DIRGAAYU NEGARAKU DIRGAHAYU NEGARAMU (154) YA ALLAH DI SYAWAL YANG MULIA INI KIRIMKAN MUJAHID UNTUK GAZA AAMIIN
Assalamualykom all my friends Eid mubarak
PUISI DERITA ANAK PALESTIN
Duhai anak palestin...
deritamu tak tertanggung
tangisanmu menyayat hati
mereka si kejam itu
menginjak-injak hatimu
agar hidupmu lebih derita
daripada ibu dan ayahmu
yang telah dibunuh tanpa ehsan
mereka sengaja biarkan
kamu tak berbapa
kamu tak beribu
yatim piatu
hidup sendirian
penuh seksa dalam luka
dalam mimpi ngeri tapi realiti
agar hari-hari hidupmu
penuh trauma mengerikan
Dalam usia sekecil ini mana
kamu faham arti takdir
mana kamu faham arti qada dan qadar
yang kamu faham
arti kasih sayang
Kasih sayang telah mereka musnahkan
agar kamu terus menangis...
menangis tanpa henti sampai mati
Tiada siapa yang berani memujukmu
karena siapa yang cuba membantu
apalagi memujukmu maut sedang menanti
semua pintu masuk ke negara kamu
telah dikepung oleh tentera zionios laknatullah
darat, laut dan udara semua telah ditawan
Misi dan visi tentera zionis laknatullah itu
mahukan semua bangsa kamu mati
penuh kejam tanpa ehsan
bila berjaya misi dan visi mereka
akan tawan palestin!
Duhai anak palestin
tika mereka menawan negara kamu
tangisanmu tanpa henti tanpa penghujung
sampai penghujung tenggelam ditelan bumi
bersama ibu dan ayahmu yang telah lama dikebumikan
ALLLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
Ya Allah Ya Tuhanku
selamatkanlah anak-anak palestin
mereka tiada ibu dan ayah
mereka dizalimi penuh kejam
oleh tentera Israel laknatullah
kirimkanlah tentera-tentera mujahid-MU
agar airmata kesedihan anak-anak palestin
dapat dihentikan dan bila terhenti tangisan
mereka akan dewasa dalam semangat
jiwa merdeka untuk mempertahankan
kedaulatan PALESTIN
ALLAHU AKBAR AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Syawal 1435H
28 Julai 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA ANAK-ANAK PALESTIN YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT, MOGA ALLAH SWT KIRIMKAN MUJAHID UNTUK-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
www
0 comments:
Post a Comment