Saturday, 17 October 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (478) AYAH BAGILAH BALIK TANGAN ITA





SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (478) AYAH, BAGILAH BALIK TANGAN ITA

THURSDAY, DECEMBER 10, 2009

AYAH, BAGILAH BALIK TANGAN ITA…


# Kisah ini mungkin ramai dah pernah baca. Namun sengaja saya postkan juga di sini, mudah2an kita dpt mengambil iktibar dan pengajaran supaya tidak bersikap terlalu keduniaan. Sesungguhnya harta dunia hanyalah pinjaman semata-mata, dan sama sekali tidak akan dibawa bersama ke alam kubur dan akhirat kelak…

*************************

Sepasang suami isteri, sama seperti pasangan lain yang menetap di kota-kota besar, meninggalkan anaknya diasuh pembantu rumah semasa mereka keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga setengah tahun, bernama Ita.

Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang harus dilakukannya, pembantu rumah tersebut kerap membiarkan Ita bermain sendirian. Ita juga dibenarkan bermain di luar rumah, tetapi pintu pagar rumah tetap dikunci. Bermainlah Ita samada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli ayahnya, ataupun memetik bunga-bunga yang terdapat di laman rumahnya.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat. Dia pun mencuba bakatnya melakar simen tempat letak kereta ayahnya. Tetapi disebabkan ianya diperbuat daripada marmar, maka lakarannya tidak kelihatan. Ita kecewa.

Matanya terus mencari-cari. Di satu sudut, Ita nampak kereta baru ayahnya. Kebetulan pada hari tersebut, ayah dan ibunya menunggang motosikal ke tempat kerja kerana laluannya agak sesak sempena perayaan Thaipusam. Lalu dicubanya pada kereta tersebut… Dan ternyata hasilnya memuaskan! Kereta itu bewarna gelap, maka lakarannya jelas kelihatan. Apalagi, kanak-kanak itu pun merasa puas, lalu meneruskan lakaran untuk menunjukkan kretivitinya.


Penuh lakaran dibuat di sebelah kanan, dia beredar pula ke sebelah kiri kereta tersebut. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari pembantu rumah.

Pulang dari tempat kerja pada petang itu, terkejut habislah pasangan suami isteri ini tatkala mata terpandang kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, kini kelihatan berbatik-batik. Apalagi, naik beranglah si ayah. Belum pun kaki menjejak masuk ke rumah, si ayah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?!"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu, segera berlari keluar. Sempat dia beristighfar. Dia yang tidak tahu-menahu hal itu juga kelihatan terkejut melihat lakaran pada kereta tersebut. Mukanya merah padam kerana takut melihat wajah bengis majikannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dan dia terus mengatakan, "Tak tahu".

"Duduk di rumah sepanjang hari pun tak tahu? Apa kau buat?", herdik si isteri pula. Si anak yang terdengar suara ayah dan ibunya, tiba-tiba berlari keluar dari biliknya. Dengan penuh manja dia berkata, "Ita yang buat, ayah... cantik, kan?". Tanpa menunggu reaksi si ayah, Ita segera menerkam ayahnya, ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar, terus merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, lalu dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tidak mengerti apa-apa, terlolong-lolong kesakitan dan ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.

Si ibu hanya mendiamkan diri, mungkin setuju dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan ke atas anaknya itu. Pembantu rumah pula melopong, tidak tahu harus buat apa. Si bapa cukup rakus memukul kedua-dua belah tangan anaknya tanpa rasa kasihan.

Lama selepas itu, setelah merasa puas, si ayah akhirnya berhenti memukul, lalu masuk ke dalam rumah, diikuti si ibu. Si anak yang ditinggalkan sendirian, digendong pembantu rumah lalu dibawanya masuk ke dalam bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan Ita calar-balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air, dia menangis. Ita pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Pembantu rumah mengadukan hal tersebut kepada majikannya. "Sapukan minyak gamat!", balas tuannya, ayah kepada si anak, dengan nada selamba, langsung tidak menunjukkan rasa risau.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya. Tidak seperti kebiasaannya, sejak peristiwa tersebut, setiap kali pulang dari kerja, dia langsung tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu rumah. Si ayah kononnya mahu mengajar si anak.

Si ibu juga begitu, tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah perkembangan anaknya. Suatu hari, seperti biasa si ibu bertanyakan keadaan anaknya kepada pembantu rumah. "Ita demam .....", jawab pembantunya dengan ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum masuk ke bilik tidur, sempat dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa dia ke klinik. Pukul 5.00 bersiap," pesan majikannya itu.

Sampai waktunya, si anak yang longlai dibawa ke klinik. Setelah diperiksa, doktor mengarahkan supaya Ita dirujuk ke hospital kerana keadaannya terlalu serius.

Setelah seminggu ditahan di wad pediatrik, doktor akhirnya memanggil ibubapa kanak-kanak itu. "Tiada pilihan...", katanya yang mencadangkan agar kedua-dua belah tangan Ita dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah. Demi nyawanya, kedua-dua belah tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah", kata doktor.

Si ayah dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata doktor itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak terjaga lalu menangis kesakitan. Dia terpinga-pinga melihat kedua-dua belah tangannya berbalut kain putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Dia masih merasa bingung. Kemudian beralih pandang ke wajah pembantu rumahnya. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah akhirnya bersuara dalam linangan air mata... "Ayah... Mama... Ita tak kan buat macam tu lagi. Ita tak nak ayah pukul Ita. Ita sayang ayah, sayang mama...", katanya berulang-kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti...", katanya sambil memandang wajah pembantu rumahnya, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Ayah... bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil tangan Ita... Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi! Ayah pulangkanlah tangan Ita ye..." katanya bertalu-talu, merayu kepada si ayah agar mengembalikan kedua-dua belah tangannya.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya itu. Meraung dia sekuat hati, namun taqdir yang sudah terjadi, tiada manusia yang dapat mengubahnya...

*************************

Notakaki: Apalah sangat salah si anak sehinggakan dihukum dengan kehilangan kedua-dua belah tangan? Hakikatnya, kereta tersebut hanyalah harta duniawi, sedangkan anak merupakan tanggungjawab dan amanah buat ibubapa. Jadi didiklah anak-anak sebaiknya dengan cara yang sepatutnya. Janganlah bertindak mengikut emosi dan perasaan, yang seringkali membuatkan kita menyesal kemudiannya. Berhati-hatilah dalam bertindak, kerana “menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya”...

“Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia, dan
(amalan-amalan) yang kekal lagi soleh, adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu, serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
(Al-Kahfi, 18: 46)

p/s: Ada yang kata, kisah ni benar-benar terjadi, dan pernah disiarkan dalam Mastika bertahun-tahun yang lalu.. Benarkah? Maaf tak dapat nak pastikan sebab saya sendiri dah berkurun tak baca Mastika =D Apapun, semoga perkongsian kisah ini di sini dapat dimanfaatkan bersama..

5 COMMENTS:

  1. salam dik hani...

    cerita yg penuh pengajaran...

    Ingatan untuk kita yg rasa harta benda itu yg lebih dr segala-galanya...bila nafsu amarah menguasai diri kesabaran tidak kelihatan lagi...

    semoga nafsu amarah tidak menguasai diri kita YA ALLAH...

    Reply
  2. salam kak liza..

    ade jugak mase utk akak bace kisah panjang ni ek =D

    ha'ah, btul tu kak. sebab tu ade dalam Hadtih, nabi pesan "jangan kamu marah", diulang sampai 3x.. tandala tu betapa susahnya nak kawal nafsu amarah ni kan.. bila diri dikuasai rasa marah sgt2, kita dengan mudahnya hilang pertimbangan.. -_-

    semoga kisah ni mengajar kita supaya lebih byk bersabar. supaya nantinya tak lah kita menyesal atas tindakan kita yg berlandaskan emosi marah kita tu..

    Reply
  3. ha! cte ni sedih giler la.... kesian anak dia 2.. ape la salah anak dia smpai kena pukul lagipun bdk2 mne thu ape2 lagi dorg hnya thu bergembira jer... ya... allah ape pnye ayah la.. sedih giler sy sebak dlm hati msa dia tnya pulangkan tangan dia..... sedih! sob... sob... klu di conteng keta 2 cat la lain ni dipukul plak bdk 2!

    Reply
  4. to NICK IRFAN:

    tula kan.. sedih n sayu je dgr permintaan si anak yg minta ayahnya pulangkan tgn tu.. xkan nk bagi tgn palsu? tu x sama pn dgn tgn yg betul.. kesian kan.. budak tu merayu sampai siap berjanji lg.. tp apakan daya.. nasi sudah menjadi bubur.. menyesal pn dah xde maknanya.. smga kisah ni dpt memberikan kite kesedaran supaya sntiasa berhati2 dalam segala tindak-tanduk kita.. berfikirla scr rasional sblm bertindak.. krna bertindak scr emotional xkan ke mana, malah akan menyebabkan kerugian yg besar..

    yup, tu la kan.. budak tu conteng je pn.. taula bercalar, tp camla xleh cat semula.. kalau bakar sekalipun, leh gak usahakan cari kete baru yg sejibik. tp kalau tgn anak sndiri, ade ke jual yg ori nye kt mane2??

    Reply
  5. Salam, sy nak tny cik kenal sapa org tuamya? Sy perlu brhubung, sbb budak ni dtg cari saya

    Reply

www


PULANGKAN TANGAN ITA

Aku banyak kali dapat fwd email kisah ini.Tidak tahu benar atau tidak, tiap kali membaca tiap kali terusik.Mungkin kerana aku juga ada anak kecil perempuan.Aku pastekan disini.

Tajuk : PULANGKAN TANGAN ITA

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari siPembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia erkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anakkecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas."Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya serbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalamlinangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Pada sesiapa yang ada anak, sayangilah mereka.Aku ada beberapa org kawan yang sampai hari ini, bertahun berkahwin masih tidak punya rezeki.Sedih mendengar kisah mereka.Mahukan tawa tangis anak kecil.Tak dinafikan ada anak kecil memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. Aku pun kekadang kurang sabar dgn karenah anak kecil ..heheh, tapi tanpa mereka dunia tidak berseri.Begitu juga adik2 kecilku, tanpa celoteh mereka rasa hidup aku kurang bahagia.

Malaysia dikejutkan dgnkematian kana2 comel, arwah Norizyani Amilia Ahmad(aku harap aku tidak salah eja). Walaupun masih di dalam penyiasatan, dan masih muskil dgn apa yg terjadi( yer kedua-ibu bapanya di tahan reman)..aku harap kejadian sebegini tidak diulangi. Sesiapa yang tidak mahu anak, boleh beritahu aku,kerana boleh aku syorkan pada kawan aku yang inginkan anak angkat.Boleh dia dijaga dengan baik dan oleh orang-orang yang masih menghargai kehadiran si comel.

- Rindu sangat pada buah hati aku, S dan adik-adik kecil aku. -


Abah, Bagilah Balik Tangan Ita.

sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang
membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail.
Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia
memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang
dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga
ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak
berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap
manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam
melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh
diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu
hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran
tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan
ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang
itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun
dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak
dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya
merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. Bila
anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !'
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju
dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong,
tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia
sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan
kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa
masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan
penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam
bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan
harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang
dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di
bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si
ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita
demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas
si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat,
pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya
itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang
mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana
jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia
sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke
bawah' kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah
dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan
berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari
bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
dalam linangan air mata... 'Abah.. Mama... Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..
sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat
suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat
apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main
macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan
gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda.

HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
POHONAN PELANGI SASTERA ANUGERAH-NYA
Subhanallah ketenangan yang menenangkan jiwa.
Mencintai-Mu Allah satu ketenangan Allahu Akbar.
Aku mendapat ilham bagaikan mengutip Permata Syurga berguguran dengan banyaknya lagi kukutip lagi banyak tak terkata . Allahu Akbar. Syukur Alhamdulillah. Aamiin
POHONAN PELANGI SASTRA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH INI KUHADIAHKAN TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PENGHUNI BUMI TERCINTA
SAKSIKAN KEINDAHAN ALAM DENGAN IMAN PASTI KAMU AKAN PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 Oktober 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;