Tuesday, 12 December 2017

HIJRAH (196) ALLAH BERI KAMI KETABAHAN


HIJRAH (196) ALLAH BERI KAMI KETABAHAN

2 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI

TERBUKTI CIPTAAN ALLAH SEMPURNA INDAH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
CIPTAAN ALLAH SEMUA-NYA SEMPURNA INDAH
SEINDAH BIDADARA DAN BIDADARI SYURGA
KECANTIKAN DI DUNIA SEMENTARA
KECANTIKAN KEKAL DI SYURGA
MOGA KITA SENTIASA MEMILIH JALAN KE SYURGA-NYA AAMIIN
Jihan Sheriff ke CAHAYA IMAN
Jangan panggil orang itu tak cantik...
tak hensem.....ciptaan Allah semuanya...
"Perpect".......
Allah tidak pernah silap......
04/12/2015
Douma
.
Dengarkan jeritan kesakitan anak kita ini setelah beliau menjadi mangsa pengeboman puak lakhnat di bandar Douma.
Jeritan dan tangisan kesakitan anak-anak kita yang saban hari kita dengar tetapi adakah dunia mendengarnya??? Mengapa dunia terus membisu???
.
.

.
.
.
اَللّٰهُ أَكْبَر
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِالله
*
#AssadWarCrimes
#ObamaIsTheRealTerrorist
#StopPutin
#SaveTheChildrenOfSyria
#PrayForSyria
#FreeSyria

LUAHAN HATI SEORANG HAMBA-NYA
Waalaikummussalam wr wb
Kepada Yang DiMuliakan Pangeran Adipati Agong...
Sejujurnya patik tabik hormat
Kepada YM Pangeran Adipati Agong...
Kerana mengadili patik mengikut
Pertimbangan yang wajar
Tanpa dipengaruhi mana-mana pihak
Patik bersyukur kepada Allah Azzawajallah
Kerana DiKurniakan hamba-Nya
Yang diberi darjat diraja
Bukan untuk membangga diri
Tetapi untuk membela rakyat jelata
Tidak sia-sialah perjuangan patik
Bersama kerabat diraja berusaha
Sepenuh daya untuk memartabatkan
Institusi diRaja Nusantara yang telah dilupakan
Dalam lipatan sejarah nusantara
Bahawa raja-rajalah yang
Mempertaruhkan nyawa
Demi kemerdekaan Nusantara...
Untuk dihadiahkan kemerdekaan kepada
Rakyat yang baginda kasihi
Sepenuh jiwa dan raga
Keputusan YM Pangeran Adipati Agong...
Mengeluarkah mereka yang menfitnah patik
Amat memeranjatkan patik
Kerana patik sudah bersedia
Untuk dikeluarkan dari grup ini
Atau patik yang keluar dari grup ini
Demi kedamaikan grup ini
Kerana telah banyak yang patik lalui
Sepanjang menyertai grup
Di alam maya
Pernah terjadi
Admin grup
Mengeluarkan patik daripada grup tersebut
Gara-gara admin menfitnah patik
Deletekan post yang dihantarkan ahli grup
Patik menafikan kerana
Mana mungkin patik deletekan post
Kerana patik baca post tersebut pun tidak
Dan mana mungkin patik boleh deletekan post
Tersebut kerana patik bukan admin
Puas patik menafikan
Tapi admin masih tak berpuas hati dengan patik
Selepas itu admin
Mencari kesalahan patik
Mengatakan karya-karya patik
Menyemakkan dinding-dinding
Grup beliau
Sedangkan patik siarkan karya
Terlalulah banyak dari pagi
Hingga ke malam
Berhari-hari
Berminggu-minggu
Berbulan-bulan
Hingga ke bintang
Salah seorang ahli grup
Yang bijak pandai
Yang ada ijazah doktor falsafah kesusasteraan melayu
Menegur karya patik
Tak berkualiti
Bahasa berterabur
Sebab itu menyemakkan
Dinding-dinding grup tersebut
Dan mengganggu ahli lain untuk berkarya
Disambung ayat oleh admin di situ
Terlalulah sedih hati patik di kala itu
Sudahlah patik siang malam
Munyumbang baktikan karya
Secara percuma
Tanpa apa-apa bayaran se sen pun
Tapi dikutuk habis-habisan
Lebih menyedihkan lagi
Salah seorang ahli pujangga di situ
Membuat sebuah sajak
Bertajuk. SAMPAH!
Dan admin di situ like
Dan memberi komen
Karya-karya sampah
Jangan menyemakkan di sini
Semak....semak...
Jangan bikin orang menyampah!
Menangis patik mendengar
Penghinaan itu
Tiga hari tiga malam patik menangis
Atas penghinaan Admin
Kepada karya-karya patik
Yang dikatakan sampah
Patik tak kisah jika
Apa yang patik karyakan
Mengenai puisi yang tak ada mesej
Hinalah sampah pun tak apa
Patik boleh terima
Tapi yang patik tak boleh
Terima sama sekali
Patik mengarangkan
Puisi bertemakan
KETUHANAN
JIWA SEORANG HAMBA
BERKASIH SAYANG KERANA-NYA
Kerana sikap admin
Yang sombong itu
Patik hendak keluar dari grup tersebut
Tapi dihalang oleh
Ahli grup yang lain
Yang sukakan karya-karya patik
Tapi admin tetap juga dengan
Keputusannya mahu keluarkan patik
Dari grup tersebut
Dengan mengatakan
YANG PATAH AKAN TUMBUH
YANG HILANG AKAN BERGANTI
Dan patik dikeluarkan dari
Grup tersebut
Begitulah pengalaman
Patik dalam menyertai grup-grup
Di alam maya ini
Kebanyakannya terlalu
Amat mencabar dan melukakan hati
Tapi ada hikmah di sebaliknya
Patik dapat ilmu
Yang tak ternilai harga-Nya
Patik bersyukur sebanyak-banyak-Nya
Kerana diKurniakan ilmu
Bak Permata Syurga
Walaupun banyak air mata yang tertumpah
Dek penghinaan mereka yang tak senang
Patik berkarya mengenai Ketuhanan
Patik yakin
Tuhan bersama patik
Dialah yang memujuk patik
Di kala patik kesedihan
Atas penghinaan mereka ke patik
Gara-gara menulis
Karya-karya Ketuhanan
Patik sedar ...
Patik tidaklah sesempurna mereka
Memiliki kesempurnaan hidup yang sempurna
Patik tak sebijak mereka
Yang mempunyai ijazah bergulung-gulung
Patik tak sealim mereka
Yang faham ilmu agama
Patik tak sekaya mereka
Yang memiliki harta tinggi menggunung
Patik tak sebahagia mereka
Yang mempunyai kesempurnaan cinta
Patik tak punyai apa-apa
Patik adalah hamba-Nya
Yang sentiasa diuji dan diuji
Biarpun patik pernah memohon
Pada-NYa ambil sajalah nyawaku
Aku tak tahan diuji begini hebat!
Syukur Alhamdulillah
Allah tak memakbulkan doa patik
Mengambil nyawa patik
Dalam keadaan patik tak redho
Apabila diuji
Yang cuma hanyalah 1% saja
Jika hendak dibandingkan
Nikmat ilmu dan kemanisan iman
Yang dikurniakan pada patik
Itu adalah lebih bernilai
Daripada dugaan-dugaan
Yang diberikan pada patik
Syukur Ya Allah...
Kau memanglah
Maha Bijaksana
Ilmu ghaib semua dalam pengetahuan-Mu
Tak akan Kau uji hamba-Mu
Mengikut kemampuan hamba-Mu
Melainkan untuk kebaikan hamba-Mu juga
Kau uji tanda Kau cinta
Kau uji tanda sayang
Aku bersyukur kerana
Kau pilih aku menerima ujian-Mu ini
Kumohon pada-Mu Ya Allah
Setiap apa yang Kau uji aku
Berikanlah aku kekuatan
Menerima setiap takdir ke atasku
Dengan rasa redho
Kerana aku sudah pasrahkan
Hidup dan matiku
Hanyalah untuk-Mu
Moga dengan Rahmat kaseh-MU
Tanpa Batas Kau Perkenankan
Segala cita-citaku yang ada Nilai di Sisi-Mu
Sebelum aku bertemu-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Luahan hati seorang hamba-Nya,
Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/



CINTA ADAM PADA HAWA
Duhai Adam...
Apalah ada pada ilmu yang setetes ini
Jika hati dibalut kesombongan...
Karena kasehkan hawa ...Adam terima pujukan HawaMemakan buah larangan di Syurga
Hawa pula dipujuk oleh iblis laknatullah
Jika sekiranya Adam letakkan cinta Allah tempat yang teratas
Pasti Adam tak makan buah Khuldi di Syurga
Jika Hawa letakkan cinta Allah tempat yang teratas
Pasti Hawa tak termakan pujukan iblis
Atas dasar cintakan Hawa...
Adam memakan buah larangan
Karena melanggar perintah Allah..
Adam dan Hawa
Dikeluarkan dari Syurga
Hilang segala nikmat Syurga
Adam dan Hawa dipisahkan di bumi
Mereka terpisah begitu lama
Adam tanpa berputus asa mencari Hawa
Hingga ke hujung dunia
Hawa menunggu Adam
Dalam sabar dan setia menanti
Dalam proses mencari Hawa
Di saat keluar dari Syurga
Adam & Hawa
Meminta ampun kepada Tuhan
Tak akan mengulangi kesilapan mereka
Adam & Hawa
Redho dengan hukuman dari Allah
Di pisahkan di bumi...
Berkat usaha Adam mencari Hawa
Berkat keyakinan Hawa... Adamnya akan datang bertemunya
Dengan izin Allah
Allah temukan Adam & Hawa di Jabbal Rahmah
Semenjak bertemu.. mereka tidak pernah berpisah
Hawa sepanjang hayat
Menghabiskan usianya bersama Adam ...
Adam pula mencintai Hawa hingga ke hujung nyawanya
Di Syurga mereka bercinta
Di Syuga juga mereka mematrikan cinta
Kerana cinta Adam yang suci pada Hawa
Begitu juga Hawa mencintai Adam sepenuh jiwa
Saling cinta mencintai karena-Nya
Maka di situlah bermulanya
Asal usul berkembang biaknya manusia di dunia ini
Moga Adam
DiKurniakan cinta sesetia Hawa
Di dunia bercinta
Saling cinta mencintai karena-Nya
Di Syurga mematrikan cinta
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
121212

SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU
Salam sejahtera teman akhiratku
Terima kasih padamu
Kerana tak jemu bertandang di wall fbku
Mengirimkan kudup-kudup bunga Syurga
Mewangikan hatiku yang tandus keimanan
Menawanmu di sana
Harummu menyegarkan suasana pagi petang dan malam
Di pagi hari disinari mentari pagi
Diembunkan pelangi cinta Syurga
Di malam hari disinarkan
Bulan purnama menyerikan kudup mawar merahmu
Aku teruja untuk memilikimu
Berteman denganmu membahagiakan
Kata-katamu menenangkan roh dan jasadku
Aku mahu berkata indah-indah sepertimu
Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikirrullah
Aku mahu jadi sepertimu
Mengirimkan kudup-kudup mawar bunga Syurga
Ke seluruh benua alam
Biar satu alam mewangi dengan bauan Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Jika itulah Allah izinkan berlaku KUN FAYAKUN
Akulah hamba yang paling bersyukur
Tersungkur di sejadah cinta-Nya
Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil
Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi
Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya
Tanpa rasa ujub
Apa lagi mahu berbangga diri
Akulah yang terhebat berbicara
Akulah yang alim
Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat
Berarti aku sudah menjadi hamba-Nya
Memakai pakaian kesombongan-Nya
Nauzubillah minta dijauhkan Allah
Siapalah aku bisa berilmu
Siapalah aku bisa berbicara indah
Tanpa izin-Mu jua
Dan aku mengaku
Engkau sajalah yang layak
Memakai pakaian kesombongan
Bukan aku
Bukan...bukan...bukan...
Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina
Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina
Maka-Nya aku tak mahu menghina orang
Yang aku mahu pulang kepada-Mu
Dalam kain kafan
Setanggi Syurga kiriman-Mu
Berkat aku mengirimkan
Kudup-kudup mawar Syurga-Mu
Tanpa jemu
Kepada semua penghuni bumi
Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu
Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya
Tanpa terkecuali
Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada
Dengan harapan
Semoga kasehku pada mereka terpatri
Di Syurga sedia menanti
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
121212
TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY JUTAWAN DUNIA JUTAWAN AKHIRAT INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Ahmad Tajuddin & Ratu Rimba Niagara likes a photo.
Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
Baca ni, jika lebih ramai orang Melayu dan orang Islam tahu bagaimana berniaga menjadi usahawan berjaya, kita akan mempunyai kekuatan ekonomi kita sendiri! - Berani2013.com -
Sharifah Norita shared
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
BERNAS milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?
--> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!
IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!
Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!
Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!
Bank Muamalat milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!
Uni Asia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!
Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!
Puspakom milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!
Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!
MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!
Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!
Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!
Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!
Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !
Tahniah Tan Sri..!!
Baca ni, jika lebih ramai orang Melayu dan orang Islam tahu bagaimana berniaga menjadi usahawan berjaya, kita akan mempunyai kekuatan ekonomi kita sendiri! - Berani2013.com - Sharifah Norita shared Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!! BERNAS milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!! Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa? --> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!! Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!! Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa? -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!! Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!! Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC! MMC milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!! Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap) Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!! Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?! -->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !! Tahniah Tan Sri..!!
Unlike · · Share · 2,7492091,612 · · Sponsored
You, Ahmad Tajuddin and 2,747 others like this.
1,612 shares
3 of 209
View previous comments
Abdullah Abas BERANI kerana benar. Terim kasih atas perkongsian ~http://abdullahabas.blogspot.com/~
Norrizi Fitri Hebat....
JADILAH AKU ATAS KEHENDAK-NYA
Semuanya milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy
Mak datuk kayanya dia
Jadinya dia jutawan dunialah ye
Tabik lah aku macam tu sama dia...
Aku pun nak jadi macam dia...
Kaya....kaya....macam dia...
Heiii cermin sikit muka engkau tu siapa ye...
Aku tengok engkau dari dulu hingga kini
Miskin...dhaif...
Duit dalam bank sekupang duit pun tak ada
Engkau tu papa kedana...
Janganlah berangan nak jadi macam dia ye
Aku tengok engkau tulis
Berjela...jela...
Setiap hari...
Ada dapat duit?
Orang menulis dapat duit
Untuk menyara kehidupan...
Tapi engkau
Selalu kata duit tak penting
Tapi engkau hidup
Pakai apa?
Aku hidup...
Apa adanya
Mana tahu buah cempedak jadi nangka
Eeiii engkau jangan mimpilah
Bulan jatuh ke riba
Mati hidup semula pun
Engkau tak akan kaya
Seperti
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !!
Tak akan aku miskin dan dhaif
Aku tak redha pulak?
Aku redhalah
Sampai aku mati
Aku miskin juga pun tak apalah
Engkau tak cemburu ke
Dengan kekayaaan yang dimiiki
Oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy!!
Semua kagum dengannya tau
Sebab dia memiliki semua harta di dunia ini
Hebat....hebat....dia tu...
Aku mahu tanya engkau...
Harta di dunia ini semua milik dia
Habis tu dia itu milik siapa?
Milik Tuhan...
JadiNYa Tuhan lebih
Kaya daripada dia
Itu maksudmu?
Iya ...
Kaya macam mana pun dia
Dia milik Tuhan
Andaikata dia mati hari ini
Semua hartanya bukan lagi
Milik dia...
Terus jadi miskin di kubur...
Tapi ada satu perkara yang perlu engkau tahu
Apa dia?
Katakan padaku...
Apa yang aku tak tahu tentang dia
Sebab dia idolaku
Eset-esetnya semua dalam otak aku
Aku dah kira
Dah congak-congak
Memang kaya gila-gila
Dan hebat gila-gila....
Kalau aku kaya macam tu
Mesti aku suka
Semua orang hormat dan
Sanjungi aku...
Barulah nikmat hidup namanya itu
Semua hendak semua dapat...
Tak payah susah-susah
Terpaksa bermimpi nak dapatkan
Sesuatu impianku
Apa yang aku tak tahu tentang dia
Cepat beritahu aku
kerana setahu aku
Tentang dia selalu aku ambil peduli
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy tu...
Bukan saja kaya dunia je tau...
Jutawan akhirat juga tu...
Jutawan dunia
Jutawan akhirat
Kalau begitu tak salah lah aku
Memilih dia sebagai idolaku
Jutawan dunia
jutawan akhirat
Engkau tu jutawan apa?
Aku...aku...aku...
Cuma milik-Nya
Aku usaha selagi terdaya
Kalau DIA kata
KUN FAYAKUN
Jadilah aku atas kehendakNya
Karya Ratu Rimba Niagara
121212

YA ALLAH BERILAH KEMAAFAN KEPADAKU, SELURUH AHLI KELUARGAKU DAN SELURUH SAUDARA SEISLAMKU SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'ANDAI SELURUH MANUSIA TIDAK MENERIMAKU TAPI ENGKAU MENERIMAKU ITU ADALAH LEBIH BERHARGA DARIPADA ALAM DAN SEISINYA,'
'ANDAI SELURUH MANUSIA MENYUKAIKU TAPI ENGKAU MEMBENCIKU , AMATLAH MALANG NASIBKU DUNIA AKHIRAT...'
'YANG AKU DAMBAKAN ENGKAU SENTIASA MENGASIHIKU DAN SELURUH MANUSIA MENYAYANGIKU KERANA-MU BARULAH TENANG DUNIA AKHIRATKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'



SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT MOGA BERKAT PERTEMUAN KITA DI ALAMMAYA DITEMUKAN-NYA DI SYURGAWI BERSAMA MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Rashid Kocai sedang bersama Rashid Kocai.
Nabi menangis untuk kita lebih daripada mak kita menangis untuk kita.
Nabi fikir keselamatan kita lebih daripada mak kita fikir untuk kita.
Nabi sayang dan cinta kita lebih daripada mak kita sayang dan cinta kita.
Nabi buat semua ni untuk kita.
Semata mata, kita semua selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Selawatlah. Hidupkanlah sunnah.
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT MOGA BERKAT PERTEMUAN KITA DI ALAMMAYA DITEMUKAN-NYA DI SYURGAWI BERSAMA MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Rashid Kocai sedang bersama Rashid Kocai.
Salam Maulidur Rasul
Semoga dianugerahkan diri kita menjadi jiwa Muhammad..sehingga termasuk diri kita sebahagian ungkapan solawat wa 'ala alii Muhammad..
Agar ada kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. seperti warisnya dan tidak terputus...Mudah mudahan.
اللهم صل علی سيدنا محمد وعلی ال سيدنا محمدگما صليت علی سيدنا إبراهيم وعلی ال سيدنا إبراهيموبارك علی سيدنا محمد وعلی ال سيدنا محمدگما بارکت علی سيدنا إبراهيم وعلی ال سيدنا إبراهيمفی العالمين إنك حميد مجيد
Allâhumma sholli ‘alâ Sayyidinâ Muhammadin wa ‘alâ âli Sayyidinâ Muhammadin..Kamâ shollaita ‘alâ Sayyidinâ Ibrôhîma wa ‘alâ âli Sayyidinâ Ibrôhîma..
Wa bârik ‘alâ Sayyidinâ Muhammadin wa ‘alâ âli Sayyidinâ Muhammadin..Kamâ bârokta ‘alâ Sayyidinâ Ibrôhîma wa ‘alâ âli Sayyidinâ Ibrôhîma fîl ‘âlamîna innaka hamîdun majîd..
Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad saw, dan kepada keluarganya, sebagaimana Engkau limpahkan rahmat kepada Nabi Ibrohim as. dan keluarganya.
Berikanlah keberkahan kepada junjungan kami, Nabi Muhammad saw, dan keluarganya, sebagaimana Engkau limpahkan berkah kepada Nabi Ibrohim dan keluarganya.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung di seluruh alam.
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT MOGA BERKAT PERTEMUAN KITA DI ALAMMAYA DITEMUKAN-NYA DI SYURGAWI BERSAMA MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Rashid Kocai sedang bersama Rashid Kocai.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Katakanlah (Muhammad), "Wahai manusia! Sesungguhnya aku ini utusan Allah bagi kamu semua, Yang memiliki kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, (yaitu) Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya). Ikutilah dia, agar kamu mendapat petunjuk.""
(QS. Al-A'raf: Ayat 158)



ADAKAH DUNIA TERUS MEMBISU????
ANDAI JERITAN SENDU KESAKITAN INI BERLAKU PADA KELUARGA
ANDA BAGAIMANA??? TIKA ITU BARU KAMU RASAKAN APA YANG DIRASA MANGSA KEKEJAMAN MANUSIA YANG BERTOPENGKAN SYAITAN TANPA ADA SEDIKIT PUN RASA PERIKEMANUSIAAN!!!



RATU RIMBA & HULUBALANG RIMBA
Pada suatu hari si Monggel merayap-rayap di lereng bukit. Si Monggel hendak ke kemuncak bukit. Dia ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia akan berjaya mendaki bukit yang tinggi walaupun dia cuma seekor kura-kura yang hodoh.
Sampai di pertengahan bukit si Monggel terjatuh. Nasibnya sungguh malang kerana cita-citanya untuk sampai ke kemuncak buki
t gagal.
Si Monggel tidak dapat bangun. Dia cedera parah. Cengkerang nya pecah.
“Tolong! Tolong!” jeritnya dalam kesakitan.
Secara kebetulan Noni dan Mona sedang bersiar-siar di situ menghirup udara nyaman.
“Eh! Engkau dengar tak suara meminta tolong?” tanya Noni kepada Mona.
“Iyelah… suara itu di bukit sana!” jawab Mona.
“Mari kita pergi tengok?”
“Aku tak mahulah, kalau engkau nak… kau pergilah,” kata Mona lalu beredar dari situ.
Noni pergi mencari-cari di manakah arah suara yang meminta tolong. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati seekor kura-kura cedera parah.
“Kasihannya… baik aku tolong rawat lukanya,” kata hati kecil Noni.
“Aduh! Sakitnya!” jerit Monggel apabila Noni mencabut cengkerangnya.
“Maafkan aku cengkerang kau ni dah pecah, aku terpaksa menanggalkannya,” kata Noni sambil mengambil sehelai daun lalu ditutup luka yang terdedah.
Noni membawa Monggel di sebuah gua. Noni tinggal bersama rakannya Mona.
“Siapa yang kau bawa ni Noni? Eh! Gelinya aku tengok lukanya tu, nak loya aku,” kata Mona dengan sombongnya.
“Dia perlukan bantuan kita. Biarlah dia berehat di sini sementara lukanya sembuh. Kau jaga dia sekejap ya… aku nak panggil doktor.”
“Eh! Engkau ni buang masa aku aje. Lebih baik aku bersiar-siar daripada menjaga si hodoh ni,” kata Mona.
“Engkau ni… memang tak boleh tolong sikit. Ini hari dia mlang… esok mana tahu kita pulak? Jadi kita harus tolong menolong,” nasihat Noni.
“Engkau ni memang dari dulu lagi suka tolong kawan. Engkau susah ada ke kawan-kawan tolong?”
“Aku menolong kawan bukanlah harapkan balasan. Tak macam engkau, ada ubi ada batas, ada hari pasti dibalas.”
“Zaman sekarang ni… kalau tak harap balasan…hai sampai bilapun menanggung rugi.”
“Malas aku nak layan kau ni! Dari dulu lagi asyik dengan ego kau aje. Baik aku pergi panggil doktor.”
Noni pergi memanggil doktor untuk merawat Monggel.
“Lukanya parah… kalau tidak dirawat, dia akan lumpuh buat selamanya.”
“Habis macam mana untuk meyelamatkannya?” tanya Noni.
“Untuk tumbuhkan semula kulit cengkerangnya, sedikit bulu biri-biri kau tu hendaklah ditampalkan ke kulit yang luka,” jelas doktor Marina seekor monyet betina yang mempunyai ijazah kedoktoran.
“Berilah saya tempuh dua hari untuk saya berbincang dengan kawan saya.”
“Kalau kamu sudah buat keputusan datanglah ke klinik saya. Saya harap jangan terlalu lama, dikhuatiri kura-kura ini akan mati nanti.”
“Baiklah doktor.”
Malam itu Noni berbincang dengan Mona.
“Mona aku nak minta tolong dengan kau sikit boleh tak?”
“Cakap ajelah!” kata Mona.
“Begini… aku sebenarnya hendak mendermakan bulu aku kepada kawan kita yang malang ni, tapi aku tak boleh berikan kerana bulu-buluku tidak akan tumbuh semula malah akan mengidap sakit kulit yang berpanjangan. Apa kata kau derma sedikit bulu kau tu kepadanya?”
“Kau sedar ke apa yang kau cakap ni?” tengking Mona.
“Tak boleh ke kau berkorban sedikit demi seorang kawan? Kau takkan rugi kalau kau berbuat baik sesama kita.”
“Walau apa pun yang kau kata, aku tetap dengan keputusan aku, jangan haraplah aku nak derma, walau sehelai bulu pun,” kata Mona dengan sombongnya.
Noni kecewa dengan sikap tamak sahabatnya Mona yang sedikitpun tidak rasa belas kasihan terhadap si Monggel yang malang itu.
Walaupun terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan terpaksa menanggung sakit kulit yang berpanjangan, Noni mendermakan sedikit bulunya kepada si Monggel.
Setelah luka yang ditampal dengan bulu biri-biri, si Monggel kian hari kian sembuh. Dia boleh berjalan semula. Cengkerangnya tumbuh semula tetapi lebih cantik daripada dahulu. Kalau dahulu warnanya kehitaman tetapi sekarang berwarna kelabu seperti warna bulu si Noni.
“Wah! Sekarang kau dan sihat dan cengkerang kau pun dah tumbuh semula. Bertambah cantik dari dulu,” kata Noni dengan penuh gembira.
“Kalau tak kerana engkau, aku tak sesihat dan secantik ini Noni,” kata Monggel mengingatkan tragedi malang yang menimpanya dahulu.
Semenjak Monggel sihat dan cantik barulah Mona ingin berkawan dengan Monggel.
“Monggel mari kita pergi bersiar-siar di rimba sana. Hari ni ada pesta besar-besaran. Semua penghuni rimba bersuka ria,” kata Mona dengan suara yang lembut.
“Tak boleh aku dah janji dengan Noni, nan temankan Noni pergi menziarahi saudaranya yang sakit,” kata Monggel.
“Ala… biarlah dia pergi sendiri. Pergi tengok keluarganya sakit bukannya seronok… pergi pesta lagi seronok dapat bersuka ria.”
“Betul juga kata kau tu.”
“Jom kita pergi.” Mereka berdua pergi tanpa memberitahu Noni.
Semua yang hadir di pesta memuji Mona kerana bertuah memiliki Monggel yang cantik. Pujian yang melimpah ruah membuatkan Mona dan Monggel lupa daratan.
Mereka berdua hendak berpindah ke gua lain kerana tidak mahu tinggal bersama Noni yang mengidap sakit kulit.
“Kau juga nak pindah Monggel?”Tanya Noni menahan sebak di dadanya.
“Siapa nak tinggal dengan engkau? Nanti penyakit kulit kau tu menjangkit dengan kami pulak!” kata Monggel penuh angkuh.
“Betul kata engkau tu Monggel.”
“Engkau tahu tak Monggel kenapa aku jadi macam ni? Kerana nak menyelamatkan nyawa engkau. Aku sedih! Kecewa! Ini rupanya balasan engkau terhadap aku akhirnya. Kau tahu masa kau sakit dulu, adakah si Mona yang cantik ni menolong engkau? Aku tak sangka, begini rupanya budi kau terhadap aku!” Noni menangis semahunya.
“Ah! Jangan layan si gila ni, mari kita pergi!” kata Mona. Mereka berdua pergi meninggalkan Noni yang dalam kesedihan dan kesakitan.
• * * ************
Tersebutlah kisah seekor biri-biri berbulu emas tersesat di sebuah gua. Gua itu tempat tinggal Noni.
“Hai kawan… boleh aku tumpang berteduh di sini?”
“Boleh apa salahnya.”
“Kau ni macam tak sihat je? Kau sakit ke?” Tanya biri-biri berbulu emas sambil mendekati Noni.
“Jangan dekati aku! Nanti kau menjangkit,” kata Noni dengan nada lemah.
“O…rupanya kau sakit kulit. Sakit kau ni dah teruk? Kenapa kau biarkan?”
“Aku ubat macam mana pun tak akan sembuh.”
“Bukankah setiap penyakit itu ada penawarnya? Kau ni terlalu cepat putus asa…belum usaha lagi sudah mengalah.”
“Engkau fak faham kawan, sakit kulitku ini disebabkan aku langgar pantang larang nenek moyangku iaitu bulu biri-biriku tidak boleh di potong tapi kerana hendak menyelamatkan nyawa kawanku, aku korbankan sedikit buluku untuk menyembuhkan penyakitnya.”
“Sungguh baik hati engkau… mana perginya kawan engkau yang bertuah tu?”
“Dia dah pindah dari sini.” Noni menangis tidak dapat menahan sedih yang bukan kepalang.
“Tak patut dia buat kau macam tu… sepatutnya dialah yang menjaga dalam keadaan engkau yang sakit macam ni? Engkau ni nampak kurus… kau tak makan ke?”
“Aku terpaksa berlapar kerana aku tidak dapat mencari rezeki. Aku tak boleh terkena pancaran cahaya matahari. Nasib baiklah ada sahabatku sang tupai dialah yang bermurah hati memberiku makanan, biarpun dia sendiri juga susah. Apabila dia dapat rezeki lebih… dia beri lebih, budinya tak dapat hendak kubalas.”
“Beruntung kau dapat kawan sebaik Sang Tupai. Zaman sekarang ni… susah hendak cari kawan macam dia. Dah berapa lama kau menanggung sakit ni?”
“Baru enam tahun.”
“Enam tahun kau kata baru?”
“Iyelah hidup aku di gua, apa terjadi di luar rimba sana aku tak tahu.”
“Kasihan kau kerana nak menolong kawan, kau yang menanggung derita.”
“Salah kah aku berbuat baik sesama kita?”
“Salah tak salah tapi sampai diri sendiri merana susahlah, lagipun sahabat yang kau tolong tu tak mengenang budi. Kawan… kerana kejujuranmu sudikah kau menjadi sahabatku? Aku suka berkawan macam kau ni. Dah lama aku mencari kawan yang jujur dan berhati mulia,”
“Aku tak sangka…aku yang berpenyakit ni, ada yang sudi nak berkawan denganku,” kata Noni terharu dengan pengakuan kawan yang baru dikenalinya.
Mulai hari itu biri-biri berbulu emas bersahabat baik dengan Noni. Biri-biri emas bermurah hati mendermakan sedikit bulu emasnya kepada Noni yang mengidap sakit kulit akibat melanggar sumpah.
“Kau tak rasa rugi ke menderma bulu mu yang cantik?”
“Aku suka menderma kerana semakin aku menderma semakin cantik buluku.”
Semenjak menerima bulu sahabatnya itu penyakit yang dihidapi oleh Noni beransur sembuh. Yang anehnya bulu Noni turut bertukar menjadi warna emas seperti warna sahabatnya.
“Marilah kita bersiar-siar, lagi pun kau dah lama tak keluar dari gua ni tentu sekali kau rindukan kehijauan rimba dengan cahaya matahari,” kata biri-biri emas.
Ketika mereka hendak keluar, datang Sang tupai membawa makan untuk Noni.
“Sugi… kau tak kenal aku lagi ke?” Tanya Noni.
“Kau siapa?”
“Takkanlah sahabat baikmu kau tak kenal?”
“Aku manalah ada sahabat secantik dan sewangi engkau? Setahu aku sahabat setiaku hanyalah Noni. Ha… ini makanan yang aku bawakan untuknya. Dah empat hari aku tak datang… kasihan dia.”
“Kenapa kau tak datang?”
“Tempat biasa yang aku cari makan telah terbakar disebabkan kelalaian manusia membuang putung rokok ke rimba. Mujurlah semua penghuni rimba bergotong royong memadamkan api,kalau tidak habislah rimba ini terbakar dan penghuni rimba mati terbakar, kelaparan dan tak ada tempat mencari makan. Sungguh kejam manusia ni. Mereka tidak langsung mempunyai perasaan kasihan belas kepada penghuni rimba. Mereka tak tahu ke yang kita ni sebahagian daripada hidup mereka. Tanpa kehadiran kita tidak lengkaplah hidup mereka. Kalaulah kita bermuafakat untuk membuat serangan kepada mereka tak sampai satu hari matilah mereka,” kata Sang tupai panjang lebar.
“Tak sangka saya awak ni mempunyai pemikiran yang tinggi tapi bagaimana penghuni rimba nak serang manusia dalam masa satu hari?” sampuk biri-biri emas.
“Senang saja kitakan mempunyai pelbagai jenis. Ada yang ganas, besar, kecil, berbisa waima sebesar hama pun.”
“Bagaimana mereka nak buat?”
“Si Harimau boleh menerkam, si ular mematuk, si monyet boleh membaling, si gajah boleh memijak … itu belum termasuk jenis kecil,” jelas tupai sungguh-sungguh.
“Manusia mempunyai senjata canggih… boleh ke kamu melawan mereka, aku rasa kita yang musnah,” kata Noni ingin menduga sejauh mana kepintaran sahabatnya Sang Tupai.
“Sebelum senjata canggih mereka meusnahkan kita, kawan-kawan kita si tebuan, unggas, kumbang kecil masuk ke lubang telinga manusia. Aku yakin kalau kita muafakat kepada semua penghuni rimba tidak terkecualipun dalam sekelip mata saja manusia akan mati. Tapi kita ada rasa pertimbangan dan kita tidaklah sezalim mereka.”
“Yelah kau ni memang bijak tak sangka aku selama ini sang tupai sebijiak ini. Bertuah aku mempunyai sahabat seperti kau. Idea kau tu memang boleh diguna pakai dan jika manusia masih lagi tidak mahu mengubah sikapnya untuk memusnahkan kita, kita akan bertindak. Mereka ingat mereka bijak tapi kita lebih bijak daripada mereka,” kata Noni penuh semangat.
“Cuba kau terus terang dengan aku kau ni siapa sebenarnya? Kau macam kenal aku je?” Tanya Sang tupai kehairanan.
“Kan aku dah kata tadi ….aku ni Noni sahabatmu.”
“Aku tak percayalah.”
“Iye Sugi… dialah Noni sahabat setiamu…” kata biri-biri emas lalu menceritakan apa yang telah terjadi.
“Sekarang baru aku percaya, Noni syukurlah kau dah sembuh dan secantik ini pulak. Tuhan sudah memakbulkan doaku,” Sugi menangis kegembiraan.
Hari itu mereka bertiga bersiar-siar, menikmati kehijauan dan kedamaian rimba hingga ke petang. Tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong.
“Sugi … kau dengar tak suara tu… aku rasa aku pernah dengar,” kata Noni.
“Iyelah tak silap aku suara itu…. suara si Monggel. Kenapa dia ya… macam suara menahan sakit aje… mari kita pergi tengok.”
Mereka terperanjat apabila mendapati Monggel mengalami cedera parah. Cengkerangnya yang cantik itu pecah. Dia menangis kesakitan.
“Kau Sugi… tolonglah aku Sugi, aku tak boleh bergerak lagi.”
“Sekarang baru nak minta tolong? Mana kawan kau Mona?”
“Dia dah lari… dia tidak mahu berkawan dengan aku. Barulah aku tahu siapa dia sebenarnya. Masa aku gagah dan cantik, dia sukakan aku tapi bila aku dit mpa kesusahan dia lari. Inilah balasan yang aku terima, aku bersikap zalim terhadap Noni. Aku biarkan dia hidup dalam kesusahan sedangkan dia bersusah payah kerana hendak menyelamatkan nyawaku,” rintih Monggel.
“Itulah kau tak tahu membalas budi… sekarang terimalah akibatnya,” sampuk biri-biri emas.
“Kau ni sapa?”
“Akulah sahabat Noni.”
“Kau tahu tak kerana hendak menyelamatkan engkau, dia menderita menanggung sakit selama enam tahun hanya mengurungkan diri di dalam gua. Mujurlah ada Sugi, dialah mencari makanan untuk Noni. Kalau tidak… tak tahulah apa akan jadi pada Noni. Tak sangka aku, kau sezalim itu.”
“Iye… aku memang zalim padanya sebab itulah aku dihempap batu besar sebagai membalas kezalimanku.” Monggel menangis tersedu-sedu tanda keinsafan.
“Noni yang sejak tadi mendengar perbualan mereka tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia menangis sambil menghampiri Monggel.
“Monggel aku maafkan engkau.”
“Engkau siapa?”
“Aku Noni.”
“Noni?” Tanya Monggel terperanjat.
“Iye…aku sahabat setiamu… yang sudah… sudahlah, buang yang keruh ambil yang jernih. Mari kurawat lukamu itu. Biarkan kujahit lukamu dengan benang kasihku,” kata Noni dengan penuh kasih sayang.
“Aku tak mahu! Tak mahu! Budimu yang dulu pun belum aku balas.”
“Setiap budi yang kuberi bukanlah harap balasan, yang penting kau dapat menerimaku sebagai sahabat dunia akhirat.
”Begitu tinggi budimu Noni.” Monggel menangis keinsafan.
Monggel dibawa ke gua. Luka Monggel dirawat. Noni mendermakan bulunya kepada Monggel bagi menggantikan cengkerangnya yang pecah. Mereka bertiga bergilir-gilir menjaga Monggel.
Hari demi hari luka Monggel sembuh dan cengkerangnya mula tumbuh tetapi cengkerang yang tumbuh tidak secantik dulu , hodoh dan menggerunkan sesiapa yang melihat.
“Maafkan aku Monggel, aku tak sangka cengkerang kau jadi hodoh macam ni.”
“Tak apalah Noni, nanti kalau cantik aku lupa diri, ini pun aku bersyukur kerana cengkerangku tumbuh semula, dapat juga aku melindungi daripada bahaya yang datang.
“Baguslah kau dah sedar,” kata Sugi
“Sekarang kita berempat menjadi sahabat baik. Mulai hari ini … kita akan tinggal di gua ini, kita akan mulakan hidup baru,” kata biri-biri emas.
Hari yang cerah itu mereka berempat bersiar-siar meredah rimba hinggalah sampai di sebuah istana.
“Itulah Istana Raja Rimba. Di istana itulah ada Puteri Arnab yang bernasib malang.”
“Puteri Arnab? Bernasib malang… kenapa?”
“Ceritanya begini. Puteri Arnab merupakan puteri yang cantik jelita. Bukan saja cantik …dia mempunyai sifat penyayang. Dia suka membantu penghuni rima yang bernasib malang. Di atas kebaikannya semua penghuni rimba sukakannya. Mereka menggelarkan Puteri Arnab, “Ratu Rimba” tetapi malang sikapnya itu dicemburui oleh Raja Rimba, dia menuduh Puteri Rimba ingin merampas kuasanya dengan menjadi Ratu Rimba.
Untuk mengelakkan Puteri Arnab menjadi ratu segala gerak geri Puteri Arnab disekat. Puteri Arnab menghadapi tekanan yang amat sangat… dia bukanlah hendak menjadi ratu…memadailah menjadi ratu di hati penghuni rimba,” cerita biri-biri emas.
“Kasihan aku mendengar cerita Puteri Arnab. Hatinya sungguh baik. Biarpun Raja Rimba menghalangnya menjadi ratu tapi bagiku dialah ratu yang dinanti-nantikan oleh penghuni rimba. Kau boleh tolong aku tak?”
“Boleh apa dia?” tanya biri-biri emas.
“Aku nak potong buluku ini dan jahitkan sehelai baju untuknya. Baju ini nanti hendak kuhadiahkan kepadanya, aku tahu Puteri Arnab perlukan semangat. Setidak-tidaknya baju ini nanti dapat memberikan semangat kepadanya untuk berhadapan dengan penghuni rimba yang sudah hilang keyakinan terhadapnya. Mungkin Raja Rimba telah memburuk-burukkan nama Puteri Arnab.
“Kau tak menyesal?”
“Demi Puteri Arnab aku rela, kau carilah tukang jahit yang terkenal.”
“Baiklah,” kata biri-biri emas.
Tidak sampai satu minggu , baju yang hendak dihadiahkan kepada Puteri Arnab siap .
“Monggel boleh kau tolong aku?” Tanya Noni.
“Boleh.”
“Kau tolong sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab.”
“Tapi istana itu dikawal ketat.”
“Aku boleh bawakan kau Monggel,” jawab Sugi.
“Macam mana?”
“Sungguh pun aku kecil tapi aku kuat. Engkau janganlah takut. Boleh kita berjumpa Puteri Arnab.
“Engkau agak Puteri Arnab tu… takut tak dengan aku? Iyelah siapa yang tengok cengkarang aku ni…pasti cabut lari.”
“Aku agak Puteri Arnab tak macak tu, dia sayangkan semua penghuni rimba, tidak kira siapapun mereka. Kau percayalah cakap aku.
“Bila kita nak pergi?”
“Malam nanti selamat sikit sebab pengawal-pengawal di istana mengantuk.”
Malam itu Sugi dan Monggel Berjaya masuk ke dalam istana.
“Puteri Arnab… Puteri Arnab… bangun patik datang ni,” bisik sugi ke telinga Puteri Arnab yang sedang lena tidur.
“Kamu ni siapa?” tanya Puteri Arnab dengan nada yang lembut.
“ Patik Sugi, ini kawan patik Monggel.”
Puteri Arnab menyalam tangan Sugi dan Monggel sambil tersenyum.
“Selamat berkenalan, bertuah patik dapat berkenalan dengan ratu kami Puteri Arnab,” kata Monggel dengan gembiranya.
“Silakan duduk… tentu kamu berdua penat.” Puteri Arnab menuangkan air ke dalam cawan.
“Jemputlah minum.”
“Terima kasih ,” kata Monggel dan Sugi Serentak. Mereka meneguk air.
“Maafkan patik kerana mengganggu Puteri Arnab. Sebenarnya patik datang ke sini mempunyai hajat yang besar,” kata Monggel.”
“Apa hajatnya tu?”
“Sahabat patik Noni minta sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab. Harap Puteri Arnab sudi menerimanya.”
“Terima kasih banyak-banyak, beta ucapkan terima kasih kepada sahabat kamu tu. Tak sangka beta dalam saat-saat beta bersedih begini, ada yang sudi memberi hadiah pada beta,” kata Puteri Arnab terharu bercampur gembira yang amat sangat. Hadiah itu dibuka. Alangkah terperanjat apabila didapati sehelai baju bulu biri-biri emas yang sangat cantik.
“Cantiknya …siapa nama sahabat kamu?”
“Noni… kata Noni apabila Tuan Puteri pakai baju ni dapatlah membangkitkan semula semangat Tuan Puteri kepada penghuni rimba. Cubalah pakai.”
Sugi dan Monggel terperanjat apabila mendapati Puteri Arnab hilang daripada pandangan setelah memakai baju hadiah daripada Noni.
“Di mana tuan Puteri?”
“Beta di sini? Kamu tak nampak beta tapi beta nampak kamu berdua.” Puteri Arnab ketawa gembira. Dia menanggalkan semula baju ajaib itu.
“Ha… ini pun tuan Puteri!” jerit Monggel. “Ajaib sungguh Tuan Puteri.”
“Iyelah sekarang beta boleh keluar dari istana ini.”
“Kalau macam tu marilah kita pergi dari sini segera.”
Puteri Arnab memakai semula baju ajaib. Dengan serta merta dia hilang daripada pandangan mata. Dia mengekori Sugi dan Monggel.
Tiba-tiba suatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Sugi dan Monggel telah berjaya ditangkap oleh pengawal istana. Mereka dimasukkan ke penjara bawah tanah.
“Macam mana kita nak keluar ni?” kata Puteri Arnab cemas.
“Berdoalah semoga kita selamat,” kata Sugi sambil memandang Monggel.
“Esok pagi kita akan dihadapkan kepada Raja Rimba,” kata Puteri Arnab.
“Walau apapun terjadi Tuan Puteri jangan menampakkan diri.”
“Tapi beta tidak sanggup melihat kamu dianiayai.”
“Tuan Puteri jangan risaukan kami, yang pentingnya tuan Puteri selamat dan dapat keluar dari sini. Di luar istana penghuni rimba di serata pelosok dunia menantikan kedatangan ratu mereka. Mereka rindukan Ratu Rimba mereka.”
Pagi itu Sugi dan Monggel dihadapkan ke Raja Rimba.
“Berani kamu menceroboh di istana beta?” tengking Raja Rimba. Sugi dan Monggel hanya mendiamkan diri. “Kamu tahu tak apa hukumnya penceroboh istana? Kamu berdua akan dipancung tapi beta akan lepaskan kamu jika kamu beritahu apa sebenarnya tujuan kamu ke mari?”
Monggel dan Sugi saling berpandangan.
“Cakaplah nanti kamu akan dilepaskan,” bisik Puteri Arnab ke telinga Sugi dan Monggel. Monggel dan Sugi menggelengkan kepala. Kerana kedegilan mereka Sugi dan Monggel dihukum pancung. Matilah Sugi dan Monggel. Puteri Arnab menangis kesedihan kerana melihat pengorbanan Sugi dan Monggel.
Mayat mereka berdua yang dicampakkan ke dalam gaung telah selamat disemadikan. Puteri Arnab meminta kerjasama daripada ular sawa untuk mengambil mayat Sugi dan Monggel.
Pusara mereka disemadikan di lereng bukit. Jasa mereka dikenang sebagai Hulubalang Ratu iRimba. Bertaburan bunga-bunga di kubur mereka. Kubur mereka sentiasa wangi.
“Kubur siapa di lereng bukit tu?” tanya Noni kepada Sang Kancil.
“Itulah kuburHulubalang Ratu Rimba. Sudah seminggu dikebumikan.”
“Mari kita pergi tengok kubur Hulubalang Ratu Rimba. Bertuah mereka mati sebagai pahlawan. Tentu jasa mereka besar terhadap warga rimba,” kata Noni kepada sahabatnya biri-biri emas.
Alangkah terperanjatnya Noni apabila didapati kubur itu adalah kubur Sugi dan Monggel. Berdekatan dengan batu nehsan Puteri Arnab sedang bertafakur.
“Kenapa kamu menangis? Wahai arnab ?” tanya Noni.
“Macam mana beta tak menangis, mereka berdua sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan beta,” kata Puteri Arnab dengan nada yang hiba.
“O… inilah Puteri Arnab?” tanya Noni.
“Iye… kamu siapa?”
“Patiklah Noni dan ini sahabat patik Saiful.”
“Jadi…kamulah Noni yang men ghadiahkan pada beta baju ajaib itu?”
“Patik sungguh terhutang budi kepada mereka berdua kerana telah berjya menyampaikan hasrat patik, walaupun nyawa mereka sendiri tergadai,” kata Noni penuh terharu.
“Sebab keberanian mereka itulah semua penghuni rimba menggelar mereka, Hulubalang Ratu Rimba Niagara."
Karya: Ratu Rimba Niagara
12 Disember 2012

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Shohibul Faroji
Shohibul Faroji Tolong menolonglah kamu untuk berbuat baik dan taqwa. (Al Maidah : 3)

Allah selalu membantu kepada hamba, selama hamba itu membantu kepada saudaranya. (HR Bukhori & Muslim)


Siapa yang menunjukkan kebaikan, maka ia akan mendapat kebaikan sebanyak yang didapat oleh yang mengerjakannya. (HR Muslim)

Siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia mendapat pahala sebanyak pahala pengikutnya, dan yang demikian itu tidak mengurangi pahala pengikut-pengikut itu sedikitpun. (Taisir Wushul)

Sabda Nabi saw kepada Ali bin Abu Thalib : Demi Allah, apabila Allah memberi hidayah kepada seseorang karena kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada kekayaan ternak yang merah-merah. (HR Bukhori & Muslim)

Urus

5y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba  Niagara Terima kasih sobat atas pendapat bernasmu mengenai hasil karyaku. Moga Allah SWT membalas kebaikanmu. Aamiin.
Urus

5y
SukaTunjukkan lagi reaksi


KUNCI ILMU ADALAH KESUCIAN HATI
Sulaiman Dawud"
Kunci ilmu itu adalah kesucian hati, jika hati kita bersih dan suci. Maka insya Allah kita akan mudah memahami ilmu-ilmu Allah yang besih nan suci. Karena itu bersihkan hati kita dari rasa ujub, sombong, iri, dengki, dan sifat-sifat negatif lainnya
13 minutes ago · Like · 4
Sulaiman Dawud Hati yang suci akan melahirkan akal yang cerdas, nurani yang berkemanusiaan, dan akhlak yang mulia, serta sifat-sifat yang terpuji.
11 minutes ago · Like · 4
Sulaiman Dawud Orang yang berilmu bagaikan padi yang berbuah, semakin berbuah dan berisi, maka ia semakin merunduk, tawadhu dan suka membantu sesama. Tidak pelit ilmu
8 minutes ago · Like · 2
Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa "Pelit"? maknanya ?
6 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara Pelit tu...maknanya tamak atau kedekut ilmu
yang dia tahu tapi tak mahu berbagi ilmu. Dia rasa rugi jika diberikan pada orang lain...dikuatiri orang lain lebih pandai daripada dia...dia tak mahu begitu...sedangkan kalau dia tak pelit ilmu ...pasti ilmunya akan bertambah-tambah seperti padi yang bercambah-cambah sampai menyembah bumi ...makanya jangan kedekut ilmu...
about a minute ago · Like · 1
SULAIMAN DAWUD & RATU RIMBA NIAGARA
121212
Komen
SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU

Salam sejahtera teman akhiratku

Terima kasih padamu
Kerana tak jemu bertandang di wall fbku
Mengirimkan kudup-kudup bunga Syurga
Mewangikan hatiku yang tandus keimanan
Menawanmu di sana
Harummu menyegarkan suasana pagi petang dan malam
Di pagi hari disinari mentari pagi
Diembunkan pelangi cinta Syurga
Di malam hari disinarkan
Bulan purnama menyerikan kudup mawar merahmu
Aku teruja untuk memilikimu
Berteman denganmu membahagiakan
Kata-katamu menenangkan roh dan jasadku
Aku mahu berkata indah-indah sepertimu
Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikirrullah
Aku mahu jadi sepertimu
Mengirimkan kudup-kudup mawar bunga Syurga
Ke seluruh benua alam
Biar satu alam mewangi dengan bauan Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Jika itulah Allah izinkan berlaku KUN FAYAKUN
Akulah hamba yang paling bersyukur
Tersungkur di sejadah cinta-Nya
Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil
Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi
Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya
Tanpa rasa ujub
Apa lagi mahu berbangga diri
Akulah yang terhebat berbicara
Akulah yang alim
Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat
Berarti aku sudah menjadi hamba-Nya
Memakai pakaian kesombongan-Nya
Nauzubillah minta dijauhkan Allah
Siapalah aku bisa berilmu
Siapalah aku bisa berbicara indah
Tanpa izin-Mu jua
Dan aku mengaku
Engkau sajalah yang layak
Memakai pakaian kesombongan
Bukan aku
Bukan...bukan...bukan...
Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina
Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina
Maka-Nya aku tak mahu menghina orang
Yang aku mahu pulang kepada-Mu
Dalam kain kafan
Setanggi Syurga kiriman-Mu
Berkat aku mengirimkan
Kudup-kudup mawar Syurga-Mu
Tanpa jemu
Kepada semua penghuni bumi
Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu
Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya
Tanpa terkecuali
Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada
Dengan harapan
Semoga kasehku pada mereka terpatri
Di Syurga sedia menanti
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
121212
Urus




JADILAH AKU ATAS KEHENDAK-NYA
Semuanya milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy
Mak datuk kayanya dia
Jadinya dia jutawan dunialah ye
Tabik lah aku macam tu sama dia...
Aku pun nak jadi macam dia...
Kaya....kaya....macam dia...
Heiii cermin sikit muka engkau tu siapa ye...
Aku tengok engkau dari dulu hingga kini
Miskin...dhaif...
Duit dalam bank sekupang duit pun tak ada
Engkau tu papa kedana...
Janganlah berangan nak jadi macam dia ye
Aku tengok engkau tulis
Berjela...jela...
Setiap hari...
Ada dapat duit?
Orang menulis dapat duit
Untuk menyara kehidupan...
Tapi engkau
Selalu kata duit tak penting
Tapi engkau hidup
Pakai apa?
Aku hidup...
Apa adanya
Mana tahu buah cempedak jadi nangka
Eeiii engkau jangan mimpilah
Bulan jatuh ke riba
Mati hidup semula pun
Engkau tak akan kaya
Seperti
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !!
Tak akan aku miskin dan dhaif
Aku tak redha pulak?
Aku redhalah
Sampai aku mati
Aku miskin juga pun tak apalah
Engkau tak cemburu ke
Dengan kekayaaan yang dimiiki
Oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy!!
Semua kagum dengannya tau
Sebab dia memiliki semua harta di dunia ini
Hebat....hebat....dia tu...
Aku mahu tanya engkau...
Harta di dunia ini semua milik dia
Habis tu dia itu milik siapa?
Milik Tuhan...
JadiNYa Tuhan lebih
Kaya daripada dia
Itu maksudmu?
Iya ...
Kaya macam mana pun dia
Dia milik Tuhan
Andaikata dia mati hari ini
Semua hartanya bukan lagi
Milik dia...
Terus jadi miskin di kubur...
Tapi ada satu perkara yang perlu engkau tahu
Apa dia?
Katakan padaku...
Apa yang aku tak tahu tentang dia
Sebab dia idolaku
Eset-esetnya semua dalam otak aku
Aku dah kira
Dah congak-congak
Memang kaya gila-gila
Dan hebat gila-gila....
Kalau aku kaya macam tu
Mesti aku suka
Semua orang hormat dan
Sanjungi aku...
Barulah nikmat hidup namanya itu
Semua hendak semua dapat...
Tak payah susah-susah
Terpaksa bermimpi nak dapatkan
Sesuatu impianku
Apa yang aku tak tahu tentang dia
Cepat beritahu aku
kerana setahu aku
Tentang dia selalu aku ambil peduli
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy tu...
Bukan saja kaya dunia je tau...
Jutawan akhirat juga tu...
Jutawan dunia
Jutawan akhirat
Kalau begitu tak salah lah aku
Memilih dia sebagai idolaku
Jutawan dunia
jutawan akhirat
Engkau tu jutawan apa?
Aku...aku...aku...
Cuma milik-Nya
Aku usaha selagi terdaya
Kalau DIA kata
KUN FAYAKUN
Jadilah aku atas kehendakNya
Karya Ratu Rimba Niagara
121212
Komen
Shohibul Faroji
Shohibul Faroji Kun Fa Yakun
Urus

5y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Urus

5y
SukaTunjukkan lagi reaksi

RATU RIMBA & HULUBALANG RIMBA
Pada suatu hari si Monggel merayap-rayap di lereng bukit. Si Monggel hendak ke kemuncak bukit. Dia ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia akan berjaya mendaki bukit yang tinggi walaupun dia cuma seekor kura-kura yang hodoh.
Sampai di pertengahan bukit si Monggel terjatuh. Nasibnya sungguh malang kerana cita-citanya untuk sampai ke kemuncak buki
t gagal.
Si Monggel tidak dapat bangun. Dia cedera parah. Cengkerang nya pecah.
“Tolong! Tolong!” jeritnya dalam kesakitan.
Secara kebetulan Noni dan Mona sedang bersiar-siar di situ menghirup udara nyaman.
“Eh! Engkau dengar tak suara meminta tolong?” tanya Noni kepada Mona.
“Iyelah… suara itu di bukit sana!” jawab Mona.
“Mari kita pergi tengok?”
“Aku tak mahulah, kalau engkau nak… kau pergilah,” kata Mona lalu beredar dari situ.
Noni pergi mencari-cari di manakah arah suara yang meminta tolong. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati seekor kura-kura cedera parah.
“Kasihannya… baik aku tolong rawat lukanya,” kata hati kecil Noni.
“Aduh! Sakitnya!” jerit Monggel apabila Noni mencabut cengkerangnya.
“Maafkan aku cengkerang kau ni dah pecah, aku terpaksa menanggalkannya,” kata Noni sambil mengambil sehelai daun lalu ditutup luka yang terdedah.
Noni membawa Monggel di sebuah gua. Noni tinggal bersama rakannya Mona.
“Siapa yang kau bawa ni Noni? Eh! Gelinya aku tengok lukanya tu, nak loya aku,” kata Mona dengan sombongnya.
“Dia perlukan bantuan kita. Biarlah dia berehat di sini sementara lukanya sembuh. Kau jaga dia sekejap ya… aku nak panggil doktor.”
“Eh! Engkau ni buang masa aku aje. Lebih baik aku bersiar-siar daripada menjaga si hodoh ni,” kata Mona.
“Engkau ni… memang tak boleh tolong sikit. Ini hari dia mlang… esok mana tahu kita pulak? Jadi kita harus tolong menolong,” nasihat Noni.
“Engkau ni memang dari dulu lagi suka tolong kawan. Engkau susah ada ke kawan-kawan tolong?”
“Aku menolong kawan bukanlah harapkan balasan. Tak macam engkau, ada ubi ada batas, ada hari pasti dibalas.”
“Zaman sekarang ni… kalau tak harap balasan…hai sampai bilapun menanggung rugi.”
“Malas aku nak layan kau ni! Dari dulu lagi asyik dengan ego kau aje. Baik aku pergi panggil doktor.”
Noni pergi memanggil doktor untuk merawat Monggel.
“Lukanya parah… kalau tidak dirawat, dia akan lumpuh buat selamanya.”
“Habis macam mana untuk meyelamatkannya?” tanya Noni.
“Untuk tumbuhkan semula kulit cengkerangnya, sedikit bulu biri-biri kau tu hendaklah ditampalkan ke kulit yang luka,” jelas doktor Marina seekor monyet betina yang mempunyai ijazah kedoktoran.
“Berilah saya tempuh dua hari untuk saya berbincang dengan kawan saya.”
“Kalau kamu sudah buat keputusan datanglah ke klinik saya. Saya harap jangan terlalu lama, dikhuatiri kura-kura ini akan mati nanti.”
“Baiklah doktor.”
Malam itu Noni berbincang dengan Mona.
“Mona aku nak minta tolong dengan kau sikit boleh tak?”
“Cakap ajelah!” kata Mona.
“Begini… aku sebenarnya hendak mendermakan bulu aku kepada kawan kita yang malang ni, tapi aku tak boleh berikan kerana bulu-buluku tidak akan tumbuh semula malah akan mengidap sakit kulit yang berpanjangan. Apa kata kau derma sedikit bulu kau tu kepadanya?”
“Kau sedar ke apa yang kau cakap ni?” tengking Mona.
“Tak boleh ke kau berkorban sedikit demi seorang kawan? Kau takkan rugi kalau kau berbuat baik sesama kita.”
“Walau apa pun yang kau kata, aku tetap dengan keputusan aku, jangan haraplah aku nak derma, walau sehelai bulu pun,” kata Mona dengan sombongnya.
Noni kecewa dengan sikap tamak sahabatnya Mona yang sedikitpun tidak rasa belas kasihan terhadap si Monggel yang malang itu.
Walaupun terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan terpaksa menanggung sakit kulit yang berpanjangan, Noni mendermakan sedikit bulunya kepada si Monggel.
Setelah luka yang ditampal dengan bulu biri-biri, si Monggel kian hari kian sembuh. Dia boleh berjalan semula. Cengkerangnya tumbuh semula tetapi lebih cantik daripada dahulu. Kalau dahulu warnanya kehitaman tetapi sekarang berwarna kelabu seperti warna bulu si Noni.
“Wah! Sekarang kau dan sihat dan cengkerang kau pun dah tumbuh semula. Bertambah cantik dari dulu,” kata Noni dengan penuh gembira.
“Kalau tak kerana engkau, aku tak sesihat dan secantik ini Noni,” kata Monggel mengingatkan tragedi malang yang menimpanya dahulu.
Semenjak Monggel sihat dan cantik barulah Mona ingin berkawan dengan Monggel.
“Monggel mari kita pergi bersiar-siar di rimba sana. Hari ni ada pesta besar-besaran. Semua penghuni rimba bersuka ria,” kata Mona dengan suara yang lembut.
“Tak boleh aku dah janji dengan Noni, nan temankan Noni pergi menziarahi saudaranya yang sakit,” kata Monggel.
“Ala… biarlah dia pergi sendiri. Pergi tengok keluarganya sakit bukannya seronok… pergi pesta lagi seronok dapat bersuka ria.”
“Betul juga kata kau tu.”
“Jom kita pergi.” Mereka berdua pergi tanpa memberitahu Noni.
Semua yang hadir di pesta memuji Mona kerana bertuah memiliki Monggel yang cantik. Pujian yang melimpah ruah membuatkan Mona dan Monggel lupa daratan.
Mereka berdua hendak berpindah ke gua lain kerana tidak mahu tinggal bersama Noni yang mengidap sakit kulit.
“Kau juga nak pindah Monggel?”Tanya Noni menahan sebak di dadanya.
“Siapa nak tinggal dengan engkau? Nanti penyakit kulit kau tu menjangkit dengan kami pulak!” kata Monggel penuh angkuh.
“Betul kata engkau tu Monggel.”
“Engkau tahu tak Monggel kenapa aku jadi macam ni? Kerana nak menyelamatkan nyawa engkau. Aku sedih! Kecewa! Ini rupanya balasan engkau terhadap aku akhirnya. Kau tahu masa kau sakit dulu, adakah si Mona yang cantik ni menolong engkau? Aku tak sangka, begini rupanya budi kau terhadap aku!” Noni menangis semahunya.
“Ah! Jangan layan si gila ni, mari kita pergi!” kata Mona. Mereka berdua pergi meninggalkan Noni yang dalam kesedihan dan kesakitan.
• * * ************
Tersebutlah kisah seekor biri-biri berbulu emas tersesat di sebuah gua. Gua itu tempat tinggal Noni.
“Hai kawan… boleh aku tumpang berteduh di sini?”
“Boleh apa salahnya.”
“Kau ni macam tak sihat je? Kau sakit ke?” Tanya biri-biri berbulu emas sambil mendekati Noni.
“Jangan dekati aku! Nanti kau menjangkit,” kata Noni dengan nada lemah.
“O…rupanya kau sakit kulit. Sakit kau ni dah teruk? Kenapa kau biarkan?”
“Aku ubat macam mana pun tak akan sembuh.”
“Bukankah setiap penyakit itu ada penawarnya? Kau ni terlalu cepat putus asa…belum usaha lagi sudah mengalah.”
“Engkau fak faham kawan, sakit kulitku ini disebabkan aku langgar pantang larang nenek moyangku iaitu bulu biri-biriku tidak boleh di potong tapi kerana hendak menyelamatkan nyawa kawanku, aku korbankan sedikit buluku untuk menyembuhkan penyakitnya.”
“Sungguh baik hati engkau… mana perginya kawan engkau yang bertuah tu?”
“Dia dah pindah dari sini.” Noni menangis tidak dapat menahan sedih yang bukan kepalang.
“Tak patut dia buat kau macam tu… sepatutnya dialah yang menjaga dalam keadaan engkau yang sakit macam ni? Engkau ni nampak kurus… kau tak makan ke?”
“Aku terpaksa berlapar kerana aku tidak dapat mencari rezeki. Aku tak boleh terkena pancaran cahaya matahari. Nasib baiklah ada sahabatku sang tupai dialah yang bermurah hati memberiku makanan, biarpun dia sendiri juga susah. Apabila dia dapat rezeki lebih… dia beri lebih, budinya tak dapat hendak kubalas.”
“Beruntung kau dapat kawan sebaik Sang Tupai. Zaman sekarang ni… susah hendak cari kawan macam dia. Dah berapa lama kau menanggung sakit ni?”
“Baru enam tahun.”
“Enam tahun kau kata baru?”
“Iyelah hidup aku di gua, apa terjadi di luar rimba sana aku tak tahu.”
“Kasihan kau kerana nak menolong kawan, kau yang menanggung derita.”
“Salah kah aku berbuat baik sesama kita?”
“Salah tak salah tapi sampai diri sendiri merana susahlah, lagipun sahabat yang kau tolong tu tak mengenang budi. Kawan… kerana kejujuranmu sudikah kau menjadi sahabatku? Aku suka berkawan macam kau ni. Dah lama aku mencari kawan yang jujur dan berhati mulia,”
“Aku tak sangka…aku yang berpenyakit ni, ada yang sudi nak berkawan denganku,” kata Noni terharu dengan pengakuan kawan yang baru dikenalinya.
Mulai hari itu biri-biri berbulu emas bersahabat baik dengan Noni. Biri-biri emas bermurah hati mendermakan sedikit bulu emasnya kepada Noni yang mengidap sakit kulit akibat melanggar sumpah.
“Kau tak rasa rugi ke menderma bulu mu yang cantik?”
“Aku suka menderma kerana semakin aku menderma semakin cantik buluku.”
Semenjak menerima bulu sahabatnya itu penyakit yang dihidapi oleh Noni beransur sembuh. Yang anehnya bulu Noni turut bertukar menjadi warna emas seperti warna sahabatnya.
“Marilah kita bersiar-siar, lagi pun kau dah lama tak keluar dari gua ni tentu sekali kau rindukan kehijauan rimba dengan cahaya matahari,” kata biri-biri emas.
Ketika mereka hendak keluar, datang Sang tupai membawa makan untuk Noni.
“Sugi… kau tak kenal aku lagi ke?” Tanya Noni.
“Kau siapa?”
“Takkanlah sahabat baikmu kau tak kenal?”
“Aku manalah ada sahabat secantik dan sewangi engkau? Setahu aku sahabat setiaku hanyalah Noni. Ha… ini makanan yang aku bawakan untuknya. Dah empat hari aku tak datang… kasihan dia.”
“Kenapa kau tak datang?”
“Tempat biasa yang aku cari makan telah terbakar disebabkan kelalaian manusia membuang putung rokok ke rimba. Mujurlah semua penghuni rimba bergotong royong memadamkan api,kalau tidak habislah rimba ini terbakar dan penghuni rimba mati terbakar, kelaparan dan tak ada tempat mencari makan. Sungguh kejam manusia ni. Mereka tidak langsung mempunyai perasaan kasihan belas kepada penghuni rimba. Mereka tak tahu ke yang kita ni sebahagian daripada hidup mereka. Tanpa kehadiran kita tidak lengkaplah hidup mereka. Kalaulah kita bermuafakat untuk membuat serangan kepada mereka tak sampai satu hari matilah mereka,” kata Sang tupai panjang lebar.
“Tak sangka saya awak ni mempunyai pemikiran yang tinggi tapi bagaimana penghuni rimba nak serang manusia dalam masa satu hari?” sampuk biri-biri emas.
“Senang saja kitakan mempunyai pelbagai jenis. Ada yang ganas, besar, kecil, berbisa waima sebesar hama pun.”
“Bagaimana mereka nak buat?”
“Si Harimau boleh menerkam, si ular mematuk, si monyet boleh membaling, si gajah boleh memijak … itu belum termasuk jenis kecil,” jelas tupai sungguh-sungguh.
“Manusia mempunyai senjata canggih… boleh ke kamu melawan mereka, aku rasa kita yang musnah,” kata Noni ingin menduga sejauh mana kepintaran sahabatnya Sang Tupai.
“Sebelum senjata canggih mereka meusnahkan kita, kawan-kawan kita si tebuan, unggas, kumbang kecil masuk ke lubang telinga manusia. Aku yakin kalau kita muafakat kepada semua penghuni rimba tidak terkecualipun dalam sekelip mata saja manusia akan mati. Tapi kita ada rasa pertimbangan dan kita tidaklah sezalim mereka.”
“Yelah kau ni memang bijak tak sangka aku selama ini sang tupai sebijiak ini. Bertuah aku mempunyai sahabat seperti kau. Idea kau tu memang boleh diguna pakai dan jika manusia masih lagi tidak mahu mengubah sikapnya untuk memusnahkan kita, kita akan bertindak. Mereka ingat mereka bijak tapi kita lebih bijak daripada mereka,” kata Noni penuh semangat.
“Cuba kau terus terang dengan aku kau ni siapa sebenarnya? Kau macam kenal aku je?” Tanya Sang tupai kehairanan.
“Kan aku dah kata tadi ….aku ni Noni sahabatmu.”
“Aku tak percayalah.”
“Iye Sugi… dialah Noni sahabat setiamu…” kata biri-biri emas lalu menceritakan apa yang telah terjadi.
“Sekarang baru aku percaya, Noni syukurlah kau dah sembuh dan secantik ini pulak. Tuhan sudah memakbulkan doaku,” Sugi menangis kegembiraan.
Hari itu mereka bertiga bersiar-siar, menikmati kehijauan dan kedamaian rimba hingga ke petang. Tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong.
“Sugi … kau dengar tak suara tu… aku rasa aku pernah dengar,” kata Noni.
“Iyelah tak silap aku suara itu…. suara si Monggel. Kenapa dia ya… macam suara menahan sakit aje… mari kita pergi tengok.”
Mereka terperanjat apabila mendapati Monggel mengalami cedera parah. Cengkerangnya yang cantik itu pecah. Dia menangis kesakitan.
“Kau Sugi… tolonglah aku Sugi, aku tak boleh bergerak lagi.”
“Sekarang baru nak minta tolong? Mana kawan kau Mona?”
“Dia dah lari… dia tidak mahu berkawan dengan aku. Barulah aku tahu siapa dia sebenarnya. Masa aku gagah dan cantik, dia sukakan aku tapi bila aku dit mpa kesusahan dia lari. Inilah balasan yang aku terima, aku bersikap zalim terhadap Noni. Aku biarkan dia hidup dalam kesusahan sedangkan dia bersusah payah kerana hendak menyelamatkan nyawaku,” rintih Monggel.
“Itulah kau tak tahu membalas budi… sekarang terimalah akibatnya,” sampuk biri-biri emas.
“Kau ni sapa?”
“Akulah sahabat Noni.”
“Kau tahu tak kerana hendak menyelamatkan engkau, dia menderita menanggung sakit selama enam tahun hanya mengurungkan diri di dalam gua. Mujurlah ada Sugi, dialah mencari makanan untuk Noni. Kalau tidak… tak tahulah apa akan jadi pada Noni. Tak sangka aku, kau sezalim itu.”
“Iye… aku memang zalim padanya sebab itulah aku dihempap batu besar sebagai membalas kezalimanku.” Monggel menangis tersedu-sedu tanda keinsafan.
“Noni yang sejak tadi mendengar perbualan mereka tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia menangis sambil menghampiri Monggel.
“Monggel aku maafkan engkau.”
“Engkau siapa?”
“Aku Noni.”
“Noni?” Tanya Monggel terperanjat.
“Iye…aku sahabat setiamu… yang sudah… sudahlah, buang yang keruh ambil yang jernih. Mari kurawat lukamu itu. Biarkan kujahit lukamu dengan benang kasihku,” kata Noni dengan penuh kasih sayang.
“Aku tak mahu! Tak mahu! Budimu yang dulu pun belum aku balas.”
“Setiap budi yang kuberi bukanlah harap balasan, yang penting kau dapat menerimaku sebagai sahabat dunia akhirat.
”Begitu tinggi budimu Noni.” Monggel menangis keinsafan.
Monggel dibawa ke gua. Luka Monggel dirawat. Noni mendermakan bulunya kepada Monggel bagi menggantikan cengkerangnya yang pecah. Mereka bertiga bergilir-gilir menjaga Monggel.
Hari demi hari luka Monggel sembuh dan cengkerangnya mula tumbuh tetapi cengkerang yang tumbuh tidak secantik dulu , hodoh dan menggerunkan sesiapa yang melihat.
“Maafkan aku Monggel, aku tak sangka cengkerang kau jadi hodoh macam ni.”
“Tak apalah Noni, nanti kalau cantik aku lupa diri, ini pun aku bersyukur kerana cengkerangku tumbuh semula, dapat juga aku melindungi daripada bahaya yang datang.
“Baguslah kau dah sedar,” kata Sugi
“Sekarang kita berempat menjadi sahabat baik. Mulai hari ini … kita akan tinggal di gua ini, kita akan mulakan hidup baru,” kata biri-biri emas.
Hari yang cerah itu mereka berempat bersiar-siar meredah rimba hinggalah sampai di sebuah istana.
“Itulah Istana Raja Rimba. Di istana itulah ada Puteri Arnab yang bernasib malang.”
“Puteri Arnab? Bernasib malang… kenapa?”
“Ceritanya begini. Puteri Arnab merupakan puteri yang cantik jelita. Bukan saja cantik …dia mempunyai sifat penyayang. Dia suka membantu penghuni rima yang bernasib malang. Di atas kebaikannya semua penghuni rimba sukakannya. Mereka menggelarkan Puteri Arnab, “Ratu Rimba” tetapi malang sikapnya itu dicemburui oleh Raja Rimba, dia menuduh Puteri Rimba ingin merampas kuasanya dengan menjadi Ratu Rimba.
Untuk mengelakkan Puteri Arnab menjadi ratu segala gerak geri Puteri Arnab disekat. Puteri Arnab menghadapi tekanan yang amat sangat… dia bukanlah hendak menjadi ratu…memadailah menjadi ratu di hati penghuni rimba,” cerita biri-biri emas.
“Kasihan aku mendengar cerita Puteri Arnab. Hatinya sungguh baik. Biarpun Raja Rimba menghalangnya menjadi ratu tapi bagiku dialah ratu yang dinanti-nantikan oleh penghuni rimba. Kau boleh tolong aku tak?”
“Boleh apa dia?” tanya biri-biri emas.
“Aku nak potong buluku ini dan jahitkan sehelai baju untuknya. Baju ini nanti hendak kuhadiahkan kepadanya, aku tahu Puteri Arnab perlukan semangat. Setidak-tidaknya baju ini nanti dapat memberikan semangat kepadanya untuk berhadapan dengan penghuni rimba yang sudah hilang keyakinan terhadapnya. Mungkin Raja Rimba telah memburuk-burukkan nama Puteri Arnab.
“Kau tak menyesal?”
“Demi Puteri Arnab aku rela, kau carilah tukang jahit yang terkenal.”
“Baiklah,” kata biri-biri emas.
Tidak sampai satu minggu , baju yang hendak dihadiahkan kepada Puteri Arnab siap .
“Monggel boleh kau tolong aku?” Tanya Noni.
“Boleh.”
“Kau tolong sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab.”
“Tapi istana itu dikawal ketat.”
“Aku boleh bawakan kau Monggel,” jawab Sugi.
“Macam mana?”
“Sungguh pun aku kecil tapi aku kuat. Engkau janganlah takut. Boleh kita berjumpa Puteri Arnab.
“Engkau agak Puteri Arnab tu… takut tak dengan aku? Iyelah siapa yang tengok cengkarang aku ni…pasti cabut lari.”
“Aku agak Puteri Arnab tak macak tu, dia sayangkan semua penghuni rimba, tidak kira siapapun mereka. Kau percayalah cakap aku.
“Bila kita nak pergi?”
“Malam nanti selamat sikit sebab pengawal-pengawal di istana mengantuk.”
Malam itu Sugi dan Monggel Berjaya masuk ke dalam istana.
“Puteri Arnab… Puteri Arnab… bangun patik datang ni,” bisik sugi ke telinga Puteri Arnab yang sedang lena tidur.
“Kamu ni siapa?” tanya Puteri Arnab dengan nada yang lembut.
“ Patik Sugi, ini kawan patik Monggel.”
Puteri Arnab menyalam tangan Sugi dan Monggel sambil tersenyum.
“Selamat berkenalan, bertuah patik dapat berkenalan dengan ratu kami Puteri Arnab,” kata Monggel dengan gembiranya.
“Silakan duduk… tentu kamu berdua penat.” Puteri Arnab menuangkan air ke dalam cawan.
“Jemputlah minum.”
“Terima kasih ,” kata Monggel dan Sugi Serentak. Mereka meneguk air.
“Maafkan patik kerana mengganggu Puteri Arnab. Sebenarnya patik datang ke sini mempunyai hajat yang besar,” kata Monggel.”
“Apa hajatnya tu?”
“Sahabat patik Noni minta sampaikan hadiah ini kepada Puteri Arnab. Harap Puteri Arnab sudi menerimanya.”
“Terima kasih banyak-banyak, beta ucapkan terima kasih kepada sahabat kamu tu. Tak sangka beta dalam saat-saat beta bersedih begini, ada yang sudi memberi hadiah pada beta,” kata Puteri Arnab terharu bercampur gembira yang amat sangat. Hadiah itu dibuka. Alangkah terperanjat apabila didapati sehelai baju bulu biri-biri emas yang sangat cantik.
“Cantiknya …siapa nama sahabat kamu?”
“Noni… kata Noni apabila Tuan Puteri pakai baju ni dapatlah membangkitkan semula semangat Tuan Puteri kepada penghuni rimba. Cubalah pakai.”
Sugi dan Monggel terperanjat apabila mendapati Puteri Arnab hilang daripada pandangan setelah memakai baju hadiah daripada Noni.
“Di mana tuan Puteri?”
“Beta di sini? Kamu tak nampak beta tapi beta nampak kamu berdua.” Puteri Arnab ketawa gembira. Dia menanggalkan semula baju ajaib itu.
“Ha… ini pun tuan Puteri!” jerit Monggel. “Ajaib sungguh Tuan Puteri.”
“Iyelah sekarang beta boleh keluar dari istana ini.”
“Kalau macam tu marilah kita pergi dari sini segera.”
Puteri Arnab memakai semula baju ajaib. Dengan serta merta dia hilang daripada pandangan mata. Dia mengekori Sugi dan Monggel.
Tiba-tiba suatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Sugi dan Monggel telah berjaya ditangkap oleh pengawal istana. Mereka dimasukkan ke penjara bawah tanah.
“Macam mana kita nak keluar ni?” kata Puteri Arnab cemas.
“Berdoalah semoga kita selamat,” kata Sugi sambil memandang Monggel.
“Esok pagi kita akan dihadapkan kepada Raja Rimba,” kata Puteri Arnab.
“Walau apapun terjadi Tuan Puteri jangan menampakkan diri.”
“Tapi beta tidak sanggup melihat kamu dianiayai.”
“Tuan Puteri jangan risaukan kami, yang pentingnya tuan Puteri selamat dan dapat keluar dari sini. Di luar istana penghuni rimba di serata pelosok dunia menantikan kedatangan ratu mereka. Mereka rindukan Ratu Rimba mereka.”
Pagi itu Sugi dan Monggel dihadapkan ke Raja Rimba.
“Berani kamu menceroboh di istana beta?” tengking Raja Rimba. Sugi dan Monggel hanya mendiamkan diri. “Kamu tahu tak apa hukumnya penceroboh istana? Kamu berdua akan dipancung tapi beta akan lepaskan kamu jika kamu beritahu apa sebenarnya tujuan kamu ke mari?”
Monggel dan Sugi saling berpandangan.
“Cakaplah nanti kamu akan dilepaskan,” bisik Puteri Arnab ke telinga Sugi dan Monggel. Monggel dan Sugi menggelengkan kepala. Kerana kedegilan mereka Sugi dan Monggel dihukum pancung. Matilah Sugi dan Monggel. Puteri Arnab menangis kesedihan kerana melihat pengorbanan Sugi dan Monggel.
Mayat mereka berdua yang dicampakkan ke dalam gaung telah selamat disemadikan. Puteri Arnab meminta kerjasama daripada ular sawa untuk mengambil mayat Sugi dan Monggel.
Pusara mereka disemadikan di lereng bukit. Jasa mereka dikenang sebagai Hulubalang Ratu iRimba. Bertaburan bunga-bunga di kubur mereka. Kubur mereka sentiasa wangi.
“Kubur siapa di lereng bukit tu?” tanya Noni kepada Sang Kancil.
“Itulah kuburHulubalang Ratu Rimba. Sudah seminggu dikebumikan.”
“Mari kita pergi tengok kubur Hulubalang Ratu Rimba. Bertuah mereka mati sebagai pahlawan. Tentu jasa mereka besar terhadap warga rimba,” kata Noni kepada sahabatnya biri-biri emas.
Alangkah terperanjatnya Noni apabila didapati kubur itu adalah kubur Sugi dan Monggel. Berdekatan dengan batu nehsan Puteri Arnab sedang bertafakur.
“Kenapa kamu menangis? Wahai arnab ?” tanya Noni.
“Macam mana beta tak menangis, mereka berdua sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan beta,” kata Puteri Arnab dengan nada yang hiba.
“O… inilah Puteri Arnab?” tanya Noni.
“Iye… kamu siapa?”
“Patiklah Noni dan ini sahabat patik Saiful.”
“Jadi…kamulah Noni yang men ghadiahkan pada beta baju ajaib itu?”
“Patik sungguh terhutang budi kepada mereka berdua kerana telah berjya menyampaikan hasrat patik, walaupun nyawa mereka sendiri tergadai,” kata Noni penuh terharu.
“Sebab keberanian mereka itulah semua penghuni rimba menggelar mereka, Hulubalang Ratu Rimba Niagara."
Karya: Ratu Rimba Niagara
12 Disember 2012

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Shohibul Faroji
Shohibul Faroji Tolong menolonglah kamu untuk berbuat baik dan taqwa. (Al Maidah : 3)

Allah selalu membantu kepada hamba, selama hamba itu membantu kepada saudaranya. (HR Bukhori & Muslim)


Siapa yang menunjukkan kebaikan, maka ia akan mendapat kebaikan sebanyak yang didapat oleh yang mengerjakannya. (HR Muslim)

Siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia mendapat pahala sebanyak pahala pengikutnya, dan yang demikian itu tidak mengurangi pahala pengikut-pengikut itu sedikitpun. (Taisir Wushul)

Sabda Nabi saw kepada Ali bin Abu Thalib : Demi Allah, apabila Allah memberi hidayah kepada seseorang karena kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada kekayaan ternak yang merah-merah. (HR Bukhori & Muslim)

Urus

5y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sobat atas pendapat bernasmu mengenai hasil karyaku. Moga Allah SWT membalas kebaikanmu. Aamiin.
Urus

5y
SukaTunjukkan lagi reaksi

AL-AQSA KAMI BERSAMAMU! PART 1
AL-AQSA DIJAJAH SEPENUHNYA
Sebentar tadi Jabatan Waqaf Al-Quds mengumumkan bahawa ia telah hilang kawalan sepenuhnya ke atas Masjid Al-Aqsa.
*Kini tiada kedengaran azan, tiada imam solat dan tiada makmum*
*Marilah kita sama2 berdoa berulang2 kali*
"Ya Allah, dengan kebenaran Lailahaillallah, dan beratnya ia di timbangan Akhirat nanti, dengan semua namaMu yang baik dan agung. Wahai Tuhan yang jika Dia berkata untuk sesuatu "Jadilah" maka ia terus terjadi. Kami memohon agar Engkau menurunkan tentera-tentera dan para malaikat Mu untuk mempertahankan Al-Aqsa, sepertimana Engkau pernah mengutuskan burung-burung Ababil yang memusnahkan Abrahah. Ya Allah dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Merahmati ..."
perkara ini. Moga Allah rahmati kita semua*
HasbunAllah Wani'mal Wakeel
Penduduk Palestin, tentera Israel bertempur
BAITULMAQDIS: Penduduk Palestin dan pasukan keselamatan Israel, bertempur di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, hari ini susulan pengiktirafan bandar raya itu sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Donald Trump.
Pertempuran dan pergaduhan tercetus di Kota Lama selain beberapa lokasi lagi, termasuk di Hebron, Baitulaham dan Nablus di Tebing Barat, selepas solat Jumaat, tetapi dilaporkan terkawal setakat ini.
Penduduk Palestin di beberapa kawasan membaling batu ke atas tentera Israel, yang membalas dengan bedilan gas pemedih mata dan peluru getah.
Di Kota Lama, kira-kira 50 anggota polis menyuraikan 300 penunjuk perasaan dengan menendang dan memukul mereka dengan baton.
Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan, seorang cedera akibat terkena peluru hidup dan 12 lagi cedera akibat bedilan peluru getahi.
Ratusan polis tambahan ditempatkan di dan sekitar timur Kota Lama di Baitulmaqdis, lokasi Masjid Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Tentera Zionis juga menempatkan ratusan askar tambahan di Tebing Barat. -
AF
SALAM MASJIDILL AL-AQSA
Salam Masjidil Al-Aqsa
Masjidil Al-Aqsa dalam kerinduan kini
kerinduan yang tak dapat dibendung lagi
sudah lama kesepian disepikan oleh hamba Allah
yang tak berkunjung untuk besolat di Masjidil Al-Aqsa
menangis Masjidil Al-Aqsa dalam kerinduan
menangis Syurga menunggu para mujahid
Masjidil Al-Aqsa dalam kehibaan
hiba dizalimi dipandang hina oleh yahudi laknatullah
hati bersarang dengki khianat sampai dunia qiamat
mahu menakluki Masjidil Al-Aqsa
kini niatnya telah tercapai
yahudi laknatullah bergembira
meraikan kemenangan menakluki Masjidil Al-Aqsa
Mereka mendabik dada penuh angkuh,
"Duhai Al-Aqsa menangislah engkau ....
meraunglah engkau sendirian...
tak akan ada seorang pun yang akan datang selamatkan engkau...
ha...ha...ha....kau kesepian sedangkan engkau adalah lambang
cinta para penganut Agama Islam....
cinta konon...
cinta sekadar dilafazkan
tapi tidak dibuktikan
syahid konon
tapi pengecut!
takut mati melawan kami yang gagah perkasa!
kami yakin mujahid tak akan berani menyelamatkan engkau
apa tah lagi membebaskan engkau Al-Aqsa yang telah menjadi hak milik kami....
hahahaha....
Duhai yahudi laknatullah.....
jangan engkau sombong dan bongkak
tunggu masa dan ketikanya
akan datang berbondong-bondong
mujahid dari seluruh pelosok dunia
menyelamatkan Al-Aqsa
kami tak akan biarkan Al-Aqsa merindukan kami
kami tak akan biarkan Al-Aqsa dizalimi kamu
jika kami membebaskan Al-Aqsa dari cengkaman kezaliman kamu
mati kami menyelamat Al-Aqsa adalah syahid...
jadi kami tak akan takut mati untuk menentangmu
sekalipun Al-Aqsa bermandikan darah mujahid
kami sudah relakan kerana kami sudah lama nantikan
saat-saat bergelar syahid
Duhai Al-Aqsa
maafkan kami
membiarkan kamu kerinduan kesepian
dizalimi oleh yahudi laknatullah
tunggulah dalam penuh tawakal kedatangan kami
untuk menyelamatkan kamu
kami sedang berlatih segala ilmu kepahlawanan agar
pemergiaan kami untuk menyelamatmu mendapat
kemenangan dan kejayaan
strategi kami untuk menyelamatkan kamu mesti tepat
agar tak tersalah langkah dihidu musuh durjana.
makanya janganlah bimbang janganlah ragu
akan cinta kami padamu Al-Aqsa
kami yakin kemenangan kami nanti
membebaskan kamu
akan datang berbondong-bondong Umat Nabi Muhammad saw dari seluruh pelosok dunia untuk bersolat
di Masjidil Al-Aqsa
tempat ketika Nabi Muhammmad saw
Israk Mikhraj dari Masjidil Haram
ke Masjidil Aqsa naik ke langit sampai ke
Sidratil Muntaha
menembus tujuh lapisan langit sampai
ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah
Maka dari itu duhai Al-Aqsa jangan bimbang
kami akan datang selamatkan kamu tunggulah kedatangan kami dengan penuh sabar dan tawakal
'Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan
dengan izin Allah swt'
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Ramadhan 1434H
26 July 2013M
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI NUZUL AL-QURAN 1434H)
Alhamdulillah, akhirnya lagu terbaru Hilwan "Seruan Wehdah" siap sepenuhnya..Lagu ini turut membawakan penampilan istimewa abang Bazli UNIC dan Ashrof Lukman. Terima kasih kepada Pertubuhan Cakna Palestin kerana banyak membantu dalam penerbitan lagu ini.
Sebuah lagu yang dipetik daripada doa Wehdah, turut membawakan penampilan istimewa saudara Ashrof lukman. Lagu ini ditujukan khas untuk saudara2 kita di Palestin, semoga Allah S.W.T menghancurkan puak2 Yahudi Laknatullah...
Mengapa kami memilih tarih ini untuk menerbitkan single terbaru ini? ini adalah kerana hari ini adalah merupakan tarikh jatuhnya kerajaan Islam Turki Uthmaniah...
Semoga lagu ini dapat memberi semangat kepada kita untuk bangkit semula menentang musuh-musuh Allah. Sudah tiba masanya untuk kita buktikan bahawa kita sedang bersatu menghancurkan musuh-musuh Allah.. Ayuh kita sebarkan seruan perjuangan...Kami halalkan untuk anda share kepada rakan2..


AL-AQSA KAMI BERSAMAMU! PART II
SALAM ISRAK MIKRAJ
Salam Israk Mikraj
27 Rejab perjalanan Kekasih Allah
Nabi Muhammad SAW
ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh
Dengan Kudrat dan Iradat Allah Azzawajallah
Salam Israk Mikraj
perjalanan di malam hari bagaikan kilat
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
menembusi tujuh lapisan langit
Ssmpai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah
Salam Israk Mikraj
diperlihatkan indahnya Syurga
yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia memikirkannya
Diperlihatkan juga azab seksa ahli neraka
amat dahsyat menginsafkan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Allah SWT Menunjukkan KekuasaanNya
Mengatasi SegalaNya
Salam Israk Mikraj
syukur Ya Allah
dengan izinMu
Kau izinkan Nabi Muhammad KekasihMu
Memperlihatkan KekuasaanMu
Mengatasi SegalaNya
Peristiwa Israk Mikraj
menambahkan keyakinan ummat Nabi Muhammad SAW
agar yakin seyakinnya akan Kebesaran KekuasaanMu
Nabi Muhammad PesuruhMu
menceritakan apa yang disaksikan kepada umatnya
bertambah kasih sayangnya kepada kami
mendoakan kami agar dimasukkan semua umatnya
ke Syurga tanpa hisab!
diselamatkan dari azab api neraka yang mengerikan...
kerana terlalulah azab menjadi ahli neraka
Nabi Muhammad menangis pagi petang siang
dan malam berdoa terus berdoa hingga ke akhir
hayatnya agar semua umatnya diselamatkan
daripada menjadi ahli neraka
'Umatku! Umatku! Umatku!
itulah di akhir nafasnya
yang diucapkan
itulah doanya yang terakhir
betapa kasih sayangnya KekasihMu kepada semua umatnya tanpa terkecuali
walhal KekasihMu sudah dijamin masuk Syurga
tapi masih mendoakan semua ummatnya masuk ke Syurga, sampai akhir hayat PesuruhMu KekasihMu menyayangi kami
Tak terbalas kasih sayangnya kepada kami sebagai ummatnya
Makanya makbulkan doa KekasihMu itu Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Salam Israk Mikraj
Telah terbukti
Kebesaran Kuasa Allah Azzawajallah Mengatasi Segala
Yang ada di langit dan di bumi
Telah terbukti
Nabi Muhammad saw
Mencintai semua umatnya tanpa terkecuali
Moga bersamalah kita
Sentiasa berjiwa hambaNya kerana kita berstatus milikNya selamaNya
Sentiasa menghargai kasih sayang
Nabi Muhammad saw hingga nafas terakhir
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Rejab 1434H
6 Jun 2013M
SALAM NUZUL AL-QURAN
Salam Nuzul Al-Quran
moga kita tergolong pencinta Al-Quran
kerana cintakan Allah kita menghayati Al-Quran
di alam barzah menjadi peguambela kita adalah Al-Quran
begitu bermaknanya hidup dan mati kerana Allah
yang menghadiahkan Kalam SuciNya
untuk kita menempah tiket ke SyurgaNya
Al-Quran penyuluh hidup kita
Al-Quran pelindung dunia akhirat kita
Ya Rabb
pilihlah kami mencintai KalamullahMu
KalamullahMu indah seindah bahasaMu
bahasaMu tiada siapa dapat tandingi
Engkaulah Pujangga
Engkaulah Pemuisi
Engkaulah ahli falsasah
Engkaulah ilmuan maha bijaksana
Ilmu yang terkandung dalam Al-Quran
tiada satupun yang tertinggal
semuaNya Maha Sempurna
KalamullahMu lagi dibaca lagi dihayati
membuatkan semua para pencintaMu
makin teruja untuk encintaiMu
menjadi pendambacintaMu
Subhnallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Melihat KalamullahMu Maha Sempurna Indah
berada di hadapan mata jelas wujudNyaMu
sesungguhNya Engkau Maha berkata-kata
kata-kata nan indah-indah
tersusun terangkai saling berkaitan
di anta satu ayat ke saatu ayat
tiada seorang pujangga di dunia ini dapat meniru
walaupun satu ayat
mengandungi sejuta makna sejuta hikmatNya
ganjaan pahala bagi yang membaca KalamullahMu
akan dili[atkangandakan ganjaran pahala dariMu
Subhanallah amat rugilah kami tidak membaca KalamullahMu
Tika hambaMu membaca Al-Quran
itu bermakna Engkau sedang berkomunikasi dengan hambaMu
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
KalamullahMu bukti
siapapun tak boleh menafikan kewujudanMu
Al-Quran bukti wujudNya Engkau Ya Allah
sebab itu semua yang yakin kewujudanMu
akan menyembah Engkau
Tiada Tuhan Lain Layak Disembah Kecuali Engkau
dan di Agungkan di sebilang masa dan ketika
Tika membaca Al-Quran Engkau berkomunikasi dengan kami tika solat kami berkomunikasi denganMu
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
memang benarlah Al-Quran dan Solat penyambung
cinta di antara hambaMu denganMu
Allahu Akbar
YA RABB...
jadikanlah kami Pencinta Al-Quran
jadikan kami hambaMu yang taat bersolat
kami mahu selalu berkomurnikasi denganMu
sebab itu solat dan Al-Quran
tak dapat dipisah dua serangkai
menyatukan hamba dan Penciptanya
Amatlah rugi jika kami tidak Solat dan membaca Al-Quran
pastilah Engkau murka
pastilah neraka tempat kami nauzubillah
Kami solat
kami membaca Al-Quran
tanda kami cinta padaMu Allah
maka jadikanlah Al-Quran dan solat
amalan hidup kami sehingga ke akhir hayat
melafazkan KalamullahMu
La Ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Nabi Muhammad Pesuruh Allah
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin
........................................................................
hambaMu yang mencintaiMu dan mencintai KalamullahMu
17 Ramadhan 1434H
26 Julai 2013M
(Puisi diilhamkan sempena menyambut Nuzul Al-Quran)
DIRGAHAYU KEMERDEKAAN BANGSA INDONESIA
'GUGUR MUJAHID DI BUMI AMBIA'
Indonesia...
namamu gah semegah rakyatnya
memperjuangkan Indonesia
hingga ke tetesan darah terakhir
bermati-matian
pertahankan
perjuangkan
sentiasa bersiap siaga
bersedia bila-bila masa
menyahut seruan ibu pertiwi
turun ke medan juang
berjuang...berjuang...berjuang...
menghadapi musuh durja...
biarpun Indonesia bemandikan darah
akan dipertahankan daripada musuh durjana
yang mahu bercita-cita
merampas merah putih
daripada dimiliki Indonesia
Memiliki merah putih
bukanlahnya mudah
darah syahid kesatria diRaja
gugur ke bumi
Raja pertaruhkan nyawa demi
menghadiahkan sebuah kemerdekaan untuk Indonesia
mana mungkin dilupakan dipersiakan oleh bangsa Indonesia
kamu mesti ingat ...jangan sengaja buta sejarah
Indonesia merdeka adalah pengorbanan seorang raja
pertaruhkan nyawanya untuk memberi kemerdekaan
pada semua rakyat Indonesia....
Makanya mana bisa mungkin
Indonesia menjadi seperti di Mesir
yang menceroboh negaranya adalah pejuangnya sendiri
harapkan pagar ...pagar makan padi
setiap hari...setiap saat...setiap detik...
pertumpahan darah rakyat tidak berdosa
menjadi mangsa kerakusan kuasa pejuangnya sendiri
kejam...kejam...kejam....
zalim...zalim....zalim....
amanah untuk menjaga kedaulatan negara
dipersendakan ...dipermainkan...disepikan...
alat peperangan dan senjata canggih untuk memerangi musuh menjadi alat untuk membunuh ribuan malah jutaan rakyat Mesir tak berdosa menjadi kerakusan kuasa pejuangnya sendiri...
Mana letaknya mata hati
manusia sudah tidak berperikemanusiaan
syaitan bertopengkan manusia
ehsan sudah tiada wujud di hatinya
"Matilah rakyatku ...matilah bangsaku sendiri...
asalkan kekayaan di bumiku ini adalah milikku
inilah perjuanganku menjadi seorang pejuang...
ha...ha...ha...ha....
hidup aku adalah keluargaku
hidup aku adalah kekayaanku
hidup aku adalah kekuasaanku
aku diberi kuasa adalah untuk diri sendiri
bukan untuk rakyatku jauh sekali untuk bangsaku
ha...ha...ha....
darah...darah...darah....
bangsaku sendiri yang membuatkan aku lebih berkuasa
peduli apa aku dengan mereka semua
semuanya adalah lalat...lalat...bodoh
memperjuangkan keadilan dan kebaikan tapi diri sendiri miskin
ha...ha...ha...
aku kaya....
aku berkuasa...
aku zalim
setiap hari kubunuh bangsaku sendiri
mana-mana yang menghalangku
aku bunuh tanpa ehsan
di masjid....di tempat awam....
waima di hospital pun aku bunuh...
peduli apa aku dengan kemanusiaan
sujudku pada Tuhan pun aku tak pernah
lagipun aku bukan islam
aku anti islam
aku benci islam...
makanya kitab yang mereka baca kukumpulkan kurampas kubakar semuanya dengan mereka-mereka aku bakar
benci sangat aku pada mereka....
aku mahu habiskan usiaku membunuh mereka semua
sampai satu pun tak hidup
yang hidup adalah bangsaku sendiri yahudi bani Israel
ha....ha...ha....
bangsaku jangan kita biarkan bumi Islam seinci pun
di diami oleh bangsa Islam ....kita hapuskan semuanya
sudah ramai bangsa islam kita bunuh dan halau
tapi mana ada mujahid mereka datang menolong....
mereka semua mahu hidup ....
belum puas mengecapi hidup mewah seperti kita...
ha...ha...ha...
ayuh! kita bersama hapuskan Islam...
di bumi ini....!!!!!!
Duhai yahudi laknatullah!
jangan kamu sangka kami berdiam diri
jangan kamu sangka kami takut mati
kamu telah menghina bumi para Ambia kami...
kami tak takut mati!
biar bumi Mesir ini bermandikan darah....
kami tak akan berundur walaupun selangkah
kami akan lawan...kami akan tentang habis-habisan....
kami rela mati memperjuangkan agama, bangsa dan Negara kerana Allah SWT... Syurga menanti kami
tapi kamu neraka paling azab menanti kamu
kami pasti dan pasti...kamulah ahli neraka jahannam
yang melata di muka bumi ini
syaitan yang bertopengkan manusia
yang mahu memesongkan iman dan tauhid kami
kami bersumpah atas nama Allah Azzawajallah
akan kami tentang kamu habis-habisan
kamu bukanlah pejuang kami...
kamu adalah syaitan yang patut direjam
agar dibakar api neraka jahannam!
janganlah kamu bercita-cita mahu menghapuskan bangsa kami janganlah kamu bercita-cita mahu memusnahkan
Al-Quran, kami tak akan izinkan...tak akan...
kami rela mati kerana Allah....
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Allah berilah kami kekuatan menghadapi musuhMu
Ya Allah berilah kami kemenangan
Kemenangan penting bagi kami
Kemenangan untuk AgamaMu
Agar sentiasa terpelihara
Sepanjang zaman hingga akhir zaman
Ya Allah berilah kemenangan kepada hambaMu yang memperjuangakan Islam, andainya gugur kiralah sebagai gugur seorang syahid , Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
10 Syawal 1434H
17 Agustus 2013M

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA




PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
23 RabiulAwal 1439H
12 Disember 2017

0 comments:

Post a Comment

 
;