Thursday, 9 February 2012

RENUNG SEJENAK

RENUNG SEJENAK

Janganlah kita berbangga dengan kebijaksanaan akal fikir dan sedikit ilmu pengetahuan; kerana akal fikir itu hanyalah sebahagian daripada saluran ilmu. Janganlah berbangga dengan pengetahuan yang ada; kerana belum tentu ilmu pengetahuan itu dapat kita sampaikan kepada yang memerlukan. Dan janganlah kita berbangga sebagai seorang yang bijak sana; kerana sumber segala ilmu dan akal fikir kita memang telah tertulis di Luh Mahfuz sana; dan kita hanyalah ibarat robot ciptaan Allah, yang pada satu saat apabila nikmat hidup ini sudah berakhir, maka kita hanyalah sekujur bangkai manusia yang akan tersadai di lantai, dan tak mampu lagi berfikir bertindak walau pun kita bekas seorang ilmuan yang maha bijak. Allah hu aklam bissawab...
 ·  ·  · Yesterday at 8:37am · 
  • You and 20 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali Namun yang kutahu sahabatku YB AKK tergolong orang yang berilmu tetapi penuh dengan rasa kerendahan hati tanpa ada kebanggaan di hati walaupun sebesar zahrah pun! Allah hu aklam bissawab..
      Yesterday at 8:49am ·  ·  1
    • Rafidah Baurin Sesungguhnya tiada yang sempurna melainkan ALLAH SWT...ALLAHUAKBAR!
      Yesterday at 9:40am ·  ·  3
    • Eddy Kapalu Itulah hakikatnya semakin kita berilmu semakin lah kerdilnya kita disisinya semakinlah nampak kekurangan kita...kebijaksanaan itu adalah kepunyaan Nya kita menyampaikan tanggungjawab itu...dengan kekuatanNya,,,
      Yesterday at 9:51am ·  ·  3
    • Rabeah Mohd Ali Tanpa izinNya untuk mengungkapkan sebaris ayatpun ku tak mampu...begitu hebatNYa Kekuasaan Allah pada setiap hambaNya. Yang penting bersyukur selagi dikurniakan nafas agar dapat menyiapkan bekalan untuk dibawa ke negeri pasti.Moga diterima segala bekalan yang dibawa kita semua. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      Yesterday at 9:56am ·  ·  3
  • (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
    10 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;