Friday, 19 January 2018

HIJRAH (272) KASIH SEHARUM KASTURI


HIJRAH (272) KASIH SEHARUM KASTURI
2 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
ALLAH MAHA MENDENGAR ALLAH MAHA MEMUJUK
Selalunya kita cinta kepada manusia ada yang akan cemburu sehingga sanggup berbunuhan kerana cemburu
jika kita cinta kepada Tuhan ada yang cemburu itu bererti rohnya sedang nazak kerana Tuhan layak dicintai oleh semua hamba-Nya tanpa syarat asalkan ikhlas dan ikhlas itu hanya Allah swt saja yang tahu.
LikeCommentShare
9 people like this.
Comments
Manda Conai Hebat kata Ratu Rimba
Rabeah Binti Mohd Ali Allah swt memujukku di kala aku dihina mengatakan aku pendusta apabila aku menulis puisi cinta buat Allah, maka keluarlah kata-kata yang kamu bilang hebat itu sahabatku manda....Allahu Akbar Allah Maha Mendengar Allah Maha Memujuk di kala hatiku terlara disakiti oleh mereka yang cemburu aku menulis puisi cinta buat Allah.
PETIKAN WALL GRUP KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
10 RABI'UL AKHIR 1437H
20 JANUARI 2016


KALAM-MU INDAH ANUGERAH YANG TERINDAH UNTUK SEMUA HAMBA-MU ALLAHU AKBAR SYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA YA ALLAH,
5 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Duhai kawan yang baik budi...
Dari usia remaja hingga ke usia senja
Yang kupertaruhkan dalam hidupku
Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
Sebab itu diriku adalah lilin
Sampai akhir hayat pun tetap lilin
Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
Di sepanjang hidupku ini
Aku muhasabah diri
Diriku tetap insan yang tak sempurna
Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk
Menjadi insan yang sempurna
Tempat aku muhasabah diri
Ada di Rimba Niagara ini
Aku jumpa dengan dunia sebenarku
Inilah dunia yang kuimpikan
Biarpun pada pandangan mereka
Cumalah fantasi dan angan-angan
Tapi aku yakin dengan duniaku
Kerana suara hati tak pernah menipu
Di sini aku mendapat
Kasih semurni hati
Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
Kata-kata semanis gula
Kata-kata seiring hati
Kami selalu bercanda
Tapi bercanda tiada menyakitkan
Hati atau sengaja untuk menyindir
Berkaryalah aku semahuku
Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
Tanpa ada rasa iri hati
Di Rimba Niagara ini
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin benci
Sekali tangan berjabat
Tersimpul mati hingga ke mati
Di Rimba Niagara ini
Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
Semuanya saling berkorban
Biarpun nyawa jadi taruhan
Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
Penghuninya bersatu hati
Saling sokong menyokong
Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
Setiap bakat penghuni rimba dihargai
Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
Kerana di sini tiada dengki mendengki
Dendam mendendam
Yang ada cumalah
Kasih sayang semurni hati
Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
Sebab itu pesona dunia
Bukan matlamat kami
Kerana matlamat kami
Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
Agar tenang roh dan jasad
Setenang Air di Kali Syurga
Insya-Allah berjumpa Tuhan pun dalam keaadaan tenang
Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja
Maka kami berazam selagi hayat ada
Digunakan semaksima mungkin
Untuk terus saling sokong menyokong
Ke jalan-jalan yang di Redhai
Sebagai bekalan di hari mati
Makanya di Rimba Niagaralah
Tempat igauanku dalam mimpi
Yang kularikkan dengan tinta-tinta
Kasih dan cinta kerana-Nya
Biarpun sekadar mimpi ilusi
Tapi ku yakin jika
Allah Robbul Idzati berkata
KUN FAYAKUN
Maka jadilah
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Jadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Januari 2013
·
IKRAR JANJI SEORANG HAMBA KEPADA PENCIPTA-NYA
Duhai teman sastra yang tersanjung di hatiku
Kau sumber inspirasiku
Di kala hati ini berduka
Kau sapukan airmataku
Dengan sapu tangan kasih setulus hatimu
Di kala aku disepikan
Kau saja yang sudi menyahut puisiku berlagu rindu
Lalu aku rindu serindunya padamu
Di kala bulan memunculkan dirinya
Wajahmu ada di situ
Senyum padaku
Dan kudengar jelas
Gurindam puisimu berlagu rindu
Dan tanganmu kau hulurkan padaku
Menjemputku ke bulan
Bersamamu
Berlagu puisi
Puisi tentang rindu
Puisi tentang rindu pada-Nya
Dan kita sama-sama memuji-Nya
Tanpa henti dalam linangan airmata
Syahdu...
Bahagianya kita di kala itu
Kerana bulan
Tak jemu
Mengajar kita
Tentang rindu
Tentang cinta
Dan kita berkasih sayang
Sesama semata kerana-Nya
Bukan kerana harta dan pangkat
Kerana itu tidak dibawa ke
Padang Mahsyar
Yang akan dibawa
Cinta dalam Redha Ilahi
Di Mahsyar kita sendirian
Dibakar terik mentari sejengkal kepala
Merenangi lautan peluh yang berpeluh-peluh
Untuk menjawab segala ikrar janji seorang hamba
Pada Pencipta-Nya
Tiada siapa yang dapat membantu kita
Di kala itu biarpun orang yang kita sayangi di dunia dulu
Yang menjadi peneman setia di kala itu
Dan amat berharga untuk menebus diri
Adalah amalan yang di terima-Nya
Jika terlepas kita di Mahsyar
Makanya
Pintu Syurga menanti
Terbuka seluas-Nya
Untuk kita yang bahagia
Dari segala azab sengsara
Dan ketika itulah
Cinta kita yang kita Agungkan
Kerana-Nya akan bertaut kembali
Dan ku bersyukur dengan
Hubungan kasih sayang kita
Setulusnya kerana-Nya
Tanpa syarat kebendaan harta
Untuk menjalinkan kasih kita
Akhirnya membawa kita
Ke Syurga Ilahi
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Januari 2013
SASTERA ADALAH DUNIA RATU RIMBA NIAGARA
Biarpun kita jarang berkomunikasi dan tidak pernah berkomunikasi di FB ...dan hamba tak tahu samada kalian sudi baca atau nggak karya hamba mungkin terlalu panjang dan banyak untuk di like...atau kalian sibuk barangkali...jika terus-terusan menyepi...maafkan hamba ye...kerana setiap rakan fb hamba adalah nadi dunia sastera hamba kerana inilah matlamat hamba mencari rakan fb yang menyokong dunia karya hamba habis-habisan. Percayalah sekali tangan berjabat abadi selamanya cumanya kita tiada peluang untuk meneruskan ikatan yang sepi menyepi ini.
Kehadiran hamba tidak ada di hati fb kalian sedangkan kalian sentiasa ditunggu dengan penuh harapan dalam kerinduan bertegur sapa. Kerana tidak tega untuk menanggung sepi menyepi.....sepi itu penawar bagimu dan derita bagiku...makanya
maafkan hamba....jika kalian sudi melihat senyuman hamba...lihat sajalah di bulan purnama ....hamba sedang mengirimkan senyuman mohon kemaafan daripada kalian.
Percayalah hamba tetap sahabat di hati kalian dan abadi selamanya di hati hamba. Sudilah doakan kejayaan dunia sastera yang hamba dambakan ini. Salam sayang teramat sayang salam rindu teramat rindu pada kalian yang amat hamba sanjungi sepenuh hati. Maafkan hamba ye...harap mengerti dengan dunia sastera yang hamba dambakan ini.
RATU RIMBA NIAGARA
20 Januari 2013
Komen
Khai Noor
Khai Noor teruskan...
Urus
5y
SukaTunjukkan lagi reaksi
Ratu Rimba Niagara Terima kasih YM Khai Noor yang tak jemu menyokong dunia sastera hamba.

SELAMAT PAGI BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA
Selamat pagi bunga-bunga cinta Syurga
Hadirlah rindu dari Syurga
Hadirlah kasih dan cinta dari Syurga
Hadirlah bahasa-bahasa Syurga
Mengundang rindu
Mengundang kasih sayang Ilahi
Ke kalbu hati
Yang tandus dengan rindu dan kasih-Nya
Yang tiada penghujung pada semua hamba-Nya
Cuma kekebalan dinding hati yang tak mengerti
Akan KeAgungan Cinta-Nya
Bila mati baru mengerti
Sudah terlambat semuanya duhai hati yang membeku
Sebelum terlambat duhai hati yang membeku
Ada masa lagi untukmu mencair
Cairkanlah dengan sinar keimanan
Biar telus dan terus meresap ke kalbu hati
Agar dia mengerti
Bawa cinta dan redha Allah itu
Yang mahu didambakan dalam hidup ini
Agar bila bertemu-Nya
Redha lagi DiRredhai
Duhai jiwa yang tenang....
Cintamu dibalas-Nya tanpa penghujung tanpa nokhtah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Januari 2013



KASIHMU KASIHKU SEHARUM KASTURI
Subhanallah
Pemandangan nan indah ciptaan-Mu Tuhan
Tak jemu memandang
Seperti berada di Taman Syurgawi
Allahu Akbar diserikan pagi nan indah
Dengan pelangi cinta yang rindu pada-Mu
Terima kasih Tuhan
Kau kirimkan padaku
Seorang hamba
Mengirimkan
Pemandangan kanvas-Mu
Nan Maha Indah ini
Kau balaslah dengan ganjaran
Pahala yang sebanyak-Nya
Padanya kerana dia
Telah mengingatkan aku
Tentang Kebijaksanaan-Mu
Mencipta Alam ini
SUBHANALLAH
INDAH-NYA YA ALLAH
Duhai hamba
Yang pandai
Menggores rasa hatiku
Untuk merindumu
Biarpun sekadar di balik maya yang gelap pekat
Namun kehadiranmu dapat kurasai
Kehadiranmu biarpun ada dinding nipis tapi tebal
Sudah cukup untuk meredakan rinduku padamu
Tahu kah kau sejak kita terpisah kasih
Aku terdera rindu padamu
Kau terlalu istimewa dan baik untukku
Ahh...dungunya aku melepaskan ikatan kasih suci kita
Aku luka... luka yang amat dalam
Luka yang kutoreh sendiri...
Maafkan aku kerana sengaja melepaskan kasih sucimu padaku
Maaf sejuta kali sampai kapanpun aku minta maaf
Duhai hamba...
Biarpun kita terpisah kasih
Bukan kehendakmu
Dan bukan kehendakku juga
Tapi demi kebahagiaan kau dan aku
Aku lepaskan kasih yang baru bertunas
Bukan sengaja aku mahu memusnahkan
Sebuah ikatan suci kita
Tapi jika baru mahu bertunas kasih saja
Sudah ada yang sakit hati dan mencemburui kasih kita
Aku tak tega menghadapi
Penghinaan sepanjang hayatku
Di mana aku berada diburu
Dan tak akan dilepaskan
Selagi aku mengasihimu
Moga dengan penjelasan aku ini
Harap kau sudi faham dan sudi memaafkan aku
Kesudianmu memahami aku amat aku hargai
Percayalah kasihmu kasihku
Sentiasa harum mewangi
Sewangi kasturi
Sebanyak mana bunga-bunga itu
Semuanya untukmu kasih
Pelangi cinta itu adalah
Lambang kasihku padamu
Yang tak akan pernah
Padam sampai kapanpun!
Dan izinkan aku membawa pelangi cintamu
Hingga ke Syurgawi Insya- Allah Aamiin
Di Syurga jika izin-Nya nanti
Tiada siapa lagi yang dapat memisahkan kasih kita
SUBHANALLAH kita bahagia bersama abadi cinta kita selama-Nya
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Januari 2013


BAHAGIA ITU BERMULA APABILA KITA MENGENAL DIRI SENDIRI
APABILA KITA MENGENAL DIRI SENDIRI KITA AKAN MENGENAL BETAPA HEBAT-NYA ALLAH KERANA DIA MAHA MENENTUKAN QADA & QADAR DARI SITULAH DATANG-NYA REDHA DAN SYUKUR KITA ADALAH MILIK-NYA NAN ABADI.
Ratu Rimba Niagara
20 Januari 2013
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Januari 2013
BAHAGIA ITU BERMULA APABILA KITA MENGENAL DIRI SENDIRI
APABILA KITA MENGENAL DIRI SENDIRI KITA AKAN MENGENAL BETAPA HEBAT-NYA ALLAH KERANA DIA MAHA MENENTUKAN QADA & QADAR DARI SITULAH DATANG-NYA REDHA DAN SYUKUR KITA ADALAH MILIK-NYA NAN ABADI.
Ratu Rimba Niagara
20 Januari 2013
YA ALLAH
LURUSKAN NIATKU
LURUSKAN JALANKU
JALAN-JALAN MENUJU KE JANNAH
JADIKAN AL-QURAN DAN HADIS PEGANGANKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
         
Ratu Rimba Niagara CITA-CITAKU MEMARTABATKAN SASTRA DIRAJA NUSANTARA SEHINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA INSYA-ALLAH AAMIIN.
Dewata Majnun Aamiin
DUHAI PEJUANG SASTERAKU DI SELURUH DUNIA NAMAMU KUUKIR INDAH DI DAUNAN KASIH SASTERA RATU RIMBA NIAGARA AGAR DUNIA TAHU KAULAH PEJUANG SASTERAKU!!! DENGAN SOKONGANMU MOGA TEREALITI CITA-CITA SASTERAKU. INSYA-ALLAH AAMIIN.

Foto Scienze Fanpage.
Scienze Fanpage
La luna piena brilla sulle piramidi!

RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Muharram 1435H
7 November 2013

Foto Gaza, Aqsa Aku Datang.
Gaza, Aqsa Aku Datang
berbalam-balam, bumi Palestin yang dirampas Israel...
Komen
OMBAK CANTIK MU OMBAK
KAU SEDANG MEMBALAS RINDUMU PADA PANTAI
DENGAN LEMBUT KAU MENYAPA

AKU CINTA PADAMU DUHAI PANTAI
MAKA BALASLAH DENGAN RASA 
SYUKURMU PADA ILAHI 
HATIKU HANYA UNTUK KAMU
AKU CINTA SESUNGGUH CINTA
PADAMU KERANA-NYA...


1
Urus



PELUANG FISABILILLLAH SEBELUM MATI
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Yang Berkasihan Belas Kepada Semua Hamba-Nya Tanpa Terkecuali
Menguji hamba-Nya tanda Dia cinta
Menguji mengikut kemampuan hamba-Nya
Kerana Dia Maha Tahu hamba-Nya boleh lalui segala ujian
Gaza diuji dari segenap sudut
Kiri kanan
Depan belakang
Tapi mereka tetap tabah
Harta benda mereka ranap sekelip mata redha
Keluarga mereka mati di hadapan mata redha
Jasad mereka cacat akibat keganasan yahudi redha
Redha ....redha...redha...
Mereka masih tersenyum
Biarpun tak punya
Kaki...tangan....buta...
Sekali pun badan hancur
Sedang nyawa-nyawa ikan
Masih redha...masih redha...masih redha...
Allahu Akbar ....
Betapa tinggi darjat redhamu rakyat Gaza
Duhai rakyat Gaza...
Malu kami pada Tuhan...
Kerana kami tak seredha kalian
Memang patutlah Syurga tempat kamu
Kamu redha dengan Tuhan....
Tuhan pun redha dengan kamu
Redha meredhai
Tauhidmu begitu kukuh
Hingga kau bawa ke nafas terakhirmu
Tapi cuma satu kau tak redha
Negaramu dizalimi
Yahudi laknatullah
Tanpa ehsan
Biarpun sebesar zarah
Mahu dihancurkan negaramu
Dan berazam akan menghancurkan
Seluruh negara Islam
Yang ada dimuka bumi ini
Bilamana negara islam hancur
Akan hancurlah Islam ..
Itu matlamat
Yahudi Laknatullah
Dan ini sudah termaktub
Dalam Al-Quran ...
Duhai saudara Islam
Di luar sana
Hari ini
Kami diuji kami redha
Kerana kami tahu Allah cintakan kami
Maka kami diuji mengikut kemampuan kami
Tapi tahukah kamu
Apakah ujian kamu pula
Ujian kamu
Adakah kamu membiarkan saja
Negara kami hancur
Tanpa pembelaan
Daripada saudara seislam
Kamu boleh makan seenaknya
Kamu boleh tidur seamannya
Kamu miliki keluarga bahagia sesempurnanya
Kamu miliki harta setinggi gunung
Kamu miliki negara yang aman sentosa
Hidup kamu bahagia...
Hidup kamu sentosa...
Hidup kamu cuma
Canda...canda...canda...
Ketawa...ketawa..ketawa...
Makan...makan...makan...
Tidur...tidur...tidur...
Hiburan..hiburan...hiburan...
Tapi tahukah kamu jika
Apa yang kamu miliki itu
Direntap sekelip mata gimana?
Pasti kamu akan tergamam...
Menyesal pun tak berguna
Kerana kamu tak menghargai
Rebutlah lima perkara
Sebelum datang lima perkara
Sebelum kamu miskin
Bantulah kami dengan seikhlasmu
Kerana kami amat memerlukan
Untuk membangunkan semula negara
Kami yang hancur ini sehancur hati kami
Akibat kekejaman yahudi laknatullah
Sebelum kamu mati
Tanpa status hamba Allah fisabilillah
Rugilah kamu kerana tahukah kamu
Jika kamu mati fisabilillah
Syurga tempat kamu
Biarpun mereka sangka kamu mati
Sebenarnya kamu tak mati
Kamu hidup bahagia di Syurga
Dengan rezeki yang tak putus-putus
Segala nikmat Syurga kamu dapat
Kerana mendapat rezeki yang tak putus-putus
Hingga setiap saat kamu akan rasakan
Inilah Syurga yang Allah telah janjikan pada
Kami yang syahid ke jalan-Nya
Janji Allah pasti dikotakan
Allah Maha Menepati Janji
Kerana kami terlalu bersyukur pada-Nya
Kami mohon pada-Nya
"Ya Allah hidupkan kami semula
Kami mahu fisabilillah lagi Ya Allah...
kerana kami mahu membantu
saudara seislam kami ...kami
tahu Kau pasti tak perkenankan
kerana setiap hamba-Mu diberi peluang
tika waktu masa hidup saja...
jika sudah mati habis segala peluang..."
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Safar 1434H
21 Disember 2012M
(DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA & SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA)

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015
YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 Jamadilawal 1439H
19 Januari 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;