SASTERA ITU INDAH (494) WARKAH UNTUK SEMUA RAKAN PUJANGGA YANG TERSAYANG GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
WARKAH UNTUK SEMUA RAKAN PUJANGGA YANG TERSAYANG GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabaratuh
Terima kasih kepada admin dan kepada sahabat yang tersanjung Abang Patdeli Abang Muhi yang sudi terima kembali saya menjadi ahli grup DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO.
Pengalaman menjadi ahli grup di sini empat tahun lalu bersiaran karya secara langsung banyak tak terkira panjang tak terkata terlalu indah,
saudara Naga Pamungkas di antara rakan pujangga yang selalu like dan komentar karya yang disiarkan. Kata-katanya selalu menyuntik semangat saya untuk terus berkarya. Sehingga kini masih diingati.
saudara Naga Pamungkas di antara rakan pujangga yang selalu like dan komentar karya yang disiarkan. Kata-katanya selalu menyuntik semangat saya untuk terus berkarya. Sehingga kini masih diingati.
"Kata-kata ratu rimba niagara adalah puisi indah dan sentiasa mengalir tanpa henti seperti keindahan air terjun niagara," kata-kata inilah yang masih segar di ingatan. Terima kasih saudara naga pamungkas.
Walaupun pernah terpisah dalam grup ini namun semua rakan pujangga di sini diingati dan sentiasa tersanjung di hati.
Saya memohon maaf sepanjang bersiaran karya jika ada tersalah tutur bicara atau apa saja yang membuatkan sahabat pujangga terguris hati percayalah tiada niat sedikit pun.
Dunia saya adalah sastera. Saya minat sastera teramat minat. Apa saja yang terfikir, terbaca jika mendatangkan ilham segera saya tulis lalu saya kongsikan kepada rakan-rakan alammaya saya.
Saya menulis bukanlah menunjukkan saya hebat bersastera kerana siapalah saya jika dibandingkan dengan rakan-rakan pujangga yang hebat dan puitis bila bersastera. Saya hanya menghargai bakat yang Allah kurniakan kepada saya tanda saya bersyukur saya bersastera walaupun ada yang tidak senang dengan kebanjiran karya-karya sastera. Namun itu tidak pernah mematikan semangat saya untuk terus bersastera.
Kepada rakan grup di sini sudilah memberi tunjuk ajar kepada saya andai karya saya tidak setanding dengan karya-karya rakan-rakan di sini. Saya amat berbesar hati mendapat kritikan yang membina tapi jika kritikan itu mematikan semangat saya untuk terus bersastera lebih baik saya mendiamkan diri daripada undur diri. Sejujurnya saya tidak sanggup undur diri lagi di grup ini kerana ianya adalah merupakan satu penyeksaan apabila terpisah dengan rakan-rakan pujangga yang selalu tersanjung di hati.
Sekian . Wassalam.
"SELAMAT MENGHAYATI KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA,
JIKA TIDAK BERKENAN DI HATI MAAFKAN SAYA JIKA BERKENAN DI HATI SYUKUR ALHAMDULILLAH,"
JIKA TIDAK BERKENAN DI HATI MAAFKAN SAYA JIKA BERKENAN DI HATI SYUKUR ALHAMDULILLAH,"
Salam sayang dan rindu dari saya untuk semua rakan pujangga di GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO Moga persahabatan kita nan indah ini berlanjutan hingga ke Syurga. Insya-Allah AAmiin.
Yang sentiasa menyanjungi semua bakat teman-teman pujanggaku,
Ratu Rimba Niagara,
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
5 Rejab 1436H
24 April 2015
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
5 Rejab 1436H
24 April 2015
Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa liku, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. Tapi Allah Janjikan Kemudahan bersama kesulitan, Rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan, Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
0 comments:
Post a Comment