Thursday 9 February 2012

PANTUN DATUK JEM BOS PENYAYANG PEKERJANYA CEMERLANG!

Sesuatu kerja sekiranya ada perbincangan pasti ia mudah dan selesai,jangan ambil kira siapa diri kita.Yang penting kerja berjalan dengan lancar dan teratur.
 ·  ·  · Wednesday at 10:20pm · 
  • 17 people like this.
    • ICuk Threegfm wah boss dah turun padang ni terbaikkkk
      Wednesday at 10:21pm ·  ·  1
    • Jamhuri Abd Rahman Ini lah yg terbaik Tuan ICuk Threegfm klu kita nk kan satu kepuasan dlm bidang yg kita hasil baik dn bermutu tinggi,sy tak suka goyang kaki kat ofis,sy lebih suka goyang kaki dgn perjalanan yg membuah kan hasil.
      Wednesday at 10:27pm ·  ·  2
    • ICuk Threegfm perghh terbaikk Datuk....sikap ni wajar di contohi Boss sempoii...:) pekerja pon tak malu nk meluahkan masalah mereka..jadi gap antara Datuk dan kakitangan tak la terlalu jauh...:)
      Wednesday at 10:29pm ·  ·  1
    • Ivan Loke Ilmu dan pengalaman goyang kaki tapi masih membuahkan hasil itu, uncle smestinya kena ajar Ivan! hahaha...
      Wednesday at 10:50pm ·  ·  1
    • Lovely Dmmr Marenaa sememangnyerrr wajar kn sbg boss turun padang.... Nah ni baru di sygi pekerja....m
      Wednesday at 10:50pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Datuk Jem bos yang penyayang,
      Prihatin kepada masalah pekerjanya;
      Semua pekerjanya dihargai dan disayang,
      Pekerja cemerlang berbakti seikhlasnya.
      22 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Dari zaman menjadi pekerja bawahan,
      Hingga kini menjadi bos nombor satu;
      Tak pernah wujud rasa kebaggaan,
      Hanya ada rasa syukur pada Allah Yang Satu.
      22 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Nak jadi bos mesti tegas dalam kelembutan,
      Berbicara tak boleh melulu-lulu;
      Fikir sedalamnya setiap perkataan,
      Barulah yang mendengar menusuk di kalbu.
      22 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Jadi bos bukannya mudah,
      Setiap hari kerja menimbun banyaknya;
      Nak cari rezeki bukannya mudah,
      Rezeki berkat menjadi idamannya.
      22 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Tujuan bekerja untuk mencari sesuap rezeki,
      Tapi datuk jem memberi bersuap-suap rezeki;
      Kerana pekerjanya adalah sumber rezeki,
      Saling bekerjasama demi setiap rezeki.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Masa bekerja jangan ada curi tulang,
      Nanti rezeki tak menjadi berkat;
      Datuk jem suka pekerja ringan tulang,
      Syarikatnya maju mendapat rezeki yang berkat.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Pergi bekerja jangan cari masalah,
      Sesama rakan saling beri kerjasama;
      Saling hormat menghormati berkongsi masalah,
      Segala masalah diatasi berkat berkerjasama.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Datuk jem bos yang tiada masalah,
      Ada masalah beritahu saja padanya;
      Akan diselesaikan segala masalah,
      Begitulah hebatnya ikatan bos dengan pekerjanya.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Senyuman pekerja adalah kebahagian bos ,
      Senyuman bos adalah kebahagian pekerjanya;
      Senyuman adalah amalan bos,
      Sebab itu rezeki datang mencurah banyaknya.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Bos selalu memikirkan akan kejayaan syarikatnya,
      Mahukan syarikatnya cemerlang gemilang terbilang;
      Menjadi idaman bos demi kepuasannya,
      Moga syarikatmu sentiasa cemerlang gemilang terbilang.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Setiap pekerja, sahabat dan rakan bisnes,
      Semuanya disanjungi oleh datuk jem;
      Ikatan sentiasa mesra penuh ikhlas,
      Itulah watak yang ada pada datuk jem.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Semoga datuk jem sentiasa menempa kejayaan dalam berbisnes,
      Bisnesmu berjaya di peringkat glokal dan global itu diharapkan;
      Itulah berkat usaha yang penuh ikhlas,
      Kejayaan dan kebahagianmu dunia akhirat kudoakan.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Greatcool nama syarikat Datuk Jem,
      Sudah terkenal di serata dunia;
      Idola Usahawan Gigih adalah Datuk Jem,
      Greatcool sentiasa mencipta nama.
      21 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali GREATCOOL!

      Greatcool...
      Kau dibangunkan oleh seorang usahawan gigih
      Yang tak pernah kenal erti kalah! Putus Asa! Jemu!
      Berusaha terus berusaha untuk sampai ke mercu
      Biarpun tsunami datang membadai semangat juangnya
      Tapi itu tidak dihiraukan olehnya

      Bertahun lamanya dia mengumpul kudrat kekuatan
      Semata-mata ingin memperjuangkanmu hingga jaya
      Keranamu hidupnya sentiasa sibuk ...sibuk...sibuk...
      Mujurlah dia mempunyai sikap yang sempoi dan
      berjiwa sepoi-sepoi bahasa membuatkan rakan taulan
      berasa gembira dan itu menggembirakannya!
      sama-sama gembira sama-sama gelak ketawa
      hilanglah segala tekanan kerja buat seketika...

      Berkat kegigihan dan ketabahannya
      Greatcool berjaya sampai ke mercu kejayaan
      Disambut dengan penuh kesyukuran

      Moga Greatcool...
      Cemerlang Gemilang Terbilang!
      Di persana dunia glokal dan global!

      Karya Rha NS
      9 Febuari 2012
      21 hours ago ·  ·  2
    • Zulkafli Mohd datuk ni mmg hebat la ramai perminat siap bersajak berpantun lagi....ilmu hitam ape kah yg di milikinye ye
      12 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Ini bukan ilmu hitamlah...ini tali pinggang hitam...lah teman...hihihi
      12 hours ago ·  ·  1
    • Jamhuri Abd Rahman Hahahaha...Tergelak beso sy,Pandai lah Tuan Zulkafli Mohd buat dose kering....kan gitu Penasihat ku Rabeah Mohd Ali.......Sy ni kan kah peramah..
      12 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Sebab Datuk Jem terlebih peramahlah makanya rezekinya melimpah ruah...hingga semua bank-bank di malaysia ni penuh dengan duit datuk jem...hihihihi saya penasihat datuk jem...saya tahulah ...hihihihi
      12 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Takut duitnya di rompak...sebab itu saya dihantar belajar ilmu persilatan...hingga dapat tali pinggang hitam... ilmu hitam dijauhkan sebab akan merosakkan bisnes datuk jem nanti dikuatiri tak berkat!
      12 hours ago ·  ·  2
  • (PETIKAN DARIPADA WALL JAMHURI ABD RAHMAN)
    10 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;