Sunday, 15 December 2019

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (117) SABAR MENCAPAI KEMENANGAN


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (117) SABAR MENCAPAI KEMENANGAN

PERCIKAN BUNGA API RAIKAN CINTA KEMERDEKAAN
PERCIKAN DARAH DAN AIRMATA MANGSA PERANG
indah percikan bunga api raikan cinta kemerdekaan
seindah purnama malam
betapa untuk mendapatkan sebuah cinta kemerdekaan
korbankan jiwa raga harta nyawa sekalipun dipertaruhkan
begitulah yang dilalui oleh seluruh rakyat mesir mangsa perang
dan kezaliman bashar assad
setiap hari
setiap bulan
setiap tahun
hidup dalam
ketakutan
kesengsaraan
penderitaan
dari warga tua yang tak berdaya
hinggalah kanak-kanak tak berdosa
terseksa diseksa tanpa ehsan tanpa perikemanusiaan!!!
di luar sana meraikan kegembiraan
dengan letupan percikan bunga api nan indah di langit malam
sambil bersorak tanda gembira
tapi kami di sini
letupan bom
bedilan demi bedilan
meranapkan semua kehidupan rakyat
setiap kali bunyi dentuman bom
kami bertempiran lari
sambil melaungkan
ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
di sana dentuman!
di sini dentuman!
di mana-mana dentuman
di sana runtuhan bangunan rumah
berapa ramai yang mati tertimbus tak dapat dibilang
di sini mayat berkecai dari badan
cedera parah
luka parah berdarah
raungan kesakitan
disambut gelak ketawa rejim yahudi dan bashar assad
itu yang dimahukan oleh mereka
ketika bom digugurkan
Bilakah penderitaan ini akan dihentikan!!!
mana pergi pendamai keamanan?
apakah dunia ini dihuni oleh mereka
yang buta pekak dan bisu?
nampak tapi buat tak nampak
dengar tapi buat pekak
petah bicara tapi buat bisu
jika beginilah warga dunia
tunggulah....!!!
tunggulah...!!!
tunggulah....!!!
bumi ini akan ditimpakan bala petaka
yang lebih seribu kali lebih dahsyat daripada kekejaman perang manusia
kerana Tuhan menciptakan bumi ini untuk saling menjaga kedamaian dan kesejahteraan agar dapat didiami penghuni bumi dengan aman bukan memusnahkan....
lihatlah telah banyak bukti dan terbukti
KUASA TUHAN MENGATASI SEGALA-NYA
Kepada mereka mangsa perang
bersabarlah kesabaranmu dibalas Allah swt dengan Syurga itulah kemenanganmu...!!
kepada warga dunia sekadar menjadi pemerhati tidak membantu
moga Allah swt membuka mata hatimu untuk menghentikan penderitaan!
kepada rejim yahudi dan bashar assad
sehebat mana pun kamu tidak akan dapat melawan
KEKUASAAN ALLAH AZZAWAJALLA YANG MAHA PERKASA!!!
tunggulah azab yang maha dasyat dari-Nya!!!
Karya Ratu Rimba Niagara,
11 Safar 1437H
23 November 2015
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PENGANTIN RAJA RIMBA'
Karya Ratu Rimba Niagara
SINOPSIS ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’
Mengisahkan perkahwinan Raja Harimau dengan Putri Monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil masing-masing membawa hadiah yang unik.
Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit di merata-rata tempat. Pelamin dihias dengan lampu-lampu berwarna-warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.
Putri Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau. Di antaranya:
1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4. Yang berlebihan membantu yang kurang.
5. Saling faham memahami di antara satu sama lain.
6. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
7. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
8. Saling memberi kerjasama dalam suasana harmonis.
9. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
10. Menyatupadukan pelbagai kaum dengan semangat perpaduan demi kedamaian penghuni rimba dan lautan untuk selamanya.
Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan lautan iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api yang mengindahkan langit rimba meraikan,' Perkahwinan Raja Rimba’ yang menjadi simbol penyatuan kaum semua penghuni rimba mengecapi kehidupan aman damai selamanya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
27 Disember 2012
BABAK PERTAMA (PERTENTANGAN)
Dimulakan dengan syair:
Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.
Puteri Singa : Tuan puteri rimba! Cermin sikit
muka tu… dahlah hodoh ada hati nakkan Raja Harimau kekasih hamba.
Puteri Rimba: Kenapa tuan puteri singa sakit hati dengan beta..
kenapa? Beta tak pernah pun hina puteri singa atau sesiapa
saja. Walaupun beta tak cantik tapi beta tak pernah susahkan sesiapa
Puteri Singa : Puteri Rimba ni perasan sangat. Raja Harimau tengok wajah puteri rimba pasti tak minat.
Puteri Rimba: Puteri Singa cemburu dengan beta kan?
sebab selama ini tak ada putera-putera raja rimba yang minat dengan puteri singa.
Puteri Singa : Untuk mengetahuan puteri rimba, Raja Harimau
tak layak dengan puteri rimba tapi…kalau dengan beta bagaikan
pinang dibelah dua.(GELAK).
BABAK KEDUA (SEMANGAT)
Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.
Burung : Tuan Puteri… patik tahu tuan puteri sedang
memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa tuan puteri
tak mahu terus terang aje pada Raja Harimau?
Puteri Monyet : Beta malulah… siapalah beta hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong.
Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang,
siapa cepat dia dapat.
Puteri Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau beta jatuh
cinta dengan kaum sejenis dengan beta tak apalah.
Ini dengan keturunan garang lagi ganas.
Silap… silap haribulan beta yang dibahamnya.
Burung: Dah tahu ganas dan garang kenapa jatun cinta?
Puteri Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan,
Asyik rindukannya dan terngigau-ngigau...
Burung : Begitu hebat sekali cinta tuan puteri sampai ngigau-ngigau tu..
weettt...weeet....(gelak)
Puteri Monyet : (Tersipu malu senyum)
Beta harap cinta yang tertanam di sanubari ini menjadi kenyataan.
Burung : Kasihan patik mendengarnya. Angan-angan puteri rimba
tinggi melangit. Kadang kala apatik fikirkan puteri ni
dah tak siuman kerana membuat keputusan yang tak
masuk akal.
Puteri Monyet: Bukan tuan hamba je yang kata aku macam tu. Boleh dikatakan semua mengatakan beta dah gila.(MENGELUH) Manalah tahu satu hari nanti tuah menyebelahi beta. Masa tu baru tuan hamba tahu siapa beta.
Burung : Tak payah tuanku cerita, semua rakyat rimba tahu…
siapa puteri rimba. Puteri rimba yang pintar, suka menolong
kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat
berpegang kepada falsafah.
Puteri Monyet: Ke situ pulak tuan hamba. Beta tak mintak pun tuan hamba puji beta. Yang beta mahu tuan hamba berikan beta pendapat bagaimana tuan hamba dapat menolong beta dalam mengeratkan lagi percintaan beta dengan Raja Harimau.
Burung : (KETAWA) Puteri rimba...puteri rimba... tuanku ni tak kenal erti putus asa. Baiklah… Puteri Rimba karang satu warkah menyatakan hasrat hati tuanku puteri pada Raja Harimau… biarkan patik poskan surat tu pada Raja Harimau.
Puteri Monyet : (SENYUM) Ha… macam tulah kawan.Sanggup menolong beta.
BABAK KETIGA (PERTENTANGAN)
Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.
Putera Monyet Kenapa dinda tak sukakan kanda? Sedangkan
kanda boleh berikan segala-galanya pada dinda. Kitakan satu jenis,
satu hati.
Puteri Monyet : Kanda ingat,cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?
Putera Monyet : Bukan kanda saja yang menentang percintaan dinda tu, malah semua rakyat rimba niagara ini.
Puteri Monyet : Dainda tak kisah kanda... Yang bercintanya dinda… bukan mereka.
Putera Monyet : Apa kelebihan Raja Harimau tu hinggakan dinda sanggup melupakan asal usul dinda ...keturunan yang lemah?
Puteri Monyet : Cinta itu unik, murni… memerlukan pengorbanan.
Apa salahnya dinda korbankan diri dinda untuk cinta demi semata-mata…
Putera Monyet : Kepentingan dinda! Dinda ingin mengejar
glamor. Biarlah semua rakyat rimba niagara mengatakan betapa hebatnya dinda dapat memikat raja segala yang ada di rimba ini... Yalah punya kuasa, tampan dan digeruni oleh semua rakyat rimba. Macam kanda ni apalah ada.
Puteri Monyet: Betul kata kanda tu, kerana Raja Harimau mempunyai kuasa dan digeruni oleh rakyat rimba maka dinda jatuh cinta dengan tuanku raja.
Putera Monyet : Memang kanda dah agak dari awal jadi dinda ni
gilakan kuasa hingga sanggup menggadai cinta. Kanda jijik! Jijik!
Mempunyai kaum yang sejenis macam dinda ni!
Puteri Monyet : Kanda nak pandang jijik ke atau apa saja yang
kanda nak kata… katalah. Dinda tak kisah. Asalkan cinta dinda tercapai akhirnya.
Putera Monyet : Kanda pelik bin ajaib dalam sekelip mata dinda dah berubah. Dulu dinda tak macam ni. Dinda terlalu pentingkan kaum dinda. Dinda bersikap perkauman.
Puteri Monyet : Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
menebal dalam diri dinda inilah dinda mengambil keputusan untuk
jatuh cinta dengan Raja Harimau.
Putera Monyet : Maksud dinda?
Puteri Monyet : Cuba kanda fikir di dalam hutan ini terdiri
daripada pelbagai jenis rakyat rimba (binatang). Kalau masing-masing asyik
mementingkan kaumnya saja tanpa memikirkan kepentingan
rakyat rimba lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
generasi kita yang berwawasan dalam keadaan huru hara.
Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah. Apa salahnya
kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecapi
kebahagiaan yang hakiki.
Putera Monyet : Kanda tak terfikir pun yang dinda berfikiran
sampai ke situ.
Puteri Monyet : Salahkah dinda… dinda korbankan cinta dinda untuk
anak cucu kita dan seterusnya kedamaian rimba ini. Jika kita
hidup dalam keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
menceroboh rimba ini. Kita buktikan pada manusia, walaupun
kita haiwan tapi kita lebih mulia daripada mereka. Dinda ingin
memadamkan dalam kamus manusia kata istilah,
‘ Peragai seperti binatang.’
Putera Monyet : Sekarang baru kanda faham, mengapa dinda
jatuh cinta dengan Raja Harimau. Mulai sekarang kanda akan memberi
sokongan/dukungan agar cita-cita dinda tercapai.
BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA)
Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.
Raja Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau beta dapat makan…
alangkah…
Puteri Monyet : Dinda faham kanda inginkan buah durian, biarlah dinda
tolong ambilkan.
Raja Harimau : Sungguh baik hati dinda… kanda kuat tapi kanda
tak boleh memanjat. Sungguhpun kanda binatang yang hebat tapi
kanda ada kekurangan.
Puteri Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru
apa salahnya kelebihan yang ada pada dinda ini dapat dinda
membantu binatang-binatang lain.
Raja Harimau : Kata-kata dinda tu menyedarkan kanda.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Puteri Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)
Raja Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)
Puteri Monyet : Nanti luka … kanda harimau.
Raja Harimau : Selalunya kanda melukakan mangsa kanda tapi kopek
durian pun kanda tak boleh.
Puteri Monyet : Kali ni biarlah kuku kanda yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar dinda tolong kopekkan durian ni.
Raja Harimau : Hati-hati dinda… nanti luka tanganmu.
Puteri Monyet : Tak apa dinda sudah biasa terluka.
Raja Harimau : Lain macam bunyi nye tu. Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan hati dinda lagi. Kalau berani…
mari bertarung dengan kanda dulu.
Puteri Monyet : Ha… dah buka pun kulit durian ni …makan puas-puas kanda..
Kalau tak cukup dinda ambilkan lagi.
(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA MENYEDARI ADA
SEEKOR ULAR SAWA)
Puteri Monyet : Tolong lepaskan hamba! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).
Raja Harimau : Hai ular sawa! Kalau tuan hamba benar-benar gagah
mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemahtuan hamba
nak tunjukkan kekuatan.
Ular Sawa: Tuanku hendak mencabar patik ya Raja Harimau.
Baiklah sekarang patik turun.
(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)
Ular Sawa : Tuanku memang gagah. Ampunkan patik.
Patik mengaku kalah.
Raja Harimau: Tuan hamba tak salah dengan beta tapi dengan puteri rimba.
Baik tuan hamba pergi minta maaf dengannya.
Ular Sawa : Puteri rimba maafkan patik kerana mengganggu puteri rimba.
Puteri Monyet : Beta maafkan . Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang lemah. Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah. Barulah aman. Sudahlah tu mari kita makan bersama-
sama.
(KETAWA BERSAMA-SAMA)
BABAK KELIMA (SURAT)
Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.
Harimau: Surat siapa yang tuan hamba bawa tu burung?
Burung : Surat istimewa ni untuk tuankulah.
Raja Harimau: Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
pada beta?
Burung : Surat cinta.
Harimau : Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan beta?
.
Burung : Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
Selamat tinggal! Selamat membaca…
Raja Harimau : (Membuka surat lalu membaca)
Surat Puteri Monyet : Salam sejahtera buat kanda harimau,
janganlah terperanjat apabila membaca warkah
pertama dinda ini. Biarlah dinda berterus terang
pada kanda bahawa dinda telah jatuh cinta pada kanda
ketika pertemuan yang tidak disengajakan tempoh
hari. Maaf!Kerana jatuh cinta tanpa pengetahuan kanda.
Kegagahan kanda melawan ular sawa amat mengagumkan dinda.
Syabas! Kanda telah menggunakan kekuatan kanda untuk
menyelamatkan nyawa dinda. Dinda harap kegagahan kanda
berkekalan selamanya untuk menyelamatkan nyawa
beribu-ribu binatang di rimba ini tanpa mengira
siapa pun mereka. Iyalah kalau difikirkan siapalah
dinda untuk jatuh cinta pada kanda. Ah! Malunya dinda.
Dinda harap kanda tidak memarahi dinda setelah
mendengar pengakuan ikhlas dari dinda.
Sekiranya kanda balas cinta dinda betapa bahagianya dinda.
Secara tak lansung segala cita-cita dinda menjadi
kenyataan. Oleh itu agar dinda tidak ternanti-nanti
kanda balaslah warkah dinda ini.
Akhir kata sambutlah salam hormat dari dinda,
Yang perasan,
Puteri Rimba Niagara,
Raja Harimau : (SENYUM) Sambil melekapkan surat di dadanya.
Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)
Puteri Harimau : Surat siapa tu? Sukanya kanda?
Kenapa? (TERUS MERAMPAS SURAT DARI RAJA HARIMAU)
Oh! Surat cinta rupanya! Patutlah tersengih-sengih.
Habis tu kanda terima cintanya?
Raja Harimau : Diam.
Puteri Harimau Kalau kanda terima puteri rimba…
cinta dinda ni kanda nak campak mana?
Raja Harimau: Dinda jadi permaisuri kedua kandalah (GELAK).
Puteri Harimau : Kanda ingat dinda suka berkongsi suami? (MARAH)
Raja Harimau Kalau tak suka… diam-diam ajelah!
Puteri Harimau : Mana dinda boleh diam kekasih dinda diambil binatang lain .
Dinda akan tentang habis-habisan!
Raja Harimau : Hei! Sejak bila kanda jadi kekasih dinda ye! Setahu kanda dinda cuma teman biasa aje. Jangan lekas perasanlah.(GELAK)
Puteri Harimau : (SAKIT HATI LALU PERGI).
BABAK KEENAM (BALAS CINTA)
Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya hati Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.
Raja Harimau : (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)
Buat tatapan adinda puteri rimba.., warkah dinda telah kanda terima
dan diucapkan jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlas dinda itu.
Biarlah kanda katakana di sini niat dinda untuk menjadikan kanda
kekasih dinda ...kanda terima dengan rela hati. Biarpun kanda
tahu keputusan yang kanda ambil ini akan menggemparkan seluruh
binatang di darat mahupun di laut. Kanda sedar, betapa pentingnya
kedamaian.
Memang kanda akui kanda bongkak, sombong dengan kekuatan
yang kanda miliki untuk membunuh mangsa-mangsa kanda tapi
setelah berkenalan dengan dinda tempuh hari segala
kebongkakkan kanda terpadam dengan tiba-tiba.
Kehadiran dinda pada hari itu telah melembutkan keganasan kanda.
Terima kasih dinda puteri rimba , semoga dinda tetap menjadi
kekasih kanda yang setia.
Akhirkata sambutlah salam hormat daripada kanda.
Yang Mencintaimu,
Kanda Harimau.
BABAK KETUJUH (POS)
Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.
Burung : Sudah siap ke surat balasan?
Raja Harimau : Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.
Burung : Tuanku taka tak percayakan patik ke?
Raja Harimau: Beta cuma beri ingatan je! Kan elok saling ingat
mengingati.
Burung : Terima kasih atas nasihat tuanku tu. Patik akan pastikan
surat ini selamat sampai kepada tuan puteri rimba .
(MENGAMBIL SURAT)
* * * * *
Burung : (MENGAH) Tuan puteri rimba… ini surat tuan puteri bacalah cepat.
Puteri Monyet : Terima kasih burung. Semoga Tuhan membalas budi baikmu, (MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)
Burung : Macam mana ada tindak balas tak?
Puteri Monyet: Syukur Alhamdulillah ! Cinta beta berbalas.
Burung : Tahniah tuan puteri ! Patik .. doakan cinta tuan puteri rimba berjaya.
Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput patik.
Puteri Monyet : Takkanlah beta nak lupakan tuan hamba. Beta
akan jemput semua binatang di darat mahupun di laut.
Burung : Dapat patik bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
puteri rimba tu.... Urusan kad jemputan kahwin patik
yang uruskan. Patik minta kerjasama kawan-kawan patik untuk
kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
yang ada di darat mahu pun di laut.
BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)
Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.
Siput : Surat siapa yang kau bawa tu burung?
Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.
Siput : Siapa pulak yang nak kahwin?
Burung : Puteri Monyet dengan Raja Harimau.
Siput : (KETAWA)
Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?
Siput : Aku tak percaya.
Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
engkau baca kad jemputan kahwin ni!
(MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)
Siput : (TERPERANJAT) Iya betullah. Ini satu keajaiban!
Burung : Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
Itu namanya jodoh dah tersurat .
Siput : Siapa-siapa lagi yang dijemput?
Burung : Seluruh binatang di laut dan di darat.
Siput : Hebat!
Burung : Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.
Siput : Sampaikan salam aku pada Puteri Rimba. Katakan aku ucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputannya.
Gajah : Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau,
tu burung?
Burung : Satu haribulan satu tahun 2020.
Gajah : Tepat pada masanya. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.
Burung : Kejayaan apa pulak tu?
Gajah : Iyalah dengan sahnya perkahwinan Raja Harimau dengan Puteri monyet secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan seluruh binatang.
Burung :Sungguh bijak engkau gajah.
Gajah : Kau pun apa kurangnya ,,,kita sama-sama bijak kan2!
Burung : hehehe … aku pergi dulu…
jangan tak datang bawa saudara mara engkau ya gajah.
BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.
Kucing : Macam mana dengan kain pelamin yang aku
buat ini cantik tak?
Itik : Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.
Singa : Siapa yang pilih warna?
Arnab : Siapa lagi pengatinlah. Katanya warna unggu adalah
lambang kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.
Ayam : Romantik sungguh pengantin kita tu. Siapa pulak yang
mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?
Kucing : Keluarga monyetlah. Mereka mahir dalam panjat memanjat.
Itik : Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
kita nanti?
Singa : Rupa ibu dan bapak dialah!
Kucing : Rupa mounyetlah. Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
(SEMUA TERGELAK BESAR)
BABAK KESEPULUH (TETAMU DATANG)
Malam dinantikan penuh debaran,
Persandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira menantikan tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.
Tetamu datang dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana pengantin idola perdamaian.
Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.
Itik : Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang
di belah dua.
Burung : Engkau engok tu… bintang-bintang di langit
bergemerlapan dan bertaburan di sana sini seolah-olah
menyerikan lagi majlis perkahwinan ini, mari kita
tengok barang-barang hantaran harimau kepada monyet.
Kucing : (MEMBELEK HANTARAN)
kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah Puteri Rimba dapat
bersuamikan Raja Harimau.
Itik : Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau
kahwin dengan aku.
Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.
Itik : (KETAWA) Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.
BABAK KESEBELAS (SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DAN MASUK
TAHUN 2020)
Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga api berpercikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.
Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam itu penuh kemeriahan.
Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.
Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.
Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.
Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba
yang kami sayangi. Tuanku telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
tolong menolong dan aman damai selamanya. Terima kasih
Pengantin Raja Rimba.
Raja Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG PERMAISURINYA)
Ucapkan terima kasih kepada permaisuri beta. Dialah yang telah
membuka hati beta untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
penghuni lautan juga.
Puteri Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS
SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT
DAN DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)
TAMAT
Karya: RATU RIMBA NIAGARA
16 Muharram 1434H
30 November 2012M
·
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH)
15 Rabiulawwal 1434H
27 Januari 2013M
PETIKAN PERPUSTAKAAN & GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA NUSANTARA
CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
16 SYAWAL 1435H
12 AGUSTUS 2014
PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (1) RENTETAN SKRIP TEATER BANGSAWAN DIRAJA PENGANTIN RAJA RIMBA
by Ratu Rimba Niagara on Friday, September 23, 2011 at 9:15pm
Setelah berkahwin dengan Raja Rimba, Puteri Monyet mengikut
suaminya tinggal di sebuah istana di Belantara Niagara.
Rumahtangga yang dibina atas dasar saling cinta menyintai
amat bahagia. Sehati sejiwa saling hormat menghormati,
Saling bertukar pandangan dan sentiasa memikirkan masalah
seluruh haiwan yang ada di Belantara Niagara.
Kebahagian rumahtangga Raja Rimba tidak lama apabila
seluruh kaum Raja Rimba tidak senang hati dengan perkahwinan
Raja Rimba dengan Puteri Monyet.
Terutama sekali Puteri Harimau yang sudah lama menaruh hati
dengan Raja Harimau.
Puteri Harimau telah membuat strategi untuk membunuh Puteri Monyet yang ketika itu sedang sarat mengandung Putera Sulungnya.
"Beta... tak akan lepaskan si bedebah itu yang telah merampas
kekasih beta...beta mesti membalas dendam. Dia mesti mati!!!"
"Tapi macam mana kita nak bunuh dia Tuan Puteri sebab Raja Rimba
selalu berada di sisinya."
"Tak apa beta tahulah nak buat macam mana..."
"Kamu tengoklah nanti... dia akan menyesal kerana merampas kekasih beta!"
Ketika perbualan Puteri Harimau dengan pengikut-pengikutnya, dayang Puteri Monyet telah terdengar.
Jantungnya berdetak kencang...Dayang menangis kerana dia tidak mahu kehilangan Permaisuri Monyet yang amat disayanginya. Kebaikan Puteri Monyet kepada seluruh Rimba Niagara telah sebati dalam semua haiwan-haiwan kecuali puak-puak Raja Rimba yang sememangnya berdengki hati dengan Puteri Monyet.
"Walau apa yang terjadi aku takkan biarkan Permaisuri Monyet dibunuh aku akan lindungi Permaisuri biarpun nyawa aku jadi taruhan!!.
Petang itu Puteri Harimau datang ke Istana Rimba Niagara dengan membawa mempelam muda.
"Permaisuri...beta ada bawakan mempelam muda untuk Permaisuri..."
"Hi...sedapnya...beta sudah lama mengidamkannya...sudah serata tempat Kekanda Rimba mencari mempelam muda tapi baru sekarang beta dapat merasai mempelam yang beta idamkan...Terima kasih Tuan Puteri kerana memahami buah mempelam muda yang beta idamkan," kata Permaisuri Monyet penuh gembira.
"Kalau macam ni setiap hari beta boleh bawakan.. mempelam muda untuk Permaisuri lagi ye... sehingga Permaisuri melahirkan cahayamata."
"Baik sungguh hatimu Tuan Puteri...Kebaikan Tuan Puteri Beta amat
hargai dan amat terharu."
"Permaisuri kesayangan seluruh haiwan di Rimba Niagara ini...
apalah salahnya beta berkorban demi Permaisuri tanda kasih
sayang beta kepada Permaisuri."
"Terima kasih Puteri Rimba."
Raja Rimba pulang dari berburu.
"Mana dinda dapat buah mempelam muda ni dinda?"
"Puteri Rimba ada datang tadi dia yang memberi dinda buah
mempelam ini."
"Dinda...kanda sudah lama kenal dengan hati budi Puteri Rimba tu...
Mesti ada niat tak baik kepada dinda..."
"Kanda...kanda...tak baik berperasangka yang bukan...bukan...
kita bersangka baik ye.. Ha...lagi pun bukan dinda yang nak
makan buah mempelam ni....anakanda yang dalam kandungan ni kanda..."
Permaisuri Monyet tergelak.
"Mentang-mentanglah kanda tak dapat carikan mempelam muda untuk dinda..."
Kanda dengar dalam kandungan dinda ye" Raja Rima meletakkan telinganya ke perut isteri kesayangannya .
"Anakanda...anakanda nak pelam ye ...tak pe....kejap lagi
bonda kesayangan anakanda makan ye...anakanda."
"Kanda ni ada-ada aje lah..." Mereka suami isteri tergelak geli hati
yang bukan kepalang.
Malam itu Permaisuri Monyet tidak dapat tidur kerana perutnya memulas- mulas kesakitan.
"Dinda...dinda..kenapa dinda...." Tanya Raja Rimba penuh cemas.
"Sakit...! Kanda....Sakit sangat perut dinda ni.....!" Permaisuri
Monyet menangis tidak dapat menahan sakit perut yang amat sangat.
"Sabar lah dinda...jangan ....jangan dinda sakit nak bersalin..."
Raja Rimba menitahkan dayang memanggilkan Mak Bidan untuk menyambut anakanda diRaja.
Permaisuri Monyet selamat melahirkan seorang Putera yang sangat tampan.
Bentuk saling tak tumpah seperti Bonda Permaisuri dan berbelang-belang seperti Ayahanda Raja Rimba.
"Tuanku... Syurkur Allhamdulillah Permaisuri selamat melahirkan Putera
amat sempurna sekali. Tengok ni...rupa macam Tuanku dan Permaisuri. Cantikkan ..." kata Mak Midan sambil memberikan Putera diRaja yang baru dilahirkan kepada Raja Rimba.
"Syukur Alhamdulillah dengan Kurniaan Allah pada beta."
Raja Rimba mengazankan pada Putera Baginda yang tercinta. Setelah itu Baginda terus masuk ke kamar mendapatkan Permaisuri yang masih lemah.
"Dinda...Terima kasih dinda kerana melahirkan anakanda untuk kanda...he tengok ni...rupa macam dinda dan belang-belang macam kanda....cantikkan..." Raja Rimba mencium putera baginda yang baru dilahirkan berkali-kali penuh kasih.
"Ye...lah kanda... anakanda kita sempurna sekali cantiknya. Belang-belangnya lambang kemegahan Keperwiraan. Dinda sangat bersyukur pada Allah ..kanda.
"Kanda pun begitu juga dinda...Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini."
Tiba-tiba kedengaran suara cemas dari hulubalang istanama.
"Tuanku... Istana sudah dikepung Tuanku...ramai pendekar istana dibunuh."
"Siapa yang punya angkara hulubalang."
"Puteri Rimba...Tuanku."
"Bedabah!Beta dah agak dah...Puteri Rimba akan melakukan sesuatu."
"Tuanku... Tuanku larilah dari sini Tuanku...."
"Kanda...Kanda....kena pertahankan Takhta Kanda...biar dinda dan anakanda yang pergi dari Istana Niaga ini."
"Dinda....! Kita kan dah janji hendak sehidup semati....Tidak dinda....Kanda tak akan biarkan dinda dan anakanda berpisah dengan kanda."
"Kanda...kekallah tahta di Raja...Puteri Rimba cuma mahukan kanda..dinda sudah relakan kanda...demi keharmonian semua haiwan di Rimba
Niagara ini."
"Dinda...kenapa dinda korbankan kebahagiaan sendiri demi keamanan rimba raya ini?"
"Kanda ...sebenarnya kebahagiaan dinda adalah keselamatan dan keamanan semua penghuni Rimba Niagara ini kanda."
"Maafkan segala kesalahan dinda kanda... Insya-Allah ada peluang kita berjumpa ...ya kanda...." Permaisuri tidak dapat menahan sebak lalu berjuraian air matanya hingga tertitis air matanya ke wajah putera yang baru dilahirkan."
"Dinda...jagalah anakanda baik-baik ya...nanti kanda akan cari juga dinda dan anakanda ...."
Dayang dan hulubalang menemani Permaisuri dan Putera baginda melarikan diri dari Istana Niaga. Mereka merendah hutan di malam yang gelap gulita.Rupanya mereka telah diburu oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
"Permaisuri...lari....lari segera....biarkan patik di sini," kata dayang istana penuh cemas.
Permaisuri sempat melarikan diri meninggalkan dayang dan hulu balang
yang telah berjaya dibunuh oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
(BERSAMBUNG)
Karya Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)
by Ratu Rimba Niagara on Tuesday, September 27, 2011 at 12:17am
PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)
Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
Permaisuri monyet yang tidak bermaya sambil mengelek
puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
puteranya yang sedang menangis kehausan.
Selepas itu permaisuri monyet rebah menyembah bumi.
Permaisuri monyet mati terkena tembakan Pak Deli.
Tubuhnya berlumuran dengan darah. Puteranya masih
lagi dalam pelukan bunda tercintanya.
Pak Deli yang menyaksikan kejadian tersebut bagaikan
tersayat hatinya ditusuk sembilu. Timbul kekesalan
di hatinya yang amat sangat.
Dia mengambil putera dari dakapan bondanya yang telah
mati. Puas dia mengambil putera tapi putera masih tidak
mahi melepaskan pelukan bondanya. Akhirnya dia terpaksa
akur dengan kekuatan Pak Deli. Ketika Pak Deli meninggalkan
bondanya yang tebujur kaku dia sempat memandang bondanya
buat kali terakhirnya. Dan sempat dia memberi lambaian
terakhir kepada bondanya.
Sampai di rumah...Pak Deli menceritakan apa yang telah
berlaku ketika di hutan ketika dia sedang berburu.
"Abang...sampai hati abang tembak ibu monyet...dia
masih lagi menyusu....sampai hati abang memisahkan kasih
sayang ibu dengan anaknya.
"Abang pelik dengan anak monyet... ibunya hitam....anaknya
cantik...tengok tu bulunya berbelang-belang macam harimau."
"Apa pun alasan abang...abang tetap salah...tidak kasihan
ke abang pada nasib anak monyet ni nanti?"
"Kalau dijual anak monyet ni ...kita dah boleh jadi kaya...
tak perlu hidup sesusah ini lagi."
"Abang....biarpun berapa juta harga anak monyet ini...
saya takkan benarkan abang menjualnya? Saya nak belanya
kerana saya bertanggungjawab di atas kematian ibunya.
Saya dengar cerita abang pun saya telah jatuh kasih pada
anak monyet ini. Lagipun kita tidak punya anak..biarlah
anak monyet ini jadi anak kita..." kta Mak Limah sambil
memeluk putera dengan penuh kasih sayang. Putera dari
dati memang Mak Limah dengan matanya yang kuyu seolah
minta dikasihani...kesedihan di atas kematian bondanya
masih dalam terbayang-bayang di ruangan matanya.
Sudah hampir dua bulan berita kehilangan Permaisuri Monyet
tidak dapat didengari oleh Raja Rimba . Puteri Monyet
memberi kata dua kepada Raja Rimba jika sekiranya Raja
Rimba tidak mahu mengawaininya akan berlakulah peperangan
yang amat dahyat di Rimba Niagara. Raja Rimba teringatkan
kata-kata Permaisuri Monyet.
"Kanda... apalah ada pada cinta kanda...biarlah dinda yang
terkorban asalkan penghuni rimba... aman bahagia selamanya.
Kanda mesti pertahankan kerajaan Rimba Niagara...biarpun
kanda terpaksa berkahwin dengan Puteri Harimau. Dinda sudah
relakan. Mesti diingat...penghuni Rimba Niagara adalah lebih
diutamakan daripada cinta kanda dengan dinda...ye...cinta
kanda kepada penghuni Rimba Niagara ...di situlah cinta
dinda pada kanda."
Majlis Perkahwinan di antara Raja Rimba dengan Puteri Harimau
dibuat secara besar-besaran..selama tujuh hari tujuh malam.
"Barulah bagaikan pinang di belah dua..." kata suku sakat
harimau."
Dengan termentrinya perkahwinan Raja Rimba dengan Puteri Harimau
maka tiadalah berlaku peperangan...dan terselamatlah penghuni
Rimba Niagara .
Putera yang dipelihara oleh Mak Limah diberi nama Sang Kuriang.
Sang Kuriang sangat cerdik dan pandai mengambil hati kedua orang
tua angkatnya.
Pak Deli yang pada awlanya ingin menjual Sang Kuriang tidak
jadi meneruskan hajatnya ....kerana tidak sampai hati melihat
isterinya Mak Limah berdukacita.
Sudah hampir Sepuluh tahun Sang Kuriang dipelihara oleh Pak
Demi dan Mak Limah.
Pada suatu hari suatu peristiwa yang tidak disangka berlaku.
Apabila rumah Pak Deli terbakar. Pak Deli mati terbakar
hangus . Mak Limah dan Sang Kuriang sempat menyelamatkan diri.
Mereka ini tiada tempat berteduh . Mereka tinggal di sebuah
gua di dalam hutan.
"Emak...macam mana kita hendak teruskan kehidupan mak...dalam
hutan ni...apa yang kita nak makan nanti...."
"Kuriang anakku...kau dah besar panjang...kejadian asalmu kau
mahir panjat memanjat...usaha ye nak ye...mak dah tua ....dah
ak larat lagi hendak mencari rezeki untuk kita makan...inipun
nasib baik kita dapat tempat berteduh dari hujan ribut."
"Baiklah kalau itu yang emak kata...Kuriang akan cuba berusaha
mencari rezeki untuk kita meneruskan kehidupan."
"Bagus anakku...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Yang
penting Kuriang mesti yakin dengan kebolehan Kuriang ye...nak."
"Ye mak..."
Pagi lagi di hutan belantara Kuriang memberanikan diri memanjat
dari satu pokok ke satu pokok. Pada awalnya tika mula mencuba
banyak kali dia gagal...tetapi kerana teringatkan kata ibu angkatnya
"Yakin dengan kebolehan sendiri" akhirnya Sang Kuriang berjaya
memanjat dan bersenggut dari satu pokok ke satu pokok. Macam
Tarzan lagaknya. Kerana terlalu gembira yang amat sangat setelah
berjaya bersenggayut ...hingga terlupa mahu pulang.
"Emak....emak...! Kuriang dah pandai memanjat....seronok emak...
tengoklah apa yang Kuriang bawa ni... emak makan... ye...air pun
Kuriang bawakan untuk emak. Ini semua berkat mendengar nasihat
emak...Percaya dengan kebolehan sendiri....:
Mak Limah merasa gembira...kerana Sang Kuriang sudah pandai
berdikari dan boleh menjaga makan minum Mak Limah.
Setelah setahun tingga di gua tersebut...Mak Limah meninggal
dunia kerana sakit tua.
Sedihnya hati Sang Kuriang di kala itu Tuhan saja yang tahu.
Tapi kena tabah. Ibu angkatnya dikebumikan di atas sebuah
bukit di dalam hutan.
Kerana terlalu sedih Sang Kuriang tertidur di pusara ibu angkatnya
Mak Limah.
Dia bermimpi...
"Bonda sangat rindukan anakanda... carilah ayahanda di Rimba Niagara
Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda ...anakanda..."
Sang Kuriang tersedar dari mimpinya. Kata-kata....bonda rindukan
anakanda...carilah ayahanda di rimba Niagara Raja yang memerintah
Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda..
Esoknya Sang Kuriang pergi ke Rimba Niagara mencari ayahandanya
yang dimaksudkan dalam mimpi tersebut.
Akhirnya dia sampai ke Istana Rimba Niagara. Dia meminta izin untuk
berjumpa dengan Raja Rimba Niagara.
"Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun..ada rakyat ingin mengadap
Tuanku..ampun Tuanku,..." kata hulubalang.
Sang Kuriang dibenarkan masuk mengadap Raja Rimba.
"Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...."
"Apakah hajat tuan hamba mengadap beta?"
"Ampun Tuanku...sembah patik harap di ampun...adapun patik datang
ke Istana ini inginkan kepastian tentang maksud mimpi patik."
"Apa mimpi tuan hamba...ceritakanlah beta sudi mendengarnya."
"Adapun patik bermimpi ...bunyinya begini....bonda rindukan anakanda...
carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara
adalah ayahanda anakanda....sebab mimpi itulah patik terpanggil untuk
datang ke Istana Niaga berjumpa Tuanku."
"Oh tak syak lagi anakandalah...yang ayahanda cari-cari selama ini..
OH! Anakanda ...ayahanda rindukan anakanda....ayahanda pun bermimpi
yang sama." Raja Rimba memeluk puteranya yang selama ini dirindui.
Bondamu telah pun mangkat dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan
diRaja....nanti ayahanda tunjukkan tempat. Bonda tirimu baru sebulan
mangkat...Ya Allah syukur kerana dapat bertemu dengan anakanda hamba..
Syukur Ya Allah."
Putera Sang Kuriang telah ditabalkan menjadi Raja Rimba Niagara
yang baru menggantikan ayahanda baginda yang telah uzur.
"Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"
Karya Putri Rimba Niagara
26 September 2011
PANTUN PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)
Si Haslie Umar empunya cerita,
Bergelar Raja Di Rimba Nilam Puri;
Telah berlaku perebutan kuasa,
Makanya ditumpangkan anak pada Mat Kr rakan yang dipercayai.
Putera puterinya menjadi sahabat kepada Putera Sang Kuriang,
Diajar ilmu persilatan dan kepahlawanan Di-Raja;
Agar menjadi Raja yang gagah perkasa penuh kasih sayang,
Mempertahankan rakyat di Rimba Niagara dan Nilam Puri tercinta.
Dalam perebutan kuasa Raja Haslie Umar menang,
Datang ke Rimba Niagara menjemput putera dan puterinya;
Terhutang budi dengan Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang,
Kebaikan dibalas dengan kebaikan penyambung ikatan hati dan jiwa.
Puteri Raja Haslie Umar dikahwinkan dengan Putera Sang Kuriang,
Disambut besar-besaran penuh gilang gemilang;
Semua rakyat meraikan perkahwinan diRaja berhati girang,
Makanya ikatan Raja dan rakyat bertambahlah kasih sayang.
Karya Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)
Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku
perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan
Raja Ahmad Kamal. Raja Ahmad Kamal adalah sepupu
kepada Raja Haslie Umar.
Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah.
Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri.
Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar
dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia
sekeluarga.
"Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja
menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di
Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga
di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...
Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda
setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar
kacir...."
Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu
menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah
mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.
"Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda
datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri
Sang Syifa dengan tangisan pilu.
Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.
Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.
Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama
mempelajari ilmu persilatan mereka mahir ilmu persilatan , begitu juga Puteri Sang Syifa.
Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.
Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan Raja Haslie Umar.
Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.
Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkahwin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.
Karya Putri Rimba Niagara
17 Mei 2012
PERSEMBAHAN TEATER DIRAJA ,'PUTERA SANG KURIANG' DIADAKAN DI PANGGUNG BANGSAWAN MERAK KAYANGAN PADA 1.1.2020
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
TETAMU JEMPUTAN:
SELURUH KERABAT DIRAJA MELAYU
& RAKYAT YANG MEMPERTABATKAN INSTITUSI DIRAJA
PAKAIAN : TRADISIONAL MELAYU
HARGA TIKET: MENGIKUT ZAMAN
TIKET TERHAD
BAGI YANG TERLEPAS PELUANG
JANGAN GUNDAH GULANA JIKA MENDAPAT SAMBUTAN
TEATER DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' AKAN DIADAKAN
BERTERUSAN HINGGA KE GENERASI MASA AKAN DATANG!
DATANG JANGAN TAK DATANG!
"RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA"
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
17 Mei 2012
FESTIVAL FILEM TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' ARAHAN PUTRA RIMBA & PUTRI RIMBA NIAGARA MOGA MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA SEMUA GOLONGAN GENERASI KINI DAN AKAN DATANG AAMIN.
Ibnu Daim Abdul Hamid approved your post in TEAM PENCINTA ALLAH.
Al Husnie BERJUANG BERSAMA=BERSAMA...... WAHAI SAUDARA2 KAMI !!!... BANGKITLAH… TEGAKKANLAH HUKUM2 ALLAH SWT, SEMOGA RAHMAT,HIDAYAH,KESELAMATAN , KEBAHAGIAAN , KASIH DAN SAYANG ALLAH SWT, DI TURUNKAN DI NEGRI , NEGARA & DI BUMI ALLAH SWT INI. AAMIIN.
BANGKITLAH SINGA TAUHID ,PASUKAN PANJI ISLAM dimanapun,apapun statusmu, M.ALHUSNIE THAMRIN,R - ALKHATTAB . wahai pemuda dan pemudi Islam..buka mata diseluruh dunia . hai hati yang berjiwa besar, hati yang bercita-cita mulia, hati yang kuat tekadnya, hati yang tinggi semangatnya, hati yang kental imannya..Siapkanlah dirimu... Kerana kamulah Yang akan dipilih untuk menjadi mujahid fisabilillah ........
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12 SAFAR 1437H
24 NOVEMBER 2015


KARYA IBU UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA DI SELURUH DUNIA
"Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia
kasih sayang ibu sentiasa ada teruntuk untukmu
telah banyak karya yang ibu karangkan untukmu
agar manusia di luar sana memahami duniamu
dan menghargai kelahiranmu ke dunia ini.
Pelbagai tema yang ibu karangkan,
kamu terhibur, suka, ceria, mahu menjadi
anak yang baik, suka berbakti kepada kedua orang tua
dan mempunyai sifat keinsanan yang tinggi.
Kamu akan rasa hidup ini adalah satu keindahan
apabila dipenuhi dengan kasih sayang seluhur hati seindah budi.
Andai hidupmu dizalimi
sabarlah ....
percayalah hukum karma akan tertimpa kepada mereka yang zalim kerana TUHAN itu Maha Penyayang sukakan kebaikan
mereka yang zalim akan dibayar tunai di dunia lagi
tidak di dunia di akhirat pasti menanti
Barangkali manusia di luar sana tidak
mengetahui derita yang kau tanggung di kala ini
kau dianiayai...kau dizalimi oleh darah dagingmu sendiri
dan mereka yang berhati kejam berwajah manusia tapi
berhatikan syaitan durjana...
Andai ibu ada kuasa untuk melindungimu
akan ibu usahakan
akan ibu dayakan
untuk menyelamatkan kamu
daripada mereka yang telah
menganiayai dan menzalimi kamu
Pasti bahagia
hidup kita nak...
hari-hari kita bercanda
ibu bercerita
kalian mendengar penuh kusyuk dan takjub
Sambil bercerita
ibu ketawa
anak-anak pun ketawa
saat yang paling bahagia
melihat anak-anak ketawa
rasa dunia ini berpelangi setiap masa
terlalulah indah senyumanmu nak...
membuatkan ibu rasa mahu hidup seribu tahun lagi
Bilamana cerita sedih
mendayu-dayu hiba
sambil bercerita ibu menangis hiba
anak-anak pun menangis penuh hiba
kita sama-sama menangis
sesak dada ibu untuk menghabiskan cerita
penuh luka dalam duka
atas perbuatan zalim mereka
yang bertopengkan manusia berhatikan iblis
Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia...
apakan daya ibu tak dapat menumpang kasihmu
yang terlara duka dilarutkan kasih tersisih di lautan asid
dalam gulungan bara ombak bergelora tak henti membadaimu
derita ...azab ...sengsaramu hanya Tuhan yang tahu
Ibu faham
apalah ada pada kudratmu sekecil itu
kau pasrah apabila kau dizalimi tanpa ehsan
hanya air mata pengubat deritamu
sehingga airmata kering pun tiada siapa yang sudi ehsani...
sabarlah nak...
Syurga tempatmu nak...
neraka tempat mereka yang menzalimimu
derita sengsara di dunia ini sementara
tapi azab di neraka maha dahsyat!
andai kamu di tempatkan di Syurga
kamu akan lupa azab sengsaramu tika di dunia
mereka yang di tempatkan di neraka atas sebab menzalimimu
akan menyesal seumur hidup mereka...
itulah bedanya Syurga dan Neraka
maka sabarlah nak ya...
Duhai anak-anakku yang berada di seluruh dunia...
walaupun ibu tiada di sisi kalian
karya-karya ibu mengenai
arti sebuah kasih sayang
akan ibu layangkan
akan ibu terbangkan
dan ibu taburkan di seluruh dunia
apabila anak-anak terima nanti
kasih sayang ibu telah ada di sudut hatimu
pengubat lukamu
dan bayangkanlah
ibu berada di kelilingi anak-anak
yang ibu kasihi
sepenuh jiwa raga....
pasti dunia kita indah
berpelangi cinta
berpurnama sayang
kita senyum bersama bintang kejora
yang akan bersinar
menyinari hidupmu yang bergerhana bergelora derita
ALLAHU AKBAR indahnya di kala itu
hanya TUHAN yang tahu...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'KASIH DAN SAYANG IBU PADAMU SAMPAI KE JANNAH AAMIIN'
Karya Ibu Istimewa Untuk Anak-Anak Tercinta Yang Berada Di Seluruh Dunia,
Ratu Rimba Niagara
2 Ramadhan 1435H
30 Jun 2014


7 tahun yang lepas
YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAU MAHA KAYA ...KAU MAHA MEMAHAMI ISI HATIKU...BARU AKU BERKIRA-KIRA MAHU MENGARANGKAN CERITA ROBOT TEKNOLOGI...KAU SUDAH PAPARKAN DI SINI MELALUI HAMBA-MU DHIA DAMIA WIDAD QUTB..TERIMA KASIH DHIA...ATAS USAHAMU UNTUK SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBANTUKU DENGAN MENYIARKAN GAMBAR YANG MENARIK INI....IZINKAN HAMBA SHARE GAMBAR INI YE...
Dhia Damia Widad Qutb ya..silakanlah sahabatku Ratu Rimba Niagara
5 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Trima kasih. Moga Allah izinkan hamba mengarangkan cerita kisah benar tapi pelik ini penuh fantasi tapi nyata..nak percaya sukar tak percaya entah...wallahua'lam.
RATU RIMBA NIAGARA
151212
7 tahun yang lepas
SELAMAT TINGGAL HULUBALANG ROBOT
Tak apalah leftenan kerja hamba siarkan karya saja..terpulanglah hendak komen atau tidak...nanti satu masa jika hamba mogok tak mahu siarkan karya ...faham-faham sajalah leftenan...maknanya hati hamba sudah hancur kecewa dengan tuan hamba....tuan hamba sama saja dengan hulubalang-bulubalang hamba yang lain kata nak jadi rakan fb seperti hulubalanglah nak sokong hambalah dan beri pendapat bernas pada karya hambalah...setelah hamba terima jadi rakan fb bukan nya nak sokogn...senyap je...makanya hamba nak umumkan kepada rakan-rakan fb hamba yang sunyi senyap...jika hamba sepikan dan lucutkan jawatan hulubalang fb gara-gara senyap tanpa suara...maafkan hamba...bukan kehendak hamba jadi begitu...termasuk juga kamu leftenan Adam...jika kamu hendak tahu hamba hanya memerlukan rakan fb hulubalang yang bukan pepatung tidak bersuara tapi jika benarlah tiada suara hamba kirimkan bateri untuk besuara...gimana mahu kah hamba kirimkan bateri kalau hamba tak kirimkan belilah sendiri...lagipun di rimba istana yang terkurung ini manalah hamba hendak dapatkan bateri ye....maafkan hamba sekai lagi jika kata-kata hamba mengguris hatimu ...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
151212
2 tahun yang lepas
Scienze Fanpage
Tre fulmini sulla città.
Una potenza devastante (Foto scattata a St. George, nello Utah)
STJobs.sg sedang bersama Melati Praviesta dan 2 yang lain.
If you are a job-hopper and often change your job in every few months time, http://bit.ly/11o1Kno make sure you get yourself a cool office room that has awesome view to stay for a longer period.
2 tahun yang lepas
2 tahun yang lepas


İsmail Can Turki
Menangislah tetapi jangan mengalah.Kerana 'syurga' milik mereka yang tak berputus asa mengejar rahmat Allah.
RIMBA NIAGARA KETENANGAN YANG ABADI INSYA-ALLAH AAMIIN
Panggil saja kanda Ratu Rimba...kerana kanda ni tinggal di dalam istana rimba niagara...makanya bahasa yang digunakan bahasa istana...cuma istana rimba faham-faham ajelah nama aje istana tapi cuma pondok kecil saja...bagi kami biarpun cuma pondok kecil tapi sudah di anggap macam istana yang indah besar kerana hari-hari kami berbahasa indah-indah terlalu indah...jika kanda menangis penghuni rimba segera menyapukan air mata kanda dengan daunan kasih terus tak jadi menangis ...tambah-tambah bila mereka tergelak...lagilah kanda terus ketawa melihat gelagat mereka yang melucukan ...dinda dhia....sejujurnya kanda aman bahagia di sini...di sinilah tempat kanda mendapat ketenangan abadi ...Insya-Allah Aamiin.
RATU RIMBA NIAGARA
151212
DENGAN RAHMAT KASIH-MU TANPA BATAS
Duhai hatiku
Yang sudah banyak kali terluka dan dilukai
Hinggakan semua hatiku sudah hancur lulur
Tapi ku cuba
Terdaya mampu
Untuk kucuba tersenyum
Agar tiada yang tahu
Hatiku sudah hancur sehancurnya
Tapi bila mana kufikirkan
Apalah ada pada
Kehancuran hati yang nampak
Kan kujahit hati yang nampak
Dengan Nur Hidayah KasehNya
Yang dihantar melalui para sahabat akhiratku
Untuk merawat hatiku yang hancur
Berkat aku berkawan
Dengan sahabat akhirat
Yang tak jemu
Yang tak lelah
Mencurahkan ilmu akhirat
Kesedihan...kelukaan...hatiku
Insy-Allah berjaya dipulihkan dengan izinNya jua
Hatiku jadi tenang...
Hati yang tenang inilah
Yang akan mengadap Tuhan...
Dalam jiwa yang tenang
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukur Ya Allah ....
Karena dengan Rahmat Kaseh-Mu Tanpa Batas
Kau Kurniakan aku sahabat akhirat
Berkat ilmu akhirat yang dikongsikan kepadaku
Aku amalkan dalam hidupku
Yang tandus iman ini
Hatiku terawat
Hatiku bersinar-sinar
Sinaran iman
Iman yang menjadi penemanku
Tika di dunia mahupun di alam akhirat
Terima kasih sahabat akhiratku
Kerana keikhlasanmu berbagi ilmu dunia akhirat
Moga Allah Azzawajallah membalas kebaikanmu
Dengan Rahmat Kaseh-Nya Tanpa Batas
Tika kau hidup dan mati
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Sahabat Akhiratmu Selagi Hayat Ingin Menjadi Sahabatmu,
Ratu Rimba Niagara
11 Disember 2012

INSYA-ALLAH DI SYURGA MENANTI
Rakan fbku
Kau adalah sahabat dunia akhiratku
Di kala aku terlena
Kau yang kejutkan aku dari lena
Agar aku bangun
Mengejar masa yang tertinggal
Masa yang tak akan dapat kuraih kembali
Terima kasih rakan fbku
Rakan fbku
Di kala aku berduka
Kaulah penyembuh dukaku
Dukaku kau rawat dengan benang kasih sucimu
Aku menangis hiba
Aku menangis syahdu
Aku menangis dalam sendu
Aku terharu
Sejujur terharu
Rakan fbku
Bagiku kau permata Syurga
Kiriman dari-Nya untukku Syukuri
Kau pelangi indah yang kutunggu-tunggu
Indahmu bagaikan pelangi di malam hari
Indah....indah....indah...
Terlalulah indah
Tak dapat dilafazkan dengan kata-kata
Melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Rakan fbku
Kehadiranmu kusambut
Dengan segala ketulusan jiwa kasih murni
Sesuci embunan pelangi cinta di pagi hari
Kerana hatimu suci murni bak embunan pelangi cinta
Rakan fbku
Kerana hadirmu adalah
Sumber inspirasiku berkarya
Agar aku dapat berkarya
Memuji Tentang Kebesaran Tuhan
Mahu mendalami pelbagai ilmu
Ilmu ....
Ketuhanan
Kerohanian
Kemanusiaan...
Kemanisan iman
Berkasih sayang kerana-Nya
Berukhuwah kaseh kerana-Nya
Mengingati mati
Azab sengsara di alam barzah
Kenikmatan Syurga Firdausi ...
Makanya aku perlukan
Rakan fb ke arah
Ke jalan-jalan
Ke negeri Abadi...
Yang mana bila sudah sampai
Waktu dan ketikanya
Kita tak akan diberi peluang kali kedua
Untuk hidup di bumi semula
Subanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Aku tak mahu sampai
Aku menyesal yang sesungguhnya
Kerana nasi sudah menjadi bubur
Aku tak bisa dihidupkan kembali
Walaupun hanya sekadar ..
Mengucapkan Ya Allah...
Ya Allah ampunkan aku
Hidupkan aku semula
Biarpun aku meraung sementa alam
Biarpun aku menangis seluas samudra
Merayu...rayu...kepada Tuhan...
Agar dapat dikembalikan semula ke bumi
Tapi rayuanku sudah terlambat untuk dikesali
Masa untuk ku bertaubat sudah tamat....
Syukur Ya Allah....
Kau masih memberi aku kesempatan...
Pada waktu yang tersisa ini
Kau berilah aku kesempatan
Membawa sebanyak mana amal soleh
Yang Kau redhai
Itu saja yang aku dambakan pada-Mu
Ya Allah...
Dikala nyawa di kandung badan
Pintu taubat , Kau masih
Memberi aku peluang...
Makanya berilah aku peluang Ya Allah...
Belas Ehsanlah padaku Ya Allah...
Aku tahu jika nafas belum sampai di kerongkong
Kau akan terima taubatku
Setitis air mataku saja jika ikhlas merayu pada-MU
Dapat memadamkan api neraka-Mu
Allahu Akbar
Betapa Maha Pengasih Penyayang-Nya Engkau Ya Allah...
Amalanku sedikit
Rayuanku dengan tangisan hiba mahu pulang kepada-Mu
Kau terima tanpa mengira aku siapa....
Sesungguh-NYa
Akulah manusia yang paling rugi
Jika kesempatan hidup yang tersisa ini
Aku biarkan percuma tanpa perhatian-Mu Ya Alllah...
Makanya Ya Allah...
Izinkanlah aku berbuat segala amalan soleh
Bukan untuk dipandang manusia
Tapi hanyalah untuk mendapat keredhaan-Mu
Bantulah aku jika aku buntu
Bantulah aku jika aku dianiaya manusia yang mendengki
Mudahkanlah aku untuk ke jalan-jalan-Mu
Tanpa dihalang oleh sesiapa melainkan-Mu
Kerana hidup dan matiku sudah kuserahkan pada-Mu
Moga Kau makbulkan segala cita-citaku yang Kau Redhai
Aamiin Aamiin Amiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Rakan fbku
Kerana hidup matiku hanyalah untuk-Nya
Dan tak akan kufikirkan masalah yang remeh temeh
Fikiranku hanya terfokus kepada matlamatku
Matlamat mencapai segala cita-citaku
Makanya aku sudi menjadi rakan fbmu
Niatku sentiasa baik padamu
Sayangku padamu kerana-Nya
Tolong tinggalkan aku
Jika kamu berniat tak baik padaku
Tolong tinggalkan aku jika kamu wujud tapi tak wujud difbku
Tolong tinggalkan aku jika kamu mahu menfitnahku
Tolong tinggalkan aku jika kamu sengaja mahu menyakitkan hatiku
Tolong tinggalkan aku jika kamu berdengki hati denganku
Tolong tinggalkan aku jika kamu jenis yang sibuk selalu
Tolong tinggalkan aku jika tak mahu berkomunikasi denganku
Jika kau tak mahu tinggalkan aku kerana sebab-sebab tertentu
Maafkan aku jika aku tinggalkan kamu...
Anggaplah kita bertemu kerana Allah
Kita berpisah kerana Allah juga...
Maaf...maaf ...maaf kupinta...
Andainya berpisahan terjadi jua...
Tak bertemu di alam maya
Insya-Allah di Syurga menanti....
Luahan rasa rakan fbmu,
Ratu Rimba Niagara
151212
Komen
  • Muhammad Jefrey amin 3x ya robbal alamin. "Asm bunda gmn kabarnya smg bunda dalam keadaan sehat walafiat. semoga bunda di berikan kesabaran dan tabah dalam menghadapi segala cobaan.smg orang yg suka memfitnah di berikan taufik hidayah oleh allah swt. doa kan saja smg orang tsbt kembali ke jalan allah.dan cepat sadar.wasalam
  • Aamiin Ya Rabbal A'maiin.
    Terima kasih kerana sudi singgah di wall bunda...
    InsyaAllah segala dukungan nanda atas perjuangan sastra bunda ejak dari mula kita kenal di alam maya.

    Bunda amat hargainya.
    Terima kasih ...moga Allah sahaja yang dapat membalasNya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
    1
  • Muhammad Jefrey sama - sama bunda smg apa yg di cita 2xkan oleh bunda tercapai dan di kabulkan doa oleh allah swt.teruskan perjuangan bunda nanda akan terus mendukung dan mendoakan bunda .wasalam
    1
  • Aamiin Amiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
    Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar.

Friday, 31 August 2012
KARYA RATU RIMBA NIAGARA DI BUKU ANTOLOGI PUISI PENYAIR 5 NEGARA
ptions
Dianna Firefly
Apa kabar antologi ini ya Pak Naga Pamungkas dan Mahmud Jauhari Ali ?
Apakah sudah bisa dipesan?
http://puisipenyair5negara.wordpress.com/…/inilah-rencana-…/
Inilah Rencana Nama-nama Penyair yang “Akan Berkumpul” di buku Antologi Puisi Penyair 5 Negara
puisipenyair5negara.wordpress.com
Inilah Rencana Nama-nama Penyair yang “Akan Berkumpul” di buku Antologi Puisi Penyair 5 Negara INILAH nama-nama penyair/penulis puisi yang rencananya akan berkumpul di buku antologi p...
· · Share · Yesterday at 12:32pm near Pontianak, Kalimantan Barat
4 people like this.
Dianna Firefly Pemesanannya bagaimana Pak Mahmud Jauhari Ali ?
Yesterday at 12:35pm ·
Inilah Rencana Nama-nama Penyair yang “Akan Berkumpul” di buku Antologi Puisi Penyair 5 Negara
15 Mei 2012 pada 12:20 am (Uncategorized)
Inilah Rencana Nama-nama Penyair yang “Akan Berkumpul” di buku Antologi Puisi Penyair 5 Negara
INILAH nama-nama penyair/penulis puisi yang rencananya akan berkumpul di buku antologi puisi penyair 5 negara (lintas negara). Ada sejumlah penyair nama besar dan terkenal yang ikut/diharapkan ikut dalam rencana pembuatan buku ini. Ada pula banyak penyair baru (baik baru belajar/baru menulis puisi) termasuk saya, yang berharap semoga dengan ‘bertemunya” karya penyair terkenal bisa memotivasi penyair baru (termasuk saya) untuk lebih giat lagi berkarya dan menghasilkan karya yang bermutu/berkualitas. Nama penyair ini berdasarkan dari hasil karya puisi yang telah dikirimkan ke email rumahsastraborneo@yahoo.co.id, diajak untuk turut meramaikan dengan menyumbangkan 1-2 puisinya dan penyair yang rajin mengirimkan puisinya ke group rumah sastra borneo. Ada banyak penyair/penulis puisi, dan hanya nama-nama di bawah ini yang rencananya nanti akan meramaikan pembuatan buku antologi 5 negara (Indonesia, Malaysia, Thalaind, Singapura dan Brunei Darussalam). Bagi kawan-kawan yang telah mengirimkan puisinya ke email rumahsastra borneo dan mohon maaf belum bisa dimuat, kami mohon maaf. Setidaknya ini adalah cambuk untuk memotivasi bagi kita semua termasuk saya untuk bisa berkarya lebih baik lagi. Sebelum dibukukan, inilah nama-nama penyair yang rencananya akan bertemu di buku antologi Penyair 5 negara, yang akan diterbitkan oleh penerbit Tuas Media Banjarmasin. Pembuatan buku ini bekerjasama dengan Komunitas sastra Borneo, yang dikerjakan secara sosial (bukan untuk mencari keuntungan) dan bertujuan utama semata-mata untuk menggairahkan penulisan puisi dan silatuhrahmi (dalam satu buku) bagi para penyair di ke lima Negara tersebut.
Semula Tuas Media-Komunitas sastra Borneo merencanakan buku ini untuk penyair/penulis puisi dari/asal Borneo, anggota group Rumahsastraborneo dan diperkirakan hanya 3 negara yang akan ikut serta. Tema pun sudah ditetapkan. Tapi nampaknya, puisi memang tak bisa dibatasi ruang, jarak dan waktu”. Tak bisa ‘dibelenggu’. Akhirnya, dari 3 negara menjadi 5 negara. Dari tema sosial/kemanusiaan khususnya puisi protes/puisi kritik sosial menjadi tema bebas, seperti ‘imajinasi liar’ yang tak dapat dikekang. Maka kami berkesimpulan; biarlah menjadi pertemuan penyair dari 5 negara di Asia Tenggara, yang sebagian besar melayu dan biarlah temanya terserah, asalkan tidak menabrak kaidah-kaidah ‘etika puisi’. Ada banyak puisi yang dikirim, dan ada banyak yang menghujat dengan kasar, dengan mengabaikan kata-kata/kalimat indah dari puisi itu sendiri. Protes/kritik yang disampaikan lewat puisi (saya kira) tak seharusnya disampaikan dengan kata/kalimat kasar menghujat dengan menghamburkan kata-kata yang jorok. Begitulah.
Rencananya dalam waktu sekitar 2 minggu ke depan, setelah dihimpun puisi-puisi ini akan diserahkan ke bang Korrie Layun Rampan, yang rencananya akan memberikan kata pengantar.
Ke depan kami merencanakan akan membuat buku antologi cerpen lintas negara kembali. Bila ada kekurangsempurnaan dari niat baik kami ini, sebelum dan sesudahnya kami mohon maaf. Atas perhatian, partisipasi kawan-kawan semua kami ucapkan terima kasih. Salam sastra.

Ratu Rimba Niagara (Malaysia)
Rama Putu Barata (Jatim-Indonesia)

RAtu Rimba Niagara (Negeri Sembilan-Malaysia) – AMALAN PENEMAN SEPI DUNIA AKHIRAT
AMALAN PENEMAN SEPI DUNIA AKHIRAT
Oleh Ratu Rimba Niagara
Salam di sambut dengan kasih dan sayang,
Kehadiranmu putra arjunaku pengobat rindu;
Bila hati sudah terpatri kasih dan sayang,
Biar sesaat berpisah ku tahan menanggung rindu.
Kau jauh namun dekat di hati kurasakan,
Siang dan malam menanggung rindu tak tertahan;
Kau di benua sana rasa berjauhan,
Tapi bayangan mu sentiasa di ingatan.
Gurindam puisimu berlagu rindu,
Mengingat aku tentang Tuhan;
Itu menyebabkan aku bertambah rindu,
Rindu serindunya pada Tuhan.
Syukurku mendapat teman sesolehmu,
DIA mengizinkan aku berteduh di rusuk kirimu;
Di kala aku berduka kau memberi sokongan padaku,
Tanpa jemu meniupkan roh perjuanganku.
Tanpa sokongan dari semua teman yang kukasihi,
Aku bagaikan burung patah sayap kiri;
Maka dari itu tolong kasihani aku ini,
Jangan sepikan aku jika aku disayangi.
Hingga kini kita berteman,
Membicarakan hal dunia dan akhirat;
Agar menjadi hamba-Nya yang beriman,
Sebagai bekalan dibawa ke negeri akhirat.
Setiap kemunculan teman ku ,
Kusambut dengan sesuci hatinya hatiku;
Jika dalam hati berjerubu aku tak tahu,
Cuma yang aku tahu aku tidak disepikan selalu.
Sekejap ada sekejap tak ada tak apa,
Ini terus tak ada-ada;
Habis tu salah siapa,
Bukan aku sengaja nak mengada-ngada.
Dalam sebuah ikatan murni,
Yang penting mesti saling faham memahami;
Saling bertolak ansur mengeratkan hati,
Takkan ada sepi menyepi.
Sepi itu menyakitkan
Sepi itu ada kala menenangkan
Sepi itu ada kala merunsingkan
Yang penting di kuburan tidak sepi
Kerana amalan yang dibawa peneman sepi
Justeru apa hendak diherankan sepi di dunia ini
Amalanlah peneman sepi dunia akhirat
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Mei 2012

Ratu Rimba Niagara . Tarikh Lahir 13 Ogos 1962 di Telok Kemang , Port Dickson Negeri Sembilan. Nama Pena Ummu Sal & Rha NS. Mula Menulis Sejak 1975 hingga sekarang. Kursus penulisan yang dihadiri anjuran: Persatuan Penulis Negeri Sembilan, DBP, GAPENA, Persatuan Karyawan Nusantara, KALAM, PENA, Karya Yang Disiarkan Di: Puisi Mingguan Malaysia, Puisi Berita Minggu Cerpen DBP. Buku terbitan perkhidmatan minda kreatif : Budimu Dalam Lipatan Hatiku! PM KE – 6. Buku Terbitan Semai Budiman Enterprise : Putera Duyung, Pahlawan Rimba, Pahlawan Semut dan Sayap. Buku Terbitan Fajar Bakti: Tangan Emas. Dia bercita ingin mempunyai Kota Buku dan Galeri Buku hasil karya sendiri.
Share this: (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
&
BUKU ANTOLOGI PUISI PENYAIR 5 NEGARA
& WALL RATU RIMBA NIAGARA
(31 OGOS 2012)



7 tahun yang lepas
hendak tidur tidurlah mata,
esok jangan layu-layuan;
beginilah nasib perjuangan hamba,
harapkan hulubalang semuanya layu-layuan.

7 tahun yang lepas
YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAU MAHA KAYA ...KAU MAHA MEMAHAMI ISI HATIKU...BARU AKU BERKIRA-KIRA MAHU MENGARANGKAN CERITA ROBOT TEKNOLOGI...KAU SUDAH PAPARKAN DI SINI MELALUI HAMBA-MU DHIA DAMIA WIDAD QUTB..TERIMA KASIH DHIA...ATAS USAHAMU UNTUK SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBANTUKU DENGAN MENYIARKAN GAMBAR YANG MENARIK INI....IZINKAN HAMBA SHARE GAMBAR INI YE...
Dhia Damia Widad Qutb ya..silakanlah sahabatku Ratu Rimba Niagara
5 minutes ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Trima kasih. Moga Allah izinkan hamba mengarangkan cerita kisah benar tapi pelik ini penuh fantasi tapi nyata..nak percaya sukar tak percaya entah...wallahua'lam.
RATU RIMBA NIAGARA
151212
Komen
  • Dhia Damia Widad Qutb <3
  • Dhia Damia Widad Qutb ya..sama-sama kasihnya sahabatku.. :)
    1
Tuliskan komen...

7 tahun yang lepas
SELAMAT TINGGAL HULUBALANG ROBOT
Tak apalah leftenan kerja hamba siarkan karya saja..terpulanglah hendak komen atau tidak...nanti satu masa jika hamba mogok tak mahu siarkan karya ...faham-faham sajalah leftenan...maknanya hati hamba sudah hancur kecewa dengan tuan hamba....tuan hamba sama saja dengan hulubalang-bulubalang hamba yang lain kata nak jadi rakan fb seperti hulubalanglah nak sokong hambalah dan beri pendapat bernas pada karya hambalah...setelah hamba terima jadi rakan fb bukan nya nak sokogn...senyap je...makanya hamba nak umumkan kepada rakan-rakan fb hamba yang sunyi senyap...jika hamba sepikan dan lucutkan jawatan hulubalang fb gara-gara senyap tanpa suara...maafkan hamba...bukan kehendak hamba jadi begitu...termasuk juga kamu leftenan Adam...jika kamu hendak tahu hamba hanya memerlukan rakan fb hulubalang yang bukan pepatung tidak bersuara tapi jika benarlah tiada suara hamba kirimkan bateri untuk besuara...gimana mahu kah hamba kirimkan bateri kalau hamba tak kirimkan belilah sendiri...lagipun di rimba istana yang terkurung ini manalah hamba hendak dapatkan bateri ye....maafkan hamba sekai lagi jika kata-kata hamba mengguris hatimu ...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
151212
HAMBAMU YANG INGIN MATI DALAM KALIMAH SYURGA-MU
La-ilaha-iLLaLLah- Muhammadur-Rasulullah (لا اله الا الله محمد رسول الله)
Dengan Belas EhsanMu makbulkanlah Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
5 Muharram 1434H
        
KALI TERAKHIR KULIHAT WAJAHMU
Bila kutatap diriku di cermin yang kunampak
gimanakah wajahku di kala aku
berada dalam bungkusan kain kafan?
makanya setiap kehadiran rakan-rakanku
biarpun cuma di alam maya adalah permata Syurga ...
hatinya sewangi Syurga
bahasanya seperti ahli Syurga
moga dapat bertemu di Syurga
moga sebelum kain kafan menutup wajahku
itulah kali terakhir kulihat wajahmu
yang senyum padaku
dalam bicara bisu
di alam maya
tapi bicara bisumu itu
buat aku senyum
tika melafazkan
kalimah Syurga
LAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
SUBHANALAH ALHAMDULILLAH ALAHU AKBAR
RATU RIMBA NIAGARA
11 November 2012
Dalam Hadits lain disebutkan:
"Di sekitar Arsy Allah ada menara-menara dari cahaya, di dalamnya terdapat orang-orang yang pakaiannya dari cahaya, wajah-wajah mereka bercahaya, mereka bukan Nabi atau pun syuhada. Para Nabi dan syuhada iri, kepada mereka."
Ketika ditanya sahabat, "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?".
Rasulullah menjawab:
“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah".
SALAM KU DI INGATAN
8:38am Tue, 29 March
        
    
8 November 2019

HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
15 Disember 2019

0 comments:

Post a Comment

 
;