Thursday, 7 November 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (59) PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI


PERJUANGANKU PERJUANGANMU (59) PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI

Persahabatan kita seindah pelangi di malam hari. Syukur Alhamdulillah.
Imah Kalatea ke Himpunan Doa,Madah,Info (HDMI)☑️
Cantiknya. Berapa ramai tengah online jom ucap Subhanallah.
SUBHANALLAH AKU SYUKUR
"Bukan mudah untuk memanusiakan manusia kerana ada waktu ketikanya manusia itu sendiri berperagai seperti haiwan dan ada kalanya haiwan yang tidak mempunyai akal ada perikemanusiaan!
Akan kucuba menjadikan diriku manusia sebelum aku memanusiakan orang lain melalui karyaku tapi tanpa hidayah Allah siapalah aku ini..."
ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!
Terima sahabat.
Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
Sungguh indah! Tak jemu memandang...
Indahnya panorama di kala itu
Aman...
Damai...
Tenteram...
Subhanallah aku syukur!
Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini
Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
Maafkan aku kalian
Allah ampunkan aku
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa kalian tega membunuh anganku?
Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
Bilang sama aku...
Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
Bila mereka membacanya tertusuk
di kalbu dan di jiwa
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa Kejora tidak mahu berkongsi sinarnya padaku. Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika dikongsikan? Aduh! Maafkan aku kerana berperasangka lagi.
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa purnama tidak mahu senyum padaku
mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
tak sangka aku...
tahukah kalian...
sudah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak terihsan pada karyaku malah dipandang jelek ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba
Nangis aku kalian...
Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
bertambah parah
hatiku sengaja kau biarkan luka
tanpa sedikitpun ehsan
sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
tidak puas lagi dengan itu
kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
apa tah lagi melukakan kalbu kalian!
Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman
Kalian tidak begitu...
Kalian selalu menghargai karyaku
Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
Hingga aku nangis dalam kesyukuran
Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian
Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
Moga ikatan ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
18 September 2011
KARYAKU DUNIAKU! SASTERAKU DUNIAKU!
Duhai hati kenapa kau setega itu?
Kau tak rasa bersalah ke pada
semua teman-teman di alam mayamu?
Adakah kau taksub dengan dunia kau?
Hingga kau setega itu melepaskan mereka
daripada menjadi teman alam mayamu...
Duhai yang memiliki hatiku...
Saat kau tanya soalan ini
aku bagaikan disiat-siat dihiris sembilu pilu...
Jiwaku meruntun merasa aku bersalah
hingga saat ini aku terluka dan retak seribu
tapi terlebih dahulu aku sudah meminta maaf
kepada mereka semua kenapa aku harus mengundurkan
diri daripada mereka, Moga mereka semua maafkan aku dan Allah ampunkan aku
Matlamat aku mahu berkawan dengan mereka kerana mahu:
Bertukar-tukar pendapat dan idea
Berkongsi pengalaman mereka
Berkomunikasi di alam maya dalam erti kata positif,
mesra dan harmonis bertukar ilmu yang mereka ada tapi
bukan tujuan untuk berbangga diri dan merendah-rendahkan sesiapa saling ingat mengingati nasihat menasihati dalam suasana bijaksana dan mengundang Nur Hidayah Kasih dariNya
Pabila kusiarkan karya-karyaku pada mereka...
Cuma seorang dua saja yang memberi sokongan habis-habisan Yang lain senyap...
Biarpun mereka sendiri orang sastera sama macam aku minat sastera tapi tidak sebagaimana yang kuharapkan untuk menyokong minat sasteraku ini
Habis engkau mahu mereka memuji karyamu hebat sangat! Begitu yang kau mahu?
Tidak terlintas pun aku mahu mereka memuji karya aku begitu...kerana aku sedar siapa aku...yang tidak sehebat sasterawan yang hebat-hebat aku cumalah peminat sastera picisan di jalanan yang tidak dipandang sebelah mata oleh sesiapa dan aku pun bukan hendak dipandang sesiapa yang aku mahu Allah Taala yang pandang kerja-kerja penulisanku...
Aku menulis kerana:
Kasih sayang pada Allah dan sekelian manusia ciptaan
Allah Taala Tuhanku. Tiada niat langsung untuk membangga diri atau hendak mempopularkan diri
Kau tahu puluhan tahu aku menyepi diri kerana aku
tidak suka orang mengenali siapa aku tapi untuk pengetahuan engkau bukan semudah ini aku memunculkan diriku di alam maya
Kau cakap tak serupa bikinlah...
Bukan saja kau menyiarkan ribuan karya-karya mu dan bergaya bagaikan permaisuri apa matlamatmu? Itu yang kau katakan bukan membangga diri?
Aku siarkan karya-karyaku kerana Allah beri aku ilham tak
akan lah aku nak lepaskan beitu saja rugilah aku kerana
setahu aku setiap yang baik itu datangNya dari Allah
moga karyaku ada nilaian di Sisi Allah
Habis tu yang kau bergaya bagaikan permaisuri tu kenapa? Kau berangan nak jadi permaisuri ke? Cerminlah sikit diri kau tu...jangan nak berangan yang tak akan jadi nyata...Hahaha ada hati konon
Mashaa Allah aku tak terfikirpun ke situ...
ada aku kata aku nak jadi permaisuri?
Yang aku kata nak jadi Permaisuri Rimba Niagara.
Adakah kau faham apa maksud Rimba Niagara?
Rimba itu maksudnya hutan...maknanya Permaisuri Hutan.
Adakah manusia yang tinggal di hutan?
Tak ada yang ada di hutan haiwan...
Ha...tahu pun engkau...takkanlah aku nak jadi permaisuri hutan kau kata aku hendak berbangga diri?
Ye tak ye juga ye...tapi takkan lah kau bercita-cita hendak
menjadi permaisuri hutan ye?
Engkau ni pun satu...lurus tiang sangat...ini semua untuk
menghidupkan watak dalam karyaku Putera Sang Kuriang...
Sampai begitu sekali?
Kalau aku tidak hargai karya aku siapa lagi! Kerana
Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Dan untuk pengetahuan engkau aku sentiasa sedar siapa
aku ini...
Sekarang baru aku faham ...kenapa dan kenapa...
Apa yang kau faham tentang kenapa? Boleh aku tahu...
Kenapa kau lepaskan rakan fbmu....
Kenapa kau bergaya bagaikan permaisuri ...
Kerana Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Karya Ratu Rimba Niagara
19 Oktober 2011
JALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA DARIPADA PERMATA!
Dengan titisan air mata aku merayu pada Tuhanku,
Ya Allah Kau bukakan pintu hati semua sahabat alam maya ku memaafkan aku...Aku hambaMu yang tak sempurna Ya Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan. Walau apapun alasan aku yang tetap berada di pihak yang salah mengundurkan diri daripada sebuah persahabatan yang suci dan murni.
Mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak menurut kemahuanku dalam menjalinkan sebuah persahabatan di alam maya.
Bagiku biarlah aku tidak punyai ramai teman facebook asalkan masing-masing dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dan saling bertukar idea , ilmu , pandangan dan apa jua yang difikirkan baik untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.
Aku tak mahu fbku sepi dan masing-masing ada agenda yang tersendiri dan berfb sekadar apa adanya.
Bagiku setiap teman fbku amat berharga dan bernilai bagaikan permata. Kehadirannya adalah Kurniaan dariNya padaku. Setiap apa yang dilontarkan amat aku hargai lebih daripada permata.
Tapi aku tidak boleh menerima hakikat apabila kehadiran lontaran buah fikiranku disepikan mereka. Seakan aku tiada wujud di halaman fbnya dan aku. Aku tak suka begitu. Apakah itu namanya sahabat?
Apa matlamat dijalinkan persahabatan jika tiada rasa kewujudan di antara kita. Dan apalah ertinya sahabat semata-mata untuk saling menyakiti hati dalam diam lalu terluka. Dan apalah ertinya sahabat jika hanya bijak berkata tapi membisu seribu bahasa.Dan apalah ertinya sahabat jika sekadar wujudnya tapi bisu berkominikasi di alam maya.
Kalau di alam realiti bersahabat dengan orang bisu akan ada bahasa isyarat bagi memahami apa yang dilontarkan tapi bagaimana pula bahasa isyarat jika rakan alam maya bisu... apakah bahasa isyarat yang harus kulontarkan pada mereka yang paling sopan tanpa menyakiti hati dalam persahabatan alam maya.
Apapun alasan aku aku tetap bersalah Ya Allah...
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Kau Maha Penyayang...
Di pagi Jumaat yang mulia ini Kau bukakan hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku kerana kesilapanku mengguriskan hati mereka tanpa pintaku untuk terjadinya perpisahan. Aku tak mahu imanku tidak sempurna Ya Allah, aku mengaku kesilapanku...justeru Kau bukakan hati mereka untuk memaafkan aku.
Dengan RahmatMu Yang Tanpa Batas ....mereka memaafkan aku ... akan kuterima persahabatan kembali dengan harapan membina persahabatan ikhlas hanyalah semata keranaMu dan ingin mendapat redhaMu.
Amiiin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
21 Oktober 2011
SYUKUR TAK TERUCAP ROHMU DI KALA INI
Pergimu mengadap Illahi
Perjuanganmu di dunia tamat kini
Perjuangan di akhirat kini dilalui Moga bekalan akhirat mencukupi
Ilmu yang ditinggalkan
Bagaikan Bunga-Bunga Syurga
Mekar mewangi di laman hati
Tumbuh subur di perdu kalbu
Lebat buahnya merimbun
Mencecah bumi
Lalu dipetik
Dimakan
Disemai
Dibajai
Dengan cinta suci
Meng- Esa- kan Allah seabadi takwa
Itulah matlamat perjuanganmu tika di dunia dulu
Kini menjadi bekalan untuk dituai di alam akhirat
Syukur tak terucap rohmu di kala ini!
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Julai 2011
Inlara Firdausi Firdausi ke Himpunan Doa,Madah,Info (HDMI)☑️
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Wbt.
Subhanallah! Alhamdulillah! Laillahailallah! Allahuakbar!
Salam semanis kurma.
Senyum itu sedekah.
Mati itu pasti
Bila dan bagaimana itu rahsia Allah SWT.


2 tahun yang lepas
2 tahun yang lepas
Khalifah Media Networks
Hasil tenunan kreatif seekor burung makhluk Allah. Berapa ramai dah online jom ucap Subhanallah.
.
LIKE n SHARE : Khalifah Media Networks


2 tahun yang lepas


2 tahun yang lepas
2 tahun yang lepas
Mario Teguh
Yang lebih sabar hari ini ya?
Love you! 💟💖💝
2 tahun yang lepas
2 tahun yang lepas
Scienze Fanpage
Cosa succede quando due galassie si incontrano?
Il nodo cosmico visto qui dal telescopio spaziale Hubble



4 tahun yang lepas
Ya Allah takdirMu adalah yang terindah
kerana setiap ujian yang kulalui dengan sabar
itulah takdir yang terindah untukku dunia akhirat
aku yakin ketentuan takdirMu tidak pernah sesekali mengecewakanku...
Iwan Dhani Ardika . sedang bersama Ayu Nadia Asl dan 28 yang lain.

Mudahkan lah Rezeki anak ini,berilah dan cukupkan lah makanan,pakaian,tempat tinggal kepada nya..
.
Sesungguhnya ENGKAU lah Maha Pemberi Rezeki,Aamiin..
.
Klik " Bagikan " ya sobat,agar semakin banyak yang mendo'akan anak ini..!!
4 tahun yang lepas
Ya Allah takdirMu adalah yang terindah
kerana setiap ujian yang kulalui dengan sabar
itulah takdir yang terindah untukku dunia akhirat
aku yakin ketentuan takdirMu tidak pernah sesekali mengecewakanku...
Su Stti ke 🌼🌷Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah🍁🌴
assalamualaikum..
slmt ptg sahabt2 yg drahmati ALLAH..
Moga beroleh sejahtera yg brpanjangn..AAMIIN..
4 tahun yang lepas
Tidurlah bayi Syurga ...kalian aman kini....
Cinta Syria Malaysia - CSM
Dua adik beradik ini terbunuh berikutan serangan udara yang berterusan ke atas pekan Douma di Damsyik.
Mohammad Abd Annasir Taha (9 Tahun)
Raghad Abd annasir Taha (2 tahun)
-Ustaz Mohib Khouli-


4 tahun yang lepas
Ya Allah aku tak punya harta untuk membahagiakan mereka yang derita tapi aku punya karya yang banyak untuk membahagiakan mereka yang derita ...
terimalah pengorbananku ini dengan balasan cinta-Mu di dunia jua di akhirat Aamiin.


www


BINGKISAN PUISI PANTUN CINTA TERBAIK UNTUK RAKAN-RAKAN
FB/GRUP TERSAYANG SEPENUH JIWA MOGA PERSABATAN KITA TERPATRI
HINGGA KE SYURGA AAMIIN. BHAGIAN (1)
PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.
Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.
Duhai sahabatku yang dikasihi,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.
Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.
Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.
Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.
Sahabatku kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.
Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu duhai sahabat fbku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.
Anisa kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.
Anakku Syazana yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.
Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.
Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.
Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.
Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.
Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.
Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.
Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.
Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.
Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.
Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.
Karya: Ratu Rimba Niagara
8 November 2012
PUISI HAMBA MENCINTAI ALLAH ANTARA DUA BENUA
YA RABB!
Ya Rabb!
Engkau kecintaan itu,
Engkau sumber yang manis itu…
Wahai Penolongku!
Wahai cahaya Nurku!
Wahai pelita diriku dalam kegelapan malam!
Wahai penghapus keraguaanku!
Wahai pelenyap kesulitanku!
Wahai yang membalikkan buruk sangkaku!
Engkau Ya Rabb…Engkau Al-Haq..
Engkau benteng itu…Engkau penolongku…
Dengan kesadaranku yang tipis,
dengan nafas-nafas diri dan hatiku,
Di malam yang senyap kuinginkan keredhaanMu.
Karya: Abu Suffian
TUHAN
Tuhan…
Hidup mencintaiMu itu matlamatku.
Aku takut kehilangan cintaMu
Dengan sifatMu yang Maha Penyayang
Balaslah cintaku… biarpun secebis Nur HidayahMu
kan kusyukuri sepenuh alam ini.
Tiada yang lebih bermakna seisi alam ini
kalau hidup tanpa cintaMu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
TIDAK KUGENTAR SELAIN MU YA ALLAH
Daku tidak gentar dari orang selain
Allah pelindungku, sirku dan diriku
bagaikan cahaya sinarNya memberi
padaku jalan petunjuk baik dalam
himpunan mahupun bersendirian.
Maka kebenaran itu didalam kejadian
seluruh kemahuanku yang keras itulah
cintaku padaNya. Kunyatakan dalam
kedip mataku dari siapalah aku harus
takut selainNya? Dia Pelindungku.
Karya: Abu Suffian
YANG KUHARAPKAN PADAMU YA ALLAH
Ya Tuhan lindungilah aku dari mereka yang ingin
merentap imanku ini!
Agar aku tidak tersentap apabila tika nyawaku tercabut
dari badan…
Biarkan aku lena menghidu bauan SyurgaMu
dan melihat keindahan SyurgaMu
yang tidak terjangkau dengan tahap pemikiran manusia.
Justeru berilah aku peluang dan ruang
untuk melakukan kebaikan
yang Kau redhai.
KumerayuMu Ya Allah…
Pandanglah aku dengan belas ihsanMu yang
tak terbatas itu kerana
aku tahu selagi masih ada nafas kau pinjamkan
aku masih ada peluang.
Berilah aku peluang keemasan ini Ya Allah.
Berilah peluang ini juga kepada keluarga
dan sahabat-sahabatku yang kukasihi dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.
Karya : Ratu Rimba Niagara
SUBHANALLAH
Merinding saat aku membaca
Kalimah SyurgaNya …
Sungguh untaian bahasa yang
menyejukkan hati…
Ya Rabb… Ampunlah segala
dosa-dosa yang kiranya telah
kami perbuat dan segenap ummat
yang menyalahi segala aturanMu…
Ya…Allah dengan dalil-dalilnya
yang sesat.
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Bukan kali ini daku bersandar padaNya,
sejak dari seluruh alamku yang terfitnah,
kegemaranku dalam munajat kepadaNya,
kesukaanku bersunyi-sunyian denganNya.
Ku Temui Dia Dalam Tasbih.
Karya: Abu Suffian
SINARKAN HIDAYAHMU
Aku begitu cemburi orang yang mencintai Allah
kenapa aku tidak begitu?
Hati tenang mengingati Allah.
Justeru aku mahu begitu.
Ya Allah bilamana kusebut namaMu
Bergetar seluruh jiwaku.
Seratus ribu kali sehari jantung berdegup…
Kutangisi berapa kali sehari pula
Kusebut namaNya?
Ya Allah sinarkan hidayahMu pada kami
berzikir dalam senyap
agar jantungku berdegup
seiring roh memujiMu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
SEPENUH HATIKU
Sepenuh hati …
Sepenuh kelopak mata,
Perasaanku seolah-olah semesta
ini yang begitu besar…
Yang begitu luas dalam milik
tangan kananku,
daku sadar, daku rasakan bahawa
semua makhluk berolok-olok padaku
dan saling mengatai.
Dialah penghubung dengan kodrat-Nya
Yang Maha Agung.
Subhanallah.
Karya: Abu Suffian

WAHAI YANG MAHA PENGHAPUS DUKA LARAKU
Ya Allah…
Berilah keteguhan padaku …
Untuk menghadapi apa jua dugaanMu.
Biarlah semua makhluk memperolokkanku! Menghinaku!
Asalkan di akhirat nanti aku gembira mendapat balasan cintaMu.
Amin Ya Rabbal A’lamin
Karya : Ratu Rimba Niagara
ITULAH KERINDUANKU
Amin Ya Allah
Amin Ya Rahman
Amin Ya Rahim
Amin Amin Amin Ya Rabbal A’Lamin
Tetesan air mataku di saat aku terisak dari
segala kejahatan dalam hidupku dari
setiap orang mempersulit.
Diakah yang melindungi bagi segala
kebaikan atas “JamalNya”.
Dialah yang menambatkan ,
dan bagi setiap hak kebenaran dalam wujud ini.
Dia mengarahkanku dan menolongku dan
dengan semua denyut nadi dalam urat-urat
kuperuntukkan untukNya.
Rindu-rindu. Itulah kerinduanku…
Karya: Abu Suffian

MOGA AKU TERPILIH MENJADI KEKASIHNYA
Allah itu indah.
Seindah 99 namaNya.
Semerdu KalamNya yang tak jemu dibaca
berulang-ulang kali.
Apabila menyebut namaNya
bergetar hati meruntun jiwa
apabila tidak menyebut namaNya
hatiku pilu seperti ditusuk sembilu pilu.
Apabila membaca KalamNya
wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku
dan aku terus merinduiNya menanti dan menunggu
untuk bertemu denganNya!
Moga berkekalanlah cinta ini selamaNya.
Moga aku terpilih menjadi kekasihNya.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.
Karya : Ratu Rimba Niagara
AJARI AKU
Jika berkenan dan ikhlas…
Ajari aku yang belum banyak
tahu ini arti hidup sebenar.
Karya: Abu Suffian
NUR KASIH HIDAYAH DARINYA
Ilmu itu cuma setitis yang diberikanNya padaku…
Siapalah aku untuk mengajar orang yang lebih
berpengetahuan.
KeranaNya kita kongsi bersama ilmu tentang erti
kehidupan sebenar melalui deria yang tak dapat
dilihat tapi dapat dihidu oleh pancaindera dengan
izin Nur Kasih Hidayah dariNya.
Di hari Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini …
Moga Allah memandang kita dengan belas kasihanNya
untuk menerima kita sebagai kekasihNya
di dunia dan di akhirat jua.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
BAROKALLAH
Penghulu dari segala hari
Dan ibadah hajinya bagi fakir miskin.
Barokallah.
Karya: Abu Suffian
INGIN REHDAMU YA ALLAH
Ya Allah berkatilah kami
dunia dan akhirat.
Berilah peluang dan ruang
pada kami melakukan segala kebaikan
yang Kau redhai sebelum kami
bertemu denganMu.
Kami tak mahu di akhirat nanti
segala tangis kami biarpun sepenuh alam
tidak Kau pandang sedikitpun!
Cuma peluang ini Kau beri
hanya di dunia ini selagi
nyawa sampai di kerongkong.
Justeru kasihanilah kami…
Dengarlah rayuan kami…
Kabulkan segala permintaan
dan hajat kami selagi Kau redhai.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara

ALLAH YANG MAHA AGUNG
Dia Meninggi Di atas Sifat dan Kalimah-Nya
Aku di persada-Mu
hanya seorang hamba cilik yang patuh
tahuku hanya berdoa dalam rukuk
dan sujud kepada-Nya.
Maha suci engkau
Ya Allah Yang Maha Agung
Memiliki Seluruh Kerajaan
Engkau Zat Maha Pencipta Yang Tunggal.
Karya: Abu Suffian
MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W
Duhai kekasih Allah yang dicintai…
Balaslah cinta kami ini
satukan hati-hati kami untuk saling
ingat- mengingati
tentang pejuanganmu sentiasa diingati
kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
harusnya kami balasi
kami menanti penuh pengharapan
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
yang kami cintai seutuhnya cintamu pada kami
pilihlah kami mendapat Syafaatmu di Mahsyar nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
30 April 2011
KARYA ABU SUFFIAN & RATU RIMBA NIAGARA
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
8 November 2012



MOGA KAU DAN AKU DIPERTEMUKAN DI SYURGA
Garjito Gondokusumo
Ratu Rimba Niagara. aku tetap menghargai Semua Karyamu yg Luar biasa cerdas dan tangkas. Manusia di ciptakan oleh Allah swt. Mmg berbeda-beda. juga alam pikir mereka. Dan itulah yg harus Di cermati sbg tempa kesabaran. makin di tempa semakin Cantik dan kuat. seperti sang empu Pembuat Kres pusaka raja. salam nusantara.
45 minutes ago via mobile · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara
SALAM NUSANTARA BUATMU GARIJITO GONDOKUSUMO
Garijito Gondokusumo...
maafkan aku kerana terlalu emosi
meluahkan apa yang bersarang di hati
bukan apa sekadar luahan
seorang sahabat fb yang disepikan
seolah wujudnya aku bagaikan tak wujud
apalah maknanya persahabatan
masing-masing dengan urusan sendiri
masing-masing ada agenda tersediri
urusan kerjaya lebih penting dari
urusan soal hati seorang sahabat fb
Garijito Gondokusumo...
sejujurnya di fb aku
hanya memerlukan sahabat sejati
sahabat yang tak lelah
untuk sama-sama
menuju jalan-jalan ke Syurga-Nya
makanya setiap kata-katanya
adalah mutiara Syurga bagiku
bukan antara dia dan aku
merasakan cukup sempurna iman
merasakan dia dan aku lah yang terbaik
dia dan akulah ahli Syurga atas kebaikan
yang ada di hati kita
azam kita adalah
sama-sama
bercita-cita dan berusaha
sedaya mungkin
berbakti pada Tuhan...
berbakti pada manusia...
berbuat kebaikan bukan
untuk sanjungan atau
inginkan penghargaan
biarlah manusia tak kenal kita pun tak apa
asalkan di Syurga kasih kita bertemu
menyambung ikatan uhkhuwah kasih
berkat kita tak lelah
untuk memperjuangkan
apa yang kita perjuangkan
demi alam yang pasti kita lalui
alam barzah
alam akhirat
yang sudah terputus
hubungan dengan manusia di dunia
masa itulah
urusan kita terlalu sibuk
jika tiada bekalan
untuk mendinding
roh dan jasad
daripada dipukul dan dipalu
menjeritlah kita sekuat hati
sehabis tenaga
tak akan ada siapa hendak menolong kita
manusia dan orang yang pernah kita sayangi
di dunia akan melupakan kita terus
mana bisa mungkin dia ingatkan kita
ketika kita hiduppun mereka tak
ingat pada kita
inikan kita sudah di alam barzah
lagilah tak ingat
tika kita di dunia
kena hina dan maki hamun dengan mereka
walaupun sekadar kenal di alam maya
inikan pula bila kita sudah mati
pasti mereka lagi suka
"sudah matipun orang
yang aku benci!
hahahahaha"
begitulah manusia
buat baik macam manapun
tetap tak berpuas hati
Garjito Gondokusumo
sebelum aku dan kau dijemput Ilahi
makanya aku hanya memerlukan
rakan-rakan fb
yang sentiasa berkomunikasi
denganku tak kiralah di wall
atau di fb
kehadirannya sebagai teman fbku
memberi impak yang paling bermakna
di alam barzahku nanti...
itulah rakan fb
yang termaktub dalam hatiku
dan bila masa mataku terpejam rapat
kata-katanya kubawa pergi
dan berkat ukhuwah kasih
dengannya
dia dan aku saling menunggu
Menunggu Di Taman Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
saat yang paling syahdu nan indah
kau dan aku di pertemukan di Syurga
Insya-Allah Aamiiin.
Sahabat fbmu yang pengen setia denganmu,
Ratu Rimba Niagara
8 November 2012
a few seconds ago · Edited · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO DAN GONDOKUSUMO)
8 November 2012


WARKAH UNTUK RAKAN FB RATU RIMBA NIAGARA
'TAK AKAN TERPISAH HATIKU HATIMU MOGA DI SYURGA SALING MENANTI'
Rakan FB
Asalamu'alaikum...Wahai sahabat yang ku hormati dan dikasihi kemana menhilang nya lama senyap dipersada alam maya ni..Sihat ke atau ada perkara-perkara penting yang harus di dahulu kan....Saya tetap perhati dan menunggu setiap apa yang dicoret kan...
Today
6:43am
Waalaikummussalam sahabatku, terima kasih kerana sudi dan masih ingat pada persahabatan kita yang sudah terlalu tua dipertahankan, kaulah sahabatku yang hingga kini kekal menjadi teman fbku yang tak kekal itu adalah mereka yang sepi menyepi dengan karyaku tapikan sahabat...satu hari tu kulihat disenarai teman fbku kau tiada di situ bagaikan nak meraungku...kerana setega itu kau padaku menghilangkan diri dariku dan aku mula kecewa sangat padamu yang tak setia untuk menjadi sahabatku sedangkan kau sudah berjanji untuk susah senang bersama karyaku...selepas detik itu ...aku mula rasakan sahabat tidak sudi lagi menjadi sahabatku sekadar menyokong ku terus berkarya.Dan aku terima saja keputusanmu bilamana tak mahu menjadi teman fbku lagi. Apabila kenangkan perubahan sikapmu padaku kalau dulu sudi like karyaku tapi sekarang seorangpun tak sudi like apatah lagi mahu komen karyaku ku anggapkan mereka tak suka apa yang aku coretkan makanya aku mengambil keputusan untuk undurkan diri daripada menjadi rakan fbnya tapi tiada niat untuk memutuskan talisiraturrahimi.Ketahuilah olehmu rakan fbku terlalu istimewa kerana merekalah nadi sasteraku dan nilaian bagiku rakan fbku terlalu berharga lebih berharga daripada emas dan permata indahnya rakan fbku seperti indahnya pelangi di malam hari....tapi bilamana mereka menyepikan karya-karyaku...wujudnya aku seperti tak wujud...makanya dengan hati yang terlalu berat aku terpaksa undur diri kerana niat asalku membuka akuan fb mencari rakan-rakan fb yang menyokong 100% dunia karyaku maksudku sokongannya itu seperti wiraku si kunta si kunte ...bagaimana aku tak lelah berkarya begitu juga mereka tak jemu-jemu dan sentiasa memberi kata-kata dorongan dan dia berpesan jika mana-mana yang macam pepatung bisu sepi tiada respon tinggalkan saja dan asyik menghina karya-karyaku dan selalu mengatakan aku berangan hendak menjadi ratu...ucapkan selamat tinggal tanpa ucapan agar meleyap dari mereka begitu. Kerana menghormati pesanan wiraku si kunta si kunte yang telah mati lemas tika mencari mahkota lambang kekuasaan seorang ketua di Rimba Niagara dipukul oleh ombak rindu yang tak suka aku dinobatkan menjadi ratu rimba niagara....makanya relakan aku mengundurkan diri dari mereka yang sepi menyepi dan bisu membisu sakit menyakitkan hati.....demi dunia sastera yang aku perjuangkan bermati-matian makanya izinkan aku berkarya tanpa kehadiran kalian lagi yang tak sudi menyokongku.....maafkan aku dan jika sudi tolong doakan aku agar berjaya apa yang kucitakan dalam dunia sasteraku sebelum aku pejam mata untuk selamanya.Terima kasih sepanjang kita menjadi teman fb biarpun sehari bergelar rakan fbmu.....dengan luahan ini harap kalian faham kenapa aku mahu jadi rakan fbmu dan kenapa aku terpaksa berpisah denganmu. Maafkan aku buat kali terakhirnya. Di alam maya kita tak bersahabat moga di Syurga kita menjadi sahabat kerana bersahabat di Syurga kita tak akan sepi menyepi dan tak akan sakit hati dan tak akan berpisah untuk selamanya begitulah hebatnya Syurga."

Rakan fbmu yang disepikanmu,
Berpisah karya tidak berpisah hati;
Tak akan terpisah hatiku hatimu,
Moga di Syurga saling menanti.
Salam kemaafan dariku sahabat fbmu,
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara,
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
8 November 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
8 November 2012



7 tahun yang lepas
MTD KOTA LAMA sedang bersama Mejie KU dan 4 yang lain.
5 PERKARA MEMBERI KETENANGAN...
Apabila kamu gelisah dan tidak tenang pandanglah 5 Perkara:
1-Pandanglah Kaabah yang mulia.
2-Pandanglah Al-Quran yang suci.
3-Pandanglah Wajah kedua ibu bapa yang mulia
4-Pandanglah pemandangan bukit bukau.
5-Pandanglah lautan yang masin.


KEKASIH PALING SETIA
duhai kanda kesayangan dinda
baru kenal sudah suka
mesramu bertegur sapa
reda sepiku membalut duka
sapaanmu mencerahkan mendung
mendung hilang di mega senja
terima kasih duhai kanda
kerana sudi
berkongsi duka
andai kau tahu
perih luka ku ini
pasti sendu tangisku
kau rawat
dengan kasihmu
tapi apakan daya
keyakinanku hilang
pada sebuah kasih
makanya maafkan ku kanda
jika aku tak seceria dulu
keceriaanku ditelan
ombak rindu
yang tak kenal
apa itu erti rindu
apa itu erti persahabatan
makanya kusepikan segala rindu
agar tenang hatiku
biarlah rindu itu
pergi bersama
deruan ombak yang tak akan kembali lagi
cuma yang kuharapkan rindu
yang abadi
rindu yang tak jemu membalas rindu
rindu terbalas rindu
kasih terbalas kasih
itulah rindu
itulah kasih
yang setia
mendengar
memahami
mengasihani
di sebilang masa dan ketika
rindu padaku
kasih padaku
itulah
rindu dan cinta
yang tak pernah terpadam
saling rindu
saling cinta
DIALAH TUHANKUl
Kekasih paling setia
Membalas kasih dan rinduku.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 November 2012

WARKAH UNTUK IRMA SRI KABULATIRIN
'RINDU TAK KESAMPAIAN RINDU'
Rindu....rindu....rindu padamu....
Rindu serindu-rindunya
Aku rindu canda kita dulu
Tika baru kenal
Kau selalu canda padaku
Bila kau merajuk aku yang pujuk
Bila aku merajuk kau yang pujuk
Kini tiada lagi pujuk memujuk
Kau terus sepikan rinduku
Kau tak mahu bercanda denganku lagi
Kenapa dulu bilang suka
Bilang sayang
Kini kau sepikan rinduku
Apa dosa ku apa salahku
Hingga tega kau sepikan aku
Dalam terdera rindu padamu
Kita udah lama tak bercanda lagi
Kau benar2 sudah lupakan aku
Dalam penantian rindu padamu
Kau tegur aku dengan katamu
Aku memutuskan talisiraturrahimi
Bagaikan berhenti jantungku berdetak
Mendengar ungkapanmu itu
Sedangkan kau sendiri tahu
Perkenalan kita tak
Semesra dulu lagi
Dulu sering canda
Sering tegur sapa
Kini tanpa sapa menyapa
Laman fbku seakan
Taman-taman tandus sepi tanpa candamu
Tapi nggak apa-apaan
Kini aku sudah bisa tapa candamu
Makanya maafkan aku
Karna terpaksa menutup laman fbku padamu
Karna aku terpaksa memberi peluang kepada
Rakan yang lain yang sudi menghidupkan
Taman-taman fbku yang tandus
Harap kau mengerti akan keadaan diriku
Yang tak tega menanggung rindu padamu
Moga kau bahagia di samping teman-temanmu yang lain
Salam bahagia
Salam kemaafan dunia akhirat
Salam perpisahan teman fbku
Moga kita bisa ke temu di Syurga
Menyambung rindu yang tak usai di
Dunia maya ini...
Salam tak terbalas rindu dariku
Teman yang kau sepikan
Dalam deraan rindu padamu...
Ratu Rimba Niagara
6 November 2012

WARKAH UNTUK SRI IRMA KABULATIRIN (II)
'MOGA DI SYURGA KITA MENYAMBUNG PERSAHABATAN'
Maafkan aku Irma
Aku ingatkan kau sudah lupakan aku
Aku benar-benar rindukanmu
Masih ingat tak
Tika kau sudi
Menjadi rakan fbku
Kita sering canda
Kau janji mahu
Ke istana rimbaku
Mahu berkenalan dengan si kunta si kunte
Yang sentiasa menyokongku
Dalam apa juapun keadaan aku
Tetap bersamaku
Berkorban jiwa raga
Demi kejayaan dunia sastraku
Mereka selalu menasihatkan aku
Berkawan cuma mereka
Yang berjiwa seperti mereka juga
Yang sentiasa sudi menyokong dunia sasteraku
Yang kutuk mengutuk
Sepi menyepi
Undur saja kan diri
Buat apa berkawan dengan patung
Patung ye lah tak bernyawa
Manusia bernyawa dan punya perasaan
Wujudku seakan tak wujud
Lebih baiklah tak wujud
Dia pesan lagi ber fb sekadar suka-suka santai-santai nggak usah
Kerana kehidupan ini bukanlah santai-santai atau suka-suka
Kehidupan ini adalah serius
Mahu pulang ke PangkuanNya
Hidup di dunia cumalah sementara
Jika dibiarkan percuma
Rugi bukan sepanjang hayat
Rugi tika sedar daripada
Bukusan kain kafan
Tika malaikat
Nungkar Nangkir
Membuka simpulan tali kain kafan
Wajahku pasti ketakutan
Pabila ditanya soalan kubur
ALAHU AKBAR
Gimana hendak kujawab jika
Soalan yang ditanya itu
Tak pernah menjadi amalanku
Sedangkan soalan itu
Sudah tiada rahsia lagi
Telah diberitahu oleh para ustaz
Tapi aku sengaja abaikan
ALLAHU AKBAR ...
Aku takut Irma....
Takut...takut...takut....
Nyesal...nyesal....nyesal...
Kenapa di dunia aku tak
Gunakan peluang yang ada
Selagi daya...lemahnya aku irma
Bila kenangkan alam barzahku menanti
Dalam keadaan aku belum bersedia
Makanya Irma Sri Kabulatirin
Aku amat memerlukan
Rakan-rakan fbku
Yang sentiasa bersamaku
Menghidupkan jiwaku yang tandus
Bukan kehadirannya sepi menyepi
Aku nggak ada masa Irma untuk menunggu
Rakan-rakan fb yang sepi menyepi
Jika aku disepikan
Tidak memberi impak kepada imanku yang tandus
Sejujurnya aku minta maaf banyak-banyak
Tak kira siapapun mereka
Berdarjat bangsawan ke atau biasa-biasa
Aku minta maaf banyak-banyak
Berpisah bukan berarti
Aku memutuskan talisiraturrahimi
Tapi aku mahu tumpukan dunia
Karyaku sepenuhnya
Dunia cita-citaku seutuhnya
Talisiraturrahimi tetap tersimpul mati
Hingga ke mati
Kerana tika ditanya soalan di kubur
Siapakah saudara mara kamu?
Apa hendak kujawab...
Jika aku memutuskan talisiraturrahim
Makanya aku tak mahu gitu...
Moga teman-teman fbku
Yang pernah menjadi rakan fbku faham
Dan maafkan aku...
Kita tetap sahabat dunia akhirat selamanya
Di dunia maya tak dapat bersahabat
Moga di Syurga kita menyambung persahabatan
Kita akan senyum tanda syukur
Dapat bertemu di Syurga
Aamiin Ya Rabbal A' Lamiin ...
Sahabat dunia akhiratmu....
Ratu Rimba Niagara
6 November 2012
(DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK)
6 November 2012
 

 
HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
8 November 2019

0 comments:

Post a Comment

 
;