Tuesday, 19 June 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (234) INDAHNYA SABAR


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (234) INDAHNYA SABAR
YA ALLAH JADIKAN AKU HAMBA-MU YANG SABAR APABILA DIUJI-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Salam Muslim
Bulan itu adalah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran adalah Syurga. Selamat malam dan selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadan ini. #SalamMuslim#QuoteRamadan #Puasa #KataMutiara #MutiaraKata

Selamat Hari Bapa untuk semua bapa di Malaysia,
Jadilah bapa bertanggungjawab dan penyayang,
Segala pengorbananmu tidak akan menjadi sia,
Pasti dibalas anakmu setulus hati dengan kasih sayang

MOGA ALLAH ROBBUL IZZATI MERAHMATIMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
SAHAM AKHIRAT SEHINGGA KIAMAT
Ya Allah
Dengan izin-Mu Yang Maha Berkuasa
Kami Kau pilih untuk berkarya
Tanpa izin-Mu kami jadi kaku
Jemari kami kaku bisu tak akan
Seiring dengan ilham dari-Mu
Kau Pengurnia Ilham
Ilhamkanlah pada kami
Ilham yang
Setiap baris satu kata
Ada nilaian di Sisi-Mu Ya Allah
Jika ada satu kata
Yang bikin
Pembaca sakit hati
Lalu terluka
Jauhkanlah Ya Allah
Jika hatiku yang terluka
Atas tulisan kata mereka
Aku maafkan mereka Ya Allah
Begitu juga mereka
Hendaknya jika ada
Satu kata yang bisa
Membuat mereka sakit hati
Bukakan mata hati mereka
Untuk memaafkan aku Ya Allah
Ya Allah ...
Niat aku berpena
Bukan mahu
Menimbulkan permusuhan Ya Allah
Bukan mahu
Terbitkan sakit menyakitkan hati Ya Allah
Bukan mahu sengaja sindir menyindir
Seolah akulah yang sempurna iman Ya Allah
Jauhkan penulisan
Yang mendatangkan murka-Mu
Yang mendatangkan sakit hati manusia kepadaku Ya Allah
Jikalah penulisanku
Membuatkan Kau murka
Membuatkan manusia sakit hati
Aku rela bisukan penulisan ini
Buat selamanya Ya Allah
Kerana bukan itu tujuan
Asalku Ya Allah
Yang aku dambakan
Penulisanku ada
Nilaian di Sisi-Mu Ya Allah
Menenangkan hati mereka yang membacanya
Penulisanku memberi motivasi kepada
Diriku sendiri dan kepada mereka yang sudi membacanya
Dan sama-sama berbagi ilmu dunia akhirat yang mereka miliki
Agar penulisan kami dikira
Sebagai sedekah jariah
Saham Akhirat Sehingga Kiamat
Setelah kami tiada di dunia ini nanti Ya Allah
Aamiin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
8 Jun 2012
Like · · Unfollow Post · June 8 at 5:12pm
Werdys Kalbary and 2 others like this.
Gaurav Oberoi hi
June 8 at 5:19pm · Unlike · 1
Gaurav Oberoi thnks for lykin rubab
3 hours ago · Unlike · 1
Gaurav Oberoi thnks rabeah
3 hours ago · Unlike · 1
GAURAV OBEROI
Sahabatku Yang Bernama Gaurav Oberoi...
Yang Dihormati Lagi Disanjungi Sepenuh Hati....
Terima kasih kerana sudi hadir
Dalam bicara puisiku
Kehadiranmu buatkan hatiku terharu sendu sedan
Biarpun hanya cuma satu perkataan
Kau sambut doa puisiku
Sejujurnya aku
Terharu pilu sendu
Kau faham apa yang ingin kusampaikan
Inilah yang membuatkan aku
Benar-benar terharu ....
Mengingatkan aku
Pada seorang rakanku
Tuan Brad Steven
Tika itu aku sedang bicara puisi
Tentang roh seorang kerabat diRaja bertemu Tuhan-Nya
Tika aku mengarangkan puisi tersebut
Kumohon pada-NYa agar dihadirkan ilham
Dengan izin-Nya akan berkarya puisi tentang
Pertemuan hamba-NYa dengan Pencipta-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Sesuatu yang amat berharga bagiku untuk dikongsi
Kepada semua teman-teman
Yang mengangumkan aku Tuan Brad Steven
Benar-benar faham apa yang kutulis
Aku tulis dalam Bahasa Melayu ...
Dia jawab dalam Bahasa Inggeris
Aku sangkakan dia tak faham apa yang kutulis
Kerana mesejnya terlalu berat untuk diterima akal mereka yang biasa
Dalam pegangan tauhidnya
Tapi ternyata Tuan Brad Steven faham...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Moga Nur Hidayah Kasih Illahi Dilimpahi pada Tuan Brad Steven
Dan Moga Nur Hidayah Kasih-Nya juga dilimpahi padamu juga .Aamin.
Nanti kusiarkan puisi yang disukai oleh Tuan Brad Steven itu
Untuk dikongsikan bersamamu Gaurav Oberoi .
Akhir kata...ucapan terima kasihku padamu
Kerana sudi membaca puisiku
Terima kasih... Terima kasih...Terima kasih...
Moga Rahmat Kasih-Nya DiLimpahi ke atasmu
GAURAV OBEROI Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
19 Jun 2012
SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA DUHAI TUANKU SHEIKH RAJA
Masya Allah thumma Masya-Allah,
kemangkatannya selepas zikir,
pada malam Jumaat disertai
hujan renyai-renyai mengiringi
pemergian baginda Tuanku...
Sesungguhnya kami yakin bahawa
Pemergian Tuanku Sheikh Raja
Awliya-Nya tidaklah mangkat
Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
Berehat sambil menikmati keindahan
Taman-taman Syurga
Yang mengasyikkan
Yang mengujakan
Disamping dikelilingi dengan
Bidadari-bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Balasan setiap awliya-Nya
Tika di dunia
Tuanku Sheikh Raja
Puluhan tahun tidak tidur..
Bersengkang mata menjaga anak-anak muridmu
Kini berehatlah
Tuanku Sheikh Raja dengan tenang...
Ampunkan kami wahai Tuanku Sheikh Raja
Guru yang kami sayangi dunia akhirat
Selamat menikmati Syurga di alam sana.....
Semoga kita ketemu lagi di Syurga
Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
Yesterday at 8:57am · Like · 3
KALIMAH ALLAH MENGIRINGI PEMAKAMAN TUANKU SHEIKH RAJA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
Tidak sampai sejam pulang dari zikir
Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
Pulang ke pangkuan-Nya...
Kami dikejutkan di zawiyah
Berita menggemparkan
Bagaikan petir menggegarkan seluruh sel di tubuh
Kami bergegas ke teratak Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
Ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...
Selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakai
Terletak kesunyian di satu penjuru..
Kami bergegas ke bilik Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
Sekujur tubuh yang mulia terbaring di pembaringan.
3 kali bacaan Yaasin bergema di kamar Tuanku Sheikh Raja
Sebelum meninggalkan Tuanku Shekh Raja yang tenang di pembaringan dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....
Hujan renyai pun mulai turun
Seolah-olah bumi menangisi permergian
Seorang putera soleh
Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami,
segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda.
Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak-anak dan nama-nama mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...
Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan..
Insya Allah.. Doakan...
Tidaklah disangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda
sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..
Dan tidaklah disangka-sangka pula, rupa-rupanya, bacaan doa yang
mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.
Dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir
Dan anak-anak buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah rupa-rupanya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
Nur Illahi mengiringi pemergian
Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
Yesterday at 8:59am · Like · 3
MOGA ROH SUCIMU DIMASUKKAN KE SYURGA-NYA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
Beruntung rohmu
Cintamu telah dibalas-Nya
Tika kau hidup
Tika kau mati
Syurga menanti
Syurga dinikmati
Pertemuan di kala itu
Pasti kau
Menangis syahdu
Kerna Kekasih
Yang dirindui dan dicintai
Meredhai rohmu
Indahnya pertemuan
Di kala itu
Hanya kau memahami
Betapa indahnya saat itu
Sebagai balasan cinta-Nya
Roh sucimu dimasukkan
Ke Syurga-Nya
Kau tenang penuh syukur
Menikmati alam Syurga
Dengan rezeki tidak putus-putus
Dikelilingi bidadari Syurga
Yang sedia berbakti padamu
Keindahan dan kenikmatan Syurga
Abadi selama-Nya
Inilah balasan cintamu tika di dunia
Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
Tapi mohon redha-Nya Ilahi
Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei
Yesterday at 9:00am · Like · 2
PERCAYALAH SAYA TETAP KAWAN MU TUAN BRAD STEVENS
TERIMA KASIH TUAN BRAD STEVENS
Tuan Yang Di Hormati Dan Disanjungi...
Senyumanmu ceria seceria pelangi cinta
Senyumanmu penuh kasih sayang
Sampai saat ini saya ketawa Tuan Brad Sevens
Lucu...sememangnya lucu
Tuanlah orang yang pertama di kalangan Mat Saleh...
Yang suka dan meminati karya saya...
Yang lucunya ... saya menulis dalam Bahasa Melayu
Tapi Tuan faham...
Pelbagai tema yang saya tulis
Tuan tak jemu , 'like' dan memberi kata-kata
Perangsang untuk saya terus menulis dan menulis
Yang menjadi pelik bin ajaibnya saya
Tuan seakan faham apa yang saya tulis
Tulis mengenai roh
Tulis mengenai Ketuhanan
Tulis mengenai
Keagungan dan Kebesaran Allah Azzawajallah
ALLAHU AKHBAR
Menangis saya Tuan Brad Stevens
Betapa hati Tuan
Selembut salju
Selembut sutera
Bagaikan hati Tuan ...
Ditembusi cahaya
Nur Illahi
ALLAHU AKHBAR
Jikalah hatinya
Benar-benar ikhlas mahu mengenali-Mu
Bukakanlah hatinya untuk
Jatuh cinta pada-Mu Ya Allah
Mahu mengenali-Mu
Dan akhirnya mencintai-Mu
Mengamalkan Islam dalam kehidupannya
Tiada siapa yang dapat menghalang-Mu
Jika Kau mahu memberikan Sinar Nur Hidayah Kasih-Mu
Pada sesiapa saja yang Kau pilih...
Ya Allah...
Tumpahan tinta yang kutulis
Adalah dengan Rahmat Kasih-Mu
Tanpa izin-Mu
Aku tak dapat menulis biarpun sebaris ayat
Dengan Belas Ehsan Dan Rahmat Kasih-Mu
Tanpa Batas...Tanpa Had
Kau Sinarkanlah Nur Hidayah Kasih-Mu
Padaku dan kepada semua yang membaca karya-karyaku
Dan tempatkanlah kami di kalangan roh-roh para hamba-Mu
Yang solehin yang diterima amal ibadatnya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Mei 2012
(KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN GROUPKU YANG DISANJUNGI
LAGI DIHORMATI TUAN BRAD STEVENS, MOGA ALLAH MELIMPAHKAN
NUR HIDAYAH KASIH-NYA PADAMU TUAN BRAD STEVENS AAMIN)
about an hour ago · Like · 1
Brad Stevens May GOD BLESS YOU!~~~
DEAR Rabeah Mohd Ali~~~
YOU ARE Radiant & Brilliant~~~
OUR Precious SISTER~~~
Touched By GOD~ YOU ARE!~~~
TRUE L1GHTWorker~ YOU ARE!!~~~
Golden~White Winged ANGEL~ YOU ARE!!!~~~
**********7777~8**********
about an hour ago · Unlike · 1
SENYUMANMU SECERIA PELANGI CINTA
Terima kasih Tuan Brad Stevens
Kata-katamu memberi semangat
Padaku untuk terus menulis dan menulis
Kutahu kau amat memahami Bahasa Melayu
Kalau tidak mana mungkin kau memahami
Apa sahaja yang kutulis
Dan memahami apa mesej yang ingin kusampaikan
Aku amat terharu sekali
Kau begitu prihatin
Sekali dengan apa yang kutulis
Adakah kau peminat sastra melayu?
Kalau begitu akulah orang pertama
Yang memberi tabik hormat padamu 10 kali
Terima kasih banyak-banyak
Budi dan jasamu
Sentiasa kukenang
Buat selamanya
Moga kau tak jemu
Memberi sokongan padaku
Untuk terus-terusan menulis
Senyumanmu sumber inspirasiku
Senyumanmu seceria pelangi cinta
Terima kasih kuucapkan sampai kapan pun!
Pada mu Brad Stevens
Sebagaimana kau suka karyaku
Makanya akupun suka kamu....
Sebagaimana kau setia pada karyaku
Ku juga sudi menjadi kawanmu yang setia....
PUTRI RIMBA.
7 Mei 2012
MAAFKAN KU TUAN BRAD STEVENS
Kau memanglah seorang yang amat baik
Sentiasa menyokong dunia sasteraku
Biarpun kau bukanlah
orang sastera
orang melayu
orang islam
sedangkan mereka
yang orang sastera
orang melayu
orang islam
tak like pun karyaku
apa tah lagi memberi pendapat bernas
aku terharu...
benar terharu....
rasanya aku suka sangat berkawan denganmu
tapi bila kufikir sedalamnya
lagi kau baca karyaku
lagi kau berikan aku sanjungan dan pujian padaku
aku kuatir aku
tenggelam dengan pujianmu
dan aku akan merasakan akulah yang hebat
dan ini akan membuatkan Tuhanku murka
lantas ditarik semula anugerah-Nya
dan aku tak mahu juga
rakan-rakan yang lain jadi meluat denganku
atas pujian yang kau berikan padaku
makanya aku mengambil keputusan untuk
berpisah denganmu...
maafkan aku Tuan Brad Stevens
harap kau mengerti akan
aku karna tidak dapat
meneruskan persahabatan kita
tapi percayalah aku masih suka dan sayang padamu
atas kebaikan hatimu memberi sokongan padaku
dalam dunia karyaku
terima kasih Tuan Brand Stevens
maafkan aku harap kau mengerti
duhai kawan baikku
Tuan Brad Stevens
Moga kau selalu ceria dan bahagia bersama teman-temanmu...
Seceria pelangi cinta....
Percayalah aku tetap kawan baikmu sampai kapanpun!
Karya : Putri Rimba Niagara
15 Mei 2012
Like · · Unfollow Post · about an hour ago
2 people like this.
Puisi Dari Rimba the best..
14 minutes ago · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih Puisi Dari Rimba ...kerana sudi memberi semangat padaku...doakan moga Tuan Brad Stevens masuk Islam ye. Aamiin
(PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI CINTA ILAHI)
18 Jun 2012


BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI DUNIA AKHIRAT SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ..SEMOGA SEGALA NIAT MURNI DAN DOA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
12 Jun 2012
11 hours ago · Like · 1
DAUNAN KASIH
Duhai sahabat yang tersanjung di hatiku...
Pasakkan iman dunia akhiratku
Alangkah indahnya jika
Apa yang kau gambarkan diimaginasi mu itu
Menjadi realiti
Pasti kita akan menangis hiba
Dalam sendu kita ketawa
Apabila tangan penghuni rimba
Yang berbulu itu mengelap air mata kita
Dengan daunan kasih
Pasti kita tak jadi nangis
Apabila mereka beria-ia memujuk kita
Sambil mengapu air mata kita
Yang lebih meyayatkan hati
Mereka juga turut menangis
Selagi kita tidak henti menangis
Sudahlah air mata kita di sapukan dengan
Daunan kasih
Ye kasih sesungguh kasih
Kasih yang datang dari hati yang ikhlas
"Duhai yang dimuliakan tetamu Putri Rimbaku...
Janganlah menangis lagi mari kudendangkan
Padamu nyanyian Syair Gurindam Putri Rimba kami
Tetamu yang dihormati pasti terhibur..."
Mereka mulalah bergendang , menari tarian rimba sambil
Bersyair gurindam mendayu-dayu memecah keheningan rimba...
Di kala itu semuanya bergembira...
Coklat yang kau bawa
Menjadi hidangan buat semua penghuni rimba,
Kita semua bergembira melihat telatah mereka
Yang melucukan hati hingga rasa semua sedih di hati hilang
Rasa tika itu kita berada di alam Syurga
Berkasih sayang setulusnya kerana-Nya
Sahabatku sayang....
Jikalah kau sibuk...jangan paksa dirimu untuk
Menjawab segala puisiku...
Mengungkapkan satu perkataan pun sudah memadai buatku
'Ku Rindumu '
Hilang segala rindu untuk sebulan padamu...
Begitu hebatnya bila rindumu rinduku tidak disepikan....
Yang merinduimu selalu,
Putri Rimba Niagara
3 Mei 2012
10 hours ago · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
19 Jun 2012
2 hours ago · Like
SAAT LANGIT MELAMBAIKAN RINDU
saat langit melambaikan rindu
hatiku tak keharuan
bayangan rindumu
ada di mana-mana
di setiap langkahku
sentiasa mengekoriku
aku rindu serindu rindunya
rindukanmu
rindu bayangan
rupanya aku
lagi dikejar
lagi menghilang
entah di mana
kucari kemana-mana
tak ditemui
rupanya
bayanganmu hilang
ditelan kabus senja
aku merindu lagi dan lagi terus merindu
aku pergi ke ombak rindu
berlagu rindu
bersyair rindu
rindukan kamu
duhai bayangan cinta
yang tidak sudi
mengekoriku lagi
dalam tangisan hiba
mengenangkan rindu bayangan
yang tak terbalas rindu
ombak menderu-deru
memujukku
"Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara
siapalah yang Tuan Putri rindu itu..."
"Bayangan kekasih hamba..menghilang
ditelan kabus senja...hamba rindukannya
rindu serindu..."
"Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara...
Kenapa kekasih yang cuma bayangan saja
yang tuan putri rindu....kenapa tak rindu pada
yang lebih berhak dirindu?
"Apa maksudmu?"
"Cuba Tuan Putri fikir...sekadar bayangannya Tuan Putri rindu
lepas itu bayangannya hilang...maknanya itu cuma sementara rindu
rindu yang tak terbalas rindu ....rindu yang tak kekal ...yang tak bawa
ke Syurga Cinta.."
"Apa maksud mu ...hamba tak faham...beritahulah hamba agar
hamba faham rindu yang berbalas Syurga Cinta."
"Rindulah pada Pencipta Alam Semesta ini yang mencipta Tuan Putri
dan hamba juga..termasuk kekasih Tuan Putri...
Tuan Putri rindu cuma bayangannya saja tapi jika Tuhan yang dirindui
rindu Tuan Putri pasti akan dibalas rindu dan cinta-Nya SUBHANALLAH
Tuan Putri jikalah rindu dan cinta tuan putri telah dibalas-Nya
ALLAHU AKHBAR tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan
Redha dan Cinta-Nya....Syurga adalah balasan cinta suci Tuan Putri
tak mahu ke tuan putri? Bukan itu saja...jikalah Tuan Putri yakin
cinta Tuan Putri yang utuh padu pada-Nya...kekasih yang cuma
bayangan itu pun akan dikurniakan kepada tuan putri tapi bukan
bayangan... realiti tuan putri tak perlu dirindu sudah ada di depan mata untuk cinta dan rindu dalam redha-Nya...dan dengan Rahmat Kasih-Nya cinta tuan putri bukan sekadar di dunia saja akan diteruskan hingga ke Syurga-Nya dengan syarat saling mencintai kerana-Nya dan
mencari jalan-jalan ke Syurga dengan hati yang ikhlas kerana-Nya."
Setelah habis berkata-kata ....kata-kata permata daripada deruan ombak rindu hilang entah di mana....
Putri Rimba Niagara menangis hiba dan mendongak ke langit
Dan di langit amat indah diindahkan dengan warna warni pelangi memancar ke laut ombak rindu... ke seluruhan ombak rindu berwarna warni pelangi ALLAHU AKHBAR AMAT INDAH
Melihat kejadian yang amat menakjubkan itu tak henti-henti Putri Rimba
berzikir dan bermunajat pada-Nya... didongak ke langit lambang cinta yang berkalimah Allah Azzawajallah tertera dengan jelas dan bawah cinta kalimah Allah Azzawajallah tuan putri rimba dan kekasihnya bergandingan menjadi pasangan pengantin yang diredhai Allah dan diaminkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.
SEMUA ALAM GHAIB ADALAH DALAM RAHSIA ALLAH AZZAWAJALLAH
CINTA DALAM KETENTUANNYA
Karya Putri Rimba Niagara
9 Jun 2012
2 hours ago · Like
SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO
Sultan Brotowijoyo Yosodipuro
Tuankulah pahlawan diRaja dan juga pahlawan rakyat
Jasamu tetap dikenang biarpun zaman telah berlalu pergi
Jasamu seharum kasturi mewangi segenap penjuru bumi
Kerana perjuanganmu tak pernah padam sentiasa membara
Agar ikatan Raja dan rakyat sentiasa berpadu
Saling menghargai saling mengerti saling mempertahankan
Betapa pentingnya Institusi diRaja dan bangsa melayu
dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir
Kerana apalah ertinya negara tanpa Raja
Dan apalah ertinya Raja tanpa rakyat menyokong
Saling sokong menyokong
Saling menghargai
Agar suatu masa
Nanti
Dapat
Diwariskan
Pada
Anak cucu
Pewaris bangsa melayu seluruh dunia
Agar mereka tahu
Bahawa
Moyang mereka yang terdiri daripada
Raja sanggup pertaruhkan nyawa untuk rakyat
Rakyat sanggup pertaruhkan nyawa untuk Raja
Demi tanahair tercinta
Tempat tumpah darah kelahiran
Raja dan rakyat
Saling berkorban dan berjuang demi
Anak bangsa dan negara tercinta
Kerana mahu memakmurkan bumi ini
Tak kira siapa
Raja atau rakyat
Kerana semuanya sama di sisi-Nya
Kerana setiap hamba-Nya adalah khalifah di bumi ini
Sudah bersumpah setia sejak azali lagi
Memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT
Dalam limpahan Nur Hidayah Kasih-Nya dan redha-Nya!
Makanya itulah yang diidami setiap roh suci semua
Yang bergelar khalifah di bumi ini!
Moga segala perjuangan suci ini
Sampai ke negeri pasti
Dalam redha-Nya dan balasan cinta-Nya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Jun 2012
32 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali Sultan Brotowijoyo Yosodipuro Hmmmmmmmmmm very nice...... I like
Yesterday at 12:41am · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih kerana sudi menghargai setiap karya hamba...dunia fantasi tapi realiti...selamat melayari dunia FANTASI TAPI REALITI DI ALAM KARYA IMAGINASI SI PUTRI RIMBA NIAGARA...
Yesterday at 12:48am · Like
Sultan Brotowijoyo Yosodipuro:
Sebuah karya imaginasi yg benar2 berkualitas....dan penuh realiti......benar-benar menyejukkan hati....sungguh beruntung negri jiran memilikimu.....
Yesterday at 12:54am · Like
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih atas segala kata-kata perangsang...moga apa yang dicitakan oleh semua yang terlibat dalam usahasama untuk menjadikan dunia imaginasi realiti menjadi kenyataan. Aamiin.
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
18 Jun 2012
18 minutes ago · Like
WARKAH UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA
Assalamualaikum wr wb
Yang disanjungi Kanda Wahyu Utama...
Syukur Alhamdulillah yang tak terhingga kepada Allah SWT
Yang mengizinkan segala yang diusahakan kanda untuk memartabat hasil karya dinda di persada dunia maya dimakbulkan Insya-Allah Aamin.
ALLAHU AKHBAR
Tidak terfikir pula kanda mengusahakannya tanpa kenal arti
Putus asa untuk menjayakan segala cita menjadi realiti Aamiin Insya-Allah
Sejujurnya segala usaha kanda dan seluruh yang terlibat membuatkan dinda terasa teramat syahdu dalam syukur pada Ilahi...
Inilah dunia dinda dambakan dunia sastra penyair demi-Nya Sejak anak kecil hinggalah sekarang.Semoga berkekalan Berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena...
Kanda Wahyu Utama...
Semenjak perkenalan kita di alam maya yang tanpa dirancang beberapa purnama yang lalu tika dinda memberi cumalah sebaris ayat kepada gambar kanda di wall YM Seghayo SuttanPesirah DiPuncak Nur...bermula dari situlah perkenalan kita di alam maya...dan tanpa diduga kanda selalu mengikuti perkembangan karya-karya dinda yang dinda siarkan di grup Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya dan di wall fb dinda juga mahupun di blog dinda.
SUBHANALLAH kanda tak jemu-jemu memberi sokongan pada dinda dari awal hingga sekarang dengan semangat dan kata-kata dorongan kanda Insya-Allah dinda terus berkarya dan berkarya dengan penuh yakin Allah SWT sentiasa memberi ilham pada dinda untuk berkarya. Syukur Allahamdulillah hingga kini Allah SWT tidak pernah mengecewakan dinda apabila mahu berkarya bila-bila waktu dan ketika SUBHANALLAH ALLAHU AKHBAR ALHAMDULILLAH
setiap kali selepas berkarya dinda akan menangis kerana dunia karya yang dinda dambakan selama ini dimakbulkan-Nya .inilah dunia yang dinda dambakan berkarya tanpa henti selagi izin-Nya dinda berkarya....karya yang memuji Keagungan Cinta-Nya Kebesaran Kekuasaan-Nya Mengatasi Segala-Nya Saling Mencintai semua mahluk-Nya kerana-Nya Ingin pulang dalam tenang lagi diredhai sebelum dijemput pulang untuk bertemu-Nya.
Kanda Wahyu Utama...
Akhir kata dinda mendoakan Allah SWT melimpahkan Rahmat dan Kasih-Nya kepada kanda sekeluarga dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan karya-karya dinda untuk dimartabatkan sebagai karya seni warisan bangsa Rumpun Melayu Nusantara pada abad ini dan abad yang akan datang Insya-Allah Aamiin.
Segala budi dan jasa murni kanda dan semua yang terlibat dalam menyokong usaha ini... dinda ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga dan segala karya diukirkan di daunan kasih Putri Rimba Niagara .
Ingatan Tulis Ikhals Daripada Dinda:
Rabeah Mohd Ali
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA
9 Jun 2012
Yesterday at 1:01am · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NAIGARA)
18 Jun 2012
15 minutes ago · Like
YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA PENCINTA KHAZANAH WARISAN SENI RUMPUN MELAYU NUSANTARA
Yang Dihormati Kedaton Kraton Wahyu Utama
Di wajahmu ada ketenangan
Di hatimu ada kelembutan
Di jiwamu penuh kasih sayang
Sayang semua khazanah warisan bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Agar tak hilang ditelan zaman
Agar dapat dihargai generasi kini dan akan datang
Agar dapat diwarisi zaman berzaman
Besarnya pengorbananmu
Pada Agama
Bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Pembaca dunia alam maya sedunia
Perjuanganmu suci murni
Dan aku terharu
Dengan susah payahmu itu
Dan ku tahu
Hidupmu penuh dengan perjuangan
Perjuangan yang tak mengenal arti jemu
Dan putus asa
Demi menjaga Khazanah Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Kaulah moyang yang bertanggungjawab
Kepada anak cucumu
Makanya
Anak cucu sentiasa menghargai jasamu
Yang mengharum di hati mereka
Seharum ambar kasturi
Moga Allah Azzawajallah meredhoi hidup matimu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Jun 2012
(DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA RAKAN SEPERJUANGAN PUTRI RIMBA NIAGARA)
13 minutes ago · Like
PANTUN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU
Tangan berjabat senyuman terukir,
Terjalin sudah ikatan dua negara;
Dunia bersorakkan kedamaian terukir,
Ikatan raja dan rakyat sentiasa mesra.
Senyuman terukir seikhlas hati,
Nampak menawan mendamaikan jiwa;
Pengorbanan raja sentiasa disanjungi,
Dihargai sepenuh jiwa dan raga.
Raja adil Raja berdaulat,
Disanjungi rakyat di mana berada;
Raja berjasa sentiasa didaulat,
Karena pengorbanan Raja rakyat sejahtera.
Rakyat sayangkan Institusi DiRaja,
Raja pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan;
Lambang kasihnya Raja kepada rakyatnya,
Makanya Institusi DiRaja akan dipertahankan.
Tiada Raja tiada negara,
Tiada negara tiada rakyat;
Bersatu hati demi negara,
Majulah negara demi rakyat.
Walaupun sejarah telah lama ditinggalkan,
Tapi sejarah tidak akan dilupakan;
Makanya jasa bakti Raja tidak akan dilupakan,
Dunia akhirat mendapat ganjaran.
Raja dan rakyat bersatu hati,
Saling faham memahami;
Berkorban demi rakyat dikasihi,
Ikatan raja dan rakyat kekal di hati.
Rakyat hargai raja,
Raja hargai rakyat;
Saling menghargai jasa,
Demi negara dan rakyat.
Negara aman rakyat sejahtera,
Institusi DiRaja sentiasa didaulatkan;
Dipertahankan hingga ke akhirnya,
Agar sejarah kesultanan melayu dimartabatkan.
Sejarah kesultanan melayu dimartabatkan,
Akan majulah bangsa melayu di seluruh dunia;
Raja melayu sentiasa didaulatkan,
Negara asing memartabatkan jua.
Dunia melayu dunia kita,
Rumpun nusantara melayu;
Bersatu hati untuk Raja kita,
Raja kita memartabatkan hak melayu.
Hak melayu hak rumpun nusantara,
Saling mempertahankan demi melayu;
Sumpah Hang Tuah kian membara,
Pertahankan Institusi DiRaja melayu.
Selagi nyawa di kandung badan,
Akan dipertahankan Institusi DiRaja;
Karena itu lambang perpaduan,
Raja dan rakyat berpisah tiada.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
18 Jun 2012)
11 minutes ago · Like
HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN.
Laksamana Mas:
Kanda.........cantik baik lagi.....hehe
16 hours ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Memegang watak Ratu Pujangga Rimba Niagara katakan....hehehe
Bukan senang hendak menghayati watak Ratu Pujangga...
Si Kunta Si Kunte yang menyolek wajah kanda ...itu yang jadi macam tu....hehehe
Kanda tak mahu senyum tapi dipaksa juga senyum
Katanya hadiah untuk semua pembaca yang meminati karya kanda
Ha...bila dia cakap macam tu...maka senyumlah kanda, 'Senyum Pelangi Cinta Purnama Malam'
Katanyanya lagi senyum sebagai. 'HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN'
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Jun 2012
16 hours ago · Like · 1
Laksamana Mas:
Iye Kanda ku yang baik nan Cantik,..Dinda sedia untuk mendengar semua petuah Kanda....hehehe
16 hours ago · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
Kanda pun menuntut ilmu kasatria daripada dinda...hehehe
Gagah perkasa seperti pahlawan tidaklah kalau di pena turun ke gelanggang pertarungan boleh sikit....hehehe
16 hours ago · Like · 1
Laksamana Mas:
Kanda...juge adalah inspirasi perjuangan Dinda,..Tugas Dinda adalah meliputi 135 Kerajaan sampai ke Gajah Putih/Thailand sana,..Mandagaskar, afrika selatan dan ke fasific,..termasuk australia suatu hari nanti,..perlu kawan sokongan dan penyemangat...Nuswantara kita akan menjadi suar dunia...
16 hours ago · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
Insya-Allah Aamiin.
Jangan lupa doakan kanda berjaya menggapai bintang di langit
Sebagai HADIAH UNTUK GENERASI MASA HADAPAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA ye
Dengan kejayaan kanda itu semua ukiran-ukiran daunan kasih Putri Rimba Niagara bertebaran di seluruh dunia...
Yang penting ada nilaian di Sisi-Robbul Izzati . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
15 hours ago · Like · 1
Laksamana Mas: Amin....
15 hours ago · Unlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS)
19 Jun 2012
Ratu Rimba Niagara berkongsi kenangan pada garis masa Ratu Rimba Niagara
KUBUANG RINDU DI AWAN LARAT
Awan larat
Rinduku sarat
Aku tak larat
Menanggung rindu terlalu sarat
Hingga aku takut terjerat
Dalam rindu yang memberat
Biarlah kubuang rindu di awan larat
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Jun 2012
Kar Yus sedang bersama Wayan Bendemas dan 15 yang lain di '"Hotel REDDOT" Bangka Belitung di Pangkal Pinang.
7hb Jun 2012
Rindu Kampung Halamanku
Sejuknya hawa mengharum memanjakan aku
Terdengar gemercik air dari sungai menggoda merayu
Pelukan danau-danau mendamaikan getaran jiwaku
Gunung-gunung membiru terbentang memberi cinta
Dahan pepohonan melambai tertiup angin sepoi memanggilku
Suara seruling bambu berbisik seribu mesra ditelingaku
Selalu terngiang, menggoda hati kecilku
Tak kuasa tuk kembali kepadamu
Kuingin bermimpi nirwana dalam buaian pepohonan
Biru, hijau laksana lukisan alam yang mengharu biru
Tanah Sunda datanglah, disini penantianmu kan kutunggu
Jemputlah aku pulang ketanah Sundaku
Untuk kembali kepangkuan pertiwiku nan elok
Oh...kampung halamanku nan menawan
Pun selalu dalam kenangan dan rinduku ...
Oh ... Mojangku ...
Komen
Iwan Tirta Ibonk · 2 rakan bersama
Subhanallah Elok Sangat Duhai Yang Mulia Ratuku Ratu Rimba Niagara Cinta 5 Benua

6 tahun yang lepas
Manuver
gerak bisumu menikam rusukku
bidak-bidak hati bergelimpangan; mati
di kanan, menteri mengancam; benci
di kiri, kuda hitam menunggu; bisu
aku lari
mencari damai
bergelantungan di gaun ratu;
pergi menjauh;
mencari teduh;
membuang rusuh...
--------
Sintang Kalbar, Akhir Juni 2012
Werdys Kalbary
Unlike · · Unfollow Post · about an hour ago
You like this.
QADA QADAR YANG SUDAH TERTULIS DI LAUHMAHFUZ
Jika kau berlari...
Larilah dengan keyakinan cintamu pada-NYa
Jika kau lari....
Pastikan ilmu tauhidmu tentang DIA
Telah terpasak di kalbu
Karna tiada apa yang kau takuti lagi
Selain DIA
Yang telah takdirkan
Qada Qadar mu yang sudah tertulis
DI LAUHMAHFUZ
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
19 Jun 2012



REVOLUSI BERTANJAK
Revolusi bertanjak
Raja bertanjak
Pemimpin bertanjak
Tak akan berlaku revolusi
jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak
Suka tak suka
akan berlaku revolusi
jika sekiranya
seluruh rakyat bertanjak
dan memahkotakan
tanjak yang terbaik
bertahtakan
kekuasaan rakyat memilih
siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
dan memartabatkan Raja
untuk mengukuhkan lagi
sesebuah negara
yang sentiasa mengutamakan rakyat
daripada kepentingan sendiri
kerana kekuasaan rakyat
sentiasa dijunjung pada
tanjak anugerah rakyat
untuk pemimpin dan Raja
itulah revolusi yang sebenarnya!
jika itu terealiti
makanya
antara rakyat pemerintah dan Raja
berpisah tiada
kerana senada seirama
memajukan negara
dalam suasana
aman harmoni
tanpa
mengundang
ketidakadilan
dalam memegang tampuk kekuasaan
kekuasaan adalah milik semua
dan semua berhak
untuk hidup dalam
negara sendiri yang merdeka!
Revolusilah rakyat
Revolusilah pemerintah
Revolusilah Raja
Revolusilah negara
Barulah negaraku akan terus merdeka
Dalam ertikata yang sebenarnya
Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 RAMADAN 1436H
18 JUN 2015
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA &
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 SYAABAN 1436H
26 MEI 2015

Foto Aashiq al-Rasul.
Aashiq al-Rasul sedang bersama Rusnadi Muallaf.
Aashiq al-Rasul <-----click to like
ya Allahﷻ grant me someone who will hold My hand to jannah
DI BULAN IBU KIRIMKAN RINDU UNTUKMU NAK!
Jangan bersedih andai ibu tak mampu bersastera lagi....
bacalah karya sastera yang telah banyak ibu karangkan untukmu nak...
sastra yang ibu tinggalkan adalah tanda kasih sayang ibu 
tanpa penghujungnya padamu nak....
jika rindu pada ibu lihatlah bulan
telah ibu kirimkan rindu pada bulan
bahawa kasih kita tak pernah terpadam buat selamanya...
di Syurga kasih kita berpadu Insya-Allah AAmiin
Ibu yang menyayangimu nak,
Ibu Ratu Rimba Niagara
23 Rejab 1436H
12 Mei 2015

Foto Sociedad Argentina de Horticultura.
Sociedad Argentina de Horticultura sedang bersama Elsa Amelia Ygich dan 29 yang lain.
Que descansen amigos de SAH...
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servici
WALAUPUN DUNIA TAHU IBU INI GARANG TAPI SEBENARNYA IBU ADALAH SEORANG IBU YANG PENYAYANG PADA SELURUH ANAK-ANAK DI SELURUH DUNIA....hehehe

Foto Project Happiness.
Project Happiness
"Do small things with great love." ~ Mother Theresa
Often it's the smallest things that take up the most room in our heart...a mother holds her child's hand for a moment and their heart for a lifetime. HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL!
Ya Allah bentangkan aku jalan ke Syurga-Mu Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

Foto Vintage Belle Broken China Jewelry.
Vintage Belle Broken China Jewelry
A river of flowers - amazing!
More inspiring photos here: http://vbelleblog.com/?s=river


INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU
Indah bagi yang mengerti bahasa hati
bahasa jiwa bahasa bangsa
bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
bahasa yang boleh menenangkan jiwa
tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
mendamaikan roh dan jasad
moga pertemuan antara dua hati ini
kekal abadi disatukan di alam realiti
berbicara empat mata satu hati
sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
indahnya pertemuan di kala itu
bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
saling mengerti saling memahami
bahasa hati bahasa jiwa
cuma yang mengerti betapa indahnya
bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
bahagia...
Karya Putri Rimba Niagara
14 Mei 2012

JALINAN PUISI CINTA BAWA KE SYURGA-NYA
Duhai sahabat yang kusayang dari dulu hingga kini...
Air matamu air mataku
Kita sama-sama ketawa dalam duka
Kita sama-sama berpuisi
Menyulam kata-kata indah
Ada kalanya kita terluka hati dek tersalah berbicara puisi
Kerna kita insan yang tak sempurna
Makanya maafkan aku
Sepanjang persahabatan kita
Buatkan mu terluka
Aku amat percaya
Luka didunia ini masih bisa dirawat kok
Dengan saling memaafkan
Justru salam damai sampai mati kita damai
Salam rindu yang telah lama terpendam
Salam sayang...
Sayang...sayang...sayang
Padamu...
Pada semua sahabat puisi tersayang
Biar di wall grup ini
Kita berkumpul semula
Berpuisi seperti
Di taman-taman Syurga
Berpuisi seolah esok akan mati
Mana tahu kita bisa senyum
Tika hari mati
Kerna masalah remeh-temeh dunia kita udah selesaikan
Sebelum mati
Dan Insya-Allah di akhirat nanti
Kita tidak akan ditanya
Segalanya sudah bersih hati tika di dunia
Kerna di Syurga diterima cuma amalan yang bersih
Kirim salam sayang aku pada semua sahabat
Puisi kita di sini yang pernah mengenaliku
Dan sahabat baikmu vra bella
Katakan aku minta maaf pada mereka semua
Kerna aku terdera rindu pada kawan-kawanku
Kawan-kawan puisiku
Mana tahu puisi kita yang lahir dari kalbu nan suci
Ini bisa dierima-Nya sebagai bekalan di Sana nanti
Dan sama-sama berpuisi di Di-Syurga-Nya juga
Alangkah bahagia...kekal abadi bersahabat
Berkat berkasih sayang atas nama jalinan
Puisi Cinta Bawa Ke Syurga-Nya
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Berkat kasih yang tulus ikhlas kerna-Nya
Kita bersama mematri kasih persahabatan
Hingga ke Syurga-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
SENYUMMU PENGUBAT DI KALA DUKAKU
Duhai teman...
Mahalnya nilai senyummu
Mahalnya seperti berjuta ringgit
Wow...macam itu mahalnya
Aku tak mampu membeli senyum mu
Kerana aku cuma ada daunan kasih
Sebagai pengganti wang ringgit
Sampai kapan pun aku tak bisa memiliki senyummu
Sedangkan aku ingin sangat kau senyum padaku
Mujurlah gambarmu yang tersenyum manja itu
Pengobat dukaku di kala aku rindu padamu
Itulah mahalnya senyummu
Senyumanmu ikhlas
Seikhlas hatimu
Mengukirkan senyuman
Senyummu mahal daripada jutaan ringgit
Kerana
Senyum itu satu sedekah
Karya Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
TANPA KITA SEDARI BUMI INI BERPUTAR SEDAR TAK SEDAR USIA KITA MENINGKAT SETIAP TAHUN SAMPAI SUATU SAATNYA PASTI AKAN MENINGGALKAN BUMI INI MAHU TIDAK MAHU BERSIAP ATAU TIDAK KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA.MOGA KITA MENINGGALKA DUNIA DI KALA ALLAH REDHA AKAN KITA DAN SEMUA MANUSIA YANG MENGENALI KITA REDHA ATAS KEMATIAN KITA. BARULAH TENANG ROH DI KALA ITU. AAMIIN
Foto Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan.

PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,

5 SYAWAL 1439H
19  JUN 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;