Sunday 22 December 2019

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (128) HIDUP MATIKU KERANA ALLAH


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (128)  HIDUP MATIKU KERANA ALLAH YA ALLAH

TERIMALAH SUJUDKU

SUJUD PARA KEKASIHMU
Ya Allah terimalah sujudku
Sujud para kekasihMu
MencintaiMu dari lubuk hati nan suci
Para kekasihMu tidak henti mengucapkan
Syukur padaMu
MemujiMu
Di kala senang dan susah
Bersujud hanya keranaMu
Membaca Kalam IndahMu tanpa jemu
Hidup beriman keranaMu
Berbuat baik kepada manusia tanpa harap balasan
Hanya semata ingin mendapat redhaMu
Ya Allah sebelum aku dijemput olehMu
Berilah aku peluang
Dan para kekasihMu peluang
Melakukan segala amal yang Kau redhai
Agar bekalan ini nanti Kau terima
Sekiranya Kau terima
Kamilah hamba-hambaMu yang bahagia
Di kala hidup dan mati
Sesungguhnya Ya Allah
Doa para kekasihMu tanpa hijab
Dengan namaMu Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Terimalah kami menjadi para kekasihMu
Yang Kau balas cinta mereka
Maha Agungnya CintaMu tanpa batas
Dalam sujud aku bersyukur
Dalam sujud para kekasihMu bersyukur.
Karya: Ratu Rimba Niagara
11 Julai 2011

8 tahun yang lepas
HIDUPNYA KERANA ALLAH
MATIPUN KERANA ALLAH
Duhai permata hatiku
Nanda yang kusayang dunia dan akhirat
Kelahiranmu di dunia ini adalah anugerah dariNya
Sejak kelahiranmu bunda sudah berjanji
Bersumpah setia menjadikanmu anak yang
memberi manfaat kepada
dirimu
orang tuamu
semua penguhuni bumi
agamamu
bangsamu
tanah airmu
Itulah kebahagian dunia akhirat nandaku
Adakalanya bunda rasa tewas
dalam mendidikmu ke arah itu
Bunda benar-benar berputus asa
Bunda lelah
Bunda capek
Telah kering air mata bunda
Namun kau tidak mahu juga berubah
Di usia muda hingga ke usia senja kau masih begitu
Jikalah air mata yang jernih ini masih tidak boleh mengubahmu
Mahu saja bunda ngalirkan air mata darah agar kau tahu
bunda hendak sangat melihat kau menjadi anak yang seperti bunda harapkan yang sepertimana bunda idamkan
biar kau tahu betapa terlukanya hati bunda dengan sikapmu yang tak mahu berubah masih menjadi anak yang tidak mahu berjuang ke jalan Allah...
Ya...bunda inginkan anak-anak bunda yang rela mati demi kerana agama Allah
Hidupnya kerana Allah
Matipun kerana Allah
Kerna matlamat bunda yang tak pernah padam ini...
Bunda takkan berputus asa...
Mana tahu berkat kesabaran bunda mendidikmu dan mendoakanmu
Allah makbulkan doa bunda ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Disember 2011
8 tahun yang lepas
YA ALLAH BERILAH PELUANG UNTUK AKU SIAPKAN BEKALAN YANG KAU TERIMA
SEBELUM NYAWAKU KAU AMBIL YA ALLAH
Ya Allah jangan Kau ambil nyawaku tika aku sedang lalai
Tika aku lupa mengingatkanMu
Tika aku asyik dengan kelalaian dunia yang menipu
Tika aku sombong dan berbangga diri dengan pujian manusia
atas kekuasaan, kekayaan dan ilmu yang setitis ini
merasakan akulah yang terhebat di dunia ini
Minta dijauhkan Ya Allah
Dengan sifatMu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau Kurniakan aku cahaya dari setiap penjuru
Agar cahaya itu juga dapat menerangi
Alam kuburku
Alam akhiratku
Sebelum nyawaku Kau ambil
Berilah aku peluang siapkan bekalan yang Kau Terima
Agar Kau Redhai hidupku
Agar Kau Redhai rohku
Amin Amin Amin Ya Rabbal A"Lamin
Rha NS
22 Disember 2011

8 tahun yang lepas
YANG KUMAHU SENYUMAN YANG MENGUNDANG RAHMATMU
Senyuman penyeri wajah
Senyuman satu sedekah
Apabila senyuman menjadi satu sedekah
Allahu Akhbar Maha PemurahNya Allah memberi pahala pada hambaNya
Kerna keikhlasan senyuman Allah memberi pahala
Makanya biar pahit macam manapun senyumlah
Biar susah macam manapun senyumlah
Biar hatimu disakitipun senyumlah
Biar berhadapan dengan musuh pun senyumlah
Kerna senyum pengikat talisiraturrahim
Kerna senyum sebegitu bisa mengundang rahmat Allah
Terpulanglah senyummu itu dibalas atau tak
Terpulanglah senyumanmu itu dianggap tak ikhlas
Yang penting Allah tahu senyumanmu itu ikhlas
Ada nilai di Sisi Allah
Ya Allah jadikanlah aku , keluargaku dan semua sahabat yang kukasihi tergolong dalam hambaMu yang sentiasa ikhlas walaupun tika melemparkan senyuman yang mengundang rahmatMu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Disember 2011
Komen
  • Lina senyumanmu bagaikan bulan purnama
    Nabila senyumanmu semanis gula
    Mahabbah senyumanmu bisa membuat semua temanmu senyum

    Moga senyummu senyumku bisa mengundang Rahmat dari Allah

MENCINTAINYA ABADI TANPA HENTINYA
Rangkap syair untukmu teman alam mayaku yang
tersanjung budinya atas pengkongsian ilmu:
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhia Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Aku berserah seluruh jiwa hanyalah kepadaNya.
Agar diredhai jasad dan rohku.
Pengharapan yang tinggi kuharapkan padaNya,
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun ampunkanlah aku.
Sedihnya aku muhasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Kan kuperbaiki segala yang kurang,
Kulakukan demimu Ya Tuhan:
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Doaku sepenuh kalbu kumohon Kau makbulkan.
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu,
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang;
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Serasa hidupku sentiasa dalam perhatianMu dengan penuh Kasih Sayang.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Julai 2011
8 tahun yang lepas
MOGA KITA DIJAUHKAN DARIPADA GOLONGAN YANG SUKA BERBANGGA
Moga rahmat Allah sentiasa bersamamu...
kerana naluriku berkata kau hamba yang membesarkan Allah
di sebilang masa dan ketika ...apa yang dilakukan hanya
keranaNya semata ... amal yang kau perbuat bukan untuk
dibangga-banggakan kerana kau tahu amalan baik akan
terbakar hangus dengan amalan riak dan berbangga diri.
Moga kita dijauhkan daripada golongan yang suka berbangga.
Apapun segala sokongan, saranan,pengkongsiaan idea dan ilmu
amatku hargai dan tersanjung dikalbuku. Moga Allah sajalah
yang membalas budi baikmu itu sahabat alam mayaku yang
sentiasaku sanjung segala budi baikmu biarpun sebesar zarah.
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Disember 2011

HIDUP KITA APA YANG KITA MATLAMATKAN
Semua orang di muka bumi ini mesti ada matlamat...
Jika kita ada matlamat kita akan cuba menggapai matlamat
Hidup kita adalah matlamat...matlamat...
Jika sudah ada matlamat
Kita akan fokus pada matlamat tersebut
Fokus...fokus...fokus...
Fokus mesti ada tekunan...
Dalam memfokuskan ketekunan
Pasti ada yang menjadi penghalang untuk menggapai matlamat
Penghalang tersebut tidak akan melemahkan semangat untuk berjaya
Jika matlamat dapat mengatasi keputus asaan
Insya-Allah matlamat akan tercapai dengan jayanya
Andainya kita tidak mempunyai matlamat
Jadilah kita terewang-rewang tak tahu ke mana
Sebenar arah yang hendak dituju
Itu yang pemikiran kita jadi kosong
Yang kita pikir
Sekadar hidup untuk makan, minum,tidur
Pemikiran tertumpu kepada
Untuk saling dengki mendengki, mencemburi, membuat fitnah,
Berkata sesuka hati asalkan senang hati
Masalah orang lain tidak diambil peduli
Asalkan diri sendiri senang segalanya
Bila orang berjaya dia sakit hati
Bila orang jatuh tersungkur sampai mati dia suka sangat
Inilah akibatnya jika kita hidup tiada matlamat
Kesenangan orang kita sakit hati
Kesusahan orang kita suka hati
Di mana kita?
Begitulah pentingnya matlamat dalam hidup kita.
"Engkau ni berceramah pagi-pagi buta ni kenapa?
Berceramah mengenai matlamat?Engkau saja ke
yang bermatlamat ...habis aku ini tiadalah...habis
engkau anggap aku ini hidup rewang-rewanglah."
"Iye hidup engkau rewang-rewang..."
"Isssyyyy engkau kata ni macamlah engkau ini sempurna sangat..."
"Kerana aku tak sempurnalah maka aku mahu mencampai matlamat..."
"Habis tu apa kena mengena dengan aku?"
"Iye kena mengena dengan engkau..."
"Lagi aku tak faham,,,,"
"Adakah engkau tahu kenapa aku terima engkau sebagai rakan fb aku?..."
"Engkau ini lagi...lagi rakan fb...bosan aku mendengarnya."
"Aku lagi bosan bercakap benda yang sama...sejujurnya aku katakan pada
engkau aku bosan menjadi rakan fb engkau..."
"Kenapa engkau bilang macam itu?"
"Aku mahu tanya apa matlamat engkau menjadi rakan fb aku?"
"Sekadar suka...suka...untuk tahu siapa engkau sebenarnya....hahahaha"
"Patutlah engkau diam membatu...walaupun aku merayu...rayu...agar
engkau ehsan untuk berkomunikasi dengan aku..."
"Hahahahaha"
"Patutlah engkau pakai lambang gunung tak mahu pakai gambar sendiri..."
"Haahahahaha":
"Kenapa aku cakap dengan engkau ...engkau suka gelak ha?"
"Hahahaha....aku suka...suka..tengok kau bercakap macam orang gila...."
"Patutlah engkau tak mahu like atau beri apapun komen pada setiap kali
karya aku bersiaran...apa hidup engkau ini memanjang sibuk je ke?
Apa matlamat engkau menjadi rakan fb aku? Katakan engkau itu sibuk
Tak akan sekalipun engkau tak pernah like atau komen karya-karya aku?
Kerana terlalu sibuk?"
"Tak akan aku tak like tak komen karya engkau...aku tak sokong engkau?
engkau ini serius sangat tentang karya-karya engkau....engkau ini perasanlah
aku tengok rakan-rakan fb engkau sudahlah ada 40 orang tak ada pun yang
aktif kalau ada pun seorang dua...itu pun entah ...sekadar hendak menjaga
hati engkau saja. Itu engkau tak muhasabah diri engkau sendiri ke...
untuk pengetahuan engkau karya engkau itu kaku bisu lesu...sebab itu
rakan fbmu kaku bisu lesu....setahu aku rakan fb engkau bukan calang-calang
orang yang kau pilih semuanya berstatus kelas pertama ...ye minda kelas
pertama...tak akan lah mereka tak faham apa mahumu pada pemikiran mereka
untuk diturunkan setiap kali engkau bersiaran....hahaha...kesihan aku dengan engkau...ni....berkarya seorang-seorang berjela-jela....tapi tiada yang sudi nak baca..nak like...nak komen....hahahaha ...tengok wall rakan fb engkau yang berstatus kelas pertama tulis sebaris ayat pun bukan seorang yang like beribu yang like....hahahahaha kesihan....kesihan....kalau engkau nak orang suka karyamu...
engkau kena menjadi ternama bangsawan kaya raya....pasti ramai orang like karya engkau....malah beri komen engkau pun tak larat hendak baca...semuanya hendak berkawan dengan engkau kerana engkau berpangkat ternama bangsawan kaya raya...hahahaha...tapi aku rasa...sampai bila pun karya engkau akan disepikan...
makanya baiklah engkau berhenti daripada berkarya...sebab aku kasihan tengok engkau ...berkarya sudahlah tiada hasil sesin pun ..orang nak baca , like dan komen pun tidak....kena hina ada lagi...engkau berkarya nak kan komentar tapi engkau dikutuk habis-habisan sebaik tak pensan.hahahaha"
"Sejujurnyalah aku nak tanya sama kamu...apa matlamat kamu menjadi rakan fb
aku...? Sejujurnya bilang sama aku?"
"Sejujurnyalah kan sekadar suka...suka...."
"Maknanya kau tak bermatlamatlah kan...."
"Maksudmu?"
"Maksud aku....aku terima engkau sebagai rakan fb engkau bermatlamat...
bukan kosong...bukan hanya untuk canda...canda...bukan sebagai pepatung bisu...bukan sebagai pendengar...bukan sebagai pemerhati...bukan sebagai menyorokkan wajah...."
"Engkau ni penting sangat ke wajah sebenar sebagai syarat rakan fb engkau..."
"Iya penting...jika dia tak berwajah macam mana aku nak berkomunikasi dengannya?
Lainlah dia memberi impak dalam dunia sasteraku ...tak berwajah pun tak apa sebab aku tahu dia akan merealisasikan impianku....yang mana kaku lesu bisu...makanya aku akan tinggalkan mereka..."
"Maksudnya termasuk aku juga ke?"
"Iyelah aku mahu tanya dengan engkau?"
Engkau boleh memberi impak pada dunia karyaku?
Membantuku memberi cadangan idea bagi merealisasikan dunia sasteraku
menjadi kenyataan....apa boleh? boleh? ini sudah lah tak membantu like pun tidak...komentar pun tidak....jadi adakah wajar aku terimamu menjadi rakan fbku?"
"Kalau aku berubah gimana?"
"Maksudmu?"
"Aku like karya engkau...aku beri komentar yang bernas pada karya engkau
aku beri idea agar karya engkau dapat mencapaikan realiti apa yang engkau
yang engkau matlamatkan...manalah tahu kerjasama idea aku dengan engkau
diizinkan Allah SWT berjaya...gimana?"
"Tapi boleh ke aku percaya dengan apa yang engkau katakan ini....macam tak percaya je aku ini ...sebab setahu aku engkau ni rakan fb yang senyap je...."
"Itu dulu....sekarang udah ada matlamat...."
"Apa matlamatnya?"
"Apa matlamat engkau sebenarnya?"
"Engkau nikan aku tanya engkau ...engkau tanya aku...peninglah macam ni..."
"Hehehehehe"
"He...tengok tu gelak...."
"Canda dong...jangan terlalu serius sangat dong...."
"Dalam mencapai matlamat tak ada canda...canda ok?"
"Iyelah mulai detik ini aku lunasi apa syaratmu menjadi rakan fbmu..."
"Iye ni...janji?"
"Aku takut berjanji takut tak tepati janji."
"Habis tu macam mana aku nak percaya akan katamu?"
"Akan aku buktikan? Puas hati?"
"Ok aku nak tengok apa buktimu nanti....jika masih tak ada bukti...
maka terbukti ini omongan kosong darimu saja..."
"Baik akan aku buktikan tapi kamu kena ingat
Kita merancang ....Allah juga merancang...
Rancangan Allahlah yang kita imani
Moga rancangan kita selari dengan kehendak Allah
Itulah matlamat kau dan aku Insya-Allah AAmiin"
"Aamiin Ya Rabbal A'Lamin"
KARYA :Ratu Ratu Rimba Niagara
22 Disember 2012



7 tahun yang lepas
MENCARI KELEMAHAN SENDIRI
Sebelum kita mengungkit kesalahan atau kelemahan sesama manusia, ingat dulu ketidaksempurnaan kita... (pesanan Ibn Abas yg akan saya ingat sentiasa...) Muhasabah diri, baiki peribadi..lebih baik jadi bekas org jahat daripada jadi bekas org baik... Smile And Shine SAS .
By: Shahrina Ahmad Sharkawi

Mohd Noor H Berbekas

Ratu Rimba Niagara
BEKAS ORANG BAIK MENIKAM
BEKAS ORANG JAHAT TERTIKAM
TIKAM MENIKAM HATI BUNGKAM
LEBIH BAIK SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI
MENCARI JALAN PULANG
AGAR SEMUANYA BAIK-BAIK
HINGGA KE NAFAS TERAKHIR
AGAR MATI DAPAT MELAFASKAN
KALIMAH SYURGA INSYA ALLAH AAMIN
Ratu Rimba Niagara :
MATLAMAT DITUBUHKAN GRUP MESTI JELAS DAN TEPAT
"JANGAN AMBIL KESEMPATAN"
TIADA POSTING POLITIK
TIADA PROMOSI BLOG PERSENDIRIAN
TIADA PROMOSI PERNIAGAAN,
TIADA PROMOSI M.L.M."
Arahan: Melayu Islam Bersatu.
Jawapan Ratu Rimba Niagara Mewakili Ahli Grup:
"Kalau begitu sila turunkan posting apa yang patut di postingkan secara terperinci agar semuanya tahu dan akan menghantar posting yang cuma dikehendaki oleh admin grup. Barulahlah tiada budaya ambil kesempatan dan budaya itu akan dihapuskan pada wall grup.
Ini tidak admin grup jarang turun ke padang untuk berinteraksi kepada ahlinya. Ahli tidak kenal admin gurp. Kalau admin grup ada 10 orang sepuluh orang itu mesti dikenali oleh ahli grup dan mereka mesti memberi komentar kepada setiap yang disiarkan oleh ahli grup itu barulah betul ada komitmen dari admin barulah matlamat kenapa admin tubuhkan grup tersebut dapat dicapai. Jika matlamat ditubuhkan grup sekadar canda-candaan. Maka jadilah grup tersebut cuma canda-candaan posting yang tak dapat membantu admin merealisasikan matlamat admin menjadi kenyataan. Dan saya penuh yakin setiap grup ditubuhkan pasti ada misi dan visinya. Apa kata setiap hari admin menyiarkan matlamat ditubuhkan grup dan kami hanya menerima posting yang boleh membantu kami merealisasikan matlamat kami menubuhkan grup ini. Mana-mana posting yang lari daripada matlamat kami akan kami lupuskan dan jika mana-mana ahli grup yang cuba membuat onar di sini bukan tempatnya dan akan dilucutkan hak untuk menjadi ahli grup. Harap maklum. Grup ini diwujudkan untuk membantu matlamat admin makanya kami hanya mereka yang aktif sahaja. Kami bukan mementingkan kuantiti tapi kualiti. Harap maklum untuk semua ahli. Ini sekadar pandangan dan cadangan daripada saya saja .
SETIAP YANG BAIK ITU DARIPADA-NYA
YANG LEMAH ITU DARIPADA SAYA SENDIRI
MAKA MAAFKAN SAYA
Ikhlas daripada ahli grup:
Ratu Rimba Niagara
22 Disember 2012

HAMBAMU YANG INGIN MATI DALAM KALIMAH SYURGA-MU
La-ilaha-iLLaLLah- Muhammadur-Rasulullah (لا اله الا الله محمد رسول الله)
Dengan Belas EhsanMu makbulkanlah Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
5 Muharram 1434H
             
KALI TERAKHIR KULIHAT WAJAHMU
Bila kutatap diriku di cermin yang kunampak
gimanakah wajahku di kala aku
berada dalam bungkusan kain kafan?
makanya setiap kehadiran rakan-rakanku
biarpun cuma di alam maya adalah permata Syurga ...
hatinya sewangi Syurga
bahasanya seperti ahli Syurga
moga dapat bertemu di Syurga
moga sebelum kain kafan menutup wajahku
itulah kali terakhir kulihat wajahmu
yang senyum padaku
dalam bicara bisu
di alam maya
tapi bicara bisumu itu
buat aku senyum
tika melafazkan
kalimah Syurga
LAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH
SUBHANALAH ALHAMDULILLAH ALAHU AKBAR
RATU RIMBA NIAGARA
11 November 2012
Dalam Hadits lain disebutkan:
"Di sekitar Arsy Allah ada menara-menara dari cahaya, di dalamnya terdapat orang-orang yang pakaiannya dari cahaya, wajah-wajah mereka bercahaya, mereka bukan Nabi atau pun syuhada. Para Nabi dan syuhada iri, kepada mereka."
Ketika ditanya sahabat, "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?".
Rasulullah menjawab:
“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah".
SALAM KU DI INGATAN
8:38am Tue, 29 March
             
    
8 November 2019

HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
 22 Disember 2019

0 comments:

Post a Comment

 
;