NUSANTARA SEHATI SEJIWA (490) PERSAHABATAN NAN INDAH SEINDAH HATI BERBUNGA SYURGA
News Feed
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA
Inilah kawan setiakawan sampai hujung nyawa menyayangi...
adakah anda begitu padaku....??? jika anda begitu Syukur Alhamdulillah jika tidak hai malanglah aku menjadi sahabat alammayamu .....
adakah anda begitu padaku....??? jika anda begitu Syukur Alhamdulillah jika tidak hai malanglah aku menjadi sahabat alammayamu .....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah walhamdulillah walailaahaillallah wallahuakbar
Salam tegah hari sahabat.
Subhanallah walhamdulillah walailaahaillallah wallahuakbar
Salam tegah hari sahabat.
PERSAHABATAN NAN INDAH SEINDAH HATI BERBUNGA SYURGA
Inilah kawan setiakawan sampai hujung nyawa menyayangi...
adakah anda begitu padaku....??? jika anda begitu Syukur Alhamdulillah
jika tidak hai malanglah aku menjadi sahabat alammayamu .....hehehe
PERSAHABATAN SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2011
JIKA HAIWAN MAMPU BERBAGI KASIH SAYANG KENAPA KITA TIDAK?
Ratu Rimba Niagara shared Rubianto Tanoto's photo.
12:00PM - March 02 2014
cobah lihat makluk tuhan yang bernama binatang lain warna ini , bisa akur dan rukun bahkan mampu berbagi kasih sayang
let's see god creature named another animal's color, get along and get along even able to share love.
让我们来看看神的生物命名为另一种动物的颜色,相处相处,甚至能够分享爱...
original concept by : Rubianto Tanoto
CANTIK MERAK SECANTIK HATINYA
MERAK MEMANG CANTIK
CANTIK YANG ASLI
BUKAN CANTIK PURA-PURA
MOGA MERAK CANTIK SECANTIK HATINYA
TIADA DENGKI KHIANAT
SEPERTIMANA YANG DICERITAKAN DALAM KISAH DONGENG
DI MANA SI GAGAK MEWARNAKAN MERAK DENGAN DAYA KREATIVITINYA DAN JADILAH MERAK BURUNG YANG SANGAT CANTIK TAPI BILA TIBA GILIRAN GAGAK, MERAK BERDENGKI KHIANAT DENGAN MENUANGKAN DAKWAT HITAM KE GAGAK MAKA JADILAH GAGAK HODOH SEHINGGA SEKARANG
MERAK BEGITU KERANA TIDAK MAHU GAGAK LEBIH CANTIK DARINYA MOGA KITA DIJAUHKAN DARIPADA KAWAN YANG BERHATI SEPERTI MERAK NAMPAK SAJA CANTIK TAPI HATI PENUH DENGKI KHIANAT DAN TIDAK AMANAH PADA KAWAN SENDIRI... MOGA KITA DITEMUKAN DENGAN KAWAN CANTIKNYA SEPERTI MERAK SECANTIK HATINYA JUGA AAMIIIN.
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2011
KARENA KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA
KUBASUH KELUKAAN SEKALIPUN PERIT TERASA
SAHABATKU DITELAN BUMI BERSAMA ADIKKU!
Kata ibu aku anak yang nakal,
Pening kepala ibu melayani kerenahku;
Bukan niatku menjadi nakal,
Sudah lumrah kanak-kanak begitu.
Kesusahan keluarga tidak kupeduli,
Kerana ibu dan ayah terpisah sudah;
Aku bersedih kenapa nasibku begini,
Kebahagiaan keluarga semuanya musnah.
Biarpun ibu dan ayah tidak sehaluan,
Namun kumasih harap mereka bersatu;
Kuberjauhan setiasa rindu-rinduan,
Demi kasih dan sayang rasa tak jemu.
Rasa bahagia tinggal di sini,
Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami saling sayang menyayangi,
Azam kami menjadi hamba bertaqwa.
Abang Zaid baik budi,
Kami dilayan seperti keluarga sendiri;
Hari-hari berbunga kasih suci,
Hingga ke mati tidak dilupai.
Kami bergurau senda setiap hari,
Bersenda gurau tidak terguris hati;
Bersahabat saling hormat menghormati,
Demi kerana Allah dicintai.
Setiap hari membaca Kalam Allah,
Memejam mata menghafal Al-Quran;
Ayat dibaca hafallah sudah,
Gembiranya hati dalam kesyukuran.
Baca Al-Quran berjubah dan berserban putih,
Berwangi-wangian setiap hari;
Hafalan Al-Quran menjadi mudah,
Gembiranya hati tidak terperi.
Solat berjemaah setiap waktu ,
Setiap seorang berpeluang menjadi imam;
Gembiranya kami apabila sampai waktu,
Syahdu sungguh mendengar suara imam.
Waktu Maghrib aku mengalunkan azan,
Penghuni bumi dan langit syahdu mendengar;
Gembiranya aku mengalunkan azan,
Doa penghuni bumi dan langit aku bersyukur.
Ustaz mengajar kami penuh kasih sayang,
Kami dianggap seperti anak sendiri;
Dunia akhirat kami ingin cemerlang,
Belajar bersungguh-sungguh setiap hari.
Kusayang abang dan adik-adik,
Di Rumah Anak Yatim Dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami seperti adik beradik,
Moga kami menjadi insan bertaqwa.
Suatu hari Amizan menelefon bapa,
Minta belikan beg sandang;
Setiap hari menunggu bapa,
Redha Amizan bapa tak datang.
Bilik kami dihias indah,
Dipenuhi dengan kad ucapan Hari Ibu;
Kata-kata maaf dan sayang penuh bermadah,
Hingga ke Syurga kami sayangkan ibu.
Kusayang adikku Iman sepenuh hati,
Iman mahukan jam dan minyak wangi;
Kuhadiahkan Iman sukanya hati,
Dipakai Iman setiap hari.
Sukanya hati kami dapat perhatian,
Daripada FINAS untuk raikan kami;
Kami gembira dalam kesyukuran,
Kerana ada yang sudi mengingati kami.
Berqiamulail kami di malam itu,
Syahdu sungguh abang Zaid membaca Al-Quran;
Kami semua menangis tersedu-sedu,
Menghayati Kalam Allah dalam kesyahduan.
Selepas solat kami berzikir,
Sambil berzikir menangis hiba;
Hal dunia kami tak fikir,
Melainkan Allah yang dipuja.
Habis berzikir kami bermaaf-maafan,
Sambil bermaafan berpelukan dalam tangisan;
Serasa kami tidak mahu dipisahkan,
Kalau sudah takdir kami redhakan.
Hari itu kami bersiap menyambut tetamu,
Tetamu yang dihormati lagi disayangi;
Sikap penyayang mereka sudahlah tentu,
Bertuahnya kami hidup disayangi.
Kemeriahan menyambut tetamu bertukar duka,
Kami berpelukan sesama sendiri;
Berzikir kami penuh hiba,
Relakan kami sehidup semati.
Sahabatku separuh badan ditelan bumi,
Menyuruhku selamatkan diri;
Aku menangis melihat sahabatku mati,
Moga dirimu Syurga menanti.
Sahabatku ditelan bumi bersama adikku,
Kusempat mencapai tangan adikku Iman,
Tapi apa nak buat cepatnya berlaku,
Pergi adikku Iman kulaungkan azan.
Duhai sahabat-sahabat dan adikku sayang,
Kalian dikebumikan dalam liang lahad yang sama;
Kenangan bersama terbayang-bayang,
Tunggulah kedatangan ku ingin bersama.
Pemergian kalian kutangisi dalam redha,
Kenangan bersama kuabadikan hingga ke mati;
Gembiralah kalian menikmati Syurga,
Sesungguhnya Allah memberimu darjat yang tinggi.
Karya: Ratu rimba Niagara
22 Mei 2011
(Sempena Memperingati Pemergian 16 Orang Pelajar
Rumah Anak Yatim & Kebajikan Madrasah Al-Taqwa.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka)
UNIVERSITAS KEHIDUPAN YANG TAK TERNILAI HARGANYA
KITA PANDAI BUKAN KARENA KITA PANDAI
KITA PANDAI KARENA KEGAGALAN MENGAJAR KITA PANDAI
SELAGI KITA GAGAL SELAGI ITULAH KITA PANDAI
SELAGI BANYAK KEGAGALAN KITA TEMPUHI
SELAGI ITULAH KEPANDAIAN KITA PEROLEHI
ILMU KEGAGALAN ITULAH UNTUK KITA
SEMAKIN DEKAT DENGAN KEJAYAAN
KEJAYAAN TIDAK DATANG DENGAN MUDAH
KEJAYAAN MESTI YAKIN APA YANG KITA USAHAKAN
ANDA USAHA ANDA DAPAT
ANDA MALAS ANDA KETINGGALAN
SELAGI KITA GAGAL SELAGI ITULAH KITA
MENGHIMPUN PENGALAMAN
PENGALAMAN YANG PALING BERHARGA
PENGALAMAN TIDAK BOLEH DIPELAJARI
PENGALAMAN MESTI MELALUINYA SENDIRI
MANA ADA DI WUJUDKAN DI DUNIA INI
UNIVERSITAS PENGALAMAN
JIKA ADA PASTI HEBAT
KARENA SEMUA
PAKAR-PAKAR PENGALAMAN YANG BERJAYA
DALAM CITA-CITANYA
DIJADIKAN PROFESOR YANG MENGAJAR
PELAJAR DI UNIVERSITAS PENGALAMAN
PASTI PELAJAR-PELAJAR SEMUA
BERMINDA LEBIH TERKEHADAPAN
KARENA SETIAP SUBJEK YANG DIPELAJARI
DIKERAHKAN MENCEBURI PENGALAMAN TERSEBUT
'LAKUKAN PENGALAMAN YANG PERNAH KULALUI INI
TAPI KAMU BERUNTUNG KAMU CUMA LALUI PENGALAMAN TIKA MANA AKU SUDAH BERADA DIPUNCAK JAYA BUKAN SEMASA AKU BERTATIH UNTUK BERJAYA TAHUKAH KAMU BERAPA TAHUNKAH AKU SAMPAI KE PERINGKAT KEJAYAAN INI TIGA PULUH TAHUN BARU AKU BERJAYA SAMPAI KE TAHAP MENCAPAI CITA-CITAKU MAKANANYA PENGALAMAN KEJAYAAN CITA-CITAKU INI KUAJAR PADAMU AGAR KAU LEBIH BERJAYA DARIKU.
JANGAN ANGGAP DIRI KITA LEMAH
JIKA KITA ANGGAP DIRI LEMAH
MAKA MATILAH SEGALA CITA
JELMAKAN SINGA DALAM DIRIMU
NESCAYA KITA AKAN KUAT DAN BERANI
SEBERANI SINGA APABILA DIA MENYINGA.
'UANG PENUH DI SAKU TIDAK DAPAT MEMBELI SEJUTA KEHIDUPAN TAPI SAKU YANG KOSONG DAPAT MEMBERI SEJUTA KEHIDUPAN. MAKANYA BANYAKNYA UANG DAN HARTA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN, KEBAHAGIAAN APABILA DAPAT BERBAKTI SERAMAI MUNGKIN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN ITULAH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT YANG DIDAMBAKAN OLEH MEREKA YANG MAHU BAHAGIA YANG HAKIKI IN INSYA-ALLAH AAMIIN'
RATU RIMBA NIAGARA
20 Muharram 1435H
24 November 2013M
November 24, 2013 at 11:44pm ·
PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA
PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
6 Jamadilawal 1435H
8 Mac 2014
"KEMULIAAN BUKAN DARI YANG KITA KUMPULKAN DAN MILIKI, TAPI DARI APA YANG BISA KITA BERIKAN (SEDEKAHKAN) "
Ratu Rimba Niagara shared Antara Cinta Dan Persahabatan'sphoto.
SAHABAT ALAMMAYAKU MAAFKAN AKU JIKA TERSALAH DALAM BERBAHASA SASTERA DENGANMU. KEMAAFANMU MEMBUATKAN AKU TENANG DALAM BERSASTRA.
DALAM HATI ADA TAMAN,
TAMAN KASIH BERBUNGA IMAN;
MAAFKAN AKU DUHAI TEMAN,
TEMAN ALAMMAYA YANG BUDIMAN.
SAHABATKU YANG BERNAMA RUBIANTO TANOTO
Sahabatku Yang Bernama Rubianto Tanoto
seorang yang
bijaksana
kuat berusaha
kuat semangat
tidak mudah patah semangat
menjaga silaturrahim
merendah diri walaupun berada di puncak jaya
menepati janji apabila berjanji
menghormati semua rakan-rakannya
tanpa ada perbedaaan darjat dan status akademik
tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa
setia pada semua kawan-kawannya
sentiasa menjaga hati kawan-kawannya
berbahasa penuh mesej yang tersurat di sebalik tersirat
berfikiran luas
berpandangan luas
kaya budi kaya bahasa kaya hati kaya harta
bercita-cita tinggi
tidak mudah berputus asa bila menggenggam satu cita-cita
berjiwa penyayang
yakin dengan keputusan yang dibuat
berpegang teguh kepada agama bangsa dan negara Indonesia
Sahabatku Yang Bernama Rubianto Tanoto
seorang usahawan berjaya
sentiasa sibuk memburu cita-cita
berstrategi dalam segala urusan perniagaan
mempunyai rangkaian perniagaan
rakan perniagaan yang sentiasa mendukungi di antara satu sama lain semua rakan perniagaannya adalah saudaranya
yang mahu dibawa ke mercu kejayaan bersama
semuanya berjaya
merangkul pingat
usahawan berjaya
usaha yang berterusan secara telus tanpa
ada penipuan dalam perniagaan
semuanya jujur
percaya mempercayai
di antara satu sama lain
semangat setiakawan dan jujur dalam perniagaan
adalah motto perniagaannya
semut adalah idola semua rakan perniagaannya
saling memberi kerjasama
dengan sikapnya yang tidak pentingkan diri sendiri
membuatkan dia sukses dalam perniagaan
sehingga bergelar jutawan dunia akhirat
masih tetap merendahkan diri
seakan tidak punyai apa-apa
hanya Tuhan yang tahu
betapa dia mahu
menjadi hamba-Nya
yang sejujur ikhlas
hidup di muka bumi ini
tanpa ada sifat menzhalimi orang lain
yang ada berkasih sayang dalam talisiraturrahim
seumur hidupnya
berbakti kepada agama , bangsa dan negara Indonesia tercinta.
Itulah sahabatku yang bernama RUBIANTO TANOTO.
'MOGA SUKSES DUNIA AKHIRATMU AAMIIN'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 Zulhijjah 1434H
26 Oktober 2013
(Puisi Ini Diilhamkan Istimewa Untuk Sahabatku Yang Bernama Rubianto Tanoto Moga Sukses Dunia Akhirat Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin)
WARKAH UNTUK RAKAN SEPERJUANGAKU GARIJITO GONDOKUSUMO
'SENYUMMU MENGUNTUM WANGI DI HATI RAKYAT NUSANTARA'
Waalaikummussalam wr wb..
Rakan sepejuanganku Garijito Gondokusumo...
kau idola perjuanganku
kau menyalakan obor api perjuanganku
sejak mula kenal di alam maya
aku amat kagum
denganmu
karena
kau
pejuang rakyat sejati
kau rela menjadi pendamba rakyat nusantara
tidak langsung memikirkan kepentingan sendiri
kau rela menjadikan dirimu lilin
menerangi kehidupan rakyat
sedangkan hidupmu
kau lalui
seperti memijak duri-duri
kau terluka
lalu kesakitan
kau biarkan
kau senyum
menahan sendu
kelukaan yang amat dalam
kau biarkan terluka
kau biarkan disakiti
asalkan rakyat nusantara
bisa senyum
mengecapi nikmat kemerdekaan
nusantara hasil perjuangan
para pahlawan terdulu
yang gugur di medan juang
ingin kau banteras KORUPSI
lambang ketamakan keserakahan
punca
perjuangan sucimu
membela kehidupan rakyat nusantara
hancur lebur
dileburkan dengan
KORUPSI
membuatkan hatimu
meledak bagaikan peledak
meletus...letus...letus...
biar mati semua para KORUPSI
baru puas hatimu!
jika para KORUPSI
berjaya kau cantas
habis-habisan
baru tenang jiwamu
dan kau akan tersenyum puas
inilah hadiah amat berharga
untuk seluruh rakyat nusantara tercinta!
senyummu menguntum wangi
di hati seluruh rakyat nusantara
di roh-roh para pejuang kemerdekaan NUSANTARA!
Rakan Seperjuanganmu,
Ratu Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
24 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
"YA ALLAH BUMI-MU INI BERKAT ADALAH DOA ORANG-ORANG MISKIN BUKAKAN HATI KAMI UNTUK MEMBANTU ORANG-ORANG MISKIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN".
AGAR DI AKHIRAT KITA TIDAK SALING MENUNTUT
KARENA KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA
KUBASUH KELUKAAN SEKALIPUN PERIT TERASA
KUMERAYU KEPADA SEMUA SUDI MAAFKAN AKU
JIKA ADA KEKHILAFANKU DALAM BERSASTRA
SELAGI AKU TIDAK DAPAT KEMAAFAN DARI SEMUA
PASTI AKU TAK TENANG DI KALA HIDUP DAN MATI
ANDAI AKU DIMAAFKAN BARULAH AKU BERSASTRA DALAM TENANG
SEKARANG AKU HIDUP DI ATAS BUMI
MAKA SEBELUM AKU DIMASUKKAN KE PERUT BUMI DIKEBUMIKAN
AKU MAHU MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA MANUSIA
YANG TELAH KUSAKITKAN HATINYA
SAMADA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK
AKU MEMOHON MAAF
MOGA SEMUA MANUSIA SUDI MAAFKAN AKU
BARULAH AKU BERADA DI PERUT BUMI DALAM TENANG
AKU TINGGALKAN SASTRA YANG KUKARANGKAN KEPADA SEMUA MANUSIA DALAM KEADAAN ROH KU YANG TENANG DI ALAM BARZAH IN SHAA ALLAH AAMIIN
ANDAI DIA YANG PERGI DULU SEBELUMKU
AKU SEMPAT MEMOHON MAAF PADANYA
TIDAKLAH DIA MENUNTUT DI AKHIRAT NANTI
AKU TELAH MENYAKITI HATINYA
DI AKHIRAT NANTI SEMUANYA SALING MENUNTUT
BUKAN HARTA BENDA YANG DITUNTUT
TAPI PAHALA YANG DITUNTUT
SUDAHLAH PAHALAKU TIDAK BANYAK MANA
JIKA DITUNTUT APALAH YANG TINGGAL NANTI
MAKA AKU TERLALU TAKUT JIKA PAHALAKU DITUNTUT
BUKAN PAHALA SAJA YANG DITUNTUT
MALAH DOSANYA JUGA AKU YANG TANGGUNG
MASYAALLAH MAHA DAHSYATNYA HARI AKHIRAT
SEMUANYA PASTI DALAM KETAKUTAN
APABILA DITUNTUT PAHALA
KARENA TIDAK MAHU MUFLIS AKHIRAT
MAKA SEBELUM AKU MENINGGAL
SEBELUM SAUDARA SEISLAMKU MENINGGAL
SAMALAH KITA BERMAAFAN
SALING MEMAAFKAN
AGAR DI HARI AKHIRAT NANTI
KITA TIDAK SALING MENUNTUT
MOGA KITA SEMUA DIMASUKKAN KE JANNAH
PASTI BAHAGIA ABADI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015
0 comments:
Post a Comment