Wednesday, 18 September 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (464) BELIA HARAPAN NEGARA



PERJUANGANKU PERJUANGANMU (464) BELIA HARAPAN NEGARA



Lepas pertemuan ini, belia Malaysia akan bangkit bukan melawan tapi mahukan pembelaan yang sewajarnya!
PANTUN PEKERJA PENENTU MASA DEPAN NEGARA


PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA


Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.

Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.

Program diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.

Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.

Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.

Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.

Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.

Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.

Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.

Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.

Belia produktif negara cemerlang,
Usaha dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.

Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.

Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.

Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.

Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.

PUISI BELIA HARAPAN NEGARA

Beliaku
Negara perlukanmu
Justeru… Bangunlah dari lenamu
Sedarlah dari lekamu
Sedarlah dari lalaimu
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri
Jangan ada rasa kecewa
Berubahlah demi
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti

Aku percaya kau boleh berjaya
Jika semangat kentalmu datang
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi Ahli Belia Malaysia
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

Karya Ratu Rimba Niagara
15 Mei 2010
(Sempena Hari Belia Negara )

Yantzen Peace, Kumis Beracun, Datuk Mohd Jeffry Rosman
and 11 others like this.

Alex Dennis on paper jee.
adakah ia tersirat di Daerah Tawau.


Ratu Rimba Niagara Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau
cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat,
terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau.

Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk
Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab?


Ratu Rimba Niagara Kalau gitu saya cadangkan elok sangatllah pihak
kementerian bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan Saudara
Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah
apa yang tersirat pada pantun di atas.
Apa pendapatmu duhai sahabatku yang baru kukenali?


Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam sahabat seperjuanganku, saya rasa pantun di atas adalah
terbaik sepanjang yang aku pernah baca..inilah satu pantun belia yang harus diikuti,
'Satu Pedoman Sejuta Kebaikan'.

Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam Warahmatullahhiwabarakatuh,
terharu saya mendengar komen daripada datuk...mengenai pantun belia yang dikarangkan.
Ketika saya mengarang pantun tersebut...perasaan saya yang selama ini
terlalu sayangkan generasi selepas merdeka tidak dapat dibendung lagi,
lebih-lebih lagi semua belia  Malaysia.  Alangkah bahagianya setiap naluri
belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka
semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai.
Jika mereka tidak diberi sokongan, galakkan dan perhatian sepenuhnya oleh
pihak kerajaan mahupun pemimpin...aduhai kesihan mereka...kasihan negara...
jika belia aktif dan berfikiran positif maka walau apa juga keadaan
sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan mereka
sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka pemikiran mereka telah terpasak
ilmu yang terasuh untuk mencintai negara!

"HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...
KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI!

'SALAM KEMERDEKAAN KE-62 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! "


-52:57
57,066 Paparan
Majlis Belia Malaysia
KONGRES BELIA 2019
"Diskusi Pemimpin Muda"
.
Moderator: Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia. Turut Bersama dalam diskusi tersebut Prof. Madya Dr. Haslinda Binti Abdullah, Timbalan Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM.
Tonton bersama dengan rakan atau dengan kumpulan
Komen
  • PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA

    Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,

    Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
    Maju negara kerana belia positif,
    Belia cemerlang itulah yang dihajati.

    Hari belia disambut penuh gemilang,
    Belia gembira pergi ke sana;
    Pergi ke sana merebut peluang,
    Masa depan tercerna negara terbina.

    Program diatur mengikut citarasa belia.
    Asalkan belia jadi cemerlang;
    Program diatur dikawal selia,
    Agar belia terus gemilang.

    Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
    Untuk memperingati belia berjasa;
    Sayangkan belia sayangkan negara,
    Pemimpin hargai setiap belia.

    Hari ini belia diraikan,
    Dalam suasana penuh ceria;
    Jasamu belia tidak dilupakan,
    Kerana dirimu harapan negara.

    Pelbagai program di hari belia,
    Hingga belia rasa teruja;
    Tiada belia rasa kecewa,
    Kerana minat belia semuanya ada.

    Wajah belia berseri-seri,
    Belia negara raikan hari belia;
    Usaha belia tetap dihargai,
    Kerana dirimu harapan negara.

    Di hari belia mendapat ilham,
    Mendapat ilham menjadi ahli belia;
    Di usia muda melabur saham,
    Agar tak rugi di hari tua.

    Bila menjadi ahli belia,
    Hidup berubah merebut peluang;
    Belia kreatif majulah negara,
    Belia cemerlang negara terbilang.

    Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
    Ingin membangunkan belia Malaysia;
    Program dianjurkan dengan jaya,
    Cemerlang belia untuk negara.

    Belia produktif negara cemerlang,
    Usaha dibina atas keringat;
    Jasamu menteri takkan hilang,
    Ke mana kau pergi terus diingat.

    Bertuahnya hidup belia Malaysia,
    Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
    Rebutlah peluang selagi ada,
    Pastinya dikau menempa kejayaan.

    Negara lahirkan ahli sukan,
    Ramai sudah menjadi ternama;
    Di mata dunia mengharumkan nama negara,
    Pingat dirangkul negara berbangga.

    Belia bersukan belia cergas,
    Segala aktiviti berjalan lancar;
    Belia lemah patut bertegas,
    Wajah berseri terus terpancar.

    Belia digalak aktif bersukan,
    Badan sihat minda cergas;
    Mahu berjaya tiada alasan,
    Tetapkan matlamat biar jelas.

    Belia aktif kerana mendapat sokongan,
    Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
    Belia lemah terus ada kemajuan,
    Diberi galakan juga bantuan.

    Belia dan kerajaan saling memerlukan,
    Kerana belia tiang negara;
    Belia berkualiti lagi berwawasan,
    Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

    Tanpamu menteri siapalah belia,
    Harapan belia terpikul di bahumu;
    Jasamu menteri tidak dilupa,
    Akan dihargai bila bertemu.

    Belia kreatif penentu pembangunan negara,
    Negara terus gilang gemilang;
    Majulah belia majulah negara,
    Tercipta sudah belia cemerlang.

    Sukanya hati belia berjaya,
    Keluarga tersayang turut gembira;
    Semuanya gembira tidak terkira,
    Kerana belia harapan negara.

    PUISI BELIA HARAPAN NEGARA

    Beliaku
    Negara perlukanmu
    Justeru… Bangunlah dari lenamu
    Sedarlah dari lekamu
    Sedarlah dari lalaimu
    Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

    Jangan ada rasa rendah diri
    Jangan ada rasa kecewa
    Berubahlah demi
    Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti

    Aku percaya kau boleh berjaya
    Jika semangat kentalmu datang
    Aku menantimu di sini…
    Bersama azammu untuk berjaya
    Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi Ahli Belia Malaysia
    Segalanya akan berubah! Percayalah!
    Kerana kau adalah harapan negara!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mei 2010
    (Sempena Hari Belia Negara )

    Yantzen Peace, Kumis Beracun, Datuk Mohd Jeffry Rosman
    and 11 others like this.

    Alex Dennis on paper jee.
    adakah ia tersirat di Daerah Tawau.

    Ratu Rimba Niagara Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau
    cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat,
    terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau.

    Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk
    Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab?

    Ratu Rimba Niagara Kalau gitu saya cadangkan elok sangatllah pihak kementerian bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan Saudara Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah
    apa yang tersirat pada pantun di atas.
    Apa pendapatmu duhai sahabatku yang baru kukenali?

    Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam sahabat seperjuanganku, saya rasa pantun di atas adalah terbaik sepanjang yang aku pernah baca..inilah satu pantun belia yang harus diikuti,
    'Satu Pedoman Sejuta Kebaikan'.

    Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam Warahmatullahhiwabarakatuh,
    terharu saya mendengar komen daripada datuk...mengenai pantun belia yang dikarangkan.
    Ketika saya mengarang pantun tersebut...perasaan saya yang selama ini terlalu sayangkan generasi selepas merdeka tidak dapat dibendung lagi, lebih-lebih lagi semua belia Malaysia. Alangkah bahagianya setiap naluri belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai. Jika mereka tidak diberi sokongan, galakkan dan perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun pemimpin...aduhai kesihan mereka...kasihan negara...jika belia aktif dan berfikiran positif maka walau apa juga keadaan sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan mereka sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka pemikiran mereka telah terpasak
    ilmu yang terasuh untuk mencintai negara!

    "HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI!"

    'SALAM KEMERDEKAAN KE-62 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! "


PANTUN PEKERJA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,

Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.

Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.

Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat datang jangan cepat baran,
Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.

Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.

Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejam nya majikan tak ada perasaan.

Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.

Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.

Hati merintih ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi kelurga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.

Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.

Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.

Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.

Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.

Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.

Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.

Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.

Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi transformasi Negara

Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2011
(Bersempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja)

ALLAH SENTIASA KURNIAKAN AKU ILHAM TANPA HAD SEHINGGA AKU MALU JIKA AKU TIDAK MENULIS APA YANG DIILHAMKAN ATAS TIDAK KEMAMPUANKU UNTUK MENULIS SEMUA ILHAM YANG DIKURNIAKAN KEPADAKU , SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PEMURAH KEPADA SEMUA HAMBA-NYA CUMA HAMBA-NYA TAK MENSYUKURI NIKMAT KURNIAAN-NYA
Bahagia mendapat kawan yang suka membantu sebab bantu membantu amalan mulia.

YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
1 Zulhijjah 1437H
3 September 2016
Ya Allah kuburku sempit
Engkau luaskanlah sebagaimana Engkau luaskan karyaku seluas-luasnya
Ya Allah kuburku gelap gelita
Engkau indahkanlah sebagaimana Engkau izinkan aku berkarya yang indah-indah seindah Syurga
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menepati Janji
Engkau luaskanlah kuburku seluas-luasnya jadikanlah kuburku Taman-Taman Syurga tempat istirahatku yang bahagia abadi sehingga hari KEBANGKITAN. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 September  2019
19 Muharram 1441H

0 comments:

Post a Comment

 
;