Monday, 17 December 2012

TEATER BANGSAWAN DIRAJA KEKECEWAAN RATU RIMBA NIAGARA


Ratu Rimba Niagara updated her cover photo.
Like ·  · 


KEPADA SEMUA PARA HULUBALANG RATU RIMBA NIAGARA
YANG ADA DI MAJLIS INI DAN SEBAGAI RAKAN FB RATU RIMBA NIAGARA

Diminta selamatkan/bela ratu rimba niagara daripada mereka yang
telah menfitnah hamba kerana mengganggu kebahagian ,

"Maksud kami,jangan ganggu Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya kerana mereka sangat bahagia...sudah faham orang rimba?"

Jika kamu tidak bersuara sampai 24 jam diberi tempuh turun gelanggang membela hamba...makanya jawatan kamu sebagai hulubalang hamba akan dilucutkan serta mereka. Harap maklum. Sebab hamba tak suka simpan hulubalang yang pengecut!

Duhai Syahirah Danial Yusof...orang rimba sentiasa menjaga adab ..tutur dan kata...tapi jika dicabar turun ke gelanggang dipijak-pijak sesuka hati sedangkan orang rimbalah yang berbakti di Majlis ini dengan puisi, pantun ,gurindam dan syair bertemakan diRaja...tapi ini balasannya kerabat diRaja di sini...makanya hamba akan tuntut akan kata-katamu hingga ke tetesan darah terakhir!

Walaupun hulu-hulu balang hamba yang dilantik di atas kesekurelaan mereka menjadi hulubalang hamba untuk bersumpah setia bersama hamba tapi paling tadah kerana mahu menjaga hati majlis diRaja ini...hamba tak kisah. Tanpa hulubalang pun tak apa...kerana Tuhan sentiasa bersama hamba...Tuhan sentiasa bersama orang yang benar walaupun orang rimba seprtimana kamu katakan Syahirah orang kota!

Duhai para hulubalang sebelum berpisah dengan kalian semua maafkan hamba
kerana terpaksa gugurkan jawatan hulubalang kepada mereka yang masih tidur tidak prihatin dengan masalah Ratu Rimba Niagara...sedangkan Ratu Rimba Niagara tak tidur malam dari pagi ke petang dari petang ke malam...memerah kodrat pemikiran berkarya nan indah-indah untuk mencurahkan bakti kepada kerabat diRaja dengan harapan berkat mengarangkan puisi, pantun, syair, gurindam dapat membuka minda warga dunia nusantara bersama memartabatkan Institusi diRaja Nusantara.

Tapi kerana fitnah dan hal remeh temeh yang tak ada kena mengena dengan dunia
perjuangan hamba makanya hamba mahu hulubalang hamba bertanggungjawab untuk menyelamatkan/membela hamba di sini. Kalian hanya diberi tempuh 24 jam dari sekarang! Jika kalaian mendiamkan diri seperti robot tak punya hati dan perasaan harap jangan mengaku jadi hulubalang hamba lagi dan menjadi rakan fb hamba lagi! Maaf untuk segalanya duhai hulubalang Ratu Rimba Niagara.

Pengumuman untuk semua hulubalang Ratu Rimba Niagara
Di Majlis Pangkuan diRaja Kesultanan Melayu Islam Nusantara ....
Dan juga hulu balang hamba di fb Ratu Rimba Niagara.
"Buktikan kata-katamu Susah Senang Kita Bersama
Duhai Hulubalangku & Rakan fbku"

RATU RIMBA NIAGARA
11 Disember 2012
Like ·  ·

RATU RIMBA NIAGARA
11 Disember 2012
Like ·  ·  · December 11 at 8:39am
  • Pangeran Adipati Agong aslmkm..apa masalahnya
  • Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam Pangeran Adipati Agong... bacalah serba sedikit apa yang ditulis ini. Mohon hamba diadili yang sepatutnya..terima kasih. 

    MENFITNAH LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA MEMBUNUH!

    Syahirah Danial Yusof Tahniah.terima kasih.sila kan.
    2 hours ago · Like

    Ratu Rimba Niagara Silakan pada itu Dang Merdu...ohpss tersyasul pulak...Syahirah Danial Yusof....
    about an hour ago · Like

    Syahirah Danial Yusof Maksud kami,jangan ganggu Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya kerana mereka sangat bahagia...
    sudah faham orang rimba?
    35 minutes ago · Like

    Ratu Rimba Niagara

    Bila pula hamba mengganggu mereka ye. Hamba kenal mereka berdua pun tidak. Bertemu di alam nyata pun tidak. Bercakap di alam maya pun tidak. Tiba-tiba mereka berdua masuk ke wall siaran hamba. Kamu ini Syahirah Danial Yusof teruk betullah buat fitnah di sini. Kalau tak percaya tanya mereka berdua? hamba kenal mereka ke tidak...kalau mereka kata kenal berarti mereka pun sama seperti kamu buat fitnah. Tahukah kamu Syahirah Danial Yusof menfitnah besar dosanya daripada membunuh...patutlah kerana fitnah moyang hamba hulubalang raja bugis mati dibunuh gara-gara fitnah!

    RATU RIMBA NIAGARA
    111212
  • Pangeran Adipati Agong jngn dihiraukan..
    Alhamdulillah naiklah darjat seseorang itu dgn fitnah Atas dirinya..
    Sy kenal kedua mrk..
    Biarkan..Allah yg mencatur
  • Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah moga Rahmat Allah swt diimpahi ke atas YM Pangeran Adipati Agong...ampunkan patik kerana terlalu emosi dalam hal ini disebabkan terlalu sedih apabila mereka menuduh melulu tanpa usul periksa. Tujuan hamba hadir di majlis ini hanyalah untuk menyumbang baktikan karya-karya hamba untuk dikomen oleh ahli grup yang sudi memberi pandangan terhadap karya hamba. Kerana komen-komen yang bernas akan dibingkaikan di galeri alam maya pujangga ratu rimba niagara dan dibaca oleh seluruh pewaris bangsa nusantara biarpun hamba sudah tiada di dunia ini nanti. Dengan harapan suatu masa nanti berkat karya-karya hamba, Institusi diRaja Nusantara akan dimartabatkan dengan jayanya dengan izinNya jua....itu saja..tiada langsung mahu memikirkan hal yang remeh temeh.
  • Pangeran Adipati Agong Insysaallah..Buat yg baik..Amal ma'ruf nahi mungkar
  • Ratu Rimba Niagara Dimajlis ini semua yang memuliakan kerja-kerja amal...kerja-kerja mungkar termasuk syirik mengata mengumpat mengeji, menghina, menfitnah...bukan ada di majlis...ini...jika ada minta Pangeran pantau ...dan post yang tidak berkenaan yang boleh mengundang pergaduhan angkara fitnah dan syirik ...dihapuskan..itu antara tugas admin di sini...termasuk juga post dari saya sendiri boleh dipadamkan dan saya tidak akan berkecil hati...jika perkara ini berlarutan budaya hina menghina caci mencaci fitnah menfitnah di gup ini...saya akan tinggalkan grup ini . Maaf kerana sudah lama saya mahu mengemukakan masalah ini. Tapi baru hari ini saya mahu mengemukakan lantaran saya diburuk-burukkan oleh mereka yang dengki hianat akan saya menuduh tanpa usul periksa. Itulah amal ma-ruf nahi mungkar yang harus Pangeran Adipati Agong pastikan agar tak wujud di majlis ini.
  • Ratu Rimba Niagara Sekarang ini apakah tindakan yang diambil Pangeran Adipati Agong terhadap mereka yang menfitnah saya...tak akan hendak dibiarkan nahi mungkar bermaharaja lela...? sebagai admin boleh membuat keputusan yang tepat. Di sini kuasa raja mengadili amat diperlukan rakyat biasa seperti saya. Jika tak dapat mengadili kerana sebab-sebab tertentu saya faham teramat faham. Jika saya pergi dari sini faham-faham sajalah.
  • Pangeran Adipati Agong adakah beliau dlm majlis ini..Dan apa puncanya sampai Begitu...Mana dia
  • Ratu Rimba Niagara Sebab adalah makanya hamba berkata bagi membela diri hamba sendiri kerana hamba malas hendak memikirkan hal remeh temeh ini ,
    hidup dan mati telah hamba serahkan 100% kepada-Nya.

    Makanya Pangeran Adipati Agong hayati kata-kata di bawah ini 
    dan nilaikan sendiri, 

    Syahirah Danial Yusof:
    'Maksud kami,jangan ganggu Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya kerana mereka sangat bahagia...sudah faham orang rimba?"

    Ratu Rimba Niagara:
    Duhai Syahirah Danial Yusof...orang rimba sentiasa menjaga adab ..tutur dan kata...tapi jika dicabar turun ke gelanggang dipijak-pijak sesuka hati sedangkan orang rimbalah yang berbakti di Majlis ini dengan puisi, pantun ,gurindam dan syair bertemakan diRaja...tapi ini balasannya kerabat diRaja di sini...makanya hamba akan tuntut akan kata-katamu hingga ke tetesan darah terakhir!

    Inilah puncanya mereka menuduh hamba yang hamba sendiri tidak boleh terima. Harap Pangeran Adipati Agong ..dapat mengadili dengan seadilnya agar perkara ini tak berulang lagi. Sejujurnya hamba di sini hanya memikirkan untuk menyiarkan karya hamba saja...harap maklum. Andai kata hamba meninggalkan grup ini faham-faham sajalah hati hamba sudah kecewa dek terluka dengan sikap mereka sedangkan hamba tidak pernah mengenali mereka dan tidakpernah mengganggu kebahagiaan hidup mereka. Benar-benar kecewa...
  • Sultan Hussin jgan di kesal ini ada lah hasutan iblis yg sering tidak senang dgan apa yg perbuatan amal maruf
  • Pangeran Adipati Agong teruskanlah usahamu..
    Kami tk kenal orang yg berkata begitu kpdmu..
    Telah dikeluarkan dr majlis orang tersebut..
    Perihal sultan hussin urusan kami..
    Perihal sharifah habshah..Dia pernah ke teratak kami..Km kenal dia..
    Jika ada masalah akan kami singkir siapa yg cuba membuat onar..
    alhamdulillah puteri telah memberitahu kami..
    Mereka belum tahu lg brp ruginya tk dpt turut serta kelak..
    Percaturan Allah jua
    Subhanallah
    Terima kasih
  • Ratu Rimba Niagara KERANA SEMUANYA BERSTATUS HAMBA

    Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
    Terima kasih Pangeran Adipati Agong
    Kerana sudi memahami hamba...
    Sejujurnya hamba hanya mahu 
    Menumpukan perhatian hamba pada
    Perjuangan hamba mahu turut serta
    Bersama perjuangan Raja-Raja Nusantara..
    Bagi memartabatkan Institusi DiRaja Nusantara
    Melalui karya-karya hamba 
    Syair puisi pantun gurindam
    Kerana suara-suara sumbang
    Telah mengganggu fokus hamba
    Untuk mengarang
    Ini amat mengecewakan hamba
    Moga selepas ini hendaknya 
    Tiada ujud budaya tuduh menuduh
    Cemburu mencemburui
    Jika tidak berpuas hati dengan hamba
    Masuk saja ke inbox hamba
    Boleh bincang dengan cara baik
    Jangan sengaja cuba 
    Mahu merendah-rendahkan hamba
    Tanpa usul periksa...
    Moga perkara ini tak akan berulang lagi
    Dan bukan kepada hamba saja tetapi
    Kepada semua ahli di grup ini...
    Hamba penuh yakin 
    Ahli-ahli majlis di sini
    Semuanya sama taraf di Sisi Allah Taala
    Kerana semuanya berstatus hamba...

    Apa pun ampunkan hamba kerana berterus terang
    Dalam hal ini...sepatutnya hamba bersabar saja
    Tapi hamba tetap hamba insan yang tak sempurna
    Meluahkan rasa hati yang sedih dan kecewa...
    Moga Allah ampunkan hamba kerana tak tahan diuji
    Moga raja-raja nusantara maafkan patik kerana
    Berterus terang melibatkan kerabat diRaja...
    Tolong maafkan patik tuanku-tuanku semua yang ada
    Di Majlis Yang Mulia ini....

    Mohon diampunkan patik,
    Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    Istana Ratu Rimba Niagara
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    11 Disember 2012
  • Pangeran Adipati Agong allahhu'akhbar
  • Ratu Rimba Niagara SETIAP YANG BAIK ITU SEMUA DARI-NYA
    YANG LEMAH ITU DARI HAMBA SENDIRI
    MAKA HAMBA MEMOHON DIMAAFKAN .
  • Ratu Rimba Niagara DENGAN RAHMAT KASIH-MU TANPA BATAS

    Duhai hatiku
    Yang sudah banyak kali terluka dan dilukai
    Hinggakan semua hatiku sudah hancur lulur
    Tapi ku cuba
    Terdaya mampu
    Untuk kucuba tersenyum
    Agar tiada yang tahu
    Hatiku sudah hancur sehancurnya

    Tapi bila mana kufikirkan
    Apalah ada pada
    Kehancuran hati yang nampak
    Kan kujahit hati yang nampak
    Dengan Nur Hidayah KasehNya
    Yang dihantar melalui para sahabat akhiratku
    Untuk merawat hatiku yang hancur

    Berkat aku berkawan
    Dengan sahabat akhirat
    Yang tak jemu
    Yang tak lelah
    Mencurahkan ilmu akhirat
    Kesedihan...kelukaan...hatiku
    Insy-Allah berjaya dipulihkan dengan izinNya jua
    Hatiku jadi tenang...
    Hati yang tenang inilah
    Yang akan mengadap Tuhan...
    Dalam jiwa yang tenang
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Syukur Ya Allah ....
    Karena dengan Rahmat Kaseh-Mu Tanpa Batas
    Kau Kurniakan aku sahabat akhirat
    Berkat ilmu akhirat yang dikongsikan kepadaku
    Aku amalkan dalam hidupku
    Yang tandus iman ini
    Hatiku terawat
    Hatiku bersinar-sinar
    Sinaran iman
    Iman yang menjadi penemanku
    Tika di dunia mahupun di alam akhirat
    Terima kasih sahabat akhiratku
    Kerana keikhlasanmu berbagi ilmu dunia akhirat
    Moga Allah Azzawajallah membalas kebaikanmu
    Dengan Rahmat Kaseh-Nya Tanpa Batas
    Tika kau hidup dan mati
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    Sahabat Akhiratmu Selagi Hayat Ingin Menjadi Sahabatmu,
    Ratu Rimba Niagara
    11 Disember 2012
  • Ratu Rimba Niagara Leftenan Adam Sakeenah dikau antara sahabat akhiratku yang tak jemu memberi kata-kata semangat untuk kuteruskan perjuangan tintaku biarpun ku tahu perjuanganmu pun belum selesai sebab itu kau selalu bertapa di gunung Daek untuk muhasabah diri dan mencari kekuatan semangat perjuanganmu yang sentiasa membara-bara di jiwa. Moga perjuanganmu yang belum selesai itu ...diselesaikan Allah dengan jaya-Nya sebelum matamu terpejam...Insya-Allah Aamiin.
  • Leftenan Adam Sakeenah assalamualaikum salam sejahtera kepada sahabat ku Ratu,terima kasih atas kata2 semangat mu kepada hamba.insyaallah,apa yang di katakan mu,memang itulah hamba sedang ikuti.insyaallah,apabila hamba tamat pengajian dan perguruan dengan guru hamba,hamba teringin membantu masyarakat,dengan sedikit ilmu dan hidayah yang di beri kan Nya kepada hamba.
  • Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAHLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU
ISALAM NUSANTARA)
171212 

0 comments:

Post a Comment

 
;