Friday, 10 February 2012

WARKAH ISTIMEWA UNTUK DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM



WARKAH ISTIMEWA UNTUK DYMM TUANKU MUDARASULAIL ALASATAM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh
Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam
Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun,
Izinkan patik mengarangkan syair pantun gurindam dan seloka
Untuk santapan minda Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam
dan dikongsi bersama rakyat jelata.

Patik berkarya kerana menghargai Kurniaan dariNya pada patik
Anugerah darinya patik syukuri dalam syahdu dan sendu
Tiada patik harapkan sanjungan melainkan redhaNya dan cintaNya
Moga menjadi bekalan akhirat setelah patik tiada nanti
Sokongan Dymm Tuanku amat patik hargai dan sanjungi
Terharu rasa patik tak dapat hendak diungkapkan dengan kata-kata
Bertambah semangat patik untuk mengarangkan pantun syair gurindam
istimewa untuk seluruh Raja Melayu samada dongengan atau realiti
Tanpa izinNya... patik tidak dapat mengarang kisah-kisah diRaja kerana siapalah
patik hamba yang tak sempurna . Moga dengan izinNya patik dapat menghidangkan
syair pantun gurindam dan seloka dengan jayanya.

Moga Dengan izinNya juga Allah sampaikan kiriman karya-karya patik di angin lalu
untuk Dymm Tuanku Mudarasulail Alasatam...moga Dymm Tuanku sukacita membaca
karya-karya patik dan terhibur hati hendaknya.

Jika ada kekurangan keindahan bahasa diRaja ampunkan patik kerana patik kurang mahir
berbahasa istana tapi patik cuba sebaik yang mungkin agar ianya menjadi lebih sempurna
dan indah Insya-Allah.

Didoakan semoga Dymm Tuanku DiRahmati Dan DiRedhai Allah SWT dari dunia hingga akhirat.
 Amin Ya Rabbal A'Lamin

Ampun Tuanku,

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
Patik Rabeah Mohd Ali @ Rha NS
31 Januari 2012
 ·  ·  · February 1 at 10:26am

  • Wahyu Yudi likes this.
  • (PETIKAN DARIPADA  GROUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    11 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;