dalam pesona dunia
    Ramadhan ni biarlah menjadi penghapus dosa.

    Che Fauziah Idris
    Kuala Kurau
    Perak
    15 Ogos 2012
    10.32 pm
     ·  · 
     ·  ·  · Wednesday at 10:51pm
    • You and 2 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali MOGA MEREKA YANG BERNIAT IKHLAS MAHU PULANG KE PANGKUAN ILAHI DIREDHAI ALLAH SWT TIKA HIDUP DAN MATI. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
        51 minutes ago · 
  • Andai aku adalah segudang benci dan selaut jengkil hati..andai aku tak mampu meraih semua kecintaan saudara, sahabat dan rakan taulan , maya dan juga di mana kalian berada ..andai aku tidak pernah mengerti bahasa hati dan kalam rasa di benak kalian..dengan rendah hati dan penuh hina aku menyembah pohonan maaf dan ampun .. lenyapkanlah segala dosa-dosaku..andai aku sengaja atau tidak pernah tahu kekhilafan diiri,amatlah aku berharap hati kalian berbunga mesra dan penuh cinta saudara....kalau kalian berkenan melupakan semua kesalahanku ..mati pun aku rela bila dosa-dosa terbawa lagi sampai esok lusa....

    SELAMAT HARI RAYA
    MINAL AIDIL WALFAIZIN...
     ·  ·  · Wednesday at 11:18pm
    • You and Fatimah Bt Husin Tim like this.
      • Rabeah Mohd Ali HANYA YANG MENGERTI HATIMU SESEJUK SALJU DI HIMALAYA

        BIARLAH SEMUA MEMBENCIMU
        ASALKAN ALLAH TIDAK MEMBENCIMU
        KERANA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU
        SELAGI KAU IKHLAS DENGAN SETIAP AMALANMU
        53 minutes ago · 

        Berada di penghujung ramadhan..

        Jarak busur bulan dan matahari
        umpama dekatnya tarawih menghampiri witir
        merungkai bahasa tanpa kata
        menyorot dengan lirikan mata
        menyimpan seribu rasa
        seperti kuturunkan kepala di atas debu
        saat bertemuNya walau jarang lima waktu

        Di saat sepertiga malam menerajang jendela
        ronga-ronga alam di selubungi sunyi
        kembara yang tidak berpenghujung
        indah meski lelah meluruhkan segala hasrat
        sempurna meski tiap langkah bertanya
        panjang dan lama putaran waktu alam lain
        menunggu dan menunggu

        ~amran azahari~
        16 Ogos 2012
         ·  ·
        • like this.
          • Rabeah Mohd Ali Moga penantianmu penantianku penantian semua mereka yang menunggu dimakbulkan Allah. AAmiin Ya Rabbal A'Lamin.
            19 hours ago ·

            SALAM SYAWAL MENGUNDANG RAHMAT ILAHI

            BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
            "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi"

            السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
            ASSALAMUALAIKUM
            "Sejahtera ke atas kamu"

            MAAFKAN SEGALA KESALAHANKU DAN SEKELUARGAKU
            KEPADA DIRI KAMU....YANG BERLALU MAHUPUN BELUM
            BERLALU....KU POHON KEMAAFAN KEPADAMU
            DENGAN SEJUJUR IKHLAS DIHATI KAMU

            LUPAKAN KISAH DUKA DAN LARAMU
            JIKA ITU MEMBEBANKAN BAGI DIRIMU
            APA PUN YANG MENIMPA KEATAS DIRIMU
            SEMUANYA MENGAJAR KITA SUATU ERTI
            KEHIDUPAN SEPANJANG HIDUP

            WALAUPUN ADA YANG TIDAK SUKA AKAN DIRIKU
            NAMUN KITA ADALAH SAMA SAJA DIDUNIA INI
            HANYA MAMPU MENGHARAPKAN BELAS INSAN
            KEPADA YANG MAHA MENGUASAI
            SEBAGAI PENGUAT SEGALA URUSAN DIDUNIA INI

            JANGANLAH BERSEDIH DIHATI INI
            MENGENANGKAN NASIB YANG BELUM PASTI
            APA YANG AKAN MENIMPA DIRI KITA INI
            BERSABARLAH DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN INI
            DAN SENTIASA BERSYUKURLAH
            SEGALA NIKMAT DIBERI KEPADA INSAN DIDUNIA INI
            AGAR DIBERKATI DAN DIREDHAI SERTA DIRAHMATI
            BERPANJANGAN HAYAT HIDUP INI

            SALAM KEPADA SEMUANYA YANG CERIA DAN GEMBIRA SELALU DIHATI INI
            DENGAN KEHADIRAN BULAN YANG PENUH KERIANGAN INI
            TIDAK LAMA LAGI AKAN DISAMBUT SELURUH UMMAT ISLAM DIDUNIA INI
            HARI KEMENANGAN BAGI KITA SEMUA MERAIHI
            "HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
            "KU SUSUN SEPULUH JARI"
            "MEMOHON MAAF DIATAS KESALAHANKU INI"
            .......^_____^......,SENYUMAN MANIS DIAIDILFITRI
            MEMBUATKAN HATI KITA SENANGI SEKALI....MERAIH HARI-HARI YANG INDAH INI
            DISAMBUT DENGAN KERIANGAN DAN GEMBIRA SEKALI

            TULUS IKHLAS DARIPADA SAYA DHK ZS MKI DAN SEKELUARGA MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

            SALAM SYAWAL MENGUNDANG RAHMAT ILAHI

            SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
            KEPADA RAKAN-RAKANKU SEKELUARGA
            DI PAGI RAYA WAJAH BERSERI
            BERMAAFANLAH KITA DI PAGI RAYA

            BERSYUKUR KITA DI PAGI RAYA
            KERANA KEMENANGAN YANG BERPUASA
            MOGA ALLAH TERIMA PUASA KITA
            DUNIA AKHIRAT KITA BAHAGIA

            DI PAGI RAYA SANAK SAUDARA DATANG
            SALING KUNJUNG MENGUNJUNG
            BERMAAFAN PENUH KASIH SAYANG
            ITU TANDANYA MULIA KASIH SAYANG

            TAKBIR RAYA BERKUMANDANGAN
            SYAHDU RASA DI HATI
            KERANA MENINGGALKAN RAMADAN
            SYAWAL DISAMBUT SYUKUR PADA ILAHI

            DI PAGI RAYA MENZIARAHI KUBURAN
            PADA YANG TERSAYANG MASIH BERBEKAS DI HATI
            DIIRINGI DOA PENUH KEKUSYUKKAN
            MOGA ROHMU ALLAH REDHAI

            HARUMAN CEMPAKA DAN SEROJA
            MENGHARUM MEWANGI DI KUBURAN
            TIKA BERDOA BERGUGURAN BUNGA SEROJA
            MENGINDAHKAN LAGI SUASANA DI KUBURAN

            AIR MATA BERGUGURAN
            MEMBASAHI PIPI TIKA BERDOA
            MOGA DOA SAMPAI PADA-MU TUHAN
            ROH YANG TERSAYANG AMANLAH DI SANA

            BIARPUN SUDAH LAMA MENINGGALKAN DUNIA
            KASIH SAYANG TETAP ABADI
            SEHARUM BUNGA CEMPAKA DAN SEROJA
            MOGA KASIHKU KASIHMU DI SYURGA TERPATRI

            KITA YANG HIDUP AKAN KE SANA JUGA
            MASA HIDUP MENDOAKAN SI MATI
            MASA KITA MATI YANG HIDUP MENDOAKAN KITA
            ITULAH BALASAN KASIH SEIKHLAS HATI

            SEMASA ADA PELUANG KITA BERHIDUP
            KASIH MENGASIHI KERANA-NYA
            RAMAI MUSUH SENGSARANYA HIDUP
            SALING MEMAAFKAN MENGUNDANG RAHMAT-NYA

            INDAHNYA HIDUP SALING HORMAT MENGHORMATI
            TIADA RASA MEMBANGGA DIRI
            TIADA RASA KESEMPURNAAN DIRI
            SEMUANYA MAHU MATI ALLAH REDHAI

            SALAM KEMAAFAN SAUDARA SEISLAM DISAYANGI
            SALAM SILATURRAHIM SEHARUM KASTURI
            SALAM UKHUWAH KASIH ABADI DI HATI
            SALAM SYAWAL MENGUNDANG RAHMAT ILAHI

            KARYA RATU RIMBA NIAGARA
            15 Ogos 2012
            26 Ramadan 1433H

            AGAR TAMAN-TAMAN SYURGA KITA MILIKI AAMIIN

            Ketupat rendang makanan melayu,
            Dihidangkan di pagi Syawal;
            Moga persahabatan tak pernah layu,
            Bermaaf-maafan di pagi Syawal.

            Indah berseri di pagi raya,
            Sanak saudara kunjung mengunjung;
            Jika ada salah dan silap saya,
            Harap maafkan duhai sahabat yang disanjung.

            Bermaaf-maafan amalan yang mulia,
            Lupakan segala kekhilafan yang ada;
            Allah suka amalan yang mulia,
            Wajah berseri bak bulan purnama.

            Budi bahasa budaya melayu,
            Berkata indah seindah bahasa;
            Beradap sopan bahasa melayu,
            Menjadi kebanggaan pejuang bahasa.

            Jangan malu berbahasa melayu,
            Kerana itu bahasa moyang kita;
            Marilah kita memartabatkan bahasa melayu,
            Agar tak kecewa anak cucu kita.

            Hidup biarlah berbudi,
            Kerana kita akan tinggalkan dunia ini;
            Budi disemai bukan untuk dibanggai,
            Tanda kita pernah hidup di dunia ini.

            Jadi apa nak dikisahkan hidup ini,
            Kerana hidup setetes cuma;
            Asalkan tenang roh dan jasad ini,
            Apabila bertemu Ilahi yang tercinta.

            Marilah kita sama-sama muhasabah diri,
            Merebut peluang sementara nafas masih ada;
            Jangan dengki mendengki sesama sendiri
            Kerana itu akan memakan amalan kita.

            Kaya macam mana pun mati.
            Miskin macam mana pun mati;
            Cantik macam mana pun mati,
            Semuanya akan pasti mati.

            Yang kaya mati tinggalkan harta,
            Yang miskin mati tak ada apa-apa;
            Dah mati yang cantik dah tak ada apa,
            Yang dibawa ke kubur amalan juga.

            Jadi apa nak dikisahkan dengan harta,
            Jadi apa nak dikesahkan dengan kemiskinan;
            Jadi apa nak dikesahkan dengan cantik yang ada,
            Semuanya bernilai jika ada keinsafan dalaman.

            Dah mati nak menyesal tak berguna,
            Nak tebus kematian dengan harta dah terlambat;
            Makanya tempuhlah juga dengan gundah gulana,
            Apa nak buat semuanya sudah terlewat.

            Menangis sepenuh bumi kerana penyesalan,
            Mahu Allah kembalikan ke bumi semula;
            Asalkan dapat beramal sebagai bekalan,
            Sudah terlambat tiada peluang kedua.

            Takutnya jika itu terjadi kepada kita semua,
            Biarlah kita menangis merayu-rayu tika di dunia ini;
            Pasti Allah dengari rayuan kita,
            Kerana nyawa belum sampai di kerongkong ini.

            Bahagianya jika kita semua dapat muhasabah diri,
            Saling ingat mengingati di hari kematian;
            Alam barzah tiada sahabat sejati,
            Yang ada amalan peneman kesepian.

            Tika hidup kita mulia,
            Mulia pada pandangan Ilahi;
            Mulia pada pandangan manusia tiada erti,
            Kerana mati amalan juga yang dibawa pergi.

            Kubur adalah tempat persinggahan kita,
            Berihat di Taman-Taman Syurga;
            Seksa menyesakan azab neraka,
            Makanya kita sendiri yang membuat pilihannya.

            Pastinya semua mahu ke Taman-Taman Syurga,
            Pastinya kita mahu berubah dari sekarang ini;
            Merebut peluang sebanyak-banyaknya,
            Agar Taman-Taman Syurga kita miliki.

            Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

            KARYA RATU RIMBA NIAGARA
            14 Ogos 2012
            25 Ramadan 1433H
            Like · ·

            Selamat Menyambut Aidilfitri..
            Maaf Zahir & Batin..

            Den Kasturi:

            MAAF ZAHIR & BATIN
            CUBA PANDANG LELAMA MUKA SAYA NIE...
            TAKKAN TAK BOLEH NAK MAAFKAN KOT....

            Putri Rimba Niagara:

            Kerana dah sampai juleng mato den dah maafkan
            hehehe

            Den Kasturi:

            selamat hari raya sume... terime le pantun raya hentam saja nih...

            hari raya jangan main mercun,
            bawak kereta hati hati,
            pakai baju raya cun melecun,
            jangan bantai ketupat sampai tak boleh berdiri.

            selamat hari raya maaf zahir dan batin.. kalo ade sudi jawap le pantun nih :p kikikiki
            Unlike · ·
            like this.

            Putri Rimba Niagara:

            Pakai baju raya cun melecun,
            makan ketupat bersama rendang;
            salah dan silap harap maafkan,
            buang yang keruh hilangkan yang meradang.

            hehehehe dah jawab ok

            (PETIKAN DARIPADA GRUP MELAYU ISLAM BERSATU & RATU RIMBA NIAGARA)
            15 Ogos 2012
            26 Ramadan 1433H
             ·  ·



            Salam ukhwah buat semua..
            terima kasih menjemput saya di ruang ini
            selamat beribadah berpuasa buat
             ·  ·

            • Sya yang add Nukilan Pena Ilhamku disini..slam selamat berkrya..
              August 9 at 11:01am ·  · 1
            • Rabeah Mohd Ali MOGA PENAMU PENAKU PENA SEMUA ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
              55 minutes ago · 

              • dalam
                sastera ada santun..ada susila..
                ada bahasa-bahasa yg membuka minda..
                ada naluri dan penuh jawapan...
                sastera terindah..
                datang ..bawa.. dan pergi untuk-NYA..
                 ·  ·  · Wednesday at 9:39am
                • You and 3 others like this.
                  • Rabeah Mohd Ali AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

                    SASTERA INDAH KERANA BAHASA DARI KALBU
                    BAHASA DARI KALBU DATANG DARI-NYA
                    SEBAB ITU SASTERA ITU INDAH...
              • ‎~malam-malam terakhir ~

                rindu berkembangan
                di rendang pepohon taqwa
                merebak harum malam-malam terakhir
                semarakkan asmaMU dan lembaran suciMU
                ayat-ayat cinta penyembuh luka pengerat asmara
                tak ingin berpisah,
                namun ketetapan berlansung jua

                jernihkan kesalahanku sambutlah istigfarku
                maghfirahkan keterlanjuran cintaku
                rindu berlebihan sesama makhluq
                lunturkan debuan kesalahanku dengan siraman rahmat maghfirahMU.

                detik-detik kian suntuk..
                berikan aku kesan terindah, ya Ramadhan.

                Rain Irine
                15Ogos12
                 ·  ·  · Wednesday at 9:38pm
                • You and 2 others like this.
                  • Rabeah Mohd Ali YA RAMADAN HADIRMU KUTUNGGU PERGIMU KURINDU
                    MOGA KAU SENTIASA SUDI MENJADI PENGUBAT DI KALA
                    AKU KETANDUSAN CINTA ILAHI
                    YA RAMADAN AKU CINTA DAN SAYANGKANMU KERANA-NYA
                    MOGA ALLAH SWT MENERIMA AMALAN SEMUA YANG BERAMAL
                    IKAHLAS KERANA-NYA. AAMIN YA RABBAL A'LAMIN.
                    about an hour ago ·  · 1
              • LAMBAIAN TAKBIR

                Kelak jelang hari kemenangan Aidil Fitri
                tersenyum bahagia insan yang sentiasa mentaati
                kecundanglah segala gejolak nafsu
                terhembur segenap resah sendu
                terpisah dari terawih dan tadarus yang menghibur
                alpa pada keasyikan dunia yang mengabur
                berenang dalam lautan cinta rahmat-Nya
                mengamitlah rindu Ramadhan yang mula menyisih
                berganti bulan dari pengabdian Kekasih .

                Akan bertemu lagikah kita untuk sekian kali
                bila terpisah di gema takbir Aidil Fitri
                andai selepas ini aku tiada lagi
                jasadku lebur dimamah bumi
                saat hancur luluh segala indera
                kuharap rahmat-Mu menghapus dosa
                Engkau limpahkan lautan ampun –Mu
                bila tiada daya lagi meraih semua
                matiku biarlah dalam pelukan Khusnul Khotimah
                biar bercucuran segala rahmat dan hikmah
                tidaklah sia-sia aku memegang nyawa
                menjadi khalifah di pelusuk dunia.

                Ya Rabbi
                hanya engkau yang maha tahu
                bila aku sentiasa lemas dalam pesona dunia
                Ramadhan ni biarlah menjadi penghapus dosa.

                Che Fauziah Idris
                Kuala Kurau
                Perak
                15 Ogos 2012
                10.32 pm
                 ·  ·


                  • like this.
                    • Rabeah Mohd Ali MOGA MEREKA YANG BERNIAT IKHLAS MAHU PULANG KE PANGKUAN ILAHI DIREDHAI ALLAH SWT TIKA HIDUP DAN MATI. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
                • Andai aku adalah segudang benci dan selaut jengkil hati..andai aku tak mampu meraih semua kecintaan saudara, sahabat dan rakan taulan , maya dan juga di mana kalian berada ..andai aku tidak pernah mengerti bahasa hati dan kalam rasa di benak kalian..dengan rendah hati dan penuh hina aku menyembah pohonan maaf dan ampun .. lenyapkanlah segala dosa-dosaku..andai aku sengaja atau tidak pernah tahu kekhilafan diiri,amatlah aku berharap hati kalian berbunga mesra dan penuh cinta saudara....kalau kalian berkenan melupakan semua kesalahanku ..mati pun aku rela bila dosa-dosa terbawa lagi sampai esok lusa....

                  SELAMAT HARI RAYA
                  MINAL AIDIL WALFAIZIN...
                   ·  · 

                    • like this.
                      • Rabeah Mohd Ali HANYA YANG MENGERTI HATIMU SESEJUK SALJU DI HIMALAYA

                        BIARLAH SEMUA MEMBENCIMU
                        ASALKAN ALLAH TIDAK MEMBENCIMU
                        KERANA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU
                        SELAGI KAU IKHLAS DENGAN SETIAP AMALANMU
                  • Berada di penghujung ramadhan..

                    Jarak busur bulan dan matahari
                    umpama dekatnya tarawih menghampiri witir
                    merungkai bahasa tanpa kata
                    menyorot dengan lirikan mata
                    menyimpan seribu rasa
                    seperti kuturunkan kepala di atas debu
                    saat bertemuNya walau jarang lima waktu

                    Di saat sepertiga malam menerajang jendela
                    ronga-ronga alam di selubungi sunyi
                    kembara yang tidak berpenghujung
                    indah meski lelah meluruhkan segala hasrat
                    sempurna meski tiap langkah bertanya
                    panjang dan lama putaran waktu alam lain
                    menunggu dan menunggu

                    ~amran azahari~
                    16 Ogos 2012

                    · 
                    • like this.
                      • Rabeah Mohd Ali Moga penantianmu penantianku penantian semua mereka yang menunggu dimakbulkan Allah. AAmiin Ya Rabbal A'Lamin.
                      • likes this.
                    • CintaKu tersangkut di langit ke 7
                      mahu meraih seribu bulan
                      dan mendakap Cahaya
                      dalam cairan awan ternoda
                      dapatkah aku merasa ?
                      atau aku hanya diberi angan fatamorgana
                      yang di dalamnya kosong
                      yang di luarnya hampa.......?

                      uuhhh...aku di tampar KasihNya
                      dan menarik diriku ke ruang tetamu
                      ..tinggalkan keputusasaan
                      hingga gunung-gunung bergegar
                      dan membasah kuyup bajuku dengan peluh QadarNya...!!


                        • like this.
                          • Rabeah Mohd Ali 
                            QADAR-NYA MEWANGI SEHARUM SETANGGI SYURGA

                            Biar kau ditampar Kasih-Nya di dunia
                            Daripada disepikan kasihmu di akhirat-Nya
                            Jika kau disepikan di akhirat-Nya...
                            Makanya penyesalan tak tertebus
                            Biarlah bajumu berpeluh dengan Qadar-Nya...
                            Daripada ditenggelami peluh
                            Matahari sejengkal di kepala

                            Tak akan cintamu tersangkut di langit ke 7
                            Kerana kau tidak salah memilih
                            Pilihanmu tepat dan bermatlamat untuk
                            Jalan-jalan ke Syurga-Nya
                            Dan kau tersenyum
                            Penuh kesyukuran
                            Bilamana cintamu melepasi langit ke 7
                            Indahnya pertemuan di kala itu
                            Antara hamba dengan Pencipta-Nya.
                            Moga kau dan aku
                            Diterima-Nya
                            Sebagai Kekasih-Nya...
                            Qadar-Nya
                            Mewangi
                            Seharum setanggi Syurga

                            KARYA RATU RIMBA NIAGARA
                            15 Ogos 2012
                            26 Ramadan 1433H
                      • SEINDAH JANJI-NYA

                        Aku cuba senyum
                        Tapi senyumanku diheret ombak rindu
                        Hinggakan aku terus terusan merindu
                        Ombak rindu...
                        Adakah kau mengerti aku terdera rindukanmu
                        Kau yang mengundang rindu
                        Tapi kau sepikan rinduku
                        Hatiku berhari-hari
                        Berbulan-bulan
                        Bertahun-tahun
                        Dilanda mendung
                        Pabila ombak rindu
                        Menenggelamkan rinduku
                        Sehingga menjani tsunami rindu
                        Mendung yang bertahun-tahun terpendam
                        Turunlah hujan berderai-derai
                        Menjadi mutiara
                        Membasahi bumi
                        Dan pabila jatuh ke bumi
                        Menjadi jutaan kuntuman-kuntuman
                        Bunga-bungan saujana mata memandang
                        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
                        Indah...Indah...Indah...
                        Bagaikan berada di Taman-Taman Syurgawi

                        Begitulah janij Allah Azzawajallah kepada hamba-Nya
                        Yang sabar atas setiap dugaan
                        PABILA DIA BERJANJI PASTI DITEPATI
                        SEINDAH TAMAN SYURGAWI
                        SEINDAH JANJI-NYA

                        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
                        14 Ogos 2012
                        25 Ramadan 1433H

            AGAR TAMAN-TAMAN SYURGA KITA MILIKI AAMIIN

            Ketupat rendang makanan melayu,
            Dihidangkan di pagi Syawal;
            Moga persahabatan tak pernah layu,
            Bermaaf-maafan di pagi Syawal.

            Indah berseri di pagi raya,
            Sanak saudara kunjung mengunjung;
            Jika ada salah dan silap saya,
            Harap maafkan duhai sahabat yang disanjung.

            Bermaaf-maafan amalan yang mulia,
            Lupakan segala kekhilafan yang ada;
            Allah suka amalan yang mulia,
            Wajah berseri bak bulan purnama.

            Budi bahasa budaya melayu,
            Berkata indah seindah bahasa;
            Beradap sopan bahasa melayu,
            Menjadi kebanggaan pejuang bahasa.

            Jangan malu berbahasa melayu,
            Kerana itu bahasa moyang kita;
            Marilah kita memartabatkan bahasa melayu,
            Agar tak kecewa anak cucu kita.

            Hidup biarlah berbudi,
            Kerana kita akan tinggalkan dunia ini;
            Budi disemai bukan untuk dibanggai,
            Tanda kita pernah hidup di dunia ini.

            Jadi apa nak dikisahkan hidup ini,
            Kerana hidup setetes cuma;
            Asalkan tenang roh dan jasad ini,
            Apabila bertemu Ilahi yang tercinta.

            Marilah kita sama-sama muhasabah diri,
            Merebut peluang sementara nafas masih ada;
            Jangan dengki mendengki sesama sendiri
            Kerana itu akan memakan amalan kita.

            Kaya macam mana pun mati.
            Miskin macam mana pun mati;
            Cantik macam mana pun mati,
            Semuanya akan pasti mati.

            Yang kaya mati tinggalkan harta,
            Yang miskin mati tak ada apa-apa;
            Dah mati yang cantik dah tak ada apa,
            Yang dibawa ke kubur amalan juga.

            Jadi apa nak dikisahkan dengan harta,
            Jadi apa nak dikesahkan dengan kemiskinan;
            Jadi apa nak dikesahkan dengan cantik yang ada,
            Semuanya bernilai jika ada keinsafan dalaman.

            Dah mati nak menyesal tak berguna,
            Nak tebus kematian dengan harta dah terlambat;
            Makanya tempuhlah juga dengan gundah gulana,
            Apa nak buat semuanya sudah terlewat.

            Menangis sepenuh bumi kerana penyesalan,
            Mahu Allah kembalikan ke bumi semula;
            Asalkan dapat beramal sebagai bekalan,
            Sudah terlambat tiada peluang kedua.

            Takutnya jika itu terjadi kepada kita semua,
            Biarlah kita menangis merayu-rayu tika di dunia ini;
            Pasti Allah dengari rayuan kita,
            Kerana nyawa belum sampai di kerongkong ini.

            Bahagianya jika kita semua dapat muhasabah diri,
            Saling ingat mengingati di hari kematian;
            Alam barzah tiada sahabat sejati,
            Yang ada amalan peneman kesepian.

            Tika hidup kita mulia,
            Mulia pada pandangan Ilahi;
            Mulia pada pandangan manusia tiada erti,
            Kerana mati amalan juga yang dibawa pergi.

            Kubur adalah tempat persinggahan kita,
            Berihat di Taman-Taman Syurga;
            Seksa menyesakan azab neraka,
            Makanya kita sendiri yang membuat pilihannya.

            Pastinya semua mahu ke Taman-Taman Syurga,
            Pastinya kita mahu berubah dari sekarang ini;
            Merebut peluang sebanyak-banyaknya,
            Agar Taman-Taman Syurga kita miliki.

            Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

            KARYA RATU RIMBA NIAGARA
            14 Ogos 2012
            25 Ramadan 1433H
             ·  ·

            • MOGA KASIH SAYANG KITA DIREALITIKAN SEHINGGA DI SYURGA-NYA AAMIIN

              MILAD BUNDA RABEAH
              By. FIAPRADITA , 13 Agustus 2012

              ...Continue Reading
               ·  ·  · Tuesday at 11:04am
            • Langit menangis…
              gemintang terkikis..
              gunung bergetar..
              halilintar menggelegar..
              awan –awan terkapar..
              dalam hening..
              malaikat begitu bening..
              mencumbu Sang Jamal..
              dengan untaian mahakaryaNYA
              Wangi hati..
              merasuk…
              tiap sanubari..
              bila kau hayati kelopaknya..
              maka kau pun kan bermekaran bagai ...bunga..
              ..dan..
              tumbuh sayap kupu-mu..
              meninggalkan kepompong dosa..
              dan dahaga akan cahayaNYA..
              mata air hatimu bagai zam-zam..
              dan seketika nanar..indah tenggelam..
              dalam nafasNYA..
              kau dapati anggur dan manis madu Firdaus…
              namun titian tidaklah mudah..
              dan tak jarang..langit Mekah memerah..
              akan badai dan jiwa yang landai…
              rindu laksana nadi…
              bergulir memecah..
              gelombang pasang..
              samudera waktu..
              namun hati tak mungkin sangkal…
              betapa salju kan runtuh..
              mentari kan rubuh…
              akan dahsyatNYA…
              O..betapa harum itu mengalir…
              mengukir…
              keindahan yang memusnahkan kata…
              dan cinta adalah bahasa jiwa..
              dimana mawar itu mewangi sempurna bersama ayatNYA

              NAJWA SAAHIRA

               ·  · 
            • like this.

              • Fatimah Bt Husin Tim Ibnu Sina cendekawan Islam yg sanggat sya kagumi ,knapa pakai namanya , adakah anda sehebat dia....
              • Ibnu Sina Wanita-wanita Mulia yang bernama Fatimah:

                Fatima bint Asad (ibu dari Imam Ali bin Abi Thalib)

                Fatima bint Hizam al Qilabiyah (istri kedua Ali bin Abu Thalib)

                Fātima bint Mūsā (putri Imam Musa al Kadzim, saudara perempuan Imam Ali Reza)

                Fatimah bint Amr (nenek Nabi Muhammad saw, istri Abdul Mutholib)

                Fatimah Az Zahra (putri Rasulullah saw, istri Ali bin Abi Thalib)

                Fatimah bint Husayn (putri Husain, saudara perempuan Ali Zainal Abidin)

                Fatimah bint Hasan (ibu dari Imam Muhammad al Baqir, istri dari Imam Ali Zainal Abidin, putri Imam Hasan)

                Fatimah bint al-Khattab (adik perempuan Umar bin Khattab)

                Fatimah binti Za’idah (ibu Khadijah)

                apakah anda semulia mereka ?
                Tuesday at 7:19am ·


                  • Maaf andainya pertanyaan sya mambuat anda tersinggung bicara..bukan niat nak utk menghina ,sya berharap dapat menkagumi andai seperti mana sya kagum dgn Ibnu Sina cendekawan Islam ternama itu..Banyak Fatimah yg anda sebut ,sya hanya sebutir pasir di bawah tapak kaki sesorang di sapu entah kemana, hadir entahkan tidak hanya tahu diri akan kembali padaNya..yg mencipta Fatimah Bt HJ Husin Tim.
                    Tuesday at 9:20am ·  · 2
                  • Rabeah Mohd Ali Ibnu Sina cendikiawan Islam ternama
                    Fatimah putri Rasulullah yang soleha
                    Keduanyanya menjadi idola semua umat Islam ...
                    Termasuk juga kamu berdua
                    Mendapat berkat dari nama Ibnu Sina & Fatima.

                    Hamba Allah masuk Syurga bukan kerana banyaknya
                    Amalan tapi kerana dengan Rahmat Kasih-Nya.
                    Kalau dikira amalan hendak ditimbang dengan sebutir pasir
                    Berat lagi timbangan pasir
                    Yang penting dalam suatu amalan yang dibuat ikhlas kerana-Nya.
                    Bukan mahu untuk dinilai oleh manusia
                    Tapi mahukan pandangan Alllah Azzawajallah
                    Moga kita semua tergolong dalam hamba-Nya...
                    Yang sentiasa ikhlas kerana-Nya Insya-Allah Aamiin.


                YANG AKU CARI

                Yang kucari sahabat akhirat
                bukan kawan dunia

                Kenapa?
                Apa bezanya
                sahabat akhirat dengan kawan dunia?

                Memang banyak bezanya
                Seperti langit dengan bumi

                Apa maksudnya?
                Kawan dunia membuat hati jadi leka
                sahabat akhirat menjadi
                penghubungku ke akhirat

                Hidup semuanya
                berdasarkan akhirat
                kerana mahu tidak mahu
                hidup di dunia
                akan menuju akhirat

                Sebab itu pentingnya
                sahabat akhirat
                menjadi pendampingku
                agar hidup ini
                terarah ke akhirat

                Ya Allah kami bersahabat
                dan bertalisiraturrahim
                semuanya keranaMU
                agar kami saling ingat
                mengingat tentang negeri
                yang kekal abadi
                negeri akhirat

                Selagi nafas ini
                dipinjamNya
                hari-hari fikirkan akhirat
                hari ini apa yang terlalai

                Selalu salahkan diri sendiri
                Kenapa aku masih lalai?
                Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
                Kenapa tak mahu berubah?
                Sedangkan negeri akhirat
                selangkah lagi akan kutempuhi

                kerana aku tidak mahu
                penyesalan tanpa tertebus!

                Amat malang kiranya
                sampai ke negeri akhirat
                tanpa amalan yang dikira
                di sisi Allah Taala dan kalau
                ada amalan tetapi ditolak
                tanpa disedari
                rugi juga
                yang penting setiap
                amalan ikhlas
                kerana Allah Taala

                Ya Allah terimalah amalanku,
                ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
                dan orang-orang Islam samada hidup
                dan yang telah meninggal dunia.
                Amin Ya Rabbal A’ lamin.

                Karya: Putri Rimba Niagara
                11 Ogos 2012
                22 Ramadan 1433H
                 ·  ·

                AKU MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

                Aku cemburu
                orang yang solat
                sebab aku tak solat

                aku cemburukan
                orang yang berqiamulail
                sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

                aku cemburukan
                orang yang pandai mengaji
                sebab aku tak pandai

                aku cemburukan
                orang yang berpuasa
                sebab aku tak pernah berpuasa

                aku cemburukan
                orang yang pergi haji
                sebab aku belum pergi

                aku cemburukan
                mereka yang bersedekah
                sebab aku bakhil

                aku cemburukan
                mereka yang berzakat
                sebab aku tak berzakat
                biarpun harta melimpah ruah

                aku cemburukan
                mereka yang suka berbuat baik
                sebab aku anti kebaikan
                sukakan kejahatan

                aku cemburukan
                mereka yang suka berkata yang baik
                sebab aku suka mengumpat mengeji
                menyakiti hati orang
                aku rasakan akulah yang kaya
                akulah yang berkuasa
                akulah yang mempunyai segala yang
                manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

                baru aku tahu kini
                sebenarnya aku terpedaya dengan
                keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

                salah aku juga
                punca aku cemburu kepada mereka
                kerana aku tak tahu
                apa itu
                syahadah
                solat
                puasa
                zakat
                menunaikan haji di Mekah
                Rukun Islam
                yang mesti diamalkan
                dan diimani oleh semua
                orang Islam selagi
                hidup mesti dilakukan
                kerana taatkan perintah Allah.

                Ya Allah ...aku jahil
                aku tak tahu semua ilmu
                yang patut kutahu
                mulai
                detik ini
                saat ini
                sampai bila-bila pun
                aku mahu belajar
                ilmu yang patut aku tahu
                ilmu kemanisan iman.

                Ya Allah...bukakan
                hatiku seluasnya
                untuk
                mencari
                dan
                memiliki
                ilmu kemanisan iman.

                Ya Allah...bukakan
                hati bakal guru-guruku
                mengajarku dengan setulusnya keranaMu
                biar ilmu yang dicurahkan
                meresap terus ke dalam
                roh dan jasadku.

                Yang aku tahu
                neraka tempat yang mengerikan
                dan menakutkan
                segala azab sengsara akan
                dibalas kepada orang yang lalai
                lalai berpunca kerana tak berilmu
                jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
                aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
                rugi dunia akhirat!

                Yang aku tahu
                Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
                dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
                orang yang semasa hidup di dunia ini
                merasai kemanisan iman.

                Ya Allah aku perlukan ilmu Kemanisan Iman
                agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

                Ya Allah terimalah taubatku
                kerana aku si jahil yang sombong
                hidupku selama ini menyeksakan
                rohku sendiri
                kesian rohku yang terseksa...
                berduka di atas kejahilanku.

                Duhai roh maafkan aku
                biarkanmu terseksa dan berduka
                aku terlalai untuk
                menunaikan keperluanmu
                iaitu ilmu Kemanisan Iman
                akan ku belajar dan memiliki
                ilmu Kemanisan Iman
                tanpa jemu dan bosan
                sehingga terhenti nafasku!

                Karya: Putri Rimba Niagara
                11 Ogos 2012
                22 Ramadan 1433H
                 ·  ·


                AKU MAHU PULANG KE PANGKUAN ILAHI DALAM KEADAAN TENANG

                Tolong Tarbiyahkan Aku

                Teman…
                Tolong tarbiyahkan aku
                jika aku lupakanmu
                kerana aku mahu
                bertalisiraturrahim denganmu.

                Teman…
                Tolong tarbiyahkan aku jika
                bicaraku menyinggung hatimu
                kerana aku adalah teman sejatiku.

                Teman…
                Tolong tarbiyahkan aku
                jika aku sombong padamu
                kerana aku tidak mahu
                menjadi bongkak sombong.

                Teman..
                tolong tarbiyahkan aku
                jika aku tergolong
                orang yang riak
                kerana aku takut
                Tuhan membakar amalanku
                lalu campakkan aku
                ke neraka jahannam
                nauzubillah.

                Teman…
                tolong tarbiyahkan aku
                jika aku terlalai daripada
                Mengingati Allah
                Memuji Allah
                Mengagungkan-Nya
                di sebilang masa dan ketika
                kerana aku mahu mati
                dalam kalimah Syurga
                Lailahaillah
                Tiada Tuhan Kecuali Allah.

                Karya: Putri Rimba Niagara
                16 Mei 2012
                May 16 at 4:48am · Like · 1

                Seorang Hamba Dengan Ilmu Laduni

                Dia…
                kirim seorang hamba
                padaku di kala aku
                hampir rebah
                menyembah bumi.

                Hamba itu mempunyai
                jati diri
                berakar tunjang
                yang dipasakkan ke bumi
                lalu…
                lahirlah jutaan akar
                keilmuan berfakta keimanan.

                Kini aku bangun dengan
                sejuta keinsafan
                sejuta harapan
                untuk menggali ilmu
                dengan hamba kiriman
                Tuhanku Tuhannya.

                Moga niat hamba itu
                menyebarkan ilmu Laduni
                yang dimiliki anugerah
                dari Tuhannya
                kepada mereka yang terpilih
                diberi hidayah termakbul

                Berbahagialah mereka
                yang terpilih mendapat
                hidayah dari
                Tuhannya Tuhanku
                Tuhan Sekalian Alam.

                Karya Putri Rimba Niagara
                16 Mei 2012

                Sebelum Pejam Mata

                Hidup ini memang
                Melekakan!
                Melalaikan!
                Aku terkedu
                dalam kelekaanku.
                aku terkesima
                dalam kelalaianku.

                Sebelum pejam mata
                ingin aku berbuat baik
                pada Tuhan
                jua sekelian manusia
                di muka bumi ini.

                Sebelum pejam mata
                ampunkan aku Tuhan
                maafkan aku manusia
                atas segala dosa pada-Mu
                jua kesilapanku pada
                sekelian manusia.

                Izinkan aku bertemu dengan
                Kekasihku dalam wajah yang
                tenang dan berseri
                jika itulah yang kudapat
                hidup ini adalah satu kepuasan buat diriku
                dan aku redha dengan segala ujian
                yang tertimpa ke atasku
                syukur Ya Tuhan aku dihidupkan
                hanya untuk membalas cinta-Mu

                Karya Putri Rimba Niagara
                16 Mei 2012

                JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI

                Bismillahirrahmanirrahim

                Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
                Kau terimalah taubatku
                Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
                Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
                Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
                Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan hamba-Mu
                Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

                Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
                Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
                Matikan aku dalam keadaan
                bersujud pada-Mu
                membaca Qalam-Mu
                berzikir pada-Mu
                berkata yang baik-baik
                menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
                berbuat kebaikan
                bersangka baik dengan-Mu dan manusia

                Ya Allah Tuhan yang kucinta
                Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
                Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
                LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
                Jika itulah yang dapat kulafazkan
                Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
                Akulah hamba-Mu yang bertuah
                Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

                Ya Allah Aku HambaiMu yang terlalu hina
                Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
                Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
                Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
                Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
                Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
                Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
                Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu

                Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
                Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
                Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
                untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

                Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
                Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
                Aamin Ya Rabbal A'Lamin

                Karya Putri Rimba Niagara
                22 Ramadan 1433H
                11 Ogos 2012
                 ·  ·


                MARHABAN YA RAMADHAN ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIRKU




                Putri Rimba Niagara shared Kesultanan Indrapura's photo.
                • shared Syaiful Rahmani's photo.
                  RAMADHAN. BULAN PENUH BERKAH, RAHMAH DAN MAGHFIRAH AKAN SEGERA MENJUMPAI JUMPAI KITA


                  Bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan yang besar. Semua amal...


                • Putri Rimba Niagara  shared Kesultanan Indrapura's photo.
                  Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Semoga kita semua diberikan kemampuan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk dapat melaksanakan Ibadah Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amin Ya Rabb
                   · 

                Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Semoga kita semua diberikan kemampuan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk dapat melaksanakan Ibadah Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amin Ya Rabb
                 · 


0 comments:

Post a Comment

 
;