Saturday, 31 March 2018

HIJRAH (456) SUMBANGAN KARYA BUKU MINI GRUP JOM SASTERA ALAM MAYA



HIJRAH (456) SUMBANGAN KARYA BUKU MINI  GRUP JOM SASTERA ALAM MAYA
PROJEK BUKU MINI JS: Penulis wanita dan lelaki
Untuk maklumat semua ahli JS, saya membentuk satu projek Buku Mini (istilah umum - zine) untuk semua ahli JS tidak kira ahli tetap atau umum. Setakat ini ada empat kumpulan projek, iaitu
Projek Buku mini B: Wanita
Projek Buku Mini C: Wanita
Kumpulan Bukumini D: Wanita
1. Darmata Hj Matlan
2. Zah Isa
3. Latty Latisa
4. Lynn Linda Ardi
5. Dewi KuYah Senapi
6. Kyra Ezzara Mohd Nor
7. Nor Sabariah Awang Ngah
8. Rokiah Dol
9. Rose Aliza
10, Ratu Rimba Niagara
Kepada yang berminat menyertai projek perintis buku mini, boleh menubuhkan kumpulan dan memaklumkan kepada Ilham Pujangga dengan menyertakan 10 nama rakan saudara (kecuali nama yang telah tersenarai) dan kelak saya berhubung dgn Ilham mengenai kumpulan saudara.
Untuk makluman, semua peserta projek buku mini perlu menyediakan lima puisi (sudah tersiar di fb atau baharu) kecuali sajak yang telah disertakan di mana2 antologi JS sebelum ini. Panjang setiap sajak ialah tidak melebihi 21 baris
Tempoh pengumpulan sajak ialah 7 hari (seminggu) dikira bermula esok.
Semua sajak bertemakan bebas, tetapi sesuai untuk bacaan semua peringkat umur, termasuk pelajar sekolah. Ini kerana antara tujuan buku mini diprojekkan adalah untuk penjualan khusus di sekolah-sekolah menengah iaitu apabila Program JS ke Sekolah bermula selepas pilihan raya umum ke 14
Bagaimanapun, penjualan pertama buku mini JS dapat dilakukan di sebuah sekolah menengah di Perak apabila ia dijangka dilaksanakan pada penghujung April. Detail perkara ini akan diumumkan oleh ketua penyelaras yang kita umumkan nanti.
Bagaimanapun, tema biasa (percintaan secara umumnya) masih dibolehkan kerana kita mahu pelajar dan khalayak di dedahkan pelbagai tema sajak persajakan
Sila sertakan biodata paling ringkas berserta kiriman saudara. Semua sajak hendaklah dimasukkan ke peti kumpulan masing2
Untuk makluman juga, terbitan buku mini JS adalah 'selingan' sementara menanti terbitan antologi sebenar JS (antologi KPI) agar kreatif saudara terus terpelihara untuk didokumentasikan
Saya menyerahkan pemakluman ini kepada saudara untuk tindakan lanjut
Terima kasih atas sokongan kreatif saudara
* format buku mini (zine) menggunakan binding dawai kokot, tetapi mempunyai ISBN dan kualiti kertas yang sama kualiti buku biasa (bertulang)

Suka
Komen
Komen
Rohainah Hj Mat Noor Insyaallah.. Saya menyokong usaha murni ini. Tksih Sifu A Yatim Ahmad
Urus


Balasan21j
Muhammad Iqbal INSYA ALLAH MAU IKUTAN..
Salam sukses untuk masyarakat Malaysia

Urus


Balasan21j
Nur Haasyima insyaallah abg y.terima kasih.

Adyra Az-zahra In Shaa Allah terima kasih
Urus


Balasan17j
Rose Aliza Inshaallah nk join cuma tak ada lagi 9 orang tu. 😊
Urus


Balasan17j
Noya BM Hadir😊
Urus


Balasan16j
Taufek Norbek Terima kasih sifu Y
Urus


Balasan15j
Abid Addin In syaa Allah
Urus


Balasan15j
Muhammad Iqbal BOLEHKAH SAYA IKUTAN???
Sdr Yatim Ahmad

Urus


Balasan14j
Uci Putera sy ni dikira ahli JS ke tidak. .?
Urus


Balasan14j
Darmata Hj Matlan Saya tidak boleh ikutkah Sifu Yatim Ahmad
Urus


Balasan4j

Balasan3j
Aslina Idris Bos. Bukumini C ini sajak saja kan?
Urus


Balasan3j
Yatim AhmadYatim and 4 others manage the membership, moderators, settings, and posts for Jom Sastera. selepas semua sudah diformatkan mengikut size buku mini, illustrasi dan ISBN, kumpulan2 berkenaan tetap kekal untuk cerpen pula
Urus


Balasan3j
Zah Isa Mana mahu diserahkan semua sajak/ puisi yg telah ditulis?
Urus


Balasan3j


Balasan3j
Zah Isa Terima kasih abg Yatim Ahmad
Urus


Balasan3j
Aslina Idris Nama2 yg disebut... sudi2kanlah angkat tangan ye klau setuju...eh balas komen kt sini.
Urus


Balasan3j
Lynn Linda Ardi Baiklah..saya setuju
Urus


Balasan3j
Aslina Idris Kumpulan C bukumini
1) Zah Isa
2) Lynn Linda Ardi

Urus


Balasan3j
Zah Isa Aslina Idris, akak hantar di peti sembang atau wa ?
Urus


Balasan3j
Aslina Idris Peti sembang. Jab sy buat group di inbox
Urus


Balasan3j
Zah Isa Terima kasih Aslina Idris
Urus


Balasan3j
Ilham Pujangga Line IP agak perlahan ... IP buat catatan Bang Yatim Ahmad ... boleh sahaja di mana2 ... di peti sembang / wassap 01111224021 / email mohdagushajimahat@yahoo ... IP lebih suka memudahkan penukil untuk memilih cara mana yang mereka kira mudah ...
Urus


Balasan3j
Ilham Pujangga atau terus pada Kak Aslina Idris juga boleh 
Urus


Balasan3j
Rose Aliza Yatim Ahmad alhamdulillah...sy respon utk setuju. Terima kasih Tuan Yatim Ahmad.
Urus


Balasan1j
Rokiah Dol tn Yatim Ahmad..kak Aslina Idris..sy cuba utk tulis puisi..berikan tunjuk ajar..💪
Urus


Balasan1j
Rose Aliza Juga kasihku harap diterima oleh Pn Aslina Idris. Tq. Mohon tunjuk ajar.
Urus


Balasan59m
Dewi KuYah Senapi Setuju juga
Urus


Balasan53m
Aslina Idris Jika sy buat group ini di wa blh x? Line internt tersgt lmbab di mesenger
Urus


Balasan41m
Mahad Abu Bakar Saya akan bersama mrnyertainya.terima kasih.
Urus


Balasan2j
Hamidi Md Yudin Saya ingin bertanya: 

1. Projek zine ini hanya untuk puisi sahaja? Tidak digabung cerpen dan puisi? 
...Lihat Lagi

Urus


Balasan1jDisunting
Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas jemputan, moga usaha murni memartabat sastera dan penulis sastera berjaya insya-Allah. Aamiin.

SUMBANGAN  KARYA BUKU MINI GRUP JOM SASTERA ALAM MAYA

KAMI MASIH MERINDUIMU MH370

setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 8 MAC 2018
Selamat Hari Wanita
kepada wanita di seluruh dunia
kaulah ibu
kaulah isteri
kaulah kekasih
kaulah kakak
kaulah adik
kau ibu mithali
kau isteri soleha
Hawa kau kekasih bakal isteri soleha
kau kakak penyayang
kau adik manja
siapa pun statusmu
kau adalah Hawa Ciptaan Ilahi
diciptakan dari tulang rusuk kiri
seorang lelaki yang bergelar Adam
kaulah Hawa DiCiptakan untuk Adam cintai setulus hati
tanpamu Hawa tidak sempurnalah hidup Adam
justeru Adam bersyukur Kurniaan Ilahi
menciptakan Hawa untuk menyempurnakan hidup Adam
cinta Adam pada Hawa kerana Allah Taala
tanda bersyukur kepada Allah SWT
cinta Hawa kepada Adam kerana Allah Taala
tanda bersyukur DiCiptakan untuk Adam cintai
tanpa Adam siapalah Hawa
tanpa Hawa siapalah Adam
tanpa izin Allah siapalah Adam dan Hawa
semuanya bergantung harapan kepada Allah Azzawajallah
yang menciptakan Adam dan Hawa
juga menciptakan seluruh manusia untuk menghiasi
muka bumi ini bersama dengan makhluk Tuhan yang lain
cumanya beza manusia dengan yang lain
manusia diberikan akal
tidak diciptakan sesuatu dengan sia-sia
semuanya ada manfaat
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Ya Allah aku bersyukur
Kau ciptakan Adam untuk Hawa
Kau ciptakan Hawa untuk Adam
tanpa Adam dan Hawa
pastilah tidak akan lahirnya
anak cucu Adam dan Hawa ke dunia ini
jika tidak ada Adam dan Hawa
pasti kami tidak wujud di dunia ini
pasti kami tidak mengenal-Mu Allah
pasti kami hilang arah dan tujuan hidup
andai Kau tak Kurniakan Nabi Muhammad saw
maka kami yakin kami Kau Ciptakan untuk
memberi peluang kepada kami
menjadi penghuni Syurga
seperti ibu dan bapa kami
ADAM DAN HAWA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
dari-Mu aku datang
kepada-Mu aku dikembalikan
berilah aku peluang untuk kembali bertemu-MU
dalam jiwa dan roh yang tenang
Redha Lagi DiRedhai-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
"HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI KERANA ALLAH SWT
HAWA MENYEMPURNAKAN IMAN ADAM AGAR TENANG BERTEMU ILAHI MOGA CINTA ADAM DAN HAWA MEMBAWA KE SYURGA-NYA AAMIIN"
"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA"
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Ratu Rimba Niagara
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
8 MAC 2018


SENYUMAN IKHLAS
Senyuman ikhlas
bila kita senyum
mata pun turut tersenyum

Senyuman ikhlas  hati tenang
bak hidup tiada tekanan.

Senyuman ikhlas ada pahala,
Mengungkap kata tersusun indah;
Menyakiti hati mengundang dosa,
Mengungkap kata penuh berhelah.

Senyuman ikhlas hati tenang,
Hidup bak tiada beban;
Berkata baik pendengar tenang,
Terjalin sudah sebuah persahabatan.

Karya Ratu Rimba Niagara
9 Mac 2012



PERJUANGAN TAK PERNAH TERHENTI!
Sesungguhnya darahku
darah semua pahlawan di dunia ini
yang memperjuangkan
agama , bangsa dan tanah air mereka
adalah darahku jua

darah...darah...darah....
merah....merah...merah....

roh semangat juang pahlawan
hidup di jiwaku sejak azali lagi

justeru selagi nyawaku ada
selagi nafasku ada
akan kutiupkan roh semangat perjuangan
di jiwa para pahlawan dan pejuang kemerdekaan
agar mereka tidak akan berhenti berjuang
hingga ke titisan darah terakhir!

titisan darah
yang kujadikan tinta karyaku ini
tanda bukti perjuanganku tak pernah terhenti
untuk pewaris dan anak bangsaku yang tercinta
betapa mereka harus mempertahankan
kemerdekaan negara mereka yang tercinta
kerana betapa susah payahnya semua pahlawan
di dunia ini hingga sanggup pertaruhkan nyawa demi
cinta mereka kepada negara dan anak bangsa!

moga rakyat di seluruh dunia yang cintakan
kemerdekaan dan keamanan dunia ini
terus berjuang....teruskan berjuang...
hingga ke titisan darah terakhir!

Karya Ratu Rimha Niagara
9 Mac 2012



BIAR DUNIA TAHU!

Teman...
kau di antara kawanku yang bisa mengerti akan daku
Kau tidak pernah membatu dan bisu
cumanya bila kau sibuk jadi sepi
ketahuilah kau di antara kawan sejatiku

Jangan kau cuba sepikan daku dalam dunia kesibukanmu
kerana aku amat perlukan sokongan ikhlas darimu
agar aku tak mudah tewas di medan juang apabila berpena
yang tidak pernah mengenal erti musuh dan kawan
yang aku tahu cuma tulis...tulis...tulis...

mengikut gerak hati...gerak pacaindera agar mereka mengerti
apa itu kasih setulus hati keranaNya.
Biar dunia tahu betapa sayangnya aku pada semua penghuni dunia
biar dunia tahu yang aku rela jadikan darahku sebagai tinta demi
kasihku pada mereka semata-mata ingin mendapat redha dan cintaNya!


Karya Ratu Rimba Niagara9 Mac 2012


KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuranmu duhai keris
kehebatanmu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
akan kuperjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk memartabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman

Karya Ratu Rimba Niagara
28 Februari 2012



Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi Saya
Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.
Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.
Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.
Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.
Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!
Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan di langit.
Hidup saya terang
Seterang bintang bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.
Hidup saya bahagia...
Sebahagia matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.
Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.
Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit masing-masing.
Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.
Justeru saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!
Karya  Ratu Rimba Niagara
25 Jun 2010

DUHAI ANAK BANGSAKU!

Duhai anak bangsaku tersayang
kusayang kamu semuanya keranaNya
keranamu kukerah perahkan otakku
untuk sentiasa berfikir tentangmu
berfikir bagaimana hidupmu terjamin sejahtera
hidup mengecapi nikmat kemerdekaan negara sendiri
kamu tidak akan dihina dikeji oleh mereka yang mendengki!

Jika izinNya apa yang kutulis
semuanya tentangmu anak bangsaku
yang berselerakkan di alam maya 
dibaca penuh penghayatan oleh pihak yang berkenaan
untuk bertanggungjawab membelamu anak bangsakupastilah aku paling bahagia
kerana nasibmu akan terbela dan dibela
kerana anak cucu selepas ini
tidak seorang pun tidak dibela dibiarkan tercicir semuanya terbela
ibu pertiwi pasti tersenyum seindah pelangi di malam hari
kerana bumi bertuah yang kita diami buat sementara ini
sentiasa bersyukur dengan rahmat dan kasihNya

hidup kita aman damai sejahteradengan nikmat kemerdekaan
yang diperjuangkan oleh wira kemerdekaan kita

Ya Allah syukur dengan nikmat kemerdekaan negara kamiyang tercinta ini
dengan belas kasihanMu
kekalkanlah nikmat kemerdekaan negara kamisampai dunia belum Kiamat!
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin


Karya Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013











Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
10 JAMADIL'AKHIR 1436H
31 MAC 2015

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Syukur Alhamdullilah di pagi yang indah ini aku diberikanNya peluang untuk bernafas
Ya Allah jika nafas yang Kau pinjamkan padaku ini boleh memberikan manfaat
buat roh dan jasadku kau teruskan pernafasannya sehingga aku mampu juga memberi manfaat roh dan jasad kepada semua yang ada di muka bumiMu ini.
Yang aku mahu cuma jalan-jalan redhoMu Ya Allah .Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
YA ALLAH IZINKAN KAMI MELAFAZKAN SYAHADAH BERKAT KAMI PERCAYA AKAN KEWUJUDAN-MU DAN MENYEMBAH-MU. BERILAH KAMI KEJAYAAN MENJADI KHALIFAH-MU. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

Ya Allah Ya Tuhanku,,, jika Ajal kami sudah waktunya untuk tiba, berikanlah kesempatan untuk mengucap kalimat...!!! لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ ( Lailahaillallah ) There is no god but Allah آمــــــــــــــــــين آَمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِيْن ( Amin Amin Ya Rabbal Alamin ). Selamat Melaksanakan Shalat Tahajud.... — with Sapawi Amit.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI JADIKANLAH KALIMAH SYURGA INI PENYAMBUNG HATIKU HATINYA HATI SEMUA SAUDARA SEISLAMKU BERJUANG DEMI-MU SEHINGGA NAFAS TERAKHIR KAMI . BERSAMA MEREKA YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH-MU .AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

4 ZULHIJJAH 1434H
9 OKTOBER 2013M
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SUBHANALLAH KASIH SAYANG IBU NYAWA JADI TARUHAN
SETAHUN SUDAH BERLALU KAMI MASIH MERINDUIMU MH370
setahun sudah berlalu
kami masih merinduimu MH370
kehilanganmu entah di mana
puas kami mencarimu
hingga ke hujung dunia
namun masih tidak diketemui
setiap hari kenangan indah bersamamu
sentiasa terbayang-bayang
membuatkan kami bertambah rindu tak tertahan
kering air mata ini mengenangkanmu
lagi diingat lagi sebak hati ini
rindu serindu rindunya
kasih tak berbalas kasih
sepi berpanjangan
sesepi lautan hindi
hadirlah dalam mimpi kami
walaupun seketika
untuk mengubat rindu mencengkam jiwa
pasti indah pertemuan di kala itu
kita saling berpelukan menghilangkan rindu
tapi itu cuma igauan mimpi
mimpi ngeri kehilanganmu MH370
MH370 di manapun keberadaanmu
andai kamu sudah berada di alam sana
kami doakan kamu mengecapi bahagia di Syurga
kamu mendahului kami
tunggulah kami di pintu Syurga
moga Allah izinkan kita bertemu
indahnya pertemuan di kala itu
penantian berakhir dengan pertemuan yang abadi
Subhanallah pada-Mu aku berserah hidup matiku
dari-Mu aku datang kepada-Mu aku dikembalikan
kembalikan aku dalam jiwa dan roh yang tenang redha lagi diredhai-Mu,
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Karya Ratu Rimba Niagara
17 Jamadil'Awal 1436H
8 Mac 2015
(Puisi Dikarangkan Istimewa Untuk Semua Waris MH370 Yang Sentiasa Tersanjung Di Hati. Kami Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Anda Kerana
Sedihmu Sedihku Jua Moga Puisi Yang Dikarangkan Terubat Rindu Di Hatimu Dan Dapat Merawat Luka Pedih Di Hatimu)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 Rejab 1439H
1 April  2018

0 comments:

Post a Comment

 
;