SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (158) YA ALLAH MUDAHKAN URUSAN DUNIA AKHIRAT KAMI
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Sociedad Argentina de Horticultura sedang bersama Maxima Marcos dan 3 yang lain.
Lluvia de oro en su máxima expresión.
KENANGAN TIKA MENGHADIRI KURSUS PENULISAN 16 TAHUN DAHULU
16 tahun dahulu tika bas yang membawa kami sebagai peserta kursus penulisan menuju ke Tangjung Sedeli Johor Darul Takzim, ku lihat ada kain rentang di tepi jalan berbunyi, 'SELAMAT DATANG PESERTA KURSUS PENULISAN SKRIP PERINGKAT KEBANGSAAN ASWARA KE JASON BAY TANJUNG SEDELI JOHOR DARUL TAKZIM.' hatiku begitu terharu bercampur gembira seolah-olah aku ni tetamu yang ditunggu-tunggu dan dihargai kedatangannya. Aku mulalah berangan...konon-kononnya aku sudah menjadi penulis berjaya...mulalah sepanjangan jalan tersenyum tak sudah.
"Kak Beah...napa tersenyum aje ni...." tanya Suraya yang duduk di sebelahku
"Su tengoklah tu...kita disambut meriah...macamlah kita ni dah menjadi penulis terkenalkan....hihihi"
"Ye lah kak....Su tak perasan pun...entah-entah kedatangan kita disambut dengan paluan kompang.....hihihi"
"Akak ingat akak aje seorang yang perasan...Su juga perasan rupanya...."
Kami berdua tergelak bagai nak putus urat perut hinggakan semua peserta menoleh ke arah kami.
Penceramah yang hadir semuanya hebat-hebat penyampaiannya. Kami peserta kursus belajar di bawah pohon rendang di tepi pantai. Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Pabila petang aku dan Suraya pergi di tepian pantai bermain ombak sambil memerhatikan mentari melabuhkan tirainya. Amat indah dan mempesonakan.
Kursus selama tiga hari . Dapat banyak ilmu penulisan skrip yang ditimba. Aku berjaya juga menghasilkan skrip tapi dalam simpananku aje...ayahanda chik macam mana pula sudah berapa banyak disiarkan? Pasti banyak kan...
Ayahanda Chik telah menambah 5 foto baharu pada album: Kursus Penulisan Skrip Peringkat Kebangsaan ASWARA Ogos 1995 — bersama Mahadi J Murat.
BERHARI RAYA AIDILADHA DI RUMAH MAK UDA
Selepas solat Asar aku, bonda Fatimah, Zana dan Sari pembantu rumah bonda Fatimah, pergi berhari Raya Aidiladha di rumah Mak Uda.
"Siapa itu Mak Uda Kak," Tanya Sari
"Adik kepada Nenek Fatimah," jawabku
Sampai di rumah Mak Uda jam 5.30 petang. Pada ketika itu Mak Uda sedang
melayan tetamunya yang merupakan jiran yang berdekatan.
Kami disambut penuh kekeluargaan dan dijamu dengan pelbagai juadah.
Mak Uda meluahkan apa yang ada di hatinya pada ku.
"Rupanya umur Mak Uda ni dah lapan puluh tahun."
"Umur bonda Fatimah berapa Mak Uda."
"84 tahun bezA dengan Mak Uda 4 tahun."
"Tak sangka dah lapan puluh tahun umur Mak Uda...pejam celik pejam celik
dah tua Mak Uda...rupanya"
"Semuanya akan tua Mak Uda."
"Tua...tua...macam ni pun anak marahkan Mak Uda....." Mak Uda menahan sebak
di dadanya..."Sampai Mak Uda katakan padanya...kalau aku mati janganlah kau
datang tengok...." Mak Uda terus menangis deras.
"Apa puncanya sampai jadi macam tu Mak Uda?"
"Iyelah....ada ke dia kata Mak Uda ni jahat mulut..."
"Kenapa..."
"Begini ceitanya...cucu Mak Uda tu...masa nak bersalin...tapi tak bersalin-salin
susah sangat nak bersalin sampailah hari kedua tika nak masuk wad bedah....
berkat doa Mak Uda....cucu Mak Udah selamat bersalin tanpa pembedahan...syukur
Alhamdulillah."
" Habis tu ...apa yang membuatkan Mak Uda kecil hati sangat ... "
"Ye... dahlah kutuk-kutuk cucu Mak Uda tu...masa mengandung lagi...entah
apa yang dia sakit hati dengan cucu Mak Uda pun tak tahu...sepatutnya tolonglah
anak saudara tu...tapi bila Mak Uda lebihkan sikit dengan cucu Mak Uda tu..
kata tak sayangkan anak-anaknya...sampai kata Mak Uda mulut jahat," Mak Uda
menangis kerana terlalu sedih."
"Sabarlah Mak Uda...doakan kan aje anak Mak Uda tu diberi hidayah. Doa
seorang ibu makbul Mak Uda."
Karya Rha NS
8 November 2011
KUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
Assalamualaikum shbt2...
Tegakkan tauhid....tebarkan sunnah...
MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMIIN
TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
8 November 2021
"SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLA BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
0 comments:
Post a Comment