TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'EMPAYAR PERNIAGAAN DATUK JEM' Karya Ratu Rimba Niagara, Datuk Jem, Datuk Mohd Jeffry, Adie Adnan & Zulkafli Mohd 'WARKAH PUISI UNTUK SAHABATKU YANG TERSANJUNG DI HATI,'DATUK JEM' Bismilhairrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Apa kabar sahabat alammayaku di sana? moga sahabat sihat, bahagia dan sentiasa berjaya berjaya di dunia berjaya juga di akhirat Aameen Lama tak dengar kabar berita sahabat di sana? syukurlah sahabat tak merajuk dengan kita di sini kita di sini rasa bersalah sangat-sangat atas perpisahan tanpa dirancang walaupun sekadar di alammaya kita berkenalan dan bersahabat sebagai rakan FB suka duka gurau senda walaupun dalam bicara bisu tanpa mendengar suara asli kita sama-sama bisa faham lebih faham tapi yang tak fahamnya kita di sini bilamana sahabat biarkan karya kita sepi tanpa like dan komen sahabat sedangkan di wall sahabat kita selalu beri komen bukan sepatah dua perkataan panjang berjela-jela berbentuk puisi, syair, pantun dan gurindam sampai kawan-kawan fb sahabat jadi menyampah...hehehe tapi itu semua kita di sini tak kisah asalkan sahabat tak marahkan kita siarkan karya-karya kita di wall sahabat tapi mana adil kita aje yang siarkan karya kita di wall sahabat sahabat tidak langsung mahu like dan beri komentar karya kita sedih kita yalah kita tahu sahabat sibuk dan terlalu sibuk tapi sebagai sahabat fb kenalah faham kita di sini Sahabat ingat tak semasa mula kita kenal di alammaya sahabatlah selalu beri kata-kata dorongan pada kita di kala karya kita disepikan sahabatlah yang sudi like dan beri komentar Kita ingat lagi masa itu sabahat fb kita ada seratus orang bila kita wall kan karya kita siapa yang tak berikan komentar pada karya ini kita nak undurkan diri dari persahabatan sebagai rakan fb dalam 100 orang rakan fb kita cuma ada tiga orang saja yang sudi beri komentar sahabat orang pertama yang menyahut cabaran dengan memberi komentar yang berani berbaur lucu masa baca tu kita tergelak habis hehehe Bila habis masa tempuh tiga hari mereka yang masih tidak beri pendapat mereka semuanya tidak lagi menjadi rakan fb daripada 100 rakan fb tinggallah cuma 3 orang saja hehehe kita tak salah mereka yang salah kerana bakhil bin kedekut dalam memberi idea dan pendapat jika sekadar like, idea dan pendapat pun kedekut itu belum lagi kita minta mereka sponsor karya-karya yang kita tulis lagilah kedekut bin bakhil sejujurnya kita tak suka mereka yang bakhil bin kedekut Makanya tiggallah kawan fb kita cuma 3 orang saja daripada 100 orang... sejujurnya tika menjadi rakan fb sahabat banyak memberi inspirasi tentang kegigihan sahabat dalam berbisnes sahabat seorang yang gigih dalam berusaha dari zero jadi hero dalam perniagaan wow sahabat memang hebat biarpun ada yang iri hati dengan sahabat tapi sahabat tidak kisah asalkan sahabat tidak menganiyai orang sudah mereka hendak dengki khianat dengkilah asalkan Tuhan tahu siapa sahabat hati mahu baik beb...hehehe Sejujurnya jiwa sahabat yang sempoy dengan semua rakan fb membuatkan kita suka menjadi rakan fb sahabat adakalanya tak kering gusi dibuatnya kelakar gile bila baca wall sahabat sahabat memanglah seorang berjiwa sempoy walaupun sudah berada di puncak jaya tapi masih lagi punya hati yang merendah diri tahu diri dari mana usul asal kita DARI ALLAH KITA DATANG DARI ALLAH KITA DIKEMBALIKAN sebab itu sahabat punyai rasa untuk membantu anak bangsa yang masih tercicir ke belakang sahabat menggalakkan belia belia Malaysia... berniaga dan sahabat memberi sokongan agar mereka berjaya seperti sahabat malah lebih berjaya daripada sahabat tabik lah pada sahabat berjiwa yang suka membantu tanpa dipinta membantu anak bangsa jika kita sebagai perdana menteri Malaysia... kita anugerahkan sahabat "WIRA ANAKBANGSA MALAYSIA" tapi siapalah kita lah kan3 hehehe kite cuma penulis yang tak dikenali siapa-siapa penulis perasan sendiri berkarya kan3 hehehe Sahabat jangan kecil hati ye... walaupun kita tidak menjadi rakan fb lagi tapi silaturrahim kita tak akan terpisah kita tetap bersahabat selamanya sahabat sehingga hujung nyawa sahabat sampai Syurga In Shaa Allah Aameen Sahabat tak salah kita tak salah kita faham sahabat terlalu sibuk sehingga tak ada masa lagi untuk memberi komentar dan like pada karya kita bila karya kita ada di wall sahabat kawan-kawan fb sahabat rasa terganggu kerana tak mahu mengganggu kawan-kawan sahabat makanya kita undur diri namun di hati ini masih bersahabat dengan sahabat ya.... sahabat jangan marah ya... jangan kecil hati ya pada kita jika sahabat marah dan kecil hati dengan kita kita minta maaf kalau sahabat tak maafkan kita kita tanggung dosa kerana telah menyakitkan hati sahabat tak dapatlah kita bertemu di Syurga sebab Syurga Allah tidak terima mereka yang memutuskan silaturrahim dan menyakiti hati saudara seislamnya sebab itu kita selalu minta maaf pada semua rakan fb kita kita buka akaun fb kita ini bukanlah bertujuan untuk mencari musuh saling memusuhi tidak sama sekali tujuan kita membuka akaun fb untuk mencari kawan setia kawan yang sudi memberi sokongan/dukungan kepada cita-cita sastera kita kita minat sangat-sangat dengan sastera dari bayi kita menulis hehehe sehinggalah sekarang makanya kita hanya tahu rakan fb kita mereka yang memberi impak dalam dunia sastera kita yang tak memberi impak kita bukan tak sudi tapi kita sudah kesuntukan masa kerana usia kita sudah menghampiri ke alam barzah kita takut kita tak sempat menjayakan cita-cita sastera kita cita-cita sastera kita jika di izinkan Allah berjaya inilah hadiah kita kepada semua hamba Allah dan kepada semua penghuni bumi tercinta kita impikan dunia sastera kita menjadi dunia mereka sebab dunia mereka telah masuk ke dunia sastera kita kita menulis tentang dunia mereka semua dunia mereka kita tulis keagamaan kerohanian pujangga politik diRaja... rakyat pahlawan fisabilillah peperangan usahawan jutawan kemiskian percintaan warga emas dewasa kanak-kanak semua karya diolah dengan bahasa bersahaja agar dapat difahami oleh semua yang membacanya Sahabat hendak tahu... kita malu nak ceritakan cita-cita kita dalam usia macam ni tapi nak buat macam mana kita suka bercita-cita tak salah kan sehingga ada yang bilang "JANGAN ANGAN SETINGGI LANGIT NANTI JATUH KE BUMI TERUS MATI" kita jawab ... "BIAR ANGAN SETINGGI LANGIT AGAR MUDAH MENGGAPAI BINTANG" Sahabat yang dihormati Datuk Jem... sepanjang kita bersahabat di alammaya telah banyak karya yang kita karangkan untuk sahabat ...masih ingat dan simpan lagi tak? kalau tak ingat dan tak simpan kita tak marah pun tapi kita kecewa sikit sebab sahabat tak hargai karya kita iyalah siapalah kitalah kan3 penulis yang berangan setinggi langit hehehe Sahabat tanda menghargai persahabatan kita nan indah ini yang tak akan kita lupakan sampai bila-bila kita siarkan karya-karya kita mengenai sahabat ya... tapi kali ini sahabat sudilah hargai ya... simpan baik-baik kalau boleh bingkaikan cantik-cantik dan gantungkan di kamar sahabat ya...hehehe gantungkan juga di dinding pejabat sahabat ya... biar yang membacanya tahu bahawa kita merupakan sahabat yang tak akan terputus sahabat bersahabat di alammaya bersahabat sampai Syurga In Shaa Allah Aameen... Moga sahabatku Datuk Jem dan sahabat Datuk Jem yang mengenali kita sudi maafkan kita dan sudi mendoakan kejayaan kita ya... 'MOGA PERSAHABATAN KITA SAMPAI SYURGA AAMEEN' Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada, Sahabat Yang Mengagumimu Selalu, RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA & 202 NEGARA DUNIA 18 Rabiulawal 1435H 20 Januari 2014M (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SAHABAT YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATIKU DATUK JEM) Hasan Garuda likes this. 'KOLEKSI KARYA YANG DISIARKAN DI WALL DATUK JEM' Wednesday, 20 July 2011 DATUK JEM USAHAWAN SABAH YANG BUDIMAN Lisa Ali saya suka!!!!! Datuk Jem: Terima kasih Lisa,saya pun sangat suka dan terharu.Hati dan perasaan saya sudah jatuh cinta dengan orang-orang Tawau yang mesra dan budi pekerti yang sungguh baik. Lisa Ali : Sama-sama datuk. Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. Itu doa dan harapan kami di sini.. Datuk Jem: Insya-Allah..Apa yang saya kata akan saya kota kan.... Saya akan perluas kan lagi apa yg Allah amanahkan kepada saya... Nursakin Bnntiabdullah: SALAM! SIR DATUK, GOOD LUCK @ KEEP IT UP.. Datuk Jem : Waalaikumsalam Nursakin..Terima kasih kembali ya... Nursakin Bnntiabdullah: WELCOME SIR..a little bit bz.. Maya Wahida: Tawau sentiasa menunggu sentuhan ekonomi dari usaha datuk Good luck datuk Datuk Jem: Insya-Allah..Kalau di Izin Allah dan di permudah kan lagi rezeki untuk saya.Saya akan berkongsi ekonomi bersama penduduk-penduduk Tawau. Ini salah satu doa saya selama ini utk mengembangkan lagi perniagaan berasaskan keluli tahan karat dan saya ingin berkongsi kepakaran dalam bidang ini untuk sesiapa sahaja yang berkemahuan dan ingin majukan diri. Ratu Rimba Niagara Datuk Jem yang jutawan lagi dermawan, Biarpun sudah berjaya jadi usahawan; Mahu juga berkongsi keuntungan, Bersyukurlah rakyat Tawau sekalian. Bercita-cita mengembangkan perniagaan, Perniagaan berasaskan keluli tahan karat; Moga doamu Allah makbulkan, Mulia sungguh hatimu membela nasib rakyat. Rakyat Tawau berterima kasih, Kepadamu Datuk Jem yang baik budi; Berkongsi keuntungan sama diraih, Majulah ke hadapan yang mahu majukan diri. Datuk Jem: Masya-Allah...Terharu sungguh dengan kata-kata sahabat itu. Terima kasih saya ucapkan moga kejayaan saya membawa kejayaan untuk sahabat juga dalam apa jua bidang yg sahabat ceburi lebih-lebih lagi dalam penulisan ya. Inilah doa dan kata-kata semanggat. Ratu Rimba Niagara: Amin Ya Rabbal A'Lamin.Terima kasih sahabatku. Kerana sudi memberi sokongan. Doakan juga penjualan hartanah yang sedang dipromosikan tika ini... terbuka hati usahawan untuk membelinya ye...boleh juga memudahkanku untuk berjuang di bidang penulisan yang amat diminati ini. Kalau Datuk Jem berminat membeli hartanah Untuk diusahakan dan dimajukan Emas besi keluli arang batu yang ada di perut bumi... Jika berminat... beritahulah saya ye... hartanah di Sabah pun ada... Mana tahu kejayaanmu kejayaanku bahagia semua! Dan Allah Berkati Datuk Jem: Insya-Allah Sahabat...Sekira nya saya ada rezeki lebih dan rasa perlu untuk mendapatkan tanah saya akan hubungi ya.. Ratu Rimba Niagarai: Terima kasih untuk segala sokongan yang diberi. Didoakan moga Allah murahkan rezeki yang berkat-berkat untuk Datuk Jem. Amin Ya Rabbal A'Lamin. Ratu Rimba Niagara: Assalamualaikum Datuk Jem, Sebagai tanda persahabatan kita diabadikan,"DATUK JEM USAHAWAN SABAH YANG BUDIMAN' DATUK JEM:: Waalaikummussalam...Terima kasih Sahabat saya sangat menghargainya. Ratu Rimba Niagara: Terima kasih Datuk Jem kerana sudi menghargai, Menghargai karyaku sukanya hati; Blog dicipta untuk menghargai, Wadah perjuangan insan-insan yang disayangi. KEJAYAAN EMPAYAR PERNIAGAAN DATUK JEM DATUK JEM: Salam..Atas sefahaman yang dijalinkn antara saya dan Datuk Md Jeffry, akhirnya kami mendapat kata putus untuk memulakan Empayar perniagaan atas nama Syarikat.Mustwin Steel Kitchen Equipment S.B Satu-satunya syarikat bumiputera yang akan memulakan operasinya di Tawau,Sabah Saya mengalu-alukan dan mengutamakan belia warga Sabah yang berkemahiran bidang tersebut untuk sama-sama memajukan MSKESB. Muga apa yang dirancang mendapat keberkatan dari Allah swt dan sokongan dari anda semua. Datuk Mohd Jeffry Rosman, Adie Adnan and 12 others like this. Beby BebyBie Bieyana II Prniagaan apa? Datuk Jem: Kilang membuat peralatan dapur berasas kan keluli tahan karat. Eda Ramly Whatever it is...aminnn,..congratulati?ons and all the best... Datuk Jem Thanks Eda... Beby BebyBie Bieyana II oh good luck ya & welcome to tawau Kampung saya tu..hehhe Datuk Jem Thanks Beby...U tingal kat aisbox? Eda Ramly you deserve it dato.. Beby BebyBie Bieyana II datuk :tidak saya tinggal kat tempat lain tapi memang kat tawau..but now kat kk Datuk Jem Oh...Nanti lepas Raya tabur bakti kat tawau ya. Tak payah dok jouh di kk. Beby BebyBie Bieyana II alamak...mana bolehlah datuk.. demi mengejar cita-cita haruslah tinggalkan tawau :)) mana tahu ada rezeki pergi kl lagi..heehhee Nur Cahaya Congratz ya..Semoga sukses selalu... Datuk Jem Thanks Nur... Nur Cahaya Camana lah agaknya Tawau sekang ye..Walaupun Nur lahir kat Tawau tapi dah lebih 20 tahun tak melawat tawau... Datuk Jem Tawau sudah maju Nur dan akan bertambah maju lagi apa bila kilang keluli bertapak di tawau...Nur lahir kat kg aisbox ke? Nur Cahaya Tak Datuk Jem..Nur lahir kat Tg Bt Darat Tawau.. Nur pernah sekolah dekat batu 4 tak jauh dri Kg aisbox tu.. Ratu Rimba Niagara: Tahniah! Datuk Jem dan Datuk Md Jeffry atas Empayar Perniagaan itu. Didoakan moga berjalan lancar dan berjaya dengan cemerlangnya. Amin Ya Rabbal A'Lamin. 'KEJAYAANMU KEBAHAGIAANKU KEBAHAGIAN SEMUA WARGA BELIA DI SABAH YANG BERKEMAHIRAN ' Datuk Jem Saya lihat dan apa yang saya dengar perkampungan Aisbox begitu unik,lebih-lebih lagi ada gado-gado resepi turun temurun begitu sedap dn enak Datuk Jem Terima kasih Sahabatku Ratu Rimba ...Kerjaya untuk semua warga Sabah. Kamariah Binti Abu Kassim: Alhamdulillah, berkat usaha datuk selama ini telah menampakkan hasil dan moga dengan perancangan meluaskan empayar steel di sabah ni bisnes datuk bertmbah maju...amin. Datuk Jem Amin...Terima kasih Kamariah,saya akan membuktikan anak kelahiran Teluk Intan Perak yang satu ketika dahulu yang suka terjun sg perak akan dapat menabur bakti di Tawau setelah saya jatuh cinta pandang pertama.... Dato Seri Zaleey Jazz: Salam datuk jem, saya amat berterima kasih banyak atas layanan datuk terhadap saya dan datuk mohd jeffry dalam beberapa hari lepas.... Dan saya amat brsyukur dapat berkenalan dengan datuk jem saya juga sebagai warga sabah biarpun saya bukan warga tawau amat mengalu-alukan atas kerjasama datuk dan mmberi kepercayaan penuh terhadap bumiputra sekaligusnya warga tawau untuk mnerajui empayar ke tawau dan insyallah sekiranya saya diberi peluang untuk mnceburi bidang ini akan saya laksanakan sebaik mungkin mudah-mudahan atas niat ikhlas dan usaha bersama moga sukses di sabah datuk jem... 6 hours ago · Like · 1 person Kamariah Binti Abu Kassim: Yer datuk, semangat yang kuat dapat membuktikan anak kampung seperti datuk boleh maju dan terus maju. saya mendoakan kesejahteraan buat datuk sekeluarga....sebagai ank teluk intan, saya juga tumpang gembira dengan kejayaan datuk Salasiah Ibrahim congrats and well done Datuk Jem: Waalaikumsalam Datuk Seri...Saya pun mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Datuk seri Dan Datuk Mohd Jeffry datang ke Kilang saya di Kuala Selangor.Bagi saya apa yang sy terima layanan semasa saya di Tawau tempohari tak sama dan tak dapat saya balas semasa Dato Seri dan Datuk Mohd Jeffry masa Di KL... Sofia Salleh Congratulations Datuk......semoga lebih maju dan berjaya Datuk Jem Terima kasih Sofia... Ratu Rimba Niagara: Bersyukurlah banyak-banyak Datuk Jem sahabatku, Dikelilingi rakan-rakan dan rakan perniagaan yang menyokongmu; Kukagumi usahamu yang tak pernah jemu, Untuk majukan diri dan menabur budi kepada warga belia Tawau. Perjuanganmu tak pernah terhenti, Biarpun tsunami datang membadai: Kau tetap berdiri teguh dengan berani, Membina Empayar Perniagaan disegani ramai. Pantaslah kau beroleh kejayaan, Kerana usahamu tak kenal erti kalah; Semangatmu penuh perjuangan, Moga Empayar Perniagaanmu berdiri Megah!Gagah Teguh! Ku yang jauh di sini tersenyum penuh kesyukuran, Kerana meraikan kejayaan sahabatku; Datuk Jem yang berhati budiman, Seorang ahli perniagaan idolaku. Datuk Jem: Alhamdulillah sahabatku Ratu Rimba Niagara kerana menyokong dan memberi penuh semangat terhadap ku.Insya-Allah'Saya tetap perpegang dan memijak pada bumi nyata.Hati dan seluruh tubuh ku tetap berpegang setiap apa rezeki ku miliki adalah milik Allah, saya hanya meletakan semua itu hanya amanah Allah yang Allah beri kepercayaan untuk menjalankan amanahnya... Adie Adnan: tahniah dan syabas datuk..mengorak langkah denan bija nya sekali.. saya doakan semoga usaha sama ini mendapat kebaikan bersama..amin Datuk Jem : Terima kasih Tuan Adie...sokongan dari kawan-kawan penting bagi saya kerana itu salah satu menaikan semangat saya lagi.... Jeliha Mohd Hassan amin.....tahniah DJ....semoga d berkati allah selalu... Datuk Jem Terima kasih jeliha....Sama2 kita berdoa. Adie Adnan: Sama-sama Datukk...saya pun turut bangga kerana saya berada di MVSB secara tidak langsung MVSB melangkah 1 tapak lagi kehadapan dengan ada kerjasama dengan syarikat datuk.. insyallah saya akan cuba membantu pemasarannya disandakan pulak kerna perkara ini telah pun dimaklumkan dengan saya semasa DMJR datang ke sdkn baru2 ini kemungkinan besar sandakan buat showroom untuk proudak tersebut... Datuk Jem Ya,saya pun sudah dimaklumkan hal ni oleh DMJR semasa DMJR di KL semalam.Bukan di sandakan sahaja kemungkinan di Lahat Datu,KK dn beberapa tempat lagi... Adie Adnan : ya datuk itu perancangan DMJR semasa kami sembang d sdkn baru2 ini sebelum beliau ke KL bertemu dengan datuk...so saya memang terasa teruja dengan khabar baik ini saya juga mengucapakan terima kasih yang tak terhingga dengan datuk kerana memberi kepercayaan kepada DMJR serta peluang ini secara tidak langsung kepada belia2 di sabah...insyallah saya hanya menunggu arahan dari DMJR untuk pengambilan printis belia2 di sandakan untuk di hantar kursus ke kl dalam bidang ini... Xela Staillox tahniah datuk,saya boleh tolong cari pekerjanya datuk.......... Datuk Mohd Jeffry Rosman: Salam Datuk, amin ya rabbil alamin..semoga semua kita mendapat hidayah dan petunjuk kebaikan bersama ...terima kasih Datuk Jem kerana sudi berkalobarasi dalam usaha baik ini.. Datuk Jem Wa'salam Datuk...Samasama kita mengapai 1impian dalam bidang keluli di Tawau.... Ratu Rimba Niagara: Syabas! Kukagumi...kalian semua memanglah berjiwa usahawan yang dermawan, budiman ,kreatif dan patriotik! Jiwa-jiwa usahawan beginilah yang akan menaikkan nama negara ke persada antarabangsa Insya-Allah! Malaysia pasti berbangga dengan usahawan yang terbilang berjiwa patriotik! 'KEJAYAANMU KEJAYAAN UNTUK MALAYSIA' (PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM) 26 Julai 2011 Datuk Mohd Jeffry Rosman, Dato Seri Zaleey Jazz 'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Alhamdulilah. . .akhirnya ada sudah. . . Bagaimana pulak dengan yang tidak berpegalaman dalam bidang keluli. . ? Boleh memohon ka. ? Ratu Rimba Niagara Itu kena tanya dengan datuk Jem...Insya-Allah datuk Jem akan terima permohonan dengan syarat menimba ilmu bidang keluli dulu hihihi datuk jem jangan marah kerana menjawab soalan... Thursday at 12:44pm (PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE) 26 Julai 2011 Like · · Unfollow Post · 2 minutes ago near Petaling Jaya (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & DATUK JEM) 24 Disember 2011 BOSS PENYAYANG PEKERJA CEMERLANG Datuk Jem Sesuatu kerja sekiranya ada perbincangan pasti ia mudah dan selesai,jangan ambil kira siapa diri kita.Yang penting kerja berjalan dengan lancar dan teratur. ICuk Threegfm wah boss dah turun padang ni terbaikkkk Jamhuri Abd Rahman Ini lah yg terbaik Tuan ICuk Threegfm klu kita nk kan satu kepuasan dlm bidang yg kita hasil baik dn bermutu tinggi,sy tak suka goyang kaki kat ofis,sy lebih suka goyang kaki dgn perjalanan yg membuah kan hasil. ICuk Threegfm perghh terbaikk Datuk....sikap ni wajar di contohi Boss sempoii... pekerja pon tak malu nk meluahkan masalah mereka..jadi gap antara Datuk dan kakitangan tak la terlalu jauh... Ivan Loke Ilmu dan pengalaman goyang kaki tapi masih membuahkan hasil itu, uncle smestinya kena ajar Ivan! hahaha... Lovely Dmmr Marenaa sememangnyerrr wajar kn sbg boss turun padang.... Nah ni baru di sygi pekerja....m DATUK JEM BOSS PRIHATIN & PENYAYANG Datuk Jem bos yang penyayang, Prihatin kepada masalah pekerjanya; Semua pekerjanya dihargai dan disayang, Pekerja cemerlang berbakti seikhlasnya. Dari zaman menjadi pekerja bawahan, Hingga kini menjadi bos nombor satu; Tak pernah wujud rasa kebaggaan, Hanya ada rasa syukur pada Allah Yang Satu. Nak jadi bos mesti tegas dalam kelembutan, Berbicara tak boleh melulu-lulu; Fikir sedalamnya setiap perkataan, Barulah yang mendengar menusuk di kalbu. Jadi bos bukannya mudah, Setiap hari kerja menimbun banyaknya; Nak cari rezeki bukannya mudah, Rezeki berkat menjadi idamannya. Tujuan bekerja untuk mencari sesuap rezeki, Tapi datuk jem memberi bersuap-suap rezeki; Kerana pekerjanya adalah sumber rezeki, Saling bekerjasama demi setiap rezeki. Masa bekerja jangan ada curi tulang, Nanti rezeki tak menjadi berkat; Datuk jem suka pekerja ringan tulang, Syarikatnya maju mendapat rezeki yang berkat. Pergi bekerja jangan cari masalah, Sesama rakan saling beri kerjasama; Saling hormat menghormati berkongsi masalah, Segala masalah diatasi berkat berkerjasama. Datuk jem bos yang tiada masalah, Ada masalah beritahu saja padanya; Akan diselesaikan segala masalah, Begitulah hebatnya ikatan bos dengan pekerjanya. Senyuman pekerja adalah kebahagian bos , Senyuman bos adalah kebahagian pekerjanya; Senyuman adalah amalan bos, Sebab itu rezeki datang mencurah banyaknya. Bos selalu memikirkan akan kejayaan syarikatnya, Mahukan syarikatnya cemerlang gemilang terbilang; Menjadi idaman bos demi kepuasannya, Moga syarikatmu sentiasa cemerlang gemilang terbilang. Setiap pekerja, sahabat dan rakan bisnes, Semuanya disanjungi oleh datuk jem; Ikatan sentiasa mesra penuh ikhlas, Itulah watak yang ada pada datuk jem. Semoga datuk jem sentiasa menempa kejayaan dalam berbisnes, Bisnesmu berjaya di peringkat glokal dan global itu diharapkan; Itulah berkat usaha yang penuh ikhlas, Kejayaan dan kebahagianmu dunia akhirat kudoakan. Greatcool nama syarikat Datuk Jem, Sudah terkenal di serata dunia; Idola Usahawan Gigih adalah Datuk Jem, Greatcool sentiasa mencipta nama. GREATCOOL! Greatcool... Kau dibangunkan oleh seorang usahawan gigih yang tak pernah kenal erti kalah! Putus Asa! Jemu! berusaha terus berusaha untuk sampai ke mercu biarpun tsunami datang membadai semangat juangnya tapi itu tidak dihiraukan olehnya Bertahun lamanya dia mengumpul kudrat kekuatan semata-mata ingin memperjuangkanmu hingga jaya keranamu hidupnya sentiasa sibuk ...sibuk...sibuk... mujurlah dia mempunyai sikap yang sempoi dan berjiwa sepoi-sepoi bahasa membuatkan rakan taulan berasa gembira dan itu menggembirakannya! sama-sama gembira sama-sama gelak ketawa hilanglah segala tekanan kerja buat seketika... Berkat kegigihan dan ketabahannya Greatcool berjaya sampai ke mercu kejayaan disambut dengan penuh kesyukuran Moga Greatcool... Cemerlang Gemilang Terbilang! di persana dunia glokal dan global! Karya Ratu Rimba Niagara 9 Febuari 2012 Zulkafli Mohd datuk ni mmg hebat la ramai perminat siap bersajak berpantun lagi....ilmu hitam ape kah yg di milikinye ye Ratu Rimba Niagara Ini bukan ilmu hitamlah...ini tali pinggang hitam...lah teman...hihihi Jamhuri Abd Rahman Hahahaha...Tergelak beso sy,Pandai lah Tuan Zulkafli Mohd buat dose kering....kan gitu Penasihat ku Ratu Rimba Niagara.......Saya ni kan kah peramah.. Ratu Rimba Niagara Sebab Datuk Jem terlebih peramahlah makanya rezekinya melimpah ruah...hingga semua bank-bank di Malaysia ni penuh dengan duit datuk jem...hihihihi saya penasihat datuk jem...saya tahulah ...hihihihi Takut duitnya di rompak...sebab itu saya dihantar belajar ilmu persilatan...hingga dapat tali pinggang hitam... ilmu hitam dijauhkan sebab akan merosakkan bisnes datuk jem nanti dikuatiri tak berkat! (PETIKAN DARIPADA WALL JAMHURI ABD RAHMAN @ DATUK JEM) 10 Febuari 2012 RATU RIMBA NIAGARA PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA & 202 NEGARA DUNIA 18 Rabiulawal 1435H 20 Januari 2014M (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SAHABAT YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATIKU DATUK JEM)
0 comments:
Post a Comment