Thursday, 23 April 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (309) SASTERA RATU RIMBA NIAGARA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (309) SASTERA RATU RIMBA NIAGARA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH

Imej mungkin mengandungi: malam



Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
8 tahun yang lepas
SANG PELUKIS PERASAAN sedang bersama Farida Ida dan 42 yang lain.
Mataku boleh kau tutupi
telingapun boleh tak mendengar
itu hal yang terbaik dari sebuah curiga
namun ingat satu keyakinan
mata hatiku tak pernah tertidur
dan telingaku adalah alam
dimana sllu membisikan
satu kata ,,,
dan mataku yang paling sempurna adalah
penglihatan sang kholik
maka aku yakin kan itu
aku percaya kan semua padamu
tak kuragui rasaku
tak kucemburui niat ku
karena ku yakin
ada yang lebih mengetahui

salm senja spp dan sobat pktc
santun ku BY,,DAS,,
Anak-anak angkatku.Moga dilindungi dari virus corona.From Ratu Rimba Niagara 😘❤️
Komen
Tuliskan komen...

Anak-anak angkatku.Moga dilindungi dari virus corona.From Ratu Rimba Niagara😘❤️
INDAHNYA AWAN DISINARI CAHAYA PURNAMA
Subhanallah indah sungguh alam ciptaanMu
kumpulan awan di malam itu disinari purnama malam
cahaya purnama dikongsikan bersama kumpulan awan
makin dikongsi makin bercahaya-cahaya semua kumpulan awan,
indahnya di langit malam itu
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
begitulah indahnya puisi karyamu yang dikongsikan
bersama rakan-rakan tercinta
terimakasih sahabatku senyumanmu masih kunantikan di purnama
senyuman bukan diselindungi kerana senyuman satu sedekah
tambahan pula senyuman ukhuwah kasih persahabatan dunia Akhirat!
Senyum jangan tak senyum kerana senyum itu satu sedekah!
Karya Ratu Rimba Niagara
22 April 2012
INDAHMU BAGAIKAN PURNAMA MENGAMBANG
Sahabat
kau muncul bagaikan indahnya pelangi di malam hari
kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
bergemerlapan di angkasa raya...
penghuni alam dan semerta alam berzikir memuji
Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
berpelangi
berbulan
berbintang
Bintang pelbagai warna dan bentuk
diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
adanya pelangi lagi mengindahkan malam
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!
Sahabat
pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
kerana
kau di benua sana
aku di benua sini
kita tidak pernah ketemu
di alam realiti ataupun fantasi
tapi bilamana
Allah sudah aturkan pertemuan
kita bisa kenal
walaupun cuma di alam maya
tapi besar ertinya
seperti kita sudah lama dikenalkan
sejak Azali lagi
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!
Sahabat
Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
pastinya untuk menyebarluaskan
kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
darahmu untuk rakyat
harta benda untuk membela rakyat yang tertindas
sanjungan bukan kau letak tempat utama
yang ada di fikiranmu
rakyat....rakyat...rakyat...
berjuang demi rakyat tersayang
berjuang demi Negara tercinta
berjuang demi Agama Allah dicintai
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!
Sahabat
biarpun dirimu berketurunan bangsawan
hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
ibarat langit dengan bumi
ibarat enggang dengan pipit
dan tidak pernah terfikirpun hamba, akan hadir dalam
hidup hamba seorang sahabat yang berdarah bangsawan
punyai darjat dan harta
sudi menjadi sahabat hamba yang hidup sederhana saja
terkedu!
terharu!
syahdu!
lalu syukur hamba dalam sujud padaNya
BagiNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!
Karya Ratu Rimba Niagara
22 April 2012
KEKASIHKU SI PUTERI CENDANA
Sewaktu ombak hadir membadai
duyung akan pergi jauh meninggalkan pantai
terpaksa berpisah dengan kekasihnya
Si Puteri Cendana
bukan
tak cinta
tak rindu
tak sayang
tapi apa nak buat
bercinta antara dua alam
alam duyung alam manusia
manakan sama
tapi hatimu hatiku
telah berpadu cinta
makanya usahlah kau
bimbang dan ragu
biarpun kita
berlainan alam
kau tetap
kucinta seumur hidupku
percayalah
lafaz ini lahir
dari lubuk hatiku yang dalam.
Lihatlah keindahan pantai itu
airnya tenang membiru
ombak kecil tak jemu
mengheret pepasir putih
di persisir pantai
Sebagaimana ombak tak jemu mengheret
pepasir putih di pesisir pantai nan indah
begitulah cintaku padamu duhai kekasihku
Si Puteri Cendana begitu jugalah aku tak jemu-jemu merinduimu dan mencintaimu seumur hidupku.
Indah deretan pepohon kelapa di persisir pantai
melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
begitulah indahnya cintaku padamu
duhai Si Puteri Cendana.
Setialah menantiku
di persisir pantai pasirnya yang memutih itu
bila sampai waktu dengan izinNya
aku akan melamarmu
menjadi Bidadari Dunia Akhiratku
pasti cincin Permata Syurga
yang kau impikan itu
menjadi milikmu
insya-Allah sayang
Kekasihku Si Puteri Cendana
yang cantik jelita mempesonakan imanku
cantiknya kamu bak Bidadari Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Jun 2012
Bersahabat denganmu hatiku tenang
Bersahabat denganmu fikiranku lapang
Bersahabat denganmu banyak pengkongsian ilmu
Membuatkan aku terharu dalam syukur
Moga persahabatan kita sentiasa mewangi sewangi hatimu
Kemas kini gambar profil dengan bingkai ini daripada Kesan Media Facebook.


8 tahun yang lepas
AKU DITAKDIRKAN MENYAYANGI SEISI ALAM
Duhai sahabatku...
Kamu hadir bagaikan mimpi dalam puisi
Puisi ku berlagu mendayu-dayu
Mohon Allah mengerti
Mohon alam mendengar
Mohon penghuni bumi memahami
Bahawa aku sayang mereka semua keranaNya
Bukan unuk menunjukkan aku pandai dalam berpuisi
Aku ditakdirkan menyayangi seisi alam keranaNya
Makanya aku redha dalam kesyukuran
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba.
23 April 2012

8 tahun yang lepas
SEMUANYA KERANANYA
Tuluslah dalam berkata
Tuluslah dalam bersahabat
Tuluslah dalam bercinta
Tuluslah dalam berjuang
Tuluslah dalam beramal
Semuanya keranaNya
Insya-Allah Syurga menanti Aamin.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
8 tahun yang lepas
BIDADARI SYURGA SEBAGAI BALASAN CINTAMU
Bila mana kau terdiam
Ini bermakna api cintamu sedang membara
Kepada dia yang kau puja dalam diam
Yang kau cinta dalam bisu
Tanpa menyapa hatimu yang kelam
Kerna cintamu kelam
Segerhana malam tak berbintang
Menanti mu penuh harap
Kedatangan cinta bila menyapa
Dalam diam dalam kelam
Angin rindu datang menyapa
Lalu kau terjaga dari sepi
Malam yang kelam
Bertukar berbulan berbintang
Bergemerlapan
Kau pun suka
Dan kau menangis hiba
Kerna cintaNya adalah lebih hebat
Dari hambaNya yang dijadikan dari
Tulang rusuk kirimu
Tuhan Maha Memakbulkan dan Memahami
KeranaNya kau lebih menghargai cintaNya
Makanya kau Dikirimkan cinta dari
Bidadari Syurga sebagai balasan
Kau mencintaiNya
Setulus hati tanpa tenggelam
Keasyikan cinta pesona dunia.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
8 tahun yang lepas
TERIMA KASIH SAYANG
Aku hanya mengerti
hanya engkau yang
ada di hati ini
kaulah cinta pertama
cinta terakhirku
tiada dua hanya
kau seorang
yang bertahta
di hati ini
kaulah yang menangis untukku
bukan tangisan berduka
tapi tangisan bahagia
kerna kau telah berjaya
mentakluki hatiku
untuk mencintaimu
seumur hidupku
terima kasih sayang...
Karya: Putri Rimba.
23 April 2012
8 tahun yang lepas
GURINDAM SESUCI HATI
Ahmad Zoelham:
Wahai adinda intan terpilih
berkasih sayang jangan dialih
bergaullah dengan hati yang bersih
berkata dengan muka yang jernih
Wahai adinda tambatan hati
bergaullah dengan bersuci hati
sesama makhluk kasih mengasihi
jauhkan sifat buruk dan keji
Putri Rimba:
Wahai kanda yang baik budi,
Diam mu penuh dengan akal dan hati;
Kau sentiasa memahami,
Terima kasih kerna menasihati.
Wahai kanda tampan bergaya,
Kata-kata mu bak mutiara lautan;
Nasihat mu dinda percaya,
Dah kaya nanti jangan lupa daratan.
(PETIKAN DARIPADA WALL AHMAD ZOELHAM & PUTRI RIMBA)
23 April 2012
8 tahun yang lepas
ISTANA PASIR DI TEPI PANTAI
Senyumanmu telah memanggil si camar berterbangan,
Singgah di pesisir pantai menyanyi rindu;
Laut kini ditelan sepi dengan nyanyian kicauan rinduan,
Pasti beralun-alun ombak menari-nari hilanglah rindu.
Cinta sejati tak perlu ada salah menyalah...
Yang ada keikhlasan hati baru diberkati
Bukan salah istana di tepi pantai,
Salahkan ombak merobohkan istana;
Kerna cinta istana didirikan di tepi pantai,
Setelah kehadiran dia musnahlah istana.
Tak semudah iu istana pasir musah,
Ombak pasti tak tega memukulnya;
Jika paduan cintamu terus gagah,
Ombak mendoakan istana pasir bahagia .
Tiada alasan untuk bahagia,
Jika cinta tak pernah surut di hatinya;
Saling berkasih sayang setulusnya,
Terpatri kasih hingga ke SyurgaNya.
Sahabatku yang dihormati.
Selamat makan tengahari;
Senyumanmu ceria sepanjang hari,
Seceria istana pasir bersama yang dicintai.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP OMBAK RINDU)
23 April 2012
8 tahun yang lepas
ADAT MELAYU MENYAMBUT TETAMU
G.p. Ade Darmawi .
HAJAT SERAYU, MENGUMBUT KEMUMU,
AKAR TERLEMPAR, KEPAK BERGANTI,
ADAT MELAYU, MENYAMBUT TETAMU;
TIKAR TERHAMPAR, TEPAK MENANTI.
Putri Rimba:
Tikar terhampar tepak menanti,
Senyuman terukir untuk tetamu;
Hidangan terhidang tetamu dihormati,
Sudilah berkunjung janganlah jemu.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRI ERIE)
23 April 2012
8 tahun yang lepas
SINGGAH DI PESISIR PANTAI MENYANYI LAGU RINDU
Abe Di
Seharian di pantai ini....tak lagi kelihatan ombak yang beralun.....pesisir pantai tenang dan kaku.....tiada lagi camar berterbangan....laut kembali sepi
Putri Rimba.
Senyumanmu telah memanggil si camar berterbangan,
Singgah di pesisir pantai menyanyi lagu rindu;
Laut kini ditelan sepi dengan nyanyian kicauan rinduan,
Pasti beralun-alun ombak menari-nari hilanglah rindu.
(PETIKAN DARIPADA GRUP OMBAK RINDU)
23 April 2012
8 tahun yang lepas
KERANA KU KUATIR KASIHMU HILANG
Dipukul ombak ditiup angin,
Kerna mu tuan dan puan aku datang;
Setelah mendengar kabar angin,
Kerana ku kuatir kasihmu hilang.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012

8 tahun yang lepas
DAUNAN KASIH UKIRAN SENYUMAN KALBU
Duhai merpati putih....
Terbanglah kau ke mana kau suka
Bahagia hidupmu
Kerna ke mana kau pergi
Kau membawa kehidupan
Yang memberi erti
Sebuah kehidupan
Yang ceria berpelangi berbintang berpurnama
Siang berserikan pelangi
Malam berserikan bintang dan purnama
Bahagialah semua kehidupan
Tanpa gerhana
Dan senyuman terukir di wajah
Makanya terukirlah sebuah senyuman kehidupan di kalbu
Impaknya dirasai hingga dapat diwariskan ukiran senyuman itu
Hingga ke kalbu anak cucu ...
Begitulah erti perjuangan sebuah kehidupan yang didambakan
Si merpati putih
Menyebar luaskkan daunan kasih
Ke serata pelosok bumi
Semuanya dengan izinNya
Karya Putri Rimba
7 April 2012

 tahun yang lepas
SELAMAT HARI BUMI SEDUNIA!
Selamat hari bumi sedunia!
kusayang bumi
kerana bumi adalah
AnugerahNya untukku
meneruskan kehidupan
menyandang jawatan
sebagai Khalifah Allah
sehingga ke titisan darah terakhir!
Kerana aku ada tanggungjawab pada Tuhan
aku mesti menyemarakkan bumi
dengan nilai-nilai kasih sayang semurni hati
menghargai apa yang ada di bumi
dijaga penuh tanggunggjawab
andai di bumi ini
aku membuat kerosakan
kepada penghuni bumi
pasti aku hidup disumpah bumi dan seluruh penghuninya, lebih malang lagi apabila
Tuhanku murka
di planet mana lagi hendak kududuki?
jika di planet lain walaupun sama dengan bumi
pasti tetap juga milik Tuhanku
jadi di mana-mana planet
semuaNya milik Tuhanku
justeru aku mesti menjaga bumi sebaik mungkin
semampu dayaku agar bumi
tenang tanpa malapetaka
akibat kerakusan manusia
memusnahkan bumi tanpa ehsan!
Kerana kuhargai bumi
kukarangkan puisi semuanya tentang bumi
dan penghuninya agar semuanya menghargai bumi
menjaga bumi sebaiknya
mengekalkan keindahan bumi
agar dapat diwariskan kepada penghuni bumi yang lain
kerana mahu tak mahu kita akan dikebumikan juga
bila sampai saatnya pulang bertemu Ilahi
Moga di hari kita dikebumikan nanti
bumi redha menerima jasad kita
dengan izin Allah diluaskan
kubur seperti beradu Bidadara Bidadari
di Taman-Taman Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Allahu Akbar!
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Jamadilakhir 1435H
22 April 2014
(Puisi Dikarang Sempena Meraikan Hari Bumi Sedunia)
2 tahun yang lepas
“Hijrah karya yang lebih baik untuk menghasilkan karya yang terbaik di sisi Allah SWT insya-Allah Aamiin.”
BULAN DAN BINTANG HADIAH NENDA RATU (Antara puisi, ' Pemikiran Aras Tinggi @ 'Critical Thinking')
Terima kasih atas sokongan padu daripada Kesatria Sastera diRaja Nusantara.
Panglima
Sesungguhnya beta amat terharu
di kala hati tak sabar menggapai bintang-bintang yang kian hampir, beta teruja dan terlalu taksub memiliki bintang kejora di antara yang terindah daripada
bintang-bintang lain.
Kejora senyum…
Kejora bersyukur beta kian memilikinya
tapi dalam ketaksuban untuk memilikinya
beta terlupa akan ada yang cuba menggagalkannya
lalu beta jadi kelu
putus asa beta jadinya
beta terdengar suara-suara anak cucu beta berkata,
"Nenda...Nenda...Nenda Ratu Pujangga Cinta Lima Benua, percayalah dengan usaha perjuangan nenda untuk kami, harapan dan doa kami sentiasa mengiringi perjuangan nenda menggapai bintang untuk kami…
kami hargai semua pengorbanan nenda Ratu
kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami
nenda sanggup berkorban apa saja untuk kami
rela korbankan segala perasaan, harta dan nyawa untuk kami, yang nenda tahu segala cinta, kasih dan sayang nenda sanggup hadapi semuanya! semata-mata mahu menghadiahkan bulan dan bintang untuk kami,
Allahu Akbar nenda Ratu...percayalah dengan janji Allah
bersama dengan perjuangan suci nenda, Allah suka mereka yang berkasih sayang, ehsan, perikemanusiaan sesama insan pasti Allah memakbulkan doa-doa semua rakyat Nusantara untuk nenda walaupun kami belum dilahirkan ke dunia menyaksikan perjuangan suci nenda
roh-roh kami telah menyatu di jiwa nenda
sebab itu nenda dapat rasakan semangat kami di jiwa
nenda semangat roh kami menyatu pada semangat roh nenda biarpun seribu tahun nenda telah tiada…
kami anak cucu nenda selalu mendoakan nenda tenang abadi di Syurga bersama dengan roh-roh para Syuhada
Bidadara bertemu dengan Bidadari...
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Rahsia Allah pada setiap takdir yang ditakdirkan pada hambaNya Hanya DIA yang tahu, kami tidak tahu, nenda tidak tahu dan semua hambaNya tidak tahu, takdir itu menjadi tidak rahsia apabila doa dimakbulkan Tuhan itulah takdir terindah untuk nenda. Para Kesatria Sastera diRaja Nusantara seluruh Rakyat Nusantara dan seluruh kerabat diRaja Nusantara yang terindah sekali … kewujudan kami selepas seribu tahun ketiadaan nenda, takdir terindah itu dapat kami nikmati dengan rasa Syukur pada Ilahi, kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami...bulan dan bintang yang nenda hadiahkan untuk kami akan dijaga sepenuh jiwa raga kami akan pertahankan semua karya-karya nenda tanpa terkecuali biarpun kami terpaksa berkorban harta dan nyawa tak akan kami izinkan karya nenda dipersendakan sesuka hati kerana karya-karya nenda ada;
1. Cinta Allah kepada semua hambaNya
tanpa terkecuali.
2. Cinta Rasulullah kepada umatnya tanpa terkecuali.
3. Cinta sesama insan semuanya kerana Allah SWT.
4. Cinta perdamaian dunia.
5. Cinta Raja kepada rakyat.
6. Cinta rakyat kepada Raja.
7. Cinta moyang kepada anak cucu Nusantara.
Cinta...Cinta…Cinta...
sebuah perjuangan cinta yang suci murni semuanya kerana Allah SWT.
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
kami bersumpah atas nama Allah Azzawajallah
akan meneruskan Perjuangan Anak Bangsa Nusantara sebuah perjuangan yang suci murni agar dapat kami wariskan BumiNya ini dalam aman dan sejahtera sehingga bumi ini Kiamat, moga perjuangan suci murni ini dibalas Allah dengan Syurga Firdaus agar kasih semua pejuang anak bangsa cintakan Ibu Pertiwi dapat bersama kesemuanya berkumpul di Syurga yang seluas langit dan bumi bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah, insya-Allah Aamiin.
...........................................
Nenda Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
23 Syawal 1434H
30 Ogos 2013

KOMEN PEMBACA SETIA KARYA RATU RIMBA NIAGARA
Sulaiman Dawud : Karya-karya Pujangga Nusantara Ratu Rimba Niagara merupakan awal untuk kebangkitan Tamadun Khazanah Kearifan Melayu yang kaya akan mutiara ilmu, hikmah dan peradaban.
Manda Conai : Assalamualaikum sahabatku Ratu Rimba Niagara, sungguh terharu membaca info penuh pengisian, terima kasih sahabatku ilmu manfaat, saya mohon share boleh tak untuk tatapan Fb, bila kata indah boleh membaca berulang kali.
Ratu Rimba Niagara : Waalaikummussalam sahabatku, ilmu Allah itu luas makin banyak kita berkongsi makin banyak Allah memberi, demi kebahagiaan dan kejayaan dunia Akhirat kita semua apa yang berkenan di hati sahabat untuk kongsilah semahumu itu adalah kebahagiaanku dalam berkarya. Moga Allah SWT merahmati kita semua Aamiin.
Rusli Saleh : Teruskan dengan karya-karya yang amat bermutu, saya akan terus mengamati hasil karya Ratu
Rimba Niagara jangan biarkan ia berakhir dengan begitu saja Alhamdulillah untuk kesekelian kalinya pengamatan saya supaya dibukukan untuk tatapan umum.
Rusli Saleh : Ratu Rimba Niagara yang menariknya karya saudari tidak ada komen yang negatif kepada seseorang, itu yang membuat saya tertarik untuk mengikuti karya
Ratu Rimba Niagara yang ringkas dah mudah difahami tapi tetap menjadi satu inspirasi saya adalah Ratu Rimba Niagara berterus terang dalam menghuraikan sesuatu hujah dengan cepat difahami kalau dibaca, mudah-mudahan di masa yang lain dapat menghasil karya yang banyak menyentuh kehidupan manusia.
Ratu Rimba Niagara: Terima kasih sahabat, sepanjang berkarya di alam maya pelbagai tema ditulis bergantung kepada ilham yang datang. SemuaNya dengan izinNya tanpa izinNya sebaris ayat pun tak dapat ditulis.
Rusli Saleh : Selamat bertemu kembali, saudari penulis yang saya sanjungi, terima kasih kerana mengisi ruang ilmu,sastera dan ilmu-ilmu tentang penghayatan dalam kehidupan umat Islam terima kasih saudari.
Ratu Rimba Niagara : Salam bertemu kembali buat sahabat grup yang setia memberi komentar menyuntik semangat untuk terus menulis, moga dengan adanya komentarmu itu memberi manfaat kepada pembaca generasi kini dan akan dating, moga Allah SWT merahmatimu sekeluarga atas kebaikanmu memberi komentar untuk tatapan pembaca karya Sastera Ratu Rimba Niagara. Insya-Allah Aamiin.
Rusli Saleh : Ratu Rimba Niagara teruskan karya saudari itu bagi saya cukup esentik dalam menulis, saudari sungguh luar biasa dalam menulis di tatapan grup ini macam Iskandar Zulkarnain dan macam Dr Ibnu Sina. Komentar ikhlas dari saya, satu kelebihan Anugerah Allah.
Ratu Rimba Niagara : Allahu Akbar setiap kelebihan seseorang adalah Anugerah dariNya jika kelebihan anugerahNya dapat dikongsikan kepada semua adalah satu keindahan hati, hanya DIA saja yang tahu betapa Syukur padaNya Syukur Alhamdulillah.
Rosli Saleh hebat sekali,
Memberi komentar setulus hati,
Tiada mustahil bagi Ilahi,
Dimakbulkan doa tiada siapa halangi.
‘‘Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinNya”
2 Rabiulakhir 1438H
1 Januari 2017
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
bilamana aku mendapat ilham aku bagaikan mengutip Permata Syurga yang berguguran tanpa henti kukutip
lagi kubagi-bagikan Permata Syurga tidak berkurangan sedikitpun malah bertambah banyak sehingga menjadi
Bukit Permata Syurga pelbagai warna dan bentuk saujana mata memandang Allahu Akbar Maha KayaNya Allah kepada semua hambaNya tanpa terkecuali maka
dari itu aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur sepanjang hayat hidupku Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.
Ya Allah jika ada pahala di setiap penulisanku sampaikanlah pahala tersebut kepada kedua orang tuaku yang kusayangi dunia Akhirat. Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.
TIADA APA YANG DAPAT DIUNGKAPKAN MELAINKAN
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
Kau muncul bagaikan indahnya pelangi di waktu malam
Kau menyerikan lagi malam yang berbulan berbintang
bercahaya-cahaya membuatkan alam berpesta cahaya
bergemerlapan di angkasa raya...
penghuni alam dan semerta alam berzikir memuji
Kebesaran Tuhan betapa indahnya malam yang
berpelangi
berbulan
berbintang
Bintang pelbagai warna dan bentuk
diserikan cahaya bulan bercahaya-cahaya
adanya pelangi lagi mengindahkan malam
tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat....
pada lojik akal mana bisa mungkin kukenalmu
kerana
kau di benua sana
aku di benua sini
dan kita tidak pernah ketemu
di alam realiti atau fantasi
tapi bilamana
Allah sudah aturkan pertemuan
kita bisa kenal
walaupun cuma di alam maya
tapi besar ertinya
seperti kita sudah lama dikenalkan
sejak azali lagi
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
Allah mengurniakan darjat padamu yang tinggi
di muka muka ini ...pastinya untuk menyebarluaskan
kesucian Islam di muka bumi ini dan kau telah buktikan
sedaya upayamu biarpun nyawa jadi taruhan...
darahmu untuk rakyat...
harta benda untuk membela rakyat yang tertindas
sanjungan bukan kau letak tempat utama
yang ada di fikiranmu
rakyat....rakyat...rakyat...
Berjuang demi rakyat tersayang
Berjuang demi negara tercinta
Berjuang demi Agama Allah dicintai
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Sahabat...
biarpun dirimu berketurunan bangsawan
hamba cumalah insan biasa yang tak punya apa-apa
ibarat langit dengan bumi
ibarat enggang dengan pipit
dan tidak pernah tefikirpun hamba akan hadir dalam
hidup hamba seorang sahabat yang berdarah bangsawan yang
punyai harta dan pangkat
sudi menjadi sahabat hamba yang kerdil ini
terkedu!
terharu!
syahdu!
lalu syukur hamba dalam sujud padaNya
PadaNya tiada yang tak lojik jika Dia perkenankan
tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Putri Rimba .
22 April 2012


MENJADI SAHABAT SETIANYA TAKKAN RUGI-RUGI
Teman sejati tiada harga mati
Dialah amal peneman di kala mati
Menjadi sahabat setianya takkan rugi-rugi
Tak rugi dunia tak rugi akhirat
Semuanya untung...untung ...tak rugi-rugi..
Asalkan ikhlas semata keranaNya Insya-Allah Syurga menanti. Amin
Karya Rha NS
17 Feburari 2012

INDAHNYA AWAN DI MALAM ITU DISINARI PURNAMA BERCAHAYA-CAHAYA
Subahanallah indah sungguh alam ciptaanMu
Kumpulan awan di malam itu disinari purnama malam
Cahaya purnama dikongsikan bersama kumpulan awan
Makin dikongsi makin bercahaya-cahaya semua kumpulan awan
Indahnya di langit malam itu Allahu Akhbar Subhanallah Alhamdulillah
Begitulah indahnya puisi karyamu yang dikongsikan bersama rakan-rakan yang tercinta...terimakasih sahabatku senyumanmu masih kunantikan di purnama malam...senyuman bukan diselindungi kerana senyuman satu sedekah tambahan pula senyuman ukhuwah bersahabatan dunia akhirat!
Senyum jangan tak senyum kerana senyum itu satu sedekah!
Putri Rimba.
22 April 2012

8 tahun yang lepas
Cik Puan Dang Merdu telah mengemas kini foto muka depannya.
Komen
  • INDAHNYA AWAN DI MALAM ITU DISINARI PURNAMA BERCAHAYA-CAHAYA

    Subahanallah indah sungguh alam ciptaanMu

    Kumpulan awan di malam itu disinari purnama malam
    Cahaya purnama dikongsikan bersama kumpulan awan
    Makin dikongsi makin bercahaya-cahaya semua kumpulan awan
    Indahnya di langit malam itu Allahu Akhbar Subhanallah Alhamdulillah
    Begitulah indahnya puisi karyamu yang dikongsikan bersama rakan-rakan yang tercinta...terimakasih sahabatku senyumanmu masih kunantikan di purnama malam...senyuman bukan diselindungi kerana senyuman satu sedekah tambahan pula senyuman ukhuwah bersahabatan dunia akhirat!
    Senyum jangan tak senyum kerana senyum itu satu sedekah!

    Putri Rimba.
    22 April 2012
     
  • Pabila Rahmat KasihNya ada di kalbu makanya tercetuslah senyuman ikhlas tanpa paksaan.
     
  • Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
8 tahun yang lepas
Ben Hamid Almazkoer sedang bersama Iir Dipo Dipo dan 19 yang lain.
miniatur kapal perang Sriwijaya ditemukan diperairan S.Musi terbuat dari timah, uk. tinggi 5cm, panjang 10 cm. dijajoken di goedang jadoel.
8 tahun yang lepas
Bersahabat denganmu hatiku tenang
Bersahabat denganmu fikiranku lapang
Bersahabat denganmu banyak pengkongsian ilmu
Membuatkan aku terharu dalam syukur
Moga persahabatan kita sentiasa mewangi sewangi hatimu
8 tahun yang lepas
Subhanallah...
mengapa engkau belum juga sampai sahabatku?
betapa jauh perjalananmu...
kidung ini semakin menyepi dan meredup
kisah-kisah lenyap
beranda jadi kosong
rindu melompong
tak ada yang bisa kuperbuat,
kecuali menunggumu,
di bahasa yang paling tak kumengerti
(semoga diberikan kemudahan agar cepat sampai ke Bangka.Amin)
Komen
  • WARKAH RINDU TIADA HUJUNGNYA BUAT DINDA

    Allahu Akbar

    Sudah lama dinda sepikan kanda
    Duhai dindaku nun di benua sana
    Adakah dinda sudah lupakan persahabatan kita
    Apakah khilaf yang kanda lakukan hingga tega
    Dinda sepikan rinduku ini
    Siang dan malam kanda menanti
    Kiriman warkah rindumu di ombak sepi
    Tapi masih sepi
    Sesepi pantai di rimba ini
    Cuma yang kedengaran
    Hempasan ombak menghempas pantai
    Kanda rasa terhibur pabila
    Deruan ombak menyanyikan lagu rindu
    Kanda teruja mendengarnya
    Dan kanda teringat akan Kebesaran Tuhan
    Mencipta lautan sebegini indah
    Kanda duduk di atas batu yang di kelilingi
    Bebatuan yang banyak
    Sambil melemparkan pandangan
    Di lautan yang terbentang luas
    Dan teringat dengan janjimu
    Untuk datang ke Istana Rimba ini

    Setiap kali bahtera yang datang
    Gembira hati kanda
    Kerna salah satu bahtera yang banyak
    Itu adalah bahtera diRaja dinda

    Tapi hampa...
    Kanda pulang dengan hampa...
    Sampai di istana
    Dayang-dayang
    Menghidangkan
    Pelbagai juadah
    Tapi tiada selera untuk
    Kanda menjamahnya
    Mereka tetap juga memaksa
    Agar kanda hingga
    Mereka juga tidak mahu santapan
    Dan mereka menyuap kanda santapan
    Sambil menyapu air mata kanda
    Dengan daunan kasih

    "Tuanku Putri Rimba...
    Tak usahlah ditunggu lagi...
    Mungkin Kanda Tuanku terlalu sibuk menguruskan negaranya...
    Bukankah Tunku Putri mengajarkan pada kami bahawa
    Urusan negara adalah lebih penting daripada kepentingan sendiri
    Makanya Tuanku Putri fahamlah keadaan Tuanku diRaja."
    pujuk dayang penghuni rimba yang sangat sayang pada Putri Rimba.

    "Betul katamu dayang...tapi beta ini terlalu percaya akan
    janji Tuanku diRaja...kalau satu purnama tak apa beta menunggu
    ini sudah berpurnama-purnama masih lagi tidak ada tanda-tanda kehadiran Tuanku DiRaja. Adakah Tuanku DiRaja sudah lupakan beta?"

    "Patik rasa tuanku Putri ini sedang di lamun rindu..adakah Tuanku rindukan Tuanku diRaja?"

    "Bukan begitu beta maksudkan...kerna hubungan kami tidak lebih daripada persahabatan di antara dua benua...rindu dan kasih beta
    hanyalah kasih seorang sahabat ....salah ke ?"

    "Tak salah Tuanku Putri....bersahabat biar ramai...berkasih biar satu..."

    "Apa maksudmu dayang?"

    "Tuanku Putri....jawab sendirilah...."

    Suasana Istana Rimba hiruk pikuk dengan gelak ketawa penghuni rimba apabila Putri Rimba kesayangan mereka hilang daripada rasa dukacita.

    Beginilah keadaan kanda setiap hari dinda...sentiasa bergurau senda
    dengan penghuni rimba tanpa ada hati-hati terluka ...sentiasa menyayangi di antara satu sama lain. Inilah kehidupan yang kanda dambakan dan Allah SWT telah mengurniakan. Mana bisa mungkin kanda akan tinggalkan kehidupan yang aman dan harmonis ini.
    Makanya demi persahabatan kita yang ikhlas ini kanda akan setia menunggu dinda...di ombak rindu ini jika dinda tidak datang juga kerana kesibukan urusan negara... kanda faham kerna kanda pun begitu mengutamakan penghuni rimba daripada kepentingan kanda sendiri....biarlah rindu ini menjadi perindu setia pada ombak rindu yang tiada penghujungnya.

    WARKAH RINDU TIADA HUJUNGNYA BUAT DINDA
    TEUNGKU SAYYID DEQY INDONESIA
    DARIPADA KANDA PUTRI RIMBA NIAGARA MALAYSIA
    16 April 2012
    April 16 at 8:09am · Like

    Teungku Sayyid Deqy :

    Sudah kuungkai jangkar perahuku ke pesisir Malindi,
    Atau kuutas layarku ke tebing Petra,
    Bahkan kuliukkan kincir anginku ke muara sungai eufrat,
    Tapi laut tetaplah biru kilat,
    Dengan rahsia tempat bermukim putri duyung,
    Menampar kelanaku ke ceruk gunung,

    Aku melawat ke gurun padang cedar
    Mencari kekanda putri yang terhijabkan cadar
    Alangkah panjang titian muhibah diri
    Ibarat dakwah para sembilan wali
    Kepada Tuanku Maghribi

    Wahai kanda yang terlalu bersabar
    Setiap masa kukembangkan layar
    Mengumbu terumbu karang agar perahu laju berselancar
    Namun jauhlah sayup negerimu yang amat lebar
    Membuatku berkali kali terdampar
    Hingga tulang belulang nyaris terhampar

    Kini kusinggah di fathani darossalam
    Kukisahkan rundung rindu dengan Tuan Sani di kampung Gelam
    Masihkah jauh niagara wahai Tuan?
    Sanggupkah kaki membawa badan?

    Berkata abdullah bin abdulqadir al munsyi?

    Teruslah engkau ke Kelantan wahai Tuan
    Disana ada kubah berwarna keemasan
    Disanalah negeri bersematkan para sultan
    Istana niagara adalah sebahagian,daripada ramai kesultanan

    Alangkah sepi di Malindi
    Jangkarku patah sebahagian
    Malangkah nasibnya diri
    Patah semangat sebelum ke tujuan

    Wahai kanda Rabeah putri niagara
    Dua benua amatlah jauh
    Lalai dan lupa dinda berpunya
    Kini tak kuasa dinda melempar sauh

    Kepada:
    Tuanku Putri Rabeah Mohammad Ali di Istana Kerajaan Niagara
    Kepada 30 Jumadil Awal 1433 Hijriah

    Dari:Teungku Sayyid Mohammad Deqy Baraqbah-Samudra Pasai
    49 minutes ago via mobile · Like

    DIA DITAKDIRKAN MENJADI BIDADARI MU

    Duhai dinda yang dikasihi di benua sana....
    Warkahmu penuh madah pujangga
    hingga kuterbuai ditiup angin sepoi bahasa
    bayanganmu berada di mana-mana
    menyapa rinduku di ombak rindu
    setiap hari ku tunggu mu di ombak rindu
    biarpun musim tengkujuh kutunggu juga
    dengan harapan kau datang ...
    tapi ku tahu kau tidak akan datang
    kerna kutahu kau sudah dimiliki cinta si putri jelita
    namun kuredha itu takdir cinta mu
    kudoakan kau bahagia hingga terpatri
    cinta dunia bawa ke akhirat
    percayalah dia ditakdirkan menjadi
    bidadarimu di dunia jua di akhirat
    makanya selamat bahagia
    bersama bidadarimu
    dan membina Keluarga Syurga Di dunia Jua di Syurga
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Kepada:
    Teungku Sayyid Mohammad Deqy Barqbah -Samudra Pasai
    22 April 2012

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

    Putri Rimba Niagara.
    Istana Rimba Niagara Malaysia
    22 April 2012
PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA
Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.
Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.
Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.
Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.
Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.
Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.
Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.
Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.
Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.
Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.
Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.
Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.
Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.
Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.
Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.
Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.
Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.
Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.
Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.
Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.
Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.
Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.
Karya: Rha NS
19 Jun 2011
(Sempena Sambutan Hari Bapa 19 Jun 2011)
(Pantun Diilhamkan Teristimewa Untuk Keluarga Feriz Omar)


JIKA PERJUANGANMU IKHLAS KERANANYA DAN DEMI ANAK BANGSA MU!
Salam sejahtera rakan sastraku di benua sana...
Aku lagi perlu nasehatmu...
Waalaikummusalam...apa kabar sahabatku ...apa yang dialami sekarang...
Masa yang berat sekarang in
Apa yang bisa kulukiskan, apalah artinya
Aku mahu tanya napa setelah menjadi sultan terus sepikan aku ye...adakah aku ada buat silap dengannya...sebab kalau dia masih gini sepi...aku terpaksa undur diri darinya...kerana terlau sedih sangat ni...
Memang lagi mase terberat mah, hampir tak buka FB lagi, sebab banyak rintangan dan cobaan setelah dinobat
kenapa tak jawab lagi sahabaku, apa kabar kau, sehatkah..
Alhamdulillah sihat... aku ingatkan baginda sultan sudah lupakan aku...boleh tak kau beritahu ....ada masalah apa sebenarnya ye...
Aku lagi merasa tak tentu, seakan bingung dengan keadaan sekitar...
Pemerintah tak peduli dengan penobatan sultan, permasalahan keuangan dirumah terganggu, karena terus keluar modal dan semua pegawai istana sudah tak sabar, ingin marah saja rasanya
Sahabatku...boleh aku nanya...
Apa sahabatku ? Bolehlah
Siapa yang cadangkan untuk penobatan sultan?
Oo itu semua keluarga besar sultan sendiri, kenapa?
Kenapa tak pastikan persetujuan dari pemerintah duhulu
Itu sudah jadi keputusan keluarga,memang pemerintah termasuk yang kurang peduli akan masalah ini. itulah yang membuatkan aku kini juga jadi kesal
mereka ini para pembesar,tapi fikiran kecil
Bukan ...aku tak sokong sultan tapi kalau belum masanya yang sesuai makanya inilah jadinya...sumpahan sultan belum tamat lagi tak tahu ke?
macamtulah perjuangan aku,mengangkat batang terendam tak semudah membalikan telapak tangan....
Sekarang ni kau yang terkepit dalam keadaan...hingga terjejas sumber pendapatan...kenapa kau harus mematuhi perintah sultan bukankah kau punyai pekerjaan sendiri...
Dalam kau bersusah kerana sultan... adakah sultan membantu kau bagi meneruskan kehidupan?
Perjalanan aku sebagai seorang penyair yang tak dihargai, bagai angin yang lepas bebas, bekerja berdasarkan hati,kemana hati kesitulah aku.
Untuk menjadi penyair bukan semudah membalikkan telapak tangan mu...jika kepenyairanmu tidak dihargai tidak mengapa...teruslah menulis dan menulus jangan sampai bosan kerana kau tidak tahu yang mana satu akan menjadi karya mutiara . Pabila sudah menjadi mutiara barulah dihargai. Masa itu barulah berertinya perjuanganmu.
Iya ...rasanya kelar air mata yqng sangat deras,tak tau lagi harus berucap apa dengan mu...
Sahabatku...apa yang kau rasai begitulah aku rasai...hingga setiap karya yang aku tulis diiringi dengan air mata mengalir sederas air terjunan..tapi kerna minat yang dalam dan matlamat yang membara aku teruskan biarpun halangan menerjang kiri kanan tanpa aku perduli lagi kerna aku pasti biar tiada seorang manusia pun yang menghargai...Allah sentiasa bersama aku...dan aku percaya setiap ilham yang baik semuanya datang dariNya. Makanya bersabarlah duhai sahabatku.
Sabahatku boleh dak aku kesal...
Maksudnya? Aku tak faham...
Nanti kau akan tau, ketika seorang penyair nyata marah seperti apa.....
Siapa penyair itu ye...kenapa dia nak marah?
Penyair nyata sedang bicara dengan kau inilah
Maksud kau......kau marahkan aku ke? katakan sejujurnya...
Aku marah sama pemerintah, bukan same kamu
coba kau bersyair, pasti faham akan bahasa aku....
Kau ada kuasa apa untuk marahkan pemerintah? Coba bilang sama aku?
Aku tiada kuasa untuk marah sama pemerintah tapi aku akan bersyair, tapi bersyair yang saling menyakitkan, masa depan pemerintah akan terancam untuk turun tahta....
Maksud kau...kau mahu bersyair agar terancam pemerintah turun tahta pemerintahannya... digantikan pemerintah lain?
Bisa macam itulah ,biar tau kalau syair itu indah dalam permainanya, biar mereka tahu ketajaman mata pena boleh mengguncangkan seluruh dunia ini bagi pemerintah yang tidak adil dalam membela rakyat dan raja dan itulah perjuanganku...perjuangan
bertintakan darah dan air mata.
Sahabatku....jika perjuanganmu ikhlas keranaNya dan kerana anak bangsamu...
Insya-Allah berjaya. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
(Karya Putri Rimba Niagara
21 April 2012
(KARYA INI HANYA IMAJINASI PENULIS TIADA KENA MENGENA DENGAN NEGARA MANA PUN JIKA ADA HANYALAH SECARA KEBETULAN SAJA)


KENANGAN YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS
KAU BERJAYA MENGUKIR SYAIR NAN INDAH DI DAUNAN KASIHKU
Rakan sastraku...
kau pandai mengukir kata-kata
dan menyusun bait-bait kata
kau rangkaikan menjadi bahasa syair
yang membuaikan jiwa terasa berada
di alam maha indah dengan pesona
keindahan kanvas alam Ciptaan-Nya
siapa yang membaca terhayun dengan
ayunan bait-bait bahasa syairmu nan indah
dan mempesonakan hingga aku terpanggil
untuk membalas syair mu nan indah!
Tahniah untukmu kerna berjaya mengukir
syair nan indah di daunan kasihku.
Karya Putri Rimba Niagara
21 April 2012




Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Betapa aku cemburu "Pada orang yang pandai menyembunyikan kebaikannya, dunia tak tak melihatnya, namun surga merindukannya" Uwais Al-Qorni- Instagram'




HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                                    
23 April  2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;