BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (340) SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2018
Norhayati Ahmad keDoa, Info, Video, Petua, Tips, Resepi, Hiburan, Madah Dan Banyak Lagi ☑️
*SAMBUTLAH KASIH SAYANG DARIPADA ALLAH S.W.T. SEPANJANG MASA SETIAP DETIK*
YE KAMI CINTA ALLAH TA'ALA..
YE KAMI CINTA ALLAH TA'ALA..
🌿❤🌿❤🌿❤🌿❤🌿❤🌿❤🌿❤
.
.
Nabsiah Madsah keDoa, Info, Video, Petua, Tips, Resepi, Hiburan, Madah Dan Banyak Lagi ☑️
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Salam Jumaat.
Salam Jumaat.
#19 Zulhijjah 1439H.
Ezam Nizam keDoa, Info, Video, Petua, Tips, Resepi, Hiburan, Madah Dan Banyak Lagi ☑️
Allahuakbar.... Daulat Tuanku..✌👍❤
Rohainah Hj Mat Noor
SEMOGA KEMERDEKAAN TERUS BERKIBARAN DALAM NAFAS KITA YANG KE 61
SAYANGI MALAYSIAKU!! ♥
Perjuangan Nenek Nenek Kita terdahulu
Sekarang semua anak Cucu Senang Lenang dah Boleh Main Tik Tok BerKeKe Challenge
Sekarang semua anak Cucu Senang Lenang dah Boleh Main Tik Tok BerKeKe Challenge
SaLam KeMerdekaan & AL FATIHAH
135,305 Paparan
Dr. Mahathir bin Mohamad
kemerdekaan yang kita mahukan dari semua rakyat Malaysia, iaitu merayakan dengan penuh bangga dan gembira. Kemerdekaan adalah sebuah nikmat yang penting bagi sesebuah negara.
Sayangi Malaysiaku!
Sayangi Malaysiaku!
Ezam Nizam keDoa, Info, Video, Petua, Tips, Resepi, Hiburan, Madah Dan Banyak Lagi ☑️
A amin.... InsYaallah
SALAM KEMERDEKAAN KE 61 MALAYSIA TERCINTA!
SEKALI MERDEKA! MERDEKA SELAMANYA! (BHG 1)
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada pencipta,
Tuhanku pencipta semesta alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
Tuhanku pencipta semesta alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun Tuanku beribu ampun,
Khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi Tuanku sampai bila-bilapun.
Khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi Tuanku sampai bila-bilapun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Semua rakyat sayangkan negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Malaysia Baharu bertuahnya negaraku.
Semua rakyat sayangkan negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
Malaysia Baharu bertuahnya negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat bersidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM dan ATM berjiwa patriotik,
Demi rakyat rela bersusah payah.
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM dan ATM berjiwa patriotik,
Demi rakyat rela bersusah payah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) Malaysia baharu idea Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Galakan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Sya’aban 1439H
12 Mei 2018
(Pantun diilhamkan sempena perlantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7).
24 Sya’aban 1439H
12 Mei 2018
(Pantun diilhamkan sempena perlantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7).
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA YANG KE-55 TAHUN)
31 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA YANG KE-55 TAHUN)
SYAIR ,'BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN.' DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEBANGSAAN 2018 MALAYSIAKU MERDEKA SUDAH 61 TAHUN MOGA TERUS KEKAL MERDEKA AAMIIN)
SYAIR MEMBINA MALAYSIA BAHARU
Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Kerajaan dan rakyat bekerjasama,
Agar Malaysia jadi ternama.
Malaysia digelar diberi nama;
Kerajaan dan rakyat bekerjasama,
Agar Malaysia jadi ternama.
Malaysia Baharu ilham Perdana Menteri,
Galakan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.
Galakan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.
Tun Mahathir mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baharu,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baharu,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Perdana Menteri bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Perdana Menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
Perdana Menteri pencetus revolusi,
Galakan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Galakan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Kementerian Pendidikan iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baharu,
Demi kerana Malaysia Baharu.
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baharu,
Demi kerana Malaysia Baharu.
Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.
Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi tenanglah jiwa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Ke mana pergi tenanglah jiwa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana negara tercinta,
Jasamu dikenang setiap masa.
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana negara tercinta,
Jasamu dikenang setiap masa.
PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Pemimpin dan rakyat sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Sekalipun terpaksa berkorban nyawa.
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Sekalipun terpaksa berkorban nyawa.
Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga Malaysia terus gemilang.
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga Malaysia terus gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Sya’aban 1439H
10 Mei 2018
(Syair disiarkan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 agar seluruh rakyat, ‘Sayangi Malaysiaku’ dan ucapan sekalung tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan buat kali pertama meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 disambut penuh gilang gemilang, rakyat rasa bersyukur atas kemenangan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7).
24 Sya’aban 1439H
10 Mei 2018
(Syair disiarkan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 agar seluruh rakyat, ‘Sayangi Malaysiaku’ dan ucapan sekalung tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan buat kali pertama meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 disambut penuh gilang gemilang, rakyat rasa bersyukur atas kemenangan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7).
SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
Saya warganegara Malaysia
yang mengamalkan Rukun Negara
sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
oleh semua rakyat Malaysia
setia kepada Raja
setia kepada Negara
termasuk Rukun Negara yang kedua.
yang mengamalkan Rukun Negara
sentiasa mendaulatkan Institusi diRaja
oleh semua rakyat Malaysia
setia kepada Raja
setia kepada Negara
termasuk Rukun Negara yang kedua.
Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India.
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India.
Walaupun berbeza agama, bahasa,
budaya dan warna kulit,
kami hidup aman damai, bersatu padu,
tolong menolong dan saling hormat menghormati
sentiasa sehati sejiwa tanpa sebarang sengketa.
budaya dan warna kulit,
kami hidup aman damai, bersatu padu,
tolong menolong dan saling hormat menghormati
sentiasa sehati sejiwa tanpa sebarang sengketa.
Perdana Menteri saya yang ke-7
namanya YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
namanya YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Saya menghargai Perdana Menteri ke-7
kerana dapat mencetuskan idea
100 Hari Membina Malaysia Baharu
di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.
kerana dapat mencetuskan idea
100 Hari Membina Malaysia Baharu
di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.
Saya yakin selepas 100 Hari semua manifesto
yang telah dijanjikan berjaya berkat kesepakatan di antara Raja, Pemimpin dan Rakyat.
yang telah dijanjikan berjaya berkat kesepakatan di antara Raja, Pemimpin dan Rakyat.
Malaysia Baharu yang telah lama diimpikan oleh
seluruh rakyat yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan menjadi kenyataan! Hidup sejahtera,
aman damai memburu cita-cita murni
agar dapat diwariskan Kemerdekaan Malaysia
kepada generasi akan datang!
seluruh rakyat yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan menjadi kenyataan! Hidup sejahtera,
aman damai memburu cita-cita murni
agar dapat diwariskan Kemerdekaan Malaysia
kepada generasi akan datang!
Pemimpin dan rakyat akan mempertahankan
Kemerdekaan Malaysia sehingga ke titisan darah
terakhir kerana kami,‘Sayangi Malaysiaku,’ selagi
hayat di kandung badan!
Kemerdekaan Malaysia sehingga ke titisan darah
terakhir kerana kami,‘Sayangi Malaysiaku,’ selagi
hayat di kandung badan!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Ramadan 1439H
1 Jun 2018
(Puisi diilhamkan istimewa untuk semua kanak-kanak Malaysia agar,‘Sayangi Malaysiaku,’sejak dari kecil lagi).
16 Ramadan 1439H
1 Jun 2018
(Puisi diilhamkan istimewa untuk semua kanak-kanak Malaysia agar,‘Sayangi Malaysiaku,’sejak dari kecil lagi).
SAYANGI MALAYSIAKU
Selamat menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61
di bawah pemerintahan Pakatan Harapan
kami seluruh rakyat Malaysia
menaruh harapan yang tinggi
agar kerajaan Pakatan Harapan
dapat membina Negara Bangsa
dengan jayanya!
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61
di bawah pemerintahan Pakatan Harapan
kami seluruh rakyat Malaysia
menaruh harapan yang tinggi
agar kerajaan Pakatan Harapan
dapat membina Negara Bangsa
dengan jayanya!
Rakyat berbilang kaum
sehati sejiwa
saling bekerjasama
dalam rasa muhibah
berkasih sayang!
sehati sejiwa
saling bekerjasama
dalam rasa muhibah
berkasih sayang!
Apabila negara ditimpa kesusahan
rakyat yang senang bantu
rakyat susah negara bantu
saling bantu membantu
pemimpin dan rakyat berpisah tiada
semuanya saling berkorban
kerana kita semua, ‘Sayangi Malaysiaku’.
rakyat yang senang bantu
rakyat susah negara bantu
saling bantu membantu
pemimpin dan rakyat berpisah tiada
semuanya saling berkorban
kerana kita semua, ‘Sayangi Malaysiaku’.
Karya Ratu Rimba Niagara
10 Mei 2018
(Puisi diilhamkan sempena perlantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7, semua Menteri Kabinet Pakatan Harapan dan seluruh rakyat yang, ‘Sayangi Malaysiaku’).
10 Mei 2018
(Puisi diilhamkan sempena perlantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7, semua Menteri Kabinet Pakatan Harapan dan seluruh rakyat yang, ‘Sayangi Malaysiaku’).
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN TUN MAHATHIR KE-93
Mukhriz Mahathir FC
Sampaikan mesej Ulang Tahun Kelahiran YAB Tun Dr Mahathir menerusi akaun media sosial anda.
Jangan lupa hashtag #TunM93
Jangan lupa hashtag #TunM93
"Selamat Hari Jadi Tun Mahathir ke-93, moga Tun cekal dan tabah serta diberi kekuatan dalam memimpin negara ke arah Malaysia Baharu . Tun adalah Hero Rakyat Malaysia! Malaysia Boleh! Rakyat pun boleh!"
Terima kasih Tun M kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya, kami sayang Tun hingga Syurga Aamiin. Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-93 moga SASTERA RAKYAT dapat dimartabatkan di bawah pemerintahan kerajaan PAKATAN HARAPAN, harapan seorang rakyat kepada PM ke-7.
Selamat Hari Lahir Ke-93 buat Tun M Perdana Menteri Malaysia ke-7, senyummu lambang Malaysia Boleh! Rakyat Boleh!
Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Mukhriz Mahathir FC
Mukhriz Mahathir FC
Selamat Ulangtahun kelahiran Ayahanda Tun Mahathir yang ke 93 tahun. Semoga Ayahanda terus cekal dan sihat memimpin Malaysia kearah menjadi negara maju dan berjaya. - admin
#TunM93
Pejuang Harapan
#TunM93
Pejuang Harapan
🎂HAPPY BIRTHDAY TUN M 🎂
Srikandi PPBM Malaysia
WAJAH Negarawan yang Keutamaannya adalah Rakyat...The One of A Kind…
Sesungguhnya kami bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaanMu kepada kami rakyat Malaysia dan Ahli PPBM , seorang Pemimpin yang seikhlas beliau dalam perjuangan.
Sesungguhnya kami bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaanMu kepada kami rakyat Malaysia dan Ahli PPBM , seorang Pemimpin yang seikhlas beliau dalam perjuangan.
Selamat Hari Ulang Tahun ke-93 buat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Srikandi menyanjungimu dan mendoakan kesejahteraanmu.
Ratu Rimba Niagara Selamat Hari Lahir ke-93 buat Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Senyummu lambang Malaysia Boleh! Rakyat boleh berjaya! Insya-Allah Aamiin.
Senyummu lambang Malaysia Boleh! Rakyat boleh berjaya! Insya-Allah Aamiin.
"Tanpa kita sedari bumi ini berputar, sedar tak sedar
usia kita meningkat setiap tahun, sampai suatu masa pasti kita akan meninggalkan bumi ini, mahu tidak mahu bersiap atau tidak kematian pasti menjemput kita. Moga kita meninggalkan dunia ini di kala Allah redha akan kita dan semua manusia yang mengenali kita redha atas kematian kita juga, barulah tenang roh kita di kala itu. Insya-Allah Aamiin."
usia kita meningkat setiap tahun, sampai suatu masa pasti kita akan meninggalkan bumi ini, mahu tidak mahu bersiap atau tidak kematian pasti menjemput kita. Moga kita meninggalkan dunia ini di kala Allah redha akan kita dan semua manusia yang mengenali kita redha atas kematian kita juga, barulah tenang roh kita di kala itu. Insya-Allah Aamiin."
SAJAK UNTUK TUN MAHATHIR
Tun Mahathir
apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara.
apa yang terbuku di hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia faham
betapa kau rela korbankan dirimu
demi kerana sayangkan rakyat dan negara.
Tun Mahathir
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu hanya tinggal sisa-sisa
kau terus kuat
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu.
walaupun usiamu melewati senja
kau tetap bersemangat seperti seorang wira
walaupun kudratmu hanya tinggal sisa-sisa
kau terus kuat
sedangkan jiwamu terseksa
luka yang terlalu dalam
kau bebat lukamu sendiri
agar sentiasa kuat demi rakyat
yang kau kasihi sepenuh jiwa ragamu.
Tun Mahathir
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat
bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada
semua kawan seperjuangan
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami!
kau ketepikan segala kepentingan sendiri
sedangkan kau boleh saja beristirahat
bersama isteri tercinta
yang lebih menyayat hati
kau mengaku kesilapanmu
memohon maaf kepada
semua kawan seperjuangan
dan seluruh rakyat Malaysia
air matamu tertumpah di hati kami!
Tun Mahathir
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama cita-citamu
untuk menebus segala kekhilafan
yang dilakukan pemimpin terkini
inilah masanya kita hidupkan
gelombang rakyat dengan memberi
kemenangan kepada Pakatan Harapan!
kerana kerendahan hatimu
kami seluruh rakyat Malaysia
bangkit bersama cita-citamu
untuk menebus segala kekhilafan
yang dilakukan pemimpin terkini
inilah masanya kita hidupkan
gelombang rakyat dengan memberi
kemenangan kepada Pakatan Harapan!
Tun Mahathir
senyumlah
gerhana di hatimu
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyumanmu dan senyuman seluruh rakyat Malaysia
terpatri sampai Syurga
insya-Allah Aamiin.
senyumlah
gerhana di hatimu
kami balas dengan pelangi indah
seindah pelangi di malam hari
senyumanmu dan senyuman seluruh rakyat Malaysia
terpatri sampai Syurga
insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Sya’aban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun Mahathir yang dikasihi dunia akhirat, terima kasih kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya. Kami amat terharu hingga saat ini. Tun Mahathir rela menjadi lilin seumur hidup demi rakyat dan Malaysia tercinta. Moga Allah SWT membalas Syurga Firdaus untukmu. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin).
18 Sya’aban 1439H
4 Mei 2018
(Sajak dikarangkan istimewa untuk Tun Mahathir yang dikasihi dunia akhirat, terima kasih kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami buat kali keduanya. Kami amat terharu hingga saat ini. Tun Mahathir rela menjadi lilin seumur hidup demi rakyat dan Malaysia tercinta. Moga Allah SWT membalas Syurga Firdaus untukmu. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin).
TERIMA KASIH TUN MAHATHIR
Aku menyanjungimu
di sebilang masa
di setiap ketika
kau tetap di hatiku!
di sebilang masa
di setiap ketika
kau tetap di hatiku!
Jasamu bak gunung
tak dapat dibalas
walaupun dengan kata-kata
kau idolaku
kau sumber inspirasiku!
tak dapat dibalas
walaupun dengan kata-kata
kau idolaku
kau sumber inspirasiku!
Perjuanganmu tepat dan jelas
walau apapun jua rintangan
yang datang …
Kau harungi penuh tabah!
walau apapun jua rintangan
yang datang …
Kau harungi penuh tabah!
Kau menabur budi
bukan untuk dibalas
cukuplah sekadar ucapan,
‘‘Terima Kasih!”
bukan untuk dibalas
cukuplah sekadar ucapan,
‘‘Terima Kasih!”
Kau menyemarakkan semangat
patriotik di jiwa rakyat!
Kau kata, “Rakyat Boleh!”
Rakyat jawab, “Malaysia Boleh!”
patriotik di jiwa rakyat!
Kau kata, “Rakyat Boleh!”
Rakyat jawab, “Malaysia Boleh!”
Biar apapun jua tohmahan dan kritikan
yang dilemparkan
kau tetap berdiri teguh
dengan keyakinan
berpijak di bumi nyata!
yang dilemparkan
kau tetap berdiri teguh
dengan keyakinan
berpijak di bumi nyata!
Pembangunan! Kemajuan!
Pesat membangun!
Rakyat kagum!
Kepimpinanmu terbukti hebat!
Pesat membangun!
Rakyat kagum!
Kepimpinanmu terbukti hebat!
Keakrabanmu sesama pemimpin erat
dengan rakyat ada keeratan yang
lebih kukuh lagi
hinggakan rakyat
tidak dapat melupakanmu!
dengan rakyat ada keeratan yang
lebih kukuh lagi
hinggakan rakyat
tidak dapat melupakanmu!
Kau terus menabur bakti tanpa
mengira bangsa dan keturunan!
mengira bangsa dan keturunan!
Kau pencetus semangat
perpaduan kaum!
perpaduan kaum!
Laungan suaramu
bergema di seluruh pelosok dunia!
Kau Wira Bangsa yang dikagumi
lagi dihormati!
bergema di seluruh pelosok dunia!
Kau Wira Bangsa yang dikagumi
lagi dihormati!
Setiap butiran kata-katamu
menjadi perhatian setiap
yang mendengar
rakyat kagum
dunia terkesima!
menjadi perhatian setiap
yang mendengar
rakyat kagum
dunia terkesima!
“Tahniah Malaysia!” kata-kata
yang terlafaz dari mulut mereka.
yang terlafaz dari mulut mereka.
Kau pencetus keamanan
banyak negara miskin akibat perang
kaulah pembelanya!
Laungan suara kedamaian bergema
di seluruh pelosok dunia!
banyak negara miskin akibat perang
kaulah pembelanya!
Laungan suara kedamaian bergema
di seluruh pelosok dunia!
Bangganya kami
punyai pemimpin sepertimu
perjuanganmu suci dan luhur!
punyai pemimpin sepertimu
perjuanganmu suci dan luhur!
Semoga kau sentiasa dilimpahi
rahmatNya dunia akhirat
atas segala kebaikan yang
telah kau curahkan
pada Malaysia dan Dunia!
rahmatNya dunia akhirat
atas segala kebaikan yang
telah kau curahkan
pada Malaysia dan Dunia!
Budimu sentiasa dalam lipatan hatiku!
Bahkan seluruh rakyat menyanjungimu
jua warga dunia!
Bahkan seluruh rakyat menyanjungimu
jua warga dunia!
Malaysia boleh!
Aku sentiasa benarkan
Hanya itu aku harapkan
Aku terus
Tabah
Hadapinya
Insya-Allah
Rakyat sentiasa di hatiku!
Aku sentiasa benarkan
Hanya itu aku harapkan
Aku terus
Tabah
Hadapinya
Insya-Allah
Rakyat sentiasa di hatiku!
Terima kasih Tun Mahathir
kau rela menjadi lilin demi kami
akan dikenang sepanjang hayat!
Moga kasihmu kasih rakyat jelata
terpatri sampai Syurga
insya-Allah Aamiin.
kau rela menjadi lilin demi kami
akan dikenang sepanjang hayat!
Moga kasihmu kasih rakyat jelata
terpatri sampai Syurga
insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
24 Sya’aban 1439H
10 Mei 2018
(Sajak diilhamkan istimewa untuk Tun Mahathir dan seluruh Rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan, setiap rakyat sentiasa ada harapan untuk direalitikan impian kerana Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan Barisan Menteri Kabinetnya sedia menabur bakti dan khidmat kepada seluruh rakyat Malaysia).
24 Sya’aban 1439H
10 Mei 2018
(Sajak diilhamkan istimewa untuk Tun Mahathir dan seluruh Rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan, setiap rakyat sentiasa ada harapan untuk direalitikan impian kerana Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan Barisan Menteri Kabinetnya sedia menabur bakti dan khidmat kepada seluruh rakyat Malaysia).
(BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-61 MALAYSIA TERCINTA. DISIARKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE- 61 ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA BERSAMA KITA MENCINTAI MALAYSIA AGAR TERUS KEKAL MERDEKA UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU TERCINTA)
'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH DUNIA '
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
31 Ogos 2018
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
31 Ogos 2018
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA,
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
31 OGOS 2018
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
31 OGOS 2018
0 comments:
Post a Comment