SASTERA ITU INDAH (26) WARKAH UNTUK PM NAJIB & BAPAK JOKOWI
Rabeah Binti Mohd Ali posted in 2 groups.
Rabeah Binti Mohd Ali shared Najib Razak's photo to the group: KALBAR BERSATU MAJU.Perdana Menteri Najib Razak menyambut kedatangan Presiden IndonesiaJoko Widodo untuk kunjungan hormat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - Admin
Rabeah Binti Mohd Ali shared Najib Razak's photo to the group: ODAN ANAK BATU BARA YANG SETIA.Perdana Menteri Najib Razak menyambut kedatangan Presiden IndonesiaJoko Widodo untuk kunjungan hormat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - Admin- See All
WARKAH UNTUK PM NAJIB & BAPAK JOKOWI
APAKAH STATUS WARGANEGARAKU
aku tak tahu
aku warganegara mana
Malaysia tidak
Indonesia pun tidak
tapi aku tinggal di Malaysia...
tanpa perakuan warganegara
malang nasibku
bagaimana masa depanku
bila ada yang tanya kenapa tak sekolah
aku diam ...malu...
aku tak tahu kenapa ayah tak mahu sekolahkan aku
ibu lagilah tak tahu nak buat macam mana...
ibu dan ayahku bilang
aku tak dapat disekolahkan kerana tiada sijil kelahiran
punca tak ada sijil kelahiran
karena ibu dan ayahku tiada sijil perkahwinan
perkahwinan ibu dan ayah tidak didaftarkan
berkahwin melalui kiai sah di sisi Islam
yang malangnya aku
tiada sijil kelahiran
jadi aku tidak dapat sekolah
apa jadi dengan aku
yang tak punya masa depan
masa depanku gelap
dan lebih gelap
apabila aku tak tahu status warganegaraku apa
Malaysia pun tidak Indonesia pun tidak
bukan aku seorang saja
yang bernasib malang
malah ramai lagi yang senasib denganku
hidup tanpa warganegara
kerana taraf perkahwinan ibu dan ayah tak sah taraf
jadi kami lahir sebagai anak yang tak sah taraf warganegara
kami tidak minta
dilahirkan sebagai anak tak sah taraf
ibu dan ayah warganegara Indonesia berkahwin di Malaysia...
tapi perkahwinan tidak didaftarkan atas alasan tertentu
ibu warganegara Indonesia bapa warganegara Malaysia...
perkahwinan tidak didaftarkan atas alasan tertentu...
kerana perkahwinan tidak didaftarkan
maka sijil kelahiran tidak dapat dikeluarkan
yang menjadi mangsa kamilah
tak dapat sekolah
tiada warganegara...
dalam perkara ini kami tak salah
ibu bapa kami juga tak salah
kerana jodoh mereka adalah takdir
dan kelahiran kami adalah takdir
takdir yang tidak dirancang
atas dasar perikemanusian...
kami merayu kepada pemimpin di Malaysia...
agar memberi kelonggaran kepada kami
anak-anak tak sah taraf
anak-anak yang tiada warganegara
diberikan sijil kelahiran
bila ada sijil kelahiran
dapatlah kami sekolah
dan dapatlah kami warganegara Malaysia yang sah....
moga rayuan kami ini didengari juga presiden Jokowi...
memberi dukungan kepada kami
agar kami dapat sekolah
bila ada sijil kelahiran
akan ada kad pengenalan
kami akan berpeluang untuk pulang
ke kampung di Indonesia
menziarahi sanak saudara di sana
moga masalah kami ini dapat diselesaikan
secara bijaksana
kami anak-anak yang tiada wargananegara
merayu sepenuh hati
agar dapat diberi kelonggaran
mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan
dengan adanya taraf warganegara
tiadalah kami hidup dalam gelap gelita sepanjang hayat...
kami bukan pendatang asing jauh sekali makhluk asing
kami dilahirkan di Malaysia...
maka berilah kami peluang menjadi warganegara Malaysia ..
itulah harapan kami
moga rayuan kami ini didengari oleh pihak kerajaan Malaysia...
segala budi baik untuk membantu menyelesaikan masalah kami
amatlah kami hargai dan akan dikenang selagi hayat di kandung badan.
'KAMI DITAKDIRKAN DILAHIRKAN DI MALAYSIA MAKA KAMI MAHU DIIKTIRAFKAN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA,'
Sekian. Wassalam.
Yang benar mengharap akan ada sinar bahagia untuk kami.
,
........................................................................
bp Anak-Anak Tak Miliki Status Warganegara
17 Rabiulakhir 436H
7 Februari 2015
SASTERA ITU INDAH (26) WARKAH UNTUK PM NAJIB & BAPAK JOKOWI
- Today
- Yesterday
- February 5
- February 4
PETIKAN WALL GRUP PEMBARA ALAM " PEMUDA DAN MASYARAKAT BATUBARA
BERALAMAT MEDAN & RATU RIMBA NIAGARA
16 Rabiulakhir 1436H
6 Februari 2015
PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARABERALAMAT MEDAN & RATU RIMBA NIAGARA
16 Rabiulakhir 1436H
6 Februari 2015
16 Rabiualakhir 1436H
6 Februari 2015
0 comments:
Post a Comment