Friday, 20 November 2020

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (114) MALAYSIA PRIHATIN - i



BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (114) MALAYSIA PRIHATIN - i




KOLEKSI KARYA RATU RIMBA NIAGARA MALAYSIA PRIHATIN BGH 1
  • PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.
    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    i) Setia kepada Raja dan negara,
    Rukun negara yang kedua;
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Negara aman rakyat sentosa.
    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    Seluruh rakyat cintakan negaraku.
    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    i) Budi bahasa pengikat kasih,
    Kasih mengasihi sesama insan;
    Saling membantu penyeri kasih,
    Senyuman terukir di hati insan.
    ii) Rakyat sayang Perdana Menteri,
    Galakan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 17j
  • PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
    Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
    Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
    Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
    Agong kami Raja penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 17j
  • WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
    Bismillahirahmanirrahim
    Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
    Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
    punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
    Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
    Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
    Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
    Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
    Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
    Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung kasih Tuanku daripada,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
    31 Januari 2019
    (Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 17j
  • SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Sultan Abdullah Raja penyabar;
    Biarpun tugas penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.
    Permaisuri Azizah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.
    Bahagia hidup keluarga diRaja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.
    Sultan Abdullah diputerakan,
    Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Gembira rakyat dalam perhatian.
    Pahang negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.
    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.
    Sultan Abdullah mencemar duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembera tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.
    Sultan bertitah lalu memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.
    Sultan Abdullah selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Aslkan rakyat terus maju.
    Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam perpaduan.
    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.
    Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas,
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat terbela dalam keikhlasan.
    Istana Agong tersergam indah,
    Apabila tertitah penuh bermadah;
    Pangkat yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.
    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta sejarah untuk generasi.
    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.
    Putera kesayang ayahanda dan boda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berbipsah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.
    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Personaliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.
    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.
    Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Sultan Abdullah Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
    Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
    Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
    Ampun tuanku,
    Daulat tuanku,
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
    'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
    seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
    Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
    Ampun Tuanku
    Daulat Tuanku
    Dirgahayu Tuanku
    Menjunjung Kasih Tuanku
    Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah
    di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
    •  
    • Telah disunting
  • PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
    Sultan Abdullah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
    Institusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.
    DYM Sultan Selangor raja dihormati,
    Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
    Seluruh rakyat menyayangi Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja suka kebajikan.
    Sultan Nazrin Shah berjiwa rakyat,
    Galakan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjung rakyat Perak.
    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.
    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat bekerjasama.
    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
    Sultan Mizan bersopan santun,
    Rakyat Terengganu amat terpesona.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Januari 2019
    (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI
    Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
    Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....
    Doa rakyat membawa rahmat... insy-Allah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..
    MERCU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.
    Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”
    Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
    Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.
    Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.
    Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.
    (Disiarkan bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Skesejahteraan hah Al-Musta'in Billah)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT TERIMA KASIH PM!
    PERDANA MENTERI DAMBAAN RAKYAT
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA
    Kami tak hiraukan tohmahan hina terhadapmu duhai Perdana Menteri kesayangan kami...
    yang kami tahu kau adalah Perdana Menteri anugerahNya yang terindah kami syukuri sepanjang hayat
    memahami masalah rakyat di segenap sudut
    sehabis kudrat pemikiranmu memikirkan rakyat
    tanpa menabur janji manis
    kau buktikan kemampuanmu
    membela nasib rakyat tanpa seorangpun tercicir
    semuanya dibantu
    rakyat bersyukur
    terharu atas kepemurahanmu membantu rakyat.
    Kau tak hiraukan segala tohmahan hina terhadapmu
    dengan niat untuk menjatuhkanmu dari tampuk pemerintahan.
    Dengar sini yang tak puas hati dengan Perdana Menteri kami
    seandainya dibubarkan parlimen kerana mengikut kehendak kamu kami yakin kedudukan Perdana Menteri kami tidak akan terjejas!
    Perdana Menteri kami akan menang percayalah...
    kemenanganmu adalah kemenangan rakyat
    justeru Perdana Menteri kami mesti menang!
    Perdana Menteri kami bukan seperti pemimpin lain
    turun padang bertemu rakyat setiap kali Pilihan Raya
    untuk memancing undi.
    Baru sebulan menjadi Perdana Menteri
    di kala negara ditimpa bencana Covid-19
    telah membantu rakyat
    sedaya upayanya
    bersama jemaah menterinya.
    Terima kasih YDP Agong
    kerana merestui perjuangan Perdana Menteri
    dan Allah izinkan menjadi Perdana Menteri kami
    syukur Alhamdulillah.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 Jun 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk Perdana Menteri
    kesayangan rakyat Malaysia)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • SELAMAT HARI JADI PM KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
    Selamat hari jadi ke-73 PM yang baik budi
    terima kasih sudi menjadi PM kami
    terima kasih bantu kami di kala diuji
    walaupun kau dihina dikeji
    kau tak kesahi
    asalkan rakyat diambil peduli
    sifatmu terpuji
    rakyat dipentingi
    daripada kepentingan sendiri
    kini
    kau tak sendiri
    pengorbananmu di hargai
    PRU-15 dinanti
    kau kekal menjadi PM kami
    kerana kau pemimpin sejati
    kita sehati
    demi Malaysia dicintai
    moga Allah merahmati
    di dunia kita diredhai
    di Syurga kita dirai
    oleh Ilahi
    Aamiin moga Allah makbuli
    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mei 2020
    22 Ramadan 1441H
    (Puisi dikarang istimewa untuk PM kesayangan rakyat Malaysia moga dapat bertabah hati sepanjang menjadi PM kami dalam membela nasib rakyat Malaysia, Allah sentiasa bersama perjuanganmu)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
    •  
    • Telah disunting
  • PANTUN TERIMA KASIH PERDANA MENTERI
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Sudi menjadi Perdana Menteri kami;
    Pengorbananmu rakyat hargai,
    Namamu indah tersemat di hati.
    Perjuanganmu setulus ikhlas,
    Membela rakyat pelbagai kaum;
    Budi ditabur tiada harap dibalas,
    Bangganya rakyat penuh kagum.
    Jasamu Perdana Menteri rakyat hargai,
    Turun ke padang tak kira masa;
    Setiap masalah rakyat cuba difahami,
    Agar rakyat hidup sempurna.
    Tiada istilah penat dan jemu,
    Sentiasa fikirkan masalah negara;
    Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
    Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
    Hidupmu penuh dengan kebaktian,
    Berbakti kepada rakyat juga negara;
    Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
    Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
    Mahukan negara terus maju;
    Semangat perjuangan terus membara,
    Negara dipacu rakyat terus maju.
    Negara dipacu rakyat terus maju,
    Negara maju rakyat berinovasi;
    Negara maju dunia terpukau,
    Hasil negara terus dikongsi.
    Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
    Bermuafakat bersatu hati;
    Bersatu hati untuk merealisasi,
    Setiap usaha pasti jadi kenyataan.
    Setiap usaha pasti jadi kenyataan,
    Asalkan rakyat dan pemimpin bersatu hati;
    Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
    Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
    Kejujuran hati membentuk kerajaan,
    Kerajaan cekap dan amanah;
    Rakyat sentiasa diberi perhatian,
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
    Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
    Tiada perkecilkan mana-mana parti;
    Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
    Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
    Perdana Menteri kaulah pertiwi,
    Perjuanganmu tak terhenti;
    Semangatmu membara kami kagumi,
    Budimu indah mewangi di hati .
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Nasihatmu sentiasa kami ingati;
    Pengorbananmu kami sanjungi,
    Budi baikmu sentiasa kami hargai.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    Tan Sri Muhyiddin kesayangan kami;
    Moga sentiasa dirahmati,
    Dirahmati ketika hidup dan mati.
    Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
    Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
    Saling faham memahami di antara mereka,
    Demi kerana negara tercinta.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    29 April 2020
    (Pantun dikarang untukmu Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia terima kerana sudi menjadi Perdana Menteri kami moga Allah merahmatimu Aamiin)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • SAYA SAYANG PERDANA MENTERI SAYA
    Saya warganegara Malaysia.
    Rakyat negara saya terdiri daripada
    pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
    India. Walaupun berbeza agama,
    bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
    aman damai tanpa sebarang sengketa.
    Kami hidup bersatupadu, tolong
    menolong dan hormat menghormati.
    Perdana Menteri saya yang ke-8
    namanya YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
    Saya menghargai Perdana Menteri saya
    kerana membantu dan membela nasib
    seluruh rakyat Malaysia dalam sebarang
    situasi.
    Terima kasih Perdana Menteri,
    kami rakyat Malaysia rasa bertuah
    mempunyai seorang Perdana Menteri
    yang baik hati dan penyayang
    sayangkan rakyatnya melebihi
    nyawa sendiri.
    Moga Malaysia berjaya
    rakyat sihat, aman makmur
    selamanya!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    26 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
    Malaysia tercinta)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
    •  
    • Telah disunting
  • TERIMA KASIH PM KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
    Sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
    atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-8.
    Kehadiranmu tepat pada masanya di kala rakyat amat
    memerlukan seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat.
    "Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan
    melantik saya sebagai Perdana Menteri.
    Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia
    Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan
    fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan
    Persekutuan.
    Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah
    melalui pilihanraya.
    Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat
    sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
    Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat
    Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.
    Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina,
    saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun,
    Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik,
    saya adalah Perdana Menteri saudara.
    Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk rakyat
    dan negara.
    Terus mencurah bakti kepada rakyat, walaupun saya
    bukan pilihan rakyat tapi saya dan semua jemaah menteri
    di bawah pemerintahan saya, akan cuba sedaya mampu
    membantu rakyat tanpa seorang pun dipinggirkan semuanya
    akan mendapat perhatian!"
    Baharu saja menyandang jawatan Perdana Menteri
    tanpa diduga berlakunya penularan wabak COVID-19
    justeru kerajaan mewajibkan rakyat mematuhi Perintah
    Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan
    rantaian COVID -19. Jika perintah ini tidak dipatuhi,
    segala tindakan akan menjadi sia-sia.
    Setiap nyawa rakyat Malaysia terlalu berharga justeru
    kerajaan melindungi daripada terkena jangkitan wabak
    COVID-19.Kerana memahami kesusahan rakyat akibat
    penularan wabak COVID-19 pelbagai pakej Ransangan
    Ekonomi Prihatin Rakyat dilancarkan di mana semua
    golongan rakyat dibantu tanpa tanpa seorangpun dipinggirkan.
    Subhanallah baru menyandang jawatan Perdana Menteri
    sudah membuktikan kemampuan membantu dan
    memperjuangkan nasib rakyat.
    Dalam ujian ada rahmat, rakyat menerima bantuan dalam
    rasa syukur dan gembira.
    Syukur Alhamdulillah dikurniakan seorang Perdana Menteri
    pemurah, bertangggungjawab, mengasihi dan mementingkan rakyat daripada kepentingan sendiri.
    Rakyat terpegun dengan keluhuran budi dan pengorbananmu. Kaulah Perdana Menteri yang didambakan rakyat.
    Moga dipanjangkan usia untuk terus menerajui tampuk
    pemerintahan kini dan akan datang.
    Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi menjadi
    Perdana Menteri kami, menabur bakti bersama
    Jemaah Menterimu.
    Sebagaimana kau mengasihi rakyat dan prihatin setiap
    masalah rakyat kami juga menyayangimu.
    Didoakan setiap budimu dibalas Syurga tertinggi
    sebaris para nabi kekasih Allah kerana pemimpin
    yang adil dan amanah. Insya-Allah Aamiin.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2020
    (Puisi diilhamkan istimewa untuk PM ke-8 dan seluruh rakyat
    Malaysia tercinta)
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • SYAIR MALAYSIA PRIHATIN
    Tersebutlah kisah sebuah negara,
    Malaysia digelar diberi nama;
    Perdana Menteri yang bijaksana,
    Agar Malaysia jadi ternama.
    Malaysia Prihatin berbudi pekerti,
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati;
    Demi kerana Malaysia dicintai,
    Moga hidup terus diberbakti.
    PM mengajak rakyat bersatu,
    Pelbagai kaum bersatu padu;
    Memupuk minda generasi baru,
    Demi kerana Malaysia yang satu.
    PM bekerja tak kira masa,
    Pentingkan rakyat dari segala;
    Kerahkan menteri beri kerjasama,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.
    PM dan menteri kerja bersungguh,
    Demi rakyat negara teguh;
    Petah bicara bila berhujah,
    Agar rakyat dapat berteduh.
    PM kita pencetus revolusi,
    Galakan rakyat berkreativiti;
    Minda penuh daya imaginasi,
    Lahirkan produk berinovasi tinggi.
    Menteri kabinet beri perhatian,
    Ikut arahan dalam panduan;
    Ada kuasa jangan disia-siakan,
    Hilang kuasa dalam penyesalan.
    Apalah ada pada kuasa,
    Salah guna bawa binasa;
    Jalankan tugas hati yang waja,
    Hidupmu pasti rasa bahagia.
    Rakyat perlu pemimpin berjasa,
    Menabur jasa sudahlah biasa;
    Ramah tamah tak gila kuasa,
    Moga hidupmu aman sejahtera.
    Melayu Cina India janganlah iri,
    Segala usaha tidak menjadi;
    Bila bersatu wajah berseri,
    Pelbagai bangsa jadi menteri.
    Sabah Sarawak tidak dilupakan,
    Sama rata diberi peruntukan;
    Justeru itu kekalkan perpaduan,
    Pasti hidup dalam kesejahteraan.
    Mari semua hidup berdamai,
    Fikirkan negara amanlah damai;
    Indah sungguh hidup yang permai,
    Segala budi sama disemai.
    Ilmu itu pelita hati,
    Hati gelap akan diterangi;
    Bila gagal cubalah lagi,
    Kejayaan cemerlang sedia menanti.
    Penjawat awam ubahlah minda,
    Jadikan minda kelas pertama;
    Seiring kehendak arus perdana,
    Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
    Bantuan Prihatin diberi pada majikan,
    Agar pekerja tidak diberhentikan
    Kerajaan memahami masalah majikan,
    Covid-19 punca permasalahan.
    Usahawan juga diberi bantuan,
    Bantuan Prihatin menjana pendapatan,
    Rasa terharu kebaikan kerajaan,
    Bantuan diterima dalam kesyukuran.
    Budi bahasa budaya kita,
    Adab sopan apabila bicara;
    Bila begitu ramai yang suka,
    Hidup pasti lebih ceria.
    Sifat jujur haruslah ada,
    Ke mana pergi senanglah rasa;
    Takkan ada rasa kecewa,
    Hati pun bersih hasad pun tiada.
    Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
    Berkat kepimpinan yang bijaksana;
    Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
    Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
    PM mahu PDRM berintegriti,
    Jalankan tugas penuh teliti;
    Agar rakyat rasa dilindungi,
    Jasa baktimu tetap dihargai.
    Rakyat Malaysia sayangkan negara,
    Rasa cinta terus membara;
    Teruskan perjuangan walau di mana,
    Biarpun terpaksa bekorban nyawa.
    Sekian sahaja syair Malaysia Prihatin,
    Baiknya Tan Sri Muhyiddin Yassin,
    Semua rakyat mendapat bantuan,
    Moga Syurga sebagai balasan.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara).
     
    • Suka
    •  
    • Balas
    •  
    • 16j
  • PANTUN MALAYSIA PATRIOTIK
    Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
    Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
    Semasa hidup memberi panduan,
    Akhir nafas umatnya diingati.
    Sultan Abdullah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
    Tunku Abdul Rahman PM pertama,
    Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
    Impian Tunku telah terlaksana,
    Menjadikan Malaysia pesat membangun.
    Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
    Mohd Najib anak kesayangan;
    Matlamat perjuangan tidak berbeza,
    Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.
    Tun Hussein Onn PM ketiga,
    Tertib sungguh bila berbicara;
    Masalah rakyat diurus dijaga,
    Agar rakyat hidup terbela.
    Malaysia maju idea Tun Mahathir,
    Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
    Pejuangan beliau tidak berakhir,
    Malaysia maju dalam pembangunan.
    Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
    Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
    Satu Malaysia bermuafakat bersama,
    Menjadi warga dunia yang teristimewa.
    Transformasi kerajaan idea PM keenam,
    Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
    Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
    Agar semuanya saling hormat menghormati.
    PM ke tujuh Tun Mahathir,
    Dua kali menjadi Perdana Menteri;
    Setiap kali mesyuarat selalu hadir,
    Jasamu Tun sentiasa diingati.
    Tan Sri Muhyiddin Yassin,
    Perdana Menteri ke lapan,
    Semua rakyat diberi perhatian,
    Moga Syurga sebagai balasan.
    Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
    Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
    Satu Malaysia rakyat cemerlang,
    Akan semuanya menjadi indah.
    Negeri Sarawak terus membangun,
    Bajet pembangunan dibuat telus;
    Nasib rakyat tidak dibiarkan,
    Biar cemerlang terus menerus.
    Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
    Demi rakyat dan negara tercinta;
    Rela berkorban jiwa dan raga,
    Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
    Kerajaan dan media rakan kongsi,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Malaysia Prihatin bantuan diberi,
    Rakyat bahagia negara sejahtera
    Karya seni warisan negara,
    Kerajaan hargai rakyat banggai;
    Pelancong yang datang dilayan mesra,
    Produk terkenal berkualiti tinggi.
    Rakyat maju Malaysia sejahatera,
    PM tersenyum tanda gembira;
    Mari kita pakat sama-sama,
    Gemilangkan Malaysia di persada dunia.
    Rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,
    Pasti PM tersenyum bangga;
    Menabur jasa demi rakyat dicintai,
    Biarpun terkorban jiwa dan raga.
    Malaysia ini milik semua,
    Rakyat hidup dalam sejahtera;
    Tercipta sudah negara bangsa,
    Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
    Rakyat Malaysia jiwa patriotik,
    Bersatu padu bersatu hati;
    Rakyat sejahtera tanpa konflik,
    Negara makmur Malaysia dihormati.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)




SASTERAKU ANUGERAH TERINDAH (160) MALAYSIA PRIHATIN  JASAMU DIKENANG -1


GAGAH SETIA
Kau pahlawan Allah
Kau pahlawanku
Kau pahlawan semua
Kau pahlawan rakyat Malaysia
Kau pahlawan yang gagah perkasa
Kau pahlawan yang setia
Kau rela korbankan dirimu
Demi mempertahankan Ibu Pertiwi
Kami hargai
Kami sanjungi
Kami berbangga punyai pahlawan
Sepertimu
yang gagah
yang setia
kepada agama bangsa dan negara
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Jasamu pahlawan
Akan kami letak di taman hati
Taman hati berbunga Kebangsaan Negara
Bunga Raya
Yang berkelopak Lima:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
Dengan segala prinsip Rukun Negara itulah
Maka hidup seluruh rakyat Malaysia
Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi
Moga Malaysia
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
Berkat kesetiaan gagah perkasa
Semua pahlawan negara
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
Syukur kami pada-Mu Tuhan
Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
Sentiasa bersiap sedia membela Ibu Peritiwi
Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
Yang berjasa pada Ibu Pertiwi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Julai 2012
11 Ramadan 1433H
(DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
PADA 31 Julai 2012)



HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Julai 2012
(SEMPENA MEMPERINGAT HARI PAHLAWAN)
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia.
Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
Untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
Akan kuingat pesananmu itu!
Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
Biarpun ke titisan darah terakhir!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2007
(Sempena Memperingati Hari Pahlawan 31 Julai 2012)

PERJUANGANKU!
Perjuanganku!
Aku bukanlah seorang perwira…
Yang gagah perkasa bersenjata.
Aku bukanlah hartawan untuk
membeli keperwiraan!
Aku tak punya apa-apa…
Cuma wanita lemah tapi
bangkit dengan satu semangat
juang yang tak pernah padam!
Aku dihujani penghinaan di setiap penjuru!
Hinggakan aku lemah untuk terus bangun
dalam serba tidak berkeupayaan aku bangun
sendiri dek terpanggil semangat juang yang tinggi.
Suara-suara yang tidak dikenalilah yang membuatkan
aku terus berjuang! Merekalah yang telah meyakinkan
Aku… Aku boleh! Aku boleh!
Terima kasih suara-suara! Aku amat menghargainya!
Yang aku korbankan bukan untuk diriku tapi untuk negaraku!
Untuk pewarisku yang akan mewarisi negaraku yang tercinta ini!
Yang aku mahu… Bila ketiadaanku nanti… Suara-suaraku masih
lagi kedengaran di setiap pelosok negaraku yang tercinta ini!
Aku pesankan kata-kata azimat buat pewarisku tercinta…
Hargailah Kemerdekaan!
Akan Merdeka Selamanya!
Aku Sayang Negaraku!
Aku Sayang Pewarisku!
Aku tidak maafkan diriku jika negara ini dijajah semula!
Selagi ada bulan dan matahari…
Negaraku akan terus mengibarkan Jalur Gemilang!
Berkibarlah! Terus Berkibar!
Dengan Megah! Gagah! Dan Bangga!
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2010 (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)



PANTUN MALAYSIA PRIHATIN

Malaysia Prihatin kehendak Perdana Menteri, Galakkan rakyat bersatu hati; Demi kerana negara dicintai, Moga hidupmu terus diberkati.
Perdana Menteri mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Perdana Menteri bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Perdana Menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
Satu Malaysia rakyat cemerlang,
Akan semuanya menjadi indah.
Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.
Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
Malaysia pasti jadi ternama.
Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.

Malaysia Pritin rakyat bahagia, Pasti PM tersenyum bangga; Menabur jasa untuk negara, Biarpun terkorban jiwa dan raga.
Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
Seluruh Malaysia rakyat patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Ogos 2020

SYAIR MALAYSIAKU SAYANG
Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia diberi nama;
Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
Agar Malaysia jadi ternama.
PM kita pencetus revolusi, Galakkan rakyat berkreativiti; Minda penuh daya imaginasi, Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.
Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi senanglah rasa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana Negara tercinta,
Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.
PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Seluruh Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Biarpun terpaksa berkorban nyawa.
Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga negaraku terus gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Ogos 2020


PLKN GENERASI PATRIOTIK
Generasi patriotik impian kerajaan,
Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
Mempertahankan Negara bersemangat membara.
Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,
Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
Proses pembelajaran tidak membosankan,
Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.
Menyemarakkan semangat patriotisme objektif PLKN,
Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.
Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,
Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
Memegang senjata tidak menggelabah,
Dilakukan dengan bangga dan kagum.
Setiap pelatih diajar semangat waja,
Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.
PLKN memupuk perpaduan kaum,
Integrasi nasional menjadi fokus;
Agar tiada berlaku perselisihan kaum,
Sememangnya berpadu dalam suasana harmonis.
Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.
Bukan mudah mengajar erti perjuangan,
Perjuangan membela dan mencintai Negara;
Asalkan terpupuk semangat pejuang berpanjangan,
Sanggup pertaruhkan nyawa demi kerana cintakan Negara.
Guru mengajar penuh minat dalam kesabaran,
Asalkan peserta PLKN mendapat ilmu yang ditimba;
Antara guru dan pelatih saling sefahaman,
Barulah peserta menimba ilmu berlumba-lumba.
Modul fizikal memberi kemahiran dan ketahanan mental,
Serta ketahanan emosi spiritual dan fizikal;
Memupuk perpaduan wira-wirawati bersemangat kental,
Pasti PLKN terus menjadi terkenal.
Para pelatih diajar bekerja dalam satu pasukan,
Berkemahuan dan bersemangat setiakawan;
Sentiasa ingin menabur jasa dalam kesukarelaan,
Hanya semata kerana rakyat dan Negara diutamakan.
Peserta digalakkan berpewatakkan positif,
Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di jiwa peserta;
Semasa berkawad sentiasa aktif,
Berdisplin sentiasa setiap peserta.
Jiwa kepimpinan dicerna begitu terperinci,
Membuat keputusan penuh yakin;
Penerokaan diri untuk mengenal pasti diri sendiri,
Agar nilai-nilai murni dapat diterapkan.
Perhubungan individu didalam kumpulan,
Bekerjasama berkumpulan diutamakan;
Kecekapan cara bertindak diserlahkan,
Agar mengatasi masalah dalam kumpulan.
Modul khidmat komuniti diajarkan,
Bertujuan menyemai semangat kesukarelaan;
Kepada alam sekitar masyarakat dan kejiranan,
Agar terbentuk komuniti yang dibanggakan.
Modul kenegaraan diajarkan juga,
Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
Mengenal Negara dan mempertahankannya,
Biarpun pertaruhkan nyawa demi Negara tercinta.
Apabila datang ancaman dari dalam dan luar Negara,
Akan dipertahankan di segenap penjuru;
Sentiasa bersiap sedia membela Negara,
Rela bermandikan darah dihujani peluru.
Sayangkan rakyat jua sayangkan Negara,
Demi pewaris yang bakal ditinggalkan;
Semangatmu sentiasa membara-bara,
Jika kau tiada jasamu sentiasa dikenang-kenangkan.
Selamat berjuang wira-wirawatiku,
Moga semangat keperwiraanmu tak pernah jemu;
Mengalah dan berundur tak pernah bertamu,
Jasamu mewangi meresap ke jantung hatiku.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Julai 2022
(DIILHAMKAN BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN)


SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Julai 2012
11 Ramadan 1433
(DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGAI HARI PAHLAWAN)

PANTUN SATRIA
Hajat hati nak jadi perwira,
Tiada kudrat apalah dayaku;
Namun begitu bersemangat satria,
Relaku mati demi negaraku.
Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Keturunan hulubalang Raja Bugis;
Aku bersyukur berdarah pahlawan,
Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.
Rupanya aku tidak keseorangan,
Di luar sana menyokong perjuanganku;
Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.
Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.
Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.
Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
Jasamu mewangi hingga ke mati;
Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.
Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
Bersiap siaga setiap masa;
Menangani jenayah begitu cermat,
Agar negara dan rakyat aman sentiasa.
Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
Keamanan Malaysia di puncak jaya.
TLDM tidak kurang hebatnya,
Berada di laut bersiap siaga;
Musuh yang datang akan ditentangnya,
Demi keamanan negara sentiasa dijaga.
Pasukan RELA rela berkorban,
Berkorban masa dan juga tenaga;
Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
Demi rakyat dan negara tercinta.
Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
Semangat perjuangan terus membara.
PERKASA kusanjung jasamu,
Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
Tidak pernah berputus asa di hatimu,
Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.
PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
Roh perjuangan tepat dan jelas;
Semangat membara-bara hidup di hatimu,
Moga murni perjuanganmu Allah membalas.
Seni persilatan melayu amat dikagumi,
Kepahlawananmu tiada tandingannya;
Generasi muda minat mempelajari,
Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.
Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
Jutaan rakyat bangkit memberontak,
Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.
Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.
Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
Pemimpin Malaysia cintakan negara;
Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
Saling berkorban demi negara.
Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
Negara sentiasa terus aman,
Kedaulatan negara sejak berzaman.
Pahlawan melayu pantang berundur,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Demi pewaris takkan berudur.
Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.
Berkibarlah benderaku terus berkibar,
Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
Rakyat Malaysia jangan dicabar,
Roh perjuangan meniti zaman.
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Julai 2012
11 Ramadhan 1433H
(Bersempena Memperingati Hari Pahlawan)


SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wr wb
Selamat Hari Pahlawan
Kepada Semua Pahlawan
Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
Kumengagumimu dari dulu hingga kini
Kau sentiasa di hatiku
Jasamu pada ibu pertiwi
Kusanjung tinggi
Tanpamu siapalah kami
Kau rela mempertaruhkan nyawamu
Demi ibu pertiwi
Demi anak bangsa
Jasa baktimu tak akan kami lupakan
Kau sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Tak kira masa
Tak kira di mana
Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
Kau terus mara ke medan juang
Tanpa menghiraukan
Nyawamu di ambang maut
Itu tak akan kau hiraukan
Dan tak akan kau undur biarpun setapak
Kau dihujani peluru
Bermandikan darah
Darah...darah...darah...
Pekat...pekat...pekat...
Kau masih bersemangat
Sebelum nafas terakhir
Kau masih sempat
Melepaskan das tembakan
Kena tepat ke jantung musuh durjana
Dan kau tersenyum dalam
Pelukan senjata yang berjasa padamu
Dan kau sempat tersenyum
Sambil melafazkan
Kucinta-Mu Tuhan
Kusayangmu ibu pertiwi
Kusayangmu anak bangsa
Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Pahlawanku...
Mengenangkan jasamu itu
Kami seluruh rakyat Malaysia
Tidak akan melupakan
Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
Samada yang telah tiada atau masih ada
Kepada yang tiada
Kami kirimkan sejambak doa
Agar kau tenang di Syurga
Dikelilingi bidadari Syurga
Rezeki tak putus-putus dari-Nya
Kerana kau mati dikira
Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
Kepada pahlawan yang masih ada
Teruskanlah perjuangan sucimu
Kami sentiasa memberi sokongan
Yang tidak berbelah bahagi
Kerana tanpamu pahlawanku
Siapalah kami
Tak mungkin kami akan merasa
Nikmat kedamaian Malaysia
Yang kini pesat membangun
Dalam pembangunan era abad ke-21
Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
Dalam keadaan
Aman damai tenteram
Semuanya kerana jasa baktimu
Semua pahlawan di Malaysia
Malaysiaku maju
Malaysiaku aman
Semuanya keranamu pahlawanku
Semuanya dengan izin-Nya jua
Makanya kami bersyukur kepada-Nya
Kami ucapkan sekalung terima kasih
Kepada semua pahlawan di Malaysia
Sebagaimana kamu sayang kami
Begitulah kami sayang kamu
Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami
JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI
'SELAMAT HARI PAHLAWAN'
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
31 Julai 2012 M
11 Ramadan 1433 H

KAMI ASKAR MELAYU ( RAMD ) SENTIASA BERSIAP SEDIA MMEMPERTAHAN MALAYSIA DAN RELA NYAWA KAMI JADI TARUHAN DEMI ANAK CUCU TERCINTA!



AKU ASKAR MELAYU 
Ahmad Tajuddin budak baik,
Anak soleh mendengar kata;
Berjiwa penyayang hatinya baik,
Bila dewasa tampannya tak terkata.
Ahmad Tajuddin ~ hehehe..terima kasih!
Aku anak melayu,
Kerja askar melayu;
Di tanah melayu;
Pembela bangsa melayu.
Ahmad Tajuddin ~ hidup melayu!
Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan mundur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!
Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman
Karya Putri Rimba.
18 Febuari 2012
AKU ASKAR MELAYU
Aku orang melayu
Kerja askar melayu
Di Tanah Melayu
Tak akan ada
Seorang pun
Yang boleh
Menggugat
Penderiaanku
Darahku
Jiwaku
Jiwa melayu
Jasadku kepunyaan Allah
Rohku dalam genggaman Allah
Demi-Nya
Demi bangsaku
Demi negaraku
Kurela
Nyawaku jadi taruhan
Di setiap penjuru
Setiap masa
Sentiasa bersiap siaga
Bila-bila masa
Berbakti di medan juang!
Tak akan berundur biarpun seinci
Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
Aku relakan
Demi-Nya
Demi anak bangsa
Demi pertiwi
Biarpun dihujani peluru
Biarpun bermandikan darah
Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
Kami askar melayu relakan
Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
Daripada ancaman musuh
Agar kemerdekaan negara kami
Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!
Duhai anak cucuku...
Moyangmu
Askar melayu
Menyayangimu
Sepenuh jiwa dan raga
Rela pertaruhkan nyawa demi
Negara ini agar dapat kalian
Teruskan dan jayakan
Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
Agar dapat diwariskan
Dari generasi ke satu generasi
Di tugu moyangmu nanti
Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
Tanda ingatan kalian pada moyangmu
Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
Agar tenang setenang air di kali Syurga
Moyangmu...
Ahmad Tajuddin
Dan seluruh rakan moyangmu
Orang Melayu
Askar Melayu
Di Tanah Melayu
Di bumi Malaysia tercinta!
Karya Ratu  Rimba Niagara
29 Julai 2012

INILAH SUMPAHKU!
Akulah askar melayu RAMD
Tak akan gentar
Tak akan undur biarpun setapak
Demi agama bangsa dan negara
Akan kupertahankan
Hingga ke titisan darah terakhir!
Inilah sumpahku!
Pada anak bangsaku!
Karya Ratu Riumba Niagara
29 Julai 2012

KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU  TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D MALAYSIA

Qaseh Solehah Siapa Tuan Ahmad Tajuddin... boleh qaseh tahu

Qaseh Solehah apa pun tahniah... sajak yang penuh semangat

Ratu Rimba Niagara:
Tuan Ahmad Tajuddin askar melayu di Kementerian Pertahanan Malaysia. Saya amat mengaguminya yang berjiwa keperwiraan sejati makanya terlahirlah ilham puisi ini. Terima kasih kerana sudi memberi sokongan.

Qaseh Solehah ye... perjuangan mereka untuk keamanan kita... terima untuk semua askar... yang masih berbakti atau yang telah pergi

Ratu Rimba Niagara:
Makanya wajiblah kita menghargai pengorbanan semua askar di Malaysia ini samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA  DARAHKU!

di sini tanah tumpahnya  darahku
tak akan kubiarkan
biarpun seinci diceroboh musuh durjana
akan aku pertahankan
biarpun nyawaku jadi taruhan

di sini tanah tumpahnya darahku
cintaku pada ibu pertiwi
setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
siapa yang berani menentang
akan aku tentang
akan aku lawan
biarpun nyawa jadi taruhan

di sini tanah tumpahnya darahku
demi ibu pertiwi
aku rela dihujani peluru
bermandikan darah
asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
daripada segala ancaman musuh durjana

di sini tanah tumpahnya darahku
Angkatan Tentera Darat Malaysia...
sentiasa bersiap siaga
mempertahankan ibu pertiwi
kami tak takut mati bila berada di medan juang
kami berjuang...berjuang...berjuang....hingga ke titisan darah terakhir
untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
sekali kami melangkah ...langkah kami adalah langkah seorang pejuang

Duhai rakyat Malaysia di luar sana
Jangan bimbang
Jangan takut
Keselamatan negara masih terkawal
Angkatan Tentera Malaysia...
Sentiasa berjaga-jaga ..memantau...
Di setiap inci bumi Malaysia
Masuh datang kami tentang
Kami lawan
Kami perang habis-habisan
Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
Kami pasukan tentera yang berani mati
Demi kerana agama bangsa dan negara

Kami Angkatan Tentera Malaysia
Semuanya terlatih mahir dalam berperang
Kami dilatih untuk berani mati
Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
Andainya kami gugur di medan juang...
Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
Dan kirimi doa restu
Agar kami aman di Sana...

Duhai musuh durjana
Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
Ketahuilah kamu ...
Sekali benderaku berkibar dengan laungan
Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
Selamanyalah kekal merdeka...
Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
Jika kamu berani silakan....
Angkatan Tentera Malaysia
Tak akan biarkan....
Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
Tak akan kami biarkan....
Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
Berada di medan juang
Kami mahu mati dalam perjuangan
Perjuangan demi cintakan-Nya
Matlamat kami mati syahid di medan perang...
Moga Allah makbulkan doa kami
AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)


UNDIMU PENENTU MASA DEPAN NEGARA

Katak puru tetap katak puru,
Tak akan jadi buah katak puru;
Semua ternanti-nantikan PRU,
Dah menang baru tahu.

Masa memangkah jangan terburu-buru,
Fikir dulu jangan keliru;
Dah habis fikir tekadkan hatimu,
Agar tepat parti pilihan di kalbu.

Kita hidup mesti ada keputusan,
Segala keputusan mesti menenangkan iman;
Jangan dah memangkah baru perasan,
Kenapa aku tidak memangkah parti yang aman.

Rakyat hanya perlu parti yang aman damai,
Tak ada rusuhan kaum semuanya bersatu hati;
Kalah menang adat bertanding dalam parti,
Jika kalah jangan sakit hati jika menang senang hati.

Hari-hari pergi berkempen,
Kempen sana kempen sini;
Semuanya satu hati dalam berkempen,
Murninya perjuangan partiku ini.

Aku berkempen pada semua rakyatku,
Mereka suka dengar aku berkempen;
Katanya pasti memangkah partiku,
Aduhai berbaloi aku pergi berkempen.

Masa berkempen ada juga yang marah-marah,
Aku senyap buat tak tahu saja masih tersenyum juga;
Tengok aku senyum mereka tak jadi marah,
Aku bersalaman agar talisiraturrahim sentiasa terjaga.

Perderiaan lain-lain,
Parti juga lain-lain;
Matlamat tetap bersamaan,
Ingin hidup dan mati dalam iman.

Dulu lain sekarang lain,
Dulu parti bintang sekarang parti kejora;
Mahu berazam menjadikan Malaysia ku aman,
Kerana rakyat penentu masa depan negara.

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Sudah tiba masanya PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.

Undi jangan tak undi,
Setiap undi amat berharga;
Keluarlah pergi mengundi,
Undimu penentu masa depan negara.

Karya Ratu Rimba Niagara
20 April 2013
(PANTUN DIKARANGKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK)
20 April 2013

(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
4 Ramadhan 1434H
13 Julai 2013M

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIATERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NYAWA TERAKHIRKU!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA'

MERDEKA MERDEKA MALAYSIAKU MERDEKA INDONESIAMU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'

PANTUN MALAYSIAKU BERDAULAT! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.

AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
MENENTANG MUSUH DURJANA;
DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.

JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.

NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.

BIARPUN BUMI MALAYSIA INI BERMANDIKAN DARAH,
AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN TANAHAIRKU.

SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NEGARA TERCINTA;
KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.

PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.

CUMA HARAPAN KU SATU,
JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
MELAYU ITU CUMA SATU;
MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.

MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.

KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH SAAT TIBANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.

MALAYSIA INI NEGARA DEMOKRASI,
SENTIASA AKUR DENGAN PILIHAN RAKYAT;
DARI DULU HINGGA SEKARANG TAK PERNAH BASI,
SEGALANYA YANG MENENTUKAN KUASA ADALAH RAKYAT.

MAKANYA PEMIMPIN JANGAN MUDAH LUPA,
BILA BERJANJI HARUS DITEPATI;
MUNAFIK JADINYA JIKA JANJI SENGAJA DILUPA,
JANJI DENGAN RAKYAT JIKA DILUPA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.

SEMUA PARTI HENDAK MENANG DALAM PILIHANRAYA,
SEMUA PARTI SANGGUP TURUN PADANG MEMENANGI HATI RAKYAT;
JIKA HARI-HARI SEMUA PEMIMPIN SEMANGAT BEGINI PASTI RAKYAT SUKA,
JANGAN SELEPAS PILIHANRAYA TERUS SEPIKAN JANJI KEPADA RAKYAT.

RAKYAT PUNYA IMPIAN KEPADA PEMIMPIN,
MAHUKAN PEMIMPIN MENCEMERLANGKAN RAKYAT;
BILA RAKYAT CEMERLANG NEGARA MAJU DALAM PEMBANGUNAN,
BARULAH NEGARA INI MENJADI WADAH PERJUANGAN RAKYAT.

PEMIMPIN DI MALAYSIA INI DIPILIH OLEH RAKYAT,
KUASA RAKYATLAH YANG MENENTUKAN PEMIMPIN;
JADINYA PEMIMPIN MESTI UTAMAKAN RAKYAT,
KEPENTINGAN RAKYAT ADALAH PERJUANGAN PEMIMPIN.

RAKYAT CUMA MAHU PEMIMPIN YANG IKHLAS BERJUANG,
MEMBELA NASIB MEREKA AGAR ANAK CUCU TAK MERANA;
MAKANYA RAKYAT TIDAK BEGITU SEWENANG-WENANG,
MEMBERI KUASA KEPADA PEMIMPIN NIAT MEMUSNAHKANNYA.

RAKYAT RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI NEGARA,
PEMIMPIN JUGA SAYANGKAN NEGARA TERCINTA;
PAHLAWAN BENTENG PERTAHANAN NEGARA,
SEMUANYA KERANA ANAK CUCU TERCINTA.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN RUKUN NEGARA PERTAMA,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RUKUN NEGARA KEDUA;
SEMUANYA BERMATLAMAT YANG SAMA,
MAHUKAN MALAYSIA INI AMAN DAMAI SELAMA-LAMA.

SEMOGA BUMI BERTUAH MALAYSIA INI SENTIASA DIBERKATI,
DIPERINTAH RAJA YANG EHSAN PADA RAKYATNYA;
DIKUASAI PEMIMPIN BERHATI SEMURNI SYURGAWI,
RAKYAT BERSATU MEREALISASIKAN IMPIAN ANAK CUCU TERCINTA.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA,PEMIMPIN, PAHLAWAN ,SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG DIKASIHI & ANAK CUCU TERCINTA)

PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIATERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI NYAWA TERAKHIRKU!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA'




(DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI PAHLAWAN DAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS  2012)

DUHAI SAHABATKU YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT
CUKUPLAH SEKADAR INI DULU HAMBA BERSIARAN
KARYA-KARYAKU INI ADALAH LAMBANG KASIH SEMURNI HATIMU
ISTIMEWA DARIKU UNTUKMU DUHAI SAHABATKU.
(PETIKAN DARIPADA WALL CETUSAN RASA BICARA HATI & PUTRI RIMBA NIAGARA)
5 Ramadhan 1433H
25 Julai 2012

Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, orang berdiri, lautan, langit, luar, alam dan air

Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya
 sedang bersama 
Ukhti
 dan 46 yang lain.

Bila kita menyemai kasih sayang pada sebuah hati, mari berharap akan tumbuh bunga cinta yang penuh kelembutan diliputi embun ketulusan dan dinaungi do’a pelrindungan, bila kita menuai kebencian pada sebuah hati beriaplah untuk terluka karena belukar dendam yang menduri dan melukai….



UKHUWAH KASIH HINGGA KE SYURGA-NYA
Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya:
Bila kita menyemai kasih sayang pada sebuah hati, mari berharap akan tumbuh bunga cinta yang penuh kelembutan diliputi embun ketulusan dan dinaungi do’a pelrindungan, bila kita menuai kebencian pada sebuah hati beriaplah untuk terluka karena belukar dendam yang menduri dan melukai….
Ratu Rimba Niagara:
Ingin kusemai kasih sayang melalui karya-karyaku
agar aku dan pembaca alam mayaku sama meraih kasih-Nya
dengan harapan dapat meneruskan ukhuwah kasih hinga ke Syurga-Nya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ratu Rimba Niagara:
SIAPALAH AKU TANPA SAHABAT PENYAYANG DEMI-NYA MAKANYA AKU SAYANG RAKAN FBKU/GRUPKU/ALAMMAYAKU DEMI-NYA. AAMIIN.
BIADARI DUNIA MENCARI CINTA SEJATI-NYA & RATU RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1434H
18 November 2012


SISA-SISA KASIHKU
sisa-sisa kasihku
dibiarkan sepi
tanpa siapa
yang sudi mengutip
dibiarkan hanyut
lalu hanyutlah
sisa-sisa kasihku
di ombak rindu
yang tak berbekas lagi
bertapak di hatimu
kerana aku sadar
siapalah aku
di matamu
yang hebat berpuisi
aku hanya mengukaikan
kata-kata yang tak sepuitismu
moga kau berkarya
bersama teman-temanmu di sini
siapalah aku di hatimu
siapalah aku di hati teman puisi-puisimu
sisa-sisa kasihku ini
terlara dalam sepi...
RATU RIMBA NIAGARA
4 Muharram 1434H
18 Disember 2012
1 Perkongsian

SANG PUJANGGA ANGGERIK DI RIMBA MAYA
Alam akan terus menyanyi
Meraikan keindahan alam rimba nan indah ini
Sekuntum anggerik dihadiahkan kepada sang pujangga rimba
Agar dia terus bersemangat berkarya terus terusan memuji
Betapa indah-Nya alam ciptaan-Nya..
Sekuntum anggerik
Lambang inspirasi si pujangga berkarya
Agar tak tumpul pemikirannya
Berkaryalah semahumu
Duhai pujangga Si Pancil Tumpul
Yang kini kugelar
Sang Pujangga Anggerik Di Rimba Maya
Moga ilham datang seperti air terjun di rimba
Pastinya indah...indah...indah...
Untuk dihayati pembaca
Si pemuja karyamu
Dan ketahuilah olehmu
Akulah di antara ribuan peminatmu
Yang mengagumi karya-karya pujanggamu
Kudoakan moga
Karya-karya pujanggamu
Ada nilaian di Sisi-Nya
Dilike dan diaminkan oleh
Para malaikat
Dan Allah
memakbulkan doakanmu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Sahabat & Peminat karya pujanggamu,
Ratu Rimba Niagara
4 Muharram 1434H
18 November 2012


AKU BUTA DAN TULI
aku buta dan tuli
AmiNo Zivan D'Borneo
dlm stiap mahakarya (apapn bntuknya) ada satu "cacat" yg nyata yaitu ketika dihadapkn dgn org yg tk tau arti ato mknanya
Unlike · · Share · about an hour ago ·
You and Lena Wijayanti Aya like this.
kamu tak buta dan tuli dong
yang buta dan tuli adalah aku
yang menolak cintamu dong...
kerna kaulah cinta sejati yang tak ada duanya di dunia ini....hehehehe
karya AmiNo Zivan D'Borneo & Ratu Rimba Niagara
18 Disember 2012

PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya
kepada matahari dan bulan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    • BERJUANG MERAIH ANUGERAH-NYA
      berjuang untuk diri sendiri demi alam akhiratku
      berjuang tanahair sendiri lambang cinta negaraku
      berjuang negara jiran demi kasihku
      berjuang berbakti pada semua kerana Tuhanku
      kerana sayang aku berjuang
      berbakti pada Tuhan
      berbakti pada manusia
      berbakti pada diri sendiri
      berjuang bukan memburu penghargaan
      berjuang bukan ingin mendapat sanjungan
      tapi berjuang inginkan anugerah dari Tuhanku
      LaillaahaillAllah MuhammadarRasulullah
      itulah anugerah
      yang didambakan
      yang diusahakan
      moga DIA ehsan
      menganugerahkan
      padaku dan
      pada semua pejuang fisabilillah
      yang ikhlas
      ke jalan-jalan-Nya
      Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
      Karya Ratu Rimba Niagara
      14 November 2020


13 November 2019 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Kongsi



Suka
Komen

Komen




Aaamin ya rabbal alamin.
.
Tiada penerangan foto disediakan.
Suka
Komen

Komen



YA ALLAH SATUKAN HATI KAMI SALING MENYAYANGI KERANA-MU
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Ya Allah Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
semua hamba-Mu Kau kasih dan sayang
Kau memberikan ujian pada hamba- Mu
bukanlah berarti Kau tak kasih dan sayang
tapi itu semua lambang Kau kasih dan sayang pada hamba-Mu
itu pun mengikut kemampuan hamba-Mu mengatasi ujian
Kuatkanlah aku menjalani hidup ini untuk nebarkan cinta dan
kasih sayang demi-Mu
jika aku lemah lantaran penghinaan mereka ke aku
Kau kuatkanlah semangatku
Untuk terus dan terus menyebarkan benih-benih kasih sayang
Yang Kau Redhai...
Kau sukakan akan persaudaraan...
Jalinan tali ukhuwah kasih yang kukuh
Yang boleh membuatkan islam di dunia ini bersatu padu
Tanpa ada permusuhan sesama sendiri
Di kala aku kesedihan dalam segala bentuk penghinaan mereka
Kau kirimkan senyuman mentari ..senyuman bulan...senyuman bintang
Itu sudah cukup menyerikan senyumanku yang kelat ini
Aku tak mahu memperlihatkan senyuman yang
Kelat, perih. sendu
Kepada-Mu
Kepada mereka
Biarlah Kau saja yang tahu isi hatiku
Betapa aku sayangkan semua hamba-Mu
Yang mahu ke jalan-jalan-Mu
Dan aku yakin seyakin-Nya
Di hari di mana semua yang aku kasihi di dunia ini
Tidak dapat membantuku
Masing-masing sibuk urusan diri sendiri
Untuk mengetahui samada kaki langkah
Ke Syurga atau ke neraka
Allahu Akbar pastilah keputusan yang amat mendebarkan...
Pasti akan menyebut
Allahuma Salim..Salim...
Selamatkan saya...selamatkan saya...
Saat kacau bilau ...huru hara..penuh debaran
Dengan sejuta harapan agar mendapat syafaat
Nabi Muhammad SAW
Masing-masing mahukan syafaat Kekasih-Mu
Nabi Muhammad SAW
Yang dapat diketemui baginda Rasulullah
Di Titian Sirad...
Di Neraca Al-Mizan
Di Kolam Nabi Muhammad SAW
Yang panjang kolam itu sebulan perjalanan
Dan lebar kolam sebulan perjalanan juga
Inilah tiga tempat yang mesti kami cari
Nabi Muhammad SAW
Dan moga kami dapat bertemu Rasulullah
Di tempat tersebut dan dapat memohon syafaat
Baginda Rasulullah berkat selalu mengingatinya
Tika di dunia dulu...
Sebagaimana Rasulullah menyayangi kami
Sehingga di akhir kalamnya menyebut kami
'Umatku...Umatku...Umatku...
Sebagaimana Rasulullah sayangkan kami
Kami pun sayangkan Nabi Muhammad SAW
Syukur kami sebanyak-banyak-Nya
Kepada-Mu karna mengurniakan
Nabi Muhammad SAW Kekasih-Mu
Yang tak jemu berdakwah kepada umatnya
Berkat dakwahnya
Kami dapat memiliki ilmu Al-Quran & Hadis..
Kerana tidak akan sesat seorang hamba itu
Jika berpegang teguh kepada
Al-Quran & Hadis
Moga Al-Quran & Hadis...
Sebati dalam roh dan jasad kami
Itulah tauhid kami hingga nafas terakhir
Mogalah terlafaz kalimah Syurga
لا إله إلا الله محمدا رسول
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kuatkan hati-hati kami
Beramal soleh hanya kerana-Mu
Bukan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi hanyalah semata kerana-Mu
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Satukanlah hati-hati kami
Sentiasa bersatu hati
Untuk menyebarkan kasih sayang
Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai
Dan setiap kata-kata kami
Adalah mutiara-mutiara Syurga
Yang ada nilaian di Sisi-Mu
Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan
Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..
Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...
Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu
Tika di dunia ini
Tika nafas masih ada...
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
Masukkan kami Ke Syurga-Mu
Syurga Firdaus...
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Hamba-Mu yang kerdil,
12 Muharram 1434H
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH &
WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
12 Muharram 1434H
HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA
Kekasihku...
Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya
Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya
Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas
Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh
Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati
Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya
Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa
Begitulah pemurah dan penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat
SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA
Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Ogos 2012
24 Ramadan 1433H
LIHATLAH KEBESARAN TUHAN SUBHANALLAH
'hamba-Ku yang mencintaimu adalah kekasih-Ku,'
KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah.
Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU
IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
20 November 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;